Asgment3 Makro

  • Uploaded by: nurjila
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Asgment3 Makro as PDF for free.

More details

  • Words: 955
  • Pages: 4
Tahun2002 bulan nov Persaingan dalam pemberian pinjaman di antara bank telah mendorong kepada penurunan kadar pinjaman, sepertimana yang dicerminkan oleh penurunan kadar purata pinjaman bank perdagangan dan syarikat kewangan. Dalam keadaan mudahtunai yang mencukupi dan situasi monetari yang akomodatif, pembiayaan kepada sektor swasta terus berkembang. Jumlah deposit turut mencatatkan peningkatan yang ketara disebabkan oleh aktiviti perayaan, pembayaran bonushujung tahun dan perbelanjaan oleh Kerajaan. Dengan itu, terdapat peningkatanyang ketara dalam ketiga-tiga agregat monetari, M1, M2 dan M3 pada bulanNovember 2002. Pada bulan November, aktiviti pinjaman kekal tinggi di dalam keadaan mudah tunai yang mencukupi. Persaingan dalam pemberian pinjaman di antara bank-bank telah mendorong kepada penurunan ke atas kadar pinjaman. Wang secara kecil mencatat peningkatan yang ketara mencerminkan perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi semasa musim perayaan. Wang secara meluas juga adalah lebih tinggi disebabkan terutamanya

oleh

peningkatan

pembiayaan

sistem

perbankan

dan

operasi

mengembang oleh Kerajaan. Keseluruhannya, dasar monetari yang akomodatif terus menyokong pertumbuhan aktiviti ekonomi. Kadar faedah antara bank kekal rendah dan stabil pada bulan November. Bagi mengekalkan dan menstabilkan kadar faedah antara bank pada paras yang sedia ada, operasi mudah tunai BNM adalah menguncup bagi mengimbangi kesan pengembangan operasi Kerajaan dan sektor luaran. Peningkatan persaingan di dalam pemberian pinjaman telah menyebabkan kadar purata pinjaman (ALR) bagi bank perdagangan dan syarikat kewangan terus menurun walaupun kadar purata berian pinjaman asas (BLR) kekal tidak berubah. Arah aliran ALR bagi bank perdagangan dan syarikat kewangan masing-masing menurun kepada 6.48% dan 9.81% pada bulan November (6.52% dan 9.86% pada akhir bulan Oktober). Suatu perkembangan yang penting pada bulan November ialah kenaikan yang besar dalam M1 sebanyak RM3.3 bilion, bersamaan dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 13.5%. Kenaikan besar dalam wang secara kecil ini disebabkan terutamanya

oleh perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi sempena musim perayaan dan penghantaran balik perolehan eksport oleh syarikat-syarikat dalam Malaysia. Peningkatan yang kukuh dalam M3 sebanyak RM6.5 bilion atau dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 7.1% telah disebabkan oleh peningkatan yang berterusan dalam aktiviti pembiayaan bank (RM4.6 bilion). Pemegangan sekuriti hutang oleh institusi perbankan bertambah sebanyak RM2.9 bilion berikutan peningkatan dalam isu bon korporat pada bulan ini. Sementara itu, Kerajaan telah mengeluarkan deposit dengan BNM untuk membiayai perbelanjaannya, seterusnya mengenakan kesan pengembangan ke atas bekalan wang

tahun03 bulan nov Perkembangan keseluruhan monetari dan kewangan pada bulan November menunjukkan aktiviti ekonomi dalam negeri yang terus kukuh. Pertumbuhan bagi agregat monetari kekal mapan dengan M1, M2 dan M3 masing-masing berkembang pada kadar 13.3%, 10.8% dan 10% (Okt 03: 13.7%, 10.8% dan 9.9%). Pinjaman terkumpul terus meningkat sebanyak RM1.3 bilion atau pada kadar pertumbahan tahunan 4.4% pada bulan November (RM1.7 bilion atau 4.6% pada akhir bulan Oktober). Pinjaman terkumpul kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkembang dengan kadar yang lebih tinggi pada 9%, catatan pertumbuhan yang tertinggi semenjak Julai 2001. Pada asas terkumpul, pinjaman kepada PKS meningkat sebanyak RM6.5 bilion pada sebelas bulan yang pertama. Kadar purata berian pinjaman asas (BLR) kekal tidak berubah pada bulan ini. tahun 2001 bulan nov Sementara itu, kadar purata berian pinjaman asas (BLR) bank perdagangan dan syarikat kewangan kekal tidak berubah pada bulan November. Ketiga-tiga agregat monetari meningkat pada bulan November. Wang secara luas, M3 meningkat sebanyak RM1.8 bilion atau 0.4% sementara M1 mencatat peningkatan sebanyak RM1.5 bilion atau 1.9%. Pada asas tahunan,

M1, M2 dan M3 masing-masing meningkat sebanyak 8.1%, 3.9% dan 4.3%. Peningkatan dalam M3 pada bulan November mencerminkan terutamanya operasi Kerajaan yang mengembang berikutan pengeluaran deposit oleh Kerajaan untuk membiayai perbelanjaan. Tahun04 bulan nov Kadar pemberian pinjaman asas purata (BLR) bank perdagangan dan syarikat kewangan kekal tidak berubah, masing-masing pada 5.98% dan 6.90% pada akhir November. Wang secara kecil, M1, berkembang pada kadar tahunan 11.7% pada akhir November (13.5% pada bulan Oktober), mencerminkan penggunaan yang mapan. Wang secara luas , M3, meningkat pada kadar tahunan 10.3% pada akhir November (10.7% pada akhir bulan Oktober). Pada asas bulanan, peningkatan dalam M3 sebanyak RM6 bilion mencerminkan pengembangan operasi luaran dan peningkatan dalam pembiayaan bank. Bulan n0v 2006 Wang secara kecil atau M1 meningkat pada kadar tahunan yang lebih tinggi sebanyak 15.2% (Oktober: 9.4%). Wang secara luas atau M3 berkembang pada kadar tahunan 11.2% (9.1 % pada bulan Oktober). Tuntutan bersih terhadap Kerajaan dan operasi luaran bersih memberikan kesan pengembangan terhadap M3 pada bulan itu, sementara kesan pengembangan tuntutan terhadap sektor swasta melalui pinjaman terkumpul yang lebih tinggi bagi sistem perbankan sebahagiannya diimbangi oleh pemegangan PDS yang lebih rendah. Pada bulan November, wang secara kecil atau M1 meningkat pada kadar tahunan yang lebih tinggi sebanyak 15.2% (Oktober: 9.4%) disebabkan deposit permintaan yang lebih tinggi terutamanya oleh institusi kewangan bukan bank. Wang secara luas atau M3 berkembang pada kadar tahunan 11.2% (9.1% pada bulan Oktober). Pada asas bulanan, tuntutan bersih terhadap Kerajaan memberikan kesan pengembangan terhadap M3, apabila Kerajaan mengeluarkan depositnya daripada Bank Negara Malaysia berikutan penebusan bersih sekuriti Kerajaan dan untuk membiayai perbelanjaannya.

2005 Agregat monetari berkembang pada kadar yang lebih perlahan pada bulan November. Wang secara kecil atau M1, tumbuh pada kadar tahunan 7.3%, manakala wang secara luas atau M3, berkembang pada kadar tahunan 8.4% pada akhir bulan November. Dari segi kadar pemberian pinjaman runcit, BLR purata bagi bank perdagangan dan syarikat kewangan masing-masing meningkat kepada 6.19% dan 7.03% pada 15 Disember (akhir November: 5.98% dan 6.90%) ekoran langkah 19 bank perdagangan dan dua syarikat kewangan menaikkan BLR mereka dalam julat 0.25 – 0.30% Wang secara kecil atau M1 yang merupakan baki urus niaga, meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan yang lebih perlahan sebanyak 7.3% (Oktober: 12.6%) pada bulan November, disebabkan sebahagiannya oleh pemegangan matawang yang berkurang berikutan berakhirnya tempoh perayaan dan bilangan hari bekerja yang lebih rendah. Sementara itu, wang secara luas atau M3 meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan 8.4% (Oktober: 9.8%) pada bulan November. Tuntutan bersih terhadap Kerajaan dan sektor swasta memberi kesan pengembangan namun ini telah diimbangi oleh kesan penguncupan operasi luaran bersih

Related Documents

Asgment3 Makro
December 2019 5
Makro
May 2020 17
Makro
June 2020 14
7_gizi Makro
June 2020 10
Vinos Makro
May 2020 6
Ekonomi Makro
July 2020 27

More Documents from ""

Asgment3 Makro
December 2019 5