Aca - In Malay

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Aca - In Malay as PDF for free.

More details

  • Words: 703
  • Pages: 3
Seksyen A : Hubungan Kaunseling. Pengenalan : - Kaunselor menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan klien melalui cara yang menggalakkan faedah dan kebajikan klien, dan berusaha membina perhubungan sihat dan secara aktifnya, kaunselor bertindak dalam memahami latar belakang budaya klien mereka yang pelbagai disamping mengetahui identiti budayanya sendiri dan bagaimana ia mempengaruhi nilai dan kepercayaan mereka tentang proses kaunseling. Kaunselor digalakkan menyumbang kepada masyarakat dengan bayaran yang sedikit atau tiada bayaran. A.1. Kebajikan Mereka yang Menerima Khidmat Kaunselor A.1.a. Tanggungjawab Utama - Tanggungjawab utama seorang kaunselor ialah untuk menghormati maruah dan berusaha membaiki kebajikan klien. A.1.b. Rekod - Mengekalkan rekod adalah perlu sebagai perkhidmatan kepada klien dan seperti termaktub dalam undang-undang, peraturan atau agensi atau prosedur institusi. - Tanggungjawab kaunselor adalah untuk melindungi rekod tersebut dan memastikan ianya sulit dan perlu meminta kebenaran daripada klien untuk mendedahkan atau memindahkan rekod tersebut kepada pihak ketiga yang mempunyai hak. A.1.c. Rancangan/Pelan Kaunseling - Kaunselor dan klien bekerjasama dalam membentuk cara baru yang menjanjikan kejayaan dan konsisten dengan kebolehan dan keadaan klien. - Kaunselor dan klien kerap mengkaji rancangan kaunseling untuk membuat keputusan yang berkemungkinan berjaya,untuk menghormati kebebasan klien untuk memilih. A.1.d. Penglibatan Jaringan Sokongan - Seseorang kaunselor sedia maklum bahawa jaringan sokongan merupakan sesuatu yang

penting

dalam

kehidupan

klien

dan

dengan

kebenaran

klien

sendiri,pertimbangan untuk meminta bantuan,pemahaman dan penglibatan mereka sebagai sumber positif boleh digunakan apabila sesuai. A.1.e. Keperluan Pekerjaan - Kaunselor bekerjasama dengan klien dalam mempertimbangkan tugas-tugas pekerjaan dan keadaan yang konsisten dengan kebolehan keseluruhan dan faktorfaktor lain. A.2. Memberi Persetujuan

A.2.a. Memberi persetujuan - Memberi persetujuan merujuk kepada hak klien untuk bersetuju untuk terlibat dalam kaunseling, penilaian, dan

prosedur yang lain, setelah klien dimaklumkan

dengan menyeluruh dan telah memahaminya. A.2.b. Jenis Maklumat yang Diperlukan - Kaunselor harus menjelaskan dengan nyata tentang perkhidmatan yang disediakan oleh kaunselor dan kaunselor juga perlu mengambil langkah untuk memastikan klien memahami tentang implikasi diagnosis, tujuan ujian dibuat dan laporan dan bayaran. A.2.c. Perkembangan dan Sensitiviti Budaya - Apabila berbincang tentang sesuatu yang melibatkan persetujuan klien,kaunselor perlu menggunakan bahasa yang jelas dan difahami oleh klien. A.2.d Ketidakupayaan Memberi Persetujuan - Jika seseorang tidak memberi persetujuan secara sukarela,kaunselor boleh meminta kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga klien kerana mereka mempunyai hak yang sah dan bertanggungjawab melindungi klien dan mereka mempunyai hak untuk membuat keputusan bagi pihak klien. A.3. Klien Menerima Khidmat Profesional Daripada Pihak Profesional Lain - Jika seorang kaunselor mendapati kliennya menerima khidmat pihak profesional lain,kaunselor tersebut boleh memberitahu pihak tersebut dan memutuskan perjanjian antara klien telah selesai, dengan persetujuan klien. A.4. Mengelakkan Kecederaan dan Memegahkan Nilai. A.4.a. Mengelakkan Kecederaan - Kaunselor perlu mengelak daripada mencederakan klien dan mereka yang bekerja dengannya. A.4.b. Nilai Persendirian - Kaunselor memahami nilai, sikap dan kepercayaan mereka sendiri,dan bagaimana faktor-faktor ini digunakan dengan masyarakat yang berlainan. A.5. Peranan dan Hubungan Dengan Klien A.5.a. Klien Terkini - Di antara kaunselor dan klien, tiada wujud hubungan intim dan kaunselor tidak boleh memberi khidmatnya kepada mereka yang mempunyai hubungan seksual dengannya. A.5.b. Bekas Klien - Kaunselor tidak boleh terlibat dalam hubungan intim dengan bekas klien dalam tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun selepas tamatnya hubungan kaunseling.

A.5.c. Hubungan Tidak Profesional (Selain daripada Hubungan Seksual atau Hubungan Khusus yang Lain) - Hubungan tidak professional harus dielakkan kecuali ia membawa kepada hubungan yang berkemungkinan membawa kebaikan kepada klien. A.5.d. Hubungan yang Berkemungkinan Membawa Kebaikan Kepada Klien - Jika wujud hubungan seperti ini dalam suatu hubungan tidak profesional, kaunselor harus merekodkannya dalam rekod kes. - Sekiranya kecederaan atau kerosakan yang tidak disengajakan berlaku dalam hubungan tidak profesional tersebut, kaunselor harus menunjukkan bukti bahawa dia berusaha memperbaiki kecederaan atau kerosakan tersebut. A.5.e. Perubahan Peranan Dalam Hubungan Profesional - Sekiranya seseorang kaunselor bertukar peranan,dia perlu memperoleh persetujuan daripada klien dan menjelaskan hak klien enggan klien meneruskan perkhidmatan disebabkan perubahan tersebut. A.6. Peranan dan Hubungan Tahap Individu, Kumpulan, Institusi dan Masyarakat. A.6.a. Penyokongan - Jika perlu, sokongan kaunselor secara individu, kumpulan, institusi atau masyarakat perlu dalam mengkaji halangan yang mungkin dan penghalang yang menghalang untuk mendapatkan maklumat dan/atau pertumbuhan dan perkembangan klien. A.6.b. Kerahsiaan dan Penyokongan - Kaunselor memperoleh persetujuan klien terlebih dahulu tentang usaha menyokong bagi pihak klien yang boleh dikenal pasti untuk memperbaiki peruntukan perkhidmatan dan untuk berusaha ke arah menyingkirkan sempadan secara bersistem

atau penghalang yang menghalang klien mendapatkan maklumat,

tumbuh dan berkembang.

Related Documents

Aca - In Malay
June 2020 4
Aca
June 2020 18
Aca
May 2020 11
Aca
November 2019 18
Malay
December 2019 20
Geomatika In Malay
May 2020 9