Agricultural By Product

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Agricultural By Product as PDF for free.

More details

  • Words: 1,437
  • Pages: 11
EXECUTIVE DIPLOMA IN PLANTATION MANAGEMENT UNIVERSITI UTARA MALAYSIA MODULE :AGRICULTURAL BY PRODUCT UTILISATION Topik : Pengeluaran sisa sampingan dalam ladang • Kelapa Sawit Kelapa sawit adalah salah satu industri pertanian penting dalam menjana ekonomi negara. Perkembangan dalam industri ini semakin pesat dan memberangsangkan seiring dengan permintaan yang semakin tinggi dari negara luar. Sehubungan itu, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan membuka banyak tanah rancangan dan menggalakkan lebih banyak pekebun kecil dan pengusaha ladang sawit bagi meningkatkan bilangan pokok sawit. Hakikatnya, ramai yang tidak sedar pokok sawit mempunyai 1001 kegunaan dari segi buah, batang, umbut serta pelepahnya. buangan kelapa sawit bukan pada minyaknya saja, malah ia boleh dijadikan serbuk pengisi tilam, tilam kerusi dan juga bantal. Tandan-tandan sawit yang diasingkan daripada buahnya sering digunakan sebagai baja organik kerana tandan ini mampu mengekalkan kelembapan tanah di sekelilingnya.

Batang sawit pula berfungsi sebagai pemakanan tumbuhan yang dikembalikan kepada tanah secara langsung apabila batang-batang ditebang dibiarkan reput. Hal ini kerana, batang sawit mengandungi sejumlah besar kandungan nutrigen dan kalium. Pelepah sawit juga mempunyai fungsi yang sama iaitu sebagai pemakanan untuk meningkatkan kesuburan tanah di samping menyimpan air serta membantu mengurangkan hakisan tanah.

Dalam pada itu, umbut kelapa sawit boleh disajikan sebagai sayuran atau kerabu makanan tradisional masyarakat Melayu. Lidi dari pelepah kelapa sawit juga boleh dijadikan penyapu untuk kegunaan sendiri ataupun dijual. Selain menjimatkan perbelanjaan, ini juga akan meningkatkan taraf sosio ekonomi pekerja ladang. Konklusinya, jelas pokok sawit mempunyai pelbagai kegunaan kepada manusia, mahupun tanah dan alam sekitar.

• GETAH

Pada masa dahulu kebanyakan batang kayu getah tidak mempunyai nilai komersil. Setiap kali proses penebangan dilakukan, batang kayu getah akan dibakar. Ini adalah untuk menjimatkan kos pelupusan. Selain itu juga pembakaran batang kayu getah dapat menghindarkan daripada masalah penyakit yang sering menyerang pokok getah. Namun kini batang pokok getah mempunyai nilai komersil yang cukup baik. Oleh itu setiap kali penebangan dilakukan, batang kayu tidak akan dimusnahkan, tetapi akan dijadikan produk hasil sampingan yang baik dan bermutu. Antara kegunaan pokok getah ialah: A. Perabot B. Papan lapis C. Kayu api

A. Perabot

Batang pokok getah mengandungi empulur atau medulla yang dilingkungi oleh tisu keras kayu atau xylem. Berdekatan dengan xylem terdapat lingkaran-lingkaran yang dipanggil lapisan gubal atau cambium manakala bahagian luar xylem ialah kulit. Kulit pokok getah terbahagi kepada tiga lapisan besar iaitu gabus, kulit keras dan kulit lembut (flom). Batang pokok getah yang baik hendaklah licin, bulat, tegak dan lurus. Dahan pokok getah kecil dan teratur pada batangnya supaya poko berada dalam keadaan seimbang. Batang poko getah telah dikenalpasti mampu menghasilkan kayu yang bermutu. Ini disebabkan kayu yang diproses daripada pokok getah mempunyai warna cerah dan cantik, kukuh serta mudah diproses. Potensi pokok getah sebagai sumber kayu telah mendapat perhatian pihak kerajaan. Malaysia mempunyai 1.40 juta hektar tanah yang ditanam dengan pokok getah. Pelbagai kaedah saintifik dan rawatan kimia untuk proses merawat kayu getah agar lebih tahan lama untuk dijadikan kayu perabot. Ini kerana kayu getah sama dengan kayu-kayu yang lain kerana ia mudah dijangkiti kulat dan serangan serangga. Oleh itu proses pengawetan kayu getah dilakukan sebaik sahaja kayu digergaji. Selepas melalui proses pengawetan, kayu-kayu tersebut perlu melalui proses pengeringan untuk mempertingkatkan ketahanan kayu dari mengalami proses pereputan. Pelbagai jenis perabot boleh dihasilkan daripada kayu getah yang juga amat cantik dan menarik. Antara perabot yang dihasilkan setakat ini ialah kerusi, meja, almari, katil dan rak buku. Peralatan dapur pula seperti alas pemotong, cabinet dapur, set meja makan dan sebagainya.

B. Papan Lapis

Kepingan papan lapis yang digunakan bagi tujuan pembinaan rumah, perabot dan sebaginya adalah di hasilkan menggunakan dahan kayu getah. Proses pembuatan itu menggunakan dahan dan ranting kayu getah untuk memastikan tiadas pembaziran berlaku kerana bahagian berkenaan digunakan sepenuhnya. Dahan kayu getah yang dipotong akan dirincis oleh mesin sehinnga kepingan kecil dan nipis.

Kepingan nipis yang telah dipotong inin akan disapu dengan resin atau pelekat untuk mengikat satu sama lain. Kepingan nipis yang sudah melekat dimasukkan didalam mesin untuk proses pemampatan supaya dapat dibentuk panel yang kuat dan padat. Setiap panel mempunyai tiga lapisan yang diikat silang agar lebih kuat dan akhirnya dilamina untuk mencantikkannya sebelum boleh digunakan.

C. Kayu Api Sejak dahulu lagi kebanyakan masyarakat yang tinggal di kawasan kampong menggunakan kayu getah sebagai bahan pembakar. Kayu api bukan sahaja boleh didapati tetapi mudah untuk dibakar. Kebanyakan para penoreh akan mencari ranting-ranting kayu yang telah gugur sebabagi kayu apiu. Ranting yang panjang akan dikerat-kerat untuk memudahkan diangkut ke rumah. Sekiranya terdapat batang yang besar, batang tersebut akan dibelah menggunakan kapak. Kemudian kayu yang dibelah sedia untuk digunakan.

Hasil-hasil daun getah. Daun getah adalah satu bahagian pokok getah yang juga menghasilkan pelbagai

barangan yang bermutu dan berguna kepada kita. Lazimnya kegunaan ini hanya diketahui oleh mereka yang tinggal di kawasan ladang dan mempunyai kreativiti yang tinggi sahaja. Antara barangan yang dihasilkan daripada daun getah ialah. ✔ Membungkus makanan ✔ Gubahan bunga ✔ Menghilangkan bau

• PADI Barangan yang berasaskan padi JERAMI A. Baja Jerami ialah batang padi yang hasilnya telah dituai, Jerami dipulangkan semula ke tanah sawah untuk dibakar atau dibajak. Membakar jerami sebelum memulakan tanaman musim seberikutnya adalah cara yang biasa diamalkan di Malaysia. Cara ini memudahkan penyediaan tanah di samping memusnahkan bijibiji benih rumpai, penyakit dan serangga perosak. Ini disebabkan jerami dapat membekalkan zat makanan terutama sekali makro-nutrien walaupun kandungannya berubah-ubah. B. Makanan haiwan Jerami juga boleh dijadikan makanan haiwan, walaupun jerami mempunyai khasiat yang lebih rendah daripada tanaman bijian lain. Oleh sebab itu, kita dapat melihat lembu dan kerbau dibiarkan di sawah selepas padi dituai untuk memakan jerami. Selain itu jerami juga boleh digunakan untuk tempat haiwan tidur. Jerami bukan hanya digunakan untuk makanan binatang tetapi juga kegunaan lain seperti kertas, bahan binaan, papan lembut dan barang perhiasan. C. Penyapu. Kebanyakan penyapu yang digunakan di rumah adalah diperbuat daripada lidi kelapa. Namun begitu terdapat penyapu yang diperbuat daripada lidi kelapa. Namun begitu terdapat penyapu yang diperbuat daripada jerami padi. Penyapu jerami lebih digemari kerana mempunyai bentuk yang lebih menarik. Mudah dipegang rapat. Oleh itu sampah yang kecil juga boleh disapu. Padi yang dibanting akan meninggalkan tangkai yang banyak. Batang padi inilah yang dicantum untuk dijadikan penyapu. Semakin banyak tangkai padi, semakin baiklah hasil penyapu tersebut. Oleh sebab itu kebanyakan pesawah yang menghasilkan padi untuk dijual. Ini member pendapatan sampingan kerana penyapu jerami adalah popular dan mempunyai harga yang baik di pasaran. Padi

Penyapu dari jerami padi

Pellet untuk makanan lembu atau kambing

• KELAPA

1. Pengeluar utama • Johor • Pantai Timur Sabah • Pantai barat Selangor • Bagan Datoh Perak • Seberang Perai, Pulau Pinang 2. 90% kelapa ditanam secara kebun kecil. 3. Hidup subur di kawasan pantai berpasir, bersaliran baik dan ada pengaruh bayu laut dan darat. 4. Isi kelapa dikeringkan dipanggil KOPRA digunakan untuk membuat minyak sabun dan marjerin. 5. Dieksport ke Singapura, Kanada dan United Kingdoms. 6. Antara kegunaan pokok kelapa ialah :1. Minyak – minyak masak, 2. Minyak – majerin, 3. Minyak – aiskrim, 4. Minyak – krimer, 5. Minyak – bahan pengganti serbuk santan kelapa, 6. Minyak – bahan aditif makanan dan 7. Minyak – Bahan pengganti lemak koko dalam pembuatan coklat dan konfeksi. 8. Bahan tokotrieonol yang ada dalam minyak sawit juga mampu mencegah barah payudara. 9. Hampas – serbuk pengisi tilam, 10. hampas – tilam kerusi 11. Hampas – bantal. 12. Tandan- baja organik 13.Tandan- bahan api untuk penghasilan tenaga di kilang konvensional. 14. Batang yang reput dijadikan pemakanan tumbuhan 15. Pelepah – sebagai pemakanan untuk meningkatkan kesuburan tanah 16.Pelepah kelapa boleh menyimpan air serta membantu mengurangkan hakisan tanah. 17.Umbut kelapa boleh dijadikan sayuran atau kerabu 18. Lidi dari pelepah kelapa boleh dijadikan penyapu

• KOKO

1. Pengeluar ke-4 di dunia (9% pengeluaran dunia). 2. Sabah pengeluar utama (30%), Semenanjung Malaysia 32% dan Sarawak 8%. 3. Men jadi tanaman jualan utama di Sabah. 4. Banyak dieksport ke Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat dan China – dieksport melalui Pasir Gudang. 5. Taburan kawasan : a. perlukan kawasan kaki bukit atau bertanih pasir yang bersaliran baik dan mengandungi kalium. b. Bagan Datoh, Jerangau dan Muar di Semenanjung Malaysia. c. Sekitar Tawau, Sibu dan Sempurna di Sabah. d. Kawasan Semarahan di Sarawak.

Faktor yang mempengaruhi penanaman a. Hujan melebihi 2030mm / suhu tinggi lebih 23oC. b. Terlindung daripada pancaran matahari yang terik oleh pokok-pokok ditanam secara tanaman selingan pokok-pokok kelapa. c. Tanah jenis laterit dan gambut yang bersaliran baik dan mengandungi unsur kalium. d. Ditanam secara ladang dan kebun kecil. e. Mengeluarkan hasil selepas 18 bulan.



Sabut lengai kosong boleh dijadikan sebagai sumber sungkupan dan nutrien. Makanan haiwan juga dapat dijadikan daripada sabut buah koko kerana ia mengandungi serat yang tinggi seperti, protein rendah, bahan makanan ternakan dan tenaga sederhana Theobromine adalah alkaloid toksid yang sedia ada tapi dalam kuantiti yang rendah.

Related Documents

By Product
June 2020 6
Product
November 2019 48
Product
July 2020 32