Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Adab dan Akhlak Islamiah (sukatan baru)
1
ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH TINGKATAN 4
1 AKAL CAHAYA HIDUP 1.1 Manusia dilengkapi dengan akal fikiran. Dengan akal fikiran manusia dibeza dengan haiwan Manusia dihendaki mengingati Allah Manusia hendaklah berfikir tentang ciptaan Allah swt yang ada dilangit dan di bumi Berdasarkan firman Allah swt 1.2
1.3 Maksud ayat Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Ayat ini menerangkan akal dapat mempertingkatkan iman dan amal seseornt untuk menuju kejayaan hidup di dunia dan diakhirat. 1.4 Terangkan kepentingan berfikir - Dapat menyedari Allah itu wujuda dan Maha berkuasa - Dapat menjadi makhluk yang lebih istimewa berbanding dengan makhlukmakhluk lain - Dapat membezakan antara yang hak (benar) dengan yang batil (salah) - Dapat menentukan tindakan seseorang - Dapat berfikir, berusaha dan mereka cipta sesuatu yang boleh meningkatkan taraf hidupnya 1.5 Nyatakan sumber berfikir - Wahyu dan syariat Islam sebab akal manusia terbatas kerana tidak dapat mencakupi perkara ghaib melainkan apa yang diberitahu oleh wahyu - Akal fikiran Dapat membezakan yang baik dan yang buruk - Bukti-bukti kejadian saintifik
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Adab dan Akhlak Islamiah (sukatan baru)
2
Dapat meneroka bidang-bidang ilmu yang praktikal - Maklumat dan fakta yang benar dan tepat Ujud disiplin ilmu yang yang memberi manfaat - Matlamat yang jelas Berfikir lebih berfokus dan terancang 1.6 Nyatakan garis panduan dan adab berfikir dalam Islam - Mengetahui perkara yang difiikirkan - Mengetahui tujuan berfikir - Mengetahui batasan dan kemampuan akal - Mengetahu cara berfikir - Mengetahui risiko yang akan berlaku 1.7 Jelaskan kebaikan-kebaikan dan faedah berfikir menurut Islam - Memantapkan iman - Menyedari kekuasaan dan kebesaran Allah dengan mengambil ikhtibar daripada ciptaan Allah swt yang Maha Agung - Dihormati dan disanjungi oleh masyarakat - Proaktif dan berdaya maju - Boleh menyelesaikan masalah dengan cepat dan berkesan - Dapat menceburi bidang-bidang baru yang bermanfaat , berdaya saing dalam bidang yang diceburi - Dapat menghindari daripada unsur khurafat yang merosakkan akidah - Dapat menghindari dari unsur negatif yang mengancam keamanan negara 1.8 Terangkan kesan-kesan budaya berfikir kepada individu dan masyarakt - Dapat menjadikan seseorang itu cemerlang hidup nya di dunia dan di akhirat kerana dia sanggup menghadapi dugaan hidup dengan sabar - Dapat memberi sumber inspirasi dalam melaksanakan tugas dengan lebih baik - Dapat memberi faedah kepada masyarakat dan negara - Dapat mengguna kan peluang yang ada secara cermat dan terancang - Boleh bertindak dengan alasan dan bukti yang kukuh 1.9 Nyatakan perkara-perkara yang boleh merosakkan akal - Minum minuman arak - Menagih dadah - Makan makan yang memabukan
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Adab dan Akhlak Islamiah (sukatan baru)
3
2. ADAB BERHIAS DIRI 2.1 Kepentingan adab berhias diri dalam Islam - Memang fitrah manusia sukakan kecantikan,indah dan kemas 2.2 Nyatakan garis panduan dan adab berhias diri dalam Islam - Menggalakkan amalan mandi - Menggalakkan amalan bersugi atau menggosok gigi - Digalakkan memakai bau-bauan - Hendaklah membersih, menyikat dan memakai minyak rambut - Hendaklah memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan bulu ari-ari - Hendaklah menghias muka - Diharuskan memilih pakaian yang bersesuaian untuk menutup aurat 2.3 Nyatakan garis panduan atau adab berpakaian - Berniat untuk menzahir dan mensyukuri nikmat Allah - Bukan bertujuan membanggakan diri - Bertujuan menutup aurat - Tidak jarang menampakkan aurat - Tidak ketat yang boleh memperlihatkan susuk badan - Tidak menyerupai pakaian upacara agama lain. 2.4 Nyatakan amalan-amalan berhias diri yang dilarang - Memakai emas dan sutera tulin bagi lelaki - Memakai pakaian yang berlawanan dengan jantina - Menyambung rambut dengan rambut lain samada palsu atua asli - Membuat tatu - Pembedahan anggota badan untuk kecantikan 2.5 Jelaskan faedah-faedah mengamalkan berhias diri dengan beradab - Disukai oleh Allah dan masyarakat - Menjauhkan diri daripada kehinaan - Mendapat pahala kerana menzahirkan nikmat Allah - Menjaga maruah diri dan agama 2.6 Terangkan kesan-kesan berhias diri secara beradab kepada individu dan masyarakat - Dapat menjaga kesihatan diri - Untuk menjaga kebersihan diri - Mengelak daripada perkara buruk berlaku - Menunjukkan penampilan diri - Disukai oleh Allah dan masyarakat - Menjauhkan diri daripada kehinaan - Mendapat pahala kerana menzahirkan nikmat Allah Menjaga maruah diri dan agama
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Adab dan Akhlak Islamiah (sukatan baru)
4
3. ADAB MENJAGA ORANG SAKIT 3.1 Kewajiban menjaga orang sakit - Kita hendaklah menjaga orang sakit supaya ringan beban yang ditanggungnya - Menziarahi dan menjaganya amat dituntut oleh Islam - Hukumnya fardhu kifayah 3.2 Nyatakan garis panduan dan adab menjaga orang sakit Dari segi kerohanian - Hendaklah memberi peringatan bahawa sakit adalah sebahagian daripada ujian Allah - Menasihati pesakit supaya bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah - Mengingatkan pesakit supaya menunaikan solat lima waktu - Membantu pesakit menjalankan kewajiban kepada Allah seperti membantu mengambil wuduk. - Mengingatkan pesakit supaya mengingati Allah Segi emosi - Menggunakan tutur kata dan bahasa yang lemah lembut - Memahami keperitannya menanggung kesakitan - Melayan pesakit dengan mesra dan menunjukkan muka yang manis - Sabar mendengar rungutan dan tingkah laku pesakit Segi fizikal - Memastikan pesakit besih tubuh badan, pakaian, dan tempat - Menghantar pesakit ketempat rawatan yang sesuai - Mengingatkan pesakit supaya makan ubat seperti yang dijadualkan - Memberi kerehatan secukupnya - Bartanya tentang keinginan dan keperluaannya 3.3 Jelaskan hikmat-hikmat beradab ketika menjaga orang sakit -
Mewujudkan sillaturahim sesama Islam Meringankan penderitaan yang dialami pesakit Memnuhi tanggungjawab diri kepada keluarga, sahabat dan jiran yang sakit Meningkatkan syiar Islam Melahirkan sifat perihatin kepada golongan yang lemah Memberi keinsafan supaya mensyukuri nikmat dan kesihatan diri.
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Adab dan Akhlak Islamiah (sukatan baru)
5
4. ADAB AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR 4.1 Kewajiban amar makruf dan nahi mungkar - Hukumnya wajib mengikut kemampuan seseorang - Tujuannya untuk menegakkan kestabilan dan keharmonian masyarakat. 4.2 Nyatakan sifat-sifat pendakwah Berilmu - Iaitu memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis serta hukum syarak yang berkaitan sesuatu perkara - Mengetahui golongan yang perlu didakwahnya - Mengetahui tempat dan masa yang sesuai melakukan dakwah Beramal dengan ilmu - Pendakwah hendaklah mendahulukan dirinya sendiri melakukan makruf sebelum mengajak orang lain melakukannya begitulah sebaliknya kerana pendakwah menjadi ikutan dan panduan kepada orang lain Berakhlak mulia - Pendakwah hendaklah menahan marah dan bersabar apabila dakwahnya tidak berjaya - Berani menerangkan kebenaran kepada semua golongan - Tidak mengharapkan ganjaran - Tidak bakhil dengan ilmu - Menyerah/bertawakkal kepada Allah kejayaan dakwahnya setelah berusaha bersungguh-sungguh. 4.4 Nyatakan garis panduan dan adab amar makruf dan nahi mungkar - Berdakwah hendaklah dengan cara berhikmah - Berdakwah hendaklah dengan cara memberi nasihat yang baik, gaya bahasa yang lembut dan kata yang lunak - Berkwah hendaklah dengan cara berbincang dengan cara yang baik – dengan hujah yang bernas dan elak perkara sensitif yang boleh menjauhkan hubungan. 4.5 Terang cara-cara melakukan amar makruf dan nahi mungkar seperti mana yang ditunjuk oleh Rasulullah saw terhadap sahabatnya. Hendaklah memilih masa dan tempat yang sesuai untuk memberi nasihat Berdakwah dengnan penuh diflomasi Hendaklah meninggalkan perkara yang tidak memudaratkan untuk kemuslihatan yang lebih besar Hendaklah memberi hadiah dan ganjaran kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengna Islam Hendaklah melembutkan hati dengan kata-kata, perbuatan dan muamalat yang baik Hendaklah memberi kemaafan dalam keadaan yang boleh baginda boleh menuntut bela Hendaklah menceritakan sesuatu berdasarkan kisah-kisah dahulu umtuk diambil ikhtibar.
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Adab dan Akhlak Islamiah (sukatan baru)
6
4.6 Nyatakan faedah-faedah mengamalkan amar makruf dan nahi mengkar Kesan mengamalkan amar makruf dan nahi mengkar kepada individu dan masyarakat - Dapat menegakkan hukum Allah dan syariat Islam dapat ditegakkan - Mengatasi kemungkaran dan gejala sosial dalam masyarakat boleh di atasi - Pembangunan negara berjalan lancar - Ekonomi bertambah baik dan meningkat - Keselamatan terjamin - Dapat mengangkat martabat uamt dan agama Islam - Dapat memelihara maruah, harta, keturunan dan hak-hak individu dan hak awam 5. ADAB DI TEMPAT REAKREASI 5.1 Nyatakan maksud rekreasi - Ialah kegiatan yang menyeronokkan yang boleh menyagarkan kembali kesihatan badan contohnya beriadah, beristirahat dan menghiburkan hati 5.2 Nyatakan garis panduan dan adab d itempat rekreasi - Berpakaian yang menutup aurat - Menjaga pergaulan mengikut hukum Islam - Aktiviti yang dilakukan tidak bertentangan dengan hukum syarak - Bertanggungjawab menjaga harta awam - Mematuhi peraturan peraturan yang disediakan oleh pihak berkuasa - Sama-sama menjaga kebersihan kawasan rekreasi - Bertanggungjawab menjaga alam semula jadi seperti flora dan fauna, sumber air dan kebersihan persekitaran - Menghormati pengunjung dengan tidak menimbulkan sebarang gangguan 5.3 Nyatakan ciri-ciri tempat rekreasi yang baik Segi kemudahan fizikal Musallah Tempat wuduk Tandas Tempat istirahat dan penginapan Kawasan tempat letak kereta Kemudahan jalan raya Kemudahan telefon Segi keselamatan Tidak berbahaya Ada alat pemadam api Penguatkuasa undang-undang Peraturan yang jelas
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Adab dan Akhlak Islamiah (sukatan baru)
7
Segi keistimewaan Pemandangan dan landskap yang cantik Kedai dan gerai Boleh digunakan untuk aktiviti yang ringan dan lasak Kemudahan untuk kanak-kanak, remaja dan orang dewasa Kawasan khas bagi kaum wanita 5.4 Terangkan faedah-faedah rekreasi (jangka pendek) - Menguatkan stimena - Mengimbangkan metal - Mengeluarkan peluh - Boleh menenangkan fikiran - Boleh mengurangkan tekanan perasaan - Badan lebih ceria - Melahirkan semangat kerjasama - Dapat memupukan perpaduan - Dapat menguatkan sillaturrahim 5.5 Jelaskan faedah-faedah rekreasi (jangka panjang) - Menjadi ketahanan daripada penyakit - Memantapkan kecergasan badan - Da[at menguatkan anti bodi - Otak lebih cergas - Minda bertamban aktif - Cepat bertindak - Menjadi Individu aktif - Menjadikan masyarakat sejahtera - Menjadikan negara maju 5.6 Jelaskan hikmat-hikmat mengamalkan adab ditempat rekreasi -
Mendapat keredaan Allah Dapat memupuk sillturrahim di kalangan pengunjung Melahirkan masyarakat yang cintakan alam sekitar Mengekalkan warisan alam syupaya dapat dinikmati generasi akan datang Menghindari perkara-perkara mungkar Menyelamatkan harta awam dan menjimatkan wang negara Mengekalkan persekitaran yang bersih dan nyaman Melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan bertanggungjawab
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Adab dan Akhlak Islamiah (sukatan baru)
8
6. ADAB MENJAGA KEMUDAHAN AWAM 6.1 Terangkan maksud kemudahan awam - Kemudahan yang disediakan oleh pihak tertentu untuk kegunaan orang ramai 6.2 Nyatakan contoh-contoh kemudahan awam yang telah disediakan - Telefon - Tandas awam - Dewan orang ramai - Papan-papan tanda jalan raya - Lampu isyarat - Taman rekreasi - Paip bomba - Musalla 6.3 Nyatakan garis panduan dan adam menjaga kemudahan awam - Menggunakannya mengikut peraturan yang telah disediakan - Bertimbang rasa dengan pengguna lain - Melaporkan kerosakan kepada pihak yang bertanggujawab - Gunakan mengikut keperluan tanpa pembaziran - Bertanggungjawab terhadap keselamatan awam 6.4 Jelaskan hikmat menjaga kemudahan awam - Untuk memberi keselisaan hidup kepada seserong, masyarakat dan rakyat - Untuk menjalinkan sillaturrahim dan perpaduan - Dapat memupuk sikap bertoleransi - Boleh meningkatkan ekonomi kerana dapat menarik pelancung/ 6.5 Terangkan kepentingan dan faedah kemudahan awam Kepada individu - Memberi kemudahan kepada golongan yang kurang mampu - Menjamin kesejahteraan hidup - Membantu ketika kecemasan - Menjimatkan perbelajaaan Kepada masyarakat - Menjalinkan silaturrahim - Menjalinkan semangat perpaduan - Memupuk sikap bertoleransi pada negara - Dapat menarik pelancung - Menjimatkan peruntukan kewangan - Meningkatkan ekonomi
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Adab dan Akhlak Islamiah (sukatan baru)
9
6.6 Nyatakan perbuatan0perbuatan menyalahguna kemudahan awam - Menggunakan paip bomba untuk kegunaan peribadi - Membuang sampah bukan pada tempat yang telah disedikan - Menconteng papan-papan tanda jalan raya - Merosakan telefon awam 6.7 Nyatakan kesan-kesan perbuatan menyalah gunakan kemudahan awam - Merupakan perbuatan jenayah dan berdosa - Dimurkai Allah - Masyarakat akan merasa marah dan benci - Ketiadaan kemudahan awam akan menyusahkan masyarakat untuk menggunakan bila kecemasan - Kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk menanganinya seperti membaik pulih Keadaan sekeliling tidak ceria - Masyarakat tidak selesa dan hidup tidak aman - Merenggangkan hubungan sillaturrahim 6.8 Gelaran kepada orang yang melakukan kerosakan الـمـفـسـدون ،Kita hendaklah berhati-hati menggunakan kemudahan awam
Maksudnya: " ; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". 6.8 Nyatakan cara-cara untuk mengawal penggunaan kemudahan awam - Mengadakan kempen kesedaran cara menggunakan kemudahan awam - Mengadakan aktiviti menam pokok-pokok dikawasan surau dan dan dewam orang ramai bertujuan untuk mengindahkan kawasan - Menguatkuasakan undang-undang - Menerpakan pendidikan awal kepada kanak-kanak dalam menghargai kemudahan awam
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Adab dan Akhlak Islamiah (sukatan baru)
10
7. ADAB MENZIARAHI JENAZAH 71 Nyatakan kepentingan menziarahi jenazah - Islam menggalakkan ziarah menziarahi untuk mengekalkan dan mengeratkan persaudaraan dan sillaturahim - Menziarahi bukan sahaja masa sihat dan amat dituntut juga ketika sakit apatah lagi ketiga kematian 7.2 Nyatakan garis panduan dan adab menziarahi jenazah orang Islam - Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan Allah - Menunaikan solat jenazah - Memberi pertolongan kepada kelurga jenazah dalam urusan pengkebumian - Melahirkan perasaan dukacita kepada waris di atas kembali ke rahmatullah - Mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan perasaan dukacita keluarga jenazah - Mengingatkan keluarga jenazah dengan kesabaran di atas ujian Allah - Mengucapkan tahziah kepada keluarga jenazah dengan tidak melebihi tiga hari - Di sunatkan membanyakkan membaca al-Quran dan berdoa sebelum jenazah dikebumikan 7.3 Jelaskan perkara-perkara yang tidak beradab menziarahi jenazah Islam - Merasa kesal terhadap kematian seperti meratap atau meraung - Membebnkan keluarga jenazah dengan permintaan yang mereka tidak mampu - Membuat perkara yang menyinggung perasaan keluarga jenazah seperti mengumpat jenazah atau bergurau senda - Tidak reda dengan takdir Allah 7.4 Jelaskan hikmat-hikmat beradab menziarahi jenazah Islam - Dapat mengeratkan sillaturahim dengan keluarga jenazah - Mengurangkan tekanan emosi keluarga jenazah yang kehilangan ahlinya - Memberi keinsafan bahawa kematian adalah sebahagian daripada qadha - Allah yang perlu diterima oleh semua makhluk - Dapat menunaikan hak sebagai seorang muslim ke atas muslim yang lain 8. ZIKIR PENGUBAT HATI 8.1 Tuntutan berzikir Allah - Berzikir ialah mengingati Allah dengan hti, lisan dan perbuatan - Cara ini boleh menghubungkan manusia dengan penciptaNya - Orang yang bertakwa sentiasa mengingati Allah dalam semua keadaan
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Adab dan Akhlak Islamiah (sukatan baru)
11
8.2 Nyatakan garis panduan dan adab berzikir - Menyebut lafaz zikr dengan betul serta memahami maksudnya - Berzikir dalam keadaaan bersih dan suci daripada hadas - Zikir dengan lafaz yang terdapat di dalam nas al-Quran atau As-sunnah - Merasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah - Menggunakan suara yang perlahan - Memperbanyakkan berzikir dalam suasana genting - Berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat - Tidak berzikir semasa Qadha hajat 8.3 Lafaz zikir Berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat 8.4 Masa yang afdal untuk berzikir - Dalam keadaan suci daripada hadas 8.5 Nyatakan hikmat-hiikmat berzikir - Dikasihi Allah kerana Allah menyukai orang yang melakukan suatu dengan sebaik-baiknya - Mendapat ketenangan jiwa kerana berzikir dengan beradab memberi kesan kepada jiwa seseorang - Mendidik jiwa supaya sentiasa mengingati Allah - Mendapat pahala - Akan dijauhi daripada dikuasai syaitan 8.6 Jelaskan kerugian-kerugian kepada orang yang tidak berzikir - terdedah dengan perkara kemurkaan Allah kerna mudah dikuasai syaitan dan sukar mengawal nafsu - Lupa kepada tanggungjawab kepada agama - Berada dalam gelisah selalu 9. ADAB DENGAN RASUL 9.1 Kewajiban beradab dengan rasul - Islam adalah sebesar-besar nikmat yang dikurniakan Allah swt kepada manusia melalui perantaraan rasul - Nabi Muhammad saw menyampaikan risalah Islam kepada semu bangsa dan tempat di dunia - Nabi Mohammad adalah rasul terakhir menyampaikan risalah Islam - Nabi Mohammad adalah pemimpin agung dan sebagai Rasulullah Allah
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Adab dan Akhlak Islamiah (sukatan baru)
12
9.2 Nyatakan garis panduan dan adab dengan Rasulullah saw - Kita hendaklah berselawat kepada Rasulullah - Kita hendaklah tawaduk ketika hadis Rasulululah di baca - Kita hendaklah menziarahi makam Rasulullah saw – seolah-oleh menziarahi nya semasa hidupnya - Kita hendaklah menghormati dan memuliakan sahabat Rasulullah saw dengan tidak mencaci dan memandang rendah pendapat mereka. - Kita hendaklah mengikuti sunnah Rasulullah saw sama dalam dalam perbuatan, perkataan. Hukum, sikap dan pandangan 9.3 Jelaskan kelebihan-kelebihan mengamalkan selawat kepada Rasulullah saw - Berpeluang menerima syafaat daripada Rasulullah saw di akhirat - Boleh meningkatkan iman seseorang - Menjadikan seseorang berpegang dengan sunnah Rasullullah saw bererti berpegang dengan ajaaran Allah - Mendapat pahala dari kebaikan yang dilakukannya 9.4 Hikmat mengamalkan adab kepada Rasulullah saw - Seseorang yang mengasihi Rasulullah saw akan dikasihi Allah - Sesiapa yang menjadikan Rasulullah saw menjadi contoh ikutan mendapat kesejahteraan di dunia dan keredaan di akhirat. - Mendorong kita mengamalkan sunnahnya. - Melahirkan insan yang beradab sesama makhluk - Mendapat rahmat dan keampunan Allah 9.5 Nyatakan tingkah laku tidak beradab dengan Rasulullah saw - Tidak mentaati perintah baginda - Bercakap-cakap dan berbuat bising ketika menziarahi makam baginda - Tidak mengucap selawat ketika nama baginda disebut - Tidak menghormati sahabat baginda