TRAGEDI PEMBUNUHAN PEMIMPIN HAMAS AS-SYAHID SYEIKH AHMAN YASIN PADA 22 MAC 2004, 5.15am
Rintihan Syeikh Ahmad Yassin Pemimpin HAMAS Palestin
“Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini).
Rintihan Syeikh Ahmad Yassin Pemimpin HAMAS Palestin
“Aku tidak mampu untuk ke manamana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan (kerusi roda) ku. Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku, yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.”
Syeikh Ahmad Yassin… semasa hayatnya …uzur… tapi masih terus berjuang
SYEIKH AHMED YASSIN SYAHEED DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL Semasa kejadian, Syeikh Ahmed Yassin, ketua dan pengasas Hamas berada di masjid Akademi Islam yang dibinanya di Gaza selepas solat Subuh semalam (22 Mac 2004) tiba-tiba Israel menyerangnya dengan 3 peluru berpandu, Serpihan badan dan darah berhamburan di segenap penjuru kawasan.
SYEIKH AHMED YASSIN SYAHEED DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL
…salah satunya jatuh tepat ke atas beliau (As-Syaheed) sehingga beliau menemui syahadah bersama ramai lagi yang lain termasuk dua orang pembantu beliau yang menolak kerusi rodanya.
SYEIKH AHMED YASSIN SYAHEED DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL Di tengah jalan antara rumah Syeikh Yassin dan masjid Akademi Islam kira-kira beberapa ratus meter jaraknya, darah kelihatan di merata tempat dan cebisancebisan daging manusia melitupi dinding sebuah rumah dua tingkat di timur jalan.
SYEIKH AHMED YASSIN SYAHEED DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL
Pihak ambulan dan penduduk tempatan sama-sama tolong mengutip dan mengumpulkan cebisan anggota tubuh manusia di jalanan dan bumbung beberapa buah rumah berhampiran.
SYEIKH AHMED YASSIN SYAHEED DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL Saksi yang tinggal berhampirtan masjid itu memberitahu : "Aku tercari-cari di mana Syeikh Yassin selepas peluru berpandu pertama jatuh.... (saya nampak) dia (Syeikh Yassin) terduduk di atas tanah dan kerusinya hancur....orang ramai tergesa-gesa ke kanan dan ke kiri. Kemudian, selepas itu jatuh 2 peluru berpandu yang lain."
SYEIKH AHMED YASSIN SYAHEED DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL Saksi yang lain berkata : "Tatkala peluru berpandu pertama dilepaskan ke arah Syeikh Yassin, saya melihat beliau bersama 2 pengapitnya (pembantu), apabila peluru kedua jatuh, saya lihat Syeikh Yassin bertukar menjadi cebisan-cebisan daging yang berterbangan di udara."
SYEIKH AHMED YASSIN SYAHEED DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL "Saya lihat 3 helikopter berlegar-legar di udara selepas ketiga-tiga peluru berpandu itu, saya bersama orang ramai segera untuk menolong Syeikh dan mangsa yang cedera, akan tetapi ia telah bertukar menjadi cebisan-cebisan daging. Saya nampak mukanya, peluru berpandu mengena kepala beliau menyebabkan otaknya terhambur keluar ke atas tanah...saya menangis.... "
SYEIKH AHMED YASSIN SYAHEED DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL
Salah seorang pekerja hospital As-Syifaa yang memindahkan mayat As-Syaheed berkata : "Tidak tinggal satu pun dari jasadnya kecuali kepalanya."
SYEIKH AHMED YASSIN SYAHEED DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL Berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin (kebanyakan mereka dalam keadaan menangis) keluar ke jalan-jalan raya bandar Gaza. Berdas-das tembakan dilepaskan ke udara.
SYEIKH AHMED YASSIN SYAHEED DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL Salah seorang jemaah sembahyang berkata, Syeikh Yassin sememangnya mendambakan mati syahid (syahadah), dan beliau benar-benar telah mencapainya. "Beliau pernah berkata kepada saya - Saya tidak takut mati syahid, bahkan saya sukakan mati syahid, ketika mereka inginkan daku, mereka boleh mendapatkanku di kerusi rodaku, saya tidak bersembunyi."
SYEIKH AHMED YASSIN SYAHEED DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL Syed QutbPESANAN TERAKHIR
Saudara, Seandainya kautangisi kematianku dan kausirami pusaraku dengan air matamu maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh nyalakanlah obor buat umat ini teruskanlah perjalanan ke gerbang jaya. Kematianku adalah suatu perjalanan mendapatkan kekasih yang sedang merinduiku Bahagialah hidupku di alam syurga biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya janganlah gentar berkelana di alam abadi nun di sana fajar sedang memancar. (Ditulis beberapa ketika sebelum menemui syahid pada tahun 1966.)
•
•
Disediakan oleh: Mohd Fariiqul Amin b. Mohd Rosli Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
;