Assemble And Upgrade Computer Components

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Assemble And Upgrade Computer Components as PDF for free.

More details

  • Words: 1,966
  • Pages: 9
INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN (F02-01-04-LE1-IS1d)

TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP

TEKNOLOGI KOMPUTER (RANGKAIAN) – TAHAP 2 (SEMESTER 1)

No. DAN TAJUK MODUL

M04 COMPUTER ASSEMBLY AND UPGRADING

No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE1 ASSEMBLE AND UPGRADE COMPUTER COMPONENTS LE2 INSTALL AND CONFIGURE NETWORK CLIENT WORKSTATION LE3 UPGRADE PC LE4 ANTIVIRUS INSTALLATION

OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE

ASSEMBLE AND UPGRADING COMPUTER COMPONENTS BY USING EQUIPMENTS, MATERIALS AND TOOLS SUCH AS COMPUTER, HARDWARE MANUALS, ANTIVIRUS AND INSTALLATION PROCEDURES SO THAT:1. SUITABLE COMPONENTS ARE VERIFIED AND INSTALLED PROPERLY. 2. ANTIVIRUS ARE INSTALLED ACCORDING TO PROCEDURES.

70

ISI KANDUNGAN LE1 – ASSEMBLE AND UPGRADE COMPUTER COMPONENTS 

TASK 01.07d – Identify pc hardware components.



TASK 01.02 – Conduct pre-installation hardware/software inspection.

71

No. & TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

No. & TAJUK TUGASAN

LE1 Assemble and upgrade computer components

TASK 01.07d – Identify pc hardware components. TASK 01.02 – Conduct pre-installation hardware/software inspection.

Code No. : F02-01-04-LE1-IS1d

Muka : 1 drp. 7

TAJUK : PERANTI STORAN

TUJUAN : Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai komponen-komponen dalaman komputer iaitu peranti storan supaya pelajar boleh mengenalpasti komponen-komponen tersebut dengan tepat. PENERANGAN :

CAKERA LIUT (FLOPPY DISK)

Cakera liut (floppy disk) adalah peranti menyimpan data yang terdiri dari kepingan bulat nipis mudah lentur (liut), medium storan bermagnet disarung oleh bekas plastik segi empat sama atau segi empat bujur. Cakera liut dibaca atau ditulis dengan menggunakan pemacu cakera liut. Cakera liut boleh di dapati dalam dua bentuk saiz iaitu 5 ¼ inci (jarang digunakan) dan 3 ½ inci. Kelebihan cakera liut (floppy disk) • • •

Mudah alih - ia boleh dikeluarkan dan dibawa dari satu komputer ke komputer lain. Backup - sesuai unuk membuat salinan fail dari cakera keras untuk simpanan sekiranya fail dalam cakera keras hilang atau rosak. Bekalan perisian baru - salinan asal perisian yang disediakan dalam disket boleh dibeli/disalin dan pengguna dengan mudah dapat memindahkannya ke dalam cakera keras.

72

Code No. F02-01-04-LE1-IS1d

Muka : 2 drp. 7

Kapasiti Data Cakera liut 3 ½ inci kepadatan berganda (Double Density – DD) boleh menyimpan data sebanyak 720 Kilobait. Biasanya cakera liut jenis ini hanya mempunyai satu lubang di bahagian atasnya. Cakera liut 3 ½ inci kepadatan tinggi (High Density – HD) pula boleh menyimpan data sebanyak 1.44 Megabait. Cakera liut jenis ini boleh dikenali berdasarkan terdapat 2 lubang dibahagian atasnya dan biasanya ditandakan dengan huruf HD. Terdapat juga teknologi baru yang membolehkan sekeping cakera liut menyimpan data sehingga 2.88 MB. Satu kelebihan cakera liut ialah ruang simpanannya boleh digunakan berulang-ulang kali. Data boleh ditulis dan dipadam mengikut kehendak pengguna bagi memperolehi tahap penggunaan ruang yang maksimum. Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive)

Pemacu cakera (disk drive) merupakan alat yang memegang cakera bagi membolehkan data dibaca atau ditulis kepadanya. Biasanya setiap komputer mempunyai satu atau dua pemacu cakera, pemacu tersebut biasanya dinamakan ’drive A’. Sekiranya terdapat 2 pemacu cakera, pemacu yang kedua biasanya dinamakan ’drive B’. CAKERA KERAS (HARD DISK)

Cakera keras secara umumnya merupakan plat besi yang diselaputi oksida bermagnet. Yang boleh dimagnetikkan bagi tujuan pewakilan data. Istilah ’keras’ mewakili keadaan fizikalnya yang keras berbanding cakera liut yang lebih lembut. Terdapat pelbagai saiz cakera keras iaitu 14 inci, 8 inci, 5 ¼ incidan 3 ½ inci. Ia boleh didapati dalam bentuk fixed disk, disk pack dan removeable hard disk cartridge. Pemacu cakera keras mempunyai kepala baca tulis untuk menulis data pada cakera keras atau membaca data dari cakera keras. Kebanyakan komputer mempunyai satu cakera keras secara fizikalnya dan ianya sering berada di bahagian dalam sesebuah sistem. Biasanya cakera keras akan diwakili sebagai pemacu C atau ’Drive C’ . Sekiranya sesebuah komputer mempunyai cakera keras tambahan (sama ada secara fizikal ataupun virtual), ianya akan dikenali sebagai pemacu D, E, F dan seterusnya. Secara amnya, cakera keras adalah kekal di dalam sistem komputer dan tidak boleh diubah-ubah seperti cakera liut.

73

Code No. F02-01-04-LE1-IS1d

Muka : 3 drp. 7

Kelebihan cakera keras • • •

Cakera keras mampu menampung saiz data yang lebih besar dari cakera liut. Membolehkan capaian data dilakukan dengan lebih pantas. Proses merekod data dari cakera keras lebih cepat.

CEKERA BOLEHUBAH (REMOVABLE DISK) Cakera Bolehubah merupakan sejenis storan yang wujud hasil gabungan teknologi cakera keras dan juga cakera liut. Ia mempunyai kepantasan yang lebih dari cakera liut (tetapi tidak sepantas cakera keras). Dan juga mempunyai keupayaan bolehubah seperti cakera liut. Ia juga mempunyai kadar storan data di antara 100 MB sehinggalah kepada beberapa gigabait. Cakera Bolehubah sesuai digunakan bagi menyimpan fail yang besar seperti fail multimedia yang terdiri daripada fail-fail audio, video, animasi dan juga data-data yang penting sebagai salinan kedua cakera keras (Backup). Jenis-jenis Cakera Bolehubah Istilah cakera bolehubah boleh mewakili pelbagai jenis cakera. Namun demikian terdapat 2 jenis Cakera Bolehubah yang popular pada masa ini iaitu : • •

Pemacu jenis DAT Pemacu jenis Katrij

DAT Cassete CAKERA OPTIK / CAKERA PADAT (OPTICAL DISK / COMPACT DISK) Dia awal teknologi penggunaan komputer, kebanyakan program komputer dipasarkan dalam bentuk cakera liut. Namun, apabila wujudnya masalah di mana program komputer semakin komplek dan memerlukan ruang storan yang lebih besar, teknologi cakera liut tidak mampu menampungnya lagi. Cakera Optik atau cakera padat mula diperkenalkan ke pasaran dan mendapat perhatian ramai. Kategori Cakera Optik Cakera optic secara amnya boleh dibahagikan kepada 4 kategori utama iaitu: • • • •

CD-ROM (Compact Disk-Read Only Memory) – Cakera Padat – Ingatan Baca Sahaja CD-R (Compact Disk-Recordable) – Cakera Padat – Boleh Rakam CD-RW (Compact Disk-Rewritable) – Cakera Padat – Boleh Rakam Semula DVD (Digital Versatile Disk) – Cakera Digital Serbaboleh

Setiap format cakera yang dinyatakan memerlukan pemacu khas bagi membolehkan proses membaca atau menulis data dilaksanakan kepadanya.

74

Code No. F02-01-04-LE1-IS1d i.

Muka : 4 drp. 7

Cakera Padat – Ingatan Baca Sahaja (CD-ROM)

Cakera padat - Ingatan Baca Sahaja atau CD-ROM mampu menyimpan data dari 650 hingga 700 MB atau bersamaan dengan lebih daripada 450 X 1.44MB cakera liut. Ia boleh juga dianggarkan bersamaan dengan hampir lebih daripada 300 000 muka surat bercetak yang dipenuhi dengan teks. Istilah ROM – Read Only Memory atau ’Ingatan Baca Sahaja’ merujuk kepada keadaan di mana media ini hanya boleh dibaca sahaja (data daripadanya) tetapi tidak boleh ditulis (data ke dalamnya).

Biasanya pemacu CD-ROM diwakili oleh ’Drive D’ atau ’Drive E’ pada sesebuah sistem komputer dan ianya bergantung kepada jumlah cakera keras yang terdapat di dalam sistem yang sama. Penentuan aksara bagi pemacu ini biasanya akan ditentukan secara automatik oleh perisian sistem pengoperasian yang digunakan. Pembinaan data ke dalam CD-ROM adalah berasaskan kepada teknologi pancaran laser. Ia juga mempunyai teknologi yang hampir sama dengan cakera padat audio (CD audio). Ini bermakna seseorang boleh menggunakan pemacu CD-ROM untuk mendengar muzik dari CD audio penyanyi kegemaran masing-masing. Apa yang membezakan, CD audio hanya mempunyai trek bagi audio sahaja sedangkan CD-ROM mampu membaca dan menyimpan data dalam bentuk teks, audio, grafik, video, animasi dan sebagainya. ii.

Cakera Padat – Boleh Rakam (CD-R)

Cakera Padat – Boleh Rakam atau CD-R atau Compact Disk – Recordable juga dikenali sebagai WORM atau Write Once Read Many. Ia merupakan lanjutan dari teknologi CD-ROM yang mampu menyimpan data sehingga 700 MB. Ia juga menggunakan pancaran laser sebagai kaedah penulisan data. Berbanding dengan CD-ROM yang hanya boleh dibaca, CD-R boleh dibaca dan juga ditulis. Cuma, ianya boleh ditulis sekali sahaja oleh pemacu khas yang dinamakan pemacu cakera padat-boleh rakam (CD-R drive). Penulisan data terhadap CD-R perlu dilaksanakan dengan penuh teliti kerana sekali ianya ditulis atau dirakamkan, ianya tidak boleh dipadamkan (secara fizikal) lagi. Bagi membantu proses penulisan data, perisian komputer yang khusus perlu digunakan. Antara perisian yang popular dikalangan pengguna ialah Easy CD Pro, Corel CD-Creator dan Adaptec CD Deluxe bagi pengguna sistem berasaskan Windows dan program CD-Toaster dikalangan pengguna sistem berasaskan Macintosh. Dengan program-program ini, pelbagai jenis CD boleh dihasilkan misalnya CD-Data, CD-Audio, CD Video dan sebagainya. CD-R yang telah siap ditulis oleh pemacu CD-R boleh digunakan pada mana-mana komputer yang mempunyai pemacu CD-ROM.

75

Code No. F02-01-04-LE1-IS1d iii.

Muka : 5 drp. 7

Cakera Padat – Boleh Rakam Semula (CD-RW)

Cakera Padat – Boleh Rakam Semula atau CD-Rewritable (CD-RW) juga kadang kalanya dikenali sebagai CD Erasable (CD-E). Ia merupakan jalan penyelesaian kepada masalah CD-R yang hanya boleh ditulis sekali. CDRW boleh ditulis seberapa banyak kali yang dikehendaki dan juga dibaca sesuka hati dengan kadar simpanan data sehingga 700 MB. Pemacu CD-RW biasanya lebih mahal (berharga di antara RM 600 – RM 1500) berbanding dengan pemacu CDR. Namun demikian, kelebihannya ialah biasanya ia mampu digunakan bagi menghasilkan bukan sahaja CD-RW tetapi juga CD-R. Cakera CD-RW juga biasanya lebih mahal berbanding dengan cakera CD-R (iaitu berharga dalam lingkungan di antara RM 8 hingga RM 20 pada tahun 2001). Kelebihannya ialah ianya boleh digunakan berulang-ulang kali (biasanya sehingga 1000 kali proses merakam dan memadam dan merakam semula). CD-RW yang telah siap ditulis oleh pemacu CD-RW boleh digunakan pada mana-mana komputer yang mempunyai pemacu CD-ROM multiread. iv.

Cakera Digital Serbaboleh (DVD)

DVD ialah sejenis format media penyimpan data dalam bentuk cakera digital yang digunakan untuk menyimpan data termasuk filem dengan video dan suara berkualiti tinggi. DVD menyerupai cakera padat . DVD mempunyai dimensi fizikal yang sama iaitu 12cm atau saiz mini 8cm tetapi di encode di dalam format yang berbeza dan pada kepadatan yang lebih tinggi. DVD mempunyai sistem fail yang di panggil UDF, yang mana ianya merupakan peningkatan kepada piawaian ISO 9660 yang digunakan pada CD-ROM. Cakera Digital Serbaboleh (DVD) asalnya lebih dikenali sebagai Cakera Video Digital atau Digital Video Disk dan kemudiannya digantikan kepada Digital Versatile Disk memandangkan teknologinya tidak bertumpu lagi hanya kepada video sebaliknya ia lebih serbaguna atau serbaboleh (versatile). Setiap cakera DVD mampu menyimpan data minima sebanyak 4.7 GB dan maksima sehingga 17 GB. Ini cukup untuk menampung satu filem digital berkualiti tinggi sepenuhnya. Teknologi DVD dikatakan bakal menggantikan teknologi CD-ROM sedikit masa lagi. Selain dari itu, DVD juga dijangkakan akan menggantikan teknologi VHS, cakera laser dan juga video CD (VCD) dalam pengeluaran video digital kerana kualiti gambar video dari DVD adalah lebih pantas, jelas dan bermutu tinggi berbanding teknologi yang sebelumnya. Pemacu DVD biasanya mempunyai kadar pemindahan data selaju 660 KBps sehingga 1.3 MBps iaitu 8 kali ganda pantas daripada pemacu CD-ROM.

76

Code No. F02-01-04-LE1-IS1d

Muka : 6 drp. 7

STORAN PITA MAGNETIK (MAGNETIC TAPE STORAGE)

Storan pita magnetik secara dasarnya kelihatan seperti pita yang digunakan oleh kaset muzik – pita plastik yang dilapisi oleh lapisan magnet. Pita biasanya dikeluarkan dalam pelbagai bentuk antaranya pita ½ inci lebar yang mengelilingi roda (wheel), pita ¼ inci lebar dalam katrij atau kaset dan sebagainya. Kapasiti atau jumlah data yang mampu ditampung oleh sesebuah pita magnetik biasanya diukur dalam bentuk kepadatan atau density yang mana ianya mewakili character per inch (cpi) atau bytes per inch (bpi). Penyimpanan data menggunakan pita magnetik adalah lebih murah berbanding dengan cakera magnetik terutamanya sekiranya anda mempunyai data yang banyak. Walau bagaimanapun masa capaian data yang diambil oleh pita magnetik adalah jauh lebih perlahan berbanding dengan cakera magnetik. Ini adalah kerana pita menggunakan kaedah linear dalam menyimpan dan juga mencapai data. Cakera pula menggunakan teknologi capaian rawak (random access) yang membolehkan data ditulis atau dicapai dengan lebih pantas. Oleh kerana masa capaian pita yang agak perlahan, maka ianya lebih sesuai digunakan sebagai storan jangka panjang bagi menyimpan data yang jarang digunakan dan juga bagi membuat salinan kedua (backup) sesuatu data yang penting. Pita juga sesuai digunakan bagi memindahkan data yang besar. Antara format pita magnetik yang popular di pasaran semasa ialah : • • •

QIC Travan DAT(Digital Audio Tape)

77

Code No. F02-01-04-LE1-IS1d

Muka : 7 drp. 7

SOALAN : 1. Senaraikan peranti storan yang anda telah pelajari. 2. Nyatakan kegunaan storan. 3. Berapakah kapasiti maksimum data yang boleh dimuatkan dalam cakera liut?

RUJUKAN : 1. Baharuddin Aris, Mohammad Bilal Ali, Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir, 2001, Sistem Komputer dan Aplikasinya, Kuala Lumpur, Venton Publishing , ISBN: 983-2031-32-X.

78

Related Documents