As-syahid Syed Qutb

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View As-syahid Syed Qutb as PDF for free.

More details

  • Words: 710
  • Pages: 16
Tokoh

Sirah Sayyid Qutb (1906-1966)

Latar Belakang…  Nama sebenar:

– Al-Maqhfurulahu al-‘Arif billah asSyahid Sayyid ibn Qutb Ibrahim  Dilahirkan pada tahun 1906 di Kampung Musyah, daerah Asyut, Egypt  keluarga yang kuat mematuhi ajaran agama dan mempunyai kedudukan yang terhormat di kampung itu.  Bapanya Haji Qutb Ibrahim seorang yang disegani umum dan banyak berbakti kepada orang-orang miskin

Latar Belakang  Beliau telah menghafal al-Qur’an sejak

dalam usianya yang belum mencecah sepuluh tahun  zaman kanak-kanak dan remajanya beliau telah memperlihatkan petandapetanda kecerdasan yang tinggi dan bakat-bakat yang cemerlang yang menarik perhatian para guru dan pendidiknya  memperlihatkan kegemaran membaca yang lahap, keberanian mengemukakan pertanyaan-pertanyaan dan mengeluarkan pendapat-pendapat yang bernas.

Latar Belakang  Sentiasa mendampingi al-Quran

sehingga beliau memasuki Kuliah Darul ‘Ulum sebuah institusi pengajian tinggi Islam dan sastera Arab yang terkenal di seluruh dunia Islam  Kefahaman al-Qur’aniyah dan pemikiran Islamiyah beliau semakin subur dan terserlah

Kerjaya..  Setelah menamatkan pengajian

tingginya, beliau menceburkan diri di bidang keguruan dan penulisan.  Akhirnya dipindah ke bahagian Pentadbiran Kementerian Pelajaran di Qahirah.  Nama beliau begitu terkenal selaku seorang penulis yang prolifik yang bukan sahaja menulis dalam akhbarakhbar dan majalah-majalah ilmiyah yang terkemuka..  Malah menerbitkan majalah-majalah yang lebih berwawasan dari majalahmajalah yang wujud masa itu hingga

Kerjaya..  Penulisan-penulisan beliau diminati ramai

terutama generasi muda. – Mereka tertarik dengan penjelasanpenjelasan yang tajam, pendedahannya yang berani dan analisisnya yang mendalam.  Pada tahun 1945 beliau memutuskan untuk memulakan penulisan buku-buku. – Ketika itu usia beliau menghampiri empat puluh tahun  Sejak tahun itu hingga ke tahun 1950

beliau telah berjaya menghasilkan dua puluh enam buah buku yang bermutu dalam berbagai-bagai bidang penulisan sastera Islamiyah.

Penjelajahan…  Pada tahun 1948 beliau dihantar ke Amerika

untuk mempelajari sistem pengajian dan pembelajaran di sana.  Selama hampir dua tahun berada di sana beliau telah membuat kajian yang lebih mendalam dalam bidang yang menyangkut pendidikan dan pelajaran di negaran itu.  Beliau telah melakukan pengamatanpengamatan yang luas mengenai kehidupan Amerika yang banyak mengecewakannya.  Kemudian dalam suratnya kepada pujangga Taufiq al-Hakim beliau menulis: “Amerika mempunyai segala sesuatu kecuali roh.”

Kembali..  Sekembalinya dari Amerika, beliau

memutuskan untuk menumpukan seluruh hayatnya kepada pengajian lslamiyah dan harakat Islamiyah dan meninggalkan gelanggang sastera yang menjadi gelanggang peminatannya di zaman silam  Tahun 1951 - 1964 merupakan masa peralihan beliau kepada penulisanpenulisan Islamiyah yang serius dan cemerlang di samping merupakan tahun-tahun yang amat produktif di mana lahirnya karya-karya agung yang menjadi buku-buku warisan Islamiyah yang penting di zaman ini dan di

Fi Zilalil-Quran  Karya yang menjadi mercu tanda daya

penghasilan intelektualnya ialah tafsir “ Fi Zilalil-Qur’an”.  Juzu’ pertama dari tafsir ini muncul pada tahun 1952  Beliau telah menyelesaikan penulisan tafsir ini sebanyak tiga puluh juzu’ pada akhir tahun lima puluhan  Mengambil masa kira-kira hampir lapan tahun.

Tahun 1945:Syed Qutb menyertai gerakan Islam Ikhwan Muslimun. Syed Qutb sebagi Ketua Pengarang Majalah Al-Ikhwan Muslimun. Tetapi majalah ini hanya dapat dikendalikan oleh beliau selama 2 bulan sahaja kerana pada bulan September 1954, majalah itu diharamkan penerbitannya oleh Regim Jamal Nasir. Regim Mesir ketika itu mengambil langkah kekerasan terhadap gerakan Ikhwan dan menangkap ribuan pendukungnya termasuk Syed Qutb.

 Semasa di dalam tahanan inilah, Jamal Abdul

Nasir telah menawarkan pembebasan terhadap beliau dengan syarat Syed Qutb menulis 'pernyataan' memohon maaf kepada Regim Jamal Abdul Nasir. Tetapi tawaran tersebut ditolak. Kata Syed Qutb: "Aku merasa hairan dengan mereka yang mahukan manusia yang ditindas dan dizalimi berlutut memohon kepada penzalim dan penindas itu. Demi Allah, kalaupun dengan perkataan itu dapat menyelamatkan aku daripada tali gantung sekalipun, sesekali aku tidak akan mengucapkannnya. Aku lebih rela kembali menemui Allah dalam keadaan Ia meredhai aku dan aku meredhaiNya"

 Tahun 1964:-

Syed Qutb dibebaskan apabila Jamal Abdul Nasir memenuhi permintaan Presiden Iraq kerana beliau ingin menjalin hubungan baik dengan Iraq.  Tetapi tidak sampai 1 tahun itu,

Syed Qutb ditahan kembali dengan tuduhan ingin merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan dengan mengggunakan kekerasan.Turut ditangkap bersama beliau ialah adik-adiknya Muhammad Qutb, Hamidah Qutb, Aminah Qutb dan puluhan ribu anggota Ikhwan Muslimun yang lain.

‘Syahid’  Tahun 1966:-

Syed Qutb bersama rakan-rakan seperjuangannya iaitu Muhammad Yusof Hawwash dan Abdul Fatah Ismail telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tentera Mesir. Pagi Isnin 29 Ogos 1966, Asy-Syahid Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati!!!

“Nukilan Terakhir”

Related Documents