Akhir Nya

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Akhir Nya as PDF for free.

More details

  • Words: 2,205
  • Pages: 27
OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:

1. Mengenalpasti jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan Kg.Baru Hicom serta jenis dan pola petempatan terdapat di negara Jepun

2. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi jenis dan pola petempatan yang terdapat di Kg.Baru Hicim serta faktor-faktor yang mempengaruhi jenis dan pola petempatan terdapat di negara Jepun.

3. Mengenalpasti fungsi petempatan yang terdapat di Kg.Baru Hicom serta fungsi petempatan terdapat di negara Jepun.

4. Mengenalpasti masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan Kg.Baru Hicom serta masalah-masalah petempatan terdapat di negara Jepun.

5. Mengenalpasti langkah-langkah mengatasi masalah petempatan yang terdapat di kawasan Kg.Baru Hicom serta langkah-langkah mengatasi masalah petempatan terdapat di negara Jepun.

6. Menerapkan nilai-nilai murni seperti bersyukur dan cintakan kawasan tempat tinggal serta negara Malaysia.

KAWASAN KAJIAN PENERANGAN RINGKAS TENTANG KAWASAN KAJIAN LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian saya ialah di Kg.Baru Hicom yang terletak di Shah Alam, Negeri Selangor, Malaysia. Kebanyakan penduduk di kawasan kajian saya adalah berbangsa Melayu,dan,India. Terdapat banyak kawasan petempatan serta flat perumahan yang berdekatan kawasan kajian saya seperti Taman Anggerik, Flat PPR Hicom dan lain-lain. Terdapat ciri-ciri pandang darat fizikal di sekitar kawasan kajian saya seperti sungai,klang dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga banyak ciri-ciri pandang darat budaya di kawasan ini seperti masjid, Kafa Intergerasi Hidayahtul Islamiah dan lain-lain.

LATAR BELAKANG NEGARA BANDINGAN Negara bandingan kajian saya ialah Jepun. Bandar Raya Tokyo ialah pusat pentadbiran dan ibu negara Jepun. Tokyo terletak berhampiran Teluk Tokyo di Pulau Honshu, Jepun.Bandar Raya ini digelar Tokyoto atau Metropolis Tokyo. Penduduk bandar raya Tokyo menjangkau 12.2 juta orang.

. NAMA NEGARA : JEPUN PETA KAWASAN KAJIAN

TAJUK PETA : PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN. KAWASAN KAJIAN : KG.BARU HICOM

Sepanjang kajian ini dijalankan, saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam mencari dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian. Antara kaedah yang telah saya gunakan adalah kaedah pemerhatian, kaedah soal selidik serta kaedah rujukan menggunakan internet.

Kaedah kajian

1. Kaedah Pemerhatian •

Saya telah memerhatikan jenis dan pola petempatan di kawasan kajian saya. Saya telah membuat catatan serta mengumpul data melalui pemerhatian yang saya lakukan selama 1 minggu.

2. Kaedah Soal Selidik •

Saya telah menggunakan kaedah soal selidik untuk mengetahui masalah-masalah yang berlaku di kawasan kajian saya. Seramai 20 orang responden telah terlibat dalam soal selidik ini.

3. Kaedah Rujukan Internet



Saya telah menggunakan rujukan internet untuk mendapatkan data dan maklumat tentang negara yang saya bandingkan dalam kajian ini. Alamat laman web yang saya telah lawati terdapat dalam Bab Rujukan.

DAPATAN KAJIAN 8.1. MENGENALPASTI JENIS DAN POLA PETEMPATAN YANG TERDAPAT DI KAWASAN KG.BARU HICOM SERTA JENIS DAN POLA PETEMPATAN TERDAPAT DI NEGARA JEPUN Jenis dan Pola Petempatan yang Terdapat di Kg.Baru Hicom

Kawasan Kg.Baru Hicom merupakan kawasan petempatan dalam kawasan bandar . Kawasan kajian saya terdiri daripada banyak kawasan Flat PPR Hicom seperti Taman Anggerik, dan lain-lain. Pola petempatan di kawasan kajian saya adalah petempatan terancang berpusat dan berselerak. Kebanyakan rumah-rumah dibina secara rapat dan dihubungkan dengan jalan raya untuk memudahkan pergerakan penduduk.

Jenis dan Pola Petempatan yang Terdapat di Negara Jepun

Jepun merupakan salah satu negara yang paling padat di dunia. 85% daripada rakyatnya tinggal di rumah pangsa yang disediakan oleh Majlis Pembangunan Perumahan Jepun. Kawasan perumahannya adalah jenis petempatan bandar dan rumah-rumah pangsa banyak dibina secara pola terancang.

Manakala Negara perbandingan saya iaitu Jepun. 55% daripada Negara ini menggunakan pola petempatan berpusat seperti di kawasan Okinawa dan kawasan Tokyo. Selain itu, pola petempatan yang lain turut digunakan di Jepun seperti berselerak di kawasan-kawasan pedalaman.

Bangunannya adalah rapat untuk menampung penduduk yang ramai seperti yang terdapat di sekitar Tokyo. Jumlah penduduk di Jepun amat padat dan tidak sesuai dengan keluasan negara Jepun yang agak kecil jika dibandingkan dengan Malaysia.

Saya berasa amat bersyukur kerana saya tinggal di kawasan kajian saya ini kerana jika dibandingkan dengan perumahan di Jepun kawasan tempat tinggal saya jauh lebih luas dan selesa. Negara kita mampu menampung jumlah rakyatnya yang jauh lebih tinggi serta kerajaan selalu memainkan peranan untuk memajukan kawasan perumahan di negara ini.

MENGENALPASTI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN DI Kg.Baru Hicom DAN NEGARA JEPUN Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan Di kawasan Kg Baru Hicom

a. Faktor Bentuk Muka Bumi

Bentuk muka bumi yang terdapat di Kg.Baru Hicom.. Melalui pemerhatian saya di kawasan kajian, sebahagian besar bentuk muka bumi kawasan ini adalah luas dan rata. Keadaan muka bumi yang sedemikian telah mempengaruhi pola petempatan di kawasan ini. Rumah-rumah telah dibina di kawasan perumahan yang terancang dan sistematik.

b. Faktor Darjah Ketersampaian

Perkembangan ekonomi yang pesat di Kg baru Hicom menyebabkan pembinaan jalan raya diperluaskan.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan Di Negara Jepun

a. Faktor Bentuk Muka Bumi

Jepun merupakan negara kota pulau yang kecil. Walaubagaimanapun, petempatan di Jepun adalah lebih padat. Manakala di Tokyo, Jepun pula merupakan kawasan tanah pamah. Kawasan tanah pamah ini di

majukan supaya menjadi sebuah pusat perindustrian yang bertaraf tinggi.

Tanah pamah di sini juga didirikan sebuah bandar yang paling maju di asia.

b. Faktor Darjah Ketersampaian

Sistem pengangkutan yang efisien telah digunakan di Negara Jepun. Antaranya adalah seperti penggunaan kereta api bawah tanah (Mass Transit Railway, MRT). MRT digunakan secara meluas di Jepun. Ia memberikan perkhidmatan yang lengkap kepada seluruh negara Jepun. Saya mewakili penduduk di kawasan kajian saya merasa amat bersyukur kerana berpeluang menikmati keselesaan kemudahan pengangkutan dan perhubungan yang terdapat di kawasan yang dikaji. Saya juga rasa amat berbangga menjadi rakyat negara Malaysia kerana kawasan petempatan di negara ini adalah sebanding dengan kawasan petempatan dengan negara maju seperti di negara Jepun.

MENGENALPASTI FUNGSI PETEMPATAN DI KG.BARU HICOM DAN NEGARA JEPUN Fungsi Petempatan Di Kawasan Kg.Baru Hicom

a. Kawasan perindustrian Fungsi petempatan yang terdapat di Kg.Baru Hicom ialah pusat perniagaan, Melalui pemerhatian saya di kawasan kajian, terdapat banyak kedai-kedai. Fungsi petempatan ini sangat penting kerana ia dapat menjana kestabilan dan ekonomi negara.

Fungsi Petempatan Di Negara Jepun

a. Pusat pendidikan Fungsi petempatan di negara Jepun adalah pusat pendidikan. Disebabkan kemajuan teknologi di Jepun, ramai pelajar asing yang datang menuntut di sana. Antara universiti yang terdapat di sana seperti Universiti Keio, Universiti Kinki dan banyak lagi.

MENGENALPASTI MASALAH PETEMPATAN DI KAWASAN PEKAN BATU KIKR DAN NEGARA JEPUN Masalah Petempatan Di Kawasan Pekan Batu Kikir Saya telah menjalankan kaedah soal selidik dengan memberikan borang soal selidik kepada 20 orang responden. Saya telah mengenalpasti beberapa masalah petempatan di kawasan kajian. Hasil soal selidik ini dapat diihat dalam jadual di bawah.

Jenis Masalah Pencemaran sampah sarap Kesesakan lalu lintas Kekurangan infrastruktur Masalah sosial Kekurangan tempat tinggal Darjah ketersampaian yang rendah Banjir

Jenis masalah Pencemaran sampah sarap Kesesakan lalu lintas Kekurangan infrastruktur Masalah sosial

Bilangan Responden yang Menjawap “Ya” 9 3 2 6 0 0 0

Bilangan Responden yang Menjawap “Ya” 9

Peratus

Saiz sudut bilangan responden

45

162

3

15

54

2

10

36

6

30

108

Sebagai sebuah Negara perindustrian yang paling maju, negara Jepun juga tidak ketinggalan mengalami kesesakan lalu lintas. Negara Jepun juga tidak terlepas dari mencemarkan alam sekitar seperti pencemaran udara.

Masalah kesesakan lalu lintas Negara Jepun selalu menghadapi masalah kesesakan lalu lintas pada waktu puncak semasa penduduk bergegas untuk pergi ke tempat kerja dan pulang ke rumah. Ini terbukti ramai penduduknya lebih suka menaiki kerata api bawah tanah kerana kesesakan lalu lintas yang sangat teruk. Masalah pencemaran udara Disebabkan kemajuan yang pesat dalam bidang perindustrian dan teknologi di Jepun, ini menyebabkan masalah pencemaran udara. Asap dari kenderaan dan kilang di Jepun telah menyebabkan masalah pencemaran udara dan ia akna membahayakan penduduk di negra itu dan negara yang berjiran dengannya.

Kita seharusnya peka kepada masalah dan isu yang dihadapi di persekitaran kita. Kita juga mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan tidak melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang dengan sewenangwenangnya. Bagi mengelakkan berlakunya keadaan-keadaan seperti di atas, kita hendaklah sama-sama menjaga alam sekitar kita agar tidak tercemar dan sebagainya. Kita seharusnya bersyukur dengan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH PETEMPATAN DI KG.BARU HICOM DAN NEGARA JEPUN

Kawasan Kg.Baru Hicom Masalah : •

Pencemaran Sampah Sarap

Langkah : •

Penguatkuasaan undang-undang

Masalah: •

Kekurangan kemudahan infrastruktur

Langkah: •

Usaha kerajaan

Negara Jepun Masalah: •

Kesesakan lalu lintas

Langkah: •

Membina lebuh raya bertingkat

Masalah: •

Pencemaran udara

Langkah:



Memindahkan pusat pentadbiran

Langkah Mengurangkan Kesan Pencemaran Sampah Sarap di Kg.Baru Hicom

Kerajaan telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi alam sekitar agar alam sekitar semakin terjaga. Dengan menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat lagi, masalah pembakaran terbuka yang berlaku boleh di tangangi oleh kita. Tong sampah kitar semula juga haruslah lebih banyak disediakan oleh Majlis Pembandaran dan juga tapak pelupusan sampah juga haruslah disediakan oleh kerajaan. Akhir sekali, untuk mengatasi masalah ini, kita sebagai penduduk haruslah bertanggungjawab terhadap diri sendiri dengan menjaga kawasan ini dengan baik.

Langkah Menambahkan Kemudahan Infrastruktur di kg.baru Hicom

Kerajaan telah mengadakan pelbagai usaha untuk menambahkan kemudahan infrastruktur di seluruh negara untuk mencapai matlamat negara maju mencapai tahun 2020. Dengan usaha kerajaan ini masalah kekurangan kemudahan infrastuktur di Kg.Baru Hicom dapat ditangani.

Langkah Mengurangkan Kesesakan Lalu Lintas di Negara Jepun

Untuk menurangkan kesesakan lalu lintas di negara Jepun, pihak kerajaan Jepun telah membina jalan raya dan lebuh raya bertingkat. Pihak kerajaan Jepun juga telah melebarkan jalan raya yang sempit dan pihak kerajaan Jepun menggalakkan penduduknya mengunakan perkhidmatan awam seperti bas, shinkasen dan banyak lagi.

Langkah Mengurangkan Pencemaran Udara di Negara Jepun

Pihak kerajaan Jepun ingin memindahkan pusat pentadbiran pada masa sekarang iaitu Tokyo ke tempat lain untuk mengurangkan pencemaran udara yang semakin berleluasa di sana disebabkan oleh pembangunan kilang industri dan asap yang dikeluarkan oleh kenderaan.

Setelah menghuraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kedua-dua kawasan, saya berpendapat kita sebagai anggota masyarakat seharusnya peka dengan isu-isu yang melibatkan alam sekitar. Kita juga harus memainkan peranan yang aktif dalam memastikan alam sekitar kita terjaga dan terpelihara. Selain itu, kita juga harus menyokong usaha-usaha kerajaan dalam kempen-kempen penjagaan alam sekitar dan sentiasa berganding bahu memastikan negara yang tercinta ini kekal sebagai warisan alam selama-lamanya.

RUMUSAN KAJIAN Sesungguhnya, kajian ini telah memberikan banyak kesan yang positif. Melalui kajian ini, saya telah lebih mengetahui tentang jenis dan pola petempatan di kawasan kajian serta di negara Jepun. Kajian ini juga memberi saya maklumat tentang faktor mempengaruhi petempatan di kawasan kajian serta di Negara Jepun. Selain itu saya juga dapat mengenalpasti fungsi petempatan di kawasan kajian dan juga di Negara Jepun. Akhir sekali saya turut mengetahui masalah petempatan di kawasan kajian serta di Negara Jepun dan juga dapat mengenalpasti langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan di kg.baru hicom serta di Negara Jepun.

Kajian ini juga telah menyedarkan saya bahawa kita seharusnya merasa bersyukur terhadap persekitaran kita. Jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan yang kurang bernasib baik, kawasan tempat tinggal saya serta negara kita adalah jauh lebih bertuah kerana mempunyai kegiatan ekonomi yang amat baik serta kemudahan yang sempurna serta penduduk yang harmoni. Oleh yang demikian kita seharusnya menghargai apa yang ada dan menyayangi negara kita sedalam-dalamnya. Persekitaran yang terpelihara mencerminkan penduduknya yang sentiasa menghargainya.

LAMPIRAN •

Surat kebenaran menjalankan kajian.



Surat pengenalan diri untuk menjalankan kajian.



Borang soal selidik.



Borang temubual



Panduan Penulisan Kerja Kursus Geografi



Rujukan-rujukan yang difotostat atau dicetak dari internet

RUJUKAN Rujukan dari Buku Teks •

Khaw Ah Seng, Habibah Hj Lateh, Tah Koh Lim, 2004. Buku Teks Geografi Ting. 3. Kuala Lumpur : PTS Publications And Distributors Sdn. Bhd.

Laman Web •

http://www.pdfcoke.com/doc/3104555/Folio-Geografi-PMR-2008-JaringanPengangkutan



http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=PMR&s=GEO&b=FEB&m=1&r =m&i=NOTA



http://kudeed.tblog.com/post/1969953506



http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/alam_pencemaran.asp



http://www1.moe.edu.sg/learn@/singaporerivertrail/sec/G041_Dunman_Sec/river _cleaning.htm

PENUTUP Kesimpulannya, saya telah peroleh banyak pengalaman sepanjang menjalankan kerja kursus ini. Sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sesiapa yang telah menolong saya untuk menyiapkannya. Tidak lupa juga untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan dorongan disamping idea-idea yang bernas pada masa saya ketandusan idea seperti wan ahmad shuib bin wan husin ,muhamad redwan edzwan bin muhamad kamal tidak lupa juga kepada mana-mana nama lagi yang mungkin terlibat. Terima kasih sekalung budi.

K A J I A N G E O G R A F I T E M PATA N PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009

Tajuk Kajian PETEMPATAN DI KAWASAN BANDAR BERCHAM, IPOH, PERAK DAN PERBANDINGANNYA DENGAN PETEMPATAN DI TOKYO, JEPUN

Nama Calon

: MUHAMAD SAIFUDIN BIN RAMLI

Tingkatan

: TINGKATAN 3 DAMAI

No. K/P

: 940914-10-6371

Guru Penilai

:EN.YAZIB BIN MADON

PETEMPATAN DI KG,BARUHICOM , SHAH ALAM,SELANGOR, MALAYSIA DAN PERBANDINGANNYA DENGAN PETEMPATAN DI TOKYO, JEPUN

SENARAI KANDUNGAN BIL. 01 02 03 04 05 06 07 08 09

ISI KANDUNGAN Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

HALAMAN

PENGHARGAAN Saya dapat melaksanakan kajian saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak.Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada pengetua sekolah, Tuan Haji Ibrahim Bin Othman yang telah memberikan kebenaran untuk saya menjalankan kajian ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada guru geografi saya En. Hasrul bin Jakir kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan Kajian Geografi Tempatan. Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberikan dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua rakan-rakan saya yang telah memberikan tunjuk ajar,cadangan dan bantuan kepada saya yang telah dikongsikan bersama.Selain itu, saya juga ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada pihak responden yang telah sedikit sebanyak memberi maklumat di kawasan kajian saya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini.

Related Documents

Akhir Nya
May 2020 15
16806366-akhir-nya
May 2020 3
Kanji Nya Kanji
April 2020 24
1.thone Nya Mile.pdf
June 2020 15
De Nya Stormakterna
December 2019 7