Assignment Cover Page.docx

  • Uploaded by: Khaleeda Ahmad Anuar
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Assignment Cover Page.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 4,352
  • Pages: 24
THE UNIVERSITY OF NOTTINGHAM MALAYSIA CAMPUS GENERAL STUDIES DEPARTMENT

HUBUNGAN ETNIK

TITAS

KUMPULAN:

K

TOPIK KERTAS KERJA:

1

SIGNIFIKAN MODEL EKONOMI BARU, PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN, WAWASAN 2020 DAN RUKUNEGARA KEPADA HUBUNGAN KAUM DI MALAYSIA NAMA:

KHALEEDA BINTI AHMAD ANUAR

NO.I/D:

20013852

UNGKU MARYAM JAMILAH BINTI UNGKU MOHSIN

20017557

SITI NUR FHARIESA BINTI SEIKH

20129410

NG HUI YING

20130031

NG JIN WEN

20121889

SUSNETA RAO

20013629

JENNIFER A/P J

20129389

YEE SHIEN MUN

20122042

TAN ZHEN YUAN

20111437

KERTAS KERJA 20%

SLIDES PEMBENTANGAN 10%

LAPORAN INDIVIDUAL 10%

SOALAN SEMINAR

JUMLAH MARKAH 40%

JADUAL ISI KANDUNGAN TAJUK

MUKA SURAT

1. Pengenalan

3-4

2. Model Ekonomi Baru

5-17

3. Program Transformasi Kerajaan

18-25

4. Wawasan 2020

26-31

5. Rukunegara 6. Kesimpulan 7. Bahan Rujukan 8. Lampiran

32 I-VII VIII-XIV

Pengenalan

Model Ekonomi Baru Model Ekonomi Baru (MEB) merupakan salah satu pelan yang penting dalam peningkatan kemajuan ekonomi untuk membina sesebuah negara yang dapat berdaya saing dengan negara-negara gergaji seperti Amerika Syarikat, Jepun, China dan banyak lagi.1 Dengan implementasi MEB di negara kita, rakyat yang berbilang kaum dapat menikmati kualiti hidup yang tinggi serta mendapat gaji yang lebih tinggi. Menjelang 2020, sektor minyak, gas dan tenaga masih merupakan salah satu penjana ekonomi yang penting di negara Malaysia, tetapi sumbangan kepada dalam ekonomi akan jatuh kerana pertumbuhan pesat dalam sektor seperti perkhidmatan kewangan dan minyak sawit.2 Sektor pemborongan dan peruncitan juga akan berkembang dengan ketara untuk menjadi sektor keempat terbesar dalam ekonomi.3 Selain itu, jurang di antara golongan atau etnik miskin dan kaya semakin lebar. Oleh itu, MEB bertujuan untuk menyediakan kerangka kerja dan persekitaran yang sesuai untuk mewujudkan lebih peluang untuk rakyat untuk melibatkan diri dalam sektor pertumbuhan dengan menggunakan pembiayaan yang sedia ada. 4 Sektor pertumbuhan ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada golongan miskin supaya mereka mempunyai kemampuan untuk mendapat keperluan asas dan tidak dipinggirkan 1

Ustazkenali. (2012, Oktober 24). Karangan STPM Baharu: Model Ekonomi Baru: Negara Berpendapatan Tinggi. Diperoleh daripada https://ustazkenali.wordpress.com/2012/10/24/karangan-stpmbaharu-model-ekonomi-baru-negara-berpendapatan-tinggi/ 2 Muhammad Khairi, (2010, Februari 25). Model Ekonomi Baru (MBE). Diperoleh daripada http://gurudasar.blogspot.com/2010/02/model-ekonomi-baru.html 3 Ustazkenali. (2012, Oktober 24). Karangan STPM Baharu: Model Ekonomi Baru: Negara Berpendapatan Tinggi. Diperoleh daripada https://ustazkenali.wordpress.com/2012/10/24/karangan-stpmbaharu-model-ekonomi-baru-negara-berpendapatan-tinggi/ 4 Anies Syahida. (2014, April 3). Model Ekonomi Baru. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/AniesSyahida/model-ekonomi-baru-33068769

daripada masyarakat. MEB dapat mengurangkan kadar kemiskinan di negara Malaysia.5 Diskriminasi yang berlaku antara kumpulan etnik yang kaya dan miskin dapat dielakkan dengan mengurangkan paras kemiskinan keseluruhan. Di samping itu, MEB juga memberi insentif dalam pertumbuhan peluang pekerjaan yang dapat mewujudkan kerja-kerja berpendapatan tinggi yang baru. 6 Contohnya, kerajaan dapat memberi lebih fokus dalam sektor peranginan serta ini dapat mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan. Dengan ini, perkembangan sesebuah sektor akan berlaku dan ini akan meningkatkan permintaan untuk bahan-bahan yang disediakan oleh sektor lain.7 Sebagai contoh, apabila sektor pelancongan membangun, ia akan mewujudkan permintaan tambahan untuk perkhidmatan kewangan yang akan menghasilkan tambahan kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK). MEB dapat memberi sokongan kepada golongan rakyat yang berpendapatan rendah seperti PNK. Dengan kelahiran MEB, kerajaan juga dapat memberi sokongan dan melabur dalam bidang pendidikan serta latihan untuk memastikan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan dan kebolehan untuk mengambil bahagian dalam peluang pekerjaan berpendapatan tinggi seperti doktor ataupun peguam. 8 Oleh itu, semua rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik dapat menikmati kualiti kehidupan yang sama taraf dan mempunyai peluang pendidikan atau pekerjaan yang sama rata.

5

Ustazkenali. (2012, Oktober 24). Karangan STPM Baharu: Model Ekonomi Baru: Negara Berpendapatan Tinggi. Diperoleh daripada https://ustazkenali.wordpress.com/2012/10/24/karangan-stpmbaharu-model-ekonomi-baru-negara-berpendapatan-tinggi/ 6 Muhammad Khairi, (2010, Februari 25). Model Ekonomi Baru (MBE). Diperoleh daripada http://gurudasar.blogspot.com/2010/02/model-ekonomi-baru.html 7 Anies Syahida. (2014, April 3). Model Ekonomi Baru. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/AniesSyahida/model-ekonomi-baru-33068769 8 Ustazkenali. (2012, Oktober 24). Karangan STPM Baharu: Model Ekonomi Baru: Negara Berpendapatan Tinggi. Diperoleh daripada https://ustazkenali.wordpress.com/2012/10/24/karangan-stpmbaharu-model-ekonomi-baru-negara-berpendapatan-tinggi/

MEB juga dapat menyelesaikan ketidakseimbangan ekonomi dan pendidikan antara pelbagai etnik. Pertumbuhan mampan yang diaspirasikan bukan sahaja dari sudut prestasi ekonomi, tetapi juga turut mengambil kira kesan pembangunan ekonomi ke atas persekitaran dan sumber asli.9 Langkah yang dilaksanakan bertujuan untuk mencapai status berpendapatan tinggi dari segi ekonomi dan alam sekitar serta memenuhi kehendak semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa hadapan.

Menurut Tan Sri Amirsham Abdul Aziz, pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), MEB tidak akan mempunyai kuota kaum. 10 Semua kuota pemilikan berdasarkan kaum akan dihapuskan secara beransur dan digantikan cara-cara untuk meningkatan keupayaan untuk pelbagai kaum. Dasar ekonomi telah mensasarkan pekerjaan, ekuliti dan sebagainya untuk semua kaum. Mengenai penyertaan bumiputera, MEB berjanji bahawa ia akan meningkatkan kapasiti usahawan. Tidak ada mana-mana kaum akan dipinggirkan sepanjang pelaksanaannya. Kapasiti usahawan dalam kalangan bumiputera akan disokong agar perniagaan mereka dapat dijalankan dengan lebih baik. Sebagai contoh, akses dan pembiayaan kepada internet ialah salah satu bidang yang perlu ditingkatkan supaya mereka boleh mendapat persekitaran yang baik untuk berniaga dan menjalankan operasi yang cepat dan efektif.

9

Ustazkenali. (2012, Oktober 24). Karangan STPM Baharu: Model Ekonomi Baru: Negara Berpendapatan Tinggi. Diperoleh daripada https://ustazkenali.wordpress.com/2012/10/24/karangan-stpmbaharu-model-ekonomi-baru-negara-berpendapatan-tinggi/ 10 Aidila Razak. (2010, Mac 31). MPEN Tak Setuju Kuota Kaum Diteruskan. Diperoleh daripada https://www.malaysiakini.com/news/128003

Malaysia merupakan satu negara yang mempunyai pelbagai budaya, etnik dan kaum. Warisan budaya Malaysia daripada pelbagai kaum adalah unik dan kaya. Dengan ini, warisan ini dan sejarah kolonialnya merupakan aset untuk menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara lain, terutamanya negara besar yang mempunyai pertubuhan ekonomi yang tinggi. Antara contoh negara besar ialah negara China, Indonesia, India dan Asia Barat.11 Selain itu, kepelbagaian bahasa di Malaysia dapat menyelesaikan cabaran komunikasi. Hal ini akan membantu untuk menyokong sektor pelaburan dan pelancongan dalam pasaran yang sama. Oleh itu, pelaksanaan MEB akan menjadi efektif dan berkesan dengan kepelbagaian kaum dan budaya di negara ini.

11

Majlis Penasihat Ekonomi Malaysia. Model Ekonomi Baru Untuk Malaysia, Bahagian I: Hala Tuju Dasar Strategik. Diperoleh daripada http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/dce3401_1299204836.pdf

Program Transformasi Kerajaan Pada tarikh 28 Januari 2010, kerajaan telah mengumumkan sebuah program yang dikenali sebagai Program Transformasi Kerajaan (PTK) ataupun dalam bahasa inggeris dikenali sebagai Government Transformation Programme (GTP). Program ini merupakan salah satu usaha kerajaan pada masa tersebut untuk mempercepat pembangunan negara demi mengejar aspirasi wawasan 2020. Diketuai oleh bekas perdana menteri Malaysia yang ke-6 iaitu YAB Dato‘ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak serta disokong oleh ahli kabinet, setiausaha negara dan pegawai kanan perkhidmatan awam, program ini dirangka berdasarkan gagasan 1 Malaysia yang membawa slogan “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”.

Program Transformasi Kerajaan telah dirangka dan dirancang untuk memenuhi enam komponen utama bidang keberhasilan utama negara (NKRA) danbidang keberhasilan utama kementerian (MKRA) yang diperoleh berdasarkan isu - isu semasa yang mendesak dan diselaraskan dengan tuntutan kerajaan semasa. Kesemua pelan tindakan dan objektif Program Transformasi Kerajaan telah digariskan dengan terperinci berdasarkan perkara - perkara yang terdapat dalam NKRA. Selepas setahun Program Transformasi Kerajaan dilancarkan, isu inflasi dan peningkatan kos sara hidup rakyat telah menjadi konflik dan beban yang besar kepada negara. Justeru itu, NKRA yang ketujuh telah diperkenalkan demi menanggani masalah ini. Tanggungjawab bagi mengatur strategi pelaksanaaan pelan NKRA dipikul oleh serta Ketua Pegawai

Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) serta Menteri Perpaduan dan Pengurusan Prestasi.* Sehubungan dengan itu, anggota MAKMAL yang

terdiri

daripada

Lapan

pasukan

yang

dianggotai

agensi

kerajaan

bertanggungjawab untuk mengendalikan satu perkara NKRA. Dalam hal ini, kerjasama antara kerajaan dan perkhidmatan awam menjadi kunci untuk menjayakan Program Transformasi Kerajaan.

Pelaksanaan

Program

Transformasi

Kerajaan

terbahagi

kepada

tiga

bahagian. Fasa pertama (2010 - 2012) bertujuan untuk memberi perubahan dan keberhasilan secara pantas dengan penetapan dan penyampaian matlamat NKRA dan MKRA kepada rakyat. Dalam Pembentangan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara pada Mac 2013, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak menyatakan bahawa GTP 1.0 (fasa pertama) telah memberi keberhasilan yang ketara kepada negara *. Antara perubahan yang direkodkan termasuklah pendapatan isi rumah bulanan purata Malaysia meningkat daripada RM4,025 pada 2009 kepada RM5,000 pada 2012.* Selain itu, kadar jenayah berjaya dikurangkan sebanyak 27 peratus dalam tempoh tiga tahun.

Fasa Kedua Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) yang mengambil tempoh daripada 2012 - 2015 pula bertindak untuk memperbaiki kualiti hidup rakyat secara mendalam dan mengemaskini struktur ekonomi sejajar dengan matlamat Model Ekonomi Baru (MEB) dalam melahirkan sektor-sektor yang mempunyai nilai tambah lebih tinggi. Semasa Laporan Tahunan GTP 2.0 yang dibentangkan pada Mei 2014,

Dato’ Sri Najib menyatakan bahawa piawaian yang ditetapkan untuk fasa kedua jauh lebih tinggi berbanding fasa pertama.* Antara kejayaan yang berjaya dicapai ialah, jumlah penumpang yang menggunakan pengangkutan awam pada waktu puncak meningkat kepada 21% pada tahun 2013 berbanding 17% pada tahun 2010. Seterusnya, 11021 buah rumah luar bandar dibina dan dibaik pulih manakala 31004 rumah luar bandar berjaya disambungkan dengan bekalan air bersih.*

Fasa ketiga (2015 - 2020) merupakan fasa terakhir di mana wawasan 2020 dijangkakan akan tercapai dan rakyat dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik dan mencapai kesejahteraan hidup. Kualiti perkhidmatan awam dijangka meningkat manakala setiap rakyat Malaysia mempunyai jati diri yang tinggi dan rasa cinta akan negara sebagai individu sebelum mengambil kira pengaruh agama, bangsa, kawasan geografi, latar belakang sosial, ekonomi dan kecenderungan politik dalam setiap perkara.

Salah satu komponen utama dalam tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ialah meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Tidak menjadi rahsia bahawa pendidikan adalah tonggak kepada kejayaan sesebuah bangsa atau negara terutamanya untuk generasi muda yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang. Justeru itu, antara objektif GTP pendidikan fasa pertama adalah untuk memastikan semua kanak -kanak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke darjah 4 sebelum penghujung 2012. Pendidikan prasekolah juga disasarkan boleh diakses oleh 80% daripada semua kanak-kanak di

Malaysia dalam tahun 2012. Antara inisiatif untuk meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar dalam GTP fasa kedua termasuklah dengan memperluas capaian kepada pelajar Pendidikan Khas dan mengolah instrumen penilaian Piagam Baharu Guru yang melibatkan 410,000 orang guru di seluruh negara. Menurut Laporan Tahunan GTP fasa kedua, didapati bahawa kualiti sekolah telah meningkat dimana 115 buah sekolah rendah dan menengah telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan sebanyak 99.2 prasekolah awam telah melengkapkan penilaian kendiri Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan menjelang Disember 2013.

Komponen NKRA seterusnya melibatkan usaha untuk menurunkan kadar jenayah di Malaysia. Pada akhir tahun 2010 iaitu tahun pertama GTP dilancarkan, didapati bahawa 20% kadar jenayah jalan telah berkurangan. Antara inisiatif yang dilakukan kerajaan termasuklah mengarahkan 6000 kakitangan kerajaan dari pelbagai kementerian mengambil alih tugas pentadbiran yang dipegang oleh pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan (ASP) dan ke bawah di semua peringkat kontinjen sebelumnya. Dalam Laporan Program Transformasi kerajaan fasa kedua (GTP 2.0) pula, ternyata bahawa kerajaan lebih memberi fokus kepada jenayah pecah rumah dan keganasan senjata api disamping terus mencegah perbuatan jenayah teras. Prestasi pencegahan jenayah mencatatkan rekod pencapaian yang cemerlang terutamanya pada tahun 2013. Selain itu, antara inisiatif lain termasuklah mendapatkan lebih banyak sokongan daripada orang ramai untuk meningkatkan kehadiran polis di jalanan melalui program

Ompipresence,

penubuhan

Unit

Rondaan

Bermotosikal

PDRM

bagi

menangani masalah jenayah di kawasan perumahan, pelancaran Operasi Cantas Khas

PDRM bagi menangani perluasan jenayah senjata api dan juga membuat pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah 1959 untuk memberi kuasa yang lebih luas kepada polis dalam menangani jenayah terancang.*

Teras NKRA yang seterusnya ialah mempertingkatkan taraf hidup rakyat yang berpendapatan

rendah

dalam

kalangan

rakyat

Malaysia.

Teras

ini

dibawah

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kementerian ini dianggap sebagai strategi yang paling berjaya untuk mengatasi masalah kemiskinan sejak DEB yang dilancarkan pada tahun 1970. Walaupun purata pendapatan rakyat telah menaik sepanjang tahun kebelakangan ini, kemiskinan relatif masih adalah faktor utama yang menjejaskan kehidupan ramai. Hal ini demikian kerana krisis ekonomi global yang amat teruk telah meningkatkan kos dan menggendalakan ekonomi. Lebih daripada 200,000 isi rumah hidup dengan pendapatan yang kurang daripada RM750 sebulan didapati tidak mudah untuk menyara hidup. Oleh sebab itu, taktik telah dijalankan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dan golongan yang miskin untuk mengurangkan polariti dan ketidaksamaan dengan golongan kaya. Salah satu usaha termasuklah sebanyak 35,095 kos sebuah unit rumah direndahkan dan ditawarkan kepada individu yang berhak. Subsidinya sebanyak 75% lebih rendah daripada harga pasaran. Oleh itu, gol teras NKRA ini adalah untuk memastikan walaupun berbeza bangsa dan agama, tidak ada sesiapapun yang ketinggalan dan kita akan melanjutkan usaha supaya boleh maju sebagai sebuah negara.

Selain itu, teras NKRA juga termasuklah memerangi rasuah. Masalah membanteras rasuah diletakkan di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Masalah rasuah dianggarkan telah menyebabkan kos yang sebanyak 102% daripada KDNK iaitu keluaran dalam Negara kasar apabila keputusan perniagaan dilakukan dengan poin yang tidak betul. Kos hampir mengenai sejumlah RM10 bilion setahun. Kerajaan telah menjalankan banyak agenda dan mengambil tindakan untuk mengatasi hal tersebut. Tindakan yang diambil termasuklah penguatkuasaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 Malaysia. Akta tersebut bertujuan untuk memberikan perlindungan keselamatan kepada individu yang memberi maklumat tentang pesalah yang mengambil rasuah. Sebuah pasukan ditubuhkan oleh kerajaan dan pasukan tersebut diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Peranan pasukan ini ialah untuk mengambil usaha terhadap individu yang terlibat dalam penyelewengan kewangan. Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membanteras segala penyalahgunaan kuasa, memerangi semua bentuk rasuah, telah berjaya merekodkan sebanyak 284 orang pesalah yakni melampaui sasaran awal seramai 84 orang pesalah pada tahun 2010.

Rasuah

merupakan isu yang tidak berasaskan dari agama atau kaum, sebaliknya masalah ini melibatkan rakyat negara, yang lebih serius. Golongan elit yang mempunyai kuasa dan kekayaan akan di perhatian golongan Bumiputera. Adakalanya situasi ini menimbulkan persepsi dan prejudis berasaskan kaum. Oleh itu, kempen membanteras rasuah haruslah mempunyai sistem yang efektif dan melibatkan rakyat Malaysia secara terbuka. Tindakan tersebut boleh memperbaiki impresi negatif dan menyumbang kepada perpaduan rakyat negara.

Di samping itu, teras NKRA juga melibatkan menambah baik pengangkutan awam bandar. Menjelang 2012, kerajaan telah mesasarkan sekitar 25% daripada jumlah penduduk di Lembah Klang merupakan pengguna setia pengangkutan awam.12 Jika keadaan pengangkutan awam dalam keadaan yang lemah dan tidak elok, hal ini akan membuatkan kehidupan seharian para pengguna susah, terutamanya kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana di kawasan Bandar, contohnya di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Selain itu, hal ini juga menyebabkan beban kewangan yang amat besar kerana mereka terpaksa mengahbiskan duit kepada minyak kereta dan tol atau harga

teksi.

Jadi, masalah

ini

perlulah

ditangani

supaya

dapat

membantu

mengurangkan mas perjalan para pengguna dan menggalakan orang awam yang lain untuk menggunakan pengangkutan awam daripada penggunaan pengangkutan persendirian.

Antara

langkah-langkah

yang

dilaksanakan

adalah

kewujudan

Terminal

Pengangkutan Bersepadu (ITT) terletak dan beroperasi di Bandar Tasik Selatan yang dibuka untuk penggunaan pada Januari 2011.

13

Langkah ini telah Berjaya

mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan raya di Kuala Lumpur. Seterusnya, proses pembaik pulihan juga dilakukan kepada sebanyak 634 buah hentian bas di sekitar Ampang Jaya, Kajang, Selayang, Sepang dan Petaling Jaya supaya pengguna akan rasa lebih selesa untuk menggunakan pengangkutan awam. Set kereta api empat gerabak juga diperkenalkan bagi beberapa laluan LRT dan dapat mengurangkan

12

Erica Leenya. (2015, Oktober 28). WAJ3062 Hubungan Etnik. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/ericaleenyaeben/waj3062-hubungan-etnik 13 Arrafiq Zaidan. (2016, Mei 18). Program Transformasi Kerajaan (GTP). Diperoleh daripada https://prezi.com/5bisxjqsjv1k/program-transformasi-kerajaan-gtp/

kesesakan dia stesen LRT. Hal ini turut meningkatkan kadar pengguna kepada lebih 2 juta orang dengan rasa selesa dan efektif.

Kualiti pendidikan yang dipertingkatkan juga merupaka antara teras NRKA. 14 Secara umumnya, ramai yang mengetahui bahawa pendidikan adalan salah satu wahana perpaduan. Sebelum bermulanya langkah-langkah NRKA, ramai kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan yang berkualiti dan jarak dan kekurangan prasarana juga menjadi punca mereka tidak dapat bersekolah. Oleh itu, Program Transformasi Kerajaan dimulakan dan telah membuat pendidikan sebagai suatu teras yang penting. Antara sasaran NKRA untuk mempertingkatkan tahap kualiti pendidikan adalah

untuk

meningkatkan

kadar

kemasukan

para

pelajar

prasekolah

dan

meningkatkan kadar Literasi dan Numerasi(LINUS). Sekolah Berprestasi Tinggi juga dikenalpasti dan tawaran baru diberi kepada Guru Besar dan Pengetua Sekolah yang luar biasa. Sistem ‘ranking’ bagi setiap sekolah telah berlandaskan pencapaian serta penilaian prestasi setiap sekolah selain daripada membangunkan sekolah baharu. 15

Seramai 54,569 kanak kanak telah dapat faedah daripada 1,500 buah kelas prasekolah yang baru dan 15,500 orang guru LINUS telah dilatih dan Berjaya menyumbang kepada kadar literasi sebanyak 85% dan kadar numerasi telah mencapai dan

melebihi

sasaran

dengan

peningkatan

sebanyak

91%.

Berdasarkan

kecemerlangan aspek akademik, kokurikulum dan penbentukan shasiah pelajar,

14

Arrafiq Zaidan. (2016, Mei 18). Program Transformasi Kerajaan (GTP). Diperoleh daripada https://prezi.com/5bisxjqsjv1k/program-transformasi-kerajaan-gtp/ 15 Erica Leenya. (2015, Oktober 28). WAJ3062 Hubungan Etnik. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/ericaleenyaeben/waj3062-hubungan-etnik

sebanyak 20 sekolah telah diiktirafkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Teras NKRA ini bertujuan untuk mengatasi jurang dalam orestasi yang sedia ada dalam kalangan para pelajar daripada latar belakang geografi dan social yang amat berbeza.

Wawasan 2020

Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara. Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain. Objektif ini hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Di bawah ini diperturunkan sembilan cabaran yang telah

dikenal pasti iaitu mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Selain itu, mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain. Seterusnya, mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun dan mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi. Selanjutnya, mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara dan mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Ini juga mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan

tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh. Cabaran-cabaran di atas sebenarnya telah membangkitkan beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu ini ialah pembentukan satu negara bangsa Malaysia. Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan. Seterusnya, keadilan ekonomi dan sosial. Pengwujudan satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial memang tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi mewujudkan satu negara maju dan bersatu. Ini ialah kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud keadaan di mana satu golongan rakyat mempunyai segala-galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir. Pernyataan Wawasan ini adalah mempakan penegasan semula keatas isu yang sentiasa diberi dan meminta perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan, keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan diantara bandar dan luar bandar. Dalam konteks ini Wawasan 2020 sebenarnya telah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsir terhadap bantuan yang diberikan kepada

sesuatu

kaum

golongan

sebagai

tidak

adil,

sebaliknya

hendaklah

menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki ketidak-adilan. Kesungguhan

bagi mencapai tahap keseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan ke dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dan dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan Malaysia Keenam. Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi sematamata kerana ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi negara perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan, pembangunan sumber manusia dan lain-lain. Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih merupakan rangka kerja tindakan framework of action bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur. Dalam konteks ini Wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai, penekanan kepada sains dan teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih dinamik.

Rukunegara

Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedy 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan kesepaduan negara. Anggota – anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang pengerusi , tiga orang menteri , wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh agama , badan-badan professional , perkhidmaan awam , kesatuan sekerja , wartawan , persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah banyak meruntuhkan reputasi negara kita dan banyak mangsa telah terlibat dalam kejadian tersebut. Oleh itu , rukun negara telah ditubuhkan sebagai pegangan , panduan dan amalan rakyat Malaysia ke arah pemupukan dan semangat perpaduan. Setiap warganegara Malaysia mestilah menjadikan Rukun Negara sebagai landasan hidup bermasyarakat untuk menubuhkan sebuah negara yang aman damai. Terdapat beberapa prinsip dalam Rukun Negara untuk menjadi kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kestabilan Malaysia. Rukun negara dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama dan bahagian kedua. Bahagian pertama mengandungi lima objektif masyarakat Malaysoa yang mahu dibentuk. Objektif pertama adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat. Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis bangsa dan ini merupakan ciri unik negara kita. Untuk tinggal dalam keadaan yang aman damai , setiap kaum haruslah saling menghormati dan bertoleransi supaya tidak berlaku pertelingkahan. Sebagai masyarakat yang baik , kita haruslah menganggap diri sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan kepercayaan agama. Bulat air kerana

pembetung , bulat masyarakat kerana muafakat. Kalau kita bersatu padu , hanyalah negara kita boleh mengekalkan perpaduan. Tujuan yang berikutanya ialah memelihara satu cara hidup demokratik. Kepentingan negara haruslah sentiasa diutamakan apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara. Hak-hak serta kebebasan tidak boleh disalahgunakan atas nama demokrasi. Kepentingan negara haruslah dipentingkan agar keselamatan negara tidak terancam dan rakyat dapat hidup dengan selesa. Selain itu , Rukun Negara juga bertujuan untuk mencipta sebuah masyarakat yang adil. Semua masyarakat akan menerima layanan yang sama tanpa mengira bangsa atau kepercayaan agama. Dengan ini , ketidakseimbangan antara kaum tidak akan wujud dan pergaduhan boleh dielakkan. Kekayaan negara haruslah dibahagikan dengan adil dan saksama. Tujuan tersebut boleh tercapai jika pihak – pihak yang lemah boleh dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihakpihak yang lebih maju. Golongan yang lebih maju juga tidak boleh merendahkan pihak pihak yang lebih lemah. Jika semua orang dilayan dengan adil , masyarakat akan setia pada negara. Objektif yang seterusnya ialah membentuk satu sikap yang liberal. Masyarakat mempunyai kebebasan untuk menganuti agama yang disukai. Kebebasan untuk memilih agama sangat penting supaya masyarakat tidak dipaksa untuk menganuti satu agama sahaja. Walaupun mempunyai agama yang berbeza dan mempunyai kebudayaan yang tidak sama , semua rakyat haruslah mengamalkan satu cita-cita iaitu mewujudkan masyarakat yang perpaduan. Tujuan tersebut haruslah sentiasa diingati supaya perpaduan negara dapat dikekalkan.

Matlamat yang terakhir ialah membina sebuah masyarakat progresif. Pada era globalisasi ini , teknologi dunia berkembang dengan sangat pantas. Perkembangan teknologi semakin mempengaruhi gaya hidup kita. Masyarakat progresif haruslah diwujudkan supaya perkembangan teknologi negara kita tidak tertinggal dan boleh bersanding dengan negara-negara lain dan nagara kita boleh bergerak maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020. Terdapat lima prinsip- prinsip Rukun Negara. Yang pertamanya ialah kepercayaan kepada Tuhan. Agama menjadi unsur penting untuk membentuk rohani masyarakat kita. Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan. Sikap-sikap seperti bertolak ansur dan bertoleransi dapat disuburkan jika amalan kepercayaan kepada Tuhan diamalkan. Prinsip yang berikutnya ialah kesetiaan kepada raja dan Negara. Di negara kita , Raja dan Negara

mempunyai kaitan yang sangat rapat. Inilah kerana negara kita

mengamalkan system demokrasi berpalimen. Justeru , prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Prinsip yang seterusnya ialah keluruhan perlembagaan . Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan , kerjasama , kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undangundang.

Di samping itu , salah satu prinsip Rukun Negara ialah kedaulatan undang-undang. Undang – undang wujud di setiap negara untuk menjamin kesejahteraan dan kedaulatan negara dan menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Prinsip seterusnya mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan personality individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip tersebut juga berkait rapat dengan nilai- nilai moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan. Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan etnik , terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Kerajaan amat prihatin untuk membentuk mayarakat yang bersopan santun , berdisiplin dan bermoral tinggi. Kesimpulannya , Rukun Negara haruslah dipandang dengan signifikan untuk mengikat perpaduan dan semangat patriotism di kalangan rakyat. Objektif dan princip yang terkandung dalam Rukun Negara memainkan peranan yang penting untuk membentuk jati diri dan kepribadian rakyat.

Related Documents


More Documents from "bharat singh"