Berapa kali Malaikat Maut ziarah kita? Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari." ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa. Maka berkata Izrail: " Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa" Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut. 1 hari=24 jam=1440 minit 1440 minit/70 kali malaikat menjenguk kita =20.571 minit INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT WALLAHUALLAM. ..
Keberkatan Sahur Jangan Tinggalkan BERDASARKAN beberapa hadis Rasulullah s.a.w., hukum makan sahur adalah sunat. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Anas r.a., Baginda bersabda: Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam sahur itu ada berkat. Dalam riwayat Abdullah bin al-Haris, salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w. telah menceritakan ketika beliau masuk ke rumah Nabi, Baginda sedang bersahur lalu bersabda: Sesungguhnya (sahur itu) mempunyai berkat yang diberikan Allah kepada kamu sekalian, maka janganlah kamu meninggalkannya. ``Sahur ialah makan selepas waktu dinihari iaitu antara pukul 3.00 pagi sehingga sebelum terbit fajar bagi orang-orang yang hendak berpuasa pada bulan Ramadan atau pada bulan-bulan yang lain. ``Bagaimanapun, waktu yang sesuai ialah selepas waktu dinihari iaitu antara pukul 3.00 pagi sehingga sebelum masuk waktu imsak, iaitu 10 minit sebelum waktu Subuh,'' jelas Mufti Johor, Datuk Mohd. Nooh Gadot. Tambah beliau, imsak bererti menahan diri daripada makan dan minum, bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari. Waktu imsak adalah kira-kira 10 minit terakhir sebelum masuk waktu Subuh, iaitu bersamaan dengan bacaan 50 ayat al-Quran. Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa sahabat yang bernama Zaid bin Tsabit berkata: ``Kami telah bersahur bersama Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian kami mendirikan sembahyang, lalu Anas r.a. bertanya: ``Berapakah jarak waktu antara kedua-duanya? '' Zaid menjawab: ``Kadar membaca lima puluh ayat.'' ``Namun, seseorang yang makan dalam waktu imsak perlu berhati-hati dan tidak melebihi waktu terbit fajar kerana ia bertujuan sebagai peringatan kepada orang yang bersahur,'' katanya. Beliau menjelaskan, tidak ada syarat-syarat tertentu untuk bersahur, seperti tidur dahulu dan kemudian bangun untuk bersahur. Begitu juga bersahur sekadar meminum air dan buah kurma. Memadailah jika mendapat berkat daripada amalan bersahur.
Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda: Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah s.w.t. berselawat ke atas orang-orang yang bersahur. (Hadis riwayat Imam Ahmad) Sekiranya terdapat buah kurma, ia adalah makanan sahur bagi orang-orang yang beriman sebagai mana riwayat daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman ialah buah tamar (kurma). (Hadis riwayat Abu daud) Dalam riwayat yang lain pula, daripada As-Saib bin Yazid, sabda Rasulullah s.a.w.: Sebaik-baik makanan sahur ialah buah tamar (kurma). Baginda bersabda lagi yang bermaksud: Allah merahmati orang-orang yang bersahur. ``Bagaimanapun, sebagai bekalan tenaga sepanjang hari, disarankan bersahur dengan makanan yang berkhasiat dan berzat supaya dapat menahan diri daripada kelaparan dan mendapat kekuatan,'' jelas beliau lagi. Hadis riwayat al-Hakim, Rasulullah s.a.w. bersabda: Memohonlah kamu (kepada Allah kekuatan) melalui makan sahur supaya memperoleh kekuatan berpuasa pada siang hari. Bangun dan berdoa pada waktu sahur sebenarnya mempunyai barakah yang besar dan merupakan ciri-ciri orang yang bertaqwa. Firman Allah s.w.t. dalam surah az-Zariyat, ayat 18, maksudnya: Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar), mereka selalu beristighfar kepada Allah memohon ampun. ``Bangun awal pagi untuk bersahur juga memberi peluang untuk melakukan amal ibadat seperti berwuduk, berzikir, membaca al-Quran dan menunaikan sunat tahajud dan sunat witir bagi yang belum melakukannya, '' ujarnya mengenai hikmah bersahur. Surah Ali Imran, ayat 17 pula, Allah menjelaskan waktu yang sesuai untuk memohon keampunan daripada Allah s.w.t. Firman-Nya: Dan juga orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiaas taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah) dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. Sahur juga merupakan salah satu daripada akhlak Rasulullah s.a.w., sebagaimana yang terkandung dalam terjemahan hadis berikut: `'Tiga perkara yang termasuk antara akhlak para rasul ialah bersegera berbuka puasa,
melambatkan sahur dan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri ketika dalam sembahyang. Perbezaan antara puasa orang Islam dengan ahli kitab terkandung dalam hadis riwayat Muslim, sabda Baginda: Perbezaan antara puasa kita (umat Islam) dengan puasa ahlul kitab ialah makan sahur. Menurut Ibn Hajar al-'Asqalani, pengarang kitab Fath al-Bari dan Imam an-Nawawi di dalam kitab Sahih Muslim, bahawa sahur yang memberi keberkatan ialah memperoleh balasan dan ganjaran pahala daripada Allah s.w.t. dan mengikut sunah Nabi Muhammad s.a.w. ``Sahur juga menghalang perbuatan-perbuatan tidak sopan yang dipengaruhi oleh kesan lapar pada siang hari, selain memberi kekuatan untuk beribadat bagi menghadapi rasa lapar dan dahaga pada siang hari,'' ujar beliau tentang kelebihan-kelebihan bersahur.
Ramadhan mengembalikan Fitrah Manusia “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu agar kamu bertakwa” ( Al-Baqarah 2:183 ) Disekeliling kita terdapat bermacam benda yang boleh dijadikan contoh kepada kualiti hidup manusia, komputer contohnya ketika mula-mula dibeli ianya dalam keadaan baik dan lancar tanpa ada gangguan dalam mengendalikannya atau ketika surf internet dan bermain games. Tetapi oleh kerana tuannya tidak pandai untuk menjaga komputer tersebut dalam masa setahun atau lebih pasti komputer tersebut selalu hang dan dimasuki virus trojan dan brontok yang susah untuk dibuang. Tidak dapat tidak komputer tersebut perlu diformat semula supaya kelajuan akan menjadi seperti asal dan demi menjaga hardware dari terus rosak begitu saja. Sebagaimana komputer, manusia juga lahir dalam keadaan bersih dan suci yang dlaam bahasa agama disebut sebagai ‘fitrah’ seperti firman Allah dalam Surah Ar-Rum : “ Hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah, tetaplah atas fitrah Allah yang menciptakan manusia dengan fitrah itu, tidak ada perubahan ke atas fitrah tersebut. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahunya” (30):30. Dalam perjalan hidup manusia dari Ramadhan tahun lepas sampai ke hari ini pastilah terdapat kesan-kesan hitam yang akan membuatkan hatinya tertutup dari menerima kebenaran kesan dari luka yang bernanah yang susah untuk sembuh juga turut menular ke masyarakat seluruhnya. Jika komputer kita merawat dengan memformat semula window dan memasukkanfresh program ke dalamnya tetapi manusia Allah S.W.T telah menyediakan bulan Ramadhan sebagai bengkel untuk merawat penyakit-penyakit hati manusia supaya menjadi bersih dan suci seperti fitrah yang asal. Apa yang diharapkan selepas di masukkan ke bengkel Ramadhan manusia tersebut akan keluar dengan semangat baru dan menjadi seorang yang Muttaqin iaitu seorang yang takutkan kepada kebesaran Allah S.W.T.
Di dalam bengkel tersebut manusia akan digandakan kekuatan dengan memberikan kuasa turbo kepada rohani iaitu pahala yang dibuat akan digandakan dengan sebanyak-banyak yang tiada dalam bulan lain. Begitu juga jasmani akan dikuatkan dengan solat terawih dan tahajjud yang akan memberikan kekuatan yang lebih pada tubuh badan. Berpuasa di siang hari juga boleh menyembuhkan penyakit-penyakit tubuh badan, sabda Nabi yang maksudnya ; perut adalah sumber timbulnya penyakit dan mengosongkannya adalah ubatnya. Sehinggakan doktor pun mengakui ketika ingin membedah pesakit dia akan meminta pesakit tersebut supaya berpuasa. Inilah buktinya yang tidak dapat akal manusia menangkapinya. JIka proses-proses ini dilalui dengan baik pasti sifat fitrah manusia akan terlihat selepas berakhirnya sebulan bengkel Ramadhan ini. Hal ini bergantung kepada manusia itu sendiri ketika berada dalam bengkel tersebut, adakah dia melalui dengan berkualiti atau sekadar menganggap remeh bengkel ini.