Artikulasi Konsonan Dan Diftong

  • Uploaded by: 071link
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Artikulasi Konsonan Dan Diftong as PDF for free.

More details

  • Words: 1,696
  • Pages: 33
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU (ISL 3) PISMP 4A 1. 2. 3. 4.

Nama ahli kumpulan 3: Mohd Hanif B Zainaldin Muhammad Muhaimin B Zaki Siti Nasuha Bt Che Shukor Nur Azira Bt Azuani

ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR Artikulasi

Konsonan Artikulasi Diftong

Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota nota pembelajaran terkini dari www.NotaMurid.com . Hantarkan email anda kepada [email protected] untuk memberikan pandangan terhadap NotaMurid.com.

ARTIKULASI KONSONAN 

Bunyi-bunyi konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa selain bunyi vokal, sama ada bersuara atau tidak bersuara, yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru menerima sekatan atau geseran, yang berlaku dalam rongga mulut, rongga tekak atau rongga hidung.

CIRI-CIRI BUNYI KONSONAN Bunyi-bunyi konsonan mempunyai ciri-ciri berikut:ii. Ada konsonan yang bersuara dan ada konsonan yang tidak bersuara, bergantung sama ada pita suara digetarkan atau tidak. iii. Arus udara yang keluar dari paru-paru menerima sekatan atau geseran. iv. Ada konsonan sengau dan ada konsonan tidak sengau, bergantung kepada keadaan lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan. •

PENGHASILAN BUNYI KONSONAN i. •



v. •



Keadaan glotis Jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar apabila arus udara keluar dari paruparu, menghasilkan bunyi suara. Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, menghasilkan bunyi tidak bersuara. Keadaan lelangit lembut Jika lelangit lembut dinaikkan, bunyi-bunyi konsonan yang dihasilkan bersifat bunyi-bunyi oral. Jika lelangit lembut diturunkan, udara dari paru-paru dapat keluar melaui rongga hidung, menghasilkan bunyi-bunyi sengau atau bunyi

PENGHASILAN BUNYI KONSONAN i. •

iv. •

Cara arus udara Udara yang keluar dari paru-paru yang akan menghasilkan pelbagai kategori bunyi konsonan iaitu konsonan letupan, konsonan letusan, konsonan geseran, konsonan sengau, konsonan sisian, konsonan getaran dan separuh vokal. Sentuhan antara alat artikulasi Sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi yang akan menghasilkan pelbagai bunyi konsonan, antaranya konsonan dua bibir, konsonan bibir gigi, konsonan gigi, konsonan gelungan, konsonan gusi-lelangit keras , konsonan lelangit lembut dan konsonan anak tekak.

CARA MENGHASILKAN BUNYI KONSONAN Bunyi-bunyi konsonan dalam bahasa Melayu dihuraikan mengikut cara penghasilanya, iaitu dari segi cara arus udara keluar dari paru-paru. Terdapat tujuh jenis konsonan asli dalam bahasa Melayu, iaitu letusan, letupan, geseran, getaran, sisian, sengau dan separuh vokal.

KONSONAN LETUSAN •







Konsonan letusan dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi. Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini menyekat arus udara dari paru-paru. Kemudiannya, sekatan ini dilepaskan perlahan-lahan, menghasilkan bunyi letusan. Dalam bahasa Melayu, terdapat hanya sepasang konsonan letusan, iaitu letusan gusi-lelangit keras tak bersuara [c] dan bersuara [j].

KONSONAN LETUSAN Cara menghasilkan konsonan letusan adalah dengan cara: ii. Depan lidah ditemukan dengan daerah antara gusi dengan lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. iii. Arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan antara depan lidah dengan gusilelangit keras. iv. Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan perlahan-lahan. •

KONSONAN LETUSAN •





Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, maka terhasillah konsonan letusan gusi-lelangit keras tidak bersuara [c]. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, maka terhasillah konsonan letusan gusi-lelangit keras bersuara [j]. Contoh penggunaan dalam perkataan: cuka baca Mac

jumlah panji caj

KONSONAN LETUPAN Konsonan letupan (atau hentian atau plosive) dihasilkan dengan membuat sekatan di antara alat artikulasi.  Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini menyekat arus udara dari paru-paru.  Sekatan ini kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta, menghasilkan bunyi letupan. 

LETUPAN DUA BIBIR Cara menghasilkan konsonan letupan dua bibir adalah: ii. Merapatkan bibir bawah ke bibir atas dan udara dari peparu tertahan dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak. iii. Arus udara keluar dari paru-paru melaui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan dua bibir. iv. Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan dengan serta-merta. •

LETUPAN DUA BIBIR •





Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Contoh penggunaan dalam perkataan: pakar api tiap

bungkus abadi sebab

LETUPAN GUSI •

Cara menghasilkan konsonan letupan gusi adalah: Merapatkan hujung lidah ke gusi dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tertahan dan tersekat di belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gusi. Kemudian, sekatan itu dilepaskan dengan serta- merta.

LETUPAN GUSI •





Jika semasa penghasilan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara [t]. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, yang terhasil ialah letupan gusi bersuara [d]. Contoh penggunaan dalam perkataan: tiap atas

datin adegan

LETUPAN LELANGIT LEMBUT Cara menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut adalah: ii. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut. iii. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan di antara belakang lidah dengan lelangit lembut. iv. Kemudiannya, sekatan tersebut dilepaskan dengan serta-merta. •

LETUPAN LELANGIT LEMBUT •





Jika semasa penghasilan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut bersuara [g]. Contoh perkataan: kapak laksa

gila sagu

HENTIAN GLOTIS •

Konsonan hentian glotis dihasilkan dengan cara: Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru-paru dan tersekat di belakang rapatan pita suara. Rapatan itu kemudiannya dilepaskan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Justeru, terhasillah bunyi hentian glotis. Hentian glotis di akhir perkataan-perkataan yang dieja dengan huruf k, misalnya:

[budak] [kapak] [tidak]

KONSONAN GESERAN Konsonan geseran ( atau frikatif) dihasilkan dengan membuat sempitan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi.  Arus udara dari paru-paru dapat keluar antara sempitan ini dan bergeser.  Dalam bahasa Melayu terdapat dua konsonan geseran asli, iaitu konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] dan konsonan geseran glotis [h]. 

GESERAN GUSI TIDAK BERSUARA Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] dihasilkan dengan cara: ii. Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. iii. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding rongga tekak. iv. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi. v. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. vi. Maka terhasilkan konsonan geseran gusi tak bersuara [s]. vii.Contoh perkataan: •

Semut Asap Keras

GESERAN GLOTIS Konsonan geseran glotis [h] dihasilkan dengan cara: ii. Glotis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. iii. Arus udara dari paru-paru keluar bergeser tanpa gangguan dan keadaan dalam rongga mulut seperti menghasilkan bunyi-bunyi vokal. iv. Contoh kehadiran dalam perkataan: •

Hutan Sahaja Suluh

KONSONAN GETARAN Konsonan getaran dihasilkan tanpa sebarang sekatan atau sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi dalam rongga mulut, tetapi dengan cara menggetarkan lidah.  Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan getaran, iaitu konsonan getaran gusi [r]. 

KONSONAN GETARAN •

Cara menghasilkan bunyi [r] ini adalah: Mengangkat hujung lidah kearah gusi dan menggetarkan hujung lidah. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan:

Rambut Seru Sukar

KONSONAN SISIAN Konsonan sisian dihasilkan dengan mengeluarkan udara di kiri dan kanan lidah dalam rongga mulut.  Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan sisian, iaitu sisian gusi [l]. 

KONSONAN SISIAN Konsonan sisian gusi [l] dihasilkan dengan cara: ii. Hujung lidah diangkat kea rah gusi atas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. iii. Arus udara dari paru-paru keluar melaui kiri dan kanan lidah (sisi lidah). iv. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. v. Contoh kehadiran dalam perkataan: •

Lambat Tuala Cekal

KONSONAN SENGAU •







Konsonan sengau dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi di dalam rongga mulut. Lelangit lembut diturunkan, membenarkan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung. Satu perbezaan antara bunyi-bunyi sengau dengan bunyi-bunyi lain ialah hakikat bahawa sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi sengau, arus udara keluar melaui rongga hidung oleh sebab lelangit lembut diturunkan. Dalam bahasa Melayu terdapat empat konsonan sengau, iaitu konsonan sengau dua bibir [ɲ ], dan konsonan sengau lelangit lembut [ŋ ].

KONSONAN SENGAU DUA BIBIR •

• •

Konsonan sengau dua bibir [m] dihasilkan dengan bibir bawah dirapatkan ke bibir atas, lelangit lembut diturunkan dan arus dari paru-paru keluar melaui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar . Contoh kehadiran dalam perkataan: Malam Aman Siam

KONSONAN SENGAU GUSI •



• •

Konsonan sengau gusi [n] dihasilkan dengan hujung lidah ditemukan dengan gusi atas. Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan: Nampak Tanak Daun

KONSONAN SENGAU GUSI LELANGIT KERAS •

• • •



Konsonan sengau lelangit keras [ɲ] dihasilkan dengan depan lidah ditemu atau dirapatkan ke langit keras. Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Oleh sebab lambang [ɲ] tidak ada pada mesin taip, dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu, konsonan ini dilambangkan dengan dua huruf iaitu ny. Contoh kehadiran dalaam perkataan: Nyawa Anyam

KONSONAN SENGAU LELANGIT LEMBUT •

• • •



Konsonan sengau lelangit lembut [ŋ ] dihasilkan dengan belakang lidah diangkat ke lelangit lembut. Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu, konsonan ini juga dilambangkan dengan dua huruf, iaitu ng. Contoh kehadiran daalam perkataan: Ngilu Angan Bising

KONSONAN DIFTONG • • •





Dua bunyi vokal yang digeluncurkan, iaitu satu bunyi vokal kepada satu bunyi yang lain. Diftong boleh dianggap sebagai satu suku kata dan mempunyai puncak kelantangan. Diftong atau vokal rangkap adalah bunyi yang dihasilkan kerana posisi lidah ketika menghasilkan bunyi. Hal ini pada bahagian awalnya dan bahagian akhirnya tidak sama. Ketidaksamaan itu menyangkut tinggi rendahnya lidah, bahagian lidah yang bergerak, serta strukturknya. Diftong dapat dibezakan melalui diftong naik dan diftong turun.

KONSONAN DIFTONG Contoh : [ ai ] = vokal depan rendah + vokal depan tinggi * capai, hairan 

[

au ] = vokal depan rendah + vokal belakang tinggi * kacau, kalau [

oi ] = vokal belakang separuh tinggi + vokal depan tinggi * baloi, kaloi

SEKIAN…

Related Documents


More Documents from "Dila"