Pagi ini Cikgu Sabri masuk ke kelas dengan muka bengisnya.Memang muka bengis pun.Sememangnya Cikgu Sabri tidak di minati ramai pelajar kerana sikapnya yang selfish. Suasana kelas 1 Delima yang pada mulanya riuh seperti pasar malam, sunyi sepi apabila melihat sesusuk tubuh tegap serta perut perut buncit seperti wanita mengadung dua bulan di hadapan pintu. Cikgu Sabri lalu di meja barisan hadapan sambil melihat satu-persatu muka anak muridnya. Tiba-tiba perasaan takut mula menyelinap di hati pelajar kelas 1 Delima.Memang pantang Cikgu Sabri apabila mengatahui anak muridnya membuat silap walaupun kesalahan kecil.