Antu~close Encounter

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Antu~close Encounter as PDF for free.

More details

  • Words: 360
  • Pages: 1
Aaanntuu~Close encounter Dulu semasa aku belia aku selalu gak pi jalan-jalan sorang-sorang. Samada jalan kaki , naik basikal atau pun berkenderaan motor. Maka banyaklah kejadian yang tak diingini dan yang diingini terjadi. Salah satunyer adalah apabila bapa kesayangan ku menunjukkan kepadaku wajah entiti yang bernama hantu raya. Dan semenjak itulah maka aku menjadi seorang yang diberi kepercayaan oleh bapak ku untuk menjadi assistant dia. Korang macam mane pulak. Kalau ada yang terserempak atau terjumpa atau tersepak atau saja buat blind date ngan entity ni ( antu ..lah) boleh gak sama2 merasa ketegangan bulu roma. dan nanti boleh gak ceritakan kat member2 yang lain sebagai fillers dan penyedap ketika kenduri kahwin ker atau masa bebudak berkhatan ker atau masa memancing di waktu malam . Aku mulanya tak tau apa2. Pada petang satu hari tu bapak aku baru balik dari kerja, lepas salin pakaian, dia pun duduk kat kerusi favourite dia. Aku pun duduk dekat sambil memerhati apa yang di buat. Ada satu mangkuk putih. Dalam nyer ada air ( air kosong). Pas tu dia ambik daun sireh dia letak kat atas mangkuk tu. Kemudian dia pun bersandar. Sekejap lagi dia alihkan daun sireh tu. Dia pandang kat aku dan bertanya samada aku nak tenok atau tidak apa yang ada dalam air tu... Aku kata nak tengok. "Ko kuat ke tidak?" (tapi dia panggil nama nick aku lah ) Aku cakap aku kuat. "Boleh tahan ke?" Aku kata boleh. "Ha.. tengok ni..." 000hhhh... macam tu muka dia....kataku. selamba ajer... Sejak hari itu setelah aku pulih dari demam maka aku akan ketawa bila tengok cerita seram ker atau cerita antu... Sampai adik beradik aku marah kat aku kalau ada menonton cerita seram macam cerita "exorcist" ke atau cerita yang sadis...dengan diorang. Sebab aku gelakkan antu tu punyer muka sebab bagi aku dah tak seram dah... Sepaling2 hodoh dan sepaling2 seram lah bagi aku ni lah hanturaya ni... Selepas 1 minggu , bapak aku dan kekawan dia ( semua korum dia 3 orang jer) aku tengok duk berkumpul kat living room. siap masing2 kluarkan senapang patah. Kata mereka nak pergi berburu sambil tu mengubat orang sekali. Aku kenen kat bapak aku, dia diam jer.

Related Documents

The Encounter
October 2019 25
Encounter Critical
June 2020 13
Encounter Flyer
June 2020 8
A Strange Encounter
October 2019 12
Encounter With Life
April 2020 18