An Bulanan Warga Kerja Bangunan Sultan Idris Shah

  • Uploaded by: SITI ROHANI BT SULAIMAN
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View An Bulanan Warga Kerja Bangunan Sultan Idris Shah as PDF for free.

More details

  • Words: 286
  • Pages: 1
“Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Bangunan Sultan Idris Shah” Shah Alam – Satu perhimpunan bulanan telah diadakan bertempat di foyer belakang , Bangunan Sultan Idris Shah pada 22 Jun 2009 yang lalu anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Majlis dipengerusikan oleh Encik Redwan bin Jamary dari Bahagian Pengurusan MAIS. Majlis bermula seawal 8.00 pagi dengan bacaan doa oleh Ustaz Hasal bin Senin dan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Mat Saha bin Ideris. Majlis perhimpunan pagi diteruskan dengan nyanyian koir MAIS dan bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam oleh Encik Misbah bin Salikun. Majlis disempurnakan dengan ucapan dan amanat oleh Pengerusi MAIS, YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa. Dalam ucapannya, Pengerusi MAIS menegaskan kepada semua kakitangan Bangunan Sultan Idris agar mengimarahkan bulan Rejab iaitu Bulan Wakaf Selangor dengan memperbanyakkan ibadah wakaf sama ada dalam bentuk harta alih mahupun tidak alih mengikut kemampuan masing-masing. Di samping itu, beliau juga turut mengingatkan kepada semua kakitangan Bangunan Sultan Idris Shah sama ada MAIS, JAIS, LZS, dan Jabatan Mufti Selangor, agar meningkatkan mutu perkhidmatan. Turut hadir menyerikan majlis ini ialah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor, Pengarah JAIS merangkap Setiausaha MAIS, Timbalan Pengarah JAIS, Timbalan Setiausaha MAIS, Pengurus Besar Lembaga Zakat Selangor, Imam Besar Masjid Negeri, dan Pengurus Korporat merangkap pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIS Corparation. Pada majlis yang sama turut diadakan Penganugerahan Bahagian Terbaik dan Pegawai Contoh MAIS bagi bulan April-Jun 2009. Kategori Bahagian Terbaik dimenangi oleh Bahagian Perhubungan Awam, manakala Pegawai Contoh MAIS bagi kakitangan lelaki dimenangi oleh Encik Mohd Azman bin Mohd Amin dari Bahagian Pembangunan Insan dan bagi kakitangan wanita dimenangi oleh Puan Asiah binti Abu Bakar dari Bahagian Pengurusan. Hadiah berupa sijil dan wang tunai disampaikan oleh Pengerusi MAIS diiringi oleh Timbalan Setiausaha MAIS.

Related Documents


More Documents from ""