Akta Pengangkatan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Akta Pengangkatan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,587
  • Pages: 8
D.R. 36/2000 RANG UNDANG-UNDANG bernama

Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkatan 1952. [

]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengangkatan (Pindaan) 2000. (2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 2 2. Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257], yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2— (a) dengan memasukkan selepas takrif "adopted child" takrif yang berikut: ' "Adopted Children Register" means the Adopted Children Register established under subsection 25(1) and includes related registers kept and maintained in computer, on microfilm or in any other form of electronic and retrievable device;'; (b) dengan memasukkan selepas takrif "applicant" takrif yang berikut: ' "Certificate of Birth" means a Certificate of Birth issued under this Act;'; dan

2

Rang Undang-Undang

(c) dalam takrif "West Malaysia" dengan menggantikan perkataan "thereto" dengan perkataan 'to "Peninsular Malaysia" '.

Pindaan seksyen 25

3. Seksyen 25 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

"(2) Every adoption order shall contain a direction to the Registrar-General— (a) to make in the Adopted Children Register an entry recording the adoption in the form set out in the First Schedule and, subject to subsection (3), shall specify the particulars to be entered

under the headings in columns 2 to 6 of the Schedule; and

(b) to issue in respect of the adopted child a Certificate of Birth under this Act."; (b) dalam subseksyen (3) dengan menggantikan perkataan "compliance with the requirements of the foregoing subsection" dengan perkataan "paragraph (2)(a)"; (c) dengan memotong subseksyen (7); (d) dengan memotong subseksyen (10); (e) dengan memotong subseksyen (11); dan (f) dalam subseksyen (12) dengan memasukkan selepas perkataan "registers" di mana-mana jua terdapat perkataan ", indexes".

Pengangkatan (Pindaan)

3

Seksyen baru 25A

4. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 25 seksyen yang berikut: "Certificate of Birth.

25A. (1) In respect of the Certificate of Birth referred to in paragraph 25(2)(b), every adoption order shall contain a direction—

(a) to the Registrar-General that the word "adopted", "adopter" or "adoptive" or any word to like effect shall not appear in the Certificate; and

Act 299.

(b) to the natural or adoptive parent or parents, as the case may be, to surrender to the Registrar-General the Certificate of Birth of the child issued under the Births and Deaths Registration Act 1957.

(2) Upon receipt of an adoption order, the RegistrarGeneral shall, subject to due compliance with paragraph (l)(b) and the payment by the adopter of the prescribed fee, issue a Certificate of Birth in respect of the child in the form set out in the Second Schedule. (3) Where a certified copy of an entry in the Adopted Children Register had been issued in respect of a child adopted under this Act, the Registrar-General shall issue a Certificate of Birth in respect of the child—

(a) upon application being made by the adoptive parent or either of the adoptive parents, or in the event of the adoptive parent or both adoptive parents being dead, by the adopted child, for a Certificate of Birth; and (b) upon payment of the prescribed fee. (4) Upon receipt of the Certificate of Birth under subsection (3), the adoptive parent or either of the adoptive parents, or in the event of the adoptive parent or both adoptive parents being dead, the adopted child, shall cause the certified copy of an entry in the Adopted Children Register issued in respect of the adopted child to be surrendered to the Registrar-General for cancellation.

4

Rang Undang-Undang

(5) The Certificate of Birth issued under this Act pursuant to an adoption order shall replace the Certificate of Birth of the child issued under the Births and Deaths Registration Act 1957, and shall for all purposes be known as the Certificate of Birth of the child. (6) Notwithstanding anything to the contrary in any written law, the Certificate of Birth under this Act, if given under the hand of the Registrar-General or any person authorized by him, shall be received without further or other proof as evidence of the facts and particulars relating to the birth of the child in respect of whom the Certificate of Birth was issued. (7) If the Certificate of Birth issued under this Act is lost, damaged or defaced, the adoptive parent or either of the adoptive parents, or in the case of the adoptive parent or both adoptive parents being dead, the adopted child, may apply to the Registrar-General or any person authorized by him for a copy of the Certificate of Birth which, when issued, shall be marked with the word "Replacement". (8) The Registrar-General shall establish and maintain a register to be called the Register of Birth Certificates in which shall be made such entries pertaining to the issuance of a Certificate of Birth under this Act in respect of an adopted child. (9) Any person may apply in the prescribed form to

have a search made of the Register of Birth Certificates upon payment of the prescribed fee and to have the result of the search certified in the prescribed form.". Pindaan Jadual

5. Jadual kepada Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum perkataan "SCHEDULE" perkataan "FIRST".

Pengangkatan (Pindaan)

5

Jadual baru 6. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Pertama Jadual yang berikut:

6

Rang Undang-Undang HURAIAN

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Pengangkatan 1952

("Akta 257"). 2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas Akta yang dicadangkan.

3.

Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 25 Akta 257.

Perenggan 3(a) pada asasnya menyusun semula peruntukan subseksyen 25(2) yang sedia ada. Peruntukan yang memperkatakan arahan mahkamah dalam sesuatu perintah pengangkatan akan menjadi perenggan 25(2)(a). Suatu perenggan baru 25(2)(b) dimasukkan bagi memperuntukkan bahawa perintah itu hendaklah juga mengandungi arahan kepada Pendaftar Besar supaya mengeluarkan berkenaan dengan seseorang anak angkat suatu Perakuan Kelahiran di bawah Akta 257. Perenggan 3(c) memotong subseksyen 25(7) yang telah tidak berguna lagi.

Perenggan 3(d) memotong subseksyen 25(10) yang memperkatakan salinan yang diperakui mengenai apa-apa catatan dalam Daftar Anak Angkat sebagai keterangan pengangkatan anak yang dimaksudkan dalam catatan itu. Dengan pengeluaran Perakuan Kelahiran baru di bawah Akta 257 yang, mengikut

subseksyen baru 25A(6), hendaklah menjadi keterangan muktamad bagi fakta dan butir-butir berhubungan dengan kelahiran anak yang berkenaan dengannya Perakuan Kelahiran itu telah dikeluarkan, tujuan bagi subseksyen 25(10) tidak lagi wujud. Maka oleh sebab itu pemotongan dibuat.

Perenggan 3(e) memotong subseksyen (11) yang membenarkan orang awam

memeriksa indeks kepada Daftar Anak Angkat. Pemotongan itu bertujuan untuk memastikan catatan-catatan dalam Daftar Anak Angkat dirahsiakan demi

kepentingan anak-anak angkat.

Perenggan 3(f) bertujuan untuk meminda subseksyen (12) dengan memasukkan indeks sebagai satu daripada dokumen yang disimpan oleh Pendaftar Besar

yang tidak terbuka bagi pemeriksaan atau carian awam. Selaras dengan objektif dalam perenggan 3(e), Pendaftar Besar tidak boleh memberi mana-mana orang

apa-apa maklumat, salinan atau cabutan daripada mana-mana indeks kecuali di bawah perintah Mahkamah.

4.

Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 25A yang memperkatakan

Perakuan Kelahiran di bawah Akta 257. Di bawah perenggan 25 A (l)(a), Mahkamah hendaklah, dalam perintah pengangkatan, mengarahkan Pendaftar Besar supaya memastikan bahawa perkataan

"diangkat", "pengangkat" atau "angkat" atau perkataan yang seumpamanya tidak terdapat dalam Perakuan Kelahiran. Peninggalan perkataan sedemikian dalam Perakuan Kelahiran dianggap perlu untuk mengelakkan kemungkinan

pengetahuan hakikat bahawa beliau anak angkat akan mendatangkan kesan psikologi yang buruk pada seseorang anak angkat yang belum lagi bersedia

untuk mengetahui latar belakang atau statusnya yang sebenar. Untuk memudahkan

Pengangkatan (Pindaan) 7 pengeluaran Perakuan Kelahiran baru ini di bawah Akta 257, perenggan 25 A (l)(b) menghendaki ibu atau bapa atau ibu dan bapa kandung atau angkat, mengikut mana-mana yang berkenaan, supaya menyerahkan kepada Pendaftar Besar Perakuan

Kelahiran anak itu yang dikeluarkan di bawah Akta Pendaftaran Beranak dan Mati 1957 [Akta 299]. Subseksyen 25A(2) memperuntukkan bahawa Pendaftar Besar hendaklah mengeluarkan Perakuan Kelahiran berkenaan dengan seseorang anak angkat dalam bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Kedua apabila pengangkat mematuhi perenggan 25 A (1)(b) dengan sewajarnya dan membayar fi yang ditetapkan. Di bawah subseksyen 25A(3), apabila fi yang ditetapkan dibayar, suatu Perakuan Kelahiran di bawah Akta 257 hendaklah dikeluarkan kepada anak angkat yang berkenaan dengannya suatu salinan yang diperakui mengenai apa-apa catatan dalam Daftar Anak Angkat telah sebelum itu dikeluarkan. Subseksyen 25 A (4) menghendaki penyerahan kepada dan pembatalan oleh Pendaftar Besar salinan yang diperakui mengenai apa-apa catatan dalam Daftar Anak Angkat selepas pengeluaran Perakuan Kelahiran berkenaan dengan anak

angkat itu di bawah subseksyen 25 A (3). Subseksyen 25A(5) memperuntukkan bahawa Perakuan Kelahiran seseorang anak angkat yang dikeluarkan di bawah Akta 257 hendaklah menggantikan Perakuan Kelahiran yang dikeluarkan di bawah Akta 299 dan hendaklah bagi semua maksud dikenali sebagai Perakuan Kelahiran anak itu.

Menurut kuasa subseksyen 25A(6), Perakuan Kelahiran di bawah Akta 257 yang diberikan di bawah tandatangan Pendaftar Besar hendaklah menjadi bukti muktamad bagi fakta dan butir-butir yang berhubungan dengan kelahiran anak yang dimaksudkan dalam Perakuan itu. Di bawah subseksyen 25 A (7), salinan kedua Perakuan Kelahiran di bawah Akta 257 yang ditanda dengan perkataan "Penggantian" boleh dikeluarkan jika salinan pertama yang dikeluarkan di bawah Akta itu hilang, rosak atau cacat. Subseksyen 25A(8) menghendaki Pendaftar Besar mengadakan dan menyenggara suatu Daftar Perakuan Kelahiran mengenai pengeluaran Perakuan Kelahiran di

bawah Akta 257. Subseksyen 25A(9) membenarkan pemeriksaan awam dibuat pada Daftar Perakuan Kelahiran.

5.

Fasal 6 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi suatu Jadual baru

kepada Akta 257. 6. Pindaan lain yang tidak disebut secara khusus adalah pindaan yang kecil atau berbangkit. 1MPL1KASI

KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang ini. [PN(U2)1868]

Related Documents

Akta Pengangkatan
May 2020 22
Akta
December 2019 47
Akta 15
June 2020 36
Akta+kk.pdf
May 2020 24
Akta Dadah
November 2019 33
Akta Hibah.docx
June 2020 19