Ass 1

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ass 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,594
  • Pages: 8
UITM KAMPUS TERENGGANU

KUALA

21080 KUALA

TERENGGANU, TERENGGANU

__________________________________________________________________ _ DIPLOMA SAINS KOMPUTER (CS110) __________________________________________________________________ _ PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM (CTU 101) TAJUK: FAKTOR YANG MEMBATALKAN AKIDAH MUSLIM

NAMA PELAJAR

:

1) Khairunnisa binti Abd Kadir

2008225496

2) Norlaily Asheilah binti Hassan

2008225514

3) Nur Farhana binti Saad

2008225506

4) Nurul Amira binti Gani

2008225552

NAMA PENSYARAH

:

Che Bad

TARIKH HANTAR

:

17 September 2008

PENDAHULUAN Akidah merupakan roh bagi setiap manusia. Apabila seseorang itu berpegang teguh padanya ia akan hidup dalam keadaan yang baik dan

menggembirakan. Sedangkan orang yang meninggalkannya akan mati semangat kerohaniannya. Akidah adalah cahaya yang menerangi manusia ke jalan yang benar dan memastikan manusia tidak tersesat di dalam liku-liku kehidupan yang menjerumuskannya ke lembah kesesatan. Dalam hal ini Allah S.W.T berfirman, maksudnya: Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar denagan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat). (Al-An’am: 122) Menurut Kamus Dewan (2002) akidah bermaksud kepercayaan dan keyakinan.Dari segi bahasa akidah bermaksud simpulan iman, pegangan yang kuat atau keyakinan yang teguh.Manakala dari segi istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamad tidak bercampur dengan syak atau keraguan. Terdapat beberapa asas-asas akidah Islam yang patut kita ketahui iaitu terdiri daripada 6 rukun iman. Pertama sekali ialah beriman kepada Allah S.W.T,beriman dengan nama-namaNya yang mulia dan sifat-sifatNya yang tinggi, beriman dengan bukti-bukti wujud dan adaNya serta mengakui sifat keagunganNya dalam alam semesta atau dunia ini.Yang kedua ialah beriman kepada alam yang ada di sebalik alam semesta ini iaitu alam yang tidak dapat dilihat, beriman dengan kekuatan kebaikan yang terkandung di dalamnya yang berbentuk malaikat dan kekuatan kejahatan yang berbentuk iblis dan segala tenteranya yang berbentuk syaitan. Selain itu juga mengimani apa yang ada di alam lain lagi seperti jin dan roh. Seterusnya ialah kita perlu beriman dengan kitab-kitab Allah S.W.T yang diwahyukan olehNya kepada para Rasul. Kitab-kitab ini penting untuk dijadikan sebagai batas untuk mengetahui antara yang hak dengan yang batil, yang baik dan yang buruk serta, yang halal dan yang haram. Selain itu, kita juga perlu beriman dengan nabi-nabi serta rasul-rasul Allah S.W.T yang dipilih olehNya untuk menjadi pembimbing seluruh makhluk untuk menuju kepada kebaikan dan hak. Kita juga hendaklah beriman kepada hari akhirat dan peristiwa-peristiwa yang terjadi di saat itu seperti kebangkitan dari kubur, memperolehi balasan syurga dan neraka. Terakhir sekali ialah beriman kepada takdir (qada’ dan qadar) yang di atas landasan itulah berjalannya peraturan segala yang ada di alam semesta ini, sama ada dalam penciptaan atau cara mengaturnya.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBATALKAN AKIDAH MUSLIM Antara faktor yang membatalkan akidah muslim ialah syirik kepada Allah S.W.T. Perkataan syirik adalah bahasa Arab yang membawa maksud, sekutu. Apa yang dimaksudkan disini ialah; “Menyekutukan Allah S.W.T dengan makhluk , sama ada dari segi zatNya,sifatNya dan perbuatanNya. Syirik terbahagi kepada dua iaitu syirik jelas (Jali) dan Syirik yang tersembunyi (Khafi). Sebagaimana didalam firman Allah swt :Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar. ( An-Nisaa: 48) Syirik Jelas (Jali) ialah menyembah atau melakukan upacara ibadah kepada yang lain selain Allah, seperti bulan, bintang atau mana-mana bintang, atau menymbah patung-patung berhala atau menyembah manusia seperti raja yang mengakui tuhan atau staraf dengan tuhan. Sebagaimana didalam firman Allah swt: “Mereka menjadikan padri-padri dan pendita-pendita mereka sebagai tuhan selain Allah, dan juga mereka memepertuhankan al-Masih ibn Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan” (al-Tawbah: 31) Syirik tersembunyi (Khafi) pula ialah syirik yang sukar dikesan oleh pelakunya. Syirik ini juga dinamakan Syirik Kecil. Gejala Syirik ini boleh berlaku adalah disebabkan oleh salah anggap terhadap kekuasaan dan undang-undang atau peraturan Allah S.W.T. Antaranya ialah riak iaitu apabila seseorang yang membanyakkan dan mengindahkan amalannya apabila dihadapan manusia, dengan tujuan mendapat sanjungan dan pujian. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Maksudnya: Sesungguhnya yang sangat aku takuti menimpa kamu ialah syirik kecil. Lalu para sahabat bertanya: “Apa dia syirik kecil itu wahai Rasulullah? Sabda Rasulullah s.a.w : “iaitu Riya’.. Allah akan berfirman pada hari kiamat, apabila manusia datang dengan amal masing-masing: “Pergilah kamu kepada yang kamu tunjuk-tunjukkan amalan kamu kepada mereka di dunia dahulu, kemudian lihatlah, adakah kamu dapati sebarang balasan di sisi mereka?” .

(H.R Ahmad) Seterusnya antara faktor yang membatalkan akidah muslim ialah mempercayai bahawa ada ajaran lain yang lebih benar dan sempurna dari ajaran Nabi Muhammad saw atau adanya hukum-hukum yang lebih baik dari hukumhukum Nabi Muhammad saw seperti halnya orang-orang yang lebih menyukai hukum-hukum thaaghuut daripada hukum-hukum Nabi saw, atau menganggap hukum Islam sudah tidak sesuai lagi atau menganggap hukum Islam adalah sebab dari kemunduran kaum muslimin pada zaman ini atau menganggap agama Islam hanya sesuai untuk mengatur hubungan antara pribadi-pribadi dengan Allah swt. Sebagaimana firman Allah swt : Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukumhukum dari Kitab Allah (Taurat) itu dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu) dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir. " (Al-Maidah : 44) Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa dan mata dibalas dengan mata dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Al-Maidah : 45) Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. " (Al-Maidah : 45,47)

Seterusnya, mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dengan menghalalkan perkara yang telah diharamkan dengan dalil qat'i (Al-Quran, hadis dan ijmak) juga menjadi salah satu faktor membatalkan akidah muslimcontohnya seperti menghalalkan haram berzina, liwat, mencuri, meminum arak, membunuh, riba dan sebagainya, atau mengharamkan perkara yang telah dihalalkan dengan dalil qat'i (Al-Quran, hadis dan ijmak) seperti halal jual beli, nikah, sewa-menyewa dan sebagainya. Allah berfirman tafsirnya, "Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu, 'Ini halal dan ini haram' untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya." (Surah An-Nahl: 116) Selain itu perkara yang membatalkan akidah seseorang muslim ialah melakukan perbuatan sihir, bagi yang melakukannya atau ridha terhadapnya. Firman Allah swt :

"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui" (Al-Baqarah :102)

Muslim juga terbatal akidahnya disebabkan tergoda dengan bisikan nafsu sendiri.Setiap muslim hendaklah selalu berwaspada terhadap pujukan hawa nafsu, jangan mudah mengikut orang lain dan jangan pula meninggalkan kebenaran dengan sesuatu alasan atau konon kerana itu (mengikut orang lain dan mengetepikan kebendaan adalah cara berdakwah untuk menarik orang ramai).Padahal orang yang berkenaan mengetahui bahawa perbuatan itu salah. Mengenai perkara tersebut Allah S.W.T telah berfirman “ Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa (ketentuan) yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka serta berwaspadalah supaya mereka tidak memesongkanmu daripada suatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu.” (surah al-Maidah:49)

KESIMPULAN DAN CADANGAN

RUJUKAN UTAMA 1)

Al-Quran

2)

Al-Hadith

3)

Prinsip-prinsip Asas Islam(Islam dan Akidah),Mohd Asri Abdullah et al,Pusat Penerbitan Universiti(UPENA),UiTM,Shah Alam,2007.

4)

“Kenalilah Al-Islam”,Bahagian 2,Ustaz Nik Mohd Rosdi Bin Nik Ahmad dan Nik Kamaliah Nik Abdullah,Unit Pendidikan Islam,ITM. Caw. Pahang.

5)

“Ciri-Ciri Masyarakat Islam”,Muhammad ‘Abdullah Al-Khatib,Pustaka Haji Abdul Majid,2006.

6)

“Akidah Islam”(Pola Hidup Manusia Beriman),Sayid Sabiq,alih-bahasaM.Abdai Rathomy.

7)

“Dakwah Islam dan Ideologi Barat”,Ghazali Darusalam.

8)

“AQIDAH” Ahli Sunnah Wal Jamah,Ringkasan Tauhid,susunan-Ustaz Hj. Manshuruddin Batu Bara,2001.

Related Documents

Ass 1
May 2020 10
Ass 1
October 2019 12
Ass 1
November 2019 16
Ass 1
October 2019 19
Ass
December 2019 36
Ass
May 2020 20