A Nip

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View A Nip as PDF for free.

More details

  • Words: 1,684
  • Pages: 13
Bangunan pentadbiran yang binaannya berala British ini memanglah merupakan mercu tanda SMK Tinggi Batu Pahat. Bangunan yang telah dibina pada tahun 1919 ini telah menempatkan pejabat pentadbiran, bilik pengetua, bilik guruguru penolong kanan, bilik guru-guru bidang, Balai Warisan, bilik peperiksaan serta dua buah Bilik Multimedia, ataupun dikenali sebagai Bilik Akses Kendiri. Sebelum ini, bangunan tersebut merupakan bangunan yang berwarna putih. Akan tetapi, pada tahun 2004, bangunan utama demikian telah dicat semula dengan warna kuning dan hijau, yakni warna yang melambangkan SMK Tinggi Batu Pahat. Balai Warisan telah menyimpan pelbagai maklumat sejarah sekolah. Antara maklumat yang terdapat dalam balai ini termasuklah senarai pengetua yang berserta gambar, senarai ketua pengawas, tokoh-tokoh ternama, laporan aktiviti tahun-tahun yang lepas, dan piala-piala bersejarah. Tambahan pula, gambar-gambar bersejarah yang sudah kekuningan serta majalah sekolah yang pertama, iaitu The Pilot, terbitan tahun 1949 juga disimpan baik dalam balai ini. Dengan catatan dan artifak-artifak ini, anda nescaya dapat mengetahui sejarah sekolah ini dengan lebih lanjut.

Dua buah Bilik Multimedia yang terletak di tingkat bawah bangunan pentadbiran utama ini pula disumbangkan oleh Dato’ Soh Chee Wen, bekas pelajar 1978. Bilik yang memuatkan lebih kurang 60 buah kumputer ini juga dilengkapi dengan pendingan hawa. Selainpendingan hawa. Selainmenyediakan kemudahan melayari Internet, para pelajar juga boleh memperoleh servis mencetak dokumen di bilik itu. Bilik Akses Kendiri ini juga memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana setiap computer telah dilengkapi dengan “teaching courseware”. Dengan menggunakan kaeadah yang lebih interaktif dalam proses pengajaran, para pelajar dapat memperoleh ilmu dengan lebih mudah.

pendingan hawa. Selainmenyediakan kemudahan melayari Internet, para pelajar juga boleh memperoleh servis mencetak dokumen di bilik itu. Bilik Akses Kendiri ini juga memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana setiap computer telah dilengkapi dengan “teaching courseware”. Dengan menggunakan kaeadah yang lebih interaktif dalam proses pengajaran, para pelajar dapat memperoleh ilmu dengan lebih mudah.

SMK Tinggi Batu Pahat juga mempunyai sebuah Dewan Besar untuk menampung kegiatankegiatan pelajarnya serta untuk menampung majlis-majlis rasmi yang sering diadakan di sekolah ini. Antara majlis rasmi termasuklah Majlis Hari Guru, Majlis Persaraan Guru, Majlis pelancaran kempen-kempen, dan perhimpunan rasmi. Dewan ini dianggarkan dapat menampung seramai 1000 orang pelajar dan kira-kira 80 orang guru. Malah, dewan yang berpentas ini juga dilengkapi dengan kemudahan LCD serta sistem “PA” yang berkualiti.

Pusat Sumber SMK Tinggi Batu Pahat yang dipindah ke tingkat 4 blok Ilham telah dirasmikan dan mula beroperasi semula pada bulan Julai 2008. Sebelum ini, pusat sumber sekolah pula terletak di sebelah kantin. Pusat sumber ini dilengkapi dengan pendingin hawa dan dapat menampung seramai 200 orang pelajar. Di samping bahan-bahan cetakan seperti buku-buku ilmiah, buku-buku rujukan, surat khabar harian, ensiklopedia, majalah-majalah, kamus-kamus, dan sebagainya, bahan-bahan multimedia misalnya cakeracakera padat serta kaset lagu juga disediakan untuk kemudahan warga SMK Tinggi Batu Pahat.

Asrama ini juga dikenali dengan nama ASPUTERA (Asrama Putera SMK Tinggi Batu Pahat). Asrama ini telah menyediakan kemudahan tempat tinggal kepada para pelajar lelaki (Tingkatan 1 hingga 5) yang tinggal jauh dari sekolah. Terdapat sebuah perpustakaan mini dan kantin di dalam asrama ini. Selain itu, surau juga dibina di dalam asrama supaya pelajar-pelajar Islam dapat menunaikan sembahyang. Asrama yang mempunyai 4 buah bilik yang besar ini dapat menampung seramai 200 orang pelajar.

Bilik Diskusi yang terletak di Blok Ehsan ini kerap dijadikan tempat pertandingan-pertandingan dijalankan. Di samping sistem “PA” yang

berkualiti, bilik ini juga dilengkapi dengan kemudahan LCD. Bilik yang berpendingin hawa ini juga mampu menempatkan seramai 300 orang.

Untuk makluman anda, sebagai sebuah sekolah yang beraliran Sains, sekolah ini telah dilengkapi dengan 9 buah makmal. Antaranya ialah 2 makmal Sains Menengah Rendah yang terletak di Blok Dinamik, makmal Biologi, Fizik dan juga Kimia Tingkatan 6 yang terletak di Blok Ehsan, makmal Biologi, Fizik, dan Kimia Tingkatan 4 dan 5 di Blok Ilham serta sebuah makmal Tingkatan 1 di tingkat bawah Blok Harmoni. Lazimnya, mata pelajaran sains akan diajar di makmal-makmal ini kerana kemudahan untuk menjalankan eksperimen telahpun disediakan.

Bilik yang terletak di tingkat bawah Blok Harmoni ini telah memberi perkhidmatan buku teks kepada para pelajar. Untuk pengetahuan anda, terdapat juga sebuah bilik stor yang kecil di sebelah Bilik BOSS bagi menyimpan buku-buku teks.

Biasanya, mesyuarat-mesyuarat yang penting akan dijalankan di Bilik Gerakan Perkasa yang terletak di tingkat dua Blok Harmoni. Selain dilengkapi dengan penghawa dingin, lantai bilik ini juga dihamparkan dengan permaidani.

Untuk informasi anda, Bilik Tayangan yang terletak di tingkat dua Blok Amanah biasanya digunakan untuk mentayangkan rancangan televisyen bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, sedangkan bilik ini juga dilengkapi dengan komputer serta kelengkapan LCD. Dengan adanya perkhidmatan Astro, para pelajar pula berpeluang untuk menonton rancangan-rancangan televisyen yang berfaedah bagi menambah ilmu pengetahuan mereka.

Bilik Pendidikan Seni yang terletak di tingkat dua Blok Amanah merupakan bilik yang digunakan oleh para pelajar semasa waktu Pendidikan Seni. Semetelahan itu, karya-karya pelajar yang menarik juga dipamerkan di dalam bilik demikian.

Bilik Bahasa yang terletak di Blok Ilham serta Bilik Bahasa Cina dan Bilik Agama yang terletak di Blok Fatanah lazimnya digunakan oleh para guru semasa mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, dan Pendidikan Agama Islam. Kadang-kala, bilik-bilik tersebut juga akan digunakan untuk menjalankan aktiviti kokurikulum.

Untuk pengetahuan anda, Koperasi SMK Tinggi Batu Pahat bukan sahaja menjual alat-alat tulis, tetapi juga pelbagai makanan dan minuman, contohnya susu, minuman dalam tin, roti, kek, dan juga biskut yang enak. Selain dilengkapi dengan penghawa dingin, Koperasi juga telah dinaiktaraf pada tahun 2007.

Makmal ICT yang telah siap dibina pada tahun 2004 sesungguhnya telah memberi peluang keemasan kepada para pelajar untuk belajar dengan menggunakan komputer, selain di Bilik Akses Kendiri. Terdapat dua makmal ICT di bangunan yang bertingkat dua tersebut.

Bilik Muzik yang terletak di sebelah Pusat Sumber Sekolah pula telah dilengkapi dengan pelbagai peralatan muzik, misalnya “keyboard” dan instrumen-instrumen muzik yang lain. Kadang-kadang, pasukan koir sekolah akan menjalankan latihan mereka di dalam bilik tersebut.

Sebagai tempat berehat untuk pelajar yang menghadapi masalah kesihatan, bilik kesihatan telah disediakan di tingkat bawah Blok Harmoni. Bilik ini dilengkapi dengan dua katil, manakala peti pertolongan cemas juga disediakan. Setiap tahun, pemeriksaan gigi oleh Kementerian Kesihatan Batu Pahat juga akan dijalankan di bilik demikian. Masalah akademik, masalah keluarga, masalah antara pelajar dengan guru…Sekiranya anda menghadapi masalah-masalah ini, datanglah anda ke Bilik Kaunseling yang terletak di tingkat 2, Blok Cekal. Kaunselorkaunselor SMK Tinggi Batu Pahat amatlah sudi untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh pelajar.

Bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja otak cerdas tetapi badan juga cergas, Bilik Gym yang dilengkapi dengan pelbagai

peralatan seperti “Dumb Bell” telah memberi peluang kepada para pelajar untuk melatih kekuatan otot badan. Sehubungan itu, Bilik Sukan juga digunakan untuk menyimpan alat-alat sukan. Blok ini merupakan blok yang dapat dilihat sebaik-baik sahaja memasuki kawasan sekolah. Blok 3 tingkat ini terletak di sebelah Dewan Besar. Kini, blok ini menempatkan pelajar Tingkatan 1. Terdapat sebuah tandas yang baru dinaiktaraf di blok ini. Blok yang bertingkat dua ini merupakan blok yang terletak di sebelah Blok Amanah. Kini, blok ini yang mempunyai 8 kelas menempatkan pelajar Tingkatan 3. Di sebelah blok ini, disediakan sebuah pondok membaca manakala di hadapannya pula terdapat sebuah taman yang dikenali sebagai Taman Persada Ilmu. Tandas di blok ini juga baru sahaja dinaiktarafkan.

Terletak di sebelah Blok Bestari, blok yang bertingkat dua ini agak lain daripada blok-blok yang lain. Hal ini demikian kerana blok ini tidak mempunyai bilik darjah. Bilik kaunseling boleh didapati di blok ini. Sementara itu, blok ini juga terdiri daripada dua buah bengkel iaitu Bengkel Elektrik dan Elektronik serta Bengkel Kayu dan Logam.

Blok yang terletak di tepi Blok Cekal dan juga bangunan pentadbiran ini merupakan blok yang terdiri daripada 2 makmal Sains Menengah Rendah sahaja. Blok yang bertingkat 1 ini telah dibina pada tahun 1962 untuk menampung keperluan makmal pada masa itu..

Selepas dinaiktaraf, Blok Ehsan kini menempatkan 3 buah makmal serta sebuah Bilik Diskusi. Sebelum Blok Harmoni dan Blok Ilham siap dibina, Bilik Diskusi tersebut merupakan bilik guru.

Blok ini terletak di bahagian belakang blok Amanah dan blok Bestari. Kini, blok ini menempatkan pelajar tingkatan 2. Dalam blok ini, terdapat Bilik Bahasa Cina dan Bilik Pengawas di tingkat 1 dan Bilik Gerakan BSMM di tingkat 2.

Blok Gigih yang terletak di belakang kantin merupakan blok yang menempatkan Bilik Sukan serta Bilik Gym. Untuk pengetahuan anda, blok ini menempatkan kelas Tingkatan 6 sebelum tahun 2004.

Pada tahun 2004, dua buah blok baru telah didirikan di bahagian belakang

bangunan pentadbiran dan dikenali sebagai blok Harmoni dan blok Ilham. Bangunan ini dibina bagi menampung pelajar-pelajar baru yang kian bertambah. Kini, bangunan-bangunan ini telah menjadi bilik darjah pelajar Tingkatan 4, 5 dan 6. Kedua-dua bangunan ini mempunyai 4 tingkat. Di tingkat kedua, terdapat bilik guru yang dapat menampung seramai 80 orang guru. Di samping itu, terdapat juga 3 buah makmal baru serta 3 buah bengkel di dalam blok ini. Bilik Gerakan Perkasa, Bilik Kesihatan, Bilik Operasi Buku Teks, dan juga Pusat Sumber Sekolah juga boleh didapati di bangunan ini. Selain itu, blok ini juga mempunyai Bilik Muzik, Bilik Solat Lelaki dan Bilik Wuduk Perempuan, serta Bilik Bahasa.

Tidak boleh dinafikan, kantin merupakan tempat yang paling riuh-rendah semasa waktu rehat. Dengan adanya pilihan makanan yang berbagai-bagai, para pelajar dapat membeli makanan mereka di sana dengan harga yang berpatutan. Tambahan pula, sebuah bilik khas di belakang kantin pula disediakan untuk para guru bagi menjamu selera.

Tidak boleh dinafikan, kantin merupakan tempat yang paling riuh-rendah semasa waktu rehat. Dengan adanya pilihan makanan yang berbagai-bagai, para pelajar dapat membeli makanan mereka di sana dengan harga yang berpatutan. Tambahan pula, sebuah bilik khas di belakang kantin pula disediakan untuk para guru bagi menjamu selera.

Sejak tahun 1919, SMK Tinggi Batu Pahat telah mempunyai lencana sekolah yang tersendiri. Identiti yang unik ini telah berubah bentuknya mengikut perubahan nama sekolah serta perubahan zaman. Kini, kombinasi warna kuning dengan hijau ini masih menjadi warna utama dalam lencana SMK Tinggi Batu Pahat.

Government English School (GES) 1919

Highschool Batu Pahat 1966 Apabila nama sekolah berubah kepada Highschool Batu Pahat, bentuk lencana berubah iaitu terdapat lukisan seekor burung undan yang melambangkan kegagahan dan kebijaksanaan serta terdapat huruf HS Batu Pahat. Lencana ini telah direka oleh pelajar sendiri iaitu Hee Tien Lai pada tahun 1958. Semasa pentadbiran guru besar V. Somasundran dan Gunratnam (1957-1961), warna lencana berubah kepada kuning dan hitam. Namun, semasa K.M. Mathai menjadi guru besar pada tahun 1962-

Related Documents

A Nip
May 2020 6
Om Nip Eek Serial
December 2019 4
Nip Meeting Go
November 2019 6
Om Nip Age
April 2020 3