Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Inovasi2

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Inovasi2 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,616
  • Pages: 16
KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09)

2009

Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Terangkan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam mengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA Bil. 3/93). 1.

Definisi Inovasi Perkataan inovasi berasal daripada bahasa Latin dan pada asalnya membawa maksud ‘pembaharuan’. Kebanyakan orang mendefinisikan inovasi sebagai pembangunan teknologi baru, atau aplikasi sesuatu teknologi dalam kegunaan tertentu. Dalam kertas kerja ini inovasi didefinisikan sebagai kebolehan untuk mencipta kemahiran di dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan peluang untuk meningkatkan atau memperkayakan taraf hidup masyarakat. Harvard’s Theodore Levitt mengatakan “innovation is doing new things”. Seorang usahawan yang berjaya itu perlu berfikir dan melakukan sesuatu yang baru atau memperbaharui yang lama dengan cara/jalan yang baru. Drucker, Peter Ferdinand merupakan tokoh yang bertanggungjawab di dalam mengetengahkan inovasi dan ini diakui oleh beberapa pihak seperti Wall Street Journal dan Fortune. “The dean of this country’s business and management philosophers.” - Wall Street Journal. “Any book by Drucker is rewarding, and it is impossible to read the man without learning a lot...... Drucker’s ideas continue to display a force and resonance that leave him pretty much in a class by himself.” - Fortune. Tujuan inovasi ialah untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan baru bagi para pengguna dengan teknologi sebagai terasnya. Namun demikian sesetengah orang berpendapat bahawa inovasi tidak semestinya melibatkan teknologi. Inovasi juga didefinisikan sebagai penciptaan cara-cara baru untuk menyampaikan nilai kepada pengguna. Prof. Hirotaka Takeuchi iaitu profesor bidang pemasaran dan perdagangan antarabangsa di Universiti Hitotsubashi mengatakan untuk menghasilkan inovasi, tidak semestinya ada 1

KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09)

2009

individu-individu genius di dalam sesebuah organisasi korporat seperti yang dilakukan di Barat. Di Jepun, inovasi dihasilkan oleh pasukan-pasukan projek kreatif yang dianggotai oleh para pengurus pertengahan. Mereka terdiri daripada para jurutera, para pengurus pengeluaran, para jurujual dan pengurus kualiti yang bekerja bersama-sama sejak mula hingga akhir dalam proses penciptaan inovasi. Di Barat, mereka lebih kepada penggunaan pasukan-pasukan fungsional yang berbeza-beza. Di Amerika, para pakar telah mencipta pelbagai cara penyelidikan dengan tujuan syarikat-syarikat dapat mencipta dan menjual produk baru yang berjaya dalam pasaran. Antara kaedah yang digunakan ialah survei, kumpulan fokus dan soal-selidik. Di dalam syarikat-syarikat jepun, pasukan-pasukan projek kreatif berfungsi dengan berkesan kerana beberapa faktor. Pertama, pasukanpasukan itu diberi matlamat yang jelas dan tepat berkenaan apa yang mesti mereka cipta atau hasilkan. Kedua, mereka diberi autonomi untuk mencapai matlamat bagi tugas yang dijalankan. Ketiga, anggota pasukan-pasukan itu dipilih sendiri oleh pucuk pimpinan syarikat. Kita melihat di dalam syarikat Sharp, mereka menubuhkan pasukan-pasukan khas yang ditubuhkan untuk projek-projek mendesak atas arahan pemimpin. Apabila sesuatu projek itu disebut sebagai projek strategik yang penting, setiap anggota pasukan projek berkenaan di beri lencana emas untuk dipakai. Apabila ada mana-mana kakitangan syarikat itu diminta oleh pemakai lencana emas supaya membuat sesuatu tugas yang susah, orang itu akan cepatcepat dan bermati-matian melakukan kerja. Untuk menerangkan perkara ini, satu contoh dapat digunakan. Syarikat Matsushita Electric dulu lebih dikenal dengan gelaran maneshita, yang bermaksud “tukang tiru”. Walaupun ia sebuah syarikat yang besar dan berjaya ia bukan sebuah syarikat inovasi. Tetapi, sejak ia berjaya mencipta sebuah mesin pembuat roti automatik yang pertama di dunia dan diberi jenama Home Bakery, budaya syarikat itu bertukar sama sekali. Semenjak itu

2

KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09)

2009

budaya korporat Matsushita Electric berubah daripada budaya meniru kepada budaya inovasi. Mengkaji proses inovasi dalam suasana organisasi mewakili satu peralihan dari model resapan klasik dari segi beberapa perkara penting. Misalnya, proses inovasi dalam organisasi biasanya dianggap berjaya jika proses itu menyebabkan pelaksanaan (termasuk menginstitusikan idea baru itu), bukan hanya kepada keputusan untuk menerima sahaja. Tambahan pula, seperti yang disebutkan individu memainkan peranan yang aktif, kreatif dalam proses inovasi dengan memadankan inovasi itu dengan masalah organisasi yang dipersepsikan dan mungkin semasa mencipta semula inovasi itu. Sebuah inovasi tidak patut dianggap sebagai satu yang tetap, tidak varian dan unsur statik dalam proses inovasi, tetapi juga sebagai idea yang longgar dan sebagai yang mudah disesuaikan yang seterusnya akan di definisi dan di definisi semula apabila proses inovasi itu berkembang. Untuk mencipta dan melaksanakan inovasi, Peter F. Drucker menyebut beberapa perkara yang mesti dilakukan, perkara-perkara yang lebih baik jangan dibuat, dan beberapa syarat. Perkara-perkara yang mesti dilakukan: Inovasi adalah bersifat konseptual dan perseptual. Di dalam setiap inovasi terkandung konsep-konsep baru dan persepsipersepsi baru. Inovasi bukan hasil analisis semata-mata. Ia melibatkan ketiga-tiganya, iaitu konsep, persepsi dan analisis fakta. Seorang inovator hendaklah terlebih dahulu mencipta konsep dan persepsi baru. Inovasi adalah pengenal pasti peluang-peluang baru.Para inovator didorong oleh peluang-peluang mencari keuntungan dengan cara memenuhi keperluan para pengguna. Untuk mengenal pasti peluang-peluang itu, mereka melakukan pemerhatian pada trend-trend, masalah-masalah dan perubahanperubahan yang berlaku di sekeliling mereka.

3

KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09)

2009

Untuk mencipta inovasi yang efektif, inovasi itu hendaklah bersifat simple. Sesuatu inovasi hendaklah mempunyai fokus. Buat satu perkara saja. Kalau inovasi itu melibatkan macam-macam perkara, pengguna mudah keliru; kalau rosak pula, ia sukar diperbaiki; harganya pun mahal. Inovasi yang efektif bermula secara kecil-kecilan. Cita-cita yang terlalu besar akan menggagalkan usaha inovasi. Tujuan inovasi hendaklah spesifik. Kita perlu melaksanakan perkara yang sepatutnya dilaksanakan terlebih dahulu. Aplikasi adalah faktor penting dalam inovasi. Jangan hanya memikirkan apa yang cuba dilakukan oleh inovasi itu. Fikirkan juga

apa

yang

dapat

mendorong

supaya

orang

yang

sepatutnya

menggunakan inovasi itu, mahu menggunakannya. Kalau tidak, nanti akan berlaku keadaan di mana inovasinya betul, tetapi bentuknya salah, seperti yang berlaku kepada alat pembuka durian yang pernah dicipta pada satu masa dahulu. Hingga sekarang orang lebih suka menggunakan pisau biasa untuk membuka durian. Inovasi-inovasi yang cuba mencipta kegunaankegunaan baru dan memasuki pasaran-pasaran baru mestilah dibuat berpandukan tujuan teknikal yang jelas, tepat, dan reka bentuknya memenuhi aplikasinya. Jangan

cuba

membuat

inovasi

dalam

banyak

bidang.

Kita

boleh

mempelbagaikan perniagaan, tetapi jangan mempelbagaikan inovasi. Jangan cuba melakukan semua perkara serentak. Inovasi memerlukan banyak sumber yang mesti diusahakan untuk mencapai kejayaan. Para inovator yang berjaya jarang berkarya lebih daripada satu bidang. Sebagai contoh, Thomas Edison, inventor yang memiliki lebih daripada seribu paten, hanya berkarya dalam bidang elektrik. Inovasi memaksa adanya kerja keras, kegigihan, ketabahan, tekad, dan kepakaran yang tinggi. Kepelbagaian inovasi akan mencairkan itu semua dan menempah kegagalan.

4

KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09)

2009

Perkara-perkara yang mesti dielakkan: 1. Jangan jadi terlampau cerdik. Semua jenis inovasi akhirnya akan digunakan oleh orang-orang biasa. Ada kalanya inovasi itu akan digunakan oleh orang-orang bodoh dan yang separuh bodoh. Kalau inovasi itu terlampau cerdik, ia pasti gagal. Kalau jurutaip terpaksa belajar

sains

komputer

terlebih

dahulu

sebelum

dia

dapat

menggunakan komputer, komputer itu pasti gagal. 2. Jangan mencipta inovasi untuk masa depan. Inovasi hendaklah dicipta untuk masa sekarang. “Apakah keperluan sekarang?”, itu yang mesti dijawab oleh inovasi, bukan “Apakah yang diperlukan 10 tahun dari sekarang?”. Memang inovasi boleh mempunyai kesan yang lama, tetapi untuk berjaya inovasi itu mesti ada aplikasi yang serta-merta. Sebagai contohnya, komputer mula diperkenalkan dalam tahun 1940-an. Dalam tahun 1970-an barulah komputer digunakan secara besar-besaran dalam bidang perniagaan, iaitu kira-kira 25 tahun kemudian. Model-model komputer yang awal tidak dicipta untuk tujuan perniagaan. Model-model itu dicipta untuk memenuhi keperluan-keperluan pada tahun 1940-an iaitu kerjakerja kira-mengira saintifik, kemudian menyediakan bayaran gaji, kemudian untuk mencipta alat komputer bagi melatih juruterbang dan seterusnya. Dua puluh lima tahun esok akan timbul keperluan-keperluan baru bagi komputer, tetapi buat hari ini, mereka mencipta komputer yang diperlukan pada hari ini. Selain itu, sikap, nilai, norma dan struktur organisasi yang sesuai merupakan pra-syarat dalam menuju inovasi yang berjaya. Kejayaan kebanyakan syarikat perniagaan pada hari ini adalah disebabkan oleh adanya penyelidikan dan pembangunan yang dilaksanakan di dalam sesebuah organisasi itu bagi mewujudkan inovasi. Dalam hal ini, kita boleh lihat 2 langkah awal dalam ‘kandungan asas’ kejayaan inovasi pada masa sekarang: a) Komitmen pihak atasan (top management). Keseluruhan program atau projek yang dijalankan adalah di sokong sepenuhnya oleh pihak atasan. Sebagai

contohnya,

persaingan

di

dalam

industri

kalkulator,

pihak 5

KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09)

2009

pengurusan pertengahan Canon yang berjaya mencipta inovasi terhadap kalkulator kecil yang pertama di dunia telah mengemukakan kertas cadangan kepada pihak pengurusan atasan tetapi pihak pengurusan atasan telah menolak cadangan supaya penemuan itu dikomersilkan akhirnya Canon telah dikalahkan oleh pesaingnya daripada Casio dan Sharp. Hanya selepas Canon melihat pihak Casio mengaut keuntungan yang banyak barulah ,mereka cuba memasuki pasaran tetapi itu pun dalam keadaan tergesa-gesa dan akhirnya mereka tewas dan mengalami kerugian. b) Projek Juara, inovator yang bersemangat untuk memenuhi keperluan inovasi. Ianya mewujudkan tanggungjawab kepada reka bentuk program inovasi tersebut. Membentuk Budaya Inovasi Usaha membentuk budaya ini merupakan tugas pemimpin dalam sebuah organisasi. Inovasi perlu dianggap sebagai satu strategi utama organisasi. Bagi menghasilkan budaya inovasi pada pelbagai peringkat dalam organisasi, tenaga dan idea-idea individu kreatif perlu difokuskan kepada mencapai matlamat organisasi. Kumpulan atau pasukan tertentu digunakan sebagai alat untuk mencapai cita-cita ini. Sebagai Contoh, Toyota telah mencipta sistem pengeluaran yang disebut JIT (Just In Time) atau ‘tepat-pada-masa’ (TPM). Dalam sistem ini, kilang Toyota beroperasi tanpa mempunyai inventori barang-barang separuh siap. Setiap tahap kerja pengeluaran mesti menerima bekalan barang-barang yang dikehendaki tepat pada masa dan dalam jumlah yang tepat. Toyota tidak perlu berbelanja untuk menyediakan stor atau penyeliaan stor. Sistem ini membantu Toyota mengurangkan kos dan menambah jumlah jenis produk yang dapat dikeluarkan. Semua usaha ini memerlukan keseimbangan keperluan di antara individu, pasukan dan orang yang mempunyai kuasa dalam organisasi tersebut. Terdapat beberapa prinsip utama iaitu:

6

KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09)

2009

1. Keputusan berdasarkan matlamat yang jelas pada setiap masa. 2. Para pekerja sedar bahawa membantu pekerja lain menjadi inovatif adalah sebahagian daripada tugas mereka. 3.

Para pekerja sanggup berkongsi idea kerana mereka akan mendapati pekerja lain akan membentuk dengan pelbagai cara dan akhirnya menguatkan idea tersebut.

4. Setiap orang dalam pasukan tersebut merasakan mereka masing-masing mempengaruhi situasi dalam kumpulan. 5. Eksperimen dihargai dan diharapkan daripada setiap pekerja dalam organisasi. 6. Kesilapan dianggap sebagai pengajaran. Pembelajaran digalakkan. 7. Para pekerja percaya bahawa pekerja yang lain akan mendengar, belajar daripada dan memberitahu mereka. 8. Inovasi adalah sebagai suatu yang perlu dicari bukan sebagai suatu yang perlu diurus. Organisasi yang mengamalkan budaya inovasi adalah sangat fleksibel. Setiap ahli dalam organisasi menghormati dan menghargai idea-idea kreatif yang dihasilkan oleh individu kreatif dalam organisasi tersebut. Sumbangan individu tersebut dianggap sebagai suatu yang bererti kepada kumpulan, pasukan dan organisasi. Struktur, sistem dan proses dalam organisasi cuba untuk menyesuaikan diri dengan individu tersebut. Ia adalah perubahan yang berterusan dalam organisasi dan pemimpin akan mengawal hak berinovasi, persoalan dan eksperimen dalam usaha mencapai matlamat. Pemimpin dalam organisasi akan cuba menghasilkan satu persekitaran kerja yang menggalakkan budaya inovasi tersebut. Langkah pertama ialah mewujudkan satu integrasi menegak yang melibatkan komunikasi secara keseluruhan dalam organisasi tersebut. Pemimpin senior perlu memastikan bahawa terdapat cukup komunikasi menegak, pekerja-pekerja daripada tempat lain, jabatan berlainan, fungsifungsi, makmal dan projek, mempunyai cukup peluang untuk berbincang, bertemu dan berkenalan antara satu sama lain. Pemimpin yang berjaya akan 7

KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09)

2009

memupuk komunikasi menegak dengan sering menghadiri mesyuarat, memerlukan cross-unit keahlian ke atas pasukan-pasukan utama dan memastikan juga bahagian-bahagian yang lain dalam bahagian-bahagian organisasi yang berbeza untuk berbincang antara satu dengan yang lain. Langkah kedua, memperkukuh juara, para pemimpin perlu menghargai pekerja-pekerja

yang

memberikan

idea.

Sebagai

contohnya

3M

mengamalkan cara ini. Di mana mereka akan mengambil kira kesemua idea itu berharga sehinggalah seseorang itu membuktikan idea tersebut adalah salah. Begitu juga dengan Hewkett-Packard yang mempunyai rekod sebagai pemberi anugerah kepada pekerjanya untuk “meritorious defiance” yang menunjukkan

rasa

hormatnya

kepada

pekerja

yang

mempunyai

kebijaksanaan. Penghargaan ke atas satu idea yang kreatif dalam sebuah organisasi boleh di lihat semasa mengadakan mesyuarat. Setiap orang mendengar pendapat orang lain. Mesyuarat biasanya akan digunakan sebagai satu tempat untuk bertukar-tukar pendapat dan idea. Perdebatan digalakkan dan sebarang konflik antara ahli adalah sesuatu yang positif. Persoalan sama ada berkaitan atau tidak dengan matlamat syarikat boleh dikemukakan. Uji kaji digalakkan dan risiko akan ditanggung. Langkah

ketiga,

menggalakkan

timbal

balas,

pemimpin

perlu

memastikan bahawa terdapat cukup mekanisme timbal balas agar apabila seorang pekerja telah menghasilkan sesuatu projek mereka akan mendapat timbal balas daripada pengguna berkenaan keberkesanan projek tersebut. Sebagai contohnya, syarikat seperti GE dan Hewkett-Packard para jurutera akan berjumpa para pengguna untuk mendapatkan respons sama ada idea baru itu berguna kepada mereka. Langkah keempat, metriks untuk pembelajaran. Pengurus senior akan membentuk satu metrik untuk mendapatkan idea baru. Organisasi yang membuat kaedah ini berharap para pekerja akan bertemu dan berinteraksi dengan pelanggan, menjumpai vendors, menghadiri mesyuarat, menerbitkan dan membaca jurnal. Pemimpin akan menyediakan pembiayaan untuk memastikan cara ini berkesan. Peruntukan tersebut khas kepada mesin dan peralatan. 8

KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09)

2009

Langkah yang kelima ialah pemimpin dan ahli dalam organisasi tersebut seharusnya dapat menerima kesilapan dan gembira atas kesilapan tersebut. Inovasi bukan datang dengan sendirinya ianya datang daripada budaya yang dibentuk dan ini memerlukan pengurus senior untuk bekerja keras dalam menjaganya. Kesilapan yang wujud hendaklah di lihat sebagai peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru. Misalnya di syarikat 3M penyelidikan yang dilakukan tidak semuanya mendatangkan kejayaan tetapi daripada

kesilapan

dan

eksperimen

yang

dilakukan

mereka

dapat

memperbaiki kesilapan tersebut. Langkah yang seterusnya ialah menghormati individu-individu yang kreatif. Setiap ahli dalam organisasi dibiarkan melakukan perkara yang mereka suka. Mereka dibenarkan membuat jadual kerja sendiri. Mereka dibenarkan untuk datang bekerja awal dan balik awal atau datang lewat dan balik lewat ataupun berada dalam pejabat sepanjang hari. Mereka tidak dipaksa bekerja untuk mengikuti peraturan syarikat atau mesyuarat. Apa yang paling penting ialah komitmen mereka terhadap matlamat organisasi. Langkah berikut ialah menjunjung matlamat, semua ini bermula dari pihak atasan. Pasukan utama akan bertemu dan membincangkan matlamat bagi menghasilkan keluaran, meningkatkan prestasi, menambah kecekapan, dan keefisienan bagi setiap peringkat saluran penyelidikan dan pembangunan (R&D). Di samping itu, alat mengukur yang digunakan untuk menyokong setiap matlamat juga dibentuk sama ada secara kualitatif atau kuantitatif bagi memastikan setiap ahli berada dalam landasan yang tepat untuk mencapai matlamat. Selain itu, usaha juga perlu diadakan bagi memastikan setiap ahli komited terhadap matlamat. Matlamat yang telah dibentuk tidak akan dipaksakan ke atas para pekerja. Matlamat tersebut akan dibincangkan, disesuaikan dan diubah berdasarkan respons dari orang lain. Di samping itu, sebagai tambahan, sebuah organisasi yang ingin mengamalkan budaya organisasi perlu juga mendapatkan sedikit-sebanyak 9

KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09)

2009

nasihat daripada pakar. Pemimpin yang baik memahami bahawa soalan yang baik adalah lebih baik daripada satu arahan. Mereka kurang gemar untuk memberitahu para pekerja jawapan yang benar tetapi lebih kepada mencadangkan siapa yang menjadi pakar atau seseorang yang boleh di bawa berbincang bagi mendapatkan maklumat yang cukup sama ada dari dalam organisasi atau tidak. Jelas di sini bahawa inovasi sebenarnya merupakan satu elemen yang penting dalam sebarang strategi syarikat. Organisasi yang mengamalkan budaya ini akan dapat bersaing dengan organisasi yang lain dalam persaingan yang sengit. Inovasi membantu sebuah organisasi untuk terus menghasilkan produk atau perkhidmatan. Inovasi membantu organisasi yang berada dalam peringkat matang untuk berkembang lagi bagi meneruskan hayat perniagaan tersebut dalam pasaran. Contoh jelas yang boleh diambil iktibar ialah seperti Microsoft di bawah pimpinan Bill Gates, beliau sentiasa berinovasi dalam industri perisian komputer dengan mempelbagaikan produk perisian dan meningkatkan lagi keupayaan perisian komputernya. Sehingga sekarang syarikat Microsoft menjadi ‘market leader’ dalam industri tersebut dan orang Jepun belum mampu meniru beliau dalam menghasilkan produk baru yang melibatkan perisian komputer. 2.

Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam mengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA Bil. 3/93). Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam merupakan satu insentif yang telah diwujudkan oleh kerajaan kepada agensi, unit atau kakitangan dalam perkhidmatan awam yang berinovasi dalam memperbaiki dan meningkatkan mutu penyampaian dalam perkhidmatan awam. Inovasi dalam Perkhidmatan Awam adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Hasil inovasi ini boleh merangkumi apa-apa perubahan kepada sistem, prosedur, kaedah dan/atau cara bekerja. Pelaksanaan hasil inovasi ini akhirnya dapat meningkatkan

kecekapan

dan

keberkesanan

sistem

penyampaian

perkhidmatan serta memberi faedah kepada pelanggan.

10

KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09)

3.

2009

Objektif Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam: I. Memberi pengiktirafan kepada hasil inovasi yang diperkenalkan oleh agensi kerajaan; II. Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara

bekerja yang diamalkan; III. Memperkenalkan dan menyebarkan hasil-hasil inovasi yang boleh dicontohi untuk faedah agensi lain; dan IV. Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. 2.

Hadiah Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Pemenang-pemenang

Anugerah

Inovasi

Perkhidmatan

Awam

akan

menerima pengiktirafan seperti berikut: I. Hadiah wang tunai bernilai RM 10,000.00; dan II. Sijil perhargaan dalam bentuk plak. 2.

Syarat-syarat penyertaan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam. I. Inovasi hendaklah dihasilkan oleh agensi kerajaan; II. Penyertaan dalam Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam hendaklah melalui Ketua Agensi; III. Inovasi yang dihasilkan hendaklah member faedah yang jelas dari segi meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi; IV. Hasil

inovasi

yang

diketengahkan

adalah

yang

pertama

kali

diperkenalkan dalam Perkhidmatan Awam; dan V. Inovasi-inovasi berikut tidak layak untuk menyertai Anugerah Inovasi

Perkhidmatan Awam: a) Inovasi daripada hasil penyelidikan dan pembangunan atau ‘R&D’ yang tiada kaitan dengan peningkatan kualiti dan produktiviti organisasi; b) Inovasi untuk tujuan komersial; dan c) Inovasi yang berusia melebihi tiga tahun dari tarikh ianya diperkenalkan. 2.

Tumpuan Dan Kriteria Penilaian Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Tumpuan penilaian dan kriteria yang digunakan dalam proses penilaian dan 11

KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09)

2009

pemilihan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam adalah seperti berikut: 6.1

Tumpuan Penilaian Pertama: Idea

Idea yang dicetuskan bagi menghasilkan sesuatu inovasi itu diukur dari segi kreativitinya iaitu dengan menilai keaslian dan adaptasi inovasi tersebut. 6.1.1 Kriteria Penilaian 1: Kreativiti Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana projek inovasi yang yang dihasilkan memenuhi cirri-ciri keaslian dan adaptasi. Penerangan mengenai kriteria ini perlu mempunyai ciri-ciri berikut: I. Keaslian – inovasi yang dihasilakn adalh idea yang asli. II. Adaptasi – inovasi yang dihasilkan merupakan penambahbaikan atau pengubahsuaian idea sedia ada. 6.2

Tumpuan Penilaian Kedua: Hasil Inovasi (Output)

Hasil inovasi (output) diukur dengan mengambil kira tahap pelaksanaan dan replicability sesuatu inovasi itu. 6.2.1 Kriteria Penilaian 2: Tahap Pelaksanaan Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap pelaksanaan inovasi yang dihasilkan sama ada ia telah berjaya dilaksanakan sehingga ke peringkat seperti berikut : (i)

Secara penuh (melepasi peringkat percubaan); atau

(ii)

Secara percubaan (di peringkat prototaip).

12

2009

KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09)

6.2.2 Kriteria Penilaian 3: Replicability Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi cirri-ciri replicability dan terdapat bukti inovasi boleh diguna pakai oleh agensi-agensi lain seperti berikut: (i)

Dilaksanakan secara terus di pelbagai tempat; dan

(ii)

Dilaksanakan dengan pengubahsuaian mengikut keperluan tanpa melibatkan kos yang tinggi.

6.3

Tumpuan Penilaian Ketiga : Impak (Outcome)

Impak (outcome) dinilai dengan melihat kepada kriteria efisien (kecekapan) dan signifikan sesuatu inovasi tersebut. 6.3.1 Kriteria Penilaian 4 : Efisien Kriteria ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri efisien iaitu yang dapat menyumbang kepada: a.

Pengurangan kos operasi Aspek yang akan dinilai di bawah kriteria ini ialah setakat mana pelaksanaansesuatu perubahan atau inovasi itu telah mengurangkan kos

operasi

agensi

berkenaan.

Sebagai

contoh,

dengan

mengemaskinikan banyak borang-borang yang digunakan kepada satu atau

dua

borang

sahaja,

sesebuah

agensi

itu

akan

dapat

mengurangkan kos operasinya. b.

Penjimatan masa Di bawah kriteria ini akan dinilai setakat mana sesuatu perubahan telah menjimatkan masa menjalankan sesuatu urusan. Sebagai contoh, penubuhan Pusat Pelaburan Setempat di Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia telah mengurangkan masa pemprosesan permohonan-permohonan

untuk

lesen

perkilangan.

Pengenalan

komputer mikro di Pejabat-pejabat Pos telah mengurangkan masa menunggu purata bagi mereka yang ingin menjelaskan bil.

13

KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09)

c.

2009

Peningkatan hasil kerja Di bawah kriteria ini akan dinilai setakat mana pelaksanaan sesuatu perubahan telah meningkatkan hasil kerja. Sebagai contoh, dengan membuat perubahan kepada prosedur-prosedur memeriksa kenderaan komersial, Jabatan Pengangkutan Jalan telah berjaya, memeriksa lebih banyak kenderaan komersial setiap hari.

d.

Peningkatan dalam tahap kepuasan hati pelanggan Aspek yang akan dinilai di bawah kriteria ini ialah setakat mana sesuatu perubahan itu telah meningkatkan kepuasan hati pelanggan.

6.3.2 Kriteria Penilaian 5 : Signifikan Kriteria ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri signifikan dan terdapat bukti yang nyata inovasi dapat memberi impak kepada keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan dalam : (i) Perkhidmatan Awam; (ii) Organisasi; dan (iii) Bahagian/seksyen/unit. 6.4

Tumpuan Penilaian Keempat : Pengurusan

Aspek pengurusan dinilai dengan memberi penekanan kepada komitmen pihak pengurusan atasan. 6.4.1 Kriteria Penilaian 6 : Komitmen Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana komitmen pengurusan atasan dalam memberi sokongan dari segi : (i) Kewangan (ii) Pengurusan Sumber Manusia (iii) Insentif (iv) Penghargaan (v) Peralatan.

14

KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09)

2.

2009

Cara Pelaksanaan Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU) akan bertindak sebagai Urusetia

bagi

Anugerah

Inovasi

Perkhidmatan

Awam.

Kementerian-

kementerian dan Jabatan-jabatan adalah diminta untuk mengemukakan sebarang laporan tentang inovasi kepada urusetia untuk tindakan selanjutnya. Laporan yang dikemukakan hendaklah mengandungi tiga perkara berikut: a. Kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan; b. Inovasi yang telah dilaksanakan; dan c. Faedah-faedah dari inovasi yang telah dilaksanakan. Satu Pasukan Pelawat yang dianggotai oleh wakil-wakil daripada agensi-agensi pusat akan melawat agensi berkenaan dan mengesahkan bahawa inovasi telah dilaksanakan dan faedah-faedah diperolehi. Panel Memajukan Pentadbiran Awam akan meneliti laporan yang dikemukakan oleh Panel

Pelawat

dan

memutuskan

kelayakan

sesuatu

inovasi

yang

dilaksanakan oleh agensi berkenaan untuk diberi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam. 3.

Proses

Penilaian

Dan

Pemilihan

Penerima

Anugerah

Inovasi

Perkhidmatan Awam i.

Peringkat Pertama : Tapisan oleh Pihak Urus Setia Semua permohonan yang diterima akan dibuat tapisan di peringkat urus setia untuk memastikan permohonan memenuhi syarat-syarat penyertaan dan tatacara permohonan yang telah ditetapkan.

ii.

Peringkat Kedua : Penilaian Berasaskan Laporan Semua laporan inovasi yang diterima akan dinilai oleh Panel Penilai yang

dipilih

dan

dilantik

khas.

Penilaian

akan

dilaksanakan

berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan.

15

KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09)

iii.

2009

Peringkat Ketiga: Penilaian Inovasi yang Disenarai Pendek Berasaskan Taklimat dan Demonstrasi Pada peringkat ini, inovasi yang di senarai pendek oleh Panel Penilai di peringkat kedua akan dijemput untuk memberi taklimat serta demonstrasi mengenai projek inovasi masing-masing. Taklimat ini bertujuan untuk membolehkan Panel Penilai mendapat maklumat terperinci, penjelasan lanjut dan membuat pengesahan ke atas pematuhan kriteria penilaian yang ditetapkan. Pada peringkat ini juga, sekiranya perlu, projek-projek inovasi berkenaan akan dirujuk kepada agensi-agensi teknikal yang berkaitan untuk mendapat ulasan dan pengesahan berhubung dengan inovasi-inovasi yang dihasilkan.

4.

Kesimpulan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam adalah langkah yang terbaik dalam meningkatkan cara penyampaian perkhidmatan yang cemerlang. Ianya juga sebagai kaedah meransang pekerja-pekerja perkhidmatan awam supaya bekerja lebih baik dan seterusnya menghasilkan produktiviti yang tinggi.

16

Related Documents