Majlis Perwakilan Pelajar, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, Pulau Pinang. Lot 2022, Jalan Pokok Jenerih, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Tn. Haji Abdul Halim (Pengarah), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kepala Batas, Pulau Pinang, Lot 2022, Jalan Pokok Jenerih, 1 3200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
30 NOVEMBER 2007
Tuan / Puan,
Memohon Menaik Tarafkan Pagar Asrama Pelajar Perempuan Saya Mohd Radzuan Bin Ahmad selaku Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar 2007 mewakili pelajar-pelajar Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas ingin memohon penaik taraf pagar asrama pelajar perempuan. 2. Disini saya ingin nyatakan bahawa pagar yang sedia ada kini adalah sangat bahaya bagi pelajar perempuan kerana kini terdapat banyak perkara yang tidak sepatutnya telah berlaku ini kerana pagar yang ada kini sangat rendah dan mudah untuk dicerobohi. 3.Diatas perkara diatas ini membawa kepada kerisauan terhadap beberapa orang ibubapa pelajar Institiut ini.Ini kerana para ibubapa mula risau kerana keselamatan anak-anak jagaan mereka boleh dikatakan berada dalam kategori bahaya. 4.sepertimana yang Tuan/Puan tahu asrama pelajar perempuan pernah di ceroboh masuk oleh pelajar lelaki baru-baru ini dan tindakan telah di ambil pada pelajar-pelajar tersebut. Tetapi yang menjadi persoalan jika asrama pelajar perempuan diceroboh masuk dengan senang oleh pelajar Institut ini sendiri maka mudah juga untuk orang luar atau orang awam masuk dengan mudah. Dari itu saya berharap pihak Tuan/Puan dapat mengambil keputusan yang baik untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar ILP Kepala Batas dengan baik. Kerjasama dari pihak Tuan/Puan saya dahului dengan jutaan terima kasih. Yang menjalankan tugas,
……………………………… (Mohd Radzuan Bin Ahmad) Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Institiut Latihan Perindustrian Kepala Batas