Adakah Untung Dalam Unit Trust

  • Uploaded by: mazlie mazlan
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Adakah Untung Dalam Unit Trust as PDF for free.

More details

  • Words: 732
  • Pages: 2
Adakah Untung Dalam Unit Trust? Oleh : Azha Syazri, AFPM Apa itu pelaburan Unit-Trust sebenarnya? PENGENALAN KEPADA PELABURAN UNIT TRUST Satu skim pelaburan yang dikelolakan oleh Syarikat Mutual Fund / Saham Amanah Mempunyai 2 harga (Harga Jualan & Harga Belian) yang berubah-ubah mengikut prestasi semasa Harga Belian = Harga yang syarikat beli dari anda Harga Jualan = Harga yang syarikat jual kepada anda (sudah termasuk service caj biasanya) Service-Charge biasanya 5% - 7% dan 1.5% - 2% setahun Yuran Pengurusan Contoh: Dana Amanah Pacific Mutual & MAA Mutual di Utusan Malaysia / New Straits Times etc. Harga akan turun apabila agihan bonus unit/dividen tahunan diumumkan Contoh : Nilai Asset = RM 100,000 = RM 1 seunit Jumlah Unit Saham 100,000 unit Jika agihan bonus unit = 20 unit setiap 100 unit, maka jumlah unit saham akan menjadi 120,000 unit, maka harga 1 unit saham akan jatuh kepada Nilai Asset = RM 100,000 = RM 0.83 seunit Jumlah Unit Saham 120,000 unit KESILAPAN YANG SERING BERLAKU DI DALAM PELABURAN UNIT TRUST Ramai di antara kita mengukur prestasi pelaburan berdasarkan agihan bonus unit/dividen tahunan sahaja, tanpa menghiraukan harga seunit saham amanah tersebut. Kebanyakan keputusan pelaburan dibuat atas dasar khabar angin atau pujukan ejen unit-trust tersebut. Inilah yang banyak berlaku selama ini, sehingga membuatkan ramai orang mula hilang percaya kepada pelaburan unit trust. Ada juga yang menyindir " I invested my money in a unit trust that cannot be trusted at all!" Jika anda lihat trend sekarang pun, ramai orang tidak mahu melabur wang mereka kerana menyangka prestasi pelaburan Unit Trust menurun sejak akhir-akhir ini akibat pengisytiharan agihan bonus unit/ dividen tahunan yang rendah untuk 2-3 tahun lepas. Contoh Illustrasi Pada Disember 2003, ada khabar angin menyatakan Dana XXX akan mengumumkan agihan bonus unit tahunan sebanyak 15 unit bagi setiap pegangan 100 unit. Dengan menyangka pulangan pelaburan sebanyak 15% setahun, maka anda membuat keputusan untuk melabur sekarang, supaya anda dapat menikmati agihan 15 unit tersebut dalam masa yang singkat. Apa yang berlaku sebenarnya? Harga unit Dana XXX pada 30 Disember 2003 = RM 0.58 seunit (mengikut harga jualan sekarang) Jumlah Pelaburan yang dibayar = RM 100,000 Jumlah pegangan unit = RM 100,000 / RM 0.58 seunit = 172,414 unit Agihan Bonus Unit Tahunan pada 5 April 2004 = 15 unit bagi setiap 100 unit Harga baru unit Dana XXX pada 5 April 2004 = RM 0.50 seunit Jumlah pegangan unit baru = 198,274 unit Nilai Pelaburan sekarang = 198,274 unit x RM 0.50 seunit = RM 99,137 Anda sebenarnya sudah kerugian RM 863 jika anda menjual semula pelaburan anda pada 8

April 2004 kerana harga saham sudah pun jatuh akibat pelarasan agihan bonus unit tahunan tadi. Untuk mendapat untung, maka anda terpaksa menunggu apabila harga saham tersebut naik semula kepada paras RM 0.55 ke atas. BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT UNTUNG? Sebagai pelabur yang bijak dan bertanggungjawab, anda perlu memahami bagaimana pelaburan Unit-Trust beroperasi dan apa strategi yang patut digunakan untuk mendapatkan keuntungan yang maksima. Strategi utama di dalam pelaburan sekali-gus adalah – BELI SEMASA HARGA MURAH DAN JUAL SEMASA HARGA MAHAL. Walaupun dari tahun ke tahun, sesebuah dana pelaburan itu akan mengumumkan agihan bonus unit atau dividen tahunan, strategi di atas patut digunakan dalam membuat keputusan mengenai pelaburan anda. BELI SEMASA HARGA MURAH Contoh Illustrasi Melabur RM 100,000 pada bulan 30 Mac 2003 ke dalam Dana KLSI Pacific Mutual dengan matlamat mencari keuntungan dalam masa singkat. Dana Islamik KLSI Pacific Mutual Fund (Kuala Lumpur Syariah Index Fund) Jumlah duit yang dilaburkan = RM 100,000 Tarikh Dana dilancarkan = 25 Mac 2003 Profail Dana = Agresif - 95% di dalam Ekuiti Lulusan Syariah, 5% dalam bon Islam Harga jualan pada 30 Mac 2003 = RM 0.50 seunit Service Charge & Annual Fee = 5% service charge & 1% annual fee (antara yuran termurah) Jumlah pegangan unit yang diterima = 200,000 unit JUAL SEMASA HARGA MAHAL Harga unit saham pada 27 Feb 2004 = RM 0.6015 /unit Nilai Pelaburan sekarang = RM 120,300 Jumlah Keuntungan (Profit) = RM 20,300 Peratusan keuntungan (%) = 20.3 % Berbanding pelaburan ASB yang memberi pulangan sebanyak 9.25% pada 2003, walaupun tempoh pelaburan belum genap setahun, pulangan Unit Trust Dana KLSI ternyata lebih banyak (20.3%), jika ia dibuat dengan cara yang betul. Nota : Harga unit saham Dana KLSI yang dinyatakan di atas adalah dari harga sebenar unit saham di pasaran. Artikel ini adalah pendapat peribadi sahaja dan tidak menggambarkan pendirian mana-mana syarikat.

Related Documents


More Documents from ""