Albert Einstein

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Albert Einstein as PDF for free.

More details

  • Words: 2,735
  • Pages: 10
Albert Einstein (14 Mac 1879 – 18 April, 1955) adalah seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang telah dipandang sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20. Beliau mengemukakan teori kerelatifan dan membuat banyak sumbangan utama kepada perkembangan mekanik kuantum, mekanik statistik dan kosmologi. Einstein telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1921 bagi penjelasannya mengenai kesan fotoelektrik dalam tahun 1905 serta "khidmatnya kepada Fizik Teori". Selepas teori relatif amnya dirumus pada November 1915, Einstein mencapai kemashyuran di seluruh dunia. Dalam budaya pop, namanya sering disinonimkan dengan kecerdasan. Dilahirkan di Ulm di selatan negera Jerman anak kepada Hermann Einstein dan Pauline, Einstein dibesarkan di Munich. Walaupun beragama Yahudi, keluarganya tidak mengamalkan agama. Einstein tidak berupaya bertutur sehingga berumur tiga tahun. Menurut teori terbaru tentang perkembangan mentalnya, beliau dianggap menghidapi sindrom Asperger, sejenis penyakit yang berkaitan dengan autisme. Pada tahun 1894, keluarga Einstein berpindah ke Milan selepas kegagalan perniagaan elektrokimia ayahandanya. Einstein dihantar oleh ibubapanya ke Switzerland untuk menghabiskan pendidikan menengah selepas kegagalannya dalam peperiksaan kemasukan "Institut Teknologi Persekutuan Swiss" (Eidgenössische Technische Hochschule) di Zurich disebabkan kegagalannya bahagian sastera walaupun beliau sungguh kukuh dalam bahagian sains dan matematik. Pada 1896, Einstein menyerahkan kerakyatan Jermannya untuk mengelakkan pengerahan tentera dan menjadi seorang yang tidak bernegara. Selepas menghabiskan pendidikan menengahnya, Einstein memasuki Institut Politeknik Zurich selama empat tahun untuk mengambil pengajian perguruan bagi mengajar sains di sekolah menengah. Walaupun cerdik, beliau bukan merupakan seorang penuntut yang luar biasa. Pada tahun 1900, Einstein mencapai diploma perguruannya dan diterima sebagai rakyat Switzerland pada 1901. Pada 1902, seorang anak perempuan telah dilahirkannya diluar nikah selepas Einstein jatuh hati pada Mileva Mariv, seorang penuntut kolejnya yang berbangsa Hungary. Beliau tidak pernah melihat anaknya yang diserah untuk dijadikan anak angkat. Dua tahun kemudian, mereka berkahwin dan mempunyai dua anak lelaki, iaitu Hans dan Eduard Albert. Hans menjadi seorang profesor dalam kejuruteraan hidraulik di Universiti California, Berkeley, sedangkan Eduard menghidapi skizofrenia dan kemudian maut di rumah sakit otak. Pada tahun 1905, Einstein mencapai ijazah kedoktorannya selepas penyerahan tesisnya, "Cara baru untuk menentu dimensi molekul" ("Eine neue Bestimmung der Moleküldimensionen"). Einstein telah menerima banyak anugerah anumerta, termasuknya:

• • •

Tempat ke-10 dalam "Senarai Seratus Tokoh yang Berpengaruh Dalam Sejarah" oleh Michael H. Hart pada 1992; "Tokoh Abad" oleh Time pada 1999; Tahun 2005 telah dianugerahkan sebagai "Tahun Dunia bagi Fizik" dan diraikan di Simposium Einstein oleh UNESCO kerana berbetulan dengan Perayaan Seratus Tahun "Kertas kerja Anus Mirabilis",

Nama Einstein juga telah dipergunakan untuk: • • • • • •

unit yang digunakan di bidang fotokimia; unsur kimia ke-99, iaitu einsteinium; asteroid 2001 Einstein; Hadiah Perdamaian Albert Einstein; Kolej Perubatan Albert Einstein di Universiti Yeshiva yang dinamakan pada tahun kematiannya dalam tahun 1955; Pusat Perubatan Albert Einstein di Philadelphia, Amerika Syarikat.

Sir Isaac Newton Sir Isaac Newton (4 Januari 1642 - 31 Mac 1727) merupakan ahli fizik Inggeris terkenal yang menulis buku Philosophiae Naturalis Principia Mathematica yang diterbitkan pada 5 Julai 1687. Dalam buku tersebut, Newton menerangkan daya tarikan graviti alam dengan Hukum Pergerakan dan ini telah menjadi asas kepada mekanik klasik. Beliau juga pengasas kalkulus pembezaan. Newton dilahirkan di Woolsthorpe-by-Colsterworth, hamlet di county Lincolnshire. Bapanya meninggal tiga bulan sebelum kelahiran Newton, dan dua tahun kemudian ibunya berkahwin dengan lelaki lain dan meninggalkan Newton dengan neneknya. Newton merupakan kanak-kanak pintar. Ramai orang telah mendengar cerita tentang Newton yang sedang duduk di kebun dan melihat sebiji epal luruh. Beliau sedar bahawa, seperti juga daya graviti menarik buah epal ke bumi, graviti memastikan bulan sentiasa berada dalam orbitnya. Hal ini boleh dibandingkan seperti seutas tali yang terikat ke seketul batu yang anda putarkan di sekeliling kepala, jika tali putus batu akan tercampak jauh. Tanpa graviti, bulan akan melayang ke angkasa lepas. Newton cuba mencipta teleskop untuk mengkaji bintang, tetapi mendapati bahawa jika beliau menggunakan kanta, imej yang terang mempunyai tepi bewarna. Semasa mencari sebab mengapa hal ini berlaku, beliau telah berjaya mencipta teleskop cermin. Teleskop ini tidak menimbulkan tepi bewarna dan banyak daripada teleskop masa kini adalah berdasarkan rekaan Isaac Newton. Beliau berulang kali bertanyakan soalan tentang tepi bewarna sehinggakan beliau menjadi orang yang pertama menyedari bahawa cahaya puteh adalah campuran semua warna. Beliau telah menemui Hukum gerakan Newton

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari Iran yang hidup antara tahun 980 - 1037 M.

[sunting] Sejarah dan latar belakang Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan. Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut. Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran alSyeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

[sunting] Sumbangan Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-Tibb telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan. Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul (Remedies for The Heart) yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama. Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya. Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam

bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.

Ibnu Sina Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates. Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit. Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya. Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan. Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu

pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani. Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan. Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya. Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab "Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan. Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi. Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka. Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).

Alexander Graham Bell (3 Mac 1847 - 2 Ogos 1922) ialah seorang saintis, pencipta dan pembawa pembaharuan. Sungguhpun paling dikenali kerana mencipta telefon, Bell juga digelar "bapa orang-orang pekak".[1] Bapa, datuk dan adik beliau semua pernah dikaitkan dengan kerja-kerja berkaitan pengicapan dan perbualan, manakala ibu dan isteri beliau kedua-duanya pekak, maka mempengaruhi kerja-kerja Bell secara mendalam.[2]Kajian Bell mengenai pendengaran dan pertuturan turut mendorong beliau bereksperimen dengan peranti pendengaran yang akhirnya memuncak dengan kejayaan Bell dikurniakan paten A.S. pertama untuk ciptaan telefon pada tahun 1876.[3] Banyak lagi ciptaan lain dalam hayat Bell termasuk kajian perintisan dalam hidrofoil dan aeronautik. Pada tahun 1888, Alexander Graham Bell merupakan salah seorang ahli-ahli pengasas Persatuan National Geographic.[4] Dalam gambaran, Bell menganggap ciptaan beliau yang paling terkenal itu sebagai satu gangguan dalam kajian sebetulnya selaku saintis dan enggan melibatkan telefon dalam kajian beliau.[5] Sewaktu Bell meninggal dunia, semua telefon di seluruh Amerika Syarikat "berhenti berdering selama seminit untuk menunjukkan rasa hormat terhadap lelaki yang kepingin memudahkan komunikasi mewujudkan telefon."[6]

Wright bersaudara, iaitu Orville Wright (19 Ogos, 1871 - 30 Januari, 1948) dan Wilbur Wright (16 April, 1867 - 30 Mei, 1912), kini telah menerima pengisytiharan oleh Federation Aeronautique Internationale (FAI) untuk penerbangan mereka pada 17 Disember 1903 sebagai penerbangan pertama yang terkawal, berkuasa, dan dapat dikekalkan (dari masa berlepas sehingga mendarat) bagi sebuah kenderaan yang lebih berat daripada udara, dan yang menggunakan naik terbang mekanik tanpa sokongan (tujahan/daya angkat utama dicipta oleh perejanan kapal terbang). Sejak penerbangan tersebut, tuntutan Wright bersaudara untuk penerbangan "pertama" ini telah dipertikaikan oleh pelbagai pihak. Terdapatnya banyak perbalahan antara tuntutantuntutan juruterbang awal yang bersaingan. (Sila lihat mesin penerbangan pertama untuk perbincangan lanjut). Dengan pengisytiharan FAI, pertikaian itu boleh dikatakan telah selesai. Wright bersaudara ialah anak-anak Milton Wright (1828-1917) dan Susan Catherine Koerner (1831-1889). Wilbur dilahirkan di Millville, Indiana pada tahun 1867, sedangkan Orville dilahirkan di Dayton, Ohio pada tahun 1871. Kedua-dua adik-beradik tidak pernah berkahwin. Adik-beradik yang lain termasuk Reuchlin (1861-1920), Lorin (18621939), Katharine (1874-1929), serta anak kembar Otis dan Ida (lahir pada 1870, tetapi maut semasa masih bayi). Orville dibuang daripada salah satu sekolah rendah disebabkan tingkah lakunya yang nakal.[1] Pada tahun 1878, ayahnya, seorang paderi kembara (kemudian menjadi biskop), membawa balik ke rumah sebuah helikopter mainan untuk kedua-dua anak yang paling kecil. Mainan itu berdasarkan rekaan Alphonse Penaud, perintis kejuruteraan penerbangan Perancis. Dibuat daripada kertas, buluh dan gabus, dengan gelang getah untuk memutarkan daun kipas kembar, saiznya hanya sedikit besar berbanding tapak tangan dewasa. Wilbur dan Orville bermain dengan mainan ini sehingga mainan itu patah, dan kemudian membina mainan itu sendiri. Pada tahun-tahun kemudian, mereka menunjukkan kepada pengalaman dengan mainan ini sebagai pencetus untuk minat mereka terhadap penerbangan. Pada tahun 1885 atau 1886, Wilbur mengalami kemalangan ketika sebatang kayu hoki terpukul mukanya dalam satu permainan hoki dengan kawan-kawannya. Walaupun beliau amat kuat dan cergas sehingga saat itu, dan kecederaannya nampak tidak begitu teruk, beliau menyepikan diri dan tidak menyertai Yale sebagaimana yang dirancang. Wilbur menghabiskan masa pada beberapa tahun berikut di rumah untuk menjaga ibunya yang menghidap penyakit yang membawa maut, dan sentiasa membaca buku-buku di dalam perpustakaan ayahnya. Beliau kemudian hanyut ke syarikat percetakan yang dimulakan oleh Orville, dan kelihatan tidak mempunyai sebarang cita-cita.

[sunting] Kerjaya awal dan penyelidikan Kedua-dua adik-beradik Wright menerima pendidikan sekolah tinggi, tetapi tidak memperoleh diploma. Mereka dibesarkan di Dayton (tetapi juga pernah tinggal di Iowa dan Indiana selama beberapa tahun) di mana mereka membuka sebuah syarikat

percetakan dan untuk satu tempoh yang singkat, menerbitkan mingguan dan surat khabar. Kemudian pada tahun 1892, mereka membuka sebuah syarikat untuk membaiki, mereka bentuk, dan mengilang basikal (Syarikat Basikal Wright). Mereka mempergunakan usaha ini untuk membiayai minat penerbangan mereka yang semakin mendalam. Pada awal atau pertengahan 1890-an, mereka terbaca rencana-rencana dalam surat khabar atau majalah dan mungkin juga gambar-gambar foto tentang luncuran Otto Lilienthal yang dramatik di negara Jerman. Tahun 1896 membawa tiga peristiwa penerbangan yang penting: • •



Pada Mei, Samuel Langley, Setiausaha Institusi Smithson, berjaya menerbangkan sebuah kapal terbang model tanpa manusia yang menggunakan kuasa stim. Pada musim panas, Oktaf Chanute, seorang jurutera Chicago, menghimpunkan beberapa peminat penerbangan yang muda untuk menguji pelbagai jenis peluncur di gumuk pasir pada sepanjang pesisir Tasik Michigan. Pada Ogos, Lilienthal terbunuh ketika membuat penerjunan peluncurnya.

Peristiwa-peristiwa ini tertanam kukuh dalam fikiran adik-beradik Wright itu. Pada Mei 1899, Wilbur menyurat kepada Institusi Smithson untuk memperoleh maklumat-maklumat dan terbitan-terbitan mengenai penerbangan. Menggunakan hasil daripada kerja-kerja Sir George Cayley, Chanute, Lilienthal, Leonardo da Vinci, dan Langley, mereka memulakan uji kaji penerbangan mekanik pada tahun itu. Kedua-dua adik-beradik melanjutkan teknologi penerbangan melalui penegasan kawalan kapal terbang dan bukan penambahan kuasa. Mereka memperkembangkan kawalan tiga paksi yang merupakan prinsip asas untuk penerbangan yang masih digunakan pada hari ini. Wright bersaudara membuat penyelidikan dan pada mula-mulanya bergantung kepada kepustakaan penerbangan yang sedia ada ketika itu, termasuk jadual-jadual Lilienthal; tetapi selepas mendapati bahawa Pekali Smeaton (satu pemboleh tukar dalam formula pengangkat dan formula seretan) tidak betul, mereka membina sebuah terowong angin dan menguji melebihi dua ratus bentuk sayap yang berbeza-beza. Pengalaman mereka dalam bidang basikal, gear, motor, dan keseimbangan (ketika menunggang basikal) terbukti amat penting dalam kejayaan mereka untuk mencipta kapal terbang mekanik. Semasa penyelidikan mereka, Wright bersaudara sentiasa bekerja bersama-sama, dan sumbangan-sumbangan mereka dalam pengembangan kapal terbang tidak dapat dipisahkan. Charlie Taylor, pembantu mereka, membantu dalam kerja harian, khususnya dalam pembinaan terowong angin dan enjin berdasarkan perbincangan-perbincangan Wright bersaudara. Kedua-dua adik-beradik Wright membuat semua kerja teori dan kebanyakan kerja guna tangan untuk pembinaan kapal terbang.

[sunting] Idea-idea mengenai kawalan Wilbur sering mencatat nota-nota yang terperinci mengenai penerbangan burung-burung. Pencerapan-pencerapannya menyebabkan kedua-dua adik-beradik mempercayai bahawa

cara yang betul untuk sebuah mesin penerbangan berpusing di udara adalah untuk mesin itu "bersandar" pada pusingannya dengan cara yang sama dengan burung (dan juga sama untuk seorang yang menunggang basikal, suatu pengalaman yang mereka tahu benar). Penyiasat-penyiasat penerbangan yang lain berpegang pada pemikiran "dalam kotak" dan memperlihatkan penerbangan sebagai sesuatu yang serupa sahaja dengan pergerakan di atas tanah tetapi cuma di utara; untuk kapal terbang menukar hala, mereka menjangka sesuatu yang agak serupa dengan kemudi kapal, ataupun seretan yang tidak sama pada kedua-dua sayap semasa mesin penerbangan itu berada dalam keadaan yang rata. Sebilangan penyiasat yang lain juga hendak bergantung kepada pelbagai reka-bentuk yang memberikan "kestabilan terwujud". Wilbur mendapati bahawa burung-burung mengubahkan sudut bahagian luaran sayap-sayap untuk menyengetkan tubuh ketika membuat pemusingan peluncuran. Kedua-dua adik-beradik tidak pasti bagaimana hendak mencapai keperluan ini dengan sayap buatan. Akhirnya mereka dapat menyelesaikan masalah itu melalui peledingan sayap ketika Wilbur tidak senjaga meledingkan kotak tayar semasa Wilbur menjual tayar di kedai mereka. Oleh itu, mereka mencipta satu kaedah yang diharapkan akan membolehkan pemusingan, serta pemulihan, ketika angin menyengetkan mesin penerbangan pada satu belah (imbangan sisian). Pemikiran Wright bersaudara amat dipengaruhi oleh kematian Lilienthal dalam kemalangan tahun 1896 ketika angin menggangu keseimbangannya. Kematian juruterbang Percy Pilcher dalam keadaan yang sama pada tahun 1898 hanya mengukuhkan pendapat mereka bahawa suatu kaedah kawalan juruterbang yang boleh diharap, bukannya kestabilan terbina dalam, adalah jawapan untuk penerbangan yang selamat dan berjaya.

Related Documents

Albert Einstein
May 2020 30
Albert Einstein
May 2020 41
Albert Einstein
June 2020 24
Albert Einstein
June 2020 22
Albert Einstein
December 2019 49
Albert Einstein
May 2020 26