Adab Menegur Kemungkaran Pemerintah Edited by: Brother Nawawi Sikap Terhadap Pemerintah
ﻲ ٍء َﻓ ُﺮدﱡو ُﻩ ْ ﺷ َ ﻋ ُﺘ ْﻢ ﻓِﻲ ْ ن َﺗﻨَﺎ َز ْ ل وَأُوﻟِﻲ اﻷ ْﻣ ِﺮ ِﻣ ْﻨ ُﻜ ْﻢ َﻓِﺈ َ ﻦ ﺁﻣَﻨُﻮا َأﻃِﻴﻌُﻮا اﻟﻠﱠﻪَ َوَأﻃِﻴﻌُﻮا اﻟ ﱠﺮﺳُﻮ َ ﻳَﺎ أَ ﱡﻳﻬَﺎ اﱠﻟﺬِﻳ ( ) ﻦ َﺗ ْﺄوِﻳﻼ ُﺴ َﺣ ْ ﻚ ﺧَ ْﻴ ٌﺮ َوَأ َ ﺧ ِﺮ َذِﻟ ِ ن ُآ ْﻨ ُﺘ ْﻢ ُﺗ ْﺆﻣِﻨُﻮنَ ﺑِﺎﻟﱠﻠ ِﻪ وَا ْﻟ َﻴ ْﻮ ِم اﻵ ْ ل ِإ ِ ﺳﻮ ُ ِإﻟَﻰ اﻟﱠﻠ ِﻪ وَاﻟﺮﱠ Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantahbantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (an-Nisa’: 59) “Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar r.aanhuma, daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda: Dengar dan taat )kepada pemerintah) adalah kewajiban setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintah melakukan maksiat, maka tidak perlu lagi dengar dan taat (akan perintah maksiat itu).” (Riwayat Bukhari, jil.: 6, no.: 2612 dan Muslim, jil.: 3, no.: 1469) “Daripada ‘Abdullah Bin Mas’ud katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada pemerintah). Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah? Sabda Baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada Allah hak kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari, jil: 6, no.: 2588 dan Muslim, jil:3, no.: 1472) Al-Imam an-Nawawi r.h. (w.: 676 H) berkata: “Berhubung dengan keluar menentang pemerintah dan memerangi mereka, ia diharamkan menurut ijmak dan memerangi mereka, ia diharamkan menurut ijmak kaum Muslimin walaupun mereka fasiq lagi zalim. Hadith-hadith yang telah aku sebutkan amat jelas. Ahli sunnah sepakat bahawa pemerintah tidak boleh digulingkan disebabkan fasiq (melakukan maksiat).” (an-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, jil.: 12, m.s.: 540) Menasihati Pemimpin Adalah Tanggungjawab Umat Daripada abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah meredhai kamu dalam tiga perkara dan memurkai kamu dalam tiga perkara. Dia meredhai kamu jika kamu beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya sedikit pun, berpegang teguh pada tali Allah dan menasihati orang yang Allah jadikan sebagai
pemerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu jika banyak bercakap (perkara yang tiada faedah) membazirkan harta dan bayak bertanya (yang bukan-bukan).” (Hadis Riwayat Malik, jil.: 2, no.: 169) Adab menasihati Pemimpin “Sesiapa yang ingin menasihati orang yang berkuasa, janganlah melakukannya secara terang-terangan. Sebaliknya dia hendaklah memegang tangannya (penguasa itu) dan bersendirian dengannya (menasihati tanpa mendedahkan aibnya secara terbuka). Jika diterima, maka dia berjaya. Jika tidak, dia (penasihat itu) dianggap telah menunaikan kewajibannya.” (Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah. Sanadnya sahih, Hal ini dinyatakan oleh al-Albani ketika mentahqiq kitab al-sunnah, m.s.: 507) Menasihati Dengan Berterusan Al-‘Azhim al-Abadi r.h. berkata: “Para ulama berpendapat, kewajiban amar ma’aruf nahi mungkar tidak gugur hanya disebabkan ia tidak memberikan sebarang kesan. Bahkan dia wajib melakukannya kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.” (al-‘Azhim al-Abadi, ‘Aun al-Ma’bud, jil: 11, m.s.: 330) Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: “Jihad yang paling afdhal ialah perkataan yang adil – dalam riwayat yang lain: Yang benar – terhadap pemerintah yang zalim ayat ketua yang zalim. (Riwayat an-Nasai’e, jil.: 7, m.s.: 161, Abu Daud, jil.: 4, m.s.: 124, al-Tirmidzi, jil.: 4, m.s.: 471 dan ibn Majah, jil.: 2, m.s.: 1329. Juga disahihkan oleh al-Albani) Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz r.h. berkata: “Mengheboh dan memburukkan pemerintah di atas mimbar tidak termasuk dalam Manhaj al-Salaf. Hal ini kerana ia boleh membawa kepada porak peranda dan hilang ketaatan dalam perkara ma’aruf. Ia membawa kekecohan yang memberi mudharat, bukan manfaat. Sebaliknya jalan yang diikuti oleh golongan salaf ialah nasihat antara mereka dengan pemerintah (secara semuka), menulis surat (untuk menegur) mereka atau melalui ulama yang menjalinkan hubungan baik dengan mereka.” Dr. Soleh bin Fauzan berkata: “Orang yang paling layak menasihati para pemerintah ialah ulama, cerdik pandai, dan ahli majlis syura pemerintahan.” Firman Allah s.w.t.:
ل َوِإﻟَﻰ أُوﻟِﻲ اﻷ ْﻣ ِﺮ ِﻣ ْﻨ ُﻬ ْﻢ ِ ف َأذَاﻋُﻮا ِﺑ ِﻪ َوَﻟ ْﻮ َردﱡو ُﻩ ِإﻟَﻰ اﻟ ﱠﺮﺳُﻮ ِ ﺨ ْﻮ َ ﻦ َأ ِو ا ْﻟ ِ ﻦ اﻷ ْﻣ َ َوِإذَا ﺟَﺎ َء ُه ْﻢ أَ ْﻣ ٌﺮ ِﻣ ( ) ن إِﻻ َﻗﻠِﻴﻼ َ ﺸ ْﻴﻄَﺎ ﺣ َﻤ ُﺘ ُﻪ ﻻ ﱠﺗ َﺒ ْﻌ ُﺘ ُﻢ اﻟ ﱠ ْ ﻋَﻠ ْﻴ ُﻜ ْﻢ َو َر َ ﻞ اﻟﱠﻠ ِﻪ ُﻀ ْ ﺴ َﺘ ْﻨ ِﺒﻄُﻮ َﻧ ُﻪ ِﻣ ْﻨ ُﻬ ْﻢ َوَﻟﻮْﻻ َﻓ ْ ﻦ َﻳ َ َﻟ َﻌِﻠ َﻤ ُﻪ اﱠﻟﺬِﻳ
Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah (as-Sunnah) dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang Yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang Yang teguh imannya dan Luas ilmunya di antara kamu). (an-Nisa’: 83) Tugas ini bukanlah tanggungjawab setiap individu. Cara menggembargemburkan kemungkaran (kesalahan) pemerintah bukanlah suatu nasihat dan bukan juga manhaj salafus soleh. Walaupun niat pelakunya itu baik, iaitu untuk membantah kemungkaran namun perkara itu lebih mungkar daripada maksiat yang dibantah. Ini kerana, bantahan yang dilakukan itu tidak mengikut apa yang disyari’atkan melalui al-Qur’an dan as-Sunnah. (Ibid, m.s.: 124) Kemungkaran itu dibenci. Tetapi untuk memastikan ia lenyap, cara yang berkesan mesti digunakan. Jika sekadar melepaskan perasaan marah, hal itu hanya menyukarkan lagi tugas menghapuskan kemungkaran itu. Para ulama dahulu juga tegas ketika membantah kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah. Namun, mereka tidak pernah mamki hamun, mempersenda dan mencerca pemerintah. Kata-kata mereka padat, tegas dan kadangkala keras. Ia dilakukan secara bersemuka. Allah memerintahkan Musa dan Harun agar menasihati Firaun dengan cara yang baik. Jika firaun yang melampaui batas itu pun diseru dengan cara yang baik, apatah lagi jika berhadapan dengan pemerintah muslim pada masa kini.
(
) ﺨﺸَﻰ ْ ( َﻓﻘُﻮﻻ َﻟ ُﻪ ﻗَﻮْﻻ َﻟ ِّﻴﻨًﺎ َﻟ َﻌﱠﻠ ُﻪ َﻳ َﺘ َﺬ ﱠآ ُﺮ َأ ْو َﻳ
) ن ِإﻧﱠ ُﻪ ﻃَﻐَﻰ َ ﻋ ْﻮ َ ا ْذهَﺒَﺎ ِإﻟَﻰ ِﻓ ْﺮ
"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas Dalam kekufurannya. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, Dengan kata-kata Yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut". (Taha: 43-44) Landasan inilah yang dipelopori oleh para ulama muktabar sejak zaman dahulu. Mereka sentiasa sabar dalam menghadapi karenah pemerintah dan bekerjasama dalam perkara baik. Sejarah telah merakamkan watak tegas mereka ini. Walaupun mereka mempunyai kekuatan dan mendapat sokongan rakyat namun para imam ahli sunnah tidak pernah menentang pemerintah secara terbuka. Sekalipun ada di kalangan mereka yang diseksa. Antaranya Imam Ahmad bin Hanbal r.h. Golongan ekstrim mungkin menganggap mereka lemah. Tetapi perbuatan mereka itulah yang dituntut oleh sunnah dan himah. Ini kerana pemerintah yang dicerca secara terbuka disebabkan perkara agama, mungkin menyebabkan akan memusuhi agama itu.
Caci maki hanya mengundang keburukan. Bahkan tidak berfaedah kepada Islam. Jika mereka dinasihati dengan baik, jelas, tegas, dan tidak menggadaikan prinsip agama, pemerintah mungkin akan memikirkan perkara itu dan menerimanya. Pemerintah umat ini masih ketandusan nasihat-nasihat yang hebat seperti yang pernah diberikan oleh para ulama suatu ketika dahulu. Sehinggakan para pemerintah yang mendengarnya menitiskan air mata. Para ulama yang berpegang pada manhaj al-Sunnah tidak menjadikan kesalahan dalam pemerintahan sebagai modal untuk menghentam pemerintah. Mereka mengharapkan kebaikan kepada para pemerintah. Mereka hanya menasihati pemerintah demi masa depan agama. Dalam masa yang sama, mereka bertegas terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pemerintah. Tidak Bersubahat Dengan Kezliman Pemerintah Para ulama dan cendekiawan muslim yang berkesempatan untuk duduk bersama pemerintah hendaklah menjaga diri mereka agar tidak dijadikan alat untuk mengharuskan tindakan-tindakan salah pemerintah. Mereka hendaklah membimbing pemerintah. Bukan dipengaruhi pemerintah ke jalan yang salah. Ramai pemerintah sukakan para ulama. Namun, tujuan mereka tidak sama. Ada pemerintah yang bertujuan mengambil manfaat daripada ilmu para ulama dan ketaqwaan mereka dan ada juga yang bertujuan mempergunakan mereka untuk kepentingan sendiri. Keadaan ini menuntut para ulama berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat dan fatwa agar mereka tidak dijadikan bahan mainan para pemerintah. “Susungguhnya selepasku ini akan ada para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka, maka dia bukan daripadaku dan aku bukan daripadanya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia daripada kalanganku dan aku daripada kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga).” (Riwayat ahmad, ji.: 14, m.s.: 78, anNasai’e, jil.: 7, m.s.: 160 dan al-Tirmidzi. Disahihkan oleh al-albani) Dalam berdakwah kepada pemerintah, kita banyak terpengaruh dengan pendekatan dan budaya politik yang tidak bersumberkan al-Qur’an dan sunnah. Panduan berdakwah terhadap pemerintah terlalu banyak termaktub dalam sunnah. Namun ia tidak diendahkan. Akhirnya kita gagal menuju matlamat yang hendak dicapai. Setiap muslim khususnya para ulama hendaklah mengikuti adab dan etika yang betul dalam berdakwah kepada pemerintah. Kegagalan mematuhi tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. bukan sahaja menjadikan kita gagal. Bahkan juga boleh menjadikan dakwah itu sendiri bersifat mungkar.