Amali Hema Ksmpulan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Amali Hema Ksmpulan as PDF for free.

More details

  • Words: 383
  • Pages: 1
Perbincangan

:

Inklusi SDM adalah mana-mana bahan atau stuktur intraselular kecil yang terdapat di dalam sel. Ia berfungsi sebagai pengenalpastian terhadap sesuatu penyakit. Jenis-jenis bahan inklusi ialah basophilic stippling, cabot rings, howell-jolly bodies, pappenheimer bodies, Heinz bodies, Kristal haemoglobin C, dan ringed sideroblast. Basophilic stippling berbentuk kecil, bulat,bergranul biru tua dan tersebar rata di dalam sel. Dikaitkan dengan punctuate stippling. Stippling bermaksud granul yang terdiri daripada ribosom dan RNA yang termendap ketika pewarnaan FDN. Secara klinikalnya ia boleh menyebabkan gangguan eritropoiesis bermaksud sama ada sintesis heme yang tidak sempurna atau dipercepatkan. Selain itu keracunan plumbum dan anemia yang parah atau serius atau severe anemia. Cobot rings pula berbentuk cincin, gelang atau nombor 8. Ia berwarna merah atau ungu kemerahan. Cobot rings tiada stuktur dalaman dan ia terdiri daripada lebihan mikrotubul hasil pembentukan gentian gelendung. Secara klinikalnya pula ia menyebabkan keracunan plumbum dan boleh didapati dalam pernicious anemia yang berlaku di lapisan mukosa pada bahagian perut. Selain itu juga ia menyebabkan anemia megaloblastik. Howell-jolly bodies berbentuk bulat dan bersolid staining. Ia berwarna biru tua atau ungu. Howell-jolly bodies berukuran 1-2 μm dan terdiri daripada lebihan atau sisa-sisa DNA. Jika hadir, sel mengandungi 1 atau 2 Howell-jolly bodies. Selalunya dijumpai pada eritrosit yang tiada nucleus ia juga boleh didapati pada eritrosit yang belum matang dan eritrosit yang mempunyai nucleus. Howell-jolly bodies tidak dijumpai pada eritrosit normal. Howell-jolly bodies terjadi akibat eritropoiesis abnormal atau yang terlalu cepat menyebabkan limpa tidak dapat menyingkirkan bahan ini daripada sel dan boleh didapati pada anemia hemolitik, pernicious anemia dan terutamanya selepas spleneotomy, fisiologi atrofi limpa. Pappenheimer bodies pula berbintik ungu. Ia biasa terdapat dalam filem darah peripheral dan untuk granul siderotic ia partikel warna gelap ferum didapati dengan menggunakan pewarnaan khas besi atau ferum (Prussian Blue). Pappenheimer bodies merupakan kumpulan mitokondria, ribosom dan partikel Ferum. Pappenheimer bodies boleh didapati pada iron-loading anemia, hyposplenism, dan anemia hemolitik. Hienz bodies bersaiz 0.2 – 0.3 μm. Ia boleh dilihat dengan pewarnaan Crystal Violet atau Brilliant Cresyl Blue. Ia bewarna ungu tua dan berhampiran sebelah dalam membrane. Ini disebabkan perubahan drastik dan dinaturasi haemoglobin berikutan kecederaan oksidatif. Ia berkaitan dengan klinikal seperti anemia hemolitik congenital (sejak lahir), difisiensi G6PD, anemia hemolitik disebabkan dadah Phenacetin dan haemoglobinopathies.

Kesimpulan

:

Kesimpulannya, kami dapat membezakan keabnormalan SDM, inklusi SDM, signifikannya serta dapat mengkaji morfologi bahan inklusi SDM.

Related Documents

Amali Hema Ksmpulan
May 2020 2
Amali
October 2019 41
Amali
October 2019 41
Hema Resume
July 2020 8
Hema System
June 2020 19
Hema Project.docx
May 2020 19