Asas-asas dakwah Islamiyah 19 Feb 2006 Surah Fushshilat: 33 - 36
)33(َسلِمِين ْ ُن الْم َ ِل إِنّنِي م َ ل صَالِحًا َوقَا َ ن قَوْلً مِمّنْ دَعَا ِإلَى الِّ وَعَ ِم ُ َن َأحْس ْ ََوم ٌن َفإِذَا الّذِي بَيْ َنكَ وَبَيْ َنهُ عَدَاوَة ُ َي َأحْس َ ِوَلَ َتسْتَوِي ا ْلحَسَنَةُ وَلَ السّيّئَةُ ا ْدفَعْ بِالّتِي ه ( ٍن صَبَرُوا وَمَا ُيَلقّاهَا إِلّ ذُو حَظّ عَظِيم َ ) وَمَا ُيَلقّاهَا إِلّ الّذِي34( ٌي حَمِيم ّ َِكأَنّهُ َول )36( ُلّ إِنّهُ ُهوَ السّمِي ُع الْ َعلِيم ِ غ فَاسْتَعِذْ بِا ٌ ْ) َوإِمّا يَنْزَغَ ّنكَ مِنَ الشّ ْيطَانِ نَز35 Terjemahan: 33. Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, Mengerjakan amal yang salih dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri. 34. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah )kejahatan itu( dengan cara yang lebih baik, maka tiba tiba orang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah olah dialah menjadi teman yang sangat setia. 35. Sifat sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar mempunyai keberuntungan yang besar. 36. Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.
Tafsiran Ayat: (33) Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, Mengerjakan amal yang salih dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri. Perkataan " dakwah " adalah perkataan yang paling indah diatas muka bumi ini. Perkataan tersebut mendahului semua perkataan yang baik, tetapi agar ucapan juru dakwah itu benar benar mengatasi semua perkataan yang lain diatas muka bumi ini maka ia mestilah memenuhi ketiga tiga syarat. Ini sebagaimana tertera didalam ayat diatas: 1. Dakwahnya mestilah kearah mengajak umat manusia agar menyembah Allah, mentaati suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya, mensyukuri nikmat-Nya dan jangan kufur terhadap-Nya. 2. Juru dakwah tersebut mestilah beramal salih iaitu dengan melakukan kewajiban, menjauhi larangan, gemar melakukan amal amal sunat, menghindarkan dirinya daripada perkara makruh. Jadi selain ia mengajak orang lain kejalan Allah maka dia juga secara pribadi segera melaksanakannya.
3. Dia merasa bangga dengan ke Islamannya, bukan merasa hina. Lalu sebagai bukti kebanggaannya itu maka ia laksanakan kehendak kehendak agama dalam kehidupannya se hari hari tanpa mengira di mana dia berada. (34) Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba tiba orang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah olah dialah menjadi teman yang sangat setia. Tetapi dalam menjalankan dakwahnya terkadang kadang juru dakwah akan menghadapi bermacam macam rintangan dari musuh. Dan kerana Juru Dakwah adalah penerus tugas Nabi maka musuh mereka sama dengan musuh para Nabi iaitu syaitan jin dan syaitan manusia. Firman Allah:
ٍَوكَ َذِلكَ جَ َعلْنَا لِ ُكلّ نَ ِبيّ عَدُوّا شَيَاطِينَ الِْنْسِ وَا ْلجِنّ يُوحِي بَ ْعضُهُ ْم ِإلَى بَعْض ف ا ْلقَ ْولِ غُرُورًا َ ُُزخْر " Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap tiap Nabi itu musuh iaitu syaitan syaitan (dari jenis) manusia dan syaitan syaitan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan perkataan yang indah untuk menipu (manusia)". (Al An’am: 112) Di dalam ayat ini Allah swt menerangkan bahawa musuh para nabi dan juga musuh para pendakwah terdiri daripada syaitan manusia dan syaitan jin. Dan selanjutnya Allah menjelaskan kepada kita bagaimana semestinya kita mengahadapi musuh musuh tersebut: 1. Jika musuh itu dari kalangan syaitan manusia, maka kita hendaklah menghadapi mereka dengan ihsan iaitu dengan cara berbuat baik kepada mereka, menggauli mereka dengan lemah lembut dan bersopan santun, bertolak ansor dan memaafkan kekeliruan mereka, dan berusaha menghindarkan diri daripada kejahatan dan kejahilan mereka. Hakikat ini tersirat di dalam firman Allah: Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba tiba orang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah olah dialah menjadi teman yang sangat setia. (Fussilat: 34) 2. Jika musuh itu terdiri daripada syaitan jin, maka kita mestilah segera memohon perlindungan kepada Allah SWT daripada godaan dan was wasnya. Hakikat ini pula tersirat di dalam firman Allah: Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. )Fussilat: 36( (35) Sifat sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar mempunyai keberuntungan yang besar.
Sifat sifat terpuji diatas tidak boleh didapati oleh semua orang. Allah SWT hanya akan menganugerahkan sifat sifat tersebut kepada orang-orang yang sabar. Merekalah orang akan mendapat keberuntungan yang besar. Inilah sifat yang dapat menghindarkan seseorang daripada kerugian yang abadi. Dan hakikat inilah sebenarnya yang terkandungan dalam surah Al ‘Ashr:
ع ِملُوا َ َن ءَامَنُوا و َ ل الّذِي ّ ِ) إ2( ٍن َلفِي خُسْر َ ) إِنّ الِْ ْنسَا1( ِوَالْ َعصْر )3( ِالصّاِلحَاتِوَتَوَاصَوْا بِا ْلحَقّ وَتَوَاصَوْا بِالصّبْر Demi masa (1) Sesungguhnya manusia itu benar benar berada dalam kerugian (2) kecuali orang orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menepati kesabaran (3)
Asas Asas Dakwah: Agar tugas Dakwah dapat berjalan dengan lancar dan dapat pula memberi kesan yang semaksima mungkin, maka juru dakwah mestilah mengetahui asas asas dakwah berikut ini: 1. 2. 3. 4.
Topik Dakwah. Juru Dakwah. Sasaran Dakwah. Methodelogi Dakwah.
Topik Dakwah: Yang dimaksudkan dengan topik dakwah ialah apa yang akan disampaikan oleh juru dakwah. Topik Dakwah ialah Agama Islam. Setiap Juru Dakwah berusaha mengajak umat manusia kepada kebenaran, dan kebenaran pula ialah segala yang datang daripada Allah.
)147( َن الْمُمْتَرِين َ ِك فَلَ تَكُو َننّ م َ ا ْلحَقّ مِنْ رَ ّب Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali kali kamu termasuk orang orang yang rugi (Al Baqarah / 2: 147) Dan yang datang dari Allah ialah agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Jadi juru dakwah tidak boleh menyimpang dari perinsip ini. Oleh sebab itu juru dakwah mestilah amanah dalam penyampaiannya. Dia tidak boleh menambah hal hal baru yang bercanggah dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya sebab Rasulullah saw tidak
diwafatkan oleh Allah melainklan setelah sempurna agama Islam yang dibawanya. Hakikat ini tercantum di dalam firman Allah:
ت لَكُمُ الِْسْلَمَ دِينًا ُ علَيْكُمْ نِعْمَتِي وَ َرضِي َ ُت لَكُمْ دِينَ ُكمْ َوأَتْمَ ْمت ُ ْالْيَوْ َم أَكْ َمل Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu ni’mat-Ku, dan telah Kuredai Islam itu jadi agama bagimu. (Al Maidah / 5: 3)
Juru Dakwah: Setiap juru dakwah mestilah mengetahui beberapa perkara asas dibawah ini, iaitu: Tugas juru dakwah, senjata dan bekal juru dakwah, akhlak juru dakwah.
Tugas juru dakwah sama betul dengan tugas para rasul. Para Rasul adalah contoh tauladan bagi semua Juru Dakwah. Dan tentu saja yang paling istimewa dari semua rasul rasul itu ialah Nabi Muhammad SAW. Setiap perintah kepada rasul sebenarnya juga perintah kepada umatnya kecuali jika ada pengecualiannya. Dan dalam hal dakwah ke jalan Allah ini tidak ada pengecualiannya. Jadi atas dasar itu setiap muslim mukallah wajib berdakwah sesuai dengan kemampuan mereka masing-masing. Bekalan atau Senjata Juru Dakwah: 1. Kefahaman yang mendalam yang berteraskan ilmu yang betul sebelum ia beramal. Menghayati Al Quran dan memahami Sunnah Nabi SAW. 2. Iman yang mendalam yang membuahkan rasa cinta kepada Allah, rasa takut kepada-Nya, rasa mengharap kepada-Nya dan selanjutnya mengikuti Rasulullah SAW dalam segala urusan kehidupannya. 3. Hubungannya yang berterusan dengan Allah SWT dalam segala urusan kehidupannya seperti tawakkalnya, keikhlasannya, memohon bantuannya dan kebenaraan dalam pertuturan dan perbuatannya. Akhlak Juru Dakwah: Juru Dakwah mestilah mempunyai akhlak yang mulia sebagaimana yang tertera didalam Al Quran dan Sunnah Nabi SAW. umpamanya: Benar, Ikhlas, Berdakwah dengan ilmu )Bashirah(, Penyantun, Lemah lembut, Sabar, Kasih sayang, Pemaaf, Tawadhu', Berani, Amanah, Taqwa, Optimis, Istiqamah, Mengutamakan yang lebih penting )Tadarruj( dan lain lain lagi. Sebagaimana juga juru dakwah mestilah menjauhi segala sifat yang bercanggah dengan sifat sifat diatas.
)3( َلّ أَنْ َتقُولُوا مَا لَ َتفْ َعلُون ِ كَبُرَ َمقْتًا عِنْ َد ا Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa apa yang tidak kamu kerjakan (Al Saff/ 61: 3)
Sasaran Dakwah: Sasaran dakwah ialah semua manusia, sepanjang zaman dan pada semua tempat. Juru dakwah mestilah faham bahawa manusia ada bebarapa jenis: Golongan anti tuhan, Ahlul Kitab, Musyrikin, Munafiq, Muslim yang bergelimang dosa, Muslim yang perlu mendapat bimbingan dan tarbiah. Dan diantara mereka pula ada yang berpelajaran )educated( dan tidak kurang yang masih buta huruf dan sebagainya. Dan selanjutnya Juru dakwah mestilah mempertimbangkan langkah langkah seperti berikut ini: 1. Mulakan dengan memperbaiki dirinya agar layak dijadikan sebagai manusia teladan. 2. Kemudian bimbing keluarganya dan bentuk rumah yang bahagia. 3. Kemudian barulah kepada masyarakatnya, mengajak mereka kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dengan hikmah. 4. Kemudian barulah mengajak " non Moslem " kepada agama Islam sehingga tidak timbul fitnah dan agama hanya milik Allah. 5. Methodologi Dakwah: Maksudnya ialah Ilmu atau cara yang digunakan dalam penyampaian dakwah sehingga menepati sasarannya dan berkesan. Dan dalam hal ini, sumber utamanya ialah Al Quran, Sunah Rasul dan Sirah Salafus Salih: samada Sahabat, Tabi'iin ataupun pengikut pengikut setia mereka dari kalangan ahli ilmu dan ahli amal.
ُي َأحْسَن َ ِع ِإلَى سَبِيلِ رَ ّبكَ بِا ْلحِكْمَةِ وَالْمَ ْوعِظَ ِة ا ْلحَسَ َنةِ َوجَا ِدلْهُمْ بِالّتِي ه ُ ْاد Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. (Al Nahl / 16: 125) Berdasarkan ayat ini Allah swt menerangkan terdapat tiga cara kita menyeru atau metodologi dakwah yang boleh kita gunakan ketika kita berdakwah. Pergunakanlah metode yang sesuai dan tepat untuk setiap kelompok sasaran dakwah agar dakwah kita lebih berkesan. (36) Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.
Sebagaimana telah disebutkan di atas bahawa shaitan ada dua jenis iaitu shaitan jin dan shaitan manusia. Asal makna perkataan " shaitan " ialah: )ّ ( َبعِ ْيدٌ عَنِ ا ْلحَقertinya " jauh daripada kebenaran ". Sedangkan kebenaran pula ialah segala yang datang daripada Allah. Ini sebagaimana firman Allah:
)147( َن الْمُمْتَرِيْن َ ِك فَلَ تَكُوْ َننّ م َ ا ْلحَقّ مِنْ رَ ّب Kebenaran itu dari Tuhanmu, oleh itu kamu jangan menjadi orang orang yang ragu ragu (Al Baqarah / 2: 147) Jadi berdasarkan keterangan di atas nyatalah bahawa setiap pihak yang ingin menjauhkan kita daripada melaksanakan kehendak Allah adalah shaitan, samada ia dari jenis manusia ataupun dari jenis jin. Dan di antara tugas manusia ialah menyampaikan kebenaran kepada orang lain atau dengan kata lain berdakwah mengajak manusia lain melaksanakan suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dan shaitan sentiasa berusaha agar kita tidak melaksanakan perintah tersebut. Oleh itu mohonlah perlindungan daripada Allah, iaitu dengan banyak bersabar.