AQIDAH SUNNI Dijawab oleh Shaykh Amjad Rasheed Diterjemah oleh Hamza Karamali Diringkaskan oleh Nur Amalina
Soalan: Saya ingin tahu, apa aqidah Ahl al-Sunna? Apakah betul kepercayaan bahawa Allah berada di mana sahaja? Apa bezanya antara kepercayaan salafi dengan kepercayaan Ahl al-Sunna?
Aqidah Sunni Wajib bagi semua muslim untuk percaya bahawa Allah swt. itu esa, tiada yang bersekutu dengannya. Allah wujud dan tiada menyerupai ciptaannya. (42:11)
“” لبصير السميع هو و ج شئ كمثله ليس
Maksudnya: Tiada satu pun yang menyerupaiNya, dan Dia Maha mendengar lagi Maha melihat.
Apakah dibenarkan untuk percaya bahawa Allah berada di mana sahaja? (57:4)
“”كنتم ما اين معكم هو و
Maksudnya: Dan Dia berserta kamu, di mana kamu berada. Tafwid: Allah berserta kamu, Dia maha mengetahui halmu. Tiada satu pun ciptaanNya yang tersembunyi daripadaNya. Oleh itu, mempercayai bahawa Allah swt. berada di setiap sesuatu lokasi adalah salah. Kita wajib memperbetul seseorang yang bertanggapan sedemikian.
Perbezaan antara kepercayaan Sunni dengan Salafi Sunni: Ahli sunnah wa’l-Jama’ah Salafi: Segolongan Muslim yang menuntut bahawa mereka mengakui kepercayaan orang-orang Mukmin terdahulu (al-salaf al-salih), namun kepercayaan mereka tetap bercanggah kerana berunsurkan anthropomorphism.
Anthropomorphism: Menyamakan Allah swt. dengan ciptaanNya. Mutashabihat: Tidak jelas maknanya. Tafwid: Mentafsirkan mutashabihat sesuai dengan zat Allah. Ta’wil: Menginterpretasikan bahasa berbunga (figurative interpretation).
Antara mutashabihat yang terdapat di dalam Qur’an: (54:14)
“”باعيننا تجرى
Maksud: Perahu (Nabi Nuh as.) itu belayar dengan mata Kami. Tafwid: Perahu itu belayar di dalam penjagaan Kami. (55:27)
“”والكرم والجلل د ربك وجه يبقى و
Maksud: Dan tinggallah wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemurahan. Tafwid: Segala sesuatu akan binasa kecuali zat Allah.
(45:34)
“”هدا يومكم ء لقا نسيتم كما ننسكم اليوم وقيل
Maksud: Dan dikatakan: Pada hari ini (hari kiamat) Kami melupakanmu, sebagaimana kamu melupakan pertemuan hari kamu ini. Ta’wil: Kami akan tinggalkan (tidak menolong) kamu dengan hukumanmu.