Asas Pengaturcaraan Visual Basic

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Asas Pengaturcaraan Visual Basic as PDF for free.

More details

  • Words: 3,111
  • Pages: 21
BAB TIGA: ASAS PENGATURCARAAN VISUAL BASIC OBJEK-OBJEK VISUAL BASIC

Kotak Teks (Text Box) 

Digunakan untuk kemasukan input oleh pengguna.



Contoh: ‘akan memaparkan kotak teks dengan teks yang diberikan txtMesej.Text = “Gembira hadir ke kuliah”

‘akan menjadikan kotak teks kosong txtKosong.Text = “”



Penggunaan ”txt” di hadapan nama kotak teks adalah sebagai suatu syarat penaman bagi kotak teks

Kerangka (Frame) 

Digunakan bagi mengumpulkan suatu kumpulan kawalan seperti butang pilihan atau kotak pilihan.



Contoh: fraWarna



fraJenis

Dengan menggunakan kerangka, antara muka akan menjadi kemas dan teratur serta mudah difahami.

Asas Pengaturcaraan Visual Basic 

Apabila ingin memindahkan objek-objek yang berada di dalam kerangka, objek-objek ini akan dipindahkan secara berkumpulan.



Perkataan "fra" akan diletakan di hadapan kerangka bagi syarat penamaan kerangka.

Kotak Pilihan (Check Box) 

Membenarkan pengguna untuk membuat pilihan lebih daripada satu pilihan yang ada.



Bagi membolehkan kotak dipilih, pengekodan akan dilaksanakan di dalam tatacara acara.



Contoh: Private Sub chkBold_Click() ‘Menukarkan bentuk teks kepada jenis Bold lblMesej.Font.Bold = chkBold.Value End Sub

-

Apabila kotak pilihan Bold sahaja yang dipilih. maka tulisan di dalam lblMesej akan ditebalkan dan dihitamkan.

Private Sub chkItalic_Click() ‘Menukarkan bentuk teks kepada jenis Italic lblMesej.Font.Italic = chkItalic.Value End Sub

-

Jika kotak pilihan Italic maka tulisan di dalam 1blMesej akan menjadi tulisan berjenis Italic.

Mohd Farid Jaafar JSM, FSKTM, UPM

23

Asas Pengaturcaraan Visual Basic Private Sub chkUnderline_Click() ‘Menukarkan bentuk teks kepada jenis Underline lblMesej.Font.Underline = chkUnderline.Value End Sub

-

Jika kotak pilihan Underline yang dipilih, maka tulisan di dalam 1blMesej akan menjadi tulisan yang digariskan.



Begitu jika ketiga-tiga kotak pilihan yang dipilih, semua arahan yang disetkan kotak pilihan akan dilaksanakan kesemuanya.



Property Caption akan digunakan bagi penamaan perkataan kotak pilihan ”chk” akan digunakan bagi penamaan tersebut.



Contoh: chkBold

chkItalic

Butang Pilihan (Option Button) 

Digunakan apabila hanya satu pilihan sahaja yang boleh dipilih.



Sekumpulan butang pilihan akan diletakan di dalam satu kerangka.



Property bagi butang pilihan ialah Value. Butang pilihan akan bernilai True jika butang dipilih dan bernilai False apabila butang tidak dipilih.



Property Caption akan digunakan bagi penamaan perkataan butang pilihan dan "opt" akan digunakan bagi penamaan tersebut.



Contoh: optMerah

Mohd Farid Jaafar JSM, FSKTM, UPM

optBiru

24

Asas Pengaturcaraan Visual Basic 

Bagi membolehkan butang dipilih, pengekodan akan dilaksanakan di dalam tatacara.

Private Sub optHitam_Click() `Warnakan label menjadi hitam lblMesej.ForeColor = vbBlack End Sub

Private Sub optBiru_Click() ‘Warnakan label menjadi biru lblMesej.ForeColor = vbBlue End Sub

Private Sub optHijau_Click() ‘Warnakan label menjadi hijau lblMesej.ForeColor = vbGreen End Sub

Private Sub optMerah_Click() ‘Warnakan label menjadi merah lblMesej.ForeColor = vbRed End Sub

Mohd Farid Jaafar JSM, FSKTM, UPM

25

Asas Pengaturcaraan Visual Basic Imej (Image) 

Suatu kawalan imej akan berfungsi memegang gambar di dalam form.



Property Picture akan disetkan bagi gambar dari fail:

.bmp



.wmf

.ico

.jpg

.emf

.cur.

.dib

.gif

Apabila Property Picture diklik, maka kotak dialog Load Picture akan dipapar. Anda dikehendaki memilih nama fail gambar anda.



Kawalan imej mempunyai beberapa property yang boleh disetkan semasa masa reka bentuk atau masa larian. Sebagai contoh: -

Property Stretch yang disetkan True akan menjadikan imej boleh dibesarkan saiznya.

-

Property Visible pula apabila disetkan False, apabila program dilarikan, imej tersebut akan hilang.



Bagi penamaan imej, perkataan "img" digunakan.



Contoh: imgLogo



imgPicture

Pengekodan berikut adalah untuk menjadikan imej imgLogo fdak kelihatan semasa masa larian. imgLogo.Visible = False

**Nota: Kebanyakan kawalan boleh dipaparkan di dalam form dengan 2 bentuk iaitu biasa atau 3 Dimensi. Label, kotak teks, kotak pilihan, butang pilihan dan imej mempunyai property Appearance dengan pilihan 0 - Flat, atau 1 - 3D. Untuk menjadikan suatu label atau

Mohd Farid Jaafar JSM, FSKTM, UPM

26

Asas Pengaturcaraan Visual Basic imej dalam bentuk 3 Dimensi, suatu `border' perlu disetkan terlebih dahulu. Apabila property BorderStyle diset. 1 - FixedSingle, property Appearance akan secara automatik disetkan 1- 3D.

Bentuk (Shape)



Kawalan bentuk membenarkan anda untuk mengimport bentuk-bentuk seperti segiempat sama, segiempat tepat, bulat dan bujur ke dalam form.



Jenis bagi bentuk yang akan dipilih boleh disetkan di dalam Properry Shape yang mempunyai pilihan: 0 2 4

Rectangle Oval Rounded Rectangle



Penamaan bagi bentuk ialah "shp".



Contoh: shpRectangle

1 3 5

Square Circle Rounded Shape

shpRound

Garisan (Line) 

Anda boleh memasukan garisan ke dalam form menggunakan kawalan Garisan.



Ketebalan suatu garisan boleh ditentukan dengan mengubah Property Borderwidth.



Penamaan bagi garisan ialah "lin".



Contoh: linLogo

Mohd Farid Jaafar JSM, FSKTM, UPM

linLine

27

Asas Pengaturcaraan Visual Basic ACARA-ACARA VISUAL BASIC Berikut adalah contoh acara-acara Visual Basic:

Click Event DragDrop Event DragOver Event GotFocus Event SetFocus Event KeyDown, KeyUp Event KeyPress Event LastFocus Event MouseDown Event

MouseMove Event OLECompleteDrag Event OLEDragDrop Event OLEDragOver Event OLEGiveFeedBack Event OLEData Event OLEStartDrag Event Validate Event MouseUp Event

PEMBOLEHUBAH DAN PEMALAR TETAP Pengaturcaraan Visual Basic akan memperuntukan lokasi di dalam ingatan dan lokasi tersebut mempunyai nama tertentu. Contoh:

intMaksimum = 100

akan memperuntukan lokasi ingatan, intMaksimum yang bernilai 100.

Nilai lokasi ingatan yang boleh berubah-ubah semasa perlaksanaan projek dipanggil pembolehubah, dan nilai lokasi yang tetap dipanggil pemalar tetap. Perisytiharan adalah bertujuan memberikan pembolehubah dan pemalar tetap dengan memberikannya nama dan jenis data yang dipegang. Nama bagi data dikenali sebagai identifier. Penamaan bagi identifier ini adalah mengikut peraturan penamaan yang akan dibincangkan selepas ini. Contoh:

Dim strNama As String

‘isytihar pembolehubah string

Dim intPembilang As Integer

‘isytihar pembolehubah integer

Const curKadarDiskaun As Currency = .15

‘isytihar pemalar tetap

Mohd Farid Jaafar JSM, FSKTM, UPM

28

Asas Pengaturcaraan Visual Basic JENIS DATA Jenis data bagi pembolehubah dan pemalar tetap menentukan jenis maklumat akan disimpan di dalam ruang ingatan yang diperuntukan.

JENIS DATA Boolean Byte Currency Date Single Double Integer Long String Variant

KEGUNAAN Bernilai BENAR atau SALAH Satu aksara dalam ASCII (kod 0 hingga 255) Nilai perpuluhan; contoh ringgit dan sen 8 aksara untuk tarikh Nombor perpuluhan sehingga 6 tempat perpuluhan Nombor perpuluhan sehingga 14 tempat perpuluhan -32,768 hingga 32,767 Bagi nilai yang lebih besar daripada Integer Data alpanumerik iaitu huruf, digit dan lain-lain aksara Jenis data default

Jika anda tidak menentukan jenis data, pembolehubah dan pemalar tetap akan secara automatik (default) berjenis Variant. Kebaikan jenis data Variant adalah nilainya akan mudah berubah mengikut keadaan yang dikehendaki oleh program. Keburukannya ialah ia kurang berkesan daripada jenis data yang lain kerana Variant memerlukan 1 ingatan dan lambat untuk dicapai. Cara yang terbaik ialah dengan menentukan jenis data terlebih dahulu dalam setiap program. Jenis-jenis data yang biasa digunakan ialah String, Integer dan Currency.

DATA Social Security Number Pay Rate Hours Worked

Telephone Number Quantity

Mohd Farid Jaafar JSM, FSKTM, UPM

JENIS DATA String Currency Currency

String Integer

ALASAN Bukan pengiraan Pengiraan melibatkan titik perpuluhan Pengiraan (currency adalah untuk semua yang melibatkan titik perpuluhan, tidak terhad kepada pengiraan ringgit dan sen sahaja Bukan pengiraan Pengiraan

29

Asas Pengaturcaraan Visual Basic Peraturan menentukan nama Pembolehubah dan Pemalar Tetap (Identifier)

1. Panjang aksara dari 1 hingga 255 aksara. 2. Terdiri daripada huruf digit dan tandaan bawah. 3. Tidak boleh terdiri daripada ruang kosong dan perkataan rizab/khas seperti print dan value. 4. Nama yang bermakna dan mudah difahami. Penggunaan perkataan singkatan yang tidak jelas maksudnya atau penggunaan huruf seperti x dan y adalah tidak digalakan. 5. Pemalar Tetap akan dimulakan dengan huruf besar bagi membezakan dengan jenis

data. Elakkan daripada menggunakan huruf besar untuk keseluruhan perkataan. Berikut adalah senarai jenis data dan juga singkatan yang digunakan bagi jenis data:

JENIS DATA Boolean Currency Single Double Integer Long Integer String Variant

SINGKATAN Bln Cur Sng Dbl Int Lng Str Vnt

Berikut adalah contoh pengisytiharan yang betul dan salah:

Pengisytiharan BETUL strNomborIdentiti curKadarBayaran curJanBayar strNoTelefon intKuantiti curKadarCukai intKuota strSub lngPopulasi

Mohd Farid Jaafar JSM, FSKTM, UPM

Pengisytiharan SALAH Omitted int#Jual I Bilangan Dijual Int.Bilangan.Dijual sng$Amaun Sub Caption conMaksima KadarMaksima

Penerangan Kesalahan Tiada perkataan singkatan jenis data Simbol # tidak sah digunakan Ada ruang kosong antara perkataan Penggunaan . tidak sah digunakan Simbol $ tidak sah digunakan Perkataan rizab Perkataan rizab Con bukan singkatan bagi jenis data Tiada perkataan singkatan jenis data

30

Asas Pengaturcaraan Visual Basic PEMALAR TETAP (NAMED DAN INTRINSIK)

Pemalar tetap (named) diisytiharkan dengan menggunakan perkataan ”Const” diletakkan di hadapan identifier. Perisytiharan ini akan mengandungi nama, jenis data dan nilai. Nilai ini adalah tetap ia tidak berubah semasa perlaksanaan.

Bentuk Am: Const PENGECAM As JENISDATA = NILAI

Jenis data yang diisytiharkan mestilah sepadan dengan nilai. Contohnya, pemalar jenis integer mestilah memberikan nilai integer juga.

JENIS DATA Integer

Single atau Currency String

NILAI 5 127 2170 101.25 -5.0 0.15 “SAK 1110” “Pengenalan kepada Pengatucaraan” “0123456” “3.616” She said ““Hello!!!””

Contoh pengisytiharan yang tidak sah bagi pemalar tetap:

Const curHargaBuku As Currency = 4

‘4 adalah nilai integer

Const intKuantiti As Integer = 6.59

‘jenis data tidak sama dengan nilai

Const strNamaUniversiti As String = UPM

’tiada tanda " "

Nilai bagi pemalar tetap mestilah mematuhi peraturan tertentu: 

Nilai bagi string mestilah disertakan dengan (“”)



Nilai numerik seperti currency, integer dan single tidak perlu (””)



Numerik mestilah terdiri daripada digit (0-9), titik perpuluhan dan tanda + (positif) atau – (negatif) di bahagian kiri numerik.

Mohd Farid Jaafar JSM, FSKTM, UPM

31

Asas Pengaturcaraan Visual Basic 

Tandaan lain seperti koma (,), ringgit dan sen (RM atau $) atau sebagainya sama ada dibahagian kiri atau kanan numerik adalah tidak dibenarkan sama sekali.



Nilai bagi string boleh terdiri daripada huruf, digit dan aksara lain seperti $ # @, % & * ! “.



Contoh:

“He said, “ ““I love You!!!”” akan menghasilkan He said, “I Love You!!!”

Pemalar tetap intrinsik adalah pemalar yang dibina oleh kod VB dan disimpan di dalam fail perpustakaan. Contohnya, pemalar tetap untuk warna vbBlue, vbRed dan vbYellow. Pemalar ini terdiri daripada 2 aksara prefix, contohnya: 

vb yang bermaksud Visual Basic.



db yang bermaksud Data Access Object.



xl yang bermaksud Excel.

PEMBOLEHUBAH Bentuk am: Dim PENGECAM As JENISDATA

Contoh: Dim strNama As String

‘jenis data adalah String

Dim intKuantiti As Integer

‘jenis data adalah Integer

Dim curHarga As Currency ‘jenis data adalah Currency Dim vntPerubahan

‘jenis data adalah default Variant

Dim adalah singkatan perkataan Dimension yang bermaksud saiz. Jumlah memori yang akan peruntukkan adalah bergantung kepada jenis datanya.

Mohd Farid Jaafar JSM, FSKTM, UPM

32

Asas Pengaturcaraan Visual Basic Skop Pembolehubah Dan Pemalar Tetap

Suatu pembolehubah dan pemalar tetap mungkin wujud dan digunakan untuk keseluruhan projek, atau hanya bagi suatu form sahaja dan atau hanya untuk suatu tatacara Kewujudan pembolehubah atau pemalar tetap ini dikenali sebagai skop pembolehu pemalar tetap. Skop ini dengan erti kata lain adalah kawasan di mana ia boleh digunakan secara sah. Skop pembolehubah atau pemalar tetap bagi Visual Basic terdiri daripada 3 skop iaitu: 

Global - Pembolehubah atau pemalar tetap global digunakan oleh semua tatacara bagi projek tersebut.



Modul - Pembolehubah atau pemalar tetap akan dicapai daripada semua tatacara yang terdapat di dalam form tersebut.



Setempat - Pembolehubah atau pemalar tetap setempat pula hanya akan digunakan di dalam tatacara di mana ia diisytiharkan iaitu bermula dari mana ia diisytiharkan dan tamat pada akhir tatacara tersebut.

Jangka Hayat Pembolehubah Atau Pemalar Tetap

Jangka hayat adalah jangka masa kewujudan bagi pembolehubah atau pemalar. Jangka hayat bagi pembolehubah atau pemalar tetap setempat adalah masa bagi tatacara dilaksanakan. Sebagai contoh, setiap kali anda melaksanakan tatacara sub, penyataan bagi tatacara tersebut akan dilaksanakan. Setiap pembolehubah atau pemalar tetap yang dilarikan adalah bernilai baru iaitu disetkan semula dengan nilai permulaan 0 pembolehubah atau pernalar tetap numerik dan mengosongkan string bagi pembolehubah pemalar tetap string.

Nilai bagi pembolehubah atau pemalar tetap tidak akan diambil daripada tatacara yang telah dilarikan sebelumnya. Apabila tatacara itu tamat, ruang memori yang diperuntukkan kepada pembolehubah atau pemalar tetap juga akan tamat.

Jangka hayat bagi pembolehubah atau pemalar tetap modul pula adalah di sepanjang form itu dilarikan. Dalam erti kata lain ianya adalah dalam jangka masa bagi keseluruhan projek itu dilaksanakan.

Mohd Farid Jaafar JSM, FSKTM, UPM

33

Asas Pengaturcaraan Visual Basic Perisytiharan Pembolehubah Atau Pemalar Tetap Setempat

Sebarang pembolehubah atau pemalar tetap yang diisytiharkan di dalam suatu tatacara hanya akan digunakan oleh tatacara itu sahaja. Dengan erti kata lain ianya tidak boleh dicapai oleh mana-mana tatacara yang lain. Berikut adalah contoh perisytiharan bagi pembolehubah atau pemalar tetap setempat.

Private Sub cmdKira_Click() ‘Kira harga dan diskaun Const cKadar_Diskaun

As Currency = 0.15

Dim intKuantiti

As Integer

Dim curHarga

As Currency

Dim curJumlahHarga

As Currency

Dim curDiskaun

As Currency

Dim curHargaDiskaun

As Currency

‘Tukarkan nilai input kepada pembolehubah numerik intKuantiti = Val(txtKuantiti.Text) curHarga = Val(txtHarga.Text)

‘Kira nilai curJumlahHarga = intKuantiti * curHarga curDiskaun = curJumlahHarga * cKadar_Diskaun curHargaDiskaun = curJumlahHarga – curDiskaun End Sub

Mohd Farid Jaafar JSM, FSKTM, UPM

34

Asas Pengaturcaraan Visual Basic Perisytiharan Pembolehubah Atau Pemalar Tetap Modul

Apabila pengisytiharan dilakukan secara modul, maka pembolehubah atau pemalar tetap boleh dipanggil dan digunakan oleh tatacara yang memanggilnya. Berikut digambarkan bagaimana pengisytiharan ini dilakukan.

Option Explicit Dim PembolehubahPeringkatModul Const PemalarTetapPeringkatModul

Private Sub cmdKira_Click() Dim PembolehubahSetempat Const PenmalarTetapSetempat End Sub

Private Sub cmdKosongkan_Click() Dim PembolehubahSetempat Const PemalarTetapSetempat End Sub

Private Sub cmdKeseluruhan_Click() Dim PembolehubahSetempat Const PemalarTetapSetempat End Sub

Adalah penting bagi mengetahui suatu pembolehubah atau pemalar tetap itu adalah setempat atau peringkat modul. Penamaan bagi pembolehubah atau pemalar tetap modul dimulakan dengan ”m” sebelum nama pengecam. Contoh:

Option Explicit ‘Dimension module-level variables Dim mintQuantitySum

As Integer

Dim mcurDiscountSum

As Currency

Mohd Farid Jaafar JSM, FSKTM, UPM

35

Asas Pengaturcaraan Visual Basic Dim mcurDiscountedPriceSum

As Currency

Dim mintSaleCount

As Integer

Dim mcurAverageDiscount

As Currency

FUNGSI VAL Fungsi Val ini adalah salah satu daripada fungsi yang terdapat di dalam Visual Basic. Suatu fungsi akan melaksanakan suatu tindakan dan mengembalikan suatu nilai. Bagi fungsi Val yang diambil dari singkatan perkataan Value yang bermaksud nilai ini berfungsi untuk menukarkan suatu nilai kepada nilai numerik.

Bentuk Am: Val(Penyataan Yang Akan Ditukarkan) Contoh: intKuantiti = Val(txtKuantiti.Text) 

Data yang diinputkan ke dalam kotak teks txtKuantiti akan ditukarkan kepada nilai numerik dan diberikan kepada pembolehubah intKuantiti

curHarga = Val(txtHarga.Text) 

Data yang diinputkan ke dalam kotak teks txtHarga akan ditukarkan kepada nilai numerik

dan diberikan kepada pembolehubah curHarga.

Mohd Farid Jaafar JSM, FSKTM, UPM

36

Asas Pengaturcaraan Visual Basic Apabila fungsi Val menukarkan suatu argumen kepada nilai numerik, ia akan dimulakan daripada aksara paling kiri. Jika aksara bukan numerik dijumpai, ia akan memberhentikan operasinya. Berikut adalah contoh bagi fungsi Val:

KANDUNGAN ARGUMEN 123.45 $1.00 1,000 A123 123A 4B5 -123 +123 12.34.8

NILAI YANG DIPULANGKAN 0 123.45 0 1 0 123 4 -123 123 12.34

OPERASI ARIMETIK

Operasi arimetik yang boleh dilaksanakan di dalam Visual Basic adalah tambah (+), tolak (-), darab (*), bahagi (/) dan eksponen (^).

Bagi setiap pengiraan terdapat susun atur tertentu perlaksanaan operasi. Berdasarkan contoh berikut: 3 + 4 * 2 = 14

’sekiranya operasi tambah dilaksanakan dahulu

3 + 4 * 2 = 11

’sekiranya operasi darab dilaksanakan dahulu

Hirarki bagi operasi daripada tertinggi hingga terendah adalah seperti berikut: 1. Eksponen (^). 2. Darab (*) dan bahagi (/). 3. Tambah (+) dan tolak(-).

Jawapan yang betul bagi soalan di atas adalah 11. Namun demikian, jawapan 14 betul sekiranya soalan tersebut ditambah ( ) menjadi (3+4) * 2. Dengan tanda ( ), ia membawa maksud operasi di dalam ( ) mestilah dilaksanakan terlebih dahulu. Tanda ( ) ini dipanggil sebagai sarang (nested). Contoh lain: ((intScoreI

Mohd Farid Jaafar JSM, FSKTM, UPM

+ intScore2 + intScore3) / 3) * 12

37

Asas Pengaturcaraan Visual Basic 2 * curHarga * curKadar

‘sama dengan bawah tetapi

(2 * curHarga) * curKadar

‘ini lebih mudah difahami.

Bagi operasi yang mempunyai tahap hirarki yang sama (contohnya darab dan bahagi), operasi akan dilaksanakan dari kiri ke kanan. Contohnya:

8/4*2=4

‘bukannya

8/4*2=1

Operasi pertama yang dilaksanakan ialah 8 / 4 dan 2 * 2 bagi operasi yang kedua. Semasa

membuat pengekodan, terdapat pernyataan operasi yang dinyatakan di dalam matematik adalah tidak sah mengikut pengekodan Visual Basic. NOTASI MATEMATIK 2A 3(X+Y) (X+Y)(X-Y)

PENGEKODAN VISUAL BASIC 2*A 3*(X+Y) (X+Y)*(X-Y)

Apabila operasi arimetik dilaksanakan di dalam pengekodan Visual Basic, suatu nilai operasi disebelah kanan = akan diberikan kepada item di sebelah kiri =. Item di sebelah kiri ini mestilah terdiri daripada pembolehubah atau kawalan (objek). Pemalar tetap adalah tidak dibenarkan sama sekali. Contoh:

curPurata = curJumlah / intKira 1bITempohAmaun.Caption = curHarga - (curHarga * curKadarDiskaun) txtKomisen.Text = curJumlahJualan * curKadarKomisen

Mohd Farid Jaafar JSM, FSKTM, UPM

38

Asas Pengaturcaraan Visual Basic MEMFORMAT DATA Memformat data bermaksud mengawal cara output akan kelihatan semasa dipaparkan pada skrin atau pencetak. Di dalam Visual Basic 6.0, terdapat 4 jenis fungsi bagi format iaitu FormatCurrency, FormatNumber, FormatPercent dan FormatDateTime.

Fungsi FormatCurrency

Bentuk Am: FormatCurrency(Penyataan Yang Hendak DiFormat)

Fungsi FormatCurrency akan membenarkan aksara string ringgit, koma dan dua perpuluhan. Contoh: lblBaki.Caption = FormatCurrency(curBaki) lblAmaun.Caption = FormatCurrency(sngAmaun)

PEMBOLEHUBAH curBaki sngAmaun

NILAI 1275.675 .9

FUNGSI FormatCurrency(curBaki) FormatCurrency(sngAmaun)

OUTPUT $1,275.68 $0.90

**Nota: Nilai yang telah diformatkan oleh FormatCurrency adalah tidak lagi berjenis numerik dan tidak boleh lagi melakukan operasi pengiraan.

Andaikan curAmaun memegang nilai 1050 dan lblAmaun akan memaparkan $1,050.00. Jika anda mahu membuat pengiraan seterusnya ke atas amaun, anda mesti menggunakan curAmaun dan bukannya lblAmaun.Caption. Pembolehubah curAmaun memegang nilai numerik dan lblAmaun.Caption memegang nilai string. Bentuk Am:

FormatCurrency(PernyataanUntukDiformat,

BilanganKedudukanTempatPerpuluhan,

DigitPermulaan, Guna( )UntukNegatif, KumpulanDigit) Mohd Farid Jaafar JSM, FSKTM, UPM

39

Asas Pengaturcaraan Visual Basic

Contoh: lblJumlahRinggit.Caption = FormatCurrency(curJumiahRinggit, 0)

Hasilnya ialah nilai JumlahRinggit yang mempunyai tanda $ dan tiada tempat perpuluhan.

Fungsi FormatNumber

Bentuk Am: FormatNumber(PernyataanYangHendakDiformat)

FormatNumber adalah sama dengan FormatCurrency. FormatNumber akan memaparkan koma dan dua digit tempat perpuluhan. Contoh:

lblJumlah.Caption = FormatNumber(curJumlah) lblKira.Caption = FormatNumber(intKira)

Bentuk Am:

FormatNumber(PernyataanUntukDiformat,

BilanganKedudukanTitikPerpuluhan,

DigitPermulaan, Guna( )UntukNegatif, KumpulanDigit)

PEMBOLEHUBAH curJumlah curBaki

Mohd Farid Jaafar JSM, FSKTM, UPM

NILAI 1125.67 1234.567

FUNGSI OUTPUT FormatNumber(curJumlah) 1,126 FormatNumber(curBaki,2) 1,234.57

40

Asas Pengaturcaraan Visual Basic Fungsi FormatPercent

Bentuk Am: FormatPercent(PernyataanYangHendakDiformat)

Fungsi ini akan mendarabkan argumen dengan 100, memaparkan tanda % dan memberikan nilai dua tempat perpuluhan. Contoh:

lblPercentComplete.Caption = FormatPercent (snoComplete) lblInterestRate.Caption = FormatPercent (curRate)

Bentuk Am:

FormatPercent(PernyataanUntukDiformat,

BilanganKedudukanTitikPerpuluhan,

DigitPer-nulaan, Guna( )UntukNegatif, KumpulanDigit)

PEMBOLEHUBAH curCorrect curCorrect Curate Curate curate

NILAI .75 .75 .734 .734 .734

FUNGSI FormatPercent(curCorrect) FormatPercent(curCorrect,1) FormatPercent(curRate) FormatPercent(curate,1) FormatPercent(curate,2)

OUTPUT 75% 75.0% 73% 73.4% 73.40%

Fungsi FormatDateTime

Bentuk Am: FormatDateTime(PernyataanYangHendakDiformat)

Anda boleh memformat suatu pernyataan sebagai tarikh dan/atau masa. Pernyataan ini boleh terdiri daripada string yang memegang nilai tarikh atau masa, pembolehubah berjenis tarikh atau fungsi yang memulangkan nilai tarikh. Contoh:

lbITarikhMula.Caption = FormatDateTime(dtmTarikhMula, vbShortDate) lblMasaMula.Caption = FormatDateTime("I /1/00", vbLongDate) ikhDanMasa.Caption = FormatDateTime(dtmBeberapaTarikh ) Mohd Farid Jaafar JSM, FSKTM, UPM

41

Asas Pengaturcaraan Visual Basic Nama format adalah berdasarkan kepada yang berikut:

NAMA FORMAT vbGeneralDate

vbLongDate vbShortDate vbLongTime vbShortDate

Mohd Farid Jaafar JSM, FSKTM, UPM

MEMBERIKAN NILAI Suatu tarikh dan / atau masa. Jika pernyataan memegang nilai tarikh ia memberikan ShortDate. Jika pernyataan memegang nilai masa, ia memberikan LongTime. Jika ia memegang kedua-duanya, ia memberikan ShortDate dan LongDate Hari, Bulan, Tarikh, Tahun MM/DD/YY HH:MM:SS AM/PM HH:MM (24 jam)

CONTOH 2/28/04 6:01:24 PM

Sunday, February 13, 2004 2/28/04 6:01:24 PM 18:01

42

Related Documents

Asas Pengaturcaraan
May 2020 8
Visual Basic
June 2020 18
Visual Basic
September 2019 35
Visual Basic
May 2020 28