940-2

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 940-2 as PDF for free.

More details

  • Words: 35,918
  • Pages: 98
Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

BAHAGIAN A : MALAYSIA Tema 1 – MASYARAKAT TEMPATAN SOALAN 1 Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat Melayu sebelum campur tangan British

di Tanah Melayu.

Pengenalan Pentadbiran di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British dibahagikan kepada pentadbiran peringkat negeri, daerah dan kampung. Isi A – Peringkat Negeri 1. Merupakan unit pentadbiran tertinggi dan terbesar 2. Kuasa tertinggi dipegang oleh sultan/ raja/ yang di Pertuan Besar 3. Sultan/ raja menjalankan pemerintahan dengan dibantu oleh pembesar-pembesar. Pembesar menjadi tulang belakang dalam menjalankan pentadbiran peringkat negeri. Pembesar diberi gelaran tertentu.Contohnya di Perak dibantu oleh Pembesar Berempat dan di Negeri Sembilan Yang Di Pertuan Besar dibantu oleh 4 orang Undang. 4. Sultan/raja dibantu oleh Raja Muda/Putera Mahkota 5. Perlantikan sultan/raja – sistem perwarisan takhta di kebanyakan negeri-negeri Melayu a. Sistem penggantian bergilir di Perak b. dilantik oleh Undang Berempat di N.S 6. Sultan/raja mempunyai daulat dan tulah. Rakyat yang menderhaka akan terkena a. tulah..Diperkukuh dengan penggunaan bahasa dalam,warna, alat-alat kebesaran, b. alat muzik dan cop mohor. B – Peringkat Daerah 1. Unit pentadbiran yang kedua terbesar. Sesebuah negeri dibahagikan kepada beberapa buah daerah untuk memudahkan urusan pentadbiran 2. Daerah ditadbir oleh pembesar.Pembesar terbahagi kepada 2 golongan – a) Pembesar yang bekerja dalam istana tetapi ada kawasan pegangan b) Pembesar yang bekerja atau mentadbir daerah di luar istana. Mereka diberi surat tauliah oleh sultan dan merupakan individu yang paling taat setia kepada sultan/ raja - contoh – Long Jaafar ( Larut ) - Dato’ Maharaja Lela ( Pasir Salak ) 3. Tugas-tugas pembesar daerah a) Memungut cukai dan menyerahkan sebahagian daripada cukai kepada pusat sebagai taat setia pembesar. b) Menyediakan tentera c) Menyediakan kerahan tenaga d) Menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat dalam daerahnya. e) Mengadili dan menjatuhkan hukuman kecuali hukuman bunuh kepada yang melakukann jenayah. f) Menjunjung duli atau mengadap raja pada Hari Raya. 4. pembesar mempunyai pengikut atau anak buah dari kalangan masyarakat yang tinggal di kawasannya. Jumlah pengikut menentukan kedudukan dan pengaruh seseorang pembesar. C – Peringkat Kampung 1.

1| 08

Unit pentadbiran paling kecil Layh’s /smkbm

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

2. Ditadbir oleh pembesar yang dilantik oleh sultan daripada kalangan keluarga baik-baik iaitu Penghulu atau Tok Kweng. Dianugerahkan surat tauliah oleh sultan. 3. Tugas-tugas penghulu a) Memungut cukai b) Menjaga keamanan kampung c) Mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang timbul d) Membekalkan tenaga tentera semasa peperangan e) Mendapatkan tenaga buruh. f) Memastikan rakyat di kampungnya taat setia kepada Sultan. Kesimpulan Sistem pentadbiran Melayu tradisional sebelum campur tangan British membuktikan satu sistem pentadbiran yang sistematik Sistem pentadbiran masyarakat melayu mengalami perubahan drastik selepas campurtangan British 1874 yang telah menghakis kuasa raja dan pembesar-pembesar Melayu. SOALAN 2 Bincangkan peranan pembesar di Tanah Melayu sehingga abad ke 20. Pengenalan Pembesar merupakan golongan kedua yang penting selepas sultan. Merupakan sekumpulan pegawai yang membantu sultan atau raja menjalankan pentadbiran di peringkat negeri dan daerah. Sistem pembesar yang diamalkan di Negeri-negeri Melayu berasaskan sistem Pembesar Empat Lipatan yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka. Diamalkan di negeri Melayu seperti Pahang, Perak, Selangor dan Johor. Sistem pembesar di Negeri Sembilan berbeza dengan negeri-negeri Melayu lain kerana dipengaruhi oleh Adat Perpatih. ISI 1.

Sebelum campurtangan British a. Orang kedua penting selepas sultan penasihat utama sultan b. Orang yang sangat taat dan menjadi orang kepercayaan sultan. Diberi surat tauliah, sebilah pedang, cop mohor dan daerah pegangan i. Sebagai pemangku sultan ketika sultan keluar negeri ii. Ketua pentadbir awam dalam semua urusan pentadbiran negeri iii. Bertanggungjawab ke atas hal ehwal perhubungan luar negara iv. Mengetuai urusan sultan ke seberang laut v. Ketua tentera laut dan mempertahankan negara daripada serangan musuh dari aut vi. Mengetuai angkatan tentera semasa peperangan vii. Penentu sukatan dan timbang yang betul viii. Ketua polis dan menjaga keselamatan ix. Pengawal peribadi sultan x. Menjaga perbendaharaan negara dan mengawasi pungutan cukai xi. Pegawai kastam xii. Menyimpan dan mengagih hasil-hasil negeri dan hal-hal istana xiii. Ketua adat istiadat dan upacara rasmi istana terutama jamuan xiv. Mengadili dan menghakimi kes-kes jenayah dan sivil kecuali hukuman bunuh xv. Menjadi tunggak sesebuah negeri bagi membantu sultan melicinkan urusan Pentadbiran dan pemerintahan.. • Menjaga dan mengekalkan keamanan jajahannya

2| 08

Layh’s /smkbm

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

• Memungut cukai • Menyediakan kerahan tenaga • Menyelesaikan masalah dan mengadili kes-kes kecuali yang melibatkan hukuman bunuh 2.

Selepas campurtangan British i. ii. iii. iv. v.

Hilang kuasa dan hak untuk memungut cukai kerana diambil alih oleh Residen atau wakil. Hilang sumber pendapatan utama. British memberi elaun/ gaji sebagai ganti rugi Hilang kuasa politik sebagai penasihat sultan dalam Majlis Penasihat sultan Hilang kuasa kehakiman ,diambil alih oleh Majisteret Hilang kuasa mentadbir wilayah yang diambil alih oleh Pegawai Daerah British vi. Penghulu merupakan pegawai bergaji dan boleh dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke kampung lain. Hak dan tanggungjawab penghulu tertakluk di bawah undang-undang negeri KESIMPULAN Berlaku penentangan kerana pembesar tidak puas hati seperti penentangan Dato’ Maharaja Lela di Perak, Dato’ Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan lain-lain. Walaupun hilang hak dan kuasa dalam politik, masih lagi berpengaruh, dihormati dan menjadi sumber rujukan utama para pengikut dan masyarakat.

SOALAN 3 Bincangkan perubahan-perubahan yang berlaku terhadap sistem beraja setelah kedatangan British ke Tanah Melayu. Pengenalan Sultan atau raja menduduki hierarki tertinggi dalam struktur sosial dalam masyarakat Melayu tradisional. Mempunyai kuasa mutlak. Kedudukannya dianggap suci dan kudus dan sebelum kedatangan agama Islam dianggap sebagai devaraja atau anak tuhan. Dianggap sebagai khalifah Allah di muka bumi dan pemegang amanah.Diperkukuhkan dengan unsure daulat dan beberapa keistimewaan tertentu. Selepas Perjanjian pangkor 1874 kuasa dan peranan sultan mula berubah akibat sistem residen. Isi 1. Hilang kuasa pentadbiran kecuali perkara yang berkaitan dengan agama dan adat. 2. Menjadi boneka kerana terpaksa meminta nasihat residen sebelum melaksanakan sesuatu perkara. 3. Hilang hak memungut cukai – sumber pendapatan terjejas digantikan dengan pencen yang nilainya lebih rendah 4. Hilang kuasa mutlak iaitu Majlis Sultan digantikan dengan Majlis Negeri. Sultan tidak berkuasa membuat keputusan yang akan ditentukan oleh residen 5. Hilang kuasa tentera. 6. Hilang kuasa atau hak menjatuhkan hukuman bunuh kerana British memperkenalkan system kehakiman British. 7. Perlantikan berdasarkan golongan yang tidak menentang pentadbiran British dan bukan mengikut system yang sedia ada seperti di Perak ( perlantikan Sultan Abdullah ) 8. Kuasa semakin terjejas apabila NNMB ditubuhkan pada 1896. Ketua pentadbir NNMB ialah Residen General 9. Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) menjejaskan lagi kedudukan dan kuasa sultan kerana kuasa berpusat di tangan Pesuruhjaya Tinggi. Sultan hanya ahli biasa dan tidak boleh membantah atau membatalkan usul MMP.

3| 08

Layh’s /smkbm

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

10.

Penubuhan Malan Union (MU) 1946 meruntuhkan system beraja. Gabenor menjadi pengerusi majlis Agama islam bagi negeri-negeri Melayu. Hilang hak sebagai ketua agama Islam Kesimpulan Kuasa dan kedudukan sultan dipulihkan dalam perlembagaan Persekutuan Tanah melayu 1948 dengan penubuhan Majlis Raja-raja. Dianggotai oleh tujuh raja-raja melayu dan dipengerusikan oleh seorang raja. Perkenan raja-raja diperlukan dalam perkara berkaitan perhubungan, migrasi dan perlantikan pegawai kanan kerajaan. SOALAN 4 Undang-undang diamalkan untuk menjaga keharmonian rakyat. Huraikan amalan undang-undang dalam masyarakat Melayu sehingga abad ke 20. Pengenalan Undang-undang yang diamalkan di Negeri-negeri Melayu berasaskan Adat Temenggung dan menjadi undang-undang bertulis. Antara undang-undang tersebut ialah Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Pahang, Undang-undang Johor dan Undang-undang Kedah. Undang-undang bertulis ini juga merupakan warisan daripada Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Isi 1. Undang-undang Pahang a) Disusun pada abad ke 16 oleh Sultan Abdul Ghaffar Muhaiyuddin Shah b) Dipengaruhi oleh unsur-unsur agama Islam c) Dibahagikan kepada 3 bahagian : • Adat Lembaga Negeri – menerangkan keistimewaan raja dan pembesar, larangan dan tugas pembesar • Undang-undang jenayah – hukuman kesalahan adalah keras contoh kepada penderhaka • Undang-undang awam – merangkumi tanah dan rumah 2. Undang-undang 99 Perak a. Disusun pada abad ke17, dibawa ke Perak oleh Sayid Husain Al-Faradz. b. Mengandungi 99 buah undang-undang yang meliputi pelbagai perkara dan ditulis dalam bentuk soal jawab c. Perkara-perkara dalam undang-undang ini ialah : • Tugas dan tanggungjawab pemerintah • Peraturan adat istiadat mengadap dan melantik raja • Perkara-perkara jenayah • Hal-hal kekeluargaan 3. Undang-undang Kedah a. Menghuraikan 4 perkara umum iaitu Undang-undang Pelabuhan, Undangundang Adat, Undang-undang Seri Paduka Tuan dan Hukum kanun Datuk Kota Star b. Antara perkara yang terkandung ialah : • Undang Pelabuhan menyentuh urusan perdagangan, sukatan, timbangan dan ukiran • Undang-undang Seri Paduka Tuan menghuraikan hukum pertanian dan ternakan, tugastugas penghulu dan urusan jual beli • Perkara adat meminang 4. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor a. Diperkenalkan pada 1895 oleh Sultan Abu Bakar dan merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di Semenanjung T.M

4| 08

Layh’s /smkbm

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

b. Berdasarkan system pentadbiran di Britain. c. Antara perkara yang terkandung ialah : • Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Johor kepada kuasa asing • Majlis Mesyuarat Menteri hendaklah dilantik daripada orang Melayu dan bertanggungjawab menasihati sultan dalam pentadbiran negeri • Ahli Majlis Mesyuarat Negeri hendaklah terdiri daripada rakyat Johor yang berperanan menggubal undang-undang 5. Undang-undang Islam Berlandaskan Al Quran, hadis dan ijmak. Segala kes jenayah akan dibicarakan di mahkamah syariah Terdapat 2 jenis hukuman iaitu hukuman bunuh dan denda Kesimpulan Undang-undang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu bertujuan untuk mengawal perlakuan ahli masyarakat bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan hidup. Boleh dijadikan garis panduan bagi setiap orang untuk melakukan sesuatu perkara. Digunakan untuk mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah agar lebih terjamin, dan hak setiap anggota masyarakat dalam kehidupan.

SOALAN 5 Bincangkan kepercayaan dan agama masyarakat Melayu di Tanah Melayu sehingga abad ke 20. Pengenalan Masyarakat Melayu tradisional sudah mempunyai anggapan tentang hakikat hidup dan mati dalam alam semesta. Perlakuan manusia menunjukkan adanya kepercayaan kepada satu tenaga yang lebih berkuasa daripada mereka. Berbanding aspek-aspek politik dan ekonomi, sukar untuk dikesan perbezaan dalam kepercayaan dan keagamaan masyarakat Melayu. Isi 1.

Kepercayaan Animisme a. Merupakan kepercayaan kepada kuasa-kuasa ghaib yang dipercayai mempunyai b. semangat. Semangat ialah jiwa atau roh yang terdapat pada sesuatu benda sama ada bernyawa atau tidak. c. Masyarakat Melayu menganut fahaman ini sebelum kedatangan agama Hindu d. Semangat ini ditakuti dan dipuja seperti pokok-pokok besar. e. Percaaya kuasa-kuasa ghaib ini boleh membawa kebaikan atau mala petaka. f. Mengadakan upacara-upacara tertentu untuk mengelak bencana, menjamin keselamatan dan menambah hasil tanaman g. Kepercayaan ini amat tebal dan beransur-ansur hilang setelah kedatangan Islam.

Agama Hindu Buddha a. Bertapak di TM pada abad ke 4 berikutan wujudnya 2 buah kerajaan Hindu seperti Langkasuka dan Kedah Tua. b. Disebar oleh pedagang dan mubaligh Hindu Buddha (HB) c. Turut menyebarkan kebudayaan mereka d. Ditambah dengan perkahwinan campur antara orang asing dan tempatan. Kesannya banyak adat dan budaya Melayu dipengaruhi oleh HB seperti dalam adat istiadat dan perkahwinan. e. Mengangkat darjat golongan pemerintah dalam hierarki masyarakat. f. Pemerintah mempunyai kedudukan istimewa kerana dianggap sebagai wakil tuhan di muka bumi. Konsep devaraja g. Panggilan Betaraguru , Dewata Mulia Raja dan Maha Vishnu

5| 08

Layh’s /smkbm

.

.

Sejarah 940/2 - STPM

h. pantang larang dsb.

smkbm

Pengaruhnya terdapat dalam perkahwinan, adat istiadat Melayu lama,

Agama Islam a. Datang ke Nusantara pada abad ke 7. Disebar oleh pedagang dan pendakwah Islam dari Asia Barat b. Berkembang berikutan wujudnya Kerajaan Islam Pasai dan Perlak sekitar abad ke 13. c. Pengaruh Islam berkembang luas hingga abad ke 16. Telah menghakis sebahagian amalan atau kepercayaan HB yang telah lama bertapak. d. Mempunyai 3 perkara penting iaitu iman, ehsan dan syariah. e. Mewajibkan tiap-tiap umatnya mempercayai Rukun Islam dan Rukun Iman.( huraikan ) f. Raja diberi gelaran sultan dan berperanan sebagai khalifah Allah atau pemegang amanah di muka bumi. g. Pembesar agama adalah Imam Maharaja, Maharaja Khadi, Dato’ Mufti dan Seri Utama. h. Undang-undang syarak digunakan berlandaskan Al Quran. i. Amalan adat yang diterapkan seperti berzanji, marhaban, talkin dan doa. j. Sistem pendidikan Islam seperti pelajaran Bahasa Arab, Al Quran, Sirah, Fardu Ain. Wujudnya sekolah pondok dan tokoh pendidik seperti ustaz, imam dsb. Kesimpulan Agama Islam kemudiannya berkembang luas dan menjadi agama anutan sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu. Walaupun Islam adalah agama yang diwarisi tetapi terdapat unsur-unsur penyesuaian dengan pengaruh tradisional seperti keramat, azimat dan tangkal.

SOALAN 6 Huraikan kesan kedatangan Islam terhadap masyarakat Melayu sehingga abad ke 20. PENGENALAN : Datang ke Nusantara pada abad ke7. Disebar oleh pedagang dan pendakwah Islam dari Asia Barat. Berkembang berikutan wujudnya Kerajaan Islam Pasai dan Perlak sekitar abad ke 13. Pengaruh Islam berkembang luas hingga abad ke 16. Telah menghakis sebahagian amalan atau kepercayaan HB yang telah lama bertapak. Mempunyai 3 perkara penting iaitu iman, ihsan dan syariah. Mewajibkan tiap-tiap umatnya mempercayai Rukun Islam dan Rukun Iman. Isi Politik a. Sistem politik di mana konsep devaraja digantikan dengan raja dianggap sebagai pemegang amanah dan khalifah di muka bumi. Gelaran raja digantikan dengan gelaran sultan - Shah b. Pembesar di kalangan ulama Islam yang digelar Imam, Maulana, Makhdum dan Khadi yang dijadikan sebagai pakar rujuk dan penasihat sultan. Konsep musyawarah dalam pentadbiran. c. Hukum Syarak berlandaskan Al Quran dan Sunnah digunakan sebagai perundangan d. negeri-negeri Melayu seperti di Perak, Johor, Terengganu dan Pahang. Antaranya undangundang jenayah seperti liwat, berzina, samun, curi, undang-undang muamalatseperti berladang, menternak , peraturan jual beli, larangan melakukan kerja mungkar dan sebagainya 2.

Sosial

a.

Membawa konsep tauhid dengan mempercayai Tuhan yang satu. Mula meninggalkan kepercayaan animisme atau politisme

6| 08

Layh’s /smkbm

.

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

b. Kepercayaan tahyul digantikan dengan bercorak rasional dan mengandungi unsur keislaman seperti upacara berkhatam Al Quran, berkhatan, berzanji dan sebagainya. c. Moral dan akhlak tidak dipisahkan dari aspek kehidupan yang lain. Semua pegawai raja dan istana, panglima dan rakyat jelata diingatkan tentang pentingnya moral yang tinggi dan akhlak yang mulia.

d.

Amalan adat istiadat yang membayangkan pengaruh Islam. Akan dimulakan dan diakhiri dengan bacaan ayat-ayat Al Quran dan doa. Pegawai istana seperti imam sangat penting di majlis-majlis perayaan di istana e. Pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid – lelaki akan menerima 2/3 bahagian berbanding perempuan yang akan mendapat 1/3 bahagian selaras dengan hukum syarak yang memberi keutamaan kepada pihak pemimpin iaitu lelaki. f. Sistem pendidikan berteraskan ilmu Islam seperti Al Quran, Hadis, Fardu Ain, Sirah, Nahu, Fekah dan sebagainya dapat meningkatkan lagi pemahaman masyarakat Melayu berkaitan agama. Pusat pengajian di peringkat rendah, menengah dan tinggi dan istana, surau, masjid serta sekolah pondok menjadi pusat pendidikan

g.

Pengaruh Islam dalam bidang kesenian seperti ukiran di dinding masjid, kubah, mimbar, mihrab, menara azan dsb. Terdapat tulisan dan ukiran bercorak bunga dan geometri serta ayat-ayat Al-Quran pada bangunan atau rumah h. Kesusasteraan – buku-buku, hikayat dan puisi yang diambil daripada Tanah Arab dan diterjemahkan seperti Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah. Kemunculan tokoh-tokoh ilmuan Nusantara seperti Nuruddin Al Raniri, Hamzah Fansuri, i. Abdul Rauf Singkel dan Shamsudin Al Sumaterani. Ekonomi a. Mengamalkan muamalat yang diterapkan oleh Islam seperti melarang riba, penipuan, dan penyelewengan dalam sukatan dan timbangan b. Menekankan

Mewajibkan zakat harta, tanaman, haiwan, emas perak dan zakat Fitrah.

c.

konsep sedekah dalam kehidupan untuk membantu orang miskin.

KESIMPULAN Pengaruh agama Islam banyak diterapkan salam system pemerintahan TM. Hal ini membantu pemerintah menjalankan pemerintahan dengan baik. Demikian juga dengan soal sosial , Islam dapat menyatukan masyarakat TM dan meningkatkan nilai moral dan akhlak.

SOALAN 7 Bincangkan pelbagai bentuk kepercayaan dalam kehidupan masyarakat bumiputera Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak. PENGENALAN Bentuk-bentuk kepercayaan dan agama tidak dapat dipisahkan. Amat berkesan ke atas segala tindak-tanduk manusia dalam kehidupan. Sukar untuk dikesan perbezaan yang nyata dalam kepercayaan dan keagamaan

7| 08

Layh’s /smkbm

.

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

masyarakat Melayu. Walaupun Islam telah memberi kesan yang besar kepada masyarakat Melayu dalam semua aspek kehidupan ,tetapi kepercayaan animisme dan pengaruh ajaran Hindu Buddha (HB) masih diamalkan. Isi Kepercayaan Animisme a. Kepercayaan kepada makhluk-makhluk halus atau kuasa ghaib yang mempunyai semangat b. Benda hidup/ tidak hidup mempunyai roh dan semangat seperti gunung, pokok besar, batubatu besar, sungai dsbnya. i. Makhluk halus seperti jin ,hantu, penunggu dsb boleh memberi kesan baik seperti rezeki, kesihatan dan keharmonian, sebaliknya seperti malapetaka dan bencana. ii. Mengadakan upacara pemujaan seperti puja pantai, semangat padi, main puteri, main dewa, memutus ubat dan sebagainya untuk mengelakkan bencana atau meminta pertolongan iii. Ada kaitan dengan kehidupan masyarakat Melayu tradisional seperti menanam padi, turun ke laut, masuk hutan dan mengubati penyakit iv. Upacara ini dipercayai boleh menjamin keselamatan mereka, kesuburan tanah, hasil tanaman dsb. v. Memerlukan orang perantaraan di antara manusia dengan kuasa ghaib atau makhluk halus kerana manusia biasa tidak mampu berhubung dengan mereka. vi. Orang perantaraan ini ialah bomoh, dukun atau pawing yang berperanan untuk menenteramkan kuasa ghaib daripada mengganggu anak-anak kecil, perempuan bersalin, orang sakit dsb.Mereka percaya kepada keramat ,azimat dan tangkal. vii. Mengamalkan jampi serapah, limau purut, kain kuning, telur, bunga-bungaan ,senjata tradisional dsb. viii. Alat-alat muzik yang mempunyai kaitan dengan kuasa ghaib diasap dengan kemenyan dan sirih dan disimpan di tempat yang tinggi dan dijaga dengan sempurna.

2.

Kepercayaan animisme di SarawaK a. Orang Melanau percaya hantu tertentu menyebabkan penyakit. b. Hantu yang menyebabkan sakit perut dan kejang, hantu langit membawa sakit kepala dan demam, hantu gurun mendatang bengkak dan lenguh sendi tangan.

.

Kepercayaan Animisme di Sabah a. Orang Illanun percaya penyakit ada kena-mengena dengan syaitan. b. Percaya ilmu batin dan perkara ghaib seperti ilmu palimun ( ghaib ), kublak ( kebal ), dualatut ( dipukul tidak rasa sakit ), mabagar ( kuat ), pagawang ( menakutkan musuh dengan suara. c. Percaya adanya jimbaran ( orang belaan ) atau kemasukan apok-apok ( lintasan ) d. Terdapat upacara menjamu hantu bagi mengelakkan ditimpa penyakit. e. Orang Murut percaya kepada Aki Kopuno ( dipercayai berkuasa dalam segala hal ) f. yang dianggap dapat menolong menyelesaikan masalah. g. Bomoh Babalion menjadi perantaraan antara manusia dengan Aki Kopuno.

.

Pengaruh agama Hindu Buddha a. Pemerintah sebagai wakil tuhan b. Konsep devaraja c. Panggilan Betaraguru , Dewata Mulia Raja dan Maha Vishnu d. Pengaruhnya terdapat dalam perkahwinan, adat istiadat Melayu lama, pantang larang dsb. Pengaruh Islam a. Konsep tauhid, keesaan tuhan dan keimanan. b. Pemerintah merupakan khalifah Allah

8| 08

Layh’s /smkbm

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

c. Amalan adat istiadat yang membayangkan pengaruh Islam. Akan dimulakan dan diakhiri dengan bacaan ayat-ayat Al Quran dan doa. d. Pengaruh Islam dalam bidang kesenian seperti ukiran di dinding masjid, kubah, mimbar,mihrab, menara azan dsb. Terdapat tulisan dan ukiran bercorak bunga dan geometri serta ayat-ayat Al-Quran pada bangunan atau rumah Kesimpulan Amalan kepercayaan dan agama telah membentuk sistem sosial mereka. Agama Islam mengubah sebahagian besar amalan kehidupan mereka. Namun masih ada amalan animisme dan pengaruh HB yang masih kekal dan diamalkan sehingga kini.

SOALAN 8 Bincangkan golongan yang diperintah dan tanggungjawab mereka terhadap pemerintah. Pengenalan Secara umumnya masyarakat Melayu tradisional merupakan sebuah masyarakat feudal dan bercorak hierarki yang dapat dibahagikan kepada 2 golongan iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat biasa yang merdeheka dan hamba. Mereka merupakan kelas bawahan yang tetapi bilangannya adalah banyak. Namun rakyat mempunyai kuasa mobiliti yang tersendiri yang tidak dapat disekat oleh golongan pemerintah. Isi Rakyat Biasa a. Rakyat biasa yang bermastautin tetap dan menjadi pengikut setia kepada pembesar yang mentadbir daerah dan jajahan b. Ketaatan kepada sultan ialah mutlak dan tidak berbelah bagi. Mereka rela dengan amalan sistem serah seperti bekerja di tanah pembesar tanpa mendapat upah dan sistem kerah seperti menjadi bala tentera dan mendirikan istana c. Dalam bidang ekonomi mereka menjalankan kegiatan bertani, berdagang, menangkap ikan, melombong dan menjadi tukang mahir. Tiada dorongan perubahan diri untuk bekerja keras dalam bidang ini kecuali kerja-kerja demi kepentingan raja. d. Rakyat biasa sesebuah kampung sesalu mempunyai pertalian kekeluargaan dan mengamalkan tradisi hidup secara bergotong-royong, bekerjasama dan bermuafakat. Amalan ini mewujudkan keharmonian dan membantu pembesar mentadbir sesebuah daerah atau kampung itu dengan lebih teratur dan berjaya Orang Asing a. Merupakan orang bukan Melayu dan datang ke Tanah Melayu hanya untuk tujuan tertentu. Tinggal sementara sahaja dan akan pulang ke negara asal setelah urusan mereka selesai. b. Terdiri daripada pedagang, perantau, santeri ( orang merantau kerana menuntut ilmu ) dan mubaligh.

c. Rakyat asing boleh dibahagi kepada 2 kumpulan i. melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan sosial seperti menjadi tentera upahan dan kebanyakan mereka berasal daripada Jawa dan Pasai.

9| 08

Layh’s /smkbm

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

ii. melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti peniaga runcit, pemborong dan pelombong. d. Masyarakat Tamil Islam merupakan kumpulan yang paling ramai dan mereka hidup bebas dan bergaul dengan penduduk peribumi e. Rakyat asing ini tidak diwajibkan mengamal dan mematuhi tradisi kebudayaan tempatan. Walaupun demikian mereka masih tertakluk kepada undang-undang dan peraturan tempatan. Hamba a. b.

Terbahagi kepada hierarki yang berbeza taraf kedudukan antara mereka. Antara jenis hamba: • Hamba raja ( biduanda )– paling tinggi kedudukannya. Akan dibebaskan dengan kerelaan raja. • Hamba Abdi – hamba tawanan, hamba diranggah, hamba habsyi, hamba hulur, hamba serah, dan anak hamba. • Hamba berhutang – orang berhutang, anak emas, hamba waris, hamba bayar. • Hamba abdi dan hamba berhutang akan berkhidmat untuk tuannya sebagai pengikut c. manakala sebahagiannya akan terlibat dengan pekerjaan dalam rumah. d. Antara peranannya: • menyediakan tenaga kerja manusia bagi melakukan pelbagai aktiviti dalam masyarakat. • menyumbang tenaga bagi menambah harta tuan • menjadi pegawai kepada tuannya • menjadi lambing ketinggian taraf sosial golongan yang memiliki hamba. Kesimpulan Golongan yang diperintah memberikan ketaatsetiaan yang sepenuhnya kepada pemerintah sama ada sultan ataupun pembesar.Manakala golongan pemerintah akan memberikan kepimpinan dan keselamatan kepada rakyat. Di sinilah wujudnya hubungan timbal balik di antara golongan pemerintah dan yang diperintah.

SOALAN 9 Sebelum kedatangan British masyarakat Melayu tradisional mengamalkan ekonomi sara diri. Sejauh manakah kenyataan ini benar. Pengenalan Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bersifat pelbagai iaitu sara diri, separa sara diri, ekonomi komersial dan perdagangan. Sistem ekonomi sara diri dijalankan oleh hampir semua negeri Melayu, sistem ekonomi separa diri dijalankan di Kedah dan Perlis, kegiatan ekonomi komersial dijalankan di Johor dan negeri-negeri Selat serta aktiviti perdagangan. Isi Tidak bersetuju dengan soalan kerana masyarakat Melayu tradisional tidak menumpukan kepada ekonomi sara diri sahaja. Ekonomi sara diri a. Bermaksud hasil pengeluaran digunakan untuk memenuhi keperluan sendiri sahaja. Lebihan pengeluaran akan ditukar dengan barang-barang keperluan lain. b. Mengamalkan ekonomi sara diri disebabkan beberapa faktor i. Alat-alat tradisional digunakan seperti parang, cangkul, tenggala. ii. Saiz tanah kecil

10 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

iii. tenaga buruh tidak mahir a. Hasil pengeluaran adalah rendah dan cukup untuk menampung keperluan keluarga sahaja. b. Antara kegiatan yang dijalankan ialah pertanian ,iaitu padi sawah di Kedah, Kelantan dan Melaka dan padi bukit di lereng-lereng bukit oleh orang Asli. c. Tanaman sampingan seperti pisang, ubi kayu, keledek, tebu, sireh yang ditanam di sekeliling. d. Menternak binatang seperti ayam, itik, lembu, kambing, kerbau untuk bekalan makanan dan bekerja di sawah. e. Meramu seperti mengumpul damar, rotan, buluh , ubat-ubatan. f. Menangkap ikan air tawar dan air masin. Ekonomi Separa Sara Diri a. Terdapat di Kedah dan Perlis. Hasil pengeluaran padi dijual ke negerinegeri lain contohnya Pulau Pinang. b. Tanah dimiliki oleh sultan dan rakyat dibenarkan untuk mengerjakan tanah tersebut. Pertanian Komersial a. Di Johor sistem kangcu dijalankan. 1840an orang Cina dibawa masuk untuk mengerja ladang gambir dan lada hitam. b. Mereka diberi Surat Sungai iaitu hak untuk menanam lada hitam dan gambir di sepanjang sungai. Hasil dipasarkan melalui Singapura. c. Tanaman kopi secara besar-besaran di Selangor, Perak, N. Sembilan dan Johor oleh pedagang Eropah. Perlombongan a. Diusahakan oleh pembesar-pembesar Melayu dengan menggunakan buruh-buruh Cina seperti di Taiping, Larut, dan Sungai Ujong. b. Terdapat perkongsian antara pembesar Melayu dengan taukeh-taukeh Cina untuk memajukan perlombongan bijih timah contohnya Ngah Ibrahim dengan ketua kongsi gelap Perak. Perdagangan Antarabangsa a. Berpusat di Melaka dan Pulau Pinang sebelum diambil alih oleh Singapura selepas tahun 1820an. b. Menyebabkan orang Melayu terdedah kepada sistem ekonomi kapitalis. c. Juga dijalankan di Terengganu pada tahun 1830. Kesimpulan Ini membuktikan masyarakat Melayu tradisional tidak hanya mengamalkan ekonomi sara diri sahaja. Kesan daripada perkembangan ekonomi telah menghapuskan sistem barter dan digantikan dengan sistem mata wang.Pengenalan sistem sukatan barangan bertujuan untuk memudahkan sistem perdagangan. Perkembangan ekonomi Tanah Melayu membawa kepada kewujudan masyarakat majmuk.

SOALAN 10 Pengenalan ekonomi komersial telah membawa perubahan besar kepada struktur masyarakat tempatan di T.Melayu pada abad ke 19. Pengenalan Kedudukan ekonomi Tanah Melayu lebih bersifat sara diri sebelum kedatangan British meskipun terdapat aktiviti-aktiviti ekonomi bersifat komersial yang dilakukan dalam skala yang kecil dan membabitkan golongan pemerintah. Sistem ekonomi komersial diperkenalkan oleh barat telah membawa perubahan besar kepada perkembangan struktur masyarakat di T.Melayu. 11 | Layh’s /smkbm 08

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

Isi 1. Pengenalan sistem ekonomi komersial sangat berkait rapat dengan kemasukan pelabur asing, pelaburan modal, penggunaan teknologi baru, pengenalan tanaman baru dsb membawa kepada peningkatan taraf hidup masyarakat tempatan. 2. Kemasukan imigran asing terutama dari India dan China mempunyai kaitan langsung dalam bidang perlombongan bijih timah dan pertanian seperti getah, tebu dan sebagainya. 3. Wujud masyarakat majmuk. 4. Dasar pecah dan perintah British menyebabkan masyarakat dikenali berdasarkan pekerjaan mereka dan lokasi tempat tinggal dan bekerja. 5. Wujud pendidikan vernakular yang mengasingkan pendidikan Melayu, Cina, India dan 6. Mubaligh daripada segi bahasa pengantar, guru, sukatan pelajaran dan buku. 7. Budaya yang pelbagai mengikut kaum seperti penggunaan bahasa pertuturan, adat resam, sambutan perayaan, agama, kesenian, cara berpakaian dsb. 8. Kewujudan amalan kongsi gelap dalam masyarakat Cina yang menyebabkan timbulnya masalah pergaduhan dan keganasan. Amalan sistem kasta dalam masyarakat India. 9. Pertambahan penduduk Tanah Melayu. 10. Masalah penyakit tropika yang dibawa dari negara asal imigran Kesimpulan Pengenalan ekonomi komersial sama ada dalam bidang pertanian mahupun perlombongan menjadi faktor penting yang mengubah struktur masyarakat di T. Melayu. Satu rumpun bangsa menjadi sekurangkurangnya tiga bangsa yang berbeza iaitu Melayu, Cina dan India. Sistem pendidikan dijadikan sebagai alat untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum yang akhirnya menerima proses asimilasi.

Tema 2 TRANSFORMASI MASYARAKAT SOALAN SATU : Bincangkan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara tahun 1897-1909 yang membawa kepada perluasan kuasa Inggeris di Negeri-negeri Melayu Utara. Pengenalan ; 1. Perjanjian Burney 1826 telah berjaya menyelamatkan negeri-negeri Melayu Utara daripada perluasan kuasa Siam. Walaubagaimanapun perjanjian ini merupakan permulaan kepada campurtangan kuasa British di Tanah Melayu. 2. Inggeris meluaskan kuasa di Negeri-negeri Melayu melalui tiga perjanjian: Perjanjian Sulit (1897), Perjanjian Inggeris Siam (1902) dan Perjanjian Bangkok (1909). 1. a.

Isi Perjanjian Sulit Inggeris-Siam(1897) Sebab: i. Khabar angin Prancis merancang membina terusan melintasi Segenting Kra untuk memudahkan perjalanan antara Indo-China dengan Eropah. ii. Terusan ini akan mengacam perdagangan British dan kedudukan Singapura. iii. Untuk mengelakkan perluasan kuasa Perancis di Siam dan NNMU. iv. British mengadakan perundingan sulit dengan Siam pada tahun 1897.

12 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

.

.

smkbm

Syarat-syarat: i. British mengiktiraf kedaulatan Siam terhadap mana-mana wilayahnya di selatan garis lintang 11 darjah Utara kepada kuasa lain. ii. Siam berjanji tidak akan memberi konsensi perdangan kepada mana-mana kuasan asing tanpa persetujuan kerajaan British. iii. British berjanji akan membantu Siam sekiranya di serang musuh. c. Kesan-kesan i. Menandakan satu dasar Inggeris yang aktif terhadap NNMU ii. NNMU akan dipengaruhi oleh kedua-dua kuasa British dan Siam. 2. Perjanjian/Pengistiharan Inggeris-Siam 1902. i.

a. Sebab: Kebimbangan campur tangan kuasa asing. • Contoh: Jerman-Pulau Langkawi, Rusia-Ujong Selang (Pulau Phuket), AmerikaTerengganu. • Walaupun Perjanjian Sulit 1897 di tandatangani antara Sian dengan British. British masih bimbang Siam tidak berupaya mempertahankan negerinya daripada pencorbohan asing. ii. Peranan Frank Swettenham • F. Swettenham memberi perlindungan kepada Sultan Mahmud IV dari Kelantan daripada di ancam oleh Siam. iii. Kegiatan R W Duff di Kelantan • 1900 Sultan Kelantan menyerahkan tanah seluas 7770 km persegi kepada Duff (British) • Sebagai balasannya Sultan Kelantan menerima wang tunai dan saham dalam syarikat Pembangunan Duff. • Siam tidak mengesahkan hak milik Duff dan Duff tidak mengindahkan tuntutan pertuanan Siam ke atas Kelantan. • Duff mengugut akan mempelawa Jerman menyokong tuntutannya jika British enggan membantunya. • British berunding dengan Siam agar mengesahkan konsesi Duff agar menghalang Duff daripada meminta bantuan luar. • Swettanham mendesak Siam mengesahkan konsesi Duff. Sekiranya Siam tidak bersetuju British akan menyokong Kelantan dan Terengganu dalam tuntutan mereka mendapatkan kemerdekaan. • Ugutan British menyebabkan Siam terpaksa menerima cadangan Swettanham. c. Syarat-syarat a. Siam diberi kuasa melantik penasihat dan penolong British di negeri-negeri tersebut. b. Siam akan menguasai hubungan luar Kelantan dan Terengganu. d. Kesan-kesan a. Sultan Kelantan dan Terengganu mendakwa mereka tidak dibawa berunding Mengenai pengistiharan itu. Sultan Terengganu enggan mengakui pengistiharan itu. b. Pengaruh British ke atas Kelantan dan Terengganu semakin kukuh. PERJANJIAN BANGKOK 1909 a. Sebab-sebab i. Pakatan Inggeris – Perancis 1904. ii. Kebimbangan campurtangan asing yang lain. iii. Pembatalan hak-hak wilayah asing.

13 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

iv. Masalah kewangan Siam.

.

c.

Syarat-syarat i. Siam telah menyerahkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris. ii. Inggeris pula akan menyerahkan hak wilayah asingnya di Siam. iii. Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897 dibatalkan. Kesan: i. NNMU berpindah tangan dari Siam ke Inggeris. ii. Penerimaan seorang penasihat Inggeris di NNMU. iii. Menetapkan sempadan antara Siam dengan Tanah Melayu. iv. Menjamin Inggeris menjalankan dasar monopoli perdagangan di Tanah Melayu. Kesimpulan: Inggeris berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu kecuali Johor yang hanya dikuasai pada tahun 1914.

SOALAN DUA : Huraikan tentang Perjanjian Inggeris Belanda 1824 dan implikasinya terhadap Negerinegeri di Tanah Melayu. Pendahuluan : Perjanjian Inggeris-Belanda termeterai akibat perebutan kawasan perdagangan yang strategic antara pihak British dengan Belanda . British telah membuka pengkalan baru iaitu Singapura bagi menyaingi Belanda. Akibatnya Belanda membawa Singapura di bawah kuasanya. Demi kepentingan ekonomi dan mengelakkan pertelingkahan dengan Belanda, British telah menanda tangani perjanjian ini pada tahun 1824. Isi: Syarat Perjanjian Inggeeris-Belanda 1824. 1. Pembahagian wilayah takluk masing-masing. Belanda mengiktiraf Singapura sebagai hak milik British dan bersedia melepaskan segala tuntutannya ke atas Singapura. Belanda juga bersetuju menyerahkan semua loji/pusat perdagangannya di India, di samping penyerahan Melaka dan segala jajahan takluk di utara Singapura kepada British. Belanda berjanji tidak akan membuka sebarang petempatan atau membuat perjanjian dengan pembesar tempatan. British bersetuju menyerahkan Bangkahulu dan semua kawasan Syarikat Hindia Timur di Sumatera kepada Belanda. British juga berjanji tidak akan membuka petempatan atau membuat perjanjian dengan pembesar tempatan . Kedua-dua pihak juga bersetuju menduduki tempat tersebut jika mana-mana pihak berundur daripada salah satu kawasan dan setiap wilayah tidak boleh diserahkan kepada kuasa asing. 2. Menghadkan kawasan perdagangan bagi kedua-dua pihak. Belanda diberikan monopoli ke atas kepulauan rempah sahaja. Dan kedua-dua pihak bersetuju mengamalkan dasar perdagangan bebas. Manakala perjanjian bijih timah antara Belanda dengan Selangor, Perak dan Kedah berakhir. Belanda tidak akan menganiaya pedagang-pedagang British dengan mengenakan cukai yang tinggi. Masyarakat peribumi dibenarkan berhubung secara bebas dengan pelabuhanpelabuhan kedua-dua pihak di samping bekerjasama menghapuskan kegiatan lanun. Belanda membayar hutangnya sebanyak 100,000 pound kepada British dan kedua-dua pihak bersetuju tidak akan menandatangani sebarang perjanjian dengan negeri-negeri tempatan yang boleh menjejaskan perdagangan pihak lain. Kesan-kesan Perjanjian Inggeris Belanda: 1. Kepulauan Melayu dibahagi kepada dua iaitu Singapura dan kawasan utaranya Terletak di bawah naungan British, manakala kawasan di Selatan Singapura di bawah naungan Belanda.

14 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

2. British bebas meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu tanpa gangguan mana-mana pihak. Melalui perjanjian ini, British mempunyai tiga buah penempatan iaitu Pulau Pinang, Singapura dan Melaka yang akhirnya dikenali sebagai Negeri-negeri Selat pada 1863. 3. Perpecahan empayar Johor yang dahulunya terdiri daripada kepulauan Riau –Lingga di bawah pemerintahan Sultan Husin(pengaruh British) dan kepulauan Riau-Lingga di bawah pemerintahan Sultan Abdul Rahman (pengaruh Belanda). Pahang telah membebaskan diri daripada empayar Johor dan diperintah oleh keluarga bendahara. 4. Perdagangan Singapura semakin berkembang maju. Kesimpulan: Perjanjian ini membawa keuntungan kedua-dua pihak kerana pembahagian kawasan,wilayah dan perdagangan yang lebih jelas. Perdagangan kedua-dua pihak semakin maju dan dapat mengelakkan perebutan kawasan yang berlaku sebelumnya.

SOALAN TIGA : Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada abad ke – 20. Pengenalan: 1. Maksud masyarakat majmuk : Menurut J.S Furnivall – pelbagai kaum mempunyai budaya,agama ,bahasa dan adapt resam yang tersendiri. 2. Walaupun berada di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka berasingan. 3. Masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar penjajahan yang menggalakkan penghijrahan mengikut keperluan ekonomi. 4. Orang Melayu yang asli merupakan penduduk asal tanah Melayu. 5. Kedatangan imigran dari Negara China dan India memenuhi keperluan ekonomi menyebabkan pembentukan tiga kaum utama di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan India. ISI:

1. Dasar British. British menggalakkan kemasukan buruh India dan Cina untuk kepentingan perkembangan sector perladangan dan perlombongan . Kehadiran mereka telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. 2. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menyebabkan Kemasukan buruh dari china dan India. Keadaan ekonomi dan politik yang tidak tenteram seperti berlaku Pemberontakan Taiping dan pemberontakan Boxer yang menyebabkan ribuan Nyawa terkorban. Keadaan ekonomi yang buruk seperti pertambahan Penduduk yang pesat , kekurangan makanan, bencana alam seperti banjir Kemarau dan gempa bumi yang sering berlaku memusnahkan banyak nyawa Dan harta benda telah menjadi factor penolak untuk berhijrah ke Tanah Melayu. Perkembangan ekonomi yang pesat dan pertapakan modal asing di Tanah Melayu terutamanya dalam sector perlombongan bijih timah telah menarik Minat orang Cina ke Negara ini. Penghijrahan kaum India pula adalah disebabkan masalah ekonomi dan social Seperrti pertambahan penduduk yang pesat dan tidak seimbang dengan Keluasan tanah pertanian , bencana alam seperti banjir, kemarau , kebuluran

15 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

Yang kerap berlaku dan merebaknya wabak penyakit telah mendorong Mereka berhijrah ke Negara ini. Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad Ke-20 meningkatkan keperluan tenaga buruh. Akibat perkembangan revolusi Perindustrian, permintaan tenaga buruh semakin tinggi dan dasar British Yang menggalakkan kemasukan buruh-buruh India telah menarik minat Mereka ke negara ini. Kegiatan ekonomi yang berbeza antara kaum, iaitu orang Cina bekerja sebagai Pelombong , orang India bekerja sebagai pekerja ladang dan buruh jalan raya Dan jalan kereta api. Manakala orang Melayu kekal sebagai nelayan dan petani

3. Kawasan penempatan yang berbeza seperti orang Cina tinggal di lombong- lombong bijih timah yang kemudiannya berkembang menjadi Bandar seperti ipoh, Taiping , Kuala Lumpur dan Seremban. Manakala orang India tinggal di kawasan ladang getah yang terpencil daripada orang Cina dan Melayu. Masyarakat Melayu pula tinggal di kampong-kampung di luar Bandar. Penempatan yang berbeza ini menyebabkan mereka tidak berhubung antara satu sama lain. 4. Agama – Setiap kaum mengamalkan agama yang berbeza dan rumah ibadat yang berbeza. Orang Cina dan India membawa bersama agama mereka ke kawasan petempatan baru tersebut. Mereka juga membina rumah ibbadat di kawasan penempatan mmasing-masing. Orang Melayu beragama Islam , orang India sebahagian besarnya beragama hindu manakala orang Cina pula beragama Budha.

5. Pendidikan/persekolahan – Pendidikan juga berbeza mengikut suku kaum. Pendidikan Cina untuk orang Cina , buku-buku dan guru-gurunya juga dibawa dari cina . Kebanyakan sekolah Cina dibina di kawasan perlombongan yang kemudiannya menjadi Bandar. Sekolah tamil pula dibina untuk anak-anak kaum India yang tinggal di kawasan ladang getah . Buku –buku dan guru-gurunya dibawa dari India. Manakala Pendidikan Melayu hanya untuk orang Melayu. Perbezaan ini telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. 6. Sosio budaya – Setiap kaum Cina, India dan Melayu mengamalkan cara hidup yang berbeza . Bagi Cina dan India , mereka mengekalkan amalan sosio budaya mereka seperti pakaian, bahasa dan budaya. Di samping itu, wujud pertubuhan di petempatan masing-masing yng kegiatannya berdasarkan kepentingan sesuatu kaum. Perkembangan ini menyebabkan masyarakat Cina , India dan Melayu hidup sebagai sebuah masyarakat tersendiri. Kesimpulan: Pembentukan masyarakat majmuk secara tidak langsung telah mempengaruhi dan mengubah system social di Tanah Melayu yang akhirnya mewujudkan jurang perbezaan antara kaum. Walaupun ketiga-tiga kaum ini tinggal di Negara yang sama tetapi masih mengekalkan identity masing-masing dan mengamalkan tradisi tersendiri tanpa mengasimilasikan budaya antara satu sama lain.

SOALAN EMPAT : Analisiskan sebab-sebab berlaku pemindahan Pentadbiran Negeri-negeri Selat dari Kerajaan di India ke Pejabat Tanah Jajahan London ,1867. Pendahuluan : 1. Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Inggeris memiliki Pulau Pinang , Melaka dan Singapura. Pada tahun 1826, ketiga-tiga unit pentadbiran ini disatukan dan dijadikan pusat pentadbiran Negeri-negeri Selat.

16 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

2. NNS ini ditadbir secara langsung oleh Gabenor Jeneral di India di bawah pentadbiran syarikat Hindia Timur Inggeris berpusat di Culcutta. 3. Walau bagaimana pun kerajaan tempatan tidak diberi galakan dalam pentadbiran dan kakitangan pentadbiran awam pula terdiri daripada mereka yang tidak berpengalaman. Kerajaan di India pula sering berusaha untuk mengurangkan tuntutan pentadbiran tempatan untuk mengurangkan perbelanjaan. 4. Pertelingkahan ini berakhir selepas 1867, apabila pentadbiran NNS berpindah ke Pejabat Tanah Jajahan di London. Isi: 1. Sikap Gabenor Jeneral di India yang lebih mementingkan India daripada Negeri-negeri Selat . • Pelabuhan Singapura dianggap kurang penting selepas pembukaan Hong Kong 1832. • Kedudukan NNS dianggap terlalu jauh dari India. • Masalah-masalah di NNS berbeza dengan masalah di India. • Para pentadbir yang dihantar dr India tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu/Cina. 2. Ketiadaan Perwakilan Tempatan. • Undang-undang NNS yang digubal oleh Majlis Perundangan di Culcutta tidak sesuai dengan keadaan tempatan yang berbeza dengan India atau England. • NNS memhon supaya ditubuhkan satu majlis perundangan yang terdiri daripada wakil-wakil tempatan. 3. Cukai Pelabuhan dan akta mata wang. • Cukai pelabuhan diperkenalkan oleh Kerajaan India untuk mengimbangi • Belanjawan Negeri-negeri selat. Keadaan ini menyebabkan berlakunya bantahan keras daripada golongan saudagar Inggeris. • Mata wang India, Rupee dijadikan sebagai mata wang rasmi di NNS(1855). Golongan saudagar tidak bersetuju kerana mengaggap mata wang dollar yang digunakan sebelum ini dianggap lebih sesuai berbanding rupee. 4. Masalah-masalah Sosial. • Kerajaan India gagal untuk menyelesaikan masalah-masalah social seperti kegiatan lanun dan kongsi gelap yang berleluasa di NNS 5. Pembuangan Banduan : • Pihak berkuasa di Culcutta menjadikan NNS(Singapura) sebagai tempat pembuangan banduan. (Selepas 1824) Keadaan ini telah dibantah keras oleh golongan saudagar yang diketuai oleh W. H Reed. • Pembuangan banduan dianggap boleh menjejaskan nama baik Singgapura dan membbahayakan nyawa mereka. 6. Masa depan Perdagangan. • Sikap sambil lewa pihak berkuasa di Culcutta menyebabkan masalah persaingan di antara kuasa-kuasa asing timbul semula. Contoh : Belanda ,Peranchis, Indo China , Jerman dan Sepanyol. • Keadaan ini sangat membimbangkan saudagar-saudagar Inggeris di NNS. 7. Dasar tidak campur tangan di Tanah Melayu. • Dasar tidak campurtangan di tanah Melayu dianggap merugikan golongan saudagar di NNS yang berminat untuk melabur dan mencari pasaran baru dan serta bahan-bahan mentah di Negeri Melayu. • Ketidakstabilan politik di Tanah Melayu akibat perebutan tahta dan kongsi gelap boleh menjejaskan perdagangan dan keselamatan mereka.

17 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM



smkbm

Maka, dasar campur tangan di Tanah melayu dianggap sebagai jalan penyelesaian terhadap masalah mereka.

8. Dahagi (1857) di India, telah membuktikan kelemahan Kerajaan Inggeris di India yang membawa kepada pembubaran Syarikat Hindia Timur Inggeris di India. Kesimpulan; Isu politik dan ekonomi telah digunakan dengan sepenuhnya oleh golongan saudagar di NNS dalam usaha menuntut pemindahan pentadbiran dari India ke London. Setelah berbagai-bagai usaha dilakukan oleh banyak pihak , akhirnya Parlimen British telah meluluskan akta Pemindahan pentadbiran NNS di India ke Pejabat Tanah Jajahan di London (1866). Maka pemindahan kuasa ini secara rasminya dikuatkuasakan mulai 1 April 1867.

SOALAN LIMA : Bincangkan kesan perluasan kuasa British ke atas Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai tahun1874 hingga 1921 dari segi politik. Pendahuluan : 1. sebelum 1874 , British mengamalkan dasar tidak campur tangan tetapi sedikit sebanyak telah terlibat secara tidak langsung dalam hal ehwal politik tempatan kerana kepentingan ekonomi mereka 2. Mulai 1874, British mula mengubah dasarnya demi melindungi kepentingan perdagangan saudagar negeri-negeri Selat dan beberapa factor lain seperti takutkan campur tangan kuasa asing , perubahan politik di Britain dan sebagainya. 3. Dengan menggunakan alas an-alasan tertentu British mula campur tangan di Perak, Selangor , Negeri sembilan dan Pahang. Isi: 1. Campur tangan British membawa pengenallan system Residen. 2. Sistem Residen berdasarkan konsep pemerintahan secara tidak langsung di mana Kerajaan British memerintah tanpa rasa tanggungjawab yang berat. 3. Sultan,Pembesar Melayu mengekalkan kedudukannya.Residen British di lantik untuk menasihati sultan dalam semua perkara kecuali adat istiadat dan agama Islam. Sultan dan pembesar tidak lagi berkuasa penuh di dalam pentadbiran negeri kerana terpaksa menerima nasihat Residen. 4. Majlis mesyuarat Negeri ditubuhkan untuk membincangkan pentadbiran negeri. Semua rang undangundang perlu tanda tangan sultan. 5. undang-undang tanah diperkenalkan dan pembahagian negeri kepada daerah diwujudkan. Pentadbiran daerah diletakkan di bawah jagaan pegawai daerah. 6. Mulai 1 Julai 1895, Negeri Perak, selangor , Negeri Sembilan dan Pahang digabungkan menjadi sebuah Persekutuan. 7. Persekutuan ditakrifkan sebagai ssatu system pemerintahan yang menggabungkan beberapa buah negeri bebas menjadi satu unit politik di bawah pentadbiran Kerajaan Pusat. 8. Kerajaan Pusat terletak di kuala Lumpur dan diketuai oleh seorang Residen Jeneral yang bertanggungjawab kepada Suruhanjaya Tinggi yang juga memegang jawatan jawatan Gabenor Negeri-negeri Selat. 9. Di bawah residen jeneral, terdapat 4 orang Residen yang ditempatkkan di setiap negeri Bersekutu yang menjalankan tugas seperti di bawah Sistem Residen dahulu. 10. Sultan bersetuju menerima nasihat dalam semua hal pentadbiran kecuali yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat orang melayu. 11. Persidangan Raja-raja Melayu atau Durbar ditubuhkan bertujuan membincangkan perkara-perkara untuk kepentingan bersama di antara keempat-empat sultan dan pegawai-pegawai Inggeris. 12. Fungsi Durbar mewujudkan kerjasama dan perpaduan di keempat-empat negeri Melayu dan membolehkan raja-raja Melayu menasihati kerajaan persekutuan.

18 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

13. Durbar telah dibatalkan setelah 2 kali persidangan iaitu pada tahun 1897 9kuala Kangsar) dan 1903 (Kuala Lumpur). 14. Durbar digantikan dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909. 15. Sistem persekutuan telah menimbulkan perasaan nn Persekutuan pada 1909. 16. Tujuan majlis ini adalah untuk mengurangkan kuasa Residen Jeneral, menembahkan kuasa Pesuruhjaya Tinggi, mengembalikan kuasa pentadbiran dan melaksanakan pembahgian kuasa perundangan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. 17. Perlaksanaan Majlis Mesyuarat Persekutuan membawa kepada pemusatan kuasa di tangan Pesuruhjaya Tinggi yang menjadi Presiden Majlis dan mempunyai kuasa pembatal. 18. Kuasa dan kedaulatan raja-raja terjejas kerana baginda menjadi ahli biasa dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan dan terpakasa berbahas dengan rakyat biasa dalam mesyuarat yang dijalankan. Kesimpulan: 1. Walaupun peoses pembahagian kuasa berlaku tetapi kuasa raja-raja Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu masih berkurang berbanding dengan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. 2. Sistem Pentadbiran Tradisional digantikan dengan pentadbiran British.

SOALAN ENAM: Jelaskan sebab-sebab pengagihan kuasa pusat (desentralisasi) dan langkahlangkah ke arahnya di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sehingga tahun 1939. Pendahuluan: 1. Menurut L.A.Mills, desentralisasi didefinasikan sebagai “Ia melibatkan pemulangan kuasa pentadbiran, perundangan dan kewangan secara berperingkat oleh keraja pusat kepada kerajaan negari. Pada masa yang sama juga, kerajaan pusat mengekalkan 2. kuasa yang cukup untuk menjaga keselarasan pentadbiran dan kestabilan kewangan”. 3. Pembentukan Persekutuan 1896 telah mewujudkan satu system pemusatan kuasa yang 4. Keterlaluan di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Semua hal-ehwal pentadbiran 5. Ditadbirkan dibawah Jabatan-jabatan Persekutuan di Kuala Lumpur. 6. Dasar desentrlisasi disifatkan sebagai satu usaha untuk mengurangkan kuasa kerajaan 7. Pusat dengan cara mengembalikan sebahagian daripada kuasa itu kepada kerajaan Negeri. Isi: Sebab-sebab pengagihan Kuasa Pusat 1. Rasa tidak puas hati sultan-sultan - Sultan-sultan telah kehilangan kuasa-kuasa politik, kedudukan mereka seperti patung sahaja. Di samping itu juga Majlis Mesyuarat Negeri juga tidak mempunyai kuasa ke atas perbelanjaan awam, melantik, menukarkan atau memecat pegawai dan menetapkan gaji tanpa persetujuan daripada Residen Jeneral atau Gabenor. 2. Penyatuan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.- Hasrat Inggeris untuk menggabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekut dengan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah satu unit pentadbiran. Raja-raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor enggan menyertai persekutuan tersebut kerana Raja-raja bimbang dengan penyertaan mereka dalam persekutuan akan menyebabkan mereka akan kehilangan kuasa politik seperti apa yang terjadi kepada Raja-raja Negeri Melayu Bersekutu. Inggeris berharap dengan dasar desentralisasi akan dapat menarik Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu untuk menyertai persekutuan. 3. Kemelesetan ekonomi dunia tahun1920-an - Bertujuan untuk memulihkan keadaan kewangan yang merosot di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Keadaan ini bertambah meruncing apabila harga getah dan bijih timah jatuh sehingga membawa kepada berlakunya krisis kewangan pada tahun-tahun 1921-1923. Disamping itu kerajaan Inggeris juga terlalu boros membelanjakan wang dengan membayar gaji yang tinggi kepada para pegawai Inggeris. Dengan pengagihan kuasa kepada negeri-negeri

19 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

masing-masing maka perbelanjaan kerajaan pusat akan berkurangan kerana pentadbir-pentadbir yang berkhidmat dalam sesebuah negeri itu akan dibiayai oleh kerajaan negeri sendiri. 4. Perebutan kuasa antara Rasiden Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi. – Sir Lawrence Guillemard (Persurujaya Tinggi) dengan Sir George Maxwell (Rasiden Jeneral) telah membantut pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Pengagihan kuasa kerajaan Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri kuasa Rasiden Jeneral akan dapat dikurangkan. 5. Sokongan orang Melayu untuk memperimbangi sikap anti-Inggeris. - Bertujuan Untuk menyekat kegiatan politik yang bersikap anti-Eropah di kalangan orang-orang Cina yang begitu meluas. Pelaksanaan desentralisasi akan dapat mengimbangkan kedudukan orang-orang Cina dengan orang-orang Melayu. Langkah-langkah Pelaksanaan Dasar Desentralisasi. 1. Jawatankuasa Pengagihan Kuasa Pusat di bawah Sir George Maxwell 1923 Untuk mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pengagihan kuasa pusat 2. Antara cadangannya: Kuasa Residen ditambah supaya seimbang dengan kuasa Residen Jeneral dan kuasa pengawalan beberapa jabatan dipindahkan kepada kawalan kerajaan negeri. Walaubagaimanapun cadangan ini masih mempunyai beberapa kelemahan. 3. Sir L. G telah mengemukakan beberapa cadangan baru mengenai Pengagihan kuasa pusat pada tahun 1925. 4. Cadangan-cadangan Cecil Clementi untuk mempercepatkan proses Desentralisasi. Kesimpulan: Walaupun berbagai usaha telah di lakukan oleh kerajaan British untuk melaksanakan dasar desentralisasi namun akhirnya ia tidak berjaya dilaksanakan ekoran kurangnya sokongan daripada Raja-raja Melayu dan masyarakat tempatan.

SOALAN TUJUH: Bincangkan pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah dan keluarga Brooke di Sarawak pada abad ke-19. Pendahuluan: 1. Syarikat Berpiagam Borneo utara memperkenalkan pentadbiran Barat di Sabah. 2. Keluarga Brooke menjadi pemerintah di Sarawak dengan menggunakan penduduk tempatan. Isi: Pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB) di Sabah. 1. Pentadbiran SBUB di Sabah diketuai oleh seorang gabenor yang bertanggungjawab kepada lembaga pengarah syarikat di London.Majlis penasihat ditubuhkan untuk menasihati gabenor dalam hal ehwal pentadbiran. 2. Pada peringkat awal pentadbiran SBUB Sabah dibahagikan kepada dua buah residensi sahaja. Iaitu Residensi Pantai Barat dan Pantai Timur. Pada tahun 1935, jumlah residensi bertambah menjadi 4. 3. Setiap residensi diketuai oleh seorang residen yang bertanggungjawab terhadap semua daerah dalam residensinya. Residensi pula dibahagikan kepada 10 buah daerah yang setiap satunya diketuai oleh pegawai daerah. 4. Pegawai daerah bertugas sebagai majistrate, pegawai buruh, pemungut cukai ,bendahari daerah dan ketua pentadbir semua jabatan pada peringkat daerah. 5. SBUB menghadapi masalah kekurangan modal semasa memerintah Sabah. Bagi mengatasi masalah ini SBUB telah menyerapkan system pentadbiran penduduk tempatan dengansistem pentadbiran syarikat dengan mengekalkan jawatan Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung. 6. Ketua Anak Negeri membantu pegawai daerah menjalankan pentadbiran pada peringkat daerah. Mereka diberi surat kuasa oleh SBUB untuk menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan masyarakat tempatan .Ketua Anak Negeri juga dilantik menjadi hakim di Mahkamah Anak Negeri.

20 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

7. Ketua Kampung menjalankan pentadbiran peringkat kampong. Mereka terdiri daripada orang yang berpengalaman dan berpengaruh dalam masyarakat. 8. Dalam bidang perundangan SBUB telah menggunakan dua jenis undang-undang iaitu undangundang Barat dan undang-undang tempatan. Selain itu, diwujudkan juga mahkamah majistrate yang menggunakan undang-undang Barat untuk mengendalikan kes-kes berat seperti membunuh, menculik dan merompak dan diadili oleh pegawai daerah. Pentadbiran Keluarga Brooke di Sarawak. 1. Kerajaan Sarawak diketuai oleh keluarga Brooke iaitu James Brooke, Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke yang bergelar Raja Putih Sarawak. Keluarga ini mengamalkan system pemerintahan beraja. 2. Walaupun mereka menjadi pemerintah Sarawak yang mutlak system pemerintahan tradisional masih dikekalkan dengan melantik semula pembesar-pembesar yang disingkirkan oleh Pengiran Mahkota. Brooke juga mengadakan hubungan yang rapat dengan ketua-ketua tempatan untuk memudahkan urusan pentadbiran dengan masyarakat pribumi Sarawak. 3. Pentadbiran keluarga Brooke dibantu oleh sebuah Majlis tertinggi. Tugas utama MT ialah meluluskan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan pentadbiran Sarawak. 4. Majlis Negeri jugga dibentuk untuk membawa semua ketua kaum Bumiputera dalam satu perjumpaan besar dan ketua-ketua kaum Bumiputera boleh bertukar-tukar pendapat dan menyuarakan pandangan. 5. Bagi memudahkan pentadbiran , keluarga Brooke telah membahagikan Sarawak kepada tiga bahagian kemudian ditambah menjadi lima bahagian pada tahun 1912. 6. Pemerintahan Brooke telah mengadakan sebuah Mahkamah Keadilan dan beliiau menjadi hakimnya. Pemerintah Brooke juga masih mengekalkan undang-undang tradisional bagi menyelesaikan kes-kes yang berkaitan dengan adapt resam masyarakat pribumi. 7. Pada 1941, Charles Vyner Brooke telah mengistiharkan perlembagaan bertulis yang pertama di Sarawak yang menggariskan pemerintahan sendiri kepada Sarawak. 8. Charles Vyner Brooke akan menyerahkan kuasa pemerintahannya kepada rakyat Sarawak melalui Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri. 9. Perlembagaan 1941 tidak sempat dilaksanakan kerana Jepun telah menyerang dan menawan Sarawak. Selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua , Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan British. 10. Pada 1 Julai 1946, Chharles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan British dan seorang gabenor telah dilantik untuk menjalankan pentadbiran di Sarawak. Kesimpulan: Kedua-dua pihak mempunyai pentadbiran yang terpisah dengan kerajaan British. mendapat tentangan daripada masyarakat tempatan.

Pentadbiran mereka

SOALAN LAPAN : Jelaskan sebab-sebab Kedatangan Imigran ke Tannah Melayu serta kesan-kesan sosioekonomi yang timbul. Pengenalan : 1. orang Melayu dan orang asli mrupakan penduduk asal di Tanah melayu. 2. Kehadiran kaum-kaum lain telah mempengaruhi dan mengubah system social Negara keseluruhannya. 3. Umumnya terdapat 3 kumpulan kaum utama di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India. 4. Kedatangan imigran dari Indonesia, China dan India berpunca daripada pelbagai sebab yang berlaku di Tanah Melayu dan Negara asal mereka. Isi: Sebab-sebab kedatangan. 1. Pembangunan ekonomi Tanah Melayu.

21 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

• •

smkbm

sector perlombongan bijih timah – terutama di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan yang memerlukan tenaga buruh. Sektor perladangan-getah, kopi dan lada hitam menyebabkan peningkatan keperluan tenaga buruh.

2. Dasar Pemerintahan British di Tanah Melayu. • Sistem Residen – mulai 1874 telah memulihkan keamanan di Perak, Selangor, dan Sungai Ujong yang kaya dengan bijih timah. • Kestabilan politik – menjamin keselamatan nyawa dan harta. • Pembentukan Negeri-negari Melayu Bersekutu 1896.- menjamin keamanan dan menarik kemasukan modal Eropah dalam sector perlombongan bijih timah dan pertanian. • Undang-undang baru untuk menarik masuk imigram dengan memperkenalkan Ordinan Kontrak Buruh 1882 iaitu untuk melindungai dan membaiki keadaan pekerja Cina. • Subsidi pelayaran – untuk menarik minat buruh India, British memberi subsidi pelayaran kepada mereka. • Keperluan tenaga kerja – Orang Punjabi terutama Sikh untuk perkhidmatan Polis dan Tentera, orang Tamil yang berpendidikan Inggeris dari India Selatan dan Sri Lanka untuk membina landasan kereta api. 3. Keadaan sosioekonomi Negara Asal. • Pertambahan Penduduk – tidak seimbang dengan keluasan tanah pertanian atau pengeluaran makanan. • Kemiskinan dan kebuluran – petani di India tiada tanah sendiri menyebabkan mereka terpaksa memajak tanah dengan harga tinggi atau menyerahkan 80% daripada hasil tanaman sebagai bayaran. • Bencana alam seperti banjir, kemarau, gempa bumi dan wabak penyakit menakibatkan kemerosotan hasil tanaman dan kebuluran. • Pengangguran – Punca daripada pertambahan penduduk, bencana alam dan sumber asas yang sedikit misalnya di China, Wilayah Kwangtung, Kwangsi dan Fukien. • Sistem kasta – amalan masyarakat di India yang menghalang mobility social dan ekonomi. 4. Keadaan Politik di Negara asal • Huru-hara yang berlaku di selatan China seperti pemberontakan di Kwangtung dan Kwangsi terutama pemberontakan Taiping 1850 terhadap kerajaan Mancu yang dianggap sebagai dinasti asing, • Rasuah – masyarakat Cina tidak berpuas hati dengan amalan rasuah kerajaan Mancu. Kesan-kesan Sosioekonomi 1. Masyarakat majumuk- Melayu,Cina dan India 2. Pertambahan penduduk – menjelang 1941 jumlah penduduk Cina 2,418615, Melayu 5545173, dan India 599616 . 3. Pendidikan Plural – wujud sekolah Cina, Melayu dan India. 4. Pertumbuhan Bandar dan infrastruktur seperti Taiping, Ipoh dan Kuala Lumpur. 5. Pelbagai parti politik – UMNO, MCA dan MIC 6. Tanah Melayu sebagai pengeluar utama bijih timah dan getah dunia Kesimpulan : 1. Penghijrahan imigram membawa kemajuan ekonomi Tanah Melayu terutama sector pertanian dan perlombongan. 2. Turut menimbulkan beberapa masalah social seperti kegiatan kongsi gelap, 3. Sentiman perkauman dan setinggan.

22 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

SOALAN SEMBILAN : Bandingkan perluasan kuasa asing di Sarawak dan di Sabah. Pendahuluan : Perluasan kuasa British di Sarawak bermula pada 24 Jun 1841 dengan perlantikan James Brooke sebagai raja Sarawak oleh Raja Muda Hashim iaitu wakil Sultan Brunei di Sarawak. Perlantikan James Brooke adalah untuk membalas jasa baik beliau menghapuskan pemberontakan yang dicetuskan oleh Pengiran Indra Mahkota. Isi : Sarawak : 1. 1842, James Brooke telah melawat Brunei supaya mengiktirafnya sebagai wakil baginda di Sarawak. 2. James Brooke mendapat tentangan pribumi seperti orang Iban di kawasan Seribas dan Sekiang serta Shariff Shahab seorang ketua lanun di Sadung. 3. 1843-1846 James Brooke telah melancarkan beberapa serangan ke atas petempatan pribumi dengan mendapat bantuan angkatan tentera laut British. 4. Jamees Brooke meluaskan kuasanya ke Mukah yang kaya dengan sagu. Setelah mendapat kebenaran sultan Brunei meletakkan Mukah di bawah kuasanya, James Brooke telah mendirikan kota di Sarikei dengan alas an untuk menjaga keamanan di situ. 5. 1853-1856, sultan Brunei terpaksa menyerahkan beberapa kawasan James Brooke antaranya sungai Sadong ,Saribas, Rejang, samarahan, Krian, Sekrang dan dari rejang ke Tanjung Kidurung. 6. 1890 Sultan Brunei menyerahkan kawasan Limbang kepada Charles Brooke kerana beliau mewujudkan keamanan di situ. Sabah : Perluasan kuuasa British bermula apabila seorang pegawai British yang bernama Alexender Dalrymple berjaya menandatangani perjanjian perdagangan dengan Sultan Sulu, Sultan Muizuddin pada 1761. Menurut perjanjian tersebut British diberi kebenaran mendirikan pusat perdagangan dan berniaga dalam kawasan taklukan Sultan sulu iaitu di timur Kimanis. Isi : 1. 1763 Dalrymple dibenarkan mendirikan pusat perdagangan di Pulau Balambangan. 2. 1775, petempatan British di Balambangan diserang dan dimusnahkan oleh Datu Tating , saudara Sultan Israel Sulu. 3. Kemudian John Harbet serang pegawai British yang mentadbir Balambang terpaksa membuka petempatan baru di Pulau Labuan tetapi terpaksa dibatalkan kerana pembukaannya bercanggah dengan arahan Syarikat Hindia Timur Inggeris. 4. Sebelum syarikat Berpiagam Borneo Utara, kegiatan ekonomi Sabah dijalankan oleh seorang wakil Amerika iaitu Charles Lee Morses yang mendapat konsesi ke atas kawasan pantai barat Sabah selama sepuluh tahun dengan bayaran ringgit 9500 daripada Sultan Brunei. Kemudian Morses menjualkannya kepada William Torey , seorang pedagang Amerika syarikat di Hong Kong. 5. Torey cuba memajukan dengan menanam tebu dan kopi di Kimanis tetapi tidak menguntungkan, lalu menjualkan kepada Baron Ven Overback dan Alfred Dent. 6. Overback dan Dent memperbaharui perjanjian dengan Sultan Sulu dan membentu sebuah Syarikat British supaya rakyat boleh melabur. Dent menjadi pemilik tunggal kerana Overback telah menjualkan bahagiannya kerana beliau bukan berbangsa British. 7. 1881, Piagam Diraja telah diberikan oleh Keerajaan British dan Syarikat Berpiagam Utara ditubuhkan dan meluaskan pengaruhnya dari 1881 hingga 1946. Kesimpulan : Perluasan di Sarawak lebih mendapat penentangan oleh kompulan pribumi berbanding Sabah . Manakala pentadbiran di Sabah banyak kali bertukar tangan kerana keadaan muka bumi yang kurang subur untuk pertanian.

23 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

TEMA 3 - NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA SOALAN 1 Huraikan matlamat perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu serta kaedah perjuangan mereka. Pengenalan 1. Nasionalisme di Tanah Melayu bermula awal kurun ke 20. 2. Pada peringkat awal gerakan ini dipelopori oleh golongan berpendidikan agama/ Arab. 3. Mereka menyebarkan idea reformasi dari Timur Tengah ke Tanah Melayu. ISI 1.

.

Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda i. Tokoh utama ialah Syed Sheikh Al- Hadi, Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Muhammad Taha. ii. Mendapat pendidikan di Timur Tengah iii. Menjadi pelopor kepada gerakan pemulihan Islam iaitu pengamalan ajaran Islam sebenar. Matlamat perjuangan i. Meningkatkan kemajuan orang Melayu yang beragama Islam • menuntut ilmu pengetahuan keduniaan dan akhirat ( contoh ) • menceburi bidang perniagaan walau pun secara kecil-kecilan kerana Islam menggalakkan perniagaan. • Taraf ekonomi orang Melayu dapat ditingkatkan. ii. Menyeru orang Melayu supaya kembali kepada ajaran Islam sebenar. • menentang ajaran kurafat dan bidaah yang menyeleweng daripada ajaran dan akidah Islam sebenar. • meninggalkan amalan taklid buta • mengikuti apa yang terkandung dalam al-quran dan hadis. iii. Emansipasi wanita • meningkatkan taraf wanita • wanita perlu menuntut ilmu untuk memajukan diri sendiri • tinggalkan amalan tradisi ( golongan wanita hanya dudum, k di dapur ) • membebaskan diri dan negara daripada penjajahan • bersatu memajukan diri supaya dapat menentang penjajah.

. i.

Kaedah perjuangan Secara langsung • melalui media seperti majalah dan surat khabar cth Al-Iman, Neracha, Idaran Zaman, Saudara. • melalui cerpen dan novel spt Hikayat Faridah Hanum, Hikayat Nurul Ain. ii.

Secara Tidak Langsung • • •

24 | /smkbm 08

Melalui madrasah yang dibina. Mengajar ilmu dunia dan agama Idea diterap dalam pengajaran Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

iii.

smkbm

Tentangan daripada Kaum Tua. • Terdiri darpada ulama konservatif • Memusuhi pembaharuan agama dan idea nasionalisme yang dibawa oleh kaum muda. • Percanggahan pendapat hebat dilakukan dalam khutbah-khutbah jumaat, ceramah- ceramah agama serta disiarkan dalam akhbar dan majalah • Menerbitkan majalah seperti Pengasoh, Lidah Benar dan Panduan. KESIMPULAN • Memainkan peranan dalam memupuk kesedaran. • Perjuangan tidak menampakkan kejayaan cemerlang • Mendapat tentangan daripada Kaum Tua.

SOALAN 2 Halkan faktor-faktor kemunculan parti politik UMNO pada bulan Mei 1946. Nyatakan Pencapaian – pencapaian utama parti tersebut sehingga tahun 1957. PENDAHULUAN 1. Merupakan sebuah parti politik Melayu bercorak kebangsaan 2. Usaha penubuhan bermula sejak tahun 1930an oleh parti-parti separa politik Melayu tetapi tidak berhasil 3. Perlaksanaan Malayan Union merupakan sebab utama kepada penubuhan UMNO. ISI A. Faktor penubuhan UMNO : i. Perlaksanaan Malayan Union • merugikan orang Melayu • orang Melayu bimbang kedudukan sebagai bumuputera terancam • orang Melayu tidak puas hati soal kewarganegaraan, kehilangan kuasa politik dan kuasa raja-raja Melayu. • orang Melayu bimbang tidak dapat mempertahankan institusi kebudayaan bangsa Melayu. • Dorongan Dato Onn menyatupadukan orang Melayu dengan menubuhkan UMNO untuk menentang MU ii. Kesan Pendudukan Jepun • pendudukan Jepun selama 31/2 tahun membangkitkan semangat politik orang Melayu. • orang Melayu sedar bangsa penjajah tidak boleh diharap • kesengsaraan hidup semasa zaman Jepun dan permusuhan orang Melayu dengan Cina menyedarkan orang Melayu pentingnya menubuhkan satu persatuan untuk menjaga hak istimewa orang Melayu. • pengalaman mentadbir semasa memegang jawatan sebagai pegawai daerah memberi keyakinan untuk memerintah Tanah Melayu sendiri.

i.

Peranan Akhbar • Akhbar tempatan memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran. • Akhbar seperti Majlis, Warta Malaya dan Utusan Melayu menyeru orang Melayu bersatu menentang MU

i.

Kewujudan Persatuan Separuh Politik Melayu

25 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm



golongan intelektual Melayu berpendidikan Inggeris dan Melayu telah menubuhkan persatuan separuh politik untuk perjuangkan kepentingan orang Melayu cth Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Melayu Kelantan. • berjaya menganjurkan satu Kongres Melayu pada tahun 1937 dan 1940. • menjadi asas kepada penubuhan UMNO. B. Pencapaian UMNO antara tahun 1946-1957. Membubarkan Malayan Union • penentangan hebat oleh orang Melayu menyebabkan MU dibubarkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. • pembentukan PTM merupakan satu rahmat kepada orang Melayu kerana hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Sultan terpelihara semula serta pemberian kerakyatan secara Jus Soli kepada orang Cina dan India dibatalkan. ii. Muncul sebagai sebuah sebuah parti politik yang agung. • tuntutan UMNO sentiasa mendapat perhatian pihak kerajaan • pemimpin UMNO terlibat dalam badan-badan dan jawatankuasa yang dibentuk • terlibat dalam pembentukan perlembagaan PTM 1948. iii. Melaksanakan program pendidikan dan ekonomi • mengemaskini struktur pentadbirannya dan membentuk beberapa jawatankuasa mengenai ekonomi, politik, pendidikan, agama dan kewangan. • berjaya menuntut supaya Inggeris meningkatkan had umur kanak-kanak Melayu di sekolah Inggeris. • pemberian biasiswa kepada penuntut Melayu untuk melanjutkan pelajaran. • meluluskan Dasar Ekonomi – untuk membangunkan ekonomi orang Melayu. iv. Menganjurkan penubuhan parti Perikatan • membawa kepada usaha kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 KESIMPULAN UMNO muncul sebagai sebuah parti politik Melayu yang berjaya memainkan peranan menentang penjajah sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

SOALAN 3 Jelaskan kesan-kesan politik, ekonomi dan sosial akibat daripada pendudukan Jepun di Tanah Melayu ( 1942 – 1945 ) PENDAHULUAN 1. Tanah Melayu mula diperintah oleh Jepun mulai akhir Disember 1941 hingga 12 September 1945. 2. Pendudukan Jepun selama 31/2 tahun telah meninggalkan kesan amat mendalam kepada masyarakat di Tanah Melayu dari segi politik, ekonomi dan sosial. ISI- ISI C.

Kesan politik • Menyemarakkan semangat nasionalisme • kemenangan Jepun yang begitu mudah telah menjatuhkan imej British di kalangan orang Melayu yang anti British.

26 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

• • • • •

smkbm

Pengalaman mentadbir semasa zaman pendudukan Jepun memberi peluang kepada orang Melayu untuk menjalankan urusan pentadbiran yang tidak pernah diperolehi semasa pemerintahan British. orang Melayu menyangka Jepun akan memerintah Tanah Melayu lebih daripada British tetapi tanggapan mereka salah. kehidupan semakin sulit – timbul kesedaran nasib bangsa dan negara tetap sama selagi dijajah. membangkitkan kesedaran politik apabila Jepun membenarkan dan bekerjasama dengan pemimpin Melayu menubuhkan parti politik untuk orang Melayu. KMM, PETA, KRIS

B. Kesan Ekonomi • sumber ekonomi utama –pengeluaran bijih timah dan getah terhenti sama sekali • Dasar Bumi Hangus British menyebabkan Jepun yang mengambil alih lombong bijih timah tidak dapat beroperasi. • rakyat mengalami kebuluran kerana kekurangan makanan. Bekalan beras terpaksa diimport dari Thailand dan Burma. • Jepun melancarkan kempen pertanian – rakyat dipaksa menanam tanaman makanan seperti ubi kayu, keledek dan keladi. • kadar inflasi meningkat akibat kekurangan barang keperluan dan pengedaran wang kertas Jepun. • perusahaan tempatan yang ditubuhkan untuk menghasilkan barang keperluan tidak dapat diimport. • perusahaan yang besar dan penting diambil alih oleh syarikat Jepun • orang ramai diwajibkan mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan Makanan. • Petani dan nelayan dipaksa menjual hasil pertanian dan ikan kepada pembeli yang dilantik oleh Jepun. C. Kesan sosial • perpindahan orang Cina ke kawasan pinggir hutan untuk mengelak kekejaman tentera Jepun. • permusuhan semakin menebal antara orang Melayu dengan orang Cina – cetus pergaduhan kaum. • orang Cina yang anti-Jepun menubuhkan MPAJA – bekerjasama dengan Force136 yang memberi bekalan senjata dan latihan ketenteraan. • tahap kesihatan rakyat merosot – terdedah kepada wabak penyakit. Banyak nyawa terkorban akibat penyakit malaria,beri-beri, taun dan kudis . • pembinaan jalan keretapi maut mengorbankan banyak nyawa. • Dasar niponisasi Jepun memaksa rakyat Tanah Melayu menerima nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun – mengancam adapt istiadat dan kebudayaan orang Melayu. KESIMPULAN • Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial , politik dan ekonomi Tanah Melayu. • Memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat nasionalisme Melayu. • Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan

SOALAN 4 Bandingkan reaksi masyarakat setempat di Sabah dan Sarawak terhadap penyerahan negeri masing-masing kepada British pada tahun 1946.

27 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

PENDAHULUAN • Selepas Perang Dunia Kedua Sabah dan Sarawak menjadi tanah jajahan British ekoran tindakan Vyner Brooke dan SBBU. • British bertanggung jawab membangunkan semula Sabah dan Sarawak yang hampir Musnah semasa pendudukan Jepun. • Penyerahan di Sabah tidak banyak menerima tentangan manakala di Sarawak gerakan Anti penyerahan berlaku dengan hebat. ISI-ISI A.

Sabah • tiada penentangan yang kuat kerana kurang berpendidikan dan tidak memahami tujuan sebenar Sabah diserahkan. • kesedaran politik masih belum jelas – tiada parti politik yang boleh mengetuai penduduk Sabah menentang penyerahan tersebut. • Penduduk Sabah tidak berpengalaman dalam pentadbiran • kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu dan Indonesia telah mempengaruhi pertumbuhan pertubuhan bercorak tempatan. • pertubuhan bercorak sosio-politik diasaskan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti guru dan pegawai kerajaan antara pertubuhan awal yang muncul – Persatuan Pemuda Labuan, Persatuan Pemuda Jesselton – pro Indonesia dan bertujuan meningkatkan taraf sosial,politik dan ekonomi masyarakat pribumi Sabah.

B.

Sarawak • wujud penentangan kerana bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada rakyat Sarawak • penyerahan kepada British akan melambatkan proses kemerdekaan kerana rakyat Sarawak terpaksa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British. • Charles Vyner Brooke tidak berunding terlebih dahulu dengan ketua kaum bumiputera Sebelum membuat keputusan menyerahkan Sarawak kepada British. • Persatuan Melayu Sarawak pimpinan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah telah menghantar surat bantahan kepada Pejabat Tanah • PPM Sibu diharamkan oleh British, empat ahli dihukum mati dan yang bersubahat dihukum penjara • kegiatan Rukun 13 lumpuh • PMS menyusun semula gerakan anti-penyerahan dan menengaskan perjuangan akan dilakukan dengan cara yang sah. • 5 April 1950 PMS menghantar surat bantahan kepada gabenor Sarawak –menjelaskan mereka akan mengadakan tunjuk perasaan raksasa tetapi tidak dibenarkan • 30 Ogos 1950 setiausaha PMS dan Yang Di Pertua Barisan Pemuda Sarawak ke Singapura untuk bertemu Anthony Brooke bagi menentang gerakan penyerahan tetapi gagal. • British menasihatkan PMS supaya menghentikan penentangan – memberi jaminan Kerajaan British akan membimbing dan membantu rakyat Sarawak memperolehi Pemerintahan sendiri PMS menamatkan gerakan anti penyerahan pada 1951

KESIMPULAN penentangan memberi peringatan kepada Inggeris bahawa mereka tidak mudah mengganggu kehidupan sosial masyarakat setempat walau pun penentangan tidak berjaya.

28 | /smkbm 08

Layh’s

.

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

SOALAN 5 Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bagi membendung pemberontakan Parti Komunis Malaya di Tanah Melayu. PENDAHULUAN 1. 1948 -1960 berlaku pemberontakan bersenjata PKM 2. Komunis telah membunuh 3 orang Eropah berhampiran Sg. Siput pada 16 Jun 1948 3. Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di Perak dan Johor pada 16 Jun 1948. 4. 17 Jun 1948 seluruh Tanah Melayu diisytiharkan darurat. 5. 23 Julai 1948 PKM diharamkan secara rasmi 6. Kerajaan melancarkan beberapa langkah menentang komunis ISI-ISI A. Pengisytiharan Darurat 1948. • untuk memberi kuasa luas kepada kerajaan ( tentera, polis) untuk menangkap sesiapa yang disyaki terlibat dalam kegiatan subversive tanpa bicara. • Ramai ahli PKM ditangkap serta merta • Peraturan perintah berkurung menghadkan pergerakan ahli PKM • Sekatan jalan raya – kerajaan dapat menyekat dan mengawal pergerakan mereka. • Catuan makanan – mengelakkan bahan makanan dan perubatan jatuh ke tangan PKM • Komunis sukar mendapat bekalan makanan,ubat-ubatan. • PKM menghasut kesatuan sekerja melancarkan mogok sekuruh negara • Meluluskan penubuhan “Trade Union Amendment Ordinance 1948” • Memastikan mereka yang tidak menentang kerajaan diambil bekerja. Rancangan Briggs i.

Perkampungan baru • untuk menyekat bekalan makanan jatuh ke tangan Min yuen • penempatan semula setinggan Cina ke kampung-kampung baru • kampung-kampung dikawal – beri perlindungan dari ancaman PKM • hubungan Min Yuen dengan PKM terputus • memaksa komunis keluar

ii. Gerakan kelaparan • mengawal bekalan makanan sampai ke tangan komunis • komunis sukar mendapat bekalan makanan iii. Penubuhan Jawatankuasa Kerja Perang • meliputi peringkat negeri dan daerah • bertujuan mewujudkan persefahaman antara kerajaan negeri dengan Persekutuan bagi menangani ancaman komunis C. Rancangan Templer i. Ketenteraan • menaikan semangat dan kekuatan tentera • menambah kekuatan tentera - 13 batilion askar British, Gurkha dan Melayu kepada 23 batilion termasuk dari negara Komanwel spt Australia, New Zealand dan Rhodesia. • Penubuhan “Home Guard” – bilangan ditambah kepada 210,000 ahkir 1953 • Bilangan anggota polis / mata-mata Khas ditambah dari 24,000 kepada 67,000 1952 • Melemahkan pasukan komunis.

29 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

ii. Pengenalan “ Kawasan Putih “ • kawasan bebas komunis • penguatkuasaan peraturan darurat dilonggarkan • menggalakkan tempat lain mengikut langkah ini • penduduk beri sokongan kuat untuk memastikan kawasan mereka menjadi kawasan putih. Kawasan komunis masih aktif dianggap “ Kawasan Hitam” – banyak sekatan • merupakan langkah penting kerana maklumat yang diberi oleh penduduk memudahkan komunis ditangkap • Kawasan Putih pertama diisytiharkan ialah Melaka September 1952 iii. Perang Psikologi • syarat kewarganegaraan dilonggarkan melalui pindaan undang-undang 1952 • bilangan kaum Cina dan India yang menjadi warganegara meningkat • mendorong mereka menyokong Inggeris dan melemahkan komunis • pemberian hadiah wang kepada pemberi maklumat cth $250,000 jika berjaya menangkap Chin Peng. • Pengampunan ; risalah tawaran pengampunan digugurkan dari udara • Berjaya menarik mereka keluar dari hutan untuk menyerah diri • Membangunkan sosio-ekonomi penduduk – kerajaan bantu perkembangan orang Melayu/Cina dalam sistem pendidikan untuk mengawal fahaman komunis. • Menggalakkan perkembangan politik – parti politik dibenarkan menjalankan aktiviti spt UMNO,MIC dan MCA. • Pilihanraya Majlis Tempatan diperkenalkan • Kerajaan British membayangkan untuk memberi kemerdekaan • Penduduk Tanah Melayu terus bersikap anti-komunis sehingga pilihanraya umum pertama diadakan pada1955. • Rundingan Baling diadakan pada 28 – 29 Disember 1955 tetapi gagal kerana kerajaan enggan mengiktiraf komunis. KESIMPULAN • pemberontakan komunis menyebabkan rakyat menderita • mendorong rakyat menyokong kerajaan • langkah berkesan pihak kerajaan telah berjaya menghapuskan pemberontakan komunis • 1960 darurat diisytiharkan tamat secara rasmi.

SOALAN 6 Bincangkan reaksi orang Melayu dan bukan Melayu terhadap cadangan Malayan Union pada tahun 1946. PENDAHULUAN 1. British perkenalkan MU selepas kembali ke Tanah Melayu setelah Jepun berundur 2. MU bertujuan menyediakan Tanah Melayu kearah kemerdekaan 3. Orang Melayu dan bukan Melayu memberikan reaksi yang berbeza terhadap MU 4. Orang Melayu melakukan penentangan – bukan Melayu tidak menunjukkan sebarang reaksi pada awal tetapi menentang pada tahap berikut. 5. Dasar penentangan berbeza dengan orang Melayu ISI-ISI 1.

Reaksi Orang Melayu a. jelas menentang MU b. penentangan berasaskan dua tahap : secara individu dan secara kolektif

30 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

c. cara individu dilakukan melalui tulisan dalam akhbar, perutusan d. cara kolektif termasuklah melalui persatuan e. orang Melayu melakukan demonstrasi besar-besaran f. Persatuan Melayu Kelantan berjaya menganjurkan perhimpunan seramai 10,000 orang menentang MU 15 Disember 1946. g. penentangan terhadap MU dianjurkan oleh persatuan-persatuan Melayu hingga akhirnya membawa kepada penubuhan UMNO h. boikot dianjurkan bagi menentukan MU tidak dilaksanakan i. orang Melayu menentang MU kerana i. tidak diminta pendapat dan pandangan sedangkan MU akan menentukan kehidupan mereka. ii. Sultan diugut dan dipaksa menandatangani penerimaan MU iii. Kandungan Perlembagaan MU terutama tentang kewarganegaraan tidak memuaskan hati orang Melayu iv. Sultan kehilangan kuasa secara mutlak Reaksi Orang Bukan Melayu a. ini disebabkan kandungan perlembagaan MU banyak memihak kepada mereka terutama hal berkaitan kerakyatan. b. reaksi mulai timbul apabila rancangan MU ditangguhkan c. orang Cina dan India mula melihat British menipu mereka lalu menunjukkan penentangan – bersifat kolonial d. melahirkan bantahan melalui akhbar cina dan menubuhkan Malayan Demokratik Union ( pertubuhan berhaluan kiri ) e. bantahan orang Cina dipusatkan kepada sebuah pertubuhan iaitu Pan-Malayan Council of Joint Action - bertukar kepada All Malayan Council of Joint Action f. AMCJA ditubuhkan Disember 1946 , dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock – 400,000 ahli. g. Memperjuangkan 6 prinsip i. penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura ii. anggota Dewan Undangan Pusat dipilih oleh rakyat iii. hak yang sama bagi semua kaum yang menganggap Tanah Melayu sebagai tanah air dan mengaku taat setia. iv. Kedaulatan raja-raja Melayu dikekalkan sebagai raja berpelembagaan – menerima nasihat dari badan berunsur demokrasi v. Perkara berkaitan agama Islam dan adat resam Melayu diletakkan di bawah tanggungjawab orang Melayu sahaja. vi. Perhatian khas diberi untuk memperbaiki soal kemunduran orang Melayu. g. orang Cina di Tanah Melayu yang menjadi ahli koumintang lebih memberi tumpuan h. kepada perkembangan politik negara China - menganggap penerimaan MU i. membatalkan kebangsaan Negara China secara automatik. j. Bagi kaum India tidak berminat langsung dengan keadaan politik Tanah Melayu pada awalnya - menumpukan perhatian kepada keadaan politik di India dan perjuangan parti Kongres India. k. sikap mulai berubah setelah UMNO dan orang Melayu mendesak supaya British l. meminda peruntukan tentang kerakyatan - mereka menuntut hak kerakyatan yang sama. KESIMPULAN • Rancangan MU telah menunjukkan reaksi yang berbeza antara orang Melayu dengan bukan Melayu • Reaksi timbul kerana alasan yang berbeza • Reaksi orang Melayu dan bukan Melayu membawa kepada pembatalan MU dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

31 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

SOALAN 7 Galurkan perkembangan sejarah yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957. PENDAHULUAN 1. Gerakan nasionalisme yang telah berlangsung sejak era sebelum perang telah diteruskan pada zaman Jepun dan selepas perang 2. Tuntutan, desakan dan tentangan orang Melayu dan diikuti dengan kompromi yang diberikan oleh orang asing iaitu Cina dan India telah membolehkan British tidak mempunyai pilihan selain daripada memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 ISI-ISI 1. Pendudukan Jepun telah menjadi satu teladan kepada pejuang-pejuang bangsa untuk berusaha memerdekakan Tanah Melayu. 2. Di dorong juga oleh peristiwa-peristiwa di negara-negara jiran seperti Indonesia yang telah menyemarakkan semangat orang Melayu. 3. Sebaik Jepun menyerah kalah, British kembali ke Tanah Melayu dengan British Military Administration (BMA) iaitu pemerintahan tentera bercorak sementara sebelum satu sistem pentadbiran yang lain diwujudkan di Tanah Melayu. 4. Berikutan perundangan-perundangan yang dilakukan di London, Unit Perancangan Tanah Melayu telah ditubuhkan dan mengumumkan Malayan Union. 5. Rancangan ini diumumkan oleh Setiausaha Tanah Jajahan , George Hall pada 10 Oktober 1942 dan utusan khas bagi memperoleh pendapat dan tandatangan raja-raja Melayu iaitu Sir Harold MacMicheal telah dihantar ke Tanah Melayu. 6. Orang Melayu menentang penubuhan MU, demonstrasi dianjurkan secara besar-besaran. 7. Tentangan orang Melayu telah menyebabkan British mengemukakan idea Persekutuan Tanah Melayu (PTM ) yang dilancarkan pada tahun 1948. 8. Pada 1951, kerajaan British memperkenalkan Sistem Ahli dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan ahli-ahli ini diberi taraf menteri. Antaranya ialah Dato’ Onn Jaafar yang memegang jawatan ahli hal ehwal dalam negeri, Dato’ E.E.C Thuraisingham – ahli pelajaran dan sebagainya. Sebagai memberi latihan kepada orang tempatan untuk memerintah negara sendiri. 9. 1951 pilihanraya Majlis Perbandaran Pulau Pinang diadakan untuk memilih wakil. 10. Diikuti pilihanraya Umum yang membabitkan parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO,MIC,MCA,Parti Negara dan Pas. Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi. 11. Pilihanraya 1955 membawa kepada rundingan kearah kemerdekaan antara Parti Perikatan dengan British. 12. Suruhanjaya Reid dibentuk pada 1955 bagi mengesyorkan pembentukan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen. 13. Januari 1956, rombongan 8 orang wakil berangkat ke London dalam misi mendapatkan kemerdekaan. 14. British setuju memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pengumuman secara rasmi telah dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka. KESIMPULAN 1. mudah untuk dicapai. 2. yang sangat panjang.

32 | /smkbm 08

Kemerdekaan yang dicapai pada Ogos 1957 bukanlah satu proses yang Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu proses

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

SOALAN 8 Pengisytiharan Darurat telah meninggalkan pelbagai kesan sosio-politik terhadap Tanah Melayu antara tahun 1948 hingga 1960. Bincangkan. PENDAHULUAN 1. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, parti-parti politik mula ditubuhkan . 2. Pentadbiran Tentera Inggeris gagal memulihkan sosio-ekonomi rakyat yang menderita akibat kekejaman Jepun. 3. PKM mengambil kesempatan untuk menguasai politik Tanah Melayu tetapi gagal, lalu bergerak secara militant. 4. 1948 PKM melancarkan revolusi bersenjata bagi menggulingkan pemerintahan Inggeris dan menubuhkan Republik Tanah Melayu. 5. Keganasan PKM memaksa Inggeris mengisytiharkan darurat untuk mematahkan pemberontakan komunis di Tanah Melayu. ISI-ISI Kesan Politik 1. Pengharaman PKM mengakibatkan sesiapa yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis di tangkap dan dipenjarakan tanpa pembicaraan 2. Pergerakan kesatuan Sekerja dikawal rapi supaya tidak mengadakan pakatan sulit dengan PKM dan bersubahat untuk mengadakan permogokan. 3. Inggeris bertindak keras terhadap parti politik berhaluan kiri yang terpengaruh dengan idea PKM. 4. Pemimpin politik berhaluan kiri diberkas dan dipenjarakan, pertubuhan mereka dibubarkan. Hanya parti politik sederhana dan pro-Inggeris dibenarkan bergerak seperti UMNO,MCA,MIC dan Parti Negara. 5. Kerajaan Inggeris mula mengambil langkah supaya Tanah Melayu mencapai status berkerajaan sendiri. 6. Pilihanraya diadakan di George Town (Disember 1951 ) dan Kuala Lumpur 1952. B. Kesan Sosial 1. Rakyat mengalami tekanan hidup akibat kehilangan kebebasan bergerak kerana dikenakan perintah berkurung terutamanya kawasan yang masih terdapat ancaman komunis. 2. Kegiatan ekonomi terjejas dan pengeluaran hasil bumi terbantut akibat daripada orang ramai tidak mempunyai kebebasan untuk keluar mencari nafkah. 3. Dasar Bumi Hangus melumpuhkan ekonomi negara . 4. Sistem pengangkutan darat dihentikan akibat sekatan jalan raya di kawasan yang menjadi sarang komunis. 5. Keganasan komunis telah melumpuhkan rancangan kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara. 6. Rakyat mengalami penderitaan dan kepahitan hidup – terpaksa mematuhi banyak peraturan keselamatan seperti arahan mewajibkan rakyat mendaftar dan mempunyai kad pengenalan. 7. Timbul masalah perkauman – peperangan menentang komunis dianggap sebagai peperangan orang Melayu dengan Cina kerana sebilangan besar ahli PKM terdiri daripada orang Cina sementara orang Melayu berkhidmat dalam pasukan bersenjata kerajaan. 8. Kerajaan mula memberi layanan terhadap beberapa tuntutan orang Cina terutama soal kerakyatan – bertujuan menarik mereka pro-kerajaan 9. Syarat kewarganegaraan dilonggarkan - kesannya 307,000 orang Cina diluluskan permohonan untuk menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Antara 1952 -1957 1.2 juta orang Cina mendapat kerakyatan. 10. Banyak nyawa terkorban dan harta benda musnah akibat pengisytiharan darurat termasuklah pegawai Tinggi Inggeris Sir Henry Gurney.

33 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

11. Kerajaan menghabiskan sejumlah besar wang untuk membenteras kegiatan komunis contoh; antara 1948 -1955 kerajaan mengeluarkan $150 juta untuk menumpaskan pergerakan komunis. 12. Pengenalan rancangan Briggs untuk mewujudkan kampung baru, penempatan semula setinggan menyebabkan kemudahan asas disalurkan ke kawasan tersebut. Ini menyebabkan orang Melayu yang banyak membantu kerajaan Inggeris melahirkan rasa tidak puas hati lalu menuntut pemulihan ekonomi. KESIMPULAN 1. Tawaran rundingan dengan PKM oleh Tunku Abdul Rahman di Baling menemui kegagalan. 2. PKM meneruskan perang gerila bagi membentuk sebuah republic komunis . 3. Pada masa yang sama kerajaan terus meningkatkan usaha membenteras pemberontakan komunis. 4. Kegiatan komunis mulai merosot – darurat diisytiharkan tamat di seluruh negara pada 1960.

SOALAN 9 Huraikan sebab-sebab dan bentuk-bentuk penentangan orang Melayu terhadap rancangan Malayan Union 1946 . PENDAHULUAN 1. Idea penubuhan Malayan Union muncul berdasarkan Piagam Atlantik yang ditandatangani oleh Winston Churchill iaitu Perdana Menteri Britain dengan Roosevelt Presiden Amerika Syarikat pada Ogos 1941. 2. MU dilaksanakan selepas British kembali ke Tanah Melayu setelah Perang Dunia Kedua tamat dan mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu. 3. Penentangan terhadap perlaksanaan MU didorong oleh beberapa faktor dan orang Melayu menggunakan pelbagai cara untuk menentangnya. ISI-ISI A. Sebab-sebab penentangan i.

Kedaulatan dan kuasa sultan terancam • Dalam kerajaan MU, kedudukan sultan dikekalkan tetapi kuasa mereka dikurangkan. • Raja hanya menjadi ketua agama dan adat istiadat sahaja. • Kuasa pentadbiran di tangan Gabenor yang mempunyai kuasa pembatal(veto) • Gabenor MU menjadi Pengerusi Majlis Islam – menjatuhkan maruah dan kesucian Agama Islam kerana orang bukan Islam menjadi pengerusi. • Orang Melayu bimbang sultan kehilangan kuasa politik dan hak keistimewaan • tidak rela sultan dilucutkan kuasa politik di negeri mereka sendiri. • kehilangan kuasa sultan akan menyebabkan status Tanah Melayu bertukar menjadi tanah jajahan British

ii. Pemberian taraf kerakyatan • Prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli menebalkan sentiment benci orang bukan Melayu terutamanya kaum Cina. • syarat kerakyatan yang terlalu longgar membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu. • Orang Melayu meragui taat setia orang Cina dan India kerana sebelum Perang Dunia Kedua semangat nasionalisme mereka terarah ke negara asal masing-masing. • Perlaksanaan MU akan mengakibatkan kira-kira 85% orang Cina dan 75% orang India mendapat taraf kewarganegaraan Tanah Melayu.

34 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

iii. Cara Mac Micheal mendapatkan tandatangan sultan • Mac Micheal dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan. Beliau mendapatkan persetujuan secara paksaan – ugut sultan akan dilucutkan jawatan atas alasan bekerjasama dengan Jepun menentang British semasa Perang Dunia Kedua. • Mac Micheal tidak memberi masa dan peluang kepada sultan untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan pembesar masing-masing. • Orang Melayu marah kerana Mac Micheal tidak menerangkan syarat gagasan MU secara terperinci serta mendapatkan pandangan daripada raja-raja Melayu terlebih dahulu sebelum sultan menandatangani perjanjian. B. Cara-cara penentangan i.

Tunjuk perasaan secara besar-besaran di seluruh negara • 15 Dis 1945 - demonstrasi anjuran Persatuan Melayu Kelantan • 19 Jan 1946 - demonstrasi Persatuan Melayu Kedah • 01 Feb 1946 - Persatuan Melayu Kelantan anjur satu lagi demonstrasi. • 10 Feb 1946 - demonstrasi di Johor termasuk kaum wanita

ii. Kongress Melayu Se Malaya • oleh Dato Onn Jaafar dan Persatuan Melayu Selangor • dihadiri oleh 107 wakil dan 56 pemerhati dari 42 pertubuhan Melayu. • 29 dan 30 Mac 1946 kongress Melayu Se Malaya mengadakan mesyuarat tergempar dan mencapai beberapa persetujuan. i. orang Melayu mesti bersatupadu menentang MU ii. raja-raja Melayu, ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan orang Melayu akan memulaukan upacara pengisytiharan MU sebagai tanda bantahan. iii. kongress bersetuju menubuhkan sebuah parti politik yang kuat untuk menentang MU. • kongress mahu British menarik balik MU dan mengekalkan Tanah Melayu seperti sebelum 1941. iii. Sokongan bekas pegawai British • bekas pegawai British seperti Frank Swettenham, George Maxwell dll bersimpati dengan nasib orang Melayu apabila MU dilaksanakan. • Mereka menulis dalam akhbar Times - menyatakan kekesalan terhadap pengenalan perlembagaan MU yang tidak sesuai dengan Tanah Melayu. KESIMPULAN • Penentangan orang Melayu terhadap MU beroleh kejayaan • MU akhirnya dibubarkan dan digantikan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

SOALAN 10 Jelaskan persatuan-persatuan bercorak politik yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia Kedua. PENDAHULUAN 1. Kesedaran untuk membentuk persatuan bermula pada akhir abad ke 19 2. Tumpuan diberikan kepada aspek kebajikan, sosial ,pelajaran dan sukan kerana ketika itu minat kearah politik dan perjuangan kebangsaan masih belum wujud

35 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

3. Kesedaran awal untuk membentuk persatuan yang bertujuan meningkatkan tahap sosial dan ekonomi rakyat tempatan timbul sekitar tahun 1927 – 1936. 4. Terdapat beberapa persatuan bercorak politik yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia Kedua. ISI-ISI A. Kesatuan Melayu Singapura ( KMS ) • Ditubuhkan di Singapura pada tahun 1926 oleh Mohamad Eunos Abdullah bersama Tengku Abdul Kadir , Imam Haji Mohd Yusof dan Emboh Suloh. • Merupakan pertubuhan awal orang Melayu yang bercorak separa politik • Menjurus kearah nasionalisme walaupun perkembangan semangat kebangsaan ketika itu belum begitu mendalam dan kegiatannya berkisar di Singapura. • Memberi tumpuan untuk mewujudkan kerjasama dan perpaduan di kalangan orang Melayu serta membaiki kedudukan sosio-ekonomi mereka. • Matlamat penubuhan KMS i. menggalakkan penglibatan orang Melayu dalam bidang politik, pentadbiran dan urusan umum. ii. Memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam pelbagai bidang serta mewakili suara dan tuntutan mereka terhadap kerajaan. iii. Menggalakkan orang Melayu yang berpendidikan tinggi membantu kerajaan untuk memberi pelajaran kepada anak-anak Melayu. • Sebuah pertubuhan bersifat sederhana - memberi kerjasama kepada British • Satu hasil perjuangan KMS ialah berjaya memperolehi tanah seluas 620 ekar pada 1928 daripada kerajaan British untuk menubuhkan sebuah petempatan khas bagi orang Melayu di Singapura – dikenali sebagai Kg Melayu. • Memberi ilham kepada pemimpin Melayu negeri lain untuk menggunakan persatuan sebagai alat untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu. • Mendorong kepada penubuhan beberapa buah cawangan di Tanah Melayu. B.

Pertumbuhan Persatuan-persatuan Negeri • Penubuhan kesatuan sebagai cara untuk menjaga dan memajukan kepentingan orang Melayu semakin diberi perhatian. • September 1937 pemimpin-pemimpin KMS mengadakan perjumpaan di Melaka – membawa kepada penubuhan cawangan KMS di negeri itu, diikuti cawangan KMS di Pulau Pinang. • Perkembangan ini membawa kepada kemunculan beberapa buah persatuan Melayu di Perak, Pahang , Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan. • Penubuhan di peringkat negeri bertujuan membaiki kedudukan orang Melayu dari segi ekonomi dan sosial. • Pemimpin persatuan terdiri daripada golongan istana dan elit • Persatuan Melayu Negeri yang diterahui oleh golongan istana cenderung untuk menyokong pemerintahan British. • Kesatuan Melayu yang bercorak politik masih bersifat kenegerian kerana wujudnya perasaan cemburu dan semangat kenegerian yang tebal. • 1930 Majalah Pengasuh mencadangkan supaya ditubuhkan persatuan bersifat kebangsaan yang dinamakan Persatuan Melayu Semenanjung – tiada sambutan. • Akhbar Saudara memperuntukan satu ruangan iaitu Sahabat Pena untuk membolehkan penulis baru dari pelbagai negeri berinteraksi dan menghasilkan karya. • April 1934 PASPAM diasaskan oleh akhbar Saudara untuk memajukan minat orang Melayu dalam semua lapangan kehidupan – menjadi sebuah pertubuhan yang berjaya melangkaui sempanan negeri dan bergiat di peringkat kebangsaan.

C.

Kesatuan Melayu Muda ( KMM ) • Perjuangan bercorak politik di Tanah Melayu mulai ketara akhir 1930an

36 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

• • •

smkbm

• Ogos 1938 golongan nasionalis berpendidikan Melayu dipengaruhi oleh gerakan nasionalis Indonesia menubuhkan parti politik yang dikenali sebagai KMM di Kuala Lumpur diketuai oleh Ibrahim Haji Yaacob • Antara pemimpin utama ialah Onan Haji Siraj, Ahmad Boestaman, Ishak Haji Muhammad dll • Merupakan pertubuhan politik bersifat radikal pertama di Tanah Melayu – menganuti Fahaman aliran kiri dan enggan bekerjasama dengan kerajaan British. • Tujuan penubuhan KMM i. mengabungkan semua orang Melayu tanpa mengira negeri asal untuk mempertahankan, melindungi dan memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu. ii. Menghindarkan orang Melayu dari ditindas oleh kaum lain iii. Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, seterusnya bergabung dengan Indonesia untuk mewujudkan Indonesia Raya. Menggunakan akhbar Warta Malaya dan Majlis untuk menyalurkan pandangan dan Menyebarkan dasar perjuangan. Menubuhkan beberapa cawangan di seluruh Tanah Melayu dengan dipelopori oleh Pelajar MPSI. Tidak berjaya menarik banyak sokongan dari kalangan golongan bawahan dan birokrat Melayu berpendidikan Inggeris.

KESIMPULAN • Penubuhan persatuan-persatuan bercorak politik sebelum Perang Dunia Kedua telah berjaya membangkitkan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu. • Selepas Perang Dunia Kedua lebih banyak persatuan dan kelab ditubuhkan – pertubuhan didorong oleh perubahan cara hidup.

TEMA 4- PENGISIAN KEMERDEKAAN SOALAN 1 Bincangkan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957-1963. Pengenalan Sistem pemerintahan Tanah Melayu selepas merdeka berkait rapat dengan konsep demokrasi dan perlembagaan. Secara amnya demokrasi bermaksud rakyat mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan kerajaan yang akan memerintah sebuah negara. Isi A.

Kerajaan Demokrasi Berparlimen. 1.

Raja Berperlembagaan i. ii. • • • • •

37 | /smkbm 08

Yang Dipertuan Agong/ Timb. YPDA Cara Pemilihan Dipilih oleh Majlis Raja- Raja yg terdiri drpd 9 org sultan Dipilih secara bergilir-gilir drpd 9 org sultan Melayu Pemilihan dibuat secara pengundian yg dijalankan secara sulit Memegang jawatan selama 5 th YDPA bertindak atas nasihat PM dan Jemaah menteri Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

Ketua Negeri i. ii.

Sultan/ Raja/ Yg Dipertua Negeri/ YG Dipertuan Besar Cara Pemilihan : •

Sultan atau raja mewarisi tahta kerajaan secara turun temurun dan memerintah sepanjang hayat baginda Cara pemilihan seorang raja adalah sama iaitu sultan yag mangkat akan diganti denga anak baginda yg sulung kecuali negeri sembilan ada Perak di negeri sembilan Yg DiPertuan Besar dipilih oleh Undang Berempat itu Undang Sg Ujong , Jelebu, Johol dan Rembau.

• • • • • •

Di Perak penggantian adalah secara bergilir, apabila sultan mangkat Raja Muda akan Bagi Yg Dipertua Melaka,P. Pinang Sabah dan Sarawak adalah dilantik oleh yang YDPA. Dilantik selama 4 th boleh meletakkan jawatan mengikut usul Dewan Undgan Negeri yg berkenaan.

Perlembagaan • •

Tujuan dan Kandungan Perlembagaan Tujuan diadakan perlembagaan adalah untuk memantapkan Udg2 , memberi jaminan dan perlindungan kpd rakyat dan menentukan tjb setiap warganegara terhadap bangsa dan Negara. Kandungan perlkwmbagaan mengandungi 181 perkara yg menrangkumi kuasa kerajaan persekutun dan negeri, bentuk dan tugas YDPA, Parlimen, dan Jemaah Menteri serta dasar-dasar seperti hak asasi rakyat , kerakyatan hak istimewa org Melayu, ag resmi, bhs Keb dan pindaan perlembagaan.



Parlimen a.

Fungsi Parlimen • • •

Parlimen ialah badan perundangan Malaysia yg berfungsi mengubal undang2 bagi persekutuan Makaysia Perlimen mempunayi kuasa membuat udng2 mengenai pelabagai perkara spt pertahjnan, hal ehwal luar negeri, keselamatan Negara, jenayah, perdagangan dan perindustrian, kewangan. Perubatan dll Parlimen merupakan tempat wakil rakyat diberi peluang membincang sesuatu perkara yg dicadangkan. Mrk boleh mengkritik cdgan2 yg dikemukan dan menteri2 bertjb menjelaskan cdgn2 kerajaan

Kesimpulan. Sistem Kerajaan demokrasi berparlimen merupakan asatu bentuk pemerintahan yg unit kerana ia mampu membentuk kesejahteraan dan keharmonian negera. Selepas 1963 sistem pemerintahan ini masih diamalkan di Msia dan sehingga kini perjalanan sistem ini masin terpelihara.

Soalan 2 Huraikan perbezaan antara badan perundangan persekutuan dengan Badan Perundangan Negeri Pengenalan

38 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

Badan Perundangan adalah institusi yg bertjb menggubal rang udg2. Bdn Perudgn Malaysia terdiri dr 3 peringkat iaitu peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan Tempatan. Badan Perundanga Persekutuan i. YDPA • Tugas a. berkuasa memanggil, menanguh dan membubarkan parlimen. Baginda blh bertitah dimanamana satu majlis parlimen iaitu dewan rakyat dan dewan Negara atau di dewan Udgan Negeri. b. melulus Udg2 yg telah diluluskan di parlimen c. merupakan pemerintah tertinggi agkatan bersenjata Malysia. Majlis angkatan tentera terletak di bawah kuasa am banginda d. mempunyai kuasa mengampun kesalahan di Wilayah Persekutuan e. mempunyai kuasa mengampun kesalahan syriah di Melaka, P.Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan f. merupakan ketua ag Islam di Wilayah g. Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak h. memelihara kedudukan hak istimewa org Melayu i. mengistiharkan Udg2 darurat jika perlu. j. blh berindak mengikut budi bicara dlm k. urusan melantik PM. l. mentauliahkan duta-duta asing ke Malaysia dan duta2 Malaysia ke Negara asing. m. timbalan YDPA blh melaksanakan tugas YDPA jika jawatan berkenaan kosong atau baginda sakit atau berada di luar Negara lebih 15 hari.

Badan Perundangan Negeri dan Kerajaan Tempatan Dewan Udangan Negeri(DUN) a. DUN diketuai sultan, Raja atau YDP Negeri, ahli2 dipilih melalui praya b. DUN berkuasa menggubal udg2 bagi negerinya sendiri c. Pengg ubalan dan pindaan udg2 di DUN hanya melibatkan dewan itu shj d. Pengg ubalan dan pindaan yg dibuat hdklah dipersetujui oleh 2/3 ahli dewan itu e. rang udg2 itu perlu di bawa ke parlimen utk diluluskan oleh 2/3 ahli2 Paarlimen Majlis Tempatan a. Badan perundangan peringkat kerajaan tempatan ialah dewan Bandraya dan Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah b. Udg2 di peringkat Kerajaan Temapatan bilh digubal tetapi perlilah diluluskan oleh Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan c. Kerajaan Tempatan Mempunyai kuasa utk menggubal udg2 kecil tempatan dan menguruskan hal berkenaan dengan cukai dan sewa.

Dewan Negara Tugas Dewan Negara a. Dewa n Negara adalah Majlis Teringgi Parlimen Malaysia dan disebut juga Senat. b. Tugas

39 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

utamanya ialah membahaskan udg2 yg dikemukakan oleh Dewan Rkyat. c. Dewa n Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang2 yg diluluskan oleh Dewan Rakyat tetapi blh menanggukan selama sebulan. d. Dewa n Negara tidak berkuasa membuat pindaan jika tidak dipersetujui oleh Dewan Rakyat Dewan Rakyat(DR) Tugas2 Dewan Rakyat mengubal udg2 dan meluluskan rang undang2 secara umum udg2 yg diluluskan boleh dikelaskan kpd 4 jenis. A) Rang Udg2 Awam iaitu yg melibatkan keseluruhan udg2 yg berkaitan dengan dasar awam. B) Rang Udg2 Persendirian iaitu udg2 yg melibatkan rakyat, pertubuhan ,persatuan atau perbadanan C) Rang Udg2 Ahli Persendirian iaitu rang udg2 yg dikemukakan oleh ahli Parlimen calon pembangkang D) Rang Udg hybrid iaitu rang udg2 yg dikemukakan oleh ahli parlimen kerajaan atau bukan kerajan yg difikirkan mempunyai kepentingan tertentu Kesimpulan Sistem kerajaan Demokrasi Berparlimen mrupakan satu bentuk pemerintahan yg unik dan mampu membentuk ksejahteraan serta keharmonian negera seperti yang dikecapi oleh Negara kita Malaysia. Sistem pemerintahan yang diamalkan ini diperkukuhkan lagi dgn sistem p/raya yg diadakan 5 th sekali.

Soalan 3 Jelaskan bidang tugas Suruhanjaya Pilihanraya sebagai satu badan yg bertjb dlm menjalankan urusan pentadbiran Pilihanraya di MAlysia. Pengenalan Pilihanraya merupwaka cirri penting dlm amalan demokrasi berparlimen Malaysia. Pilihanraya diadakan 5 th sekali utk memilih wakil bagi menduduki institusi perundangan samada utk badan perundangan persekutuan atau badan perundangan negeri. Pilihanraya yg diamalkan di Malyasia berdasarkan sistem lebihan secara mudah (sipli majority, dan keahlian tunggal mengikut perwakilan wilayah(single member territorial representation pilihanraya dikendalikan oleh sebuah badan bebas yg dikenali sbg suruhanjaya pilihanraya(SPR) Isi

40 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

Tugas 1. mengendalikan pilihanraya umum dan pilihanraya kecil a. Pilihan raya umum utk memilih ahli Dewan Rakyat dan DUN blh diadakan serentak atau berasingan Semenanjung kedua-duanya serentak Sabah dan Sarawak berasingan b.

Pilihanraya kecil i. diadakan apabila berlaku kekosongan di luar musim disebabkan oleh kematian, perletakan dan perlucutan jawatan dsb. Utk kaw Parliman atau DUN. ii. di Semenanjung dlm tempoh 60 hari, di Sabah dan Sarawak dlm tempoh 90 hari kekosongan

i. ii. iii. d.

c. Mendaftar dan Menyemak Daftar Pemilih diadakan setahun dlm tempoh tertentu menentukan kelayakan umur pengundi 21 th menentukan pusat pengundi Menyemak dan Mendaftar Kawasan Pilihan Raya. • ikut kaw persempadanan pilihan raya samada utk Parlimen atau negeri Parlimen: - jumlah kaw pilihan raya berubah mengikut keputusan semasa satu kaw Parlimen bersamaan dgn satu ahli Dewan Rakyat • Negeri : - bilangan ahli DUN yg mewakili kaw mrk tidak sama antara satu negeri dgn negeri yg lain. Menentukan kelayakan calon dlm perkara 119 Perlembagaan Persekutuan. warganegara berumur 21 th ke atas bermastautin tetap di Malaysia sempurna akal tidak muflis tidak memegang jawatan kerajaan Ttidak disabitkan dgn sesuatu kesalahn d oleh mahkamah Menggubal Peraturan2 Pilihan Raya i. Sebelum hari mengundi calon2 yg bertanding dibenarkan utk berkempen ii. tempoh berkempen berbeza antara satu pilihanraya dgn satu pilihanraya iii. selepas pengundian dan pengiraan undi selesai parti2 yg menang diarah membentuk kerjaan samada di peringkat pusat atau negeri. Kesimpulan SPR mestilah mejlnkan tugasnya dgn penuh tjb, telus dan ananah bagi memastikan semua urusan pilihanrya dpt berjln dgn lancer adil bersih dan mempunyai kewibawaan yg tinggi spy segala keputusan dan tindakan yg diambil tidak dipertokaikan oleh pihak yg terlibat dgn pilihanraya mahupun rakyat .

Soalan 4

41 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

Bincangkan dasar pendididkan di Tanah Melayu pd 1957-1963 dlm usha membina sebuah Negara yang merdeka dan bersatu padu. Pengenalan Sistem pendidikan merupkan wadah terownting utk melahirkan warga Negara yg berilmu pengetahuan, bertjb, berakhlak dan berketerampilan yg dpt memberi sumbangan kdp masyarakat dan Negara. Justeru itu dasar pendidikan yg digubal mestilah dpt memenuhi kehendak Negara. Penyata Razak 1956 , Penyata Rahman 1960, dan Akta Pelajaran menjadi dokumen terpenting tentang dasar pendidikan negra antara tahun 1957-1963. Isi Penyata Razak i. Penyata yg diterbitkan pd 1956 ini mencadangkan penubuhan 2 jenis sekolah iaitu – ii. sekolah rendah kebangsaan dan sekolah rendah jenis kebangsaan. iii. selain itu bahasa Melayu dan BI dijadikan m/p wajib dipelajari di kedua2 sek berkenaan. iv. diperingkat sek men hanya satu peringkat sek men shj yg diwajibkan dengan bhs Melayu dan BI dijadikan bahasa yg wajib dipelajari oleh semua murid, jika terdapat lebih 15 org murid, murid2 keturunan India dan Cina dibenarkan mempelajari bhs ibunda masing2 v. Penyata Razak menekankan unsur2 dan nilai2 perpaduan neg sbg 1 matlamat yg perlu di capai utk menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat majmuk di neg ini vi. Penyata ini menandakan usaha-usaha memulakan penyatuan sistem pendidikan yg memiliki identity kebangsaan. 2.

Ordinanan Pelajaran 1957 i. Cadagan yang dikemukakan oleh Penyata Razak telah digubal menjadi ordinan pelajaran 1957 ii. Ordinan ini mewajibkan kandungan kurikulum yg sama digunakan di semua sekolah iii. Pada 1959 sebuah jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan utk mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran yg dicadangkan oleh Laporan Razak. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Abdul Rahman Talib.

3.

Penyata Rahman Talib 1961 dan Akta Pelajaran 1961 i. Penyata ini memperakukan Penyata Razak dan mengesyorkan cdgn2 drpd Penyata Razak perlu dilaksanakan. ii. Cdgan laporan Rahman Talib dimasukkan dlm akta Pelajaran 1961. Anatarnya termasuklah pe;ajaran rendah percuma selama 9 th, kenaikan darjah secara automatik(ting 1-3), peluasan pelajaran teknik dan vokasional iii. Akta Pelajaran 1961 mentapkan penggunaan 1 kurikulum yg sama utk semua sek yg berlainan aliran. Hal ini bertujuan utk mewujudkan perpaduan kaum di Negara ini iv. Akta ini menetapkan bahawa bhs Melayu digunakan sepenuhnya di semua peringkat pengajian iaitu dari sek rendah ke institusi pengajian tinggi. Kanak-kanak perlu mendapatkan pendidikan v. wajib sehingga berumur 15 th.

Kesimpulan Perkembangan pendidikan dari th 1957 -1963 menunjukkan bahwa Negara sedang merangka satu sistem pendidikan yg mempunyai identity Keb. Dasar2 yg digubal ini telah mencorakan sistem pendidikan hari ini.

42 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

Soalan 5 Bincangkan faktor-faktor yg mempengaruhi dasar pendidikan Negara sebelum merdeka. Pengenalan. Dasar pendidikan Negara sebelum merdeka adalah bercorak vernacular iaitu pengasingan pelajar mengikut kaum. Kerajaan Inggeris telah memperkenalkan 5 jenis sistem persekolahan yg ternyata berbeza antara satu sama lain. Jenis2 sekolah tersebut ialah sekolah Inggeris, sek Melayu sek Agama, sek Cina dan Sek Tamil. Pengenalan kepada isiten persekolahan yg berbeza antara kaum mempunyai kaitan dengan dasar pecah dan perintah yg diamalkan oleh pemerintah Inggeris di Tanah Melayu. Isi

.

Pengkhususan Kaum Dalam Satu Sekolah. i. tiap2 sekolah adalah khusus utk satu-satu kaum yg tertentu shj. Ini menyebabkan anak2 Melayu, Cina dan India sukar utk bergaul antara satu sama lain. Kesempatan utuk bergaul bg ketiga2 kaum ini hanya terdapat di sekolah inggeris yg terletak di bandar shj. ii. Pendidikan tradisional org Melayu, pendidikan agama dan al-Quoran dilakukan di surau, rumah Tok Guru atau pondok. Ini tidak memungkinkan bangsa lain utk turut serta. iii. Sementara pendidikan org Cina pada peringkat awal diasaskan oleh individu perseorangan atau kelompok berteraskan kpd kaum. Gurunya tidak terlatih dan mengajar secara sambilan berdasrka buku2 teks klasik dari China. iv. Org India tidak dihiraukan pendidikannya hanya pd 1816 bhgn sek Tamil, Penang Free Scholl ditubuhkan. Pd 1923 Akta Buruh diperkenalkan iaitu mewajibkan setiap estet mengadakan sek Tamil dan pengurusannya diserah kpd pihak lading.

.

Tiada Bahasa Penghantar Tunggal i. Tidak ada dasar mengenai bahsa penghantarnyg tungal. Sek Inggeris menggunakan BI dan Sek Melayu menggunakan BM dan sek Cina menggunakan bhs Cina dan sek Tamil menggunakan bhs Tamil. Oleh yg demikian kominikasi menjadi sukar disebabkab tiada medium yg sesuai utk menyatukan mereka.

.

Perbezaan Kawasan tempat tinggal. i. Kebanyakkan sek Melayu didirikan di desa2 sesuai dgn dasar British yg mahu mengekalkan org Melayu di kg2. ii. Sek Cina pula di kawasan perlombongan misalnya di Perak sek Cina terdapat di Kinta Larut. Di Selangor byk terdapat di Klang dan Kanching. Di Negeri Sembilan terdapat di Lukut. iii. Sementara di sekolah Tamil di tubuh di kawasan ladang yg dibiayai oleh pengurus ladang. 4.

Tiada Keseragaman Kurikulum Kurikulum bagi sekolah-sekolah tersebut tidak sama. Sek2 ini masing2 mempunyai kurikulumnya sendiri. ii. Sek Inggeris menggunakan sukatan yg digunakan sekolah2 di Britain. Guru2 yg mengajar di sekolah ini di bawa dr sana. Begitu juga dengan buku2 teks. iii. Sek Melayu pula hanya terhad kepada peringkat rendah shj iaitu meliputi kemahiran membaca dan menulis dan mengira. Selain itu pelajar juga diajar sedikit ilmu Geografi perkebunan dan pertukangan.

i.

43 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

iv. Sek Cina dan Tamil menggunakan kurikulum yg sama dengan yg diajar di Cina dan India. Guru2 didatangkan dr neg mrk.Menggunakan bhs ibunda sbg bhs pengantar. v. Lepasan sek Cina masih mempuyai kedudukan yg baik krn mrk diserapkan kedlm sektor ekonomi yg dipunyai pengusaha Cina di tanah Melayu. Sementara lulusan India hanya berpeluang meneruskan kerjaya diestet atau sekiranya mampu membayar yuran yg tinggi boleh meneruskan pemgajian sek Inggeris di bandar. Kesimpulan. Dasar pendidikan yg diperkenalkan oleh Inggeris sebelum merdeka telah menyebabkan perbezaan ras yg begitu ketara di Tanah Melayu pd masa itu. Bagi Inggeris sistem pesekolahan begini sengaja dilakukan bagi mengasingkan pelbagai kaum sebagai strategi utk mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi mrk di Tanah Melayu. Dengan cara ini kaum2 di Tanah Melayu khususnya org Melayu tidak mempunyai asas dan kekuatan bagi menetang Inggeris.

Soalan 6 Bincangkan secara ringkas corak ekonomi negara di bawah pentadbiran British sebelum merdeka dan huraikan masalah utama yg diwarisi negara daripada corak ekonomi sedemikian selepas Negara mencapai kemerdekaan. Pengenalan. Pada dasarnya pihak British memperkenalkan sistem ekonomi liberal dan moden. Bagi mencapai matlamat penjajahan, dasar dan rancangan ekonomi ditumpukan kepada usaha2 mengeksplotasi sumber-sumber galian serta pengeluaran bahan-bahan mentah pertanian yg mendapat pasaran tinggi di England dan Eropah . Keutamaan diberi kepada perlombongan bijih timah, pembukaan ladang getah dan kegiatan perladangan yg dilakukan secara meluas di selangor, Perak, N.9 dan Phg. A. 1. 2. 3. 4.

5. 6.

7. 8.

Corak Ekonomi Di Bawah Pentadbiran British Tanah Melayu kaya dgn bahan mentah . Selepas bijih timah di temui di Larut 1848, pihak British menggalakkan saudagar2 dr negeri Selat melabur dlm perushaan bijih timah. Sehingga th 1862 lebih 27 lombong di buka di kawasan Taiping dan Kamunting. Pembukaan lombong2 bijih timah diikuti dengan kebanjiran buruh2 yg dibawa dr China. Terdapat lebih kurang 25 000 buruh yg berada di kawasan berkenaan sekitar th 1862. Para pengusaha eropah telah memperkenalkan alat2 yg moden seperti kapal korek yg telah menghasilkan lebih byk bijih timah dlm jangka masa yg singkat. Beberapa langkah juga telah diambil spt memberi lesen kpd pengusaha eropah utk meneroka kaw perlombongan baru , menghapus peranan kongsi gelap dan sebagainya yg telah menyebabkan skyt2 pengusaha Eropah menguasai kegiatan perlombongan bijih timah menjelang tahun 1912. Pd 1940 skyt Eropah mengeluarkan lebih drpd 70% drpd bijih timah yg dikeluarkan oleh Tanah Melayu. Selain bijih timah galian2 lain yg diusahakan termasuklah emas dan arang batu, antimony, b besi dan petroleum. Emas di lombong di Raub yg dimulakan secara kormesial oleh sebuah skyt dr Australia. Petroleum pula diuasahan oleh Skyt Shell(Kerjasama pihak British-Belanda di Miri Sarawak) Kegiatan pertanian dagangan turut diberi perhatian oleh pihak penjajah. Terdapat 2 jenis pertanian dagangan iaitu tanaman jangka pendek seperti lada hitam, gambir, ubi kayu dan tebu. Manakala tanaman jangka pjg ialah getah. Getah mendpt permintaan yg tinggi kesan perkembangan pesat industri pembuatan kereta di Amerika Syarikat dan Eropah. Ladang2 getah byk di buka di Perak, Selangor, N. 9 dan Johor.

44 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

9.

Buruh2 dr India dibawa masuk ke Tanah Melayu. Byk skyt ditubuhkan di Tanah Melayu untuk melibatkan diri dlm perusahaan getah. Kebykkan skyt2 ini beribu pejabat di Eropah dan dimiliki oleh pemodal asing.

B. 1. 2. 3.

4. 5. 6. 7.

smkbm

Kesan Dan Masalah Sistem dwi ekonomi yg diamalkan di Tanah Melayu menampakkan perkembangan pesat dlm bidang ekonomi. Walaubagaimanapun pihak British terus membiarkan kehidupan orng Melayu kekal dlm kegitan bercorak tradisional. perkembangan eko moden spt di bidang perladangan dan perusahaan langsung tidak melibatkan org Melayu. Kaum imigran yg diberi peluang utk meningkatkan diri mereka dlm bidang ekonomi . Amalan pecah dan perintah telah mewujudkan kawasan petempatan yg berbeza antara ketigatiga kaum. Org Melayu timggal di kg dan bekerja sbg nelayan, org India menetap di Ladang2 getah manakala org Cina lebih bertumpudi kaw bdr yg terlibat dalam bidang perniagaan dan perlombongan. Kemajuan prasarana byk diberi tumpuan di kaw bdr menyebabkan kaw luar bdr yg tidak ada kepentingan kpd penjajah tidak dimajukan. Pembangunan yg dijlnkan tidak seimbang khususnya antara kaw pantai Barat dan Pantai Timur. Begitu juga dengan jurang pendapatan antara kaum cukup ketara antara penduduk Bandar dgn luar bdr. Org Melayu masih dibelenggu dgn kemiskinan jika dibandingkan dgn org Cina yg tinggal di bdr. Pihak British turut membenarkan setiap kaum mengamalkan sistem pendidikan mengikut cara masing-masing dan ini menyukarkan usaha kearah mewujudkan perpaduan Kebangsaan.

Kesimpulan Dasar ekonomi penjajah sebenarnya menjadi punca utama masalah perpaduan, ekonomi, politik, dan social yg perlu ditangani oleh para pemimpin sebelum negara mencapai kemerdekaan. Ada beberapa isu yg masih wujud walaupun neg sudah mencapai kemerdekaan spt masalah ekonomi.

Soalan 7 Bincangkan perkembangan sistem perhubungan pada abad ke-19 dan 20. Pengenalan Sebelum peluasan kuasa British di Tanah Melayu sistem perhubungan yg wujud mundur sekali. Cara-cara perhubungan yang digunakan ialah melalui sungai-sungai dan jalan-jalan kecil yang terdapat di hutan. 1. Perkembangan Jalan-jalan Keretapi abad ke 19 dan 20 a. Keretapi merupakan pengangkutan moden pertama sekali di Tanah Melayu. Jalan2 keretapi yg dibina telah mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kaw perlombongan dgn pelabuhan. b. Jalan keretapi yg pertama d dibina oleh Sir Hugh Low, menghubungkan Taiping-Port Weld c. Jalan2 lain ialah Tapah- Teluk Anson, Tapah- Ipoh d. Frank Swettenhan bina jln keretapi KL- Bukit Kuda-Port Weld e. 1892 menghubungkan KL- Rawang- Kuala Kubu Bharu dan Sg Besi. f. Negeri Sembilan , Seremban- Port Dicson. Seremban ke Prai – Johor Bharu. g. 1918 Perai- Bukit Mertajam, Sg Petani, Alor Setar dan Padang Besar. h. Pantai Timur menghubungkan Gemas, bahau, Mentakab, Kuala Lipis, Gua Musang, i. Tumpat dan Sg Golok. 2. Perkembangan Jalan Raya a. Jalan raya yg pertama dibina utk menghubungkan : i. kawasan bijih dan getah ke pelabuhan ii. Jalan raya utama menghubungkan KL- Kuantan 1899

45 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

iii. Singapura- perils pd 1928 iv. Jalan yg menghubungkan terengganu dan Pahang ke Pantai Barat pd 1945 3. Perkhidmatan Perkapalan a. Menjelang 1870 terdapat beberapa syarikat perkapalan yg menggunakan stim utk membawa hasil dr tanah Melayu ke Singapura. b. 1890 Syarikat perkapalan Straits Steamship Company milik Belanda manjadi syarikat perkapalan yg penting. c. Pelabuhan2 penting spt Port Swettenham, Port Dikson. Teluk Anson, dan Port Weld tempat persingghan utama. 4. Perkhidmatan Udara a. Syarikat ini memulakan perkhidmatan antara Singapura , KL dan P.Pinang. Apabila Perang Dunia ke-2 meletus perkhidmatan ini ditamatkan. b. 1930 dibina lapangan terbang di Ipoh, KL. P.Pinang, Taiping, Butterworth dan Alor setar. c. Malayan Airways Ltd dibuka 1947 d. Lapangan terbang KL- 1946. Kesimpulan Kemajuan sistem perhubungan ini kebanyakan menguntungkan penjajah bukannya masyarakat tempatan kerana tujuan dibina ialah utk memudahkan mrk mengangkut bahan-bahan mentah ke pelabuhan utk dieksport ke negara lain.

Soalan 8 Bincangkan faktor2 yg mempengaruhi dasar luar Malaysia dari tahun 1957-1963. Pengenalan Dasar luar ialah dasar atau pendekatan yg diamalkan oleh sesebuah negera ketika berinteraksi denga neg lain dlm hubungan antarabangsa. Dasar luar Malaysia diduruskan oleh Kmenterian Luar Negri melalui Wisma Putra. Tujuan Malaysia mengdakan hubungan luar untuk berinteraksi dan menadapat faedah drpdnya. Selain itu ia juga bertujuan menjamin kedaulatan, keselamatan, persahabatan dan kemakmuran Negara. Dasar luar yg diamalkam akan mendatangkan manfaat kpd kedua2 neg baik dr segi plitik, eko, dan social.

1. Sumber Ekonomi Negara Ekonomi neg kita adalah agak kukuh dgn sumber2 yg byk spt minyak, bijih timah, getah dan barangan pembuatan. Keadaan ekonomi yg kukuh ini menyebabkan Malaysia memerlukan rakan dagangan yg kukuh utk memasarkan dagangan dr neg kita. Malaysia juga memerlukan pelancong utk dtg ke Malaysia. 2. Faktor Sejarah Persekutuan Tanah Melayu mempunyai hubungan yg baik dgn neg2 Islam. Hubungan dgn neg Islam lain adalah bergantung kpd sejarah dan penduduk negara kita. Majoriti penduduk Tanah Melayu beragama Islam. Kebanyakkan mrk mahu mengadakan hubungan dgn neg2 Islam oleh itu kerajaan telah memberi perhatian kpd pendirian pengundi Islam dlm soal menggubal dasar luarnya. 3. Kedudukan Negara Kedudukan neg dr segi geografi adalah sgt trategik. Kedudukan ini telah membolehkannya mengawal perjalanan dan persimpangan laut, antara lautan Pasifik dgn lautan Hindi

46 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

kedudukan ini menyebabkan Malaysia mengikuti dasar luar yg bebas dan berkecuali dan sentiasa berusaha mnejadikan rantau ini aman bebas dan berkecuali. 4. Kepimpinan Kerajaan Perikatan di bawah Tunku Abdul Rrahman lebih mementingkan hubungan dgn Amerika Syarikat yg mengikuti dasar anti-komunis. Neg kita baru shj merdeka dan memerlukan bantuan Amerika utk memerangi komunis. Wbgmnpun soal pertahanan Tanah Melayu pd masa itu di bwh tjb Inggeris ini adalah krn tanah Melayu pd ms itu menandatgni perjanjian pertahanan dgn Britain 5. Keselamatan Negara Dari segi keselamatan, neg kita perlu mengelakkan sebarang ancaman dr neg2 luar. Oleh itu neg kita memerlukan dasar luar yg dpt mengekalkan hubungan yg baik dgn semua neg. Misalnya ancaman ke atas keselamatan neg dlm bentuk ancaman dadah. Kekacauan politik di IndoChina juga mempengaruhi dasar luar neg kita. Malaysia menentang pendudukan Vietnam di Kampuchea da usaha2 kuasa besar utk mengugat kestabilan di Asia Tenggara. 6. Struktur Politik Negara Sebagai sebuah neg yg mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, Malaysia mementingkan demokrasi, kebebasan dan kemakmuran rakyat. Seiring dgn itu dasar luar neg memberi penekanan kpd prinsip2 kebebasan manusia dan keamanan serta menentang segala bentuk penjajahan dan penindasan dlm kalangan masyarakat antarabangsa. 7. Hubungan Diplomatik. Dasar luar MAlysia menitikberatkan hubungan diplomatic dengan negara2 lain di dunia. Malaysia mengadakan hubungan diplomatic dgn pelbagai neg di dunia di Asia, Afrika, Amerika dan Eropah kecuali Israel. 8. Institusi Antarabangsa. Malaysia sentiasa menyokong pertubuhan PBB dlm byk perkara. Malaysia menyertai beberapa agensi PBB, antaranya UNESCO, UNCTAD, WHO. Selain itu Malaysia memainkan peranan aktif dlm pertubuhan pergerakan neg2 Berkecuali(NAM) , perubuhan Komanwel dan pertubuhan neg2 Islam OIC usaha-usaha ini mnunjukan dasar luar Malaysia dibentuk untuk memupuk semangat kerjasama dan perpaduan antara bangsa . Kesimpulan Terbukti dasar luar Malysia memang berkesan kerana sejak medeka sehingga 1963 neg kita tidak pernah berkonflik dgn mana2 kuasa besar dunia krn dasar kita yg tidak menyebelahi mana2 pihak. Soalan 9 Dasar Luar Malaysia dlm tempoh 1957-1963 adalah bercorak pro-Barat dan anti komunis. Bincangkan mengapa Dasar Luar Malaysia bercorak sedemikian. Pengenalan Keadaan politik dunia dlm tempoh 1957-1963 masih berlaku perang dingin antara Blok Barat dan blok Timur. Situasi ini turut mempengaruhi amalan dasar luar Negara ini apatah lagi Tanah Melayu turut menghadapi ancaman komunis. Latar belakang dan pribadi Tunku Abdul Rahman turut menentukan arah tujuan dasar luar neg dlm tepoh tersebut. Isi 1. Isu keselamatan negara Tempoh masa tahun 1957-1963 dianggap sbg tahap penting dlm dasar luar neg krn Tanah Melayu baru shj mencapai kemerdekaan. Soal keselamatan neg, terutamanya ancaman komunis merupakan masalah utama yg dihadapi

47 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

Tanah Melayu hanya mempunyai sebuah rejimen Melayu Diraja , tanpa mempunyai angkatan tentera laut dan udara. Sebarang serangan dr luar tidak mampu dihadapi secara bersendirian. Berdasarkan alasan ini Tanah Melayu memilih dasar pergantungan dgn Britain dan mengamalkan dasar luar yg pro Barat. Tanah Melayu menandatangani perjanjian pertahanan dgn Britain yg dikenali sbg Perjanjian Pertahanan Anglo Malaya (AMDA).Melalui perjanjian ini Britain memberi jaminan akan memberi bantuan ketenteraan kpd Tanah Melayu jika diceroboh atau diancam oleh musuh. Ancaman kominid didalm neg dan rantau asia Tenggara terutamanya perkembangan di Vietnam menyebabkan Tanah Melayu mengambil sikap yg serius terhadap perkembangan tersebut. Di dlm neg pula kegagalan Rundingan Baling 1955 menyebabkan komunis melancarkan perang gerila setelah perjuangan melalui cara berperlembagaan tidak berjaya. Tanah Melayu memberi sokongan kuat terhadap tindakan Amerika Syarikat membendung pengaruh komunis di Vietnam Utara dan menyokong Rejim anti komunis di Vetnam Selatan. Begitu juga pendirian anti komunis Tanah Melayu dlm isu `Dua China’ di PBB , Tanah Melayu tidak mengiktiraf Republik Rakyat China sbg mewakili rakyat China di PBB. Sebaliknya Tanah Melayu mengadakan hubungan dengan Taiwan diperingkat consular. 2. Kepentingan Ekonomi Selain soal keselamatan neg , dasar luar pro Barat ini didorong oleh kpentingan ekonomi di Tanah Melayu. Selepas mencapai kemerdekaan eko Tanah Melayu masih bergantung kepada komoditi utama iaitu getah dan bijih timah. Skyt2 dr Britain masih menguasai kedua2 perusahaan ini,. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun diberi kemerdekaan dari segi politik, neg masih lagi bergantung dlm bidang ekonomi khususnya utk membeli bahan mentah dan mencari pasaran. 3. Latar belakang Keperibadian Tunku Abdul Rahman Tunku dibesarkan dlm suasana kebaratan dan mendapat pendidikan Barat menyebabkan beliau lebih selesa dan bersikap pro barat Tunku juga mempunyai sikap anti komunis yg kuat krn ancaman komunis dlm neg. Tunku percaya bahawa warisan sistem demokrasi Barat lebih sesuai dengan budaya masyarakat di Tanah Melayu berbanding dgn sistem komunis. Kesimpulan Dasar luar neg yg pro Barat dan anti komunis dipengaruhi oleh ketiga-tiga faktor yg dibincangkan di atas sehinggakan Tunku pernah mengakui bahawa Tanah melayu akan timbul dan tenggelam bersama barat

Soalan 10 Setelah mencapai kemerdekaan, Malysia telak menanggotai PBB sbg pengiktirafan terahadap kedaulatannya. Bincangkan peranan dan kepentingan yg diperoleh Malaysia setelah menanggotai badan dunia tersebut. Pengenalan PBB ditubuhkan pdJun 1945 di San Francisco dan mula beroperasi pd oktober 1945. atujuan utama PBB adalah utk mewujudkan keamanan serta keselamatan dunia dan menjalin kerjasama antarabangsa . Disamping itu PBB juga bertujuan menggalakkan pembangunan eko dan social di setiap Negara anggota. PBB juge bertujuan melindungi hak2 asasi dan kebebasan manusia tanpa mengira bangsa agama bahasa and warna kulit. Malysia telah diterima oleh Majlis perhimpunan sbg anggota PBB pd th 1957. Isi

48 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

A. Peranan 1. Memulihkan keamanan Tahun1959 Malaysia dan Ireland menaja satu usul untuk mengutuk tindakan Republik Rakyat China menceroboh dan melanggar hak asasi rakyat Tibet. Selain itu Malaysia mengutuk tindakan mana-mana kuasa besar atau Negara lain yg menceroboh neg kecil. 2. Menghantar tentera pengaman Oktober 1961 pasukan tentera Malysia telah dihantar utk menyertai pasukan pendamai PBB ke Congo bagi menamatkan Perang saudara serta mengekalkan keamanan di situ. Malysia telah diminta PBB utk memberi sumbangan ketenteraan sbg pasukan pengaman dunia bagi memulihkan keamanan di Congo 3. Mengecam Dasar Apartheid Pemimpin2 Malaysia telah membangkitkan kesedaran antarabangsa terhadap isu yg berkaitan dgn dasar Apartheid. 4. Mengemukakan Cadangan Malaysia telah mengemukan cadangan utk mengatasi masalah sejagat spt dadah kemiskinan negara2 anggota , isu Antartika dan pelarian Vetnam. B. Kepentingan. 1. Bantuan Kesihatan WHO telah memberi bantuan dlm bidang kesihatan dgn menghantar pakar-pakar perubatan, pegawai2 kesihatan serta memberi pelbagai bantuan utk meningkatkan taraf kesihatan di Negara kita. 2. Bantuan Kepakaran Pertanian FAO telah menolong kita menambahkan lagi pengeluaran makanan terutamanya pengeluaran padi. Malaysia telah mendapat bantuan dlm bentuk kewangan dan kepakaran 3. Bantuan Pinjaman Bank Dunia memberi pinjaman untuk membiayai projek pembangunan tanah dan lain2 cyh pembinaan jalanraya dan Jambatan P. Pinang 4. Bantuan Pendidikan UNESCO telah memberi bantuan spt menghantar pakar-pakar pendidikan ke Malaysia utk memberi bantuan khidmat nasihat ke atas rancangan pelajaran Malaysia. UNESCO juga membantu Malaysia menubuhkan sebuah maktab teknik di Ipoh. Disamping itu menghantar pegawai penyelidikan sains utk membantu bidang penyelidikan sains di neg kita. Kesimpulan Malaysia merupakan neg yg aktif dlm melaksanakan aktiviti PBB. Penyertaan Malaysia dlm PBB byk membantu neg dari sudt kepentingan eko, politik dan social. Ini amat penting krn pd masa itu Malaysia baru shj mencapai kemerdekaan.

BAHAGIAN B : SEJARAH ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN DAN ASIA TIMUR TEMA 1 : MASYARAKAT TEMPATAN 49 | /smkbm 08

Layh’s

B.

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

SOALAN 1: Terangkan peranan maharaja dalam sistem pemerintahan beraja di Negara China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa barat Pendahuluan 1. Sistem beraja merupakan satu bentuk sistem pemerintahan yang diamalkan oleh kebanyakan negara di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia timur. 2. Sistem ini berasaskan campuran sistem tempatan dengan pengaruh agama Buddha dan Confucius di China dan Shinto di Jepun. 3. Maharaja di China dan Jepun memainkan peranan penting dalam kerajaan sehinggalah pemantapan kuasa barat. Isi-isi A.

CHINA 1. gelaran maharaja mula diguna pakai semasa pemerintahan maharaja Shih Huang Ti (221 – 210 S.M) dari Dinasti Chin 2. maharaja menduduki tonggak kerajaan dan berkuasa mutlak dalam pemerintahan di peringkat pusat 3. maharaja memberikan kuasa autonomi kepada pentadbir awam dan gabenor di peringkat wilayah 4. tradisi masyarkat China menganggap maharaja sebagai Son of Heavan iaitu maharaja dikatakan mendapat mandate dari syurga untuk memerintah dunia 5. maharaja mempunyai kedudukan yang paling tinggi dan berpengaruh di dunia dan bertanggungjawab penuh ke atas keamanan dan kemakmuran rakyat dan Negara 6. sebarang bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh maharaja akan menyebabkan baginda kehilangan mandat dari syurga dan dan Negara akan mengalami kemusnahan dan bala bencana 7. sebagai balasan ,wujud kebangkitan menentang sistem pemerintahan maharaja seperti dalam Dinasti Manchu pada akhir abad ke 19

JEPUN 1. sistem pemerintahan maharaja agak berbeza dibandingkan dengan negara 2. maharaja di Jepun tidak mempunyai kuasa khususnya selepas tahun 1192M 3. kekuasaan sebenar dalam pemerintahan terletak di tangan golongan bangsawan yang dikenali sebagai daimyo i. bagi mengukuhkan kuasa, daimyo akan membentuk satu pasukan tentera yang kuat di bawah pimpinan golongan samurai ii. dengan ini daimyo mampu meluaskan pengaruh dengan menguasai wilayah2 lain di samping mengekalkan kedudukan sebagai pemerintah mutlak iii. pada masa pemerintahan Shogun Tokugawa tahun 1603 beliau menerajui pemerintahan dengan kuasa penuh iv. golongan Shogun merupakan pentadbir daerah yang menduduki kelas kedua selepas maharaja v. maharaja hanya menjadi boneka di istana vi. pemerintahan sebenar dilakukan oleh Shogun Tokugawa yang dianggap sebagai maharaja Jepun vii. setelah maharaja Meiji menaiki takhta pada tahun 1868 menggantikan Keshogunan Tokugawa, negara Jepun mengalami satu proses peralihan dari zaman tradisional kepada era pemodenan viii. Meiji memperkenalkan pemerintahan pusat dengan menghapuskan sistem feudal yang dikuasai oleh daimya dan samurai Kesimpulan

50 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

1. di Negara China , sistem beraja tamat apabila tercetusnya Revolusi China tahun 1911 2. kejatuhan Dinasti Manchu Februari 1912 menjadi simbol kehancuran pemerintahan bercorak dinasti di China yang kemudiannya diganti dengan sistem republik 3. di Jepun pula kerajaan berparlimen diperkenalkan bagi menaikkan imej negara Jepun Setanding dengan negara barat 4. maharaja Meiji memerintah sebagai raja berperlembagaan.

SOALAN 2 : Bincangkan peranan Hukum Adat dalam masyarakat tradisional di China dan India sebelum kedatangan kuasa2 barat.

Pendahuluan 1. Undang2 awal yang dilaksanakan di kebanyakan negara2 Asia adalah dalam bentuk undang2 lisan yang lebih dikenali sebagai Hukum Adat. 2. Hukum Adat dikaitkan dengan segala bentuk adat resam yang menjadi amalan secara turun temurun hingga menjadi peraturan atau hukum yang harus dipatuhi. 3. Hukum Adat meliputi segala aspek seperti perlakuan, upacara, tatacara kehidupan dan larangan2 tertentu. A.

CHINA 1. 2. untuk 3.

sistem perundangan China jauh berbeza daripada negara2 lain peraturan tradisional negara China memperlihatkan kesukaran bagi pesalah membebaskan diri daripada setiap tuduhan yang dikenakan

4. undang2 China berasaskan prinsip tanggungjawab berkumpulan yang bertentangan dengan undang2 moden yang menekankan tanggungjawab individu 5. undang2 China juga berdasarkan prinsip kesalahan kekal di mana seseorang individu yang dituduh melakukan kesalahan akan dianggap sebagai bersalah sehinggalah dia dapat membuktikan kebenarannya 6. hukum adat Negara China menekankan konsep membalas dendam di mana nyawa seharusnya dibalas dengan nyawa 7. adat tradisi masyarakat China melarang rakyat melihat muka maharaja China yang dianggap suci dan mulia dan rakyat dikehendaki melakukan amalan kowtow 8. masyarakat China sangat percaya kepada tilikan nasib 9. juga berpegang kuat kepada adat Feng Shui seperti untuk mencari tapak dan kedudukan rumah ,kubur dan bangunan 10. mengikut amalan tradisi, kaki anak gadis akan dibebat antara 4 hingga 8 tahun untuk Tujuan kecantikan dan mengawasi pergerakan anak gadis 11. berdasarkan ajaran Confucius, pemujaan roh nenek moyang diamalkan untuk memberi Penghormatan B.

INDIA 1. di India ,pelaksanaan Hukum Adat adalah berkaitan dengan pengaruh agama Hindu yang begitu kuat dan menjadi pegangan utama masyarakatnya 2. melalui amalan sistem kasta ,adat suttee, thugee dan pembunuhan bayi perempuan 3. sistem kasta (vama),membahagikan masyarakat kepada golongan tertentu bertujuan menjaga keturunan yang dianggap mulia dan dihormati kelas masyarakat iaitu i. kysatria (perwira,aristocrat)

51 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

ii. iii. iv.

Brahmin (sami) vaisya (pedagang) sudra (rakyat biasa) 5. Amalan suttee merupakan pengorbanan diri oleh balu2 Hindu dengan membakar diri sendiri bersama mayat suami semasa upacara pengkebumian berlamgsung sebagai bukti kesetiaan si isteri 6. Amalan thuggee merupakan aktiviti rompakan dan pembunuhan jalanan yang menjadi amalan tradisi kumpulan2 agama bersenjata 7. Amalan membunuh bayi perempuan merupakan hukum adapt yang menjadi amalan tradisi untuk elakkan ibubapa menanggung penderitaan seperti pemberian dowri Kesimpulan 1. Hukum Adat yang diamalkan oleh masyarakat di Asia mengalami pengubahsuaian dengan nilai2 moden pada abad ke-19 hasil kedatangan kuasa2 barat 2. Peraturan yang dianggap tidak adil dan di luar prinsip kemanusiaan telah dimansuhkan 3. Tidak dinafikan masih terdapat banyak lagi hukum adapt yang terus kekal dijadikan amalan hingga ke hari ini dan menjadi sebahagian daripada amalan budaya masyarakat.

SOALAN 3 : Huraikan sistem ekonomi tradisional di Asia Tenggara sebelum campur tangan kuasa barat. Pendahuluan 1. Sebelum kedatangan kuasa barat, ekonomi di Asia Tenggara agak mundur. 2. Walaupun begitu sudah ada sistem ekonomi tersendiri yang bercorak sara diri. 3. Bentuk hubungan antara golongan pemerintah dan golongan diperintah mencorakkan sistem ekonomi tempatan di mana kedua-duanya saling mempengaruhi antara satu sama lain. Isi-isi 1. 2.

bentuk ekonomi utama dan terpenting dikenali sebagai ekonomi peasant yang bersifat sara diri penduduk di kawasan rendah atau berhampiran sungai mengusahakan padi sawah 3. contoh di Delta Irrawaddy di Myanmar, Delta Sg. Mekong di Vietnam dan Delta Menam Chao Phraya di Thailand 4. masyarakat di dataran tinggi di kawasan pedalaman Asia Tenggara menanam padi bukit atau padi huma. 5. tanaman lain seperti jagung, ubi, gandum, ubi, gandum,sekoi,barli, buah2an dsb 6. penduduk di sepanjang pantai dan sungai memberi tumpuan kepada penangkapan ikan,jika hasil tangkapan ada lebihan ia akan diproses menjadi ikan kering,keropok dll dan ditukarkan dengan barangan keperluan lain 7. terdapat juga masyarakat peasant yang mempunyai kemahiran dalam pertukangan kayu dan logam 8. kaum wanita mahir dalam kerja menenun dan menganyam 9. ekonomi sara diri juga termasuk penternakan , memburu binatang dan mengutip hasil hutan 10. gajah diburu untuk mengangkut hasil hutan seperti balak 11. unsur kedua terpenting ialah perdagangan tetapi secara kecil2an dalam dua bentuk iaitu i. dalaman – dijalankan sesama penduduk tempatan dengan cara menukar barang keperluan hasil tanaman ii. luaran - rangkaian perdagangan dengan pihak luar dan tertumpu kepada barangan seperti rempah ratus, barangan antik, tembikar, damar, rotan dll

52 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

13. negara2 Asia Tenggara menjalankan perdagangan dengan China, Arab, Gujerat dan India kerana kedudukan yang strategik di tengah jalan perdagangan timur dan barat 14. terdapat juga ekonomi kerajaan di mana raja atau kerajaan memperoleh pendapatan melalui pelbagai bentuk cukai seperti cukai perjalanan di sepanjang jalan darat dan air 15. cukai dibayar kepada penbesar jajahan atau pegawai2 birokrasi 16. bayaran gantian kepada perkhidmatan buruh wajib dikenakan kepada penduduk pedalaman dalam bentuk hasil keluaran seperti cukai bendang, buah2an dan sayur2an 17. barat memperkenalkan sistem ekonomi laissez-faire yang mewujudkan sistem ekonomi dual 18. berlaku jurang perbezaan akibat penggunaan mata wang 19. ekonomi tradisi hampir2 lenyap di kawasan ekonomi imperialis barat seperti Pulau Jawa.

Kesimpulan 1. Tidak dinafikan kemasukan kuasa Eropah ke Asia Tenggara membawa implikasi negative terhadap sistem ekonomi tradisi. 2. Tetapi kemasukan kuasa Eropah , pengaliaran modal yang banyak, perpindahan teknologi dan sistem perhubungan telah dapat memajukan negara2 di Asia Tenggara dari segi pembangunan ekonomi dan social.

SOALAN 4 : Bezakan hierarki sosial masyarakat tradisional di Negara Thai dan Vietnam pada zaman awal. Pendahuluan a. Umumnya masyarakat di Asia Tenggara pada awalnya mengamalkan sistem social yang bercorakmtradisional berasaskan sistem feudal b. Sistem feudal membawa maksud satu bentuk kerajaan yang hanya dijalankan oleh individu tertentu yang bebas dari kawalan kerajaan pusat c. Hierarki social mnasyarakat dalam sistem feudal adalah berbentuk pyramid Isi-isi NEGARA THAI a. Raja menduduki lapisan teratas diikuti oleh golongan bangsawan(nai),rakyat yang bebas (phrai) dan hamba (that) b. golongan sangha (sami Buddha) berperanan penting dalam sistem feudal Thai c. raja Thai mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan. d. golongan nai berperanan sebagai pemimpin masyarakat dan memberi perlindungan kepada golongan phrai. e. phrai menjadi symbol kekayaan dan kekuasaan politik golongan nai, that pula merupakan hamba kepada golongan nai dan phrai yang kaya f.

dua kelas that yang penting iaitu hamba berhutang dan hamba tawanan perang.

g. golongan sangha mendapat pengiktirafan yang tinggi di kalangan masyarakat Thai dan menjadi penggerak agama Buddha dengan menjadi tenaga pengajar utama kepada ahli masyarakat Thai h. kedudukan mereka lebih tinggi dan mulia di sisi masyarakat

53 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

VIETNAM a. sistem pemerintahan berasaskan sistem pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat b. hierarki sosial masyarakat Vietnam terdiri daripada maharaja, golongan cendikiawan (quan atau mandarin) dan petani c. golongan cendikiawan mempunyai kedudukan paling tinggi dan berpengaruh dalam masyarakat Vietnam , kerana mereka merupakan pemerintah sebenar yang bertanggungjawab menjalankan tugas2 maharaja d. golongan quan atau mandarin mendapat pendidikan tinggi berdasarkan ajaran Confucius e. rakyat biasa yang pintar serta berpengetahuan dalam ajaran Confucius secara mendalam berpeluang menjadi pegawai2 tinggi awam f. golongan bangsawan tidak mendapat tempat dalam perkhidmatan awam kesan daripada pembaharuan Maharaja Gia Long yang menamatkan keistimewaan dan pengaruh politik golongan bangsawan dan keluarga diraja g. golongan petani menduduki hierarki sosial yang paling rendah di mana mereka menjalankan kegiatan ekonomi sara diri iaitu menanam padi sawah Kesimpulan Sistem feudal yang diamalkan oleh masyarakat Asia dimansuhkan setelah berlakunya imperialisme kuasa barat pada abad ke – 19 dan awal abad ke-20.

SOALAN 5 : Bandingkan peranan samurai dan uleebalang Acheh serta terhadap golongan ini pada abad ke 19 dan ke 20

perubahan yang berlaku

Pendahuluan : 1. Golongan samurai dan uleebalang merupakan pegawai yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk membantu menjalankan tugas 2. Golongan ini mempunyai pengaruh yang kuat dan mempunyai pengikut yang ramai Merupakan pahlawan yang menjunjung perintah raja/ maharaja Isi-isi penting A. Peranan golongan samurai a. golongan pahlawan menjunjung kuasa pemerintahan shogun dan daimyo b. mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat dan dalam keadaan aman. Mengikut G.B. Sansom dalam bukunya Japan A Cultural History “ Dalam masa aman kehidupan golongan Daimyo dan Samurai ditanggung oleh petani. Petani adalah jentera untuk menghasilkan beran bagi mengisi perut golongan samurai Manjalankan / melaksanakan fungsi sebagai tentera yang penting semasa c. kemunculan Ieyasu d. Semasa keamanan golongan ini tinggal di Edo dan Bandar-bandar istana serta mmengubah cara hidup seperti suka kepada kemewahan dan boros e. Mereka menjadi lemah dan bergantung kepada orang lain f. Apabila pendapatan shogun dan daimyo terjejas mereka telah mengurangkan gaji samurai atau menahan sebahagian daraipada gaji golongan ini g. Golongan Samurai menghadapi masalah ekonomi yang serius h. Kesetiaan golongan ini merosot secara beransur-ansur kepada shogun dan daimyo i. Mereka menjadi ronim atau samurai tang tidak bertuan Perubahan a. 1876 - kerajaan mengharamkan pemakaian pedang oleh golongan samurai b. Gaji yang di beri dalam bentuk beras ditukar kepada wang tunai begitu juga elaun

54 | /smkbm 08

Layh’s

B.

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

c.

Elaun tahunan digantikan dengan pembayaran sekaligus dalam bentuk bon-bon kerajaan yang akan matang dalam masa 14 tahun dengan kadar faedah 7% d. Samurai diserap sebagai pegawai kerajaan dan di bayar pencen tetapi tidak mencukupi e. Golongan ini juga terpaksa menjalankan kerahan tenaga walaupun dianggap tidak layak f. tekanan ini menyebabkan golongan samurai melakukan penentangan seperti pemberontakan Saigo Takamori di Kyushu 1877. Akibatnya samurai hilang kuasa dan kedudukan tradisi mereka Peranan Uleebalang di Acheh 1. merupakan tunjang kekuatan kerajaan Acheh 2. Sewaktu upacara-upacara rasmi uleebalang akan duduk di sebelah kanan raja 3. Bertanggung jawab menjaga keselamatan raja sewaktu raja berada di luar istana 4. Mengikut William Marsden dalam bukunya The History of Sumatra “ Uleebalang di Acheh dilengkapi dengan kelengkapan ketenteraan terbaik setanding dengan tentera barat” 5. Muncul sebagai golongan yang di hormati dan dianggap pemimpin dalam masyarakat Acheh 6. Ada yang dilantik sebagai pembesar daerah spt Teungku Raja Pakeh Dalam yang memegang daerah Pidie 7. Mempertahankan wilayah daripada dikuasai oleh kuasa asing cth mempertahankan Kotaraja daripada dikuasai Belanda pada tahun 1873 8. Golongan ini terus memberi penentangan melalui perang gerila mulai tahun 1874 apabila Belanda menguasai Kotaraja dan ini menyebabkan kedudukan Belanda di Acheh tidak selamat Perubahan 1. Menjelang abad ke 20 pembabitan golongan uleebalang semakin berkurang 2. Golongan ulama mengambil alih peranan golongan uleebalang. Cth Teungku Cik mengisytiharkan perang jihad keatas Belanda 3. Belanda bertindak meneutralkan dengan menyerapkan golongan ini ke dalam birokrasi dengan melantik mereka sebagai pembesar daerah. Ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukannya dan mengawal keadaan diAcheh 4. Belanda mengadakan perjanjian dengan golongan ini dan melalui perjanjian ini Belanda berjaya menghapuskan peranan dan kedudukan tradisi golongan uleebalang di Acheh Penutup 1. Walaupun golongan samurai dan uleebalang memainkan peranan penting dan menjadi tonggak kepada kerajaan tetapi dengan perubahan-perubahan yang berlaku menyebabkan kedudukan ini terhapus

SOALAN 6 : Huraikan elemen-elemen kepercayaan dan keagamaan yang dikaitkan dengan sistem beraja dan maharaja di Asia Tenggara dan Asia Timur Pendahuluan 1. Raja / maharaja memainkan perana penting dalam kerajaan 2. Raja / maharaja merupakan tampuk/ tunggak kerajaan 3. Berbagai cara dilakukan untuk mengukuhkan kedudukan termasuklah menggunakan elemen kepercayaan dan keagamaan Isi-isi penting

55 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

1. pengaruh Hindu Buddha menyebabkan rakyat percaya raja / maharaja berkuturunandewa/tuhan (dewaraja). 2. raja mempunyai kuasa yang tidak terbatas- meliputi aspek keduniaan dan keagamaan. Di Burma ;

4.

• • • •

5.

raja diberi sifat ketuhanan oleh golongan Brahmin ; raja diberi pelbagai peralatan yang dianggap mempunyai kesaktian raja menjadi ketua agama Budha dan ketua penaung Sangha ( peraturan agama Budha) raja diberi payung putih sebagai lambang kedaulatan ketuhanan Di Thailand • raja mempunyai kuasa menentukan hidup dan mati rakyatyang digelar Chow Chiwi ( Tuhan Kehidupan) Di Kemboja raja mendirikan istana di tempat-tempat tinggi kerana percaya syurga lebih hampir berbanding dengan tempat-tempat lain

6.

Di China maharaja dilagitimasikan berdasarkan konsep mandate dari syurga selagi maharaja melakukan kebaikan baginda akan terus mendapat mandat Mengikut pendapar Confucius sesiapa yang mendapat mandat dari syurga akan berjaya menjadi maharaja dan sesiapa yang gagal dianggap penjenayah. Maharaja dikatakan sebagai wakil tuhan / anak syurga 7. Di Jepun Keluarga maharaja didakwa keturunan dewi matahari ( Amateresu) raja mempunyai kuasa besar menentukan halatuju pentadbiran Kesimpulan : Kepercayaan ini mula berubah dengan kedatangan kuasa-kuasa barat. • • • • •

SOALAN 7 : Huraikan kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat Thailand dan Myanmar sebelum kedatangan barat. Pendahuluan 1. Agama bermaksud sistem kepercayaan dan amalan sesebuah masyarakat yang merupakan pancaran bentuk kerohanian, pegangan dan idea, sikap dan perlakuan terhadap kuasa ghaib supernatural, dewa-dewi, kuasa halus dan roh 2. agama juga berkaitan upacara2 tertentu, pantang larang dll 3. antara kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat di Thailand dan Myanmar ialah animisme, Hindu, Buddha dan Islam A. Kepercayaan animisme i. animisme ialah kepercayaan bahawa setiap benda di sekeliling seperti pokok,batu, gunung dan sungai mempunyai semangat atau roh yang perlu dihormati dan dipuja ii. kepercayaan ini berkait rapat dengan unsur2 ghaib melalui kemunculan dewa-dewi yang menjaga alam semesta iii. masyarakat di Thailand dan Myanmar mempercayai semangat luar biasa yang boleh mengawal kehidupan manusia iv. di Thailand semangat ini dipanggil phi dan di Myanmar nat yang akan disembah melalui ramalan nujum2, demi mengelakkan kejadian buruk B. Agama Hindu

56 | /smkbm 08

Layh’s

D.

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

i. Agama Hindu merupakan agama tertua di dunia, bermula di Negara India pada zaman Veda (200 S.M – 1000 S.M), agama ini tiada pengasas. ii. terdapat empat veda yang penting iaitu Rig Veda,Atharva Veda,Yajur Veda dan Sama Veda – menyatakan bagaimana upacara2 keagamaan harus dilakukan iii. penganut berpegang kepada kitab Brahma Upanishad dan epik Ramayana serta Mahabrata iv. penganut agama Hindu juga menpercayai tiga dewa utama iaitu dikenali sebagai v. trimurti iaitu Dewa Brahman (Dewa pencipta), Dewa Vishnu (Dewa Pelindung ) dan vi. Dewa Siva (Dewa Pemusnah). vii. menekankan hukum karma dan kelahiran semula yang bergantung kepada perbuatan yang dilakukan semasa hidup. Mereka juga berusaha mencapai Nirvana atau Mokhsa supaya tidak dilahirkan semula C. Agama Buddha i. diasaskan oleh Putera Sidartha Gautama di India yang telah meninggalkan istana untuk mencari erti hidup yang sebenar. ii. Buddha melarang manusia melakukan kekejaman sesama manusia dan manusia yang suci akan mencapai Nirvana iii. masyarakat di Thailand dan Myanmar mengamalkan agama Buddha mazhab Hinayana yang lebih menekankan kehidupan secara bermasyarakat Agama Islam i. di Asia Tenggara ,Islam disebarkan oleh pendakwah dari Arab, China dan India ii. Ajaran Islam memberi penekanan kepada aspek akidah dan syariah iii. terdapat 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman iv. tumpuan pendakwah ke negara2 selatan Thai, selatan Filipina dan Kepulauan Melayu Kesimpulan 1. Agama dan kepercayaan menjadi satu aspek yang penting dalam memandu kehidupan masyarakat dan mencorakkan pemerintahan negara 2. Agama juga menjadi instrument penting dalam menyatukan rakyat sesebuah negara

SOALAN 8 : Bincangkan perbezaan sistem perundangan yang mambawa kepada pertikaian antara kuasa Barat dengan Negara China Pengenalan ; 1. Peraturan dan undang-undang merupakan garis panduan yang diamalkan oleh sesebuah Negara untuk menjaga keamanan dan keharmonian masyarakat dan Negara 2. Dinegara China undang-undang dikawal oleh pemerintah dan undang-undang digunakan untuk megawal kesetiaan golongan pembesar dan rakyat. 3. Bagiorang-orang barat undang-undang China tidak boleh diterima kerana dianggap zalim dan keterlaluan Isi-isi penting 1. Perundangan China terbahagi kepada 2 bahagian. i. Bahagian pertama - Undang-undang Maharaja atau Dikri Maharaja. Tujuan untuk menyelesaikan masalah Negara dari sudut politik dan ekonomi

57 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

ii.

smkbm

Bahagian kedua - Undang-undang yang dikeluarkan oleh pembesar wilayah. Bersifat tempatan dan dikendalikan oleh Pesuruhjaya.

2. Konsep undang-undang China mengikut “Doktrain Tanggungjawab” secara kumpulan : i. Ahli kumpulan bertanggung jawab secara kolektif untuk menerima hukuman yang setimpal ii. Tidak ada kesalahan yang tidak mempunyai pesalah dan tidak dihukum iii. Cth : Seorang pekerja memukul orang dan melarikan diri, majikan akan bertanggung jawab. iv. Ini tidak boleh diterima oleh Barat kerana perundangan Barat menekankan bahawa setiap kesalahan merupakan tanggungjawab individu. Orang lain tidak harus menerima hukuman terhadap kesalahan orang lain.

3. Undang-undang China menekankan prinsip seseorang yang dituduh bersalah akan dianggap bersalah sehingga dia membuktikan kebenaranya. Mengikut pndapat orang barat pula, seseorang yang melakukan jenayah itu tidak boleh disabitkan kesalahannya jika tidak ada bukti yang menunjukkan dia bersalah 4. Hukuman yang dikenakan adalah derdasarkan budi bicara pemerintah atau golongan yang diberikan kuasa menjalankan hukuman. Tidak ada badab penasihat untuk menasihati jenis-jenis hukuman yang patut dikenakan : i. Hukuman yang dikenakan spt cekik sampai mati, belasah dengan buluh, memotong tubuh pesalah dan membenarkan membunuh diri ii. menggunakan ugutan dan penyeksaan yang kejam bagi membolehkan pesalah mengaku kesalahan. iii. Bagi orang-orang barat konsep perundangan China ini dianggap tidak bertamadun, tidak adil dan penuh dengan rasuah. Terdapat pesalah yang terlepas setelah hakim menerima rasuah 5. Undang-undang China turut mengenakan hukuman yang sama kepada warga asing. Apabila warga asing dituduh membunuh dan diserahkan kepada pemerintah China mereka akan dihukum gantung tanpa mendapat perbicaraan yang adil : Cth ; Kes Terranova - Seorang warga Itali yang bekerja diatas kapal Amerika dituduh membunuh seorang wanita China telah diserahkan kepada pihak berkuasa China dan beliau dihukum cekik sampai mati walaupun pihak berkuasa Amerika di China mengetahui yang tertuduh tidak bersalah. Kedaan ini bertentangan dengan perundangan barat kerana pada orang-orang barat setiap kesalahan perlu dibicarakan dengan adil sebelum menjatuhkan hukuman Penutup Kehadiran kuasa barat telah membawa bersama sistem politik, ekonomi malah dapt dan perundangan. Sejajar dengan itu perundangan tempatan juga mengalami perubahan dan bersifat lebih kebaratan.

SOALAN 9 : Bincangkan Dasar Buka Pintu di Negara China dan Jepun Pengenalan : 1. Negara China dan Jepun pada dasarnya mengamalkan dasar tutup pintu kerana mereka tidak mahu barat campurtangan dalam politik tempatan . Mereka juga tidak memerlukan hubungan diplomatik dengan negara lain malah menganggap yang Negara lain termasuk barat masih tidak bertamadun. 2. Negara China dan Jepun terpaksa mengamalkan dasar pintu terbuka mulai pertengahan abad ke 19 Isi – isi penting

58 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

1. Dasar Buka Pintu China i. Barat menggunakan kekerasan memasuki China ii. Barat mamerlukan perdagangan seimbang dengan China iii. Perjanjian Nanking 1842 membuka pintu China kepada Barat. Syarat-syarat Perjanjian Nanking : • 5 pelabuhan dibuka kepada barat ( Shanghai, Amoy, Canton, Foochow dan Ningpo ). • Hong Kong diserahkan kepada British • Perdagangan Cohong dihapuskan • China dikehendaki bayar ganti rugi sebanyak 21 juta • Cukai 3% barangan import dan 5% untuk barangan eksport • Hubungan mesti berdasarkan persamaan taraf • China terpaksa menandatangani perjanjian dengan Negara barat lain dan semua perjanjian merugikan pihak China. 2. DasarBuka Pintu Jepun i. Perubahan dasar dalam kurun ke 19 apabila percubaan Amerika mengadakan hubungan melalui Komodor Perry. ii. Amerika berminat mengadakan hubungan dengan Jepun kerana: iii. kegiatan menangkap ikan paus dan anjingnlaut . anak-anak kapal yang berlindung dipantai Jepun kerana cuaca buruk atau kapal karam mendapat layanan buruk. iv. Kapal-kapal dagang Amerika – China memerlukan pelabuhan untuk mendapatkan bekalan arang batu dan baik pulih v. Shogun Tokugawa terpaksa mengadakan hubungan dengan Amerika kerana Amerika lebih kuat vi. Perjanjian Kanagawa membawa kpd dasar buka pintu di Jepun . Antara syaratnya: • 2 pelabuhan dibuka iaitu Shimoda dan Hokadate • Jepun memberi layanan yang baik kepada klasi-klasi amerika yang • terdampar di Jepun • Amerika menempatkan seorang konsul di Shimoda • Perdagangan di semua pelabuhan yang dibuka • Amerika mendapah layanan hak wilayah asingan di Jepun Penutup Walaupun China dan Jepun cuba mempertahankan dasar tutup pintunya dan tidak mahu berhubung dengan Negara luar tetapi dengan tindakan pihak barat yang menjalankan dasar paksaan telah berjaya mengubah dasar tersebu

SOALAN 10 : Bincangkan factor-faktor dan kesan penyebaran agama Kristian di India dan Filipina pada abad ke19 Pengenalan : 1. Agama adalah sistem kepercayaan dan amalan dalam sesuatu masyarakat 2. Agama Kristian mula bertapak di Asia Tenggara dan Asia Selatan mulai abad ke 16 3. apabila kuasa Portugis menguasai beberapa wilayah di Timur. 4. Perkembangan agama Kristian di India dan Filipina disebabkan oleh beberapa situasi Isi-isi penting A.

59 | /smkbm 08

Faktor factor perkembangan agama Kristian di India Layh’s

B.

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

i. ortugis menggunakan pendekatan kekerasan untuk memaksa orang tempatan memeluk agama Kristian yang bermazhab Katholik ii. Kelas bawahan mengambil kesempatan untuk melepaskan diri dari ikatan kasta yang rigit iii. Kelas atasan menerima pendidikan barat dan cara hidup barat lebih mudah menerima agama Kristian iv. Kawasan Bandar seperti Bombay, Madras dan Culcutta menjadi pusat perkembangan agama Kristian yang penting v. Mubaligh Kristian bertanggungjawab memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris di India . Antara silibus yang diajar ialah ilmu-ilmu barat termasuk pengajaran agama Kristian vi. Sebagai badan kebajikan mereka tidak mengenakan bayaran dan tekanan kepada masyarakat tempatan yang bersekolah disekolah yang mereka dirikan. Kesan –kesan i. Pelbagai pertubuhan yang berlandaskan perjuangan sosiokeagamaan mula ditubuhkan bertujuan membendung dan menghalang perkembangan agama Kristian dan menyeru mereka kembali kepada agama asal masing-masing ii. Berlakunya Dahagi 1867 yang menjadi peristiwa penting dalam sejarah Asia Selatan. Penganut Hindu dan Islam melupakan halangan agama dan berganding bahu menentang kerajaan British. iii. Walaupun gagal, namun gerakan ini berjaya memaparkan satu manifestasi penentangan rakyat tempatan terhadap perkembangan agama Kristian Faktor-faktor perkembangan agama Kristian di Filipina i. Penjajahan Sepanyol yang begitu lama dan aktifnya kuasa tersebut dalam menggerkkan usaha untuk mengembangkan agama Kristian menyebabkan sebahagian besar penduduk utara Filipina memeluk agama Kristian ii. Mubaligh Roman Katholik telah memainkan peranan penting dalam menyebarkan agama Kristian di Pulau tersebut iii. Ajaran kristian semakin meresap dalam masyarakat tempatan apabila semakin banyak kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh Sepanyol untuk menjayakan usaha ini iv. Bandar-bandar baru telah diwujudkan seperti Malolos, Lingayen,Pampanga dll yang mana penubuhanya berasaskan kehidupan bercorak kegerjaan v. Penyebaran Agama Kristian turut dikembangkan melalui drama, sajak, dan bidang kesenian lain yang menggunakan kisah-kisah epik zaman silam spt kelahiran Nabi Isa dsbnya. Kesan-kesan i. Agama Kristian hanya dapat berkembang di bahagian utara Filipina sahaja kerana di bahagian Selatan misi Kristianisasi ini gagal kerana penentangan yang kuat dilakukan terutamanya oleh kesultanan Sulu. ii. Golongan Ulama disokong oleh Sultan Sulu iaitu Sultan Azim ud-Din dalam mempertahankan Islam iii. Pelbagai bentuk penentangan dilakukan termasuklah peperangan sepertiyang berlaku pada tahun 1870an dalam siri peperangan Juamentados yang melihatkan kegagalan Sepanyol. Kesimpulan Perkembangan agama Kristian juga sering dilihat sebagai satu bentuk kolonialisme budaya yang datang seiring dengan dasar kolonisasi kuasa-kuasa Barat keatas wilayah yang terbabit. Kesannya sangat mendalam sehinggalah negara tersebut mencapai kemerdekaan.

TEMA 2- TRANSFORMASI MASYARAKAT 60 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

Soalan:1 Sejauhmanakah faktor ekonomi membawa kepada imperialisme Barat di negara-negara Asia Tenggara? PENDAHULUAN • Abad ke – 19 merupakan zaman imperialisme Barat. • Revolusi Perindustrian yang bermula di Britain telah memengaruhi kuasa-kuasa Barat mencari tanah jajahan di Asia Tenggara bagi mendapatkan bahan mentah dan pasaran. • Faktor ekonomi memang penting dalam mempengaruhi kuasa-kuasa barat campur tangan di Asia Tenggara tetapi faktor-faktor lain juga penting. ISI: Faktor Ekonomi • Revolusi Perindustrian di Eropah pada abad ke 19 telah menyebabkan kepesatan sektor perkilangan. Ini menyebabkan peningkatan permintaan kepada bahan mentah. • Produk dan hasil perkilangan telah menyebabkan pasaran yang lebih besar diperlukan bagi memasarkan barangan tersebut. • Asia Tenggara dijadikan sebagai pembekal sumber bahan mentah kepada keperluan ekonomi Eropah dan tempat pasaran kepada hasil-hasil perkilangan mereka. • Asia Tenggara mampu memberikan kekayaan kepada mereka kerena kawasan ini kaya dengan bahan-bahan mentah seperti bijih timah, getah asli, kayu jati, rempah ratus, teh, gula dan sebagainya. Sebagai contoh: British berminat dengan Myanmar kerana perdagangan kayu jatinya. • Vietnam dijadikan sebagai pasaran barangan Perancis serta mendapatkan bahan-bahan mentah dari Timur untuk kegunaan industrinya di Perancis. • Di Filipina, kemajuan dalam perusahaan mengilang tebu serta terciptanya mesin memproses tebu telah membawa kepada perkembangan pesat industri perladangan tebu. Ini telah secara tidak langsung membawa kepada campur tangan Sepanyol di Filipina untuk mendapatkan tebu. Faktor Politik • Masyarakat Barat sering beranggapan mereka mempunyai martabat yang lebih tinggi dan baik berbanding dengan bangsa lain. • Keunggulan martabat ini dibuktikan dengan jumlah tanah jajahan yang dimiliki oleh mereka. • Semakin banyak tanah-tanah jajahan, semakin tinggi martabat mereka di kalangan kuasa-kuasa lain. • Keadaan ini telah menyebabkan Barat ingin membentuk empayar yang besar dan muncul sebagai kuasa dunia. • Kebimbangan kuasa-kuasa Barat terhadap musuh mereka dalam persaingan untuk mendapatkan tanah jajahan antara kuasa-kuasa Barat besar seperti Britain, Sepanyol, Belanda, Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat. • Dasar British yang bercampur tangan di Tanah Melayu dengan alasan bimbang kuasa-kuasa asing lain terlebih dahulu menguasai Tanah melayu tersebut • Kebimbangan kuasa Perancis di Myanmar telah juga mendorong British menjalankan dasar imperialisme secara agresif ke atas Myanmar. Faktor Kebudayaan dan Peradaban • Kuasa-kuasa Barat menganggap kebudayaan dan peradaban orang Barat lebih tinggi berbanding bangsa-bangsa lain. • Inilah yang disebut oleh orang British sebagai “white man’s burden”. • Selain itu, campur tangan Barat juga bertujuan menyebarkan agama Kristian di kalangan penduduk pribumi di Asia Tenggara. Perkembangan Sistem pengangkutan dan perhubungan

61 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

• •



smkbm

Perkembangan sistem pengankutan dan perhubungan menambahkan lagi Minat kuasa-kuasa Barat terhadap dasar imperialisme di Asia Tenggara. Perkembangan sistem perhubungan laut seperti terciptanya kapal berkuasa wap – perjalanan laut menjadi lebih cepat, selamat, dapat membawa muatan lebih dan kos pengangkutan jadi lebih rendah. Pembukaan Terusan Suez 1869 telah meningkatkan lagi dasar imperialisme terhadap Asia Tenggara. Terusan ini memendekkan masa perjalanan, urusan perdagangan dan kos dapat dijimatkan. Ciptaan telegraf mempercepat urusan perniagaan pedagang Eropah dan ejen-ejennya di kawasan Asia Tenggara.

KESIMPULAN • Kesan perkembangan pesat Revolusi Perindustrian dan kepentingan ekonomi telah mendorong campur tangan Barat di Asia Tenggara. • Namun, kepentingan politik, kemajuan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan juga penting. Soalan: 2 Bincangkan peranan Raja Thai dan Raja Burma dalam menangani kemaraan Barat? PENDAHULUAN • Thailand di bawah Mongkut dan Burma di bawah Raja Mindon telah mengubah dasar tutup pintu kepada buka pintu. • Thailand dan Burma tidak mahu menerima nasib yang sama seperti China. • Perjanjian Bowring 1855 dan Perjanjian Perdagangan Inggeris-Burma 1862 dan 1867 merupakan titik permulaan pembaratan dan permodenan di Thailand dan Burma. • Kebijaksanaan raja-raja Thai dan Raja Mindon Burma menyebabkan Thailand dan Burma berada dalam keadaan aman dan tidak memberi peluang kepada kuasa-kuasa Eropah untuk menjajah Thailand dan Burma. ISI: a. Thailand: i). Pembaharuan luar negeri • Rama IV mengubah dasar tutup pintu kepada buka pintu • Baginda menjalankan dasar berbaik-baik dengan kuasa Eropah agar Thailand • tidak menerima nasib yang sama seperti China dan Burma. • Raja Thai mengadakan perjanjian perdagangan dengan Inggeris (1855),ekoran daripada itu perjanjian yang sama ditandatangani di antara Siam dengan Amerika dan Perancis(1856),Denmark(1858),Portugal(1859) dan sebagainya. • Mongkut juga telah memberikan hak wilayah asingan kepada Barat. ii).Pembaharuan dalam negeri • Mongkut menggaji pakar-pakar Barat dalam pelbagai bidang untuk berkhidmat sebagai penasihat dan ketua-ketua dalam pelbagai jabatan.Contoh, Rolin Jaequemins sebagai penasihat umumdan Ann Leonowens sebagai pendidikan. • Raja Mongkut menjalankan dasar pembaharuan dan pembaratan negara Thailand melalui pendididkan, pentadbiran,perundangan,dan sebagainya. • Pembaharuan Raja Mongkut dalam bidang ekonomi,sosial,serta agama dan pentadbiran dapat membantu Thailand bagi menjadi negara yang bebas daripada penjajahan. • Memansuhkan sistem mengadap dengan menyembah raja kepada orang asing,mereka dibenarkan menunjukkan hormat dengan cara mereka sendiri. • Raja Mongkut juga cuba menghapuskan sistem perhambaan. • Mubaligh Kristian dibenarkan menyebarkan agama Kristian di Thailand. • Layanan yang sama diberikan kepada semua kuasa Eropah. • Raja Chulalongkorn meneruskan dasar pembaratan, persahabatan, dan perdagagangan ayahandanya

62 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

iii).Penyerahan wilayah naungan Thai kepada Inggeris dan Perancis: • Raja Mongkut menyerahkan wilayan naungan (Kemboja) kepada Perancis pada tahun 1867. • Raja Chulalongkorn juga melepaskan wilayah naungan, 1888 daerah Tongking Utara, 1893 seluruh daerah di I Timur Sungai Mekong termasuk Luang Prabang, 1904 daerah di sempadan Laos-Thailand dan 1907 wilayah Angkor, Battambang dan Siemreap. • Raja Chulalongkorn juga melepaskan Negeri-negeri Melayu Utara kepada Inggeris pada tahun1909 demi mengekalkan kemerdekaan Thailand. b. Burma: i).Pembaharuan dalam negeri: • Mengukuhkan kerajaan kerajaan pusat dan menghapuskan unsur-unsur feudal, seperti pada tahun 1861 menghapuskan sistem Myosa. • Mengambil beberapa pegawai Eropah, Perancis, dan Itali untuk berkhidmat di Burma. • Memperkenalkan cukai pendapatan Thathameda ke atas tiap-tiap keluarga. • Mewujudkan sepuluh jawatan Kayaigwun yang baru bagi menyelaraskan Myowun. ii).Ekonomi: • • •

Memperkenalkan mata wang syiling, 1861. Menubuhkan kira-kira 50 buah kilang kecil yang diselenggarakan oleh orang Barat, membangunkan perusahaan perlombongan arang batu dan besi. Menggalakkan perdagangan dengan Burma Hilir yang berada di bawah pemerintahan British.

iii).Hubungan Luar: • Raja Mindon Min benci peperangan, baginda menjalankan dasar berbaik-baik dengan Britain dan kuasa-kuasa Barat yang lain. • Baginda menandatangani dua perjanjian perdagangan Inggeris-Burma pada 1862 dan 1867. Antara isi perjanjian ialah pedagang British dan Burma diberi kebebasan berdagang di Burma Hulu dan Burma Hilir, membenarkan seorang ejen british menetap di Mandalay. Baginda bersetuju memansuhkan hak-hak monopolinya kecuali ke atas kayu jati, petroleum, dan batu permata; mengurangkan duti kastam kepada 5% daripada jumlah nilai setiap konsignasi barang-barang; bersetuju membenarkan seorang lagi ejen British menetap di Bhamo dan sebagainya. • Pada akhir pemerintahan Raja Mindon Min, hubungan diplomatic Burma-Inggeris mulai merosot kerana Inggeris enggan memulangkan wilayah-wilayah Burma yang telah ditawan terutamanya Pegu. • Layanan buruk terhadap perwakilan Burma yang dihantar ke London. • Mengarahkan wakil Inggeris dan orang asing menanggalkan kasut mereka sebelum masuk ke dalam istana. KESIMPULAN: • Usaha-usaha pembaharuan dan pemodenan yang dijalankan oleh Raja Mongkut dan Chulalongkorn yang terkenal dalam sejarah Thailand dan Raja Mindon terkenal dalam sejarah Burma telah berjaya menahan atau mengekang kemaraan kuasa-kuasa Barat ke atas Thailand dan Burma pada abad ke 19.

Soalan 3 Bincangkan kepentingan Perjanjian Nanking 1842 dan Perjanjian Kanagawa 1854 dengan kuasakuasa Barat.

63 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

PENDAHULUAN • Revolusi Perindusrian di Eropah memerlukan sumber bahan mentah dan pasaran untuk memasarkan barangan mereka. • Jadi kuasa-kuasa Eropah menjalankan dasar imperialisme. • Perjanjian Nanking 1842 ditandatangani antara China dan British. • Perjanjian Kanagawa 1854 telah ditandatangani antara Jepun dan Amerika Syarikat. • Titik permulaan perjanjian antara pemerintah tempatan dengan Barat. ISI: a.Perjanjian Nanking 1842 Sebab-sebab: • Negara China mengamalkan dasar tutup pintu. • Negara China menganggap orang-orang Barat sebagai barbarians dan bertaraf rendah. • China enggan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Barat atas dasar persamaan taraf. • Perdagangan asing dibenarkan secara terhad di Canton sahaja. • Sistem perundangan yang bertentangan. • Britain telah menggunakan kekerasan untuk menghapuskan dasar tutup pintu negara China dalam Perang Candu 1 yang berakhir dengan PerjanjianNanking Syarat-syarat: • China bersetuju menyerahkan Hong Kong kepada British. • Sistem monopoli co-hong dihapuskan.. • China membuka 5 buah pelabuhan, iaitu Amoy, Canton, Foochow, Ningpo dan Shanghai. • Pegawai-pegawai Konsular British akan ditempatkan di pelabuhan-pelabuhan. • China berjanji untuk mengenakan cukai-cukai yang sederhana dan sama ke atas eksport dan import. • China bersetuju membayar gantirugi sebanyak 21 juta tael Kesan: • • • • •

Menamatkan perang British-China pertama Permulaan campur tangan Barat di China China terpaksa tunduk kepada Barat dan menerima hakikat perdagangan bebas China terpaksa menandatangani perjanjian-perjanjian dengan kuasa barat yang lain China telah dibelah bahagikan oleh kuasa-kuasa barat: i. Rusia mendapat pajakan di Selatan Semenanjung Linotung selama 25 tahun pada tahun 1898. ii. Jerman diberi pajakan 99 tahun di Teluk Kinochow iii. Perancis mendapat mendapat pajakan 99 tahun di Teluk Kwangchow

b. Perjanjian Kanagawa 1854 Sebab-sebab: • Jepun mengamalkan dasar tutup pintu. • Hanya orang belanda dan China boleh berdagang di pelabuhan Nagasaki. • Menjelang abad ke 19 Amerika Syarikat sangat berminat untuk membuka Jepun kerana: i. Potensi perdagangan antara Amerika Syarikat dan Jepun. ii. Perusahaan menangkap ikan paus Amerika di Lautan Pasifik berkembang pesat. iii. Perdagangan Amerika dengan China di Canton semakin meningkat. iv. Kerajaan Jepun terpaksa menandatangani perjanjian Kanagawa dengan Amerika Syarikat.

64 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

Syarat-syarat: • • •



2 buah pelabuhan Jepun Shimoda dan Hokadate telah dibuka kepada kapal-kapal Amerika Syarikat bagi mendapatkan bekalan dan berdagang Anak kapal Amerika Syarikat yang terkandas di Jepun diberi layanan yang baik Amerika diberi kebenaran melantik seorang konsul di Shimoda Amerika diberi layanan ‘most favoured nation’

Kesan: • • •

Kuasa Barat yang lain seperti Belanda, Rusia, Britain dan Perancis menandatangani perjanjian – perjanjian perdagangan dengan Jepun Jepun dibuka kepada kuasa-kuasa Barat Hubungan diplomatic atas dasar persamaan taraf dan hubungan perdagangan telah ditetapkan

KESIMPULAN • Dasar tutup pintu yang diamalkan oleh China telah memberi padah kepada kerajaan China sendiri sehingga dicerobohi oleh British • Selain perjanjian Nanking, China terpaksa membuat perjanjian dengan kuasa Barat yang lain seperti Perjanjian Bogue, Perjanjian Whampoa (Amerika Syarikat) dan PerjanjianWang Hsia (Perancis) yang lebih merugikan China • Kesedaran pemerintah Jepun tentang perkembangan politik di Asia serta kebijaksanaan pemerintahnya telah membolehkan Jepun mengekalkan kemerdekaannya Soalan:4 Jelaskan migrasi orang Cina dan proses pembentukan masyarakat majmuk di Filipina. PENDAHULUAN: • Migrasi-satu bentuk mobiliti ruang yang berlaku antara satu unit atau kawasan yang membabaitkan peruabahan tempat tinggal ke tempat yan baru • Perpindahan satu kelompok manusia dari negara asal ke negara baru/lain • Masyarakat majmuk satu masyarakat yang mempunyai dua atau lebih unsur kebudayaan atau kaum yang berbeza yang hidup dalam satu komuniti dan tempat yang sama • Orang Cina berpindah masuk ke negara Filipina dari negara China • Kemasukan orang Cina telah memberi kesan ke atas struktur social masyarakat Filipina ISI: • Penghijrahan berlaku dari abad 7 hingga 19 masihi • Penghijrahan dibahagikan kepada dua peringkat: I). 1834(Manila dibuka kepada perdagangan asing) II). 1876-1886 • Pemerintahan Sepanyol- masyarakat Cina dipanggil ‘Sanleys’ (bermaksud pedagang yang mengembara) • Dasar Sepanyol terhadap orang Cina mengikut keperluan ekonomi dan kebijaksanaan politik • Jawatan ‘Gobernadorcillos’ diwujudkan bagi mengawal hal-ehwal dan aktiviti orang Cina • Larangan-larangan terhadap orang Cina:tidak dibenarkan menjelajah sesuka hati; dilarang milik tanah; dibenarkan bergerak pada waktu siang sahaja.Reaksi penduduk Cina terhadap larangan dan sekatan adalah melalui pemberontakan • Pihak Gereja Roman Katholik menyokong orang Cina sebab mereka penting dalam gerakan kristianisasi dan ekonomi.Dengan itu, pihak Sepanyol melepaskan sekatan terhadap orang Cina Kristian;kumpulan ini dikenali ‘Mestizo’ dan dianggap setaraf dengan orang tempatan serta diberi banyak keistimewaan

65 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

• • • • • • • • •

smkbm

Orang Mestizos menguasai pertanian eksport, menjadi orang tengah dalam perniagaan, pemborong dan ceti; merupakan golongan berpendidikan (llustrados) Orang Mestizos pandang rendah terhadap penduduk tempatan sehingga tercetusnya kekacauan kaum Amerika Syarikat mewujudkan undang-undang seperti Akta Buku Simpanan Kira-kira 1921 yang menghalang tulisan Cina dalam buku Akaun 1940, Komanwel Filipina meluluskan kuota seramai 500 orang bagi tiap-tiap negeri tanpa mengira warna kulit Undang-undang Kewarganegaraan 1939 –kerakyatan tidak diberikan kepada sesiapa yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan penduduk tempatan/tidak mempelajari budaya dan idealisme Filipina Akta Perdagangan Perkapalan 1923 dan Perlembagaan Filipina –sekatan aktiviti ekonomi orang Cina kerana orang Cina mula mendominasi bidang ekonomi negara Filipina Majlis Perniagaan Cina(Dewan Perniagaan Umum Cina) ditubuhkan menjadi suara rasmi penduduk Cina Filipina Dua sistem pendidikan diwujudkan pada zaman Sepanyol bagi orang Cina (Oleh mubaligh kristian dan orang Cina sendiri); Semasa Amerika Syarikat, sekolah Anglo Chinese (1899) ditubuhkan Kurukulum berdasarkan negara China diamalkan; sekolah Cina diperakui oleh jabatan negara China

KESIMPULAN • Pada awalnya, kemasukan orang Cina ke Filipina diterima oleh kuasa penjajah atas kepentingan ekonomi tetapi sekatan mula dikenakan apabila mereka mula mengatasi kuasa ekonomi pihak penjajah. Ini memberi kesan ke atas migrasi penduduk Cina ke Filipina. Namun, peranan mereka dalam bidang ekonomi telah menyebabkan mereka telah diserap dalam struktur masyarakat Filipina dan terus menjadi sebahagian daripada bangsa Filipina hingga hari ini. Soalan :5 Bincangkan peranan orang Cina dan orang India dalam perkembangan ekonomi di negara Thailand dan Myanmar. PENDAHULUAN • Asia Tenggara tarikan pedagang Cina dan India sejak abad I ke Masihi. (Kerajaan Hindu awal- Funan) • Asia Tenggara kaya dengan rempah ratus dan sumber asli • Kedudukan strategik: Negara Thailand berdekatan dengan negara China dan negara Myanmar berdekatan dengan negara India ISI: a). Peranan orang Cina di Thailand (10m) • Selepas PD II, penghijrahan orang Cina ke Thailand meningkat (Tahun 1941 bilangan orang Cina bertambah 10% daripada jumlah penduduk) • Melibatkan diri dan menguasai sektor-sektor perdagangan (70%), industri(16%), perlombongan(6%), pertanian dan perikanan (8%) • Sebab-sebab penghijrahan: permintaan tenaga buruh Cina yang tinggi dan penglibatan mereka dalam hal perdagangan • Penglibatan orang Cina dalam perdagangan import dan eksport • Melibatkan diri dalam penanaman padi dan tebu, perlombongan bijih timah serta perusahaan beras (didominasi oleh orang Cina) • Dasar dinasti Chakri mengalakkan orang Cina tinggal di Bangkok;kadar upah yang tinggi ditawarkan

66 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

• • • •

• •



smkbm

Golongan Lukchin-Lelaki imigran Cina selalunya tidak membawa isteri bersama semasa berhijrah ke Thailand dan bersifat sementara; Kekurangan wanita Cina tempatan menyebabkan mereka mula berkahwin dengan wanita tempatan (jumlah Lukchin: tahun 1820-an berjumlah 80 000 orang) Suku Hokkien dan Kantonis- suku Hokkien terlibat dalam perlombongan bijih timah di Segenting Kra dan suku Kantonis terlibat dalam sector professional seperti pengurusan dan kejuruteraan (sekitar abad ke-18) Memonopoli judi, penjualan candu, loteri dan arak; bergerak bebas; dikecualikan daripada cukai Membangunkan bandar-bandar utama seperti Bangkok, Korat, Sukhotai dan Uttradit-aktiviti perdagangan dan perniagaan Penglibatan orang Teochew dalam perdagangan dan perniagaan beras[pengimport dan pengeksport beras serta pengilang padi] (mulai abad ke-19, menjadi suku dominan di Thailand) Orang Cina menjadi penggerak ekonomi negara Thailand atas sebab-sebab dasar perlindungan diraja seperti keistimewaan yang diterima daripada raja Mongkut dan Chulalongkarn dan persepsi orang tempatan yang menganggap orang Cina bukan sebagai orang asing(budaya dan rupa fizikal yang sama) Memperkenalkan sistem pendidikan dan persekolah tersendiri;Bahasa Cina sebagai bahasa perantaraan; naungan daripada orang kaya Cina di Thailand(sehingga tahun 1930-an sahaja)

b).Peranan orang India di Myanmar (10m) • Orang India masuk ke Myanmar disebabkan oleh British:sebab kedudukan geografi yang sama dengan India mengalakkan penghijrahan • Mengisi ruang pekerjaan yang sedia wujud di Myanmar dalam sector pertanian, perusahaan dan perburuhan • Merupakan tenaga buruh murah • Mengisi ruang pekerjaan dalam sector perkhidmatan, pendidikan dan perubatan; sebab orang India mahir dalam bahasa Inggeris; pentadbiran British di India dan Myanmar adalah sama • Mendominasi pekerjaan di hospital • Melibatkan diri secara aktif dalam sector penanaman padi-menjadi ekonomi komersial; tenaga buruh murah; menjelang tahun 1900, penghijrahan orang India ke Myanmar menjadi suku juta setahun • Kemasukan orang India ke Myanmar tiga cara: kerajaan, syarikat-syarikat persendirian dan sendiri • Golongan Chettiar- aktiviti peminjaman wang; memberi 2/3 daripada pinjaman kepada petani; mengambil tanah sebagai cagaran; sekiranya petani gagal membayar balik pinjaman tanah akan menjadi miliknya KESIMPULAN • Kemasukan orang Cina di Thailand dan orang Cina di Myanmar membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk • Kedudukan golongan imigran ini menjadi kuat dan kukuh disebabkan oleh penguasaan ekonomi; wujudnya perasaan anti Cina dan anti India • Hak ekonomi orang tempatan mula berkurangan; ini membawa kepada penentangan dan kemunculan gerakan nasionalisme di Myanmar dan Thailand (contohnya gerakan anti Cina yang dipimpin oleh Pibun Songram)

Soalan :6 Jelaskan polisi penjajah terhadap orang Cina di Indonesia dan orang India di Myanmar. PENDAHULUAN • Kehadiran orang Cina dan India telah melahirkan satu bentuk masyarakat baru; mengamalkan adat, budaya dan pekerjaan yang berbeza berbanding dengan masyarakat tempatan; Di Myanmar oranag India telah mengasingkan diri daripada penduduk tempatan manakala kerajaan Indonesia telah

67 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

mengindonesiakan orang Cina; Dominasi ekonomi oleh orang India dan orang Cina menyebabkan kerajaan melaksanakan beberapa polisi untuk menyekat pergerakan mereka ISI: a). Polisi penjajah di Myanmar • Kemasukan orang India dilaksanakan oleh British (sejak tahun 1874) • 1883, British menggesa penanam padi di Bihar berhijrah ke Pegu dan Shwegyn (tidak diterima oleh petani Bihar).Kemudian British membiarkan usaha membawa masuk orang India ke Myanmar dikendalikan oleh syarikat-syarikat persendirian • Kemasukan melalui Undang-undang Migrasi (1876) • British memberi subsidi tambang perjalanan kepada orang India;Gaji rendah bagi orang yang menerima subsidi • Kemasukan bertambah akibat kedatangan British kerana pentadbiran yang sama antara Myanmar dengan India • Orang Chettiar pada awalnya digalakkan masuk untuk banyak tanah bagi tujuan penanaman padi; giat dalam aktiviti peminjaman wang;tanah diambil sebagai cagaran; muncul sebagai kapitalis sehingga sukar dikawal; kemudian British mula mengawal mereka tetapi tidak mempunyai sekatan atau larangan yang jelas sehingga membawa kepada pemberontakan dan peperangan b). Polisi penjajah terhadap orang Cina • Sistem Kontrak- menurut panel sanction buruh akan ditangkap dan dihukum jika mereka melanggar kontrak; Panel dihapuskan pada tahun 1941 • Jawatan Inspektor Buruh di Sumatera Timur diwujudkan bagi mengelakkan penganiyaan ke atas buruh di estet • Pihak Belanda memilih ketua-ketua orang Cina berdasarkan kekayaan, dihormati oleh masyarakat dan setia kepada pemerintah Belanda;Gelaran tentera seperti major, kapten dan leftenan diberikan kepada ketua-ketua masyarakat Cina; Menjaga keamanan dan kemakmuran di kawasan orang Cina; melaksanakan arahan pihak Belanda; tidak ada kuasa pemutus; bertindak dalam urusan pendaftaran, yuran bagi kubur, kuil serta sekolah; dikawal oleh Biro Hubungan Orang Cina • Kerajaan belanda membantu penduduk Cina untuk mendirikan sekolah; 1908- sekolah Cina-Belanda ditubuhkan (kurikulum Belanda); 1909-Sekolah swasta diberi bantuan oleh kerajaan; menerima kanak-kanak daripada pelbagai bangsa; Orang Cina mendesak kerajaan Belanda untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai sekolah kebangsaan yang dibuka kepada orang Cina sahaja; kerajaan Belanda menolak dengan alasan jumlah guru tidak mencukupi • Undang-undang Belanda 1854- menyamakan status orang Cina dengan orang tempatan; status ini merupakan satu status paling rendah bagi masyarakat Eropah; status berubah apabila kelompok ini dikategorikan sebagai orang asing; Jus Sangirus(1909)- setiap kanak-kanak bapa atau ibunya adalah warga Cina tanpa menghirau tempat lahirnya adalah warganegara China; Ini mewujudkan dua kewarganegaraan KESIMPULAN • Orang India di Myanmar tidak menjadi ancaman kuat kepada penjajah berbanding dengan orang Cina di Indonesia.Namun, kedua-dua golongan ini merupakan pesaing kepada masyarakat tempatan di Indonesia dan Myanmar kerana mereka telah mengambil alih peranan ekonomi masyarakat tempatan. Walaupun pada awalnya kemasukan mereka digalakkan oleh penjajah untuk membantu meningkat ekonomi tetapi akhirnya polisi perlu diwujudkan untuk mengawal mereka supaya kepentingan ekonomi penjajah terpelihara. Walaubagaimanapun kehadiran golongan imigran memberi kesan kepada penduduk tempatan dan akhirnya membawa kepada penentangan dan kemunculan gerakan nasionalisme. Di negara Indonesia orang Cina telahpun mendapat warganegara tetap mulai tahun 19642.

68 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

Soalan :7 Bincangkan kebangkitan Saya San di Myanmar dan Pangeran Diponegoro di Jawa dalam menghadapi campurtangan penjajah. PENDAHULUAN • Myanmar dan Jawa telahpun menerima imperialisme Barat akibat kekayaan sumber aslinya. Selain, menjalankan dasar imperialisme, kuasa Barat membawa masuk orang Cina dan India ke negara-negara tersebut untuk menjaga kepentingan ekonomi penjajah sehingga tradisi dan nilainilai tempatan mula terjejas. Kedudukan geografi menyebabkan orang India mula membanjiri Myanmar. ISI: a). kebangkitan Saya San • Pada tahun 1930- bangkit di Hilir Burma; merupakan ahli aktif Majlis Am Persatuan-persatuan Myanmar (GCBA); • Matlamat perjuangannya adalah untuk memulihkan kembali keseluruhan alat-alat diraja agama Buddha dan animisme • Menyiasat aduan rakyat mengenai cukai tanah, hutang petani dan larangan mengambil hasil seperti buluh dan kayu api • Mengendalikan secara rasmi pertubuhan/melancarkan kebangkitan • Bersama dengan pongyi-pongyi lain menentang undang-undang British • Pengikut-pengikut utama adalah: U Ottawa dan U Wisara • Melawat kumpulan dan menjalankan kegiatan anti cukai • Pengikutnya memakai tatu berbentuk Galon, tangkal dan azimat • Merancang pembunuhan Pesuruhjaya British Bahagian Pegu • Pengurus-pengurus Saya San terlibat dalam politik dan bergiat melalui Wunthanu Athins • Lebih kurang mengambil 2 tahun untuk membina pasukannya • Kemuncaknya pada 22 Disember 1930 • Seranagan ke atas balai polis, ketua kampung yang enggan bekerjasama dengan orang Cina dan orang India • Pongyi dari markas Saya San melancarkan serangan di Yamethin (1931) • Kebangkitan hebat berlaku di daerah Pyapon (selatan Rangoon) pada 7 Januari 1932 • 700 orang bersenjatakan lembing menyerang pasukan polis yang lengkap bersenjata • kebangkitan di Bassein dan Henzeda (Februari 1932); merebak ke Irrawaddy daerah Pome dan Thayetmyo • Gagal mencapai matlamat kerana kekurangan senjata;3000 terkorban • Membuka mata rakyat (nasionalisme) • Penjajah menyedari kelemahan dasarnya terhadap golongan petani • Penurunan cukai 1/10 kepada 1/3; pinjaman pertanian 20 laksa rupi diberikan • Mengharamkan GCBA • Saya San diburu oleh British; berlindung di bukit-bukit Shan; ditangkap di Bandar Maymyo dan dijatuhkan hukuman mati b). Kebangkitan Diponegoro • Perang Jawa/Diponegoro di Jawa pada tahun 1825-30 • Dipimpin oleh Pangeran Diponegoro • Membuang tanda yang dibuat oleh Belanda untuk membina jalan melalui tanahnya dan makam keramat kemudian digantikan dengan mata tombak • Belanda mula berunding dengan Diponegoro tetapi tidak hadir; Belanda tidak puashati;gerakan menangkap • Pangeran berpindah ke Selerong dan memimpin gerakan; kediamannya dibakar • Pasukan Diponegoro menyerang pertahanan Belanda di Yogyakarta

69 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

• • • • • • • •

smkbm

Menyerang Belanda dan ramai orang Cina terbunuh Perjuangan Diponegoro bertambah kuat dengan gabungan Kiyai Maja dan Sentot Prawiradirja; timbulnya fahaman perang sabil menentang kafir Pertempuran antara pasukan sentot dengan Belanda di Longkong, ramai pasukan sentot terkorban Belanda melantik kembali sultan sepuh sebagai sultan Yogjakarta 1827- Kiyai Maja bersedia berunding untuk meletakkan senjata (dibuang negeri) 1829- Diponegoro berunding 1830-rundingan Diponegoro dengan resdien de Kock; ditawan dan dihantar ke Semerang melalui Betawi; dibuang negeri ke Menado; dibawa ke makasar ; mangkat pada tahun 1855 Perang Jawa memberi kesan buruk kepada ekonomi Belanda;hampir muflis;rakyat sengsara dan kebuluran

KESIMPULAN • Walaupun kedua-dua kebangkitan ini dianggap penting dalam sejarah politik negara masingmasing tetapi gagal dalam menghadapi kemaraan kuasa Barat kerana perjuangn mereka tidak mendapat sokongan keseluruhan rakyat. Tambahan, pihak penjajah telah menggunakan pasukan tentera yang besar dan alat senjata yang moden untuk mematahkan kebangkitan ini.Kegagalan juga dapt dilihat apabila kedua-dua tokok penggerak utama kebangkitan ini dihukum oleh pihak penjajah. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan apa yang dimulakan oleh Saya San dan Diponegoro telah menimbulkan semangat kebangsaan di kalangan rakyat Myanmar dan Indonesia (Jawa) dan akhirnya membawa kepada gerakan kemerdekaaN Soalan:8 Huraikan perubahan sistem undang-undang India dan Indonesia selepas kedua dua negara ini dikuasai oleh British dan Belanda. PENDAHULUAN • Penguasaan British di India danb Belanda di Indonesia telah mempengaruhi perkembangan kedua-dua negara inin dari segi ekonomi.politik, sosial dan undang-undang. • Perlaksanaan undang-undang kedua-dua kuasa Barat ini bertujuan mengukuhkan kuasa mereka di tanah jajahan masing-masing ISI: INDIA • Undang-undang yang dilaksanakan oleh British secara langsung menjadi pengikat kepad masyarakat India supaya menerima semua dasar yang diperkenalkan oleh British. • SistemUndang-undang yang dilaksanakan oleh British secara langsung menjadi pengikat kepad masyarakat India supaya menerima semua dasar yang diperkenalkan oleh British. • Sistem perundangan British telah dilaksanakan sejak tahun 1772, apabila untuk pertama kali Pelan Hasting diwujudkan. • Pelan Hasting merangkumi seluruh undang-undang Barat seperti jenayah,perkahwinan dan tuntutanwaris. • Undang-undang British meliputi semua aspek kehidupan termasuk politik dan ekonomi. • Mahkamah jenayah dan sivil diwujudkan bagi memudahkan proses pengadilan. • Pada awal abad ke-19, undang-undang yang lebih menyeluruh dan lengkap digubal iaitu peraturan X(1802) dan Peraturan XIV(1816). • Pada 1860,penyemakan semula undang-undang yang digubal sebelumnya melalui penubuhan sebuah jawatan kuasa khas • Mahkamah Tinggi Madras telah ditubuhkan pada 1862 • Perkembangan sistem undang-undang British turut mewujudkan pendidikan undang-undang British

70 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

• • • •

smkbm

Pusat-pusat pengajian tinggi sepertui kolej Fort St. George dan Universiti Madras mula menawarkan kursusu undang-undang Lahir tokoh-tokoh yang menjadi pelopor kemajuan India seperti mahatma Gandhi dan Jawaharlal Nehru Walaupun setelah poengenalan undang-undang British, undang-undang tempatan berdasarkan agama Hindu dan Islam diteruskan di kawasan luar Bandar Tetapi sejak abad ake-19 amalan undang-undang agama dihapuskan dan diperkenalkan kod undang-undang kolonial

INDONESIA • Di Indonesia, Belanda memperkenalkan undang-undang mereka untuk mengukuhkan kedudukan • Wujud 3 jenis mahkamah iaitu mahkamah penghjulu, mahkamah bumiputera dan mahkamah sivil • Mahkamah penghulu dan mahkamah bumiputera diketuai oleh seorang hakim tempatan • Mahkamah sivil diketuai oleh seorang hakim bangsa Belanda • Pada tahun 1805, mahkamah wilayah ditubuhkan di setiap wilayah bagi menyelaraskan sistem undang-undang Belanda dan membentuk kerjasama antara penjajah Belandan dan pembesar tempatan • Sistem undang-0undang Islam turut digunakan di pulau jawa dan Aceh • Terdapat juga undang-undang Hindu-Buddha yang diamalkan • Belanda cuba menghapuskan undang-undang agama ini •

KESIMPULAN Sistem undang-undang Barat diperkenalkan sebaik sahaja British dan Belanda menguasai India dan Indonesia bertujuan mengukuhkan kedudukan mereka sebagai penjajah di negara-negara tersebut

Soalan 9 Bincangkan bagaimana kedatangan penjajah telah mengubah pentadbiran Indonesia dan Vietnam. PENDAHULUAN • Kemaraan pihak penjajah telah menyebabkan perubahan dari segi pentadbiran,undang-undang, ekonomi dan pendidikan di negara-negara yang dijajah di rantau Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan. • Penguasaan Indonesia oleh Belanda dan Vietnam oleh Perancis telah mengubah sistem pentadbiran di kedua-dua negara tersebut dari pentadbiran bercorak tradisional kepada pentadbiran barat ISI Indonesia • Penguasaan belanda ke atas Pulau Jawa berlaku secara beransur-ansur • Pusat pentadbiran Belanda-Betawi • Ketua pentadbiran di Jawa ialah Gebenor Jeneral dan dibantu oleh empat orang Konsular, Sekretariat Jeneral di bawah ketua Setiausaha • Sebuah Majlis Negara ditubuhkan untuk menasihat dan menjadi badan perundangan kerajaan • Terdapat 5 buah jabatan –Pejabat Dalam Negeri,Pendidikan agama dan Industri, Kerja Raya Awam, Kewangan dan Kehakiman • Pada masa itu pemerintah tempatan semakin tersepit dengan dengan perluasan kuasa Belanda • Kerajaan Mataram yang satu ketika merupakan sebuah kerajaan agung mula lemah-Sultan tidak dapat mengawal perpecahan dalam kerajaan • Keadaan ini membantu Belanda menegakkan pentadbirannya di Pulau Jawa

71 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

• • • • • •

• • • •

smkbm

Gebenor Jeneral Belanda iaitu Marsekal Herman Willem Daendels cuba mengawal dengan memecat atau mengurangkan peranan institusi bupati atau ketua daerah di Jawa Usaha Belanda mengawal dan mengurangkan kuasa pembesar tempatan merupakan faktor Perang Jawa(1825-30) Selepas Perang Jawa, Belanda cuba berbaik-baik dengan pembesar tempatan tetapi kuasa mereka tidak dikembalikan Pada tahun 1874,sistem pentadbiran daerah disusun mengikut jabatan Terdapat dua orang Residen dilantik untuk mengawasi 4 orang raja Jawa dan ini menyebabkan kuasa mereka berkurangan Pembesar-pembesar lain juga telah kehilangan kuasa dan mereka tidak dibenarkan memiliki tanah Di pulau-pulau lain juga pemerintah tempatan telah kehilangan kuasa. Misalnya di Palembangan kesultanan berakhir apabila sultan-sultan dibuang negeri kerana menentang Belanda Keadaan yang serupa juga berlaku di Jambi, Siak , Sambas,Banjarmasin, Bali dan Makasar Walau bagaimanapun Belanda mengambil usaha melatih penduduk peribumi melalui penubuhan Volksraad Seramai 15 orang daripada 39 orang di dewan ini merupakan penduduk peribumi

Vietnam • Sebelum kemasukkan Perancis pernah berlaku perpecahan dalam dinasti raja Vietnam dalam tahun 1770-an apabila Dinasti Nguyen dijatuhkan oleh Pemberontakkan Tay-Son • Walau bagaimanapun waris terakhir Dinasti Nguyen iaitu Nguyen Anh telah memulihkan keadaan • Beliau seterusnya memakai gelaran Maharaj Gia Long(1802-20) • Bentuk pentadbiran Vietnam mencontohi pemerintahan China • Maharaja dianggap pusat pemerintahan dan dibantu oleh Majlis’Grand Chacellor’ dan pembesar tempatan • Maharaja dianggap sebagai bapa dan ibu penduduk Vietnam dan dianggap mendapat mandat dari syurga • Di peringkat tempatan terdapat pegawai tempatan yang mentadbir, memrintah, menghakimi dan mempertahankan wilayah tersebut • Hubungan buruk antara pemerintah Vietnam dengan Perancis menyebabkan Vietnam jatuh ke tangan Perancis • Pihak Perancis tidak mendapat kerjasama daripada pegawai tempatan dan para sarjana • Oleh itu bagi menjalankan pentadbirab dengan lancar, Perancis menggunakan tentera sebagai pegawai kerajaan • Maharaja, golongan mandarin(pegawai kerajaan) dan personality berpengaruh menjadi sebahagian daripada ahli pembantu dalam pentadbiran Perancis bagi mendapatkan sokongan mereka • Bagi melemahkan pentadbiran tradisional ini, Vietnam telah dipecahkan kepada 3 bahagian oleh perancis iaitu Tongking, Annam dan Cochin-China • Ketua Persekutuan ini ialah Gebenor –Jeneral • Setiap wilayah dalam Persekutuan diketuai oleh Gebenor • Di Vietnam pentadbiran dikawal oleh Gabenor • Selain itu wujud Majlis Menteri yang diketuai oleh Gabenor • Pentadbiran Perancis ini kekal sehingga tamat pemerintahan kolonial Perancis KESIMPULAN • Kedatangan Barat di Indonesia dan Vietnam telah mengurangkan kuasa pemerintah tempatan dan telah mengubah corak pentadbiran tradisioanal kepada pentadbiran bercorak Barat. Soalan:9 Jelaskan perubahan ekonomi Myanmar dan Indonesia selepas kedatangan Barat pada abad ke-19 PENDAHULUAN

72 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm



British telah menduduki Myanmar pada tahun 1885 setelah tamat Perang Inggeris-Myanmar III dan Belanda telah menduduki Pulau Jawa dan pulau-pulau lain

 

Sebelum kedatangan Barat, kedua-dua negara ini mengamalkan ekonomi sara diri

  

Pada awalnya ekonomi sara diri diamalkan di mana penanaman padi dan tebu dijalankan



Di bawah Sistem Kultur ini tanaman jualan seperti kopi, gula nila,teh serta tembakau menjadi penting



Ekonomi berlandaskan pertanian estet telah muncul antara tahun 1870 hingga 1900, jumlah perdagangan eksport Indonesia telah bertambah dua kali ganda dan jumlah import sebanyak empat kali ganda

     

Di bawah Dasar Liberal (1870-1900), ekonomi Indonesia lebih pesat lagi



Sebelum dikuasai oleh British, pertanian sara diri, pembalakan kayu jati dan perlombongan perak,emas dan permata merupakan aktiviti ekonomi utama di Myanmar

       

Selepas kedatangan British,padi menjadi tanaman eksport

Selepas kedatangan barat, berlaku perubahan yang drastic dalam ekonomi

ISI Indonesia

Belanda mengalami krisis kewangan selepas Perang jawa dan Pemberontaka Belgium Kerajaan Belanda telah melantik Van Den Bosch bagi meneliti keadaan dan beliau telah memperkenalkan Sistem Kultur di Jawa, Sumetera dan Sulawesi

Tanaman baru seperti getah,kelapa, kelapa sawit dan tembakau diperkenalkan Perlombongan bijih timah dan arang batu dipergiatkan Di bawah Dasar Etika ,perusahaan tempatan dimajukan Indonesia mula mengeluarkan bahan-bahan makanan,sabun dan kertas bagi tujuan eksport ‘Ekonomi Dual” bermula iaitu penguasaan ekonomi oleh oaring Cina di Bandar manakala kaum peribumi masih ketinggalan

Myanmar

Kawasan hutan di Tennnaserim dan Arakan diterokai untuk penanaman padi Irrawaddy menjadi kawasan pengeluaran beras utama di dunia Pada akhir kurun ke-19,eksport beras meningkat kepada2.5 juta tan Perusahaan mengilang padi turut berkembang di Rangoon,Akyab dan Moulmein Minyak juga menjadi eksport penting Pada tahun 1886, teknik moden perlombongan diperkenalkan Sistem ekonomi dikuasai oleh orang asing,manakala orang Myanmar tetap dengan ekonomi sara diri dan ketinggalan

KESIMPULAN

73 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm



Tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan Barat telah menyebabkan transformasi ekonomi di Indonesia dan Myanmar



Ekonomi sara diri telah bertukar kepada ekonomi komersial yang hanya menguntungkan orang Barat sahaja

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA SOALAN 1 : BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR LUAR YANG MEMPENGARUHI KESEDARAN POLITIK DI ASIA TENGGARA DARI TAHUN 1900 HINGGA 1941. Pendahuluan: Peristiwa yang berlaku di negara luar berhubung dengan perkembangan nasionalisme telah menjadi inspirasi kepada pejuang nasionalis tempatan di negara-negara Asia Tenggara untuk berjuang menentang penjajah barat. Pada keseluruhannya, gerakan nasionalisme di Asia Tenggara kecuali negara Thai berciri anti – penjajahan. Gerakan nasionalisme disebabkan oleh dasar penjajahan barat. Seterusnya pengaruh luar iaitu dari Eropah, Asia Timur, Asia Selatan dan Asia Tenggara sendiri memainkan peranan penting bagi mempengaruhi gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. Isi: 1. Gerakan Reformis Islam di Timur Tengah i. dipelopori oleh Syeikh Muhammed Abduh dan golongan Al- Manar di Kaherah ii. mempengaruhi semangat kebangsaan di India dan Indonesia iii. idea-ideanya memperjuangkan penyatuan umat Islam seluruh dunia iv. membebaskan agama Islam daripada kepercayaan kolot atau ortodok v. menyeru umat Islam merujuk kepada al-Quran dan Hadis vi. menggalakkan umat Islam mencapai kemajuan ekonomi dan sosial vii. kesannya Sarekat Dagang Islam melancarkan Perang Jihad terhadap Belanda viii. pemulihan ekonomi orang Jawa yang ditindas oleh orang China 2. Perang Rusia – Jepun (1904 – 1905) i. melemahkan anggapan masyarakat Asia bahawa kuasa barat tidak boleh dikalahkan akibat daripada kekalahan Rusia ii. kesannya mempengaruhi raktyat China yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat sen untuk menggulingkan Kerajaan Manchu iii. Chang Chin, seorang intelek China mengatakan kekalahan tersebut dapat mencerminkan kemenangan perlembagaan dan kegagalan pemerintahan beraja. iv. Kebangkitan Boxer 1900 memberi impak kepada Vietnam contohnya, Phan Boi Chau telah menubuhkan Viet Nam Quang Phuc Hoi yang bercita-cita untuk membebaskan negaranya daripada Peranchis 3. Kebangkitan di India i. Gerakan kongres India menjadi perangsang kepada Myanmar yang dijajah oleh British ii. Pembaharuan Montagu – Chelmsford dapat melatih orang India berkerajaan sendiri tetapi tidak diperkenalkan di Myanmar iii. Myanmar menuntut agar perlembagaan yang sama dibuat di Burma seperti di India.

74 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

4. Revolusi 1917 i. Revolusi ini telah melahirkan Pertubuhan Komunis Antarabangsa (Comintern) yang menyebarkan ideologi komunisnya di seluruh dunia ii. Comintern telah menghantar ejen-ejen ke Asia Tenggara untuk menubuhkan parti-parti komunis tempatan,contohnya Ho Chi Minh yang ditugaskan di selatan China telah menubuhkan Parti Komunis Indo-China 5.

Revolusi Eropah i. ii.

Revolusi Amerika telah menentang parlimen British Revolusi Peranchis menentang pemerintahan raja monarki dan mewujudkan raja berperlembagaan iii. Kesannya mempengaruhi Gerakan Katipunan di Filipina iv. Pelajar-pelajar Thailand melancarkan Revolusi 1932 untuk menentang kuasa mutlak raja

Kesimpulan: Pengaruh luar ini telah menyemarakkan semangat kebangsaan dikalangan penduduk untuk menentang penjajahan barat.Namun begitu pengaruh faktor dalaman juga menjadi penggerak kepada pejuang-pejuang nasionalis Asia Tenggara menentang penjajah.Pada peringkat awal penentangan mereka tidak berjaya tetapi menjelang abad ke-20 semua negara yang dijajah berjaya mencapai kemerdekaan.

Soalan 2 Huraikan peranan golongan intelektual di Indonesia dan Filipina dalam gerakan nasionalisme pada akhir abad ke- 19 hingga awal abad ke -20. Pendahuluan Perkembagan sistem pendidikan Barat telah melahirkan golongan intelektual yang menjadi tenaga utama kepada gerakan nasionalisme. Golongan ini juga telah terdedah dengan idea-idea politik barat dan telah menyedari penindasan yang dilakukan oleh penjajah ke atas bangsa mereka. Golongan ini seperti Raden Adjing Kartini, Dr. Mas Wahidin Sudiro, Sukarno di Indonesia dan Jose Rizal dan Andres Banifacio di Filipina Isi Indonesia ; 1. Raden Adjen kartini memperjuangkan pendidikan wanita i. menubuhkan sekolah Kartini untuk anak-anak gadis golongan bangsawan ii. inginkan kemajuan bangsanya dan tidak dikongkong dengan ajaran lama iii. menentang diskriminasi pendidikan antara rakyat Indonesia dengan golongan bupati. iv. mengkritik Belanda kerana melayan rakyat Indonesia seperti hamba 2. Budi Utomo i. Diasaskan oleh Dr. Mas Wahidin Sudiro ii. Budi Utomo - memperjuangkan pendidikan, mengembangkan kebudayaan , pertanian, industri dan perdagangan khususnya orang-orang Jawa dan Madura. iii. Ingin menjadikan bangsa Indonesia kearah kehidupan yang mulia dan terhormat iv. ahlinya amat terhad dan hanya mendapat sokongan golongan intelek 3. Tjipto Mangunkusomo i. mengkritik hak-hak istimewa golongan atasan yang diberi oleh Belanda ii. seorang bekas pelajar Stovia iii. penulisan majalah De Lokomotief iv. mengutamakan ilmu pengetahuan v. meminta hak berkerajaan sendiri daripada Indonesia

75 | /smkbm 08

Layh’s

B.

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

vi. pengetahuan dan bakat harus menjadi ukuran penting untuk menjawat jawatan kerajaan vii. Bapa Penggerak Kerajaan Indonesia 4. Raden Mas Tirtodisurjo menubuhkan Sarekat Dagang Islam i. melindungi saudagar-saudagar batik Jawa daripada persaingan orang China 5. Haji Samanhudi menubuhkan Sarekat Islam i. menggalakkan kegiatan perdagangan, pendidikan dan kehidupan mengikut ajaran Islam Filipina 1. Golongan intelek dinamakan illustrados ( golongan menengah yang menerima pendidikan ) 2. Golongan ini wujud akibat penindasan Sepanyol 3. memperjuangkan kemajuan, dan kepentingan masyarakat Filipina serta mengkritik ketidakadilan dasar Sepanyol 4. Corak perjuangan terpengaruh dengan reformis liberal di Sepanyol. 5. Gerakan dikenali sebagai Gerakan Propaganda 6. Sumbangan : Jose Rizal i. menubuhkan Liga Filipina 3 Julai 1892 ii. memperjuangkan pembangunan rakyat iii. menerbitkan buku Noli MeTangere dan el Filibusterismo yang mengkritik kekejaman Sepanyol Di Filiupina Andres Banifacio i. Pengasas Katipunan 1892 bersifat radikal ii. Matlamatnya memperjuangkan kemerdekaan Filipina iii. Terpengaruh dengan Revolusi Amerika dan Peranchis Kesimpulan ; Golongan intelektual ini menggunakan pelbagai cara untuk mencapai impian mereka. Mereka berjuang atas kesedaran bangsa yang dijajah dan penindasan Barat serta diskriminasi yang dilakukan terhadap rakyat jelata. Golongan ini juga menyedarkan masyarakat tempatan yang masih alpa agar bangkit menentang penjajah yang telah menindas mereka. Soalan 3: Bandingkan perjuangan Katipunan di Filipina dengan Thakin di Burma dalam usaha mereka mengambilalih pucuk pimpinan kerajaan. Pendahuluan Katipunan ialah sebuah pertubuhan sulit nasionalis di Filipina yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan Sepanyol melalui satu revolusi tetapi gagal. Thakin atau tuan pula ialah golongan pelajar-pelajar universiti di Burma yang ingin menyelamatkan Burma daripada penindasan dan pemerasan ekonomi oleh orang asing untuk mencapai kemerdekaan penuh. Isi A. 1. 2. 3.

4. 5.

6. 7.

76 | /smkbm 08

Katipunan menentang Sepanyol ditubuhkan oleh Andreas Banifacio pada 8 Julai 1892 tujuan menggulingkan kerajaan Sepanyol secara revolusi bersifat radikal perjuangan melalui akhbar Kalayan bersifat revolusi Banifacio membangkitkan perasaan benci pada bangsa Sepanyol di kalangan kaum tani Revolusi 1896 gagal - Perjanjian Biak – na – Bato ditandatangani Katipunan meletakkan senjata Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

8. Sebab kegagalan : tidak mendapat sokongan pihak atasan, kewangan yang lemah,tiada senjata, tentera kurang terlatih, kematian Bonifacio,tidak bersatupadu,muncul dua kumpulan yang dipimpin Banifacio dan Aquinaldo menjadi presiden menentang Sepanyol 9. Gabenor Filipina Fernando Primo de Rivera Aquinaldo membuat perjanjian ( Biak- naBato) Syarat – Aquinaldo bersetuju menamatkan revolusi • dibayar 800.000 peso • bahasa tagalong bahasa rasmi • semua pemimpin pemberontak diampunkan dan tinggal di Hong Kong, 10. Kedua-dua pihak tidak mematuhi syarat perjanjian. Pemberontakan diteruskan oleh Jeneral Francisco Makabulos. 11. Berbanding dengan perjuangan Katipunan Thakin lebih berjaya B.

Thakin ( Burma ) dengan British 1. asalnya adalah dari pelajar-pelajar Universiti Ranggoon 2. berpendidikan barat 3. pemimpinnya ialah seperti U Nu, Aung San, Tahkin Tin 4. pergerakan berbentuk revolusi dan memperjuangkan kemerdekaan 5. menuntut pembaharuan cukai untuk petani – menubuhkan Pertubuhan Petani-petani Burma 6. 1938 – 1939 Thakin menaikkan semangat pekerja-pekerja telaga minyak dan pengangkutan sungai dengan melancarkan mogok bagi menuntut kenaikan gaji dan syarat-syarat kerja yang baik 7. 1936 Aung San dengan pelajar-pelajar Universiti Ranggoon mengadakan mogok membantah Akta Universiti 1920 – berjaya 8. 1939 membentuk Blok Kebebasan ( Blok Kemerdekaan ) untuk memerintah sendiri dan berjanji bekerjasama dengan British sekiranya merdeka - British tidak setuju kerana Blok kebebasan ada hubungan dengan Jepun

C.

Tahkin dan Jepun 1. Sebelum Perang Dunia Kedua , Aung San menubuhkan Tentera Kemerdekaan Burma untuk menentang British dengan bantuan Jepun 2. Thakin dianggap pembela tanahair dan pejuang kebebasan 3. Jepun memberi kemerdekaan kepada Burma pada 1 Ogos 1943 4. Kerajaan boneka ditubuhkan dan Dr. Ba Maw sebagai perdana menteri 5. Thakin menyedari muslihat Jepun dan Aung san menubuhkan Tentera Kebangsaan Burma yang anti Jepun 6. Penubuhan Liga Pembebasan Rakyat Anti – Fasis (LPRAF) bergerak bawah tanah menentang Jepun dan bersuhabat dengan kuasa Berikat 7. Jepun menyerah kalah Ogos 1945

D.

Tahkin di bawah British 1. Aung San menuntut kemerdekaan dan perdana menteri British Clement Attlee berjanji memberi kemerdekaan 2. Satu rombongan perundingan dihantar ke London untuk merundingkan isu kemerdekaan- terbentuk Perjanjian Attlee – Aung San 3. Rang Kemerdekaan Burma ditandatangani pada Oktober 1947 4. Kerajaan British bersetuju menjalankan pilihanraya sebelum kemerdekaan 5. Sebelum merdeka Aung San dan pengikutnya dibunuh oleh U Saw untuk merampas kerajaan baru 6. Dewan Perhimpunan menggubal perlembagaan baru dan mencapai kemerdekaan pada 4 Januari 1948 dan U Nu dilantik sebagai perdana menteri Kesimpulan Katipunan dan Thakin mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin menggulingkan pemerintahan penjajah dan menjaga kepentingan rakyat. Kedua-duanya diketuai oleh golongan intelektual. Katipunan

77 | /smkbm 08

Layh’s

.

.

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

memperjuangkannya secara revolusi tetapi gagal atas sebab-sebab tertentu. Dalam mencapai matlamat ini golongan Thakin lebih berjaya dalam memperjuangkan kemerdekaan.

Soalan 4 : Bandingkan Gerakan Anti-Jepun di Indonesia dan Vietnam antara tahun 1942 hingga 1945 Pendahuluan Jepun Indonesia dan Vietnam pada 1942 dan telah mengeksploitasi sumber ekonomi kedua-dua negara. Semasa pemerintahan Jepun rakyat menderita dan hidup dalam ketakutan. Gerakan anti-Jepun dilancarkan bagi menghalau Jepun dari tanahair mereka. Di Indonesia terdapat gerakan kumpulan bawah tanah manakala di Vietnam gerakan Vietminh bergerak dengan lebih giatnya. Indonesia

2.

1. Gerakan semasa Amir Shariffudin • Gerakan bawah tanah dipimpin Amir Sharifuddin • Kumpulan ini ditaja oleh kerajaan Belanda dengan bantuan wang sebanyak 25,000 guilder sebelum kedatangan Jepun • Ramai pemimpin ditangkap dan dihukum mati oleh Jepun • Amir melancarkan gerakan bercorak ketenteraan dan berjaya mewujudkan unit-unit di Timur Jawa Tengah Gerakan Semasa Sutan Shahrir • Satu kumpulan bawah tanah dibentuk oleh Sutan Shahrir dengan sokongan pelajar di Bandar- Bandar besar • Kumpulan ini berjaya menanamkan perasaan anti Jepun dikalangan petanidan mempengaruhi Gakukotai dan Seinenedan Gerakan di bawah Persatuan Mahasiswa Jakarta • Kumpulan bawah tanah di bawah Persatuan Mahasiswa Jakarta ingin mengkritik dan menyebarkan dakyah anti Jepun secara terbuka • Mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan Shahrir • Berjaya menyemarakkan sentiment anti Jepun dikalangan penduduk Indonesia Kesan • gerakan bawah tanah berjaya kerana a. saling membantu b. mengadakan pakatan sulit dengan Sukarno dan Hatta untuk mendapat maklumat yang akan membantu golongan gerila ini c. satu pemerintahan anti Jepun ditubuhkan di Belffar padfa 1942 Berbanding dengan Indonesia, semasa pendudukan Jepun bermula di Vietnam, Peranchis masih berkuasa di Vietnam Vietnam • Peranchis dibenarkan memerintah Indo-China kerana Jepun hanya ingin menggunakan Vietnam sebagai pangkalannya untuk menyerang negara-negara lain di Asia Tenggara • Peranchis menyediakan kemudahan ketenteraan dan menyerahkan sumber ekonomi Jepun. • Jepun memaksa golongan petani memanam jut, rami, kacang dan tumbuhan minyak jarak -sistem tanaman paksaan ini mendapat tentang kerana kurangnya tanaman berbentuk makanan • pihak komunis mengambil kesempatan ini mempengaruhi rakyat Vietnam untuk menentang Jepun kerana Jepun telah menindas orang China dinegara China • Vietminh mendapat bantuan daripada komunis China

78 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm



1941 Hi Chih Min mengasaskan Vietminh dan penentangan melalui sabotaj dan perang gerila. • Vietminh mendapat bantuan daripada komunis China • Vietminh mendapat senjata daripada Britain dan Amerika untuk menentang Jepun • Ho Chi Min yang ditangkap telah dibebaskan oleh Jeneral Chang dan menubuhkan Liga Parti Revolusi Vietnam. Beliau juga menguatkan pergerakan Parti Komunis dan Vietminh dengan bantuan wang dari negara China • Bagi mendapat sokongan rakyat, Jepun propaganda dengan memberi kemerdekaan kepada Annam dan Tongking namun rakyat tidak mahu tertipu dengan sikap Jepun maka mereka melancarkan perang gerila dan berjaya membebaskan beberapa wilayah • daripada Jepun. Kesimpulan Gerakan anti Jepun di Indonesia dan Vietnam agak berjaya dan mendapat sokongan barat dan kuasa Berikat. Walaupun pada peringkat awal golongan nasioanalis di Vietnam bekerjasama dengan Jepun bagi mengusipr penjajah barat. Namun begitu golongan intelektual yang mula sedar akan ketidak jujuran dan muslihat Jepun menyebabkan mereka mula menentang Jepun . Gerakan ini menyemarakkan lagi keazaman rakyat untuk mencapai kemerdekaan secepat mungkin.

Soalan 5: Sejauh manakah faktor agama memainkan peranan penting dalam kebangkitan kesedaran nasionalisme di kalangan penduduk setempat di negara-negara Asia? Pendahuluan Penindasan ekonomi politik dan social pada zaman penjajahan barat telah membawa kepada kemunculan semangat nasionalisme di kalangan rakyat Asia terutamanya di Asia Tenggara dan Asia Timur.Kebangkitan semangat nasionalisme berasaskan persamaan agama ini merupakan tunjang kepada kebangkitan penduduk dan penjajah. Namun begitu terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kebangkitan kesedaran nasionalisme. Isi Gerakan Kesedaran Agama Islam 1.

Indonesia • agama Islam memainkan peranan sebagai alat perpaduan • lebih 90% penduduknya beragama Islam • kemunculan pertubuhan berasaskan Islam seperti Sarekat Islam, Nadatul Ulama dan Muhamadiyah • mereka ini telah menyedarkan rakyat Indonesia yang selama ini ditindas poleh penjajah • peristiwa penentangan Islam berlaku dalam Perang Jawa 1826 – 1830 India • Walaupun penduduk Islam bersifat minoroti tetapi peranan agama Islam sebagai lambang perpaduan sangat jelas di India • Perbezaan latarbelakang budaya dan geografi tidak memisahkan perpaduan umat Islam dalam Liga Islam untuk menuntut kemerdekaan daripada British di India

Gerakan Kesedaran Agama Kristian 1.

Filipina •

agama Kristian menyatukan masyarakat Filipina

79 | /smkbm 08

Layh’s

C.

Sejarah 940/2 - STPM

• •



B.

China

• • • • •

smkbm

satu pakatan antara paderi Filipina telah dapat mengurangkan kuasa paderi Sepanyol di Filipina .Paderi-paderinya seperti Jacinta Zamara, Paderi Jose Burgos dan Marino Gomez perasaan tidak puas hati akibat daripada diskriminasi paderi Sepanyol yang lebih mementingkan penjajah pemerintahan Filipina telah diganti dengan pemerintahan beraja mutlak. Ini mencetuskan Pemberontakan Cavite dimana ketiga-tiga paderi Filipina telah dihukum bunuh. Ekoran peristiwa itu perasaan anti-penjajah kerana ketidakadilan kerajaan Sepanyol atas soal agama. Gerakan kesedaran ini mendapat sokongan golongan intelektual China amalkan kepercayaan Confucianisme,Taoisme dan agama Buddha. Dasar buka pintu menyebabkan pengaruh Kristian berkembang dan memberi tamparan yang hebat kepada kepercayaan tradisional yang ada di China. Perasaan anti-kristian menyebabkan stesyen mubaligh kristian di Yang Choe dibakar pada Ogos 1868. Pembunuhan mubaligh Peranchis pada 1856 dan pembunuhan beramai-ramai di Tientsin pada 1870.

Gerakan Kesedaran Agama Buddha 1. Burma • kemasukan agama kritian memberi ancaman kepada agama Buddha. • Pendidikan Buddha semakin merosot ( sekolah-sekolah biara terjejas ) • British tidak menghormati agama Buddha – isu kasut • Pertubuhan agama seperti Persatuan Sasanadara (1897), Persatuan Agama Maktab Ranggoon (1904 ) • Golongan Pongyi menyertai perjuagan politik Burma kerana kemerosotan pengaruh sangha dan sekolah-sekolah agama- berjaya menyebarkan anti-penjajah di kalangan petani Faktor-faktor lain 12. penyumbang kepada kebangkitan nasionalisme • Dasar penjajah – lebih mementingkan golongan kapitalis dan pembangunan di kawasan bandar – akibat masyarakat luar bandar tersisih • Eksploitasi ekonomi – penjajah menguasai ekonomi dan keuntungannya dibawa ke negara asal • Layanan – penjajah mengangap penduduk tempatan tidak bertamadun dan tidak setaraf dengannya contoh - penduduk India hanya dibenarkan menggunakan kelas tiga dalam keretapi –orang Indonesia hanya mendapat gaji yang rendah dan bekerja di ladang-ladang • Hak istimewa untuk penjajah –  Contoh di China dan Thai orang Inggeris mendapat hak wilayah asingan yang berbeza dengan masyarakat tempatan sekiranya orang Inggeris melakukan kesalahan hanya akan dibicarakan di negara mereka walaupun kesalahan dilakukan di China atau di Thai

• • •

Pendidikan sekular –sistem pendidikan barat telah melahirkan golongan elit yang menjadi pendokong gerakan nasionalisme Peranan kesusasteraan dan akhbar – contoh di Filipina La Soleridad Pengaruh luar – Perang Rusia - Jepun

Kesimpulan Kedatangan penjajah telah menyebabkan perkembangan agama tradisional di negara Asia mengalami perubahan .Ini kerana masyarakat tempatan tidak dapat menerima perubahan dari segi budaya dan agama lebih-lebih lagi daripada barat.Perkembangan agama kristian tidak disenangi oleh penduduk tempatan.

80 | /smkbm 08

Layh’s

A.

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

Perjuangan berbentuk agama ini lebih berkesan kerana agama dapat menyatupadukan penduduk tempatan bagi menentang penjajah . Soalan 6: Bincangkan peranan bahasa dan kesusasteraan serta media cetak dalam perkembangan gerakan nasionalisme di negara-negara Asia Tenggara Pendahuluan Penderitaan dan keperitan hidup di bawah pemerintahan penjajah dapat diungkapkan dalam karya-karya kesusasteraan. Karya-karya ini menjadi alat yang menghubungkan golongan nasionalis dan masyarakat umum melalui bahasa tempatan yang mudah difahami. Perkembangan teknologi percetakan juga berjaya membantu penghasilan pelbagai bahan cetak di negara-negara Asia. Kemunculan golongan intelektual dapat menerbitkan karya-karya sastera serta penulisan akhbar secara berkesan. Isi Bahasa dan Kesusasteraan 1. Indonesia • Penggunaan bahasa Indonesia dapat menyebarkan maklumat secara berkesan • Novel-novel seperti Siti Nurbayah oleh Marah Rusli dan Studen Hidjo oleh Bakti Siregar menceritakan keperitan hidup masyarakatnya • Hikayat Kadirun oleh Semaun mengungkap kekecewaan bangsa Indonesia yang tidak terbela 2. Filipina

• •

Noli Me Tangere oleh Jose Rizal telah mendedahkan penderitaan rakyat Filipina di bawah pemerintahan Sepanyol dan kumpulan paderi yang mengamalkan rasuah El Filibusterismo oleh Jose Rizal telah mengkritik golongan paderi Sepanyol dan meluahkan perasaannya mengenai keluarganya dan keluarga lain di Calambar yang telah diusir keluar dari rumah mereka dan rumah itu dirobohkan

Vietnam



Pan Boi Chao telah melahirkan buku A New Book About The Tears Of Blood Of The Ryukyu Island yang menyeru semua nasioanalis Vietnam bersatu untuk mendapat kemerdekaan Media cetak

B. Filipina :





81 | /smkbm 08

Majalah La Solidaridad yang diterbitkan dua kali seminggu di Barcelona – isu mengenai :  keburukan penjajahan sepanyol  penyeksaan dan penderitaan yang dialami oleh para petani  penyelewengan kuasa paderi-paderi Sepanyol  menuntut kerajaan sepanyol mengedakan pembaharuan Akhbar Kalayan oleh Katipunan yang diasaskan oleh Abdreas Banifacio : i. memuatkan rencana seperti Ang Dapat Mabatid Ng Mga Tagalog ii. berjaya mendapat sokongan rakyat untuk menentang penjajah Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

2.



Akhbar El Grito Pueblo dan El Renacimiento mengecam pemerintahan Amerika dan menuntut kemerdekaan



Perasaan kebencian penduduk Vietnam terhadap Peranchis diluahkan melalui akhbar Tribune Indigene- akhbar ini meluahkan perasaan tidak puashati rakyat tempatan mengenai penguasaan ekonomi Cochin-China oleh kaum Cina dan menuntut lebih banyak perwakilan tempatan dalam pentadbiran Vietnam Cloche Felee oleh Nguyen An Ninh - penulisan mengenai masyarakat Vietnam yang dikongkong oleh pemikiran tradisional

Vietnam

• 3.

smkbm

Indonesia



Akhbar Medan Priyayi, kaum sunda, Utusan Hindia serta akhbar- akhbar terjemahan dari Belanda – mengkritik sistem pemerintahan penjajahan Belanda.



Rencana-rencana yang disiarkan berkisar tentang penindasan ekonomi dan politik yang dilakukan oleh Belanda

Kesimpulan ; Bahasa dan sastera memainkan peranan penting dalam perkembangan nasionalisme di Asia. Penglibatan golongan intelektual telah berjaya menghasilkan karya dan penulisan yang mampu membangkitkan kesedaran kebangsaan.Peranan media cetak yang telah menghasilkan akhbar dan majalah dapat melahirkan penulis-penulis yang menghasilkan penulisan yang berjaya membangkitkan kesedaran semangat kebangsaan di negara masing-masing.

Soalan 7: Mengapakah Parti Komunis China lebih berjaya berbanding dengan Parti Komunis Indonesia ? Pendahuluan Parti komunis Indonesia dan parti Komunis China bercita-cita menggulingkan pemerintahan tempatan iaitu Belanda di Indonesia dan kerajaan nasionalis pimpinan Chiang Kai Shek.Taktik perjuangan yang digunakan oleh kedua-dua parti ini dilakukan secara pemberontakan bersenjata. Walaubagaimanapun PKC lebih berjaya dalam misinya tetapi PKI gagal atas sebab-sebab tertentu. Isi A.

Kegagalan PKI

:

1. Tiada sokongan kaum tani i. tidak mendapat sokongan kaum tani yang merupakan 90% daripada jumlah masyarakat Indonesia ii. dasarnya bertentangan dengan perjuangan Sarekat Islam iii. lebih mengutamakan kaum buruh daripada kaum tani iv. tiada sumber asas ( kewangan ) 2. Isu agama i. pertentangan ideology komunis dengan ajaran Islam ii. Revolusi yang dilancarkan tidak mendapat sokongan kaum tani 3. Tiada sokongan Comintern dan Rusia

82 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

i. ii.

iii.

smkbm

dasar PKI yang membelakangkan Sarekat rakyat dan menolak kerjasama parti-parti nasionalis di Indonesia tidak dipersetujui oleh Comintern. revolusi yang dilancarkan tidak mendapat kerjasama antara kelas pekerja dan golongan nasionalis yang revolusioner. keadaan ini menyebabkan Rusia dan Comintern tidak menghantar sebarang bantuan semasa revolusi dilancarkan.

4. Penindasan Belanda i. penindasan Belanda melemahkan revolusi PKI ii. Belanda mengharamkan parti dan persatuan buruh daripada mengadakan perhimpunan iii. akibatnya hubungan PKI dangan Persatuan Pekerja terhad iv. Belanda menangkap ramai pemimpin PKI dan Persatuan-persatuan pekerja contoh Darsono telah ditangkap dan dipenjarakan 5. Perpecahan dalam PKI i. pemimpinnya tidak bersatupadu ii. Alimin dan Darsono mengamalkan dasar tidak bertolakansur dan enggan bekerjasama dengan golongan nasionalis – ingin melancarkan revolusi secepat mungkin iii. Tan Malaka dan Semaun lebih memntingkan kerjasama dengan golongan nasionalis untuk menghapuskan penjajah iv. Tan Malaka mempengaruhi PKI di Jawa dan Sumatera supaya tidak menyokong Revolusi yang akan meletus di Padang hanya berlaku di Betawi v. Revolusi di tempat lain tidak selaras dari segi masa dan organisasi – revolusi gagal kerajaan Belanda dapat menghapuskan PKI dengan mudah C.

Kejayaan PKC 1.

Sokongan kaum Tani i. Mao Tze Tung dapat menawan hati kaum tani ii. Dapat menggunakan kuasa revolusi kaum tani bagi membentuk kuasa politik komunis yang kuat iii. PKC menubuhkan pusat-pusat dan sekolah-sekolah di Yenan. Menyemai ideologi komunis kepada rekrut baru yang kebanyakannya terdiri daripada kaum tani. iv. Mengutamakan kerjasama dalam pemulihan tanah, pertukaran buruh dikalangan kaum tani dan menubuhkan koperasi perusahaan kecil bagi kaum tani

2.

Sokongan Comintern dan Rusia i. kedua-dua badan ini membantu PKC semasa berperang dengan Jepun dan Kuomintang. ii. Rusia membantu PKC menyekat kemasukan Kuomintang semasa pendudukan Jepun iii. Rusia membantu kemasukan PKC ke Dairen iv. PKC menguasai Manchuria pada Mei 1946

3.

Kelemahan Koumintang i. Kuomintang menghadapi masalah dengan mendapat ancaman daripada hulubalang dan pemberontak-pemberontak wilayah ii. Semasa pemerintahan Kuomintang mereka merampas harta benda untuk kepentingan sendiri iii. Kuomintang lebih mengutamakan pedagang dan pengusaha luar iv. Kebajikan kaum tani diabaikan v. Masyarakat China menganggap PKC sebagai penyelamat vi. Amerika Syarikat tidak dapat memberi bantuan tentera kepada Kuomintang vii. Bantuan kewangan yang diberikan oleh Amerika telah disalah gunakan viii. Masyarakat cina hilang kepercayaan dan kesetiaan kepada Kuomintang

83 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

4.

smkbm

Kepimpinan Yang Berwibawa i. tokoh-tokoh seperti Mao Tze Tung dan Chu Teh ii. menubuhkan sebuah Soviet di kawasan Kiangsi dan Hunan iii. menubuhkan angkatan tentera yang mahir dalam perang gerila iv. rancangan pembahagian semula tanah dan rancangan menyusun kembali semula masyarakat tani telah dijalankan v. Mao menganggap kaum tani sebagai barisan utama menjalankan revolusi vi. Pengaruh Mao semakin meluas

Kesimpulan Perancangan dan strategik PKI tidak berkesan berbanding dengan PKC kerana PKC mempunyai perancangan yang rapi dan komited.Tambahan pula di negeri China partinya (Kuomintang ) terlalu lemah. Selepas revolusi komunis PKC muncul sebagai golongan pemerintah bagi seluruh negara China.sementara PKI kurang berjaya kurangnya kerjasama dikalangan pemimpin serta kurangnya sokongan dikalangan kaum tani.

Soalan 8 Jelaskan mengapa Jepun muncul sebagai sebuah kuasa imperialis baru di Asia. Pendahuluan Kemajuan dalam bidang teknologi ketenteraan yang dimiliki oleh Jepun telah membawa mereka dalam beberapa siri peperangan yang kesemuanya mendapat kemenangan. Ini mengukuhkan keyakinan mereka untuk menguasai kawasan yang lain.Perubahan ini adalah disebabkan pemodenan negara Jepun di bawah pemerintahan Meiji dan dasar buka pintu negara tersebut. Isi 1. Kejatuhan Shogun Tokogawa dan kemunculan Maharaja Meiji i. sistem ekonomi feudal telah digantikan dengan sistem pentadbiran dan ekonomi gaya barat ii. Jepun muncul sebagai negara termaju di rantau Asia Timur iii. Semangat nasionalisme dikalangan rakyat yang melampau 2. Jepun sebagai kuasa penakluk di : A.

Korea 1876 i. Korea dianggap oleh Jepun sebagai batu loncatan untuk meluaskan jajahannya di Manchuria dan China

ii.

Korea dipaksa menandatangani perjanjian perdagangan dan persahabatan dengan Jepun pada 26 Februari 1876. Tujuan untuk mengelakkan kuasa Rusia yang ingin menguasai Korea dan China

iii.

kesannya Jepun dapat menguasai pelabuhan Pusan, Inchon dan Wonsan dan Jepun mengiktiraf kemerdekaan Korea B.

China 1894 i. ii.

iii. C.

Pemberontakan Tonga di Korea membawa Jepun dan China ke medan peperangan China telah dikalahkan dalam peperangan Shino-Jepun dan Perjanjian Shimonosiki telah ditandatangani Jepun dapat menguasai Taiwan, Kepulauan Pescadores dan Semenanjung Liaotung

Rusia 1905 i. ii.

Masalah Korea dan Manchuria menyebabkan berlakunya Perang Rusia-Jepun Perjanjian China – Rusia ( Perjanjian Li Lobanov ) pada 1896 telah ditandatangani bagi membina jalan keretapi di Trans Siberia iii. Rusia memperolehi pajakan 25 tahun keatas bahagian selatan Semenanjung Liatong

84 | /smkbm 08

Layh’s

A.

Sejarah 940/2 - STPM

D.

E.

smkbm

iv. Rusia memberi amaran kepada Jepun agar tidak mengambil wilayah taklukannya di China v. Akibat perluasankuasa Rusia ini tercetus peperangan Rusia - Jepun vi. Perjanjian Portmouth ditandatangani oleh kedua-dua pihak .Rusia mengakui kepentingan Jepun di Korea vii. Semenanjung Liaotung dan jalan keretapi dari Port Arthur ke Mukdden diserah kepada Jepun Penglibatan dalam Perang Dunia Pertama 1914 i. Jepun mengistiharkan peperangan keatas Jerman untuk mendapat sokongan British dan Amerika Syarikat ii. Jepun berjaya melumpuhkan kedudukan Jerman di Asia Timur dan menawan Teluk Kiaoshow iii. Beberapa pulau seperti Kepulauan Mariana, Carolina dan Marshall telah ditawan Peperangan di Eropah i. kesibukan Barat dalam peperangan Eropah memberi kesempatan kepada Jepun meluaskan kuasanya di China ii. Pada 18 Januari 1915 Jepun telah mengemukakan 21 tuntutan ke atas China dan memaksa China menerima tuntutan tersebut

F.

Perang China-Jepun 1931 i. Jepun menyerang Manchuria atas alasan kebanjiran penduduk China di situ akan mengancam keselamatan tenteranya . ii.

Manchuria ditukar nama kepada Manchukuo

Kesimpulan Faktor dalaman dan luaran menjadikan Jepun sebagai sebuah kuasa terunggul di Asia Pada 1900. Kemenangan demi kemenangan yang diperoleh oleh tentera Jepun telah menyebabkan mereka terlibat dalam Perang Dunia Kedua. Semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh masyarakat Jepun dapat membuktikan bahawa negara Asia juga boleh menjadi sebuah kuasa imperilisme yang terunggul di Asia.

Soalan 9 Bandingkan matlamat Revolusi Thai 1932 dengan matlamat Revolusi China 1911 dalam usaha mewujudkan sistem pemerintahan yang bercorak baru di negara masing-masing. Pendahuluan Revolusi 1932 di Thai berlaku pada masa pemerintahan Prajadiphok. Gerakan ini ditujukan kepada raja-raja mereka bagi menuntut kerajaan berperlembagaan. Revolusi ini juga Akibat daripada pembaharuanpembaharuan yang dibuat oleh Raja-raja Chakri dengan memperkenalkan idea-idea barat dan dipelopori oleh golongan menengah. Sementara revolusi di China yang dipimpin Dr. Sun Yat Sen dapat menumbangkan Dinasti Manchu. Isi Matlamat Revolusi 1932 i. menghapuskan hak dan kuasa mutlak raja yang dipimpin oleh Pridi Phnamyong, Pya Bahol dan lain-lain ii. menamatkan kuasa mutlak raja kerana raja dianggap sebagai dewa yang berkuasa penuh dalam kerajaan dan penduduk – raja tidak boleh dikritik – segala daripada raja – membantutkan pembaharuan iii. menjalankan perubahan dalam semua aspek pentadbiran

85 | /smkbm 08

Layh’s

B.

A.

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

iv. raja Siam menjadi raja berperlembagaan – pemerintahan mengikut sistem monarki berperlembagaan – memberi kebebasan dalam politik dan mengadakan pilihanraya v. perlembagaan baru digubal oleh Parti Rakyat vi. raja berkuasa memberi pengampunan dan mengistiharkan darurat vii. putera-putera raja tidak dibenarkan memegang jawatan penting dalam pentadbiran viii. pilihanraya diadakan bagi melantik ahli-ahli dewan ix. pilihanraya 4 tahun sekali x. pentadbiran diserahkan kepada jawatankuasa eksekutif Parti Rakyat yang diketuai oleh Pya manopakorn Matlamat Revolusi China 1911 i. menggulingkan Dinasti Manchu ii. menubuhkan sebuah kerajaan bersih daripada rasuah dan penyelewengan serta salahguna kuasa – penindasan rakyat dengan cukai-cukai yang tinggi iii. memodenkan China dengan menggunakan acuan atau teknologi barat seperti pengenalan idea-idea barat - demokrasi , liberalisme, nasionalisme dan sebagainya. iv. Pendidikan barat diperkenalkan v. Menubuhkan kerajaan bercorak republik dengan berdasarkan tiga prinsip iaitu nasionalisme,demokrasi dan kebajikan sosial vi. Ketua kerajaan bukan lagi berbentuk monarki – diketuai oleh residen vii. membentuk kabinet yang bertanggungjawab kepada sebuah perundangan dan memilih jawatankuasa kerja bagi mentadbir China Kesimpulan Kedua-dua Revolusi ini telah berjaya mengubah corak pemerintahan di kedua-dua buah negara daripada kerajaan monarki kepada kerajaan bercorak demokrasi dan raja berperlembagaan di Thailand manakala di china pula sebagai titiktolak kepada pemodenan-pemodenan yang meliputi aspek- aspek politik,ekonomi dan social pada masa hadapan.

Soalan 10 : Bagaimanakah pendudukan Jepun 1942 – 1945 mempengaruhi gerakan kebangsaan di Burma dan Indonesia? Pendahuluan Jepun telah menduduki Burma dan Indonesia pada 1942 . Para nasionalis di kedua-dua negara ini telah menyokong dan membantu Jepun dalam penaklukan mereka demi mencapai kemerdekaan. Pendudukan Jepun di Indonesia dan Burma tamat pada 1945. Pendudukan Jepun telah mengukuhkan gerakan nasionalis Indonesia dan Burma dan ini mempercepatkan proses kemerdekaan kedua-dua buah negara. Isi Indonesia 1. Kekalahan Belanda i. kekalahan ini telah mengakibatkan kemerosotan maruah Belanda ii. menambah semangat anti penjajah

.

Peluang pentadbiran i. peluang ini diberi kepada para pelajar dan nasionalis ii. mereka diberi latihan dalam jawatan teknikal dan pentadbiran iii. dapat keyakinan untuk memerintah Negara

.

Penubuhan PUTERA

86 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

i.

sikap Jepun yang lembut telah memberi peluang kepada golongan nasionalis bebas berpolitik ii. Sukarno , Hatta dan Shahrir dibebaskan dari penjara iii. Penubuhan PUTERA mengukuhkan keazaman mereka untuk mencapai kemerdekaan

.

Penubuhan PETA ( Tentera Sukarela Pembela Tanahair ) i. dipimpin oleh pegawai-pegawai Indonesia dan mendapat latihan tentera daripada pihak Jepun ii. mempertahankan Indonesia daripada kuasa Berikat

.

Pertubuhan-pertubuhan Jepun i. Semendan ,Gakototoi dan Barisan Pelopor mendapat latihan tentera ii. Pihak Jepun telah membantu penubuhan Majlis Syura Muslimin Indonesia ( Masjumi ) iii. Menentang Belanda Burma 1. Kejayaan Jepun • menjatuhkan maruah British • menyemarakkan keazaman golongan Thakin untuk merdeka Bantuan Thakin kepada Jepun • Jepun menubuhkan kerajaan baru di bawah Dr Ba Maw • mereka diberi latihan mentadbir sendiri • memberi keyakinan kepada Thakin untuk menuntut kemerdekaan Penindasan Jepun • Jepun memperalatkan Burma dan kerajaan baru itu dalam program mereka untuk mengeksploitasi sumber alam Burma demi kepentingan ekonomi mereka Golongan Thakin menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti Fasis bagi menentang Jepun dan bekerjasama dengan pihak Berikat Kesimpulan Pendudukan Jepun telah secara langsung telah mempercepatkan lagi proses pencapaian kemerdekaan. Pendudukan ini telah membuka mata para nasioanalis terhadap muslihat Jepun dan pihak penjajah. Ini memberi kesedaran bahawa mereka tidak boleh mengharap kepada Jepun atau penjajah barat untuk menjaga kepentingan negara. Oleh itu, para nasionalis sedar bahawa bagi mendapat kemerdekaan, mereka perlu bekerjasama bagi menentang penjajah.

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN Thailand

selepas Perang Dunia Kedua.

Pengenalan . • Burma dan Thailand mempunyai latar belakang sejarah pemerintahan yang berbeza. Uniknya Thailand sebuah negara yang tidak pernah dijajah sementara Burma/Myanmar pernah menjadi

87 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

negara jajahan British. Namun demikinan banyak perubahan berlaku selepas Perang Dunia Kedua. Sistem pemerintahan Myanmar berbentuk Kesatuan, sementara Thailand berbentuk Monarki Berpelembagaan. Isi- Pemerintahan di Myanmar (10 markah). • Pemerintahan tentera selepas Perang Dunia Kedua. • Jeneral Aung San yang mengetuai Majlis Menteri dalam pentadbiran tentera mengadakan pilihanraya pada tahun 1947. • Parti Liga Kemerdekaan Rakyat Anti Fasis(AFPFL) pimpinan Aung San menang tetapi beliau mati dibunuh oleh U Saw bekas ahli AFPFL. • U Nu mengetuai kerajaan dan mendapatkan kemerdekaan Myanmar daripada British pada tahun 1948. • Pemerintahan Myanmar meniru corak Parlimen British yang mengandungi Dewan Rendah dan Dewan Kebangsaan. • Pilihanraya diadakan empat tahun sekali untuk memilih kedua-dua ahli dewan. • Ketua negara Burma ialah Presiden yang dipilh oleh kedua-dua dewan untuk tempuh lima tahun. • Presiden berkuasa melantik Perdana Menteri. Dia juga berkuasa melantik menteri, memanggil dan membubarkan dewan perwakilan. • Pentadbiran tempatan terbahagi kepada tiga bahagian; - Burma sebenar/Burma Proper mengandungi lapan bahagian dan setiap satu mengandungi 34 daerah yang ditadbir terus oleh kerajaan pusat di Ranggon. - Kampung dan bandar memilih wail melalui wakil ke majlis bandar. - Majlis bandar memilih 4-8 wakil ke majlis daerah. - Setiap negeri mempunyai majlis negeri sebagai pembuat dasar. - Ketua Eksekutif Negeri dilantik oleh Presiden. - Ketua eksekutif akan menjadi menteri masing-masing dalam kabinet pusat. • •

Sistem pemerintahan ini berakhir pada 2 Mac 1962 bila berlaku rampasan kuasa oleh Jeneral Ne Win. Beliau menubuhkan Majlis Revolusi yang terdiri daripada 18 anggota kanan tentera. Beliau bertindak sebagai Presiden dan perlembagaan baru dibentuk pada tahun 1962.

Pemerintahan di Thailand (10 markah) • Amerika Syarikat dan British diminta kerjasama bagi menubuhkan kerajaan bercorak demokrasi berpelembagaan. • Tiga golongan yang bertentangan di Thailand; -Pihak tentera pimpinan Pibun Soggaram. -Pihak Liberal pimpinan Pridi Ponamyong -Pihak Konservatif pimpinan Kukrij Pramoj. • Pilihanraya pertama Januari 1946, Pridi berjaya. Khuang Aphaivong dilantik menjadi PM dan Pridi tetap menjadi Pemangku Raja Ananda. • Mei 1946, perlembagaan baru dirangka. Dalam perlembagaan itu terdapat sebuah Dewan Rakyat dan sebuah Dewan Senat. Kedua-dua dewan itu menyokong Pridi dan Pridi dilantik menjadi PM. • Perebutan kuasa berlaku. 1946 Pridi dipenjarakan atas tuduhan terlibat dalam pembunuhan Raja Ananda. • Setelah bebas beliau aktif semula. Parti-parti politik berkembang pesat. • November 1947 berlaku Coup d’ etat oleh tentera. Penyokong Pibun Songram. Demokrasi liberal terbantut hingga 1970 an. • Satu perlembagaan digubal, pilihanraya diadakan. Untungkan parti konservatif. Khuang Aphaiwong dilantik menjadi Perdana Menteri. • 1952 berlaku lagi rampasan kuasa tentera.

88 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

• • • •

smkbm

Kali ini perlembagaan 1949 dimansuhkan dan Perlembagaan 1932 dikuatkuasakan semula. Untuk menjaga kedudukan pihak tentera, separuh daripada anggota parlimen.Semua parti politik dibubarkan. Pibun menggunakan alasan komunis untuk dapatkan sokongan Amerika. Pergolakan politik di Thailand berlegar di sekitar kuasa tentera. Demokrasi lemah hingga tahun 1970 an.

Penutup. • Pemerintahan di Burma dan Thailand sering berubah corak akibat campur tangan tentera dalam pemerintahan. Demokrasi sering tergugat dan perlembagaan berubah-ubah mengikur arus pihak pemerintah.

2. Bandingkan ciri-ciri pentadbiran antara Negara Jepun dan Negara India selepas selepas Perang Dunia Kedua. Pengenalan • Negara Jepun merupakan negara yang tidak pernah dijajah sebelum perang dunia kedua. • Sementara Negara India pernah dijajah oleh Britsh hingga tahun 1947. • Selepas Perang Dunia Kedua banyak berlaku perubahan di kedua-dua buah negar. Isi Ciri-ciri pentadbiran di Negera Jepun (10 markah) • Negara Jepun menjadi negara demokrasi selepas Perang Dunia Kedua. • Diletak di bawah kuasa Amerika Syarikat pimpinan Jen. D.Mac Athur. • Mac Athur mahu membubarkan empayar, membentuk demokrasi dan membangunkan semula ekonomi Jepun. • Meminda Perlembagaan Meiji. • Perlembagaan baru berfungsi pada 3 Mei 1947 yang mengandungi dua dewan/ Deit. Anggota dewan dilantik oleh rakyat selama 4 tahun. • Kedua-dua dewan berkuasa dalam semua hal. • Kuasa pemerintahan ditangan rakyat dan pilihanraya melantik anggota dewan empat tahun sekali. • Maharaja hanya menjadi simbol ketua negara dan perpaduan rakyat. • Perdana Menteri dan kabinet bertanggung jawab kepada Diet. PM dipilih oleh Diet. • Diet berkuasa ke atas belanjawan negara. • Kehakiman bebas. Mahkamah Agung berkuasa bagi pengambilan sepenuhnya. • Perlembagaan baru memberi Hak Asasi, kebebasan berfikir, suara, agama kepada rakyat. • Persamaan dalam pendidikan,pekerjaan kesatuan dll. • Jepun tidak dibenarkan menyertai peperangan. • Kebebasan menubuhkan parti-parti politik. • Pilihanraya pertama pada 25 April 1947 yang membentuk kerajaan campuran. • Perkembangan parti-parti politik dan organisasi politik selaras dengan proses demokrasi di Jepun. Isi Ciri-ciri pentadbiran di Negara Jepun (10 markah) • Negara India mencapai kemerdekaan pada Oktober 1947. Selepas itu India menjadi negara Republik Demokrasi Persekutuan terbesar di dunia. • Pemerintahan India terbahagi kepada tiga badan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman. • Presiden mejadi Ketua Negara dan kuasa dijalankan oleh PM sebagai ketua kerajaan. • Presiden dipilih oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri • Tiga unit penting dalam perundangan iaitu Presiden, Rajya Sabha/Dewan Negeri dan Lok Sabha/Dewan Rakyat.

89 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

• • • • • • •

smkbm

Dewan Negeri mempunyai 250 anggota yang dipilih oleh Perundangan Negeri untuk jangkamasa 6 tahun. Dewan Rakyat mempunyai 500 anggota yang dipilih dalam pilihanraya dalam tempuh 6 tahun setiap penggal. Kesatuan India dibahagi kepada beberapa negeri. Kerajaan pusat berkuasa mengatur sempadan negeri dan mengorganisasikan negeri. Setiap negeri diketuai oleh Gabenor yang dilantik oleh Presiden untuk tempuh 5 tahun. Sepuluh negeri mempunyai dua dewan, iaitu Dewan Perundangan dan Perhimpunan Kebangsaan. Negeri lain hanya mempunyai satu dewan. Setiap negeri dibahagi kepada daerah-daerah kecil, dan taluk atau tehsil yang diketuai oleh pemungut cukai dan mejistret bagi mengekalkan keamanan dan peraturan.

Penutup • Campur tangan Amerika di Jepun mewujudkan demokrasi dan negara maju. Di Jepun, Amerika menjadi model pemerintahan membentuk kerajaan demokrasi. • Kemerdekaan daripada British telah memberi peluang kepada India menjadi negara demokrasi dan memiliki sistem pentadbiran yang teratur berdasarkan model demokrasi British.

3. Mengapakah wujudnya ketidakstabilan politik di Indonesia dan Pakistan selepas merdeka?. Pengenalan • Selepas mencapai kemerdekaan, Indonesia dan Pakistan menghadapi masalah besar atau isu-isu kemerdekaan seperti agama, bangsa dan pembangunan ekonomi. • Pertentangan ideologi di Indonesia dan pakistan menyebabkan masalah politik berlaku. • Ketiadaan pemimpin yang berwibawa turut menyebabkan permasalahan politik wujud. Isi-Ketidakstabilan politik di Indonesia(10 markah). • 27 Disember 1947 Indonesia mencapai kemerdekaan. • Sukarno menjadi Presiden dan Muhammad Hatta mendjadi Naib Presiden. • Sistem demokrasi membolehkan penubuhan banyak parti pilitik seperti Masjumi, PNI. • Masjumi mempunyai pengaruh yang besar di Kalangan umat Islam dan mahu Indonesia menjadi Negara Islam dan menentang kerjasama dengan pihak barat. • PNI mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat, menimbang kerjasama dengan komunis, anti barat dan menentang sikap sederhana Parti Sosialis pimpinan Sjahrir. • Kabinet pertama –daripada Masjumi pimpinan Mohammed Nasir mendapat tentangan dari PNI dan ahli birokrat Jawa. • Kabinet kedua-Kabinet Dr. Sukiman mendapat sokongan Masjumi dan mempunyai hubungan rapat dengan Presiden Sukarno dan orang jawa meletak jawatan kerana tindakan Menteri Luarnya menyimpang daripada polisi tidak berkecuali. • Kabinet ketiga-Kabinet Wilopo daripada PNI terpaksa dibubarkan akibat cubaan mengurangkan pengaruh angkatan tentera Indonesia dalam politik. • Kabinet Keempat- mendapat keempat-Kabinet Ali Sastroamidjojo mendapat sokongan Presiden Sukarno dan pihak komunis tumbang akibat rasuah dan tidak cekap. • Kabinet kelima-Kabinet Burhanuddin Harahap mendapat sokongan Masjumi dan Nadhatuln Ulama tewas dalam pilihanraya 1955. • Kabinet keenam-Kembali kepada Kabinet Ali Sastroamidjojo. Kebangkitan semula Sukarno dalam politik. Kritikan beliau melemahkan Kabinet Ali dan terpaksa menyerahkan kuasa kepada Presiden Sukarno.

90 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

• • • •

smkbm

Presiden Sukarno memperkenalkan prinsip demokrasi terpimpin. Memerintah dengan bantuan majlis Penasihat nasional dan semua parti politik termasuk Parti Komunis. Namun banyak menghadapi masalah. Pada 27 Mac 1960 Presiden Sukarno mengambilalih jawatan PM dan gantikan Parlimen kepada Parlimen saling kerjasama yang mengandungi 130 ahli politik dan 131 daripada angkatan tentera dan lain-lain. Pada 17 Ogos 1960, Presiden mengarahkan Parti Masjumi dan parti Sosialis dibubarkann kerana dikatakan tidak setia. September 1960, semua aktiviti parti diharamkan dan awal 1961 notis kebenaran perlu dipati terlebih dahulu untuk menjalankan aktiviti parti.

Isi-Ketidakstabilan Pakistan (10 markah) Permasalahan pada zaman pemerintahan Khawaja Nazimuddin; • Isu Kashmir. • Perlembagaan yang masih gagal dibentuk. • Kekacauan di Punjab pada tahun 1953. • Masalah ekonomi pada tahun 1952. Masalah Di Zaman Mohammad Ali Jinnah. • Menukar dasar luar Pakistan berpakat kepada blok barat. • Krisis Pakistan Barat dan Pakistan Timur membentuk Bangladesh. • Antara isu-isu yang mencetuskan krisis tersebut iala; -Bahasa -Perwakilan -Pembahagian kekayaan • Pertelingkahan antara parti-parti politik. • Kerajaan baru pakistan timur dibentuk hasil pilihanraya 1954 diketuai oleh A.K Fazlul Huq. • Barisan Bersatu berpecah. Kekacauan dan penubuhan Pakistan Timur, Dewan Perundangan Pakistan Timur digantung. • Berlaku perubahan pentadbiran dan Perlembagaan di Pakistan-Republik Islam pakistan Akibat Masalah Politik • Tiada parti politik yang berjaya mendominasi kerajaan. • Muncul baru, Parti Azad di pakistan barat. • Parti Azad Pakistan berganging dengan parti radikal iaitu parti Nawawi nasional. • Parti Komunis diharamkan dan bergerak dibawah tanah. • Pada tahun 1956 muncul Parti Republik di Pakistan barat pimpinan dari Liga Islam. • Muncul juga beberapa parti Islam seperti Jami’at i-Islami, Majlis-i-Ahrar dan Jami’at-Ulama-iPakistan. • Ketiadaan pemimpin yang berwibawa menyebabkan pihak tentera merampas kuasa pada 1958. Semua parti politik digantung. • Pada 8 jun 1962 perhimpunan kebangsaan diadakan meluluskan undang-undang pembentukan parti politik dan mengharamkan parti politik yang mengamcam negara. Kesimpulan • Masalah politik di Indonesia dapat diselesaikan dengan pengambialihan kuasa oleh Presiden Sukarno namun di Pakistan ,kewujudannya masih gagal untuk menyelesaikan masalah isu politik dan perebutan kuasa.

91 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

4. Analisa kesan-kesan pendudukan Amerika di Negara Jepun antara tahun 1945-1952. Pengenalan • Jepun tewas dalam PD II • Amerika Syarikat menduduki Jepun pada tahun 1945-1952. • Pendudukan Amerika Syarikat di Jepun di bawah kuasa Majlis Tertinggi Kuasa-kuasa Berikat(MTKB/SCAP). Isi-Kesan-kesan pendudukan (20 markah). • Membubarkan angkatan tentera Jepun supaya Jepun tidak mengancam dunia. Antara langkah lain MTKB menutup kilang-kilang membuat senjata, membubarkan angkatan tentera laut dan darat Jepun. • Menyusun pentadbiran Negara Jepundengan menyingkirkan lebih 200 ribu orang pegawai tentera Jepun, kerajaan dan pemimpin perniagaan yang terlibat dalam PD II. • Pengenalan perlembagaan baru Jepun yang bersifat demokratik membawa unsur-unsur demokrasi di Jepun. • Perlembagaan Meiji dihapuskan dan digantikan dengan Perlembagaan 1947 yang di antara ciricirinya; -Diet/Parlimen sebagai kuasa tertinggi negara dan pembuat undang-undang. -Maharaja menjadi lambang negara dan perpaduan rakyat. -Kabinet dibentuk untuk bertanggungjawab kepada Dewan Rakyat. -Diet mengawal kewangan, MTKB menjadi terlalu berkuasa •

Jepun muncul sebagai kuasa ekonomi baru terutama selepas Perang Korea. • Akta Pembaharuan tanah 1946 diperkenalkan bertujuan menambah pemilikan tanah di kalangan petani • MKTB telah memansuhkan sistem ekonomi yang dimonopoli oleh Zaibatsu. • Harta-harta mereka dibekukan. • Suruhanjaya Pembubaran Syarikat Induk ditubuhkan untuk mengambilalih Zaibatsu sebelum sahamnya dijualn kepada orang ramai. • MTKB mengadakan undang-undang anti monopoli yang bertujuan mengelakkanberlaku penyatuan semual saudagar-saudagar dan golongan peniaga. • MTKB menggalakkan penubuhan Kesatuan Sekerja pada tahun 1945. Kesatuan ini akhirnya diresapi faham komunis menyebabkan MTKB menukar • kepada pertubuhan buruh pada tahun 1949 dan 1950 yang melarang golongan komunis memegang sebarang jawatan dalam kesatuan buruh

• •

Sistem pendudukan Jepun disusun semula berdasarkan sistem pendidikan Amerika Syarikat. Semua pelajaran yang berbentuk ketenteraan telah diberi pendedahan kepada sains sosial yang lebih sihat. Peluang unk melanjutkan pelajaran diperingkat tinggi dengan penubuhan beberapa buah universiti.



Penutup • Pendudukan Amerika di Jepun membawa banyak perubahan dari segi ekonomi, politik dan sosial. • Jepun berubah dari kuasa tentera yang digeruni menjadi kuasa ekonomi yang disegani dalam jangka masa panjang.

5. Huraikan perkembangan sosioekonomi yang dijalankan oleh China dan Jepun selepas Perang Dunia Kedua.

92 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

Pendahuluan • Selepas PD II China dan Jepun telah melaksanakan beberapa program sosioekonomi dalam negara. • Program ekonomi di China bertumpu dalam bidang pertanian, perushaan dan sistem kewangan. • Program sosial Di China dalam bidang insfratuktur, pendidikan dan cara hidup. • Program di Jepun bertumpu dalam bidang ekonimi dan pendidikan. Isi (10 Markah).- Sosioekonomi China • Rancangan 5 tahun pertama. • Tumpuan 56% kepada perushaan perkilangan, 18% pengangkutandan 10% pertanian. • Undang-undang pembaharuan pertanian untuk tingkatkan hasil dan mengelakkan penindasan petani miskin. Petani digalak bergabung dalam syarikat kerjasama. • Menumpukan peranan pemodal persendirian yang dikawal oleh kerajaan. • Tumpuan yang lebih kepada perushaan menyebabkan keluaran pertanian merosot 30%. • Minta bantuan kewangan dan teknikal dari Soviet Union dalam bidang pertanian. • Pembukaan Zon Industri Berat di Manchuria dan Industri Ringan di Shanghai. • Penggunaan teknologi moden dalam bidang industri. • Penggubalan semula sistem kewangan untuk mengimbang pelanjaraan negara. • Cukai baru dikenakan seperti cukai tanah dan perniagaan. • Menghakmilik negara sistem bank. • Peraturan ketat sistem kewangan dapat mengurangkan inflasi pada tahun 1950. • Sistem perhubungaban moden diperkenalkan seperti jalan keretapi dan jalanraya. • Sistem pengiaran untuk pertanian dan projek hidroelekrik. • Sistem pendidikan peringkat asas dan tinggi diperbaiki. • Hak yang sama kepada kaum wanita. • Perkhidmatan awam diperbaiki. Isi (10 markah) Sosioekonomi Jepun. • Undang-undang pembaharuan tanah diperkenalkan untuk menentang sistem tuan tanah. Hasil pertanian ditingkatkan. • Mempelbagaikan bidang pertanian dan penternekan. • Penggunaan jentera moden dan baja kimia untuk tingkatkan hasil pertanian. • Bank-bank memberi modal pinjaman dalam bidang industri. • Meningkatkan sistem pengurusan perdagangan dan perbangkan serta meningkatkan eksport. • Perubahan bidang pendidikan berasaskan cara Amerika Syarikat. • Rancangan pendidikian radio diperkenalkan. Penutup (2 markah) • Rancangan sosiokonomi China dan Jepun telah dapat meningkatkan pengeluaran negara sama dalam bidang pertanian dan perindustrian walaupun pada dasarnya Jepun dan China mempunyai matlamat berbeza sebelum dan selepas perang

6. Bandingkan dasar luar Filipina dengan dasar luar Thailand selepas Perang Dunia Kedua hingga tahun 1963. Pengenalan. • Dasar luar merupakan instrumen sebauh negara berinteraksi dengan negara lain. • Dapat memperlihatkan sikap sesebuah negara sama ada ingin memainkan perana aktif atau pasif dalama dunia.

93 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

• •

smkbm

Memenuhi matlamat dalam perjuangan kepentingan sesebuah negara di luar sempadannya Filipina dan Thailand. Menlain hubungan luar untuk kepentingan politik, ekonomi dan sosial.

Isi (10 markah)-Dasar Luar Filipina • 4 Julai 1946 Republik Filipina mengistiharkan dan Manuel A.Roxas sebagai Presiden pertama. • Ramon Magasasay menjadi Presiden (1953). • Charlos P.Gracia menjadi Presden Ketiga. • Diosdado Macapagal dilantik menjadi Presiden pada November 1961 Isi (10 markah)-Dasar Luar Filipina Tema PBB • Mengambil bahagian dalam perjanjian Gula Antarabngsa dan Perjanjian gandum Antarabangsa. • Menghantar 6000 tentera bersama tentera-tentera lain dalam Perang Korea. • Membantu secara sukarela dalam pelbagai agensi dan bantuan teknikal. • Menerima bantaun teknikal PBB dalam bidang stastik ,pembangunan industri,koperasi,pembangunan tanah dan air, pengeluaran tanaman dan haiwan,perikanan,perhutanan,peralatan saintifik, kesihatan dan sebagainya. Tema Hubungan Serantau • Menandatangani Pakatan SEATO. • Bersama Thailand dan Tanah Melayu membentuk Pertubuhan Asia Tenggara(ASA). • Menyelesaikan masalah bantahan Indonesia dan Filipina membantah penubuhan Malaysia(1963). • Menghantar delegasi menghadiri persidangan Afro-Asia di Bandung 1955. • Menyertai program pertukaran pelajar antarabangsa di Asia Tenggara dan Amerika. • Mengadakan hubungan dagangan dengan negara luar, banyak mengksport barangan asas dan bahan mentah pertanian,perhutanan dan mineral. • Mengimport peralatan mesin, peralatan pengangkutan,tekstil dan kimia, hasil ternakan dan sebagainya. Isi (10). Dasar luar Thailand. Tema PBB • Mejadi anggota PBB pada tahun 1946. • Menyumbang bantuan tentera kepada PBB di Korea. • Bangkok menjadi ibu pejabat pelbagai agensi PBB termasuk SEATO. • Menyediakan pengkalan tentera Udara kepad Amerika yang beroperasi di Indocina. • Putera Wan Waithayakon dipilih menjadi Presiden Perhimpunan Agung PBB ke-11. • Thai menerima bantaun kewangan dalam projek pertanian,perindustrian dan kesihatan melalui Rancangan Colombo. Tema Serantau. • Menjadi rakan kongsi dalam pembangunan Lembah Mekong Hilir bersama jirannya Kemboja, Laos dan Veitnam. • Penggulingan Kerajaan Laos pada tahun 1960. • Perang saudara antara Vietnam Utara dan Selatan mengancam Thailand. • Bersama Filipina dan Tanah Melayu membentuk Pertubuhan Asia Tenggara(ASA). Tema Hubungan Dengan Negara Lain • Hubungan baik dengan Amerika seperti menerima

94 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

• • •

smkbm

Menghantar delegasi menghadiri persidangan Afro-Asia di Bandung 1955. Anggota Majlis Perikanan Indo-Pasifik. Anggota Suruhanjaya Beras,Getah, Timah Antarabanga.

Penutup (2 markah). • Filipina dan Thailand menggunakan pelbagai pendekatan dalam hubungannya dengan negara luar untuk kepentingan bersama sama ada di peringkat dunia, serantau dan antarabangsa bagi menjamin kepentingan politik, ekonomi dan sosialny.

7. Bandingkan dasar luar Filipina dengan dasar luar Thailand selepas Perang Dunia Kedua hingga tahun 1963. Pengenalan. • Dasar luar merupakan instrumen sebauh negara berinteraksi dengan negara lain. • Dapat memperlihatkan sikap sesebuah negara sama ada ingin memainkan perana aktif atau pasif dalama dunia. • Memenuhi matlamat dalam perjuangan kepentingan sesebuah negara di luar sempadannya Filipina dan Thailand. • Menlain hubungan luar untuk kepentingan politik, ekonomi dan sosial. Isi (10 markah)-Dasar Luar Filipina • 4 Julai 1946 Republik Filipina mengistiharkan dan Manuel A.Roxas sebagai Presiden pertama. • Ramon Magasasay menjadi Presiden (1953). • Charlos P.Gracia menjadi Presden Ketiga. • Diosdado Macapagal dilantik menjadi Presiden pada November 1961 Isi (10 markah)-Dasar Luar Filipina Tema PBB • Mengambil bahagian dalam perjanjian Gula Antarabngsa dan Perjanjian gandum Antarabangsa. • Menghantar 6000 tentera bersama tentera-tentera lain dalam Perang Korea. • Membantu secara sukarela dalam pelbagai agensi dan bantuan teknikal. • Menerima bantaun teknikal PBB dalam bidang stastik ,pembangunan industri,koperasi,pembangunan tanah dan air, pengeluaran tanaman dan haiwan,perikanan,perhutanan,peralatan saintifik, kesihatan dan sebagainya. Tema Hubungan Serantau • Menandatangani Pakatan SEATO. • Bersama Thailand dan Tanah Melayu membentuk Pertubuhan Asia Tenggara(ASA). • Menyelesaikan masalah bantahan Indonesia dan Filipina membantah penubuhan Malaysia(1963). • Menghantar delegasi menghadiri persidangan Afro-Asia di Bandung 1955. • Menyertai program pertukaran pelajar antarabangsa di Asia Tenggara dan Amerika. • Mengadakan hubungan dagangan dengan negara luar, banyak mengksport barangan asas dan bahan mentah pertanian,perhutanan dan mineral. • Mengimport peralatan mesin, peralatan pengangkutan,tekstil dan kimia, hasil ternakan dan sebagainya. Isi (10). Dasar luar Thailand. Tema PBB • Mejadi anggota PBB pada tahun 1946.

95 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

• • • • •

smkbm

Menyumbang bantuan tentera kepada PBB di Korea. Bangkok menjadi ibu pejabat pelbagai agensi PBB termasuk SEATO. Menyediakan pengkalan tentera Udara kepad Amerika yang beroperasi di Indocina. Putera Wan Waithayakon dipilih menjadi Presiden Perhimpunan Agung PBB ke-11. Thai menerima bantaun kewangan dalam projek pertanian,perindustrian dan kesihatan melalui Rancangan Colombo.

Tema Serantau. • • • •

Menjadi rakan kongsi dalam pembangunan Lembah Mekong Hilir bersama jirannya Kemboja, Laos dan Veitnam. Penggulingan Kerajaan Laos pada tahun 1960. Perang saudara antara Vietnam Utara dan Selatan mengancam Thailand. Bersama Filipina dan Tanah Melayu membentuk Pertubuhan Asia Tenggara(ASA).

Tema Hubungan Dengan Negara Lain • Hubungan baik dengan Amerika seperti menerima • Menghantar delegasi menghadiri persidangan Afro-Asia di Bandung 1955. • Anggota Majlis Perikanan Indo-Pasifik. • Anggota Suruhanjaya Beras,Getah, Timah Antarabanga. Penutup (2 markah). • Filipina dan Thailand menggunakan pelbagai pendekatan dalam hubungannya dengan negara luar untuk kepentingan bersama sama ada di peringkat dunia, serantau dan antarabangsa bagi menjamin kepentingan politik, ekonomi dan sosialny. 8. Bandingkan usaha yang dijalankan untuk membangunkan keadaan sosioekonomi di Thailand dan Filipina selepas Perang Dunia Kedua. Pengenalan • Kedua-dua negara memajukan bidang perindustrian dan pertanian. • Menyediakan kemudahan insfratuktur untuk penduduk masing-masing. Isi –Sosio Thailand • Usaha membangunkan sosioekonomi Thailand. • Memajukan insfratuktur seperti jalanraya dan jalan keretapi. • Ramai penduduk tinggal di bandar seperti Bangkok dan bandar-bandar satelit yang lain seperti Songkla dan Cheng Mai. • Penduduk Thai terdiri lebih daripada 30 kumpulan etnik yangt berbagai bahasa, agama, rupa dan cara hidup. • Orang Thai terbahagi kepada tiga kumpulan utama; -Orang Siam/Thai di Lembah Tengah dan Semenanjung Thai -Orang Thai Timur(Lao) di bahagian Timur Laut. -Orang Thai Utara tinggal di Utara Thai. -Di samping etnik lain di seperti Cina, India dan Melayu. Isi-Ekonomi Thailand i). Bidang pertanian • Penduduk Thai bergantung kepada aktiviti pertanian terutamanya padi sawah yang banyak di Lembah Menam Chao Praya • Tanaman getah di Selatan Thai. • Tebu dan Jut di Lembah Menam.

96 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

ii). Industri ringan • Aktiviti membuat tekstil, sutera,membuat gula, memproses padi dan kraf tangan untuk keguaan dalam negara. iii). Industri berat • Menghasilkan industri kayu kayan seperti kayu jati. • Industri tembakau, besi keluli, dan kaca. • Kilang penapis minyak yang mampu mengeluarkan 280 ribu tong sehari. iv). Kegiatan ekonomi lain • Menangkap ikan, melombong bijih timah, penghasilan batu permata, membuat garam dan memproses batu kapur. Isi-Sosio Filipina i). Perkembangan penduduk Filipina. • Mingkat di kawasan bandar seperti Manila yang mempunyai 2 juta penduduk. • Golongan etnik utama ialah keturunan Melayu Indonesia yang berkulitv sawo matang. • Penduduk diberi hak kebebasan beragama dan peluang pendidikan yang sama. • Bahasa utama ialah Bahasa Inggeris, Sepanyol dan Tagalog sebagai bahasa rasmi. Isi- ekonomi. i). Pertanian • Pengeluar kelapa dan abaka. • Pada suatu ketika pernah menjadi pengeluar utama beras. • Tanaman lain seperti tebu,tembakau dan nanas. ii). Perindustrian. • Industri ringan pembungkusan, pemasangan dan pemprosesan tertumpu di Manila. • Industri berat seperti besi dan keluli diusahakan IIIligan City di Mindanao. • Kerajaan mengambil langkah mempelbagaikan komoditi dan pasaran. Penutup • Membangunkan bidang pertanian, perindustrian dan perlombongan moden. • Thailand dan Filipina mendapat bantuan luar untuk memajukan sosioekonomi.

9. Sejauhmanakah ideologi komunis mempengaruhi dasar luar Negara China dan Vietnam Utara Pengenalan • Ideologi komunis menjadi dasar sistem pemerintahan kedua-dua negara. • Negara-negara tersebut menjalin hubungan diplomaik dan perdagangan dengan negara komunis dan bukan komunis. Isi- Dasar Luar China(10 markah) • Dasar luar China bertujuan menjaga kepentingan dan keselamatan negara. • Hubungan terebasr China adalah dengan negara komunis seperti Kesatuan Soviet Union (USSR). • China turut mnjalin hubungan dengan negara komunis lain. • China menjalin hubungan perdagangan dan diplomatik.

97 | /smkbm 08

Layh’s

Sejarah 940/2 - STPM

smkbm

Isi-dasr Luar Vietnam Utara(10 markah) • Dasar luar Vietnam Utara bertujuan menjaga kepentingan dan keselamatan negara. • Hubungan terbesar Vietnam Utara adalah dengan negara komunis seperti Kesatuan Soviet Union (USSR) dan Republik rakyat China(RRC) • Vietnam Utara turut menjalin hubungan dengan negara bukan komunis . • Vietnam juga menjalin hubungan perdagangan dan diplomatik, ekomi dan kebudayaan. Penutup • China dan Vietnam Utara mempunyai banyak persamaan dari segi bentuk hubungan luarnya. • Mengutamakan negara yang sama ideologinya. • Dasar luarnya tidak tertutup dengan negara bukan komunis.

Semoga berjaya.........datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan.

98 | /smkbm 08

Layh’s

Related Documents