PENDAHULUAN MENGUSAHAKAN sesebuah buku mengenai ubat-ubatan tradisional Melayu seperti buku Warisan Perubatan Melayu ini, adalah satu usaha yang agak keterlaluan, sekiranya orang yang mengusahakannya itu bukan dari kalangan orang yang benar-benar ahli dan berpengalaman dalam bidang ilmu tersebut. Maksud ini sesungguhnya menepati diri saya sendiri yang memang amat jahil dalam bidang itu, dan sekali-kali tidak boleh dijumlahkan ke dalam golongan mereka yang disebut dukun atau bomoh; jauh sekali daripada yang digelar pawang atau tabib. Walaupun demikian, apa yang menimbulkan minat dan mendorong saya mengusahakan buku ini ialah kerana terdapat sebuah manuskrip lama Jawi tulis tangan berjudul "Ilmu Tabib" yang mengandungi pelbagai ilmu perubatan Melayu cara tradisional milik Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada keseluruhannya manuskrip itu masih dalam keadaan baik, segala hurufnya terang dan mudah dibaca, hanya ejaannya menggunakan ejaan cara lama, yang terpaksa diamati dan dihalusi sungguh-sungguh untuk memahami maksudnya; misalnya “ “ (nyiur-kelapa) dieja " ": “ “ (pada api) dieja " " dan banyak lagi seumpamanya. Memandang kepada bentuk tulisan manuskrip itu yang sungguh cantik dan tersusun kemas, maka tidak syak lagi bahawa orang yang menulis atau penyalinnya itu, ialah seorang yang benarbenar pakar dalam tulisan Jawi dan Arab. Bagaimanapun, manuskrip ini tidak juga terkecuali daripada vii
mengandungi kelemahan-kelemahan seperti yang lazim terdapat di kebanyakan bahan-bahan persuratan lama Melayu, iaitu selain dari tiada mempunyai tanda-tanda baca, perenggan dan lain-lain lagi, banyak pula terdapat kesilapan, seperti salah ejaan, tertinggal perkataan, atau ayat berulang dan sebagainya. Segala kesilapan ini dibiarkan begitu sahaja, tidak dipotong atau diperbetulkan; mungkin kerana penyalinnya tidak mahu naskhah yang disalinnya itu menjadi comot, berserabut atau sebagainya, sehingga keadaan demikian boleh menyebabkan kurang nilai naskhah salinannya itu. Pada halaman di penghujung manuskrip itu tertulis demikian:
"Telah selesailah hamba, fakir ilallahu taala, iaitu Muhammad Salleh ibni Ahmad Penambang, menyalin akan surat tib ubat ini, dalam negeri Kelantan, Darul Salam, di dalam Kota Raja, kepada bulan Syawal, tahun kepada Hijrah al Nabi Muhammad Salallahu alaihi wassalam, tarikh Sanah 1288." Sesungguhnya kenyataan penyalin seperti tersebut di atas itulah yang telah menarik perhatian dan menimbulkan minat saya untuk mengusahakan buku ini; terutama kerana memandang kepada tarikh beliau selesai menyalinnya, iaitu sudah melebihi seratus tahun. Dalam pada itu, tidaklah diketahui kali yang keberapakah, "Surat Tib Ubat" ini disalin atau diturunkan, dan sejak dari zaman bilakah berjalannya viii
usaha mengumpul dan menuliskan segala jenis dan petua mengenai perubatan yang berkenaan. Seperkara lagi yang menarik perhatian dan menimbulkan minat saya mengusahakan buku ini, ialah kerana memandang kepada adanya hubungan isi manuskrip ini dengan warisan peninggalan nenek moyang di bidang kebudayaan Melayu, iaitu dari segi perubatan. Di sini perlu juga saya nyatakan bahawa kandungan buku ini bukanlah merupakan salinan menyeluruh dari manuskrip tersebut. Banyak bab-bab yang difikirkan tidak begitu penting, misalnya bab mengenai penyakit ketumbuhan yang memenuhi berpuluh-puluh halaman, dan beberapa mantera dari kepercayaan agama Hindu yang tebal kehinduannya dan menyalahi ajaran agama Islam, terpaksa ditinggalkan. Memanglah ada juga diturunkan di dalam buku ini beberapa mantera yang mengandungi sebutan "Betara Guru" dan sebagainya, begitu juga ada serapah-serapah dalam bahasa Siam dan Pegu (Burma), ini hanyalah sebagai contoh untuk memahami betapa cara dan pegangan para dukun dan bomoh Melayu pada zaman dahulu dalam menjalankan tugas mereka. Setengah-setengah orang mungkin tersenyum, jika tidak pun mencemik atau mencemuh, bila membaca setengah-setengah bahagian ubatan yang terkandung di dalam buku ini; tetapi walau betapa jua anggapan dan pandangan orang, demikianlah keadaannya cara pengubatan yang diamalkan oleh nenek moyang orang Melayu pada zaman dahulu. Bahkan tidak boleh dinafikan bahawa cara pengubatan ini masih diamalkan hingga ke hari ini, terutama di kampung-kampung. Dalarn hal jini ingin saya memberi sedikit pandangan dari sudut tinjauan seorang biasa, yakni seorang yang bukan ahli dalam bidang ilmu perubatan, dukun, bomoh, pawang atau sebagainya, dengan tujuan supaya sekurang-kurangnya kita dan generasi Melayu yang kemudian kelak, mengenal satu aspek dari kebudayaan Melayu, iaitu di bidang perubatan. Tidak syak lagi bahawa sejak dari zaman berzaman, kalangan penduduk asli di Kepulauan Melayu ini, tidak juga tersisih atau terkecuali daripada mengidap atau diganggui oleh berbagai jenis penyakit. Apabila ada penyakit, maka sudah menjadi kelaziman bagi manusia mencari berbagai ikhtiar, mengusahakan ubat untuk menyembuhkan penyakit ix
itu. Demikianlah yang berlaku sejak zaman silam, sejak mereka belum mengenal agama - animisme kemudian memasuki zaman kedatangan agama Hindu-Buddha dan seterusnya zaman penerimaan agama Islam.
Alam Ghaib Mengenai alam ghaib, dapat diduga bahawa pada zaman masyarakat Melayu masih belum mengenal agama, mereka amat kuat mempercayai hantu, jembalang, polong, pelesit dan mempercayai bahawa segala sesuatu itu ada mempunyai semangat, penunggu, puaka dan sebagainya. Maka dari pegangan kepercayaan demikianlah bermulanya jampi serapah untuk mengubat sesuatu penyakit yang dianggap ada kaitannya dengan makhluk ghaib itu. Dengan kedatangan agama Hindu-Buddha ke alam Melayu ini, maka pengaruh agama tersebut ketika itu telah meresap masuk ke segenap bidang kebudayaan Melayu, tidak terkecuali ke dalam bidang perubatan, khususnya yang berhubungan dengan jampi serapah dan "mantera" Apa yang disebut "mantera" itu, tentunya disesuaikan dengan kepercayaan Hindu, iaitu dengan memasukkan unsur-unsur dewa dewi, Betara Guru dan sebagainya. Seterusnya apabila masyarakat Melayu menerima dan menganut agama Islam, maka untuk menambah mujarab dan berkesan lagi jampi serapah dan setengah-setengah mantera yang terus digunakan itu, lazimnya dimulai dengan lafaz: "Bismillahir Rahmanir Rahim," dan diakhiri dengan lafaz: "Dengan berkat kalimah Lailaha illallah, Muhammadar-Rasulullah." Di antara jampi-jampi itu ada juga yang berbentuk doa, petikan dari ayat-ayat suci Al-Quran, dari hadis Nabi. Begitu juga kebanyakan jampi-jampi itu tidak ketinggalan daripada memohon makbul dari Allah subhanahu wa taala; memohon syafaat dari Nabi Muhammad dan rasul-rasul yang mursalin, dari Malaikat Jibril; memohon berkat dari sahabat yang rasyidin, dan aulia-aulia seperti RijalaI Ghaib, Lukmanul Hakim dan lain-lain. Hikmat jampi dan doa adalah mengambil peranan besar, bukan sahaja dalam bidang pengubatan, bahkan juga sebagai sesuatu yang diyakini akan menambah mustajab dan lebih x
mendatangkan kesan dalam menghasilkan segala sesuatu yang ada di dalam niat atau yang dihajati oleh seseorang. Di samping itu harus juga difahami bahawa dalam bidang ilmu perubatan, dapat diduga sebenarnya ilmu ketabiban bukanlah satu perkara baru dikenali oleh orang Melayu; bahkan mereka telah mengenalinya sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ini terbukti dalam satu peristiwa yang berlaku tatkala angkatan perang Peringgi melanggar Melaka dalam tahun 1511. Dalam peristiwa itu satu pertempuran berapat-rapat telah berlaku di antara para kesatria Melaka dengan askar-askar Peringgi.· Mengenai peristiwa tersebut, buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) ada meriwayatkan demikian: "Maka tengah tiga puluh hulubalang Melaka yang pilihan mati; Seri Udani pun luka ari-arinya kena tombak Peringgi. Maka gajah pun diderumkan. Seri Udani pun diusung oranglah dibawa kembali ke rumahnya; maka disuruh oleh Sultan Ahmad lihat pada tabib; diduga oleh tabib dengan ekor sirih, kata tabib, "IsnyaAllah taala tiada mengapa, dapat diubat; jikalau sekerat beras juga lagi masuknya, nescaya Seri Udani mati"1 Mungkin juga kerana belum sampai ajalnya dari sebab kecederaan itu, dan dengan izin Allah jua, kerana mujarab ubatan yang diberikan oleh tabib itu, maka Temenggung Seri Udani telah sembuh, pulih seperti sediakala. Beliau berdaya semula meneruskan khidmat bakti sebagai seorang kesatria sejati, demi mempertahankan maruah bangsanya. Bagaimanapun, kesudahannya dalam peristiwa mempertahankan Kota Kara, tatkala Peringgi melanggar Bintan, Temenggung Seri Udani telah syahid kena bedil pengatu Peringgi.2
Alam Haiwani Penggunaan beberapa jenis haiwan kecil-kecil, dan sesuatu bahagian tertentu yang diambil dari anggota haiwan jenis besar, dijadikan bahan ramuan ubat untuk mengubat penyakit-penyakit tertentu, bukanlah satu perkara luar biasa di bidang perubatan tradisional orang Melayu. Ini dapat diper_______________ l
A Samad Ahmad (Penyelenggara) Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm, 245. 2 Ibid - riwayat sepenuhnya sila lihat hlm, 262 - 264. xi
hatikan dari beberapa jenis ubatan yang tersebut dalam buku ini. Bahan-bahan yang digunakan dari binatang-binatang besar ialah hempedu harimau, hempedu sawa, gading gajah, bahkan tahi gajah; geraham dan sumbu badak, tanduk rusa, kerbau dan lembu; hinggalah kepada binatang-binatang kecil seperti hempedu kambing, hempedu, duri dan lemak landak, lemak pelanduk, mempedal ayam; dan seterusnya tulang sotong, sepit ketam, katak puru, lintah, belut, cacing dan sebagainya. Tatkala menyebut cacing sebagai salah satu bahan yang digunakan dalam bidang perubatan tradisional Melayu, maka perhatian saya tertarik kepada berita-berita yang tersiar dalam akhbarakhbar tempatan baru-baru ini. Berita tersebut ialah mengenai khasiat cacing menurut pendapat pakar-pakar haiwan dan sains di negara-negara yang lebih maju di bidang itu, seperti di Australia, Amerika, England dan lain-lain lagi. Satu di antara berita itu ialah seperti berikut: Menurut kajian pakar haiwan di sebuah universiti Adelaide, Dr. ] ohn. K. Sabine, zat protein yang terkandung di dalam tubuh cacing tanah, baik untuk pertumbuhan manusia dan haiwan. Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Sains Dethnews yang disiarkan oleh sebuah harian Singapura, beliau berkata "cacing tanah yang dikeringkan boleh menghasilkan 70 peratus bekalan zat protein mentah” Laporan itu juga menyebut, ini menunjukkan kandungan protein dari cacing lebih banyak dari yang terkandung pada ikan dan kacang soya. Ini dibanding dengan ikan cuma mengandungi 65 peratus, kacang soya 45 peratus, dan daging 50 peratus sahaja.”3 Sementara itu satu siaran lain yang lebih lanjut pula mengatakan: “Pakar-pakar sains mendapati, selepas memakan tanah dan sampah sarap, badan cacing mengandungi hingga 72 peratus protein bermutu tinggi.” Cacing yang dicincang dan dijadikan makanan babi, ayam _______________ 3
Lihat Utusan Malaysia, 27 April 1981, hlm. l xii
dan ikan membekalkan segala protein yang diperlukan oleh binatang ternakan. Pusat Penyelidikan Rothamsted, Kementerian Pertanian di Hentfordshire, Britain, sedang menguji cara-cara memproses cacing sebagai makanan manusia. Di Amerika, sebuah syarikat telah memulakan kempen untuk menggalakkan orang ramai makan cacing dengan menerangkan faedah-faedahnya kepada kesihatan. Syarikat ladang Bait Amerika Utara di California mengadakan peraduan memasak dan mengenakan syarat semua resipi mesti mengandungi cacing ... " 4 Menyentuh perkara mengenai khasiat dari zat protein yang ada pada cacing ini, maka terlintas pada fikiran saya akan kemungkinan bahawa kepada orang Melayu, ini bukanlah satu perkara baru; bahkan mereka sudah mengetahuinya sejak beberapa abad yang lalu. Hal ini dapat dirujuk kepada kisah Merah Silu (Sultan Maliku-s Salleh, raja Pasai yang pertama dan yang mula-mula menganut agama Islam) dalam peristiwa mengenai gelang-gelang (cacing tanah). Kisah itu seperti tersebut dalam Sulalatus Salatin adalah seperti berikut: "Diceritakan oleh yang empunya ceritera, ada Merah dua bersaudara, diam hampir pasangan. Adapun akan asal Merah itu dari Gunung Sengkuang; yang tua Merah Caga namanya, dan yang muda Merah Silu namanya. Maka adalah Merah Silu itu menahan lukah kerjanya, kena gelang-gelang, maka dibuangkannya. Ditahannya pula lukahnya, kena pula gelang-gelang itu. Setelah beberapa ditahannya lukahnya itu demikian juga; maka gelang-gelang itu menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Maka oleh Merah Silu ditahannya pula lukahnya, kena gelang-gelang itu direbusnya, jadi emas seperti dahulu itu juga; maka banyaklah Merah Silu beroleh emas. Maka terdengarlah kepada Merah Caga bahawa adindanya; Merah Silu santap gelang-gelang, maka Merah Caga pun marahkan adindanya itu, hendak dibunuhnya. Setelah terdengar kepada Merah Silu kekanda baginda hendak membunuhnya, maka Merah Silu pun lari ke Rimba Jurun ... " 5 Dari kisah ini mungkin menimbulkan beberapa persoalan antaranya: untuk apa gelang-gelang itu direbus, mengapa tidak dibuangkan sahaja? Tidak mungkinkah gelang-gelang menjadi emas dan buihnya menjadi perak itu merupakan se_______________ 4 5
Lihat Berita Harian, 8 September 1981, hlm, 11 Lihat Sulalatus Salatin, hlm, 52 xiii
bagai simbolik, yang melambangkan begitu sekali tinggi nilai khasiatnya? Apabila Merah Caga dapat tahu Merah Silu, santap gelang-gelang dan hendak membunuh adindanya itu, mengapa Merah Silu melarikan diri, jika sebenar dia tiada berbuat demikian? Bagaimanapun, perkara mahu atau tidak mahu seseorang itu makan gelang-gelang atau cacing tanah itu, untuk "menikmati" khasiat proteinnya yang bermutu tinggi itu, terserahlah kepada tekaknya, sama ada berasa geli, getik, jijik atau tidak menelannya. Seperti yang telah terdahulu dinyatakan, bahawa cacing adalah juga menj adi bahan di bidang perubatan tradisional Melayu, untuk mengubat sesuatu penyakit tertentu. Dalam buku ini, terdapat sekurang-kurangnya empat jenis penyakit yang menggunakan cacing sebagi ubatnya. 6 Perkara yang lebih menarik perhatian, bukan sekadar cacing, bahkan apa yang disebut "tahi cacing" (gumpalan kecil tanah lembut yang keluar dari lubang-lubang cacing) itu juga menjadi bahan ubatan, khususnya bagi mengubat penyakit batuk darah dan barah dalam perut. Menurut seorang dukun yang terkenal dan berpengalaman, "tahi cacing" dicampur dengan air kelapa muda, ialah ubat untuk penyakit batuk darah, sementara untuk ubat barah dalam perut, ialah 20 ketul "tahi cacing" dicampur dengan air sebiji kelapa muda. Untuk ubat kayap pula, sapukan "tahi cacing" dicampur dengan santan kelapa. Dalam pada itu, setengah-setengah dukun atau bomoh tidak mahu menyebut nama sesuatu benda yang dijadikan bahan ubatan itu dengan nama yang membawa erti cemar atau najis. Mereka lalu menukarkannya kepada nama yang lebih menasabah dan mulia; misalnya sejenis tumbuhan yang digunakan sebagai bahan dalam berbagai jenis ubatan tradisional Melayu, seperti tumbuhan yang dikenali sebagai "rumput tahi babi", ditukar namanya kepada "daun Lukmanul Hakim". Demikian jugalah, benda yang dikenali denama "tahi cacing" itu, disebut "hati tanah". Ini mungkin supaya, tidak berasa jijik tekak orang yang hendak menelannya. _______________ 6
Lihat hal. 50;91; 133; 144.
xiv
Alam Tumbuhan Tidak syak lagi bahawa tumbuh-tumbuhan adalah merupakan rahmat anugerah Allah subhanahu wa taala yang tiada ternilai kepada manusia; bukan sahaja sebagai bahan makanan seharihari, bahkan untuk kegunaan berbagai bidang penghidupan mereka, termasuklah bidang perubatan, menyembuh dan membasmi berbagai jenis penyakit. Sejak dari zaman purba, manusia primitif yang hidup di sesuatu bahagian muka bumi ini, mungkin sudah dapat mengenali segala jenis tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan kediaman mereka, dan sudah dapat mempasti dan membezakan di antara tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan, dengan tumbuh-tumbuhan yang mengandungi racun yang boleh memudaratkan. Bukan sekadar itu sahaja, mereka juga memerhati dan mengambil tahu akan jenis tumbuhtumbuhan yang lazim dimakan oleh binatang-binatang peliharaan seperti kucing, terutama apabila kelihatan binatang-binatang itu tidak sihat, maka mereka dapat pula pengetahuan mengenali jenis tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat; lalu disesuaikan dengan pengalaman mereka sendiri untuk dijadikan bahan-bahan perubatan. Demikianlah, manusia sejak zaman berzaman sudah mempunyai kesanggupan mengubat, menyembuhkan berbagai penyakit, dengan menggunakan bahan-bahan dari tumbuh-tumbuhan. Khasiat beberapa jenis tumbuh-tumbuhan tertentu, yang pada mulanya hanya diketahui oleh kaum peribumi setempat itu, rupa-rupanya telah membawa rahmat kepada umat manusia di serata dunia, sama ada untuk menyembuhkan penyakit tertentu, ataupun digunakan dalam sesuatu bidang perubatan. Misalnya, pokok cinchona, yang berasal dari Peru itu, setelah diproses oleh pakar-pakar perubatan moden, telah menghasilkan quinine, ubat mujarab untuk menyembuhkan penyakit malaria. Daun-daun dari pokok yang dalam istilah tumbuh-tumbuhan dinamakan Erythroxylan coca banyak terdapat di Peru dan Bolivia - setelah diproses menghasilkan cocaine, ubat pelali atau bius. Sementara apiun yang diproses dari bunga poppy, menjadi bahan ubatan untuk mengubat beberapa jenis penyakit; dan tidak terkecuali digunakan dalam perubatan tradisional Melayu. Selain dari xv
yang tersebut itu, tentunya ahli-ahli ilmu perubatan dapat menyenaraikan beberapa banyak lagi bahan perubatan moden yang berasal dan diproses dari tumbuh-tumbuhan. Menyentuh perkara tumbuh-tumbuhan sebagai bahan ubat-ubatan ini, maka Kepulauan Melayu ini bolehlah disifatkan sebagai sebuah gedung ubat yang amat besar. Segenap hutan belukar, bukit bukau, lembah paya, sawah padang, kampung dusun, bahkan di kawasan kediaman sendiri, terdapat tumbuh-tumbuhan berbagai jenisnya. Oleh yang demikian, seperti juga peribumi bahagianbahagian lain di muka bumi ini, orang Melayu sudah juga mengetahui sejak zaman berzaman akan khasiat tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan kediaman mereka. Maka dari pengetahuan inilah terbitnya gelaran-gelaran dukun, bomoh, pawang dan sebagainya. Sebelum orang Melayu mengenali ubat-ubatan dari luar, kepada mereka inilah diharapkan pertolongan dalam hal sakit pening. Jika dalam pengertian alam ghaib para dukun, bomoh dan pawang Melayu mengenal nama RijalaI Ghaib, Lukmanul Hakim dan lain-lain, maka dalam alam tumbuh-tumbuhan pula, mereka mengenal nama Malim Karimun. Dengan kemasukan berbagai jenis perubatan dari luar itu, telah membawa akibat yang mendukacitakan. Orang Melayu boleh dikatakan hampir-hampir sudah melupakan khidmat dukun dan bomoh. Mereka sudah tidak lagi mengetahui khasiat dari sesuatu jenis tumbuh-tumbuhan itu, bahkan rupa dan namanya pun sudah tidak dikenali lagi; kalaupun ada yang mengenal dan tahu akan khasiatnya, hanyalah para dukun, bomoh dan segelintir orang tua-tua di kampung-kampung. Satu perkara yang sungguh mendukacitakan lagi mengenai perubatan tradisional Melayu, ialah mengenai pengetahuan yang ada pada dukun dan bomoh itu sendiri. Pengetahuan mereka itu ternyata tidak diusahakan untuk memaju dan memperkembangkannya. Tambahan pula, jarang sekali dituliskan; kalau adapun, hanya diturunkan secara lisan kepada anak cucunya atau kepada seseorang yang dianggapnya sebagai murid. Maka itu apabila mati seseorang dukun atau bomoh itu, manamana bahagian ubatan dalam pengetahuannya yang belum sempat diturunkan, berkuburlah sekali berxvi
samanya. Akibat dari hal yang sedemikian itu, maka pengetahuan mengenai perubatan tradisional Melayu itu dari semasa ke semasa kain merosot, sehingga menimbulkan gejalagejala akan menuju kepada kepupusannya. Bagaimanapun syukurlah, baru-baru ini sudah kelihatan tanda-tanda menunjukkan adanya kesedaran di setengah-setengah kalangan orang Melayu, dan sebilangan dari golongan terpelajar Melayu, di antaranya di Universiti Kebangsaan Malaysia, di Universiti Pertanian Malaysia, dan di Muzium Negara, yang menampakkan minat dan menaruh kepercayaan Jan harapan tentang kegunaan tumbuh-tumbuhan sebagai ubat. Berbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang terdapat di Malaysia ini ada mengandungi sesuatu khasiat perubatan tertentu; tetapi sayangnya hingga kini masih boleh dikatakan belum lagi dikaji dan diselidiki bersungguh-sungguh secara ilmiah menurut aliran pengetahuan ilmu kedoktoran moden. Alangkah baik sekiranya golongan terpelajar kita yang berkelayakan di bidang kedoktoran, berusaha bersungguhsungguh menyelidiki secara ilmiah akan nilai-nilai khasiat sesuatu jenis tumbuh-tumbuhan yang banyak digunakan di bidang perubatan tradisional Melayu seperti putarwali atau akar seruntun, rumput tahi babi atau daun Lukmanul Hakim, gandarusa dan lain-lain. Terlebih baik lagi sekiranya dapat dimajukan terus dengan usaha memprosesnya sehingga mencapai kejayaan sejajar dengan pencapaian memproses quinine, cocaine, apiun dan lain-lain yang juga berasal dari tumbuhtumbuhan itu. Di samping itu, maka amatlah baik sekiranya kalangan orang Melayu yang berminat dan menaruh kepercayaan akan kegunaan tumbuh-tumbuhan sebagai ubat itu, berusaha mengumpul secara bertulis, berbagai lagi jenis ubat-ubatan trandisional Melayu yang dipercayai masih banyak terpendam dalam pengetahuan para dukun, bomoh dan pawang di kampung, bahkan di bandarbandar juga. Amatlah berfaedah pula jika segala pengetahuan yang dikumpulkan itu dapat diterbitkan. Dengan demikian akan menepati erti kata bahawa segala pengetahuan yang kita warisi dari nenek moyang itu, dapat pula diwariskan kepada keturunan terkemudian kelak. Buku ini, walaupun sedia disedari dan diakui mengandungi berbagai kekurangan dan kelemahan, tetapi bolehlah
xvii
juga dianggap sebagai satu usaha perintis menuju kepada maksud yang tersebut di atas. Kelemahan dan kekurangan itu, teru tamanya sekali disebabkan kandungan manuskrip asalnya, dalam beberapa hal hanya sesuai dengan fahaman dan pengertian pada zaman ia ditulis atau disalin. Hal ini jelas ternyata dalam perkara mengenai keterangan-keterangan bagi menentukan sukatan banyaknya sesuatu benda yang hendak digunakan sebagai bahan untuk ramuan sesuatu jenis ubat itu. Pada beberapa tempat tiada disebutkan banyaknya, hanya disebut: "ambil ..." sahaja, seolah-olah terserah kepada agakan seseorang itu menentukan. Mengenai sukatan bagi menentukan banyak hanya disebut: sepengapit, sejemput, sebujur tapak tangan, segenggam erat dan sebagainya. Bagi menentukan ukuran panjang disebut: seru as jari, sejengkal telunjuk dan sebagainya. Sementara bagi menentukan sukatan berat pula disebut: sekenderi, sekupang, sepaha, seernas dan sebagainya, yang kini ketentuan beratnya itu sudah tidak diketahui lagi dengan jelas. Sekalipun terdapat berbagai kelemahan seperti tersebut di atas, tetapi hendaklah difahami dan dipertimbang jua, bahawa zaman selesai disalin manuskrip yang digunakan untuk menghasilkan kelahiran buku ini, ialah sudah melampaui jangka masa lebih 100 tahun. Maka pada hakikat inilah terletak keistimewaan nilainya. Akhir kata, dengan mengucap ribuan syukur ke hadrat Allah subhanahu wa taala, dan dengan sepenuh-penuh ikhlas saya menyatakan di sini, bahawa buku ini tidaklah dapat dihasilkan seperti keadaan yang ada ini, melainkan dengan kerjasama beberapa orang rakan saya, terutama sekali para pegawai dan kakitangan yang bertugas di Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka. Seterusnya saya ucapkan terima kasih yang tiada terhingga kepada Tuan Haji Abdul Muin bin Kaji, seorang dukun yang berpengalaman dan terkenal di Batu 13, Ulu Langat, yang telah menerangkan kepada saya beberapa perkara yang saya perlukan. Kepada Dr. Mohamed Omar, Profesor Madya di Universiti Kebangsaan Malaysia, yang sudi menyemak "Glosari" buku ini; dan saya tidak sekali-kali melupai budi Encik Suffian Sahuri bin Haji Sulaiman, kerana meminjamkan buku-buku yang berkenaan, dan umumnya kepada sexviii
kalian budiman yang berkaitan dalam usaha penerbitan buku ini, atas apa jua sumbangan kerjasama yang telah diberikan mereka. Kuala Lumpur Disember 1981
A. Samad Ahmad xix
I MAKRIFAT MENJADI TABIB Pertolongan Rijalal-Ghaib Bismillahir-Rahmanir-Rahim INILAH makrifat yang menjadi tabib akan mengubati segala orang yang sakit, iaitu minta tolong kepada Rijalal-Ghaib.1 Adapun Rijalal Ghaib itu, tiada bercerai daripada empat bersahabat, daripada hidup baginda datang pada masa sekarang ini. Segala wali Allah yang serta mengiringkan jenazah baginda itu tiada terhisabkan, kerana baginda diserahkan Allah akan memerintahkan alam kabir ini. Maka beberapa lagi sabda Nabi Sallallahu alaihi wassalam yang kami simpankan, takut akan panjang kalam; maka kami ambil akan jalan tabib yang akan mengubati segala hamba Allah yang sakit, minta tolong kepada baginda itu dan segala wali Allah yang serta baginda itu, memohon kepada Allah taala dengan berkat baginda sekalian itu. Maka hendaklah kita sembahyang hajat dua rakaat serta salam. Baca Fatihah pada rakaat yang pertama dan Ayat Kursi. Dan pada rakaat yang kedua baca Fatihah dan Qul huwa_______________ l
Sejenis: roh (aulia) yang tersembunyi di dunia (biasanya melahirkan dirinya untuk menolong orang yang ditimpa kezaliman dll) - Kamus Dewan; Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur: 1970 him. 966. 1
Allahu Ahad tiga kali; dan Qul a'uzu bi rabbil-Falaq dan Qul a'uzu bi rabbin-nas dan Salam. Inilah takbirnya:
Sesudah sembahyang itu dibaca doa:
Selesai sudah kita sembahyang itu, maka kita hadapkan muka kita pada baginda itu, maka kita baca salamnya akan baginda itu. Inilah salamnya:
2
Apabila sudah kita membaca salamnya itu, maka baca pula Fatihah dan Qul huwa-Allahu Ahad tiga kali, dan Qul a' uzu bi rabbil-Falaq dan Qul a'uzu bi rabbin-nas. Sudah itu maka baca doanya:
Sesudah itu maka niatlah barang maksud kita kepadanya. Bermula jika menawari air atau lainnya, kita bubuh di hadapan kita mengadap baginda itu dengan hakikat yang putus, maka kita bacalah barang yang ada pada kita daripada isim dan doa, sekalian perintah itu daripada bagindalah, wallahu a'lam. Bahawa mahulah diketahui seharibulan yang pada takwim ahlil jam, maka sempurnalah mengetahuikan langkah baginda itu pada seharibulan , dua haribulan dan tiga haribulan.
Langkah Riajlal-ghaib Bahawa inilah langkahnya iaitu, pada seharibulan di tenggara; pada dua haribulan di barat daya; pada tiga haribulan di utara; pada empat haribulan di barat tepat; pada lima haribulan di barat laut; pada enam haribulan di timur laut; pada tujuh haribulan di selatan; pada sembilan haribulan di tenggara; pada sepuluh haribulan di barat daya; pada sebelas haribulan di selatan; pada dua belas haribulan di barat tepat; pada tiga belas haribulan di barat laut; pada empat 3
belas haribulan di timur tepat; pada lima belas haribulan di utara; pada enam belas haribulan di tenggara; pada tujuh belas haribulan di barat daya; pada delapan belas haribulan di selatan; pada sembilan belas haribulan di barat tepat; pada dua puluh haribulan di barat laut; pada selikur haribulan di timur laut; pada dua likur haribulan di timur tepat; pada tiga likur haribulan di utara; pada empat likur haribulan di tenggara" pada lima likur haribulan di barat daya; pada enam likur haribulan di selatan; pada tujuh likur haribulan di timur tepat; pada delapan likur haribulan di timur laut; pada sembilan likur haribulan di timur tepat; pada tiga puluh haribulan di utara. Wallahu a'lam bissawab.
Sahabat Berempat Fasal ini pula makrifat tabib yang bijaksana, ia diperolehi daripada guru yang memegang Jin Gemala Hikmat, akan mengubat segaIa hamba Allah yang sakit. Bermula ambil batu seribu butir, sebesar hujung kelingking; maka baca doa yang diturunkan di bawah ini, sebutir batu sekali baca, sehingga habis batu itu, seribu kalilah membacanya; tiga kali pada sehari dan tiga kali pada semalam. Sampai tiga hari jangan bercerai, berturut-turut mengamalkannya itu. Kepada cita, kita pohonkan pada Betara Guru, orang empat itu akan jadi sahabat pada kita. Inilah doa yang diamalkan pada siang dan malam, dengan hakikat yang putus: Perbakala perbakeulu, sangkala sangkakeulu, apa apa-apa apa sipertapa, aku anak Betara Guru. Kupinta kepadamu aku ambil akan saudaraku, aku ambil akan sahabatku. Barang kusuruh segera jadi barang kucita segera engkau datang. Doa itu tiga kali baca. Sudah itu, maka baca pula mantera ini yang diamalkan pada batu seribu itu, jangan piwat sekali-kali. Inilah manteranya: "Sidang Fakir; Sidang Pendita; Sidang Arifin, Sidang Urian. Adam bapamu, Hawa ibumu." Inilah nama-nama jin yang dicita dan yang diamalkan, akan j adi sahabat itu. Sudah genap tiga hari, maka ambil dian dan bertih; maka pasang dian itu, kemudian kita taburi dian itu dengan 4
bertih. Maka citalah jin itu serta sebut namanya itu. Maka pandanglah dian itu dengan nazar kita akan orang empat itu. Apakala hitam nyala dian itu, Sidang Fakirlah itu; apabila putih nyalanya dian itu, Sidang Penditalah itu; apabila hijau biru nyalanya dian itu, Sidang Urianlah itu. Janganlah dicita kita hendak melihat dianya dengan mata kita sendiri. Apakala sudah, maka segala batu akan pencita itu, buangkan ke dalam lubuk. Apakala kita hendak berjaga air atau lainnya, maka kita sebutlah nama jin itu, maka kita cita akan orang itu, serta nazarkan adalah ia bersama-sama mendoa air itu dan barang perbuatan kita, hingga kita jadi dalang, dialah jadi wayangnya. Apakala suruh himpunkan jin atau syaitan, atau penyakit yang menyakiti akan orang, hingga sampai ke Bukit Kaf sekalipun, suruh pukat himpunkan kemari, maka nyatakanlah pada nazar, maka jemput bertih, yakni "bertih serkap," supaya jangan ia lari, maka tabur. Kemudian ambil limau purut atau limau nipis, maka hiris kepalanya beri jatuh ke dalam air itu; apabila melentang keduanya, atau tertiarap keduanya, belum lagi habis. Apabila melentang satu, tertiarap satu, mengi syaratkan sudah habis, maka serkaplah supaya jangan ia lari. Sudah itu maka samput2 dengan beras basuh dan beras kunyit, pada nazar kita ketika itu, luluh-Iantaklah jadi debu; maka kita kipal, buangkan penyakit sekalian itu ke Laut Pauh Janggi atau keluar Bukit Kaf, demikianlah pada hakikatnya wallahu a'lam. Sudah itu, selimut pula. Ambil kain hitam panjang lima3 maka tudung orang sakit itu. maka ambil kuali yang sudah di pakai, tudung kepalanya, maka rabun dengan pegawai 4 rumah orang tinggal dan sarang burung yang suak5 hingga tinggal abunya. Kemudian tuangkan ke dalam air yang dibubuh daun kayu jatuh tertiarap. Maka manteralah dengan mantera ini: _______________ 2
melakukan sesuatu dengan kasar lima hasta 4 perkakas 5 tidak jadi 3
5
"Salam alaikum ya saudaraku Jibril, engkau ku ambil akan saudara, wujudmu wujudku, wujudku wujudmu; wujudkulah masuk dalam zatmu yang melipat wujudku dari dunia datang ke akhirat; tutupkan pintu kiambang, pintu selaksa sembilan ratus sembilan puluh sembilan, tertudung, terkancing, terkunci. Tudung Allah, tutup Muhammad, kunci Ali, kunci, Jibril, lipas mas maujud, dengan berkat la ilaha illallah Muhammadar-Rasulullah. Doa dan mentera ini dibaca pada tepung pengalin6 , dan dialinkan pada orang sakit itu:
Sedang perahu besar lagi, di telan ikan raya tujuh tahun tujuh bulan tujuh hari lagi keluar, dengan berkat aoa baginda Yunus. Hunuskan hambamu daripada api neraka, sekalian kuncinya sekalian rantainya terburai, terlengkang; hunuskan hambamu daripada kesakitan; hunuskan hambamu daripada kesakitan sekalian rantainya. Kauhunuskan hambamu daripada keberatan, kauhunuskan hambamu daripada keteguhan sekalian kuncinya, terhunus terlepas sekalian kuncinya. Dahulu Allah, mustajab doa baginda Yunus. Dahulu Allah, dengan berkat Lailaha ilallah Muhammadar-Rasulullah.
Ilmu Betara Guru Fasal ini ialah pemegang segala yang jadi bomoh, hendak mengubat orang sakit atau gila, atau sekalian penyakit daripada jin dan syaitan dan lainnya, "Ilmu Betara Guru" namanya; amat mustajab. Daripada guru diperolehi. Ambil buyung dua tiga biji isi air, dan dian berat tujuh emas, pada sebatang tiga diannya, dan beras tiga heling,7 bubuh dalam bokor. Maka pacak dian itu di dalam beras itu. _______________ 6
Adunan tepung yang diuli dengan telur; digunakan untuk mengeluarkan penyakit di dalam perut dsb. oleh bomoh atau dukun, dengan cara menggelekgelekkannya pada tempat sakit itu. 7 Satu cupak = dua heling. 6
Kemudian asap dengan kemenyan, maka kata dengan kata ini: Wala faruka kafaru wasa ambaru simnu kamarjanum wa aina kejuharu. Kukumu itu seperti Kapung, rambutmu itu seperti ambar gilang-gemilang cahayanya; apa banyak ikan di laut roboh-roboh tiada bertulang, lampung. Sekalian belum jadi; apa jadi; apa jangan dijadikan. Kata-kata itu baca sekali. Lepas itu, baca pula mantera ini tiga kali: "Hai Pabateri i, Pamintari i, angguru pemilik yang dewata, kadarana pabantara pa'una, mula jadi perbakala perbaku ulu, sangka kala sangkaku ulu, apa apa si pertapa, aku anak Betara guru. Sajaku pintak kepadamu yang banyak, kepada Ra yang sedikit; kepadamu barangku cinta barang datang, sirtaku angan segera mari. Adam bapamu, Hawa ibumu. Sudah itu, nazarIah dengan hakikat yang putus, akan orang itu adalah ia bersama-sama dengan kita sekalian. Perintah dia, hingga kita mulakan sahaja barang yang ada pada kita daripada isim dan doa, bacakanlah isyaratnya. Jika gila atau jinjang, tanya dahulu adakah hendak aku perbuat? Jika katanya hendak, insya-Allah taala baiklah, berkat guru. Wallahualam bissawab. Ini suatu lagi pemegang seorang bomoh, dia peroleh daripada gurunya, amat mustajab ia mengubat orang sakit atau gila, atau hendak menjadi jinjang raja, atau lainnya daripada segala penyakit daripada manusia, insya-Allah taala. Dahulu Allah, berkat Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Maka ambil air buyung dua atau tiga biji atau lebih, dan dian. Kemudian pasang dian itu dan cacakkan pada buyung itu, dengan makrifat yang putus dan yakin, jangan syak dan sangka dan waswas lagi. Inilah doanya:
7
Kepada niat kita, segala wali Allah yang kita minta tolong; pada hakikat, dialah yang mendoa air itu. Dengan berkatnyalah, dikabulkan Allah akan permintaan kita itu. InsyaAllah dikabulkan Allah taala dengan berkat segala aulia Allah itu. Ini suatu lagi pemegang yang menjadi bomoh, diamalkan selama empat puluh hari, mandi setiap hari pagi. Sudah mandi maka bacakan kata-kata itu, serta dimaujudkan segala kata-kata itu, insya-Allah taala sejuk tubuhnya, tawar sekalian yang bisa pada tubuhnya. Sudah itu, jika meniup orang sakit, atau menawar air, atau berjaga air pun inilah dibacakan, serta minta tolong kepada aulia Allah itu. Jika sehelai daun kayu akan dibuat ubat pun, hendaklah minta tolong kepada aulia itu;jangan syak lagi. Inilah kata-kata yang diamalkan empat puluh hari itu: Hei Bismi aku tahukan asalmu daripada embun setitik, tiga cahaya, tiga rupa, tiga nama; Itam Bisma namanya. Namasa merah Barhama namanya. Bambam kata Allah, bisa tawar, tajamnya tumpul, sakitnya sembuh. Assalamu alaikum Sheikh Abdul Kadir Jailani; assalamu alaikum Sheikh Abdul Rahman yang di kananku. Assalamu alaikum Quran dan Taurat di kiriku; Raja Darul Ghani tolonglah aku, keramatlah aku dengan kuasa Allah, dengan berkat Lailaha illallah Muhammadar Rasulullah. "
Doa Nabi Allah Yunus Fasal ini doa Nabi Yunus alaihissalam. Tatkala hendak mengalin orang sakit, maka ambil tepung pengalin, asapkan dengan kemenyan, kemudian bacakan doa Nabi Allah Yunus ini tiga kali, maka alinkan pada orang sakit itu, mustajab. Inilah doanya:
8
Fasal ini dirajah pada telur ayam yang baharu, tiga jalur pada telur itu, maka alinkan pada orang sakit itu. Inilah rajahnya:
Pendapat Empat Tabib yang Berbeza Fasal ini sekali peristiwa tatkala masa pemerintahan Raja Nasyruan Adil, maka dihimpunkan empat orang tabib yang tahu; seorang dari benua Rom, seorang dari benua Hindustan, seorang dari benua Habsyah, dan seorang dari benua Iraq. Maka titah Raja Nasyruan pada mereka itu, "Hei kamu keempat tabib, pilih oleh kamu akan daku, suatu ubat yang tiada lagi akan datang penyakit padaku." Maka sembah tabib dari benua Iraq, "Tuanku, bahawa diminum air hangat pagi-pagi tiga teguk tatkala belum makan, tiada lagi datang penyakit pada orang itu." Maka sembah tabib dari benua Rom pula, "Tuanku, akan ubat segala penyakit, bahawa dibaham sehari sedikit pagi-pagi daripada jabar risyadah.8 Kemudian berdatang sembah pula tabib Hindustan, "Dimakan tiap-tiap hari tiga biji buah kedekai (kedekik) yang hitam, tuanku." 8
9
Maka tabib benua Habsyah berdiam juga. Kemudian Raja Nasyruan pun bertitah, "Mengapa maka engkau diam?" Maka tabib benua Habsyah pun berdatang sembah, "Tuanku, sebabnya maka hambamu berdiam, kerana bersalahan sembah tabib yang tiga itu, tuanku." Maka titah Raja Nasyruan, "Hei tabib Habsyah, betapa salahnya kata tabib yang tiga itu? Syahadan betapa benarnya; katakanlah kepada aku supaya kudengar." Maka sembah tabib Habsyah, "Ya tuanku, air hangat itu jika diminum pagi-pagi, akan menghancurkan hati dan melembutkan mi’dah;9 Kerana sebab nan itu asalnya danpada darah, barangkali sampai kepadanya hangat, nescaya hancur olehnya. Adapun akan jabar risyadah, jika dimakan pagi-pagi menambah penyakit bernama safrawi, 10 ya tuanku. Adapun akan kedekai itu, jika dimakan pagi-pagi akan menambah penyakit bemama sadawi,11 ya tuanku." Maka titah Raja Nasyruan, "Apa jua itu yang baik di makan?" Maka sembah tabib Habsyah, "Ya Syah Alam, segala ubat yang terlebih utama daripada sekalian ubat, tiada lagi ada penyakit sertanya, bahawa jangan makan melainkan pada ketika lapar, barangkala makan jangan bahana kenyang; dan jangan minum air melainkan pada ketika dahaga, dan jika minum jangan bahana penuh. Dan jangan dihimpunkan makanan yang sama perangainya, seperti daging dan telur; kerana keduanya itu hangat. Dan jangan dihimpunkan memakan ikan dan susu; kerana keduanya itu sejuk. Dan jangan dihimpunkan memakan seperti buah kayu dan susu yang baru ditengger; kerana keduanya itu basah perangainya. Dan jangan makan makanan yang berlendir kurang masaknya. Dan jangan makan makanan yang sukar hancur atau liat, atau keras pada ketika memamah dia. Barangkala sukar pada ketika memamah, maka terlebih sukar lagi mi'dah mencernakan dia. Dan jangan makan serta meminum air, biarkan dahulu supaya tetap makanan itu atas mi'dah, Dan jangan _______________ 9 10 11
10
watti pada ketika tiada ghalib syahwat, dan jangan tidur barangkala tiada mengantuk. Inilah ya syah alam, ubat yang tiada kepadanya penyakit." Maka sembah tabib yang tiga, "Sesungguhnya, seperti kata tabib Habsyah itu benar, ya syah alam." 11
II MENGETAHUI SEBAB JADI PENYAKIT Empat Anasir Kejadian Manusia FASAL ini pada menyatakan kejadian manusia dijadikan Allah subhanahu wa taala daripada empat anasir. Pertama tanah, perangainya dingin serta kering. Maka adalah insan itu saunda ertinya hitam, iaitu di dalamnya dingin serta kering, dan kurang di dalamnya panas dingin serta kering, dan kurang di dalamnya panas dan basah. Maka tandanya orang itu kurus, tubuhnya nipis, banyak pekerjaannya, kurang tidur, tiada dapat ia sabar daripada kerja jimak. Maka ada baginya mudarat yang besar; maka adalah asal kejadiannya daripada perangai tanah. Dalam tubuh manusia tempatnya pada almak, maka perangainya itu tubuhnya sihat. Anasir yang keduanya api; perangainya panas serta kering. Maka adalah pada insan itu safrun iaitu air yang kuning, maka iaitu panas serta kering, asal kejadiannya daripada perangai api, yang di dalam tubuh manusia tempatnya pada hempedu. Maka tandanya orang itu segera barang kerja dan lakunya, dan segera pada jalannya, lagi terang hatinya. Orang itu panas tubuhnya, kurang tidurnya, barangkali banyak di dalamnya panas daripada kering. Maka adalah warnanya kuning. Air, anasir yang ketiganya, perangainya dingin serta basah. Maka adalah pada insan itu balgam,12 iaitu dingin _______________ 12
Dahak 12
serta basah. Asal kejadiannya daripada perangai air, dalam tubuh manusia tempatnya pada paru-paru. Maka adalah perangai balgam itu tambun, iaitu banyak dingin dan basah, dan kurang dalamnya panas dan kering. Alamat orang itu tambun tubuhnya, banyak lemaknya. Sebab perangai basah padanya, maka orang itu banyak tidurnya, segan ia pada barang pekerjaannya, dan lambat jua, lagi kurang fahamnya. Anasir yang keempat iaitu angin, perangainya panas serta basah. Maka adalah pada insan itu darnawi ertinya darah, iaitu panas serta basah. Maka adalah asal kejadiannya daripada perangai angin, yang di dalamnya tubuh manusia, tempatnya pada hati. Bahawa tubuhnya orang itu nipis, tiada tebal, iaitu banyak panas serta basah, dan kurang dalamnya angin dan kering. Maka orang itu tiada tambun; kurang dagingnya; banyak darahnya; banyak perolahannya; pekertinya sederhana. Mengetahui Asal Penyakit Fasal ini pada menyatakan sekalian sakit dan demam di dalam tubuh manusia; kerana angin, darah, balgam dan pitam, ialah yang menyampaikan pergi mari sakit dan demam pada segala tubuh. Maka barang siapa hendak mengubat, mahulah diketahui dan difahami demamnya pada segala tubuh manusia itu. Akan asal penyakit itu daripada bulan satu, bulan dua, bulan tiga dan bulan empat, maka empat bulan itu demamnya sebab anginlah menjadi pohon penyakit; dan jika bulan lima, bulan enam bulan tujuh dan bulan delapan, sebab darah menjadi pohon penyakit itu. Maka pada bulan sembilan, bulan sepuluh, bulan sebelas dan bulan dua belas, maka empat bulan itu sebab asalnya penyakit itu daripada balgam yang menjadi pohon penyakit. Maka tiga perkara inilah pohon penyakit pada segala tubuh manusia. Adapun angin itu, tempatnya pada pusat hingga sampai ke dadanya; dan akan balgam itu tempatnya pada pusat hingga sampai kekakinya, inilah asal tempatnya kedua penyakit itu. Wallahu a'lam. Bab ini jikalau seseorang itu dapat sakit pada pagi-pagi, maka sakit itu sebab anginlah asalnya. Jikalau seseorang itu sakit pada petang hari, sakitnya itu sebab bai gam asalnya. 13
Adapun jikalau pada petang, sakitnya balgam dengan bercampur angin. Adapun jika siang sakitnya, sebab angin dengan darah bercampur. Bermula jika sakit itu sebab angin, maka demikianlah afaalnya; Pertama gementar tubuhnya, pening kepalanya, menggeliat tubuhnya, berdiri romanya, sakit kedua rusuk dan perutnya, lagi kerap tiada mau makan nasi, melainkan hendak minum air jua, dan matanya pun hitam, kulit perutnya hitam, kukunya pun hitam; pengecapan mulutnya pun kelat, dan lagi renggang dagunya, sakit dan batuk tiada keluar balgam, maka yang demikian itu angin afaalnya. Adapun jikalau sakit itu dari sebab darah, maka demikian afaalnya: Pertama panas tubuhnya dan haus hendak minum air jua. Duduk tiada khabarkan dirinya dan menggigil tubuhnya, dan nafasnya pun deras. Demikianlah afaalnya sakit sebab darah. Jikalau sakit itu sebab balgam, demikian afaalnya: Pertama mengerang dan lagi demam kura dan angin; makan nasi tiada mau, dan sejuk tubuhnya, pengecapan mulutnya pun manis; tatkala pagipagi hari maka demam, berdiri romanya; maka yang demikian itu afaalnya sebab balgam. Adapun jikalau sakit itu bercampur angin dengan darah, maka jikalau orang itu sakit pada bulan lima, bulan enam, bulan tujuh, atau bulan delapan, maka empat bulan itu sakitnya sebab hampir dengan darah. Jika hendak tau akan penyakit orang sakit itu, maka tanda-tandanya ialah keras kulitnya, biji matanya merah atau kuning, lagi haus hendak minum air, dan tidurnya tiada nyedar ; dan lagi tubuhnya kuning, kesungai besar dan seni pun kuning, dan bibir mulutnya kembang, kerana sebab hempedunya itu mendidih. Maka sebab afaal hangat dan hempedu itu, maka akan ubat yang diberi minum pada penyakit yang demikian itu: Pertama ambil akar terung pipit, akar bika, akar maja, akar ekor tupai, akar temu kunci, akar terung asam, akar ku usan, yakni pohon bunga kemboja gunung ada putih bunganya, dan akar johar; sekalian itu ambil sama banyak, dan buah saga kenderi tiga puluh tiga biji. Sudah itu, maka rebus semua ramuan ubat itu, beri surut airnya tiga bahagi, yakni tinggal sebahagi. Kemudian beri minum, mualat, yakni berulang14
ulang hingga habis, insya-Allah taala segera afiat. Adapun jika sakit, sebab angin dengan hempedu bercampur, demikian afaalnya: Pertama pening matanya dan kuning warnanya; kering lehernya, dan romanya berdiri, makan nasi tiada lalu. Akan ubatnya penyakit itu, iaitu angin yang bercampur hempedu ialah: Pertama ambil akar lenggundi, akar dewa raja, jaha lawi, jaha gelang, kabirah. Ramuan itu ambil sama banyak dan direbus dengan tiga heling air, maka beri surut dua bahagi, tinggal sebahagi. Apabila sudah hampir sejuk maka beri minum, mualat (berulang-ulang); insya-Allah taala afiat. Sekiranya sakit itu datangnya pada bulan sembilan, bulan sepuluh, bulan sebelas, atau bulan dua belas, maka empat bulan itu sakitnya ialah dari sebab angin, keadaannya tiada boleh tidur dan menggigil tubuhnya. Lagi pula sakitnya pada kepala dan sakit seluruh tubuhnya, barang dimakan tiada sedap pada mulutnya, dan tidak boleh ke sungai besar, demikianlah afaalnya penyakit itu. Akan ubatnya, berilah ubat minum, iaitu: Pertamanya yang diberikan minum bagi penyakit angin yang demikian itu ialah, ambil halia dan hujung atap, serai, akar terung pipit dan akar terung asam, sekalian itu agak banyak. Kemudian rebus semuanya, airnya diminum berulang-ulang sehingga habis. Insya-Allah taala segera afiat. Jikalau sakit itu dari sebab angin bercampur dengan balgam maka buat ubat ini beri makan: Pertama ambil putarwali, suntang, ketumbar, akar ekor tupai, dan cendana putih. Sekalian ramuan ubat itu ambil sama banyak, kemudian titiktitik dan rebus, airnya beri susut hingga separuh bahagian. Apabila sudah disejukkan beri minum berulang-ulang sehingga habis. Insya-Allah taala segera sembuh. Adapun jikalau sakit itu sebab angin dengan balgam bercampur menjadi bengkak-bengkak pula, maka ubatnya: Ambil akar ekor tupai, halia, hujung atap, jaha, tangki, jintan putih, jintan hitam, dan buah melaka. Sekalian itu ambil sama banyak dan direbus, masukkan sertanya madu sedikit, inggu, sedikit belerang bang, dan lada tujuh biji. Maka asah semuaya itu. Sudah itu perahkan pada mata bengkak itu, insya-Allah taala afiat. 15
Tujuh Jenis Penyakit dan Ubatnya Fasal ini menyatakan penyakit aksinat, perangainya panas, penyakit dewa ayutat perangainya muntah, penyakit sonitat itu perangainya selap, penyakit tuarus itu perangainya kelu mata, tiada khabar diri, lemah kakitangan, dan penyakit salitat jadinya penyakit itu sebab bekerja berat dan sebab main dan berhujan, galak mencucuk kedua lambungnya dan hulu hatinya. Adapun penyakit badiaturtat itu, perangainya gementar tubuhnya sekalian, penyakit aturtat perangainya sengkak ariari dan keras belikatnya serta sedum sebab duduk lama dan sejuk. Penyakit aputat pula perangainya lemah kakitangan segenap sendi, sangat suka tidur siang, dan penyakit piutat itu perangainya sengal pergelangan kakitangan, sejuk, sakit pinggang dan belikat, tiada boleh duduk lama. Maka sekalian penyakit yang tersebut itu, inilah ubatnya: Pertama isi akar songsang, daun sun tang, daun maja, keladi puyuh, akar kelempung, akar cicu, akar ceraka, daun pegaga, lengkuas ranting, daun gorek, kulit pokok tahi lembu, bunga pala, buah pala, cabai, sunti halia, buah pelaga, tangki, jintan putih, jintan hitam, cengkih, daun lenggundi, ganja, mur, dan jadam. Sekalian itu timbang sama berat. Kemudian ambil lada, timbang sama beratnya dengan segala ramuan yang tersebut itu, maka ditumbuk lumat-lumat; sudah itu dimasak dengan madu, campurkan dengan minyak lenga, jadikan makjun, maka telan insya-Allah afiat. 16
III PENYAKIT KEPIALU Tiga Jenis Kepialu FASAL ini menyatakan penyakit kepialu. Ada tiga perkara penyakit itu yang sukar diubat, yakni jika perempuan mengidap penyakit itu, janganlah bertempuh dengan lelaki, kerana umurnya kepialu itu tiga belas hari. Lepas daripada itu insya-Allah taala boleh diubat, tetapi hendaklah segala tabib mengetahui akan asalnya penyakit itu, serta dengan ubatnya. Adapun sakit kepialu yang pertama, afaalnya ialah sakit perut atau senak seperti cika keadaannya, maka itulah sakit kepialu sebab daripada darah dan anginlah asalnya. Wallahu a'lam. Yang keduanya sakit kepialu itu, afaalnya demam, keluar peluh pada tubuhnya, dan tubuhnya pun sejuk, maka berpeluh pada dahinya seperti air embun, tangannya sejuk, khalkumnya kering. Demikianlah afaalnya kepialu jenis itu. Maka kepialu ini pun terlalu amat sukar diubat. Yang ketiganya, keadaan demamnya itu tidak khabarkan diri baik dan jahat. Maka demam itu tiga hari tiga malam, adakalanya sehari semalam. Maka kepialu jenis ini pun amat sukar diubat, tetapi bolehlah cuba diperbuatkan tuam sebagai ikhtiar bagi mengurangkan penyakit itu. Ketiga perkara penyakit ini akan ubatnya: Pertama ambil pasir, rendang bagi hangat. Sudah itu bungkus pasir itu dengan perca putih, maka tu am kan pada se17
gala tubuhnya, insya-Allah afiat. Bab ubat kepialu yang diperahkan pada hidung: Ambil pucuk bayam langit tiga helai, halia tiga hiris, lada tiga bu tir, dan daun sirih yang tua sehelai. Giling semuanya itu, kemudian bubuh pada perca putih, dan perah kan ke dalam kedua lubang hidungnya; insya-Allah afiat. Bab ubat kepialu kepanasan atau terkancing gigi: Ambil jadam asah dengan air, dan beri minum. Jika tiada boleh minum, cungkil mulutnya dengan puntung jetih (kayu kecil), curahkan ke dalam mulutnya, beri masuk ke dalam mulutnya. Bab ubat kepialu yang diperahkan kepada kedua mata dan hidung: Ambil bunga lengkuas tiga kuntum, lada sulah tiga biji dan cabai sedikit. Semuanya itu giling, kemudian bubuh ke dalam perca putih, perahkan pada kedua mata dan hidungnya. Jikalau dimakan pun baik. Bab ubat jika balgam naik kepada kepialu: Ambil halia, limau nipis, dan gula batu, giling lumat-lumat, kemudian bubuh pada perca putih, perahkan ke dalam hidungnya, insya-Allah afiat. Bab ubat kepialu yang dilumurkan pada segala tubuh: Ambil daun tikaran, daun bayam langit, akar rembega, bonglai, lempoyang, biji sesawi, jerangau, lada sulah, bawang putih, halia, dan serai, sekalian ramuan itu sama banyak, giling semuanya itu lumat-lumat dan hancurkan dengan air. Kemudian hangatkan pada api, sekadar suamsuam kuku hangatnya, maka lumurkan pada segenap tubuhnya, insyaAllah taala afiat. Bab ubat kepialu yang dilumurkan. Ambil biji sesawi, akar kani, jerangau, bonglai, temu putih, daun rembega dan daun kebas bendang, maka sekalian itu ambil sama banyak, giling lumatlumat dan hancurkan dengan air. Kemudian lumurkan pada tubuhnya rata-rata. Jika dimakan pun baik Juga.
Kepialu Berpeluh yang Menyeksakan Bab ubat kepialu jikalau keluar peluhnya pada dada seperti embun, lagi sangat sejuk tubuhnya, dan tiada membukakan matanya, khalkumnya pun kering. Jika didapati se18
perti segala perkara yang tersebut itu, maka adalah sakit itu tersangat seksanya. Maka akan ubatnya yang memadamkan peluhnya itu, ambil buah kacang botol atau buah kacang sekunca, giling lumatlumat jadikan serbuk, kemudian taburkan pada tempat-tempat terbit peluhnya itu, insya-Allah sakit itu segera hilang. Bab ubat kepialu yang berpeluh: Hendak memadamkan peluh itu, ambil akar terap dan daun capa sembung, giling lumat-lumat. Kemudian hancurkan dengan arak atau cuka. Sudah itu lumurkan di serata tubuhnya, insya-Allah segera sembuh. Bab ubat kepialu kedalaman: Ambil gadung dan asam kantan, giling lumat-lumat, kemudian bedakkan di serata tubuhnya, insya-Allah afiat. Bab ubat kepialu yang dibedakkan: Ambil pucuk ara sinai, bawang seulas, cekur, dan bonglai, giling lumat-lumat, kemudian bedakkan pada dahi, belikat, lalu pada pinggangnya, insya-Allah afiat. Bab ubat kepialu yang disemburkan, kemudian di selimutkan beri berpeluh: Ambil daun benalu yang hijau, daun merakan, daun kerakap burung, cekur, jerangau, bawang merah, dan jintan hitam, maka sekalian itu semburkan di serata tubuhnya, kemudian diselimutkan supaya berpeluh. Bab ubat kepialu dijelum pada serata tubuh: Ambil umbut teberau, mayang nyiur, mayang pinang, akar telang yakni s elu mb ar, daun cekur manis, daun setawar cina, akar gelang sambar dara, dan anak pisang kelat. Sekalian itu direndam dalam satu bekas. Daun anak pisang kelat itu jadikan lapik di bawah tempat tidurnya. Kemudian jelum dengan air yang direndam ramuan itu di serata tubuhnya beri sejuk; insya-Allah afiat. Bab ini ubat kepialu yang dilumurkan di perut: Ambil akar sarikan darah dengan tanah liat, giling, kemudian lumurkan berulang-ulang pada perutnya; insya-Allah afiat. Bab ubat kepialu angin namanya: afaalnya panas, sakit sekalian tubuhnya, sejuk, dingin, panas berpeluh-peluh, mulutnya kering lagi, penat. Akan ubatnya: Ambil daun delima, daun ruku hutan, daun kesenai, cekur dan jerangau, mamah, disemburkan pada dadanya. Sudah itu ambil beras, 19
kunyit, dan bonglai sedikit; giling semuanya itu, dan bedakkan. Kemudian mandikan, insya-Allah afiat. Bab ubat kepialu bisa, afaalnya diam: Akan ubatnya ambil akar minyak-minyak, akar mata rajam di atas pusu (busut), dan akar tulang ular? asah atau rendam. Kemudian jaramkan pada kepalanya. Sudah itu ambil daun selasih tujuh helai, daun puding emas tujuh helai, daun serai tujuh helai, dan beras tujuh kerat. maka semburkan pada kepala, pada dada, hulu hati dan pinggangnya. Jika datang letih, maka ambil mayang pinang yang lembut, mayang nyiur yang hat, daun gelang sambar dara, dan kemenyan, rendam dalam satu bekas, airnya jelumkan di serata tubuhnya.
Kepialu Kepanasan Bab ubat kepialu kepanasan, afaalnya seperti gila, mencacau: Ambil rebung tebu betung, umbut teberau dan umbut rotan tawar, racik-racik dan rendam, kemudian jaramkan di kepalanya. Sudah itu ambil daun tempa besi yang hitam, buahnya, daun nyarang, daun gandarusa, bonglai, dan lada tujuh atau tiga butir, semburkan di serata tubuhnya. Kemudian ambil pula sepang kederang, merpoi dan akar muk; asah dan beri minum. Apabila datang sakit kepala, maka ambil beras sembilan butir dan lada sembilan butir; asah gaharu, cendana dan kemenyan, maka sekalian itu pilis pada dahinya, insya-Allah afiat. Jika datang muntah pula, ambil batang maman berma batangnya, dan buah kemuncup yang lekat pada kain, semburkan pada lehernya. Jika datang pula senak, maka ambil daun mertapai jantan yang kuning, mamah dan semburkan pada hulu hatinya sekali, kemudian bubuh lada dan bawang merah atasnya, insya-Allah afiat. Bab ubat kepialu yang menyebabkan suara parau. Ambil akar babating dan akar balik adap; rendam, kemudianjaramkan dan beri minum. Sudah itu ambil pula daun bunga cina, daun kait-kait, cekur, dan jerangau, mamah dan semburkan pada serata tubuhnya. Jika kembung; ambil akar ketumbit, akar kemuncup, cekur, dan jerangau, maka semburkan di serata tubuhnya. Jika beralih pula sakitnya, seperti senak, maka ambil kulit remunggai, bawang merah, danjinta hitam, semburkan pada perutnya. Bab ubat kepialu yang disemburkan di atas kain, yakni 20
diselimut, dikelubung, kemudian disemburkan dari kepala sampai pada kakinya, tiga jalur. Sudah itu, buangkan kain itu. Kemudian ambil pula daun andung, daun rancung, daun puding emas, daun ruku hutan, daun kesenai, daun delima, cekur, dan jerangau, sekalian itu semburkan di serata tubuhnya. Bab ubat kepialu yang disemburkan. Ambil daun delima dan daun pagar hutan, cekur, jerangau, bawang merah, dan jintan hitam, mamah dan semburkan dengan sirih pinang tiga hari berturut-turut. Bab ubat kepialu, jika orang itu demam malam siang, tiada kebah dan tiada berpeluh, demam tiada berhenti-henti. Penyakit demikian "Pohon angin" namanya. Akan ubatnya: Ambil temu Melayu tujuh hiris, gagang sirih secupak, ketumbar tujuh biji, timah putih dibakar sedikit, dan kempas tikar buruk sedikit; sekalian itu pipis bubuh pada tempurung, kemudian hancurkan dengan air daun pegaga, dan bedakkan di serata tubuhnya. Bab ubat kepialu. Ambil daun dedap dengan kulitnya, dan batang sudu-sudu dengan pucuknya, pipis dengan cuka, bedakkan pada orang itu. Maka tulis pada belikat kiri kanannya begini:
Bab ubat kepialu. Ambil pucuk ara senai, bawang merah, bawang putih seulas, cekur dan bonglai sehiris; mamah, semburkan pada dahi, pada belikat, lalu pada pinggangnya. Bab ubat kepialu yang amat pening. Ambil halia dan temu putih, tempelkan di kepalanya tiga hari. Bab ubat kepialu. Ambil batang birah hitam tiga hiris, bonglai dan kunyit tiga hiris, adas manis, kepala sari, dan jintan putih; semua itu giling lumat-lumat, bedakkan pada sekalian tubuhnya. Bab ubat mandi kepialu. Ambil umbi rengkinang dan kulit seganda atau daunnya, daun lakum, bonglai tiga hiris. Segalanya itu tumbuk, ramas dengan air, mandikan tiga hari. Bab ubat kepialu turun ke perut. Ambil daun delima dan pelepah birah yang tua, se tawar bendang, daun kemam hujung melukut dan mata kunyit; semuanya itu kukus. kemu21
dian hancurkan dengan air madu, beri makan, insya-Allah afiat. Bab ubat kepialu jangan jatuh ke perut. Ambil akar lakum, bawang merah, lada sedikit, asah, beri minum daunnya jaramkan. Bab ubat demam kepialu supaya jangan pahit mulutnya. Ambil asam gelugur, rebus; airnya buat berkumur berulang kali Bab ubat boreh kepialu. Ambil kunyit, bonglai, halia temu lawak; temu kunci, temu kuning, mayang nira, illayang pinang, atau daun kacang sekunca, jintan kedua; giling semuanya lumat-lumat, kemudian bedakkan di serata tubuh orang saki t itu. Bab ubat kepialu yang tersusuk ke hulu hati, atau gigi terkancing. Ambil akar bulangan dan akar tulang-tulang pucuknya hitam, akar mertajam, akar pedendang besar. Semuanya itu asah beri minum. Sudah itu, ambil daun tulang belut; rebus beri minum; hampas nya pupukkan pada dahinya. Jikalau tiada boleh makan, ambil pohon bonglai, tumbuk, ambil airnya; beri minum, insya-Allah afiat.
Mengeluarkan Peluh Kepialu Bab ubat mengeluarkan peluh demam kepialu atau sengal-sengal. Ambil daun limau calung barang segantang dan garam seheling, jintan putih tiga jemput, hujung melukut dan mata kunyit; semuanya itu giling lumat-lumat. Kemudian ambil batu bata sebesar ibu tangan, bakar beri merah. Sudah itu bubuhkan batu bata panas itu ke dalam daun dan ramuan ubat yang sudah digiling itu. Kemudian bungkus dengan kain dan tuamkan di serata tubuhnya. Sudah bertuam itu, diselubung pula dengan gebar, insya-Allah keluarlah peluhnya. Adapun borehnya, ambil sirih yang kuning tujuh kali tujuh (49) helai, jintan hitam tiga jemput, kunyit seheling, akan dipakai tiga hari, dan kapur tohor, bubuh pada boreh itu. Sirih itu giling lumat-lumat, telah sudah maka bubuh pada belanga kecil hangatkan, kemudian borehkan (lumurkan) insya-Allah afiat. Bab ubat urut demam kepialu dan demam kura, atau barang demam; apabila sudah sembuh demam itu, maka dirasanya berat tubuh badannya dan terik segala uratnya, atau 22
kembung atau senak mencucuk-cucuk, atau meradak-radak, salah mata. Jikalau demikian inilah ubatnya: Ambil pati kunyit seheling, pati bonglai seheling, pati temu lawak seheling, dan pati halia, pati temu kuning, pati temu kunci, air lengkuas ranting, air cekur, biji sesawi, dan biji maman, semuanya itu secawan-secawan. Sudah itu ambil minyak lenga seheling, bubuh ke dalam ramuan ubat-ubat itu. Setelah sudah sekalian itu, masukkan pula jintan kedua, buah pala, cengkih, ganti, mesui, akar merapat, empedu sawa, inggu, apiun, mastaki, jadam, pucuk; sekalian itu diperlumat, dan bubuh pada minyak itu, masakkan pula minyak itu kemudian angkat, urutkan pada orang sakit itu. Jika sakit pinggang pun baik, atau sakit tubuhpun baik, atau jatuh dari atas pokok pun baik diurutkan, insya-Allah afiat, wallahu a'lam. 23
IV DEMAM PANAS, BELASINI, MUNTAH DARAH Berbagai Jenis Demam Panas FASAL ini pada menyatakan ubat demam panas di luar dan di dalam, dan pada dahi dan tubuhnya. Maka akan ubatnya: Ambil gelang sambar dara, setawar, pucuk lancung, pucuk birah, adas manis, bunga pulasari, putik bebaru yang dibembam, bawang putih, bawang merah, mesui, dan pinang muda yang belum bertemu hati. Semuanya itu pipis lumat-lumat, beri minum. Setengah lagi jelumkan pada tubuhnya, insyaAllah afiat. Bab ubat demam tiada kebah. Ambil temu Melayu, bonglai, bawang merah seulas, halia, jintan putih secupak, daun hempedu landak, dan mesui; semuanya itu pipis lumatlumat, bubuh pada tempurung, hangatkan. Sudah itu ambil nyiur tiga hiris, pipis lumat-lumat, kemudian tuangkan ke dalam tempurung tadi, buat boreh, dan bedakkan di serata tubuhnya. Bab ubat demam, afaalnya menyintak-nyintak. Ambil akar birah hitam, akar keladi hitam, cekur, jerangau, mamahmamah, kemudian semburkan pada segenap sendinya. Bab ubat demam tiada berketahuan, Ambil adas manis, limau purut, dan cendana, asah; bedakkan pada tubuhnya. Bab ubat demam jikalau panas di dalam, sejuk di luar. Ambil daun kerakap besar, daun sesalang, daun pagar anak, 24
dan daun tampang besi, disemburkan pada serata tubuhnya. Bab ubat demam yang panas: Ambil belerang, cendana janggi, merpoyan dan akar minyakminyak, asah beri minum. Bab ubat demam yang panas atau kembung: Ambil belerangbang, cendana janggi, dan jaha kedua. Kemudian ambil beras, basuh tujuh kali, bubuh air, tanak; ambil air didihnya. Maka ramuan ubat itu giling dan masukkan ke dalam air didih itu. Kemudian beri ia telan. Bab ini ubat demam bengkak perut: Ambil halia, kulit remunggai, akar bayam batu, dan biji sesawi; giling semuanya lumat-lumat, bubuhkan pada bengkak itu, tudung dengan daun jarak kemudian balu t dengan kain. Bab ubat demam tiada kebah: Ambil jintan putih, mesui, bawang merah, maka mamah dengan sirih pinang; airnya bubuh pada sebuah bekas. Sudah itu ambil isi nyiur tujuh hiris, lada sulah lima kali tujuh (35) biji; maka ambil air sirih pinang itu, pipis lumat-lumat, bubuh kan pada segenap sendi orang sakit itu. Bab ini ubat demam atau penyakit yang tiada mahu sembuh dalam tubuh: Ambil daun halia segenggam erat dan daun delima segenggam erat, pipis lumat-lumat, ambil airnya, beri sama banyak, mesrakan; maka minum tiga pagi, atau jika diminum banyak akan memberi sihat tubuh. Inilah ayat yang dibacakan Qada ubat itu:
Bab ubat dijampikan pada orang demam dan penyakit lain, bacakan tiga kali pada pagi dan tiga kali pada petang. Inilah ayat yang dijampikan itu:
25
Bab ini ubat demam terlalu panas tubuhnya: Ambil daun sena, daun sentul, temu kunci, asam kantan, beras, jintan hitam, cekur, jerangau, dan mata kunyit; semuanya itu giling dan bedakkan di serata tubuhnya. Bab ubat demam menggelisah: Ambil daun gelinggang, biji saga kenderi, dan gigi buaya; bubuhkan di bawah tempat tidurnya. Bab ubat jelum panas: Ambil kulit nenasi dan isi seganda, maka rendam dalam sebuah bekas, jelumkan pada sekalian tubuhnya. Bab ubat memadamkan panas pada orang sakit atau demam. Ambil temu gajah, akar cengkih, dan akar kambas, sebanyak setahil sekalian itu. Kemudian rendam di dalam air, jelumkan pada dahinya, di bawah khalkumnya dan pada hatinya, insya-Allah padamlah panasnya. Bab ubat pembantut demam. Ambil hempelas lancang, akar minyak-minyak, akar kenerak, dan akar sentul yang di sebelah matahari naik; semuanya itu asah, jelumkan di kepalanya, atau bubuh pada kapas, pilis pada dahinya. Bab pembantut demam: Ambil akar pekan hitam dan taruknya, dan jintan hitam; mamah semburkan pada kepalanya, balik telinganya dan sekalian sendinya. Bab ubat pembantut demam: Ambil akar nyiur yang belum sampai ke tanah, dan akar pinang demikianjuga; asah, beri minum. Bab ubat pembantut demam: Ambil akar nyiur dan akar pinang seperti itu juga, yakni yang belum sampai ke tanah, asah. Kemudian bubuh akar dedap dan kulitnya yang di sebelah matahari naik, jelumkan pada sekalian tubuhnya, insyaAllah afiat. Bab ubat demam pagi, berasa dingin dan sakit tulang sendi: Ambil napal setengah tahil, susu setengah tahil, maka masak, tinggalkan setengah tahil, yakni susut setengah bahagian. Sudah itu beri minum, jikalau pekat, gentel, beri telan. Bab ubat demam panas terasa dingin di dalam tubuh, panas di luar dan di dalam: Ambil gelang sambar dara, umbi setawar cina, pucuk tanjung yang bergulung, pucuk birah dibembam, kulit kepala sari, putik nyiur hijau, bawang merah, mesui, pinang muda yang belum bertemu hatinya, dan temu 26
putih buangkan patinya. Semua ramuan itu pipis lumatlumat, beri minum. Jikalau tiada boleh minum, lumurkan pada segala tubuhnya. Jikalau panas, malam pun gosokkan juga, insya-Allah afiat.
Demam Kura Bab ubat demam kura, atau sembelit membatang pada perut, yang tiada boleh ke sungai besar atau bengkak seperti orang bosong atau kenyang; badan lenguh, atau angin berkumpul menyenak pada ari-ari, sesak di hulu hati, dan sengkak pada ari-ari sekalipun, insya-Allah tiada mengapa: Akan ubatnya, ambil akar susun kelapa berat tiga timbang, lempoyang berat dua timbang, lengkuas berat setimbang, bawang putih berat setimbang, lada sulah berat setimbang, kapur batu berat setimbang, dan cabai berat setimbang; maka sekalian ramuan itu giling lumat-lumat dengan air limau nipis. Maka rebus dengan air tiga bahagi, beri tinggal sebahagi, hingga hendak menghancurkan ubat yang digiling itu sekadar dapat diminum jua. Sudah itu ambil besi tiga bilah, bakar pada api; kemudian celupkan pada ubat itu yang sudah diisi dalam cawan. Beri minum orang sakit itu berulang-ulang; insyaAllah afiat. Bab ubat demam kura: Ambil buah lakum yang masak, makan sebiji-sebiji pagi petang setiap hari, selama tiga hari. Bab ubat demam kura: Ambil daun keduduk segenggam erat, daun gadarusa segenggam erat, bawang putih seulas, dan lada tujuh butir; sekalian itu pipis lumat-lumat, airnya cuka; beri minum sebanyak dua ruas jari selama tiga pagi; hampasnya ditempelkan betul-betul pada tempat kura itu, insya-Allah afiat. Bab ubat demam berlat-lat: Ambil daun sembung yang taruk hitam segenggam erat, kerat hujung dan pangkalnya, beras segenggam erat, dan garam segenggam erat, giling lumatlumat, kemudian bubuh air masak, kacau hingga pekat. Sudah itu campurkan dengan air madu secawan dan masak pula lagi hingga jadi seperti dodol. Kemudian bahagi tiga, gelek, beri telan sebahagi tiap hari, insya-Allah afiat. Bagi ubat demam sebab bengkak kelenjaran: Ambil beras dan cekur, giling lumat-lumat, kemudian ambil keme27
nyan, asah dan campurkan. Sudah itu bedakkan pada tempat sakit itu. Bab ubat demam terketar-ketar sekalian anggotanya dan jadi sejuk dan dingin dalam jantungnya; walau diselimuti dengan kain berlapis-lapis, tiada berasa daripada sangat ketarnya itu, kerana terlalu sejuk, kemudian jadi panas keluar peluh. Bermula demamnya itu tiap hari datang, sebab bercampur demam dengan balgam pada paru-paru. Akan ubatnya, minum cuka dengan air madu yang dimasak pada pagi-pagi sebelum makan, supaya muntah. Sudah muntah itu, makanlah apam gandum serta kuahnya daging kambing. Makan daging yang dimasak dengan bawang putih, lada, halia dan kunyit, insya-Allah afiat. Bab ubat demam sakit segala tubuh: Ambil air beras beri minum, insya-Allah afiat. Bab ubat demam di luar tubuh berasa berat, kebas serta hangat sedikit, dan ada juga yang sakit sejuk di luar serta hangat di dalam perut, lalu kepada tujuh hari mula-mulanya. Kemudian dari itu, jadi panas seperti api datang kepada otaknya, maka barulah badannya terkadang-kadang jadi beralih; adakalanya ia berkata-kata, meracau, tiada tahu akan katanya, seperti orang gila lakunya; kemudian adakalanya membawa kepada jahat. Maka akan ubatnya, beri dia minum cuka dengan air madu waktu tengah hari, sudah dia muntah, beri pula makan apam gandum dan kuahnya ayam.
Penyakit Belasini Fasal ini pada menyatakan ubat belasini, penyakit yang membawa warna putih kuning pada sesuatu bahagian tubuh. Pengidap penyakit ini sangat lumpuh, lelah; ada padanya sakit kepala, berdenging telinga apakala penyakit itu berhenti. Sebermula akan ubatnya: Ambil akar ceraka berat setahil, lekar hutan berat setabil katubu berat setahil, akar rumput tahi babi berat setahil, isi gadung setahil, akar songsang se tahil, akar pedendang besar setahil, akar pedendang kecil setahil, umbi bakung setengah tahil, akar mentua kenanga setengah tahil, akar batu-batu, akar biawas setahil, dan akar sukun setahil, maka sekalian itu cincang lumat-lumat, jemur. Kemudian ambil buah pala, bunga jintan hitam, cengkih cabai, kemukus lada sulah dan mesui, semuanya itu timbang 28
berat setengah tahil. Sudah itu maka serkai,13 ambil lumutnya hancurkan dengan air madu, bubuh di telepa14 seperti ubat hangat. Maka apabila hendak makan, gentel , beri telan pagi dan petang. Bab ubat belasini yang lenguh lumpuh, lagi sangat lelah, tiada boleh berdiri, lagi wasir. Tatkala ke sungai besar turun darah, banyak keluarnya dan sakit; kepalanya berbunyi beragamragam. Akan ubatnya; Ambil akar tulang daeng bertaruk hitam, akar lengkanan, kulit leban, kulit johar, dan kulit kelempaian secupak; sekalian itu dimasak. Setelah sudah masak, beri minum airnya secawan pagi dan secawan petang. Bab ubat belasini: Ambil kulit akar beras-beras, beri makan dengan sirih pagi-pagi, nescaya keluarlah lendir pada mulutnya, mustajab. Bab ubat belasini: Ambil ayam hitam betina yang kendong telur, sembelih, sudah itu ambil jemuju khursani, halba, dan jintan hitam; sekalian itu sama beratnya. Kemudian isi beri penuh perut ayam itu; ikat dengan benang, maka rebus dengan cuka nipah yang menaun, kira-kira segantang cuka itu. Sudah itu rebus pada belanga yang sudah dipakai, maka tudung dengan tudung belanga itu. Kemudian tudung pula dengan daun pisang, sekira-kira jangan hangus ayam itu direbus. Setelah itu masak, beri makan petang dan pagi, insyaAllah afiat. Bab ubat belasini atau karang: Ambil bunga johar (jaha), daunnya, kulitnya, akarnya, dan terasnya, semuanya sama banyak; maka rebus dengan air madu. Kemudian beri minum berulangulang, insya-Allah afiat. Bab ubat demam belasini: Ambil akar tulang ayam, akar ceraka, akar kait-kait, bawang, b onglai , kunyit, buah pala, dan kayu manis, juga air madu secawan telur. Jika tiada air madu, sakar batu pun boleh. Sekalian itu racik-racik, sudah itu rebus beri minum, insya-Allah afiat. Bab ubat urut demam belasini, atau demam kura, atau kepialu, atau orang lepas bersalin pun baik. Apabila sudah _______________ 13 14
memeras sesuatu (adunan yang dibungkus dengan kain) untuk mengeluarkan airnya. bekas untuk menyimpan sesuatu. 29
sembuh demamnya itu, maka dirasanya berat tubuhnya dan terik uratnya, atau senak kembung dan mencucuk-cucuk, meradak-radak. Jikalau ada salah satu seperti yang tersebut itu, maka inilah ubatnya: Ambil pati kunyit seheling, pati bonglai seheling, pati temu lawak seheling, pati temu kuning seheling, pati halia seheling, pati temu kunci seheling, air lengkuas seheling, air cekur seheling, biji sesawi dan biji maman ambil secawan. Kemudian ambil minyak lenga bubuh ke dalam ubat itu dan masak. Sudah itu ambil jintan kedua, buah pala, cengkih, ganti, mesui, akar serapat, hempedu sawa, inggu, apiun, mastaki, jadam, dan pucuk. Sekalian itu diperlumat, dan bubuhkan ke dalam minyak itu, kemudian masak pula minyak itu. Sesudah diangkat urutkanlah pada orang sakit itu. Jikalau sakit pinggang pun baik, atau terjatuh di atas kayu pun baik, atau sakit tubuh pun baik jika diurutkan; Wallahu a'lam.
Muntah-muntah dan Muntah Darah Fasal ini pada menyatakan ubat muntah-muntah. Jikalau hendak muntah sesudah demam ataupun dari sebab demam, atau lainnya; maka akan ubatnya: Ambil akar tanjung, akar tampam, bunga gelang sambau, jintan hitam, jintan putih, dan lada sulah. Semuanya itu rendam, kemudian beri minum airnya. Bab ubat hendak muntah, tetapi tiada muntah: Ambil jintan hitam, bawang putih, sunti halia, kapur barus, dan garam Hurmuz, semuanya itu sama beratnya, pudi hingga hancur. Kemudian uli dengan air madu. Jika tiada air madu, air benar (biasa) pun boleh, kira-kira dapat digentel sebesar buah Melaka; beri makan orang sakit itu. Bab ubat muntah: Ambil akar maja, rebus, beri minum insya-Allah afiat. Bab budak sakit maka muntah atau sedu: Ambil garam Hurmuz, hancurkan dengan air limau mata kerbau, calitkan pada lidahnya. Bab ubat muntah cirit: Ambil buah pala dan bawang putih sebiji, makan dengan sakar. Bab ubat demam hendak muntah: Ambil kulit nangka bubur had pusat ke atas, asah, kemudian minum airnya. 30
Bab ubat muntah busuk: Ambil daun capa makan dengan sirih pinang. Bab ubat muntahkan darah: Ambil tanduk kambing gurun, kesturi, dan kelembak; asah ketiga-tiganya itu, kemudian bedakkan di serata tubuhnya, insya-Allah afiat. Bab ubat muntahkan darah: Ambil akar terung perat, akar nangdaghfi yang dipanggil orang "keduduk putih", sunti halia, dan jemuju. Maka semuanya itu giling lumat-lumat. Sudah itu tapis dengan perca putih, beri minum berulangulang. Bab ubat muntahkan darah, meruam seperti kudis: Maka akan ubatnya, jika budak yang sakit itu, ambil akar teja dan kulit kendeka, keduanya itu sama banyak, giling lumatlumat; kemudian hancurkan dengan air madu, maka titikkan ke mulu t budak i tu berulang-ulang. Bab ubat budak terbit darah pada hidung atau pada mulutnya: Ambil cendana janggi, kacu, dan tanah liat; cendana janggi itu asah dengan air; tanah liat dan kacu itu giling, kemudian pudi dengan cendana itu. Pupukkan pada budak itu. Bab ubat muntahkan darah: Ambil akar kunyit-kunyit, biji mata, dan air bermalam, pipis lumat-lumat, beri minum tiga pagi. Bab ubat muntahkan darah: Ambil daun empelas kasar, wapkan pada nasi, buat kerabu, beri makan orang sakit itu. Bab ubat budak muntahkan darah: Ambil akar teja jantan, kulit kundang, dan kepulaga; semuanya sama banyak. Kemudian giling, hancurkan dengan air madu, beri makan atau celupkan pada lidahnya, insya-Allah afiat. 31
V BALGAM*, LELAH, SAKIT KEPALA Balgam yang Mengganggu Pernafasan FASAL ini menyatakan ubat balgam yang panas dan kering; sebab sesak sangat maka batuk tiada keluar, kerana pendek nafasnya naik dan turun, dan tiada dapat tidur, melainkan meniarap atau membongkok duduk; dahinya diletakkan kepada bantal. Dengan begitu adalah sedap sedikit dirasanya, kerana sesuai dan berbetulan dengan aliran nafasnya naik turun pada paru-paru yang menjadi tempat nafas itu. Adapun akan ubatnya: Ambil gandum dan halia bara, giling keduanya; kemudian tempelkan ke serata dadanya, lalu ke hulu hatinya, insya-Allah afiat. Bab ubat hendak menghilangkan balgam : Ambil akar bawang merah, lada sulah, bawang putih, halia, garam Hurmuz, dan arang para. sekaliannya itu sama timbangnya, jangan ada yang lebih ada yang kurang. Kemudian pipis lumat-lumat, akan airnya gunakan air limau mata kerbau. Sudah itu gelek dan beri telan setiap hari, dua kali sehari. Bab ubat balgam yang sangat sesak dan sengkak: Ambil hempedu sawa, hempedu landak, jintan putih tiga pengapit, bawang merah tiga ulas, bawang putih tiga ulas, dan halia bara tiga hiris. Sekalian itu giling lumat-lumat. Sudah itu han_______________ * balgam - lendir dahak. 32
curkan dengan air, beri minum; tetapi hendaklah mualat, yakni berterusan memakannya. Bab ubat membuangkan balgam: Ambil beras sedikit dan air limau nipis sebutir. Rendamkan beras itu pada air limau nipis itu; makan dia pagi-pagi sebelum terbang lalat. Bab ubat membuangkan balgam : Ambil buah terung perat yang masak lima butir atau tujuh butir; bembam pada api. Kemudian perah, ambil airnya dan tapis buangkan bijinya. Sudah itu bubuh minyak lenga, beri minum, insya-Allah dengan seketika jua akan keluar balgam itu. Bab ubat membuangkan balgam : Ambil cuka secawan, air belimbing keris secawan, buah pala, daun cengkih giling lumat-lumat, bubuh di dalarn air cuka itu. Kemudian masak hingga mendidih. Sudah itu angkat sejukkan, beri minum secawan telur. Bab ubat membuangkan balgam: Ambil daun bunga raya segenggam erat dan jintan hitam sepengapit; giling lumat-lumat, ambil airnya secawan telur. Beri minum tiga pagi; insya-Allah taala segera keluar lendirnya itu. Bab ubat balgam: Ambil nyiur hijau buat santan. Kemudian ambil belimbing tiga biji, ramas buah belimbing itu sama-sama dengan santan tadi, serta dengan bawang merah selabu, garam Siam dan jintan hitam sepengapit, beri makan. Bab ubat balgam: Ambil daun gandarusa segenggam erat, halia bara, garam Siam, jintan hitam sepengapit, dan bawang merah selabu; sekalian itu giling lumat-lumat, perah ambil airnya; beri minum tiga pagi. Bab ubat balgam: Ambil daun delima, akar saga kenderi sebelah matahari naik, dan jitan hitam; sekalian itu rebus. Jika airnya dua cupak, beri susut hingga tinggal secupak. Beri minum, berulang-ulang. Bab ubat balgam: Ambil rumput kepala lalat, rumput tahi babi, jintan hitam, kunyit, dan beras; sekalian itu giling lumat-lumat, tempelkan pada dada orang sakit itu. Bab ubat balgam: Ambil membalau baharu, kayu laka, dan sulur lalang laut; sekalian itu rebus, beri minum. Bab ubat balgam parau suaranya: Ambil akar tanjung dan akar kemantu hitam, makan dengan sirih pinang, insyaAllah afiat. Bab ubat telan membuang balgam: Ambil kemukus, 33
halia bara, dan bawang merah; sekalian itu giling lumat-lumat; kemudian telan barang tiga hari. Bab ubat balgam: Ambil kulit pauh, kulit kedondong dan bonglai; sekalian itu asah, bubuh pada tempat yang sakit itu. Bab ubat membuang bal gam : Ambil limau purut yang masak, perah, ambil airnya, bubuh dalam pati santan. Kemudian ambil jintan hitam, giling lumat-lumat. Sudah itu bubuh serbuk jintan hitam itu ke dalam air limau dan pati santan itu, beri minum; insya-Allah taala segera kcluar lendirnya. Bab ubat balgam yang menyebabkan leher parau dan batuk. Adapun yang menyebabkan parau itu, kerana bertambah balgam pada leher. Akan ubatnya: Ambil halia, rebus buangkan airnya. Sudah direbus halia itu, giling lumat-lumat, kemudian hancurkan dengan air madu dan manisan, gentel beri telan. Pantangnya, jangan makan sekalian yang masam dan susu. Bab ubat balgam yang menyebabkan batuk dan serak suara: Ambil buah pala, manjakani, cabai, lada, jitan hitam, kunyit, dan bonglai; sekalian itu giling lumat-lumat. Kemudian ambil pati santan nyiur hijau, jangan dibubuh air, melainkan air madu. Santan dan air madu itu, sama banyak. Sudah itu, kukus dan beri makan orang sakit itu. Bab ubat balgam: Ambil buah pala, manjakani, jemuju khursani, jintan kedua, lada, bawang kedua, ketumbar, air daun nyarang secawan, santan nyiur hijau secawan, dan telur sebutir; sekalian itu digoreng beri masak, beri makan tiga pagI. Bab ubat balgam: Ambil daun pekan taruk hitam dua genggam, beras tiga genggam, dan jintan hitam barang sedikit, ramas sekalian itu, giling. Kemudian buatkan lempeng sebesar tapak tangan orang yang sakit itu, maka beri dia makan. Bab ubat balgam: Ambil daun saga kenderi, jintan hitam, dan terusi, giling lumat-lumat, buat lernpeng, beri makan tiga pagi. Bab ubat membuang balgam : Ambil daun kelempoyang, giling lumat-lumat pada batu; kemudian perah, ambil patinya, campur dengan minyak lenga, beri minum tiga pagi. Bab ubat yang ditempelkan pada dada, hendak beri 34
longgar balgam. Ambil daun lakum segenggam erat, garam Siam segenggam erat, giling lumatlumat. Kemudian hancurkan dengan air didih, hangatkan pada api. Setelah hangat, tempelkan pada dada orang sakit itu. Sudah itu tuam pula dengan tungku hangat. Bab ubat sakit leher, batuk dan bertambah balgam, sebab itu memberi parau suara dan batuk; Akan ubatnya: Ambil jaha lawi dan halia, giling, kemudian campurkan dengan air madu dan gula Jawa. Apabila sudah diberi makan, pantangkan makan asam dan susu. Bab ubat penyakit balgam yang berbagai-bagai, adakala basah perangainya, dan adakalanya kering pula perangainya. Adapun yang berperangai basah itu, serta balgam berkurung di dalam dada dan pada paru-paru. Akan ubatnya: Ambil daun sekati lima dan air madu, dimasakkan; jangan banyak. Kemudian bubuh gandarokam berat enam kupang, mastaki berat enam kupang, jintan hitam dan halia yang sudah direndang berat enam kupang juga, dan lada. Semuanya itu diperbuat makjun, beri makan pagi petang. Bab ubat hendak beri longgar balgam: Ambil santan nyiur hijau, campurkan dengan air limau kapas, beri minum. Bab ubat membuangkan balgam : Ambil sunti halia padi berat sepaha, jintan hitam berat sepaha, dan jemuju berat sepaha; semuanya itu lumatkan dan rendam di dalam air. Beri minum tiga pagi. Bab ubat membuangkan balgam: Ambil susu yang baharu diperah secawan, kemudian bubuh getah lembega barang setitik, mesrakan. Sudah itu, beri minum pagi-pagi, nescaya muntah mengeluarkan lendir.
Penyakit Lelah Bab ubat lelah: Ambil cuka secupak, ibu kunyit secupak, dimasak hingga susut tinggal tiga heling. Beri minum sehingga habis. Kemudian buat pula ubat makannya iaitu: Kapur barus, kayu kelembak, gaharu, cendana, akar ceraka, dan bawang kedua. Sekalian itu jadikan serbuk dan dimasak dengan madu, gentel-gentel jadikan makjun ; beri makan berulangulang. Bab ubat lelah: Ambil daun cempaka, daun kenanga, dan daun tanjung segenggam erat tiaptiap satunya. Kemu35
dian giling dengan hujung melukut dan mata kunyit, perah ambil patinya dan beri minum pada orang sakit itu. Selepas berhenti selama dua hari, maka buat pula ubat itu untuk cukup diminum selama tujuh hari.
Sakit Kepala Fasal ini pada menyatakan ubat sakit kepala yang menggigit-gigit: Ambil daun sirih hutan, jintan hitam tiga pengapit, jintan putih tiga pengapit, sendawa barang sedikit, sudah itu pipis lumatlumat, ternpelkan pada kepala orang sakit itu. Bab sakit kepala yang berdengung: Ambil pucuk jarak, akar serai, dan jintan hitam tiga pengapit, mamah dengan sirih pinang, semburkan pada kepala orang sakit itu. Bab sakit kepala yang berdengung-dengung: Ambil pucuk teja jantan, jintan hitam, dan bonglai tiga hiris; giling lumat-lumat, sudah itu tempelkan di kepala orang sakit itu. Bab ubat sakit kepala: Ambil limau mata kerbau, jintan hitam, jintan putih maka limau mata kerbau itu buangkan kulitnya. Rebus semuanya itu. Kemudian embunkan. Sudah itu, jaramkan di kepala orang sakit itu. Bab ubat sakit kepala: Ambil daun benalu api dan jintan hitam, giling lumat-lumat, tempelkan di kepala orang sakit itu. Bab ubat sakit kepala: Ambil daun pegaga, kapur barus, dan sendawa; giling lumat-lumat tempelkan di kepala orang sakit itu. Bab ubat sakit kepala: Ambil batu kawi, sepang, dan cuka menaun* jadikan airnya. Sudah itu asah beri likat dan sapukan di kepala orang sakit itu. Bab ubat sakit kepala yang pialu. Ambil halba yang direndang, dan bonglai yang dibembam, pipis lumat-lumat, piliskan di kepala orang sakit itu. Bab ubat sakit kepala atau pitam: Ambil nyiur hijau atau merah dua biji; kukur, ambil santannya dengan segantang air. Kemudian ambil pisang abu sepuluh biji, rendamkan di dalam air santan itu semalam. Sudah itu rebus, dan ramas _______________ * yang sudah lama benar disimpan. 36
semuanya. Setelah sudah diramas, pipis lumat-lumat, kemudian tapis ambil airnya, beri minum tiga pagi. Hampasnya itu pupuk di kepalanya; balut dengan perca putih. Sudah itu mandi berlimau pada sejumaat dua kali, insya-Allah taala afiat. Bab ubat pening: Ambil halia dan temu putih; keduanya itu giling lumat-lumat dan tempelkan di kepala orang sakit itu. Bab ubat sakit kepala yang berpeluh kepalanya: Ambil santan nyiur hijau dan rebung buluh aur duri, direbus. Kemudian embunkan. Sudah itu, jaramkan di kepala orang sakit itu. Bab ubat sakit kepala: Ambil akar jarak, asah pada batu, hingga setakat kulitnya jua. Kemudian tempelkan di kepala orang sakit itu. Bab ubat sakit kepala: Ambil daun sena, ramas di dalam pasu, bubuh nasi dingin barang sebujur jari tangan, kemudian embunkan. Pada pagi-pagi jaramkan di kepala orang sakit itu. Bab ubat sakit kepala: Ambil daun limau kapas segenggam erat, daun johar, daun capa, dan daun lenggundi; semuanya itu sama banyak. Masak dalam belanga baru hingga mendidih. Kemudian angkat, embunkan. Pagi-pagi pupukkan di kepala orang sakit itu. Bab ubat sakit kepala: Ambil daun ribu-ribu padi, mata kunyit, hujung melukut, dan air bermalam, pipis lumatlumat, embunkan. Pagi-pagi pupukkan di kepala orang sakit itu. Bab ubat sakit kepala sebelah: Ambil buah keras tujuh biji, belah dua; kemudian ambil isinya, pipis dengan mata kunyit, hujung melukut, dan air bermalam. Sudah itu pupukkan di dahi orang sakit itu. Bab ubat sakit kepala atau pening: Ambil halba dan bonglai, pipis lumat-lumat, tempelkan di dahi orang sakit itu. Bab ubat sakit kepala: Ambil daun lada Cina, hujung melukut, dan mata kunyit, pipis lumatlumat, tempelkan didahi orang sakit itu. Bab ubat sakit kepala atau pitam. Ambil daun pegaga yang sudah direbus, sakar, dan hati kundur, rendam semuanya, kemudian beri minum dan jaramkan di kepala orang sakit itu. 37
Bab ubat sakit kepala yang menghentak-hentak: Ambil sebiji kundur, belah dua. Sebelahnya giling lumat-lumat dan bubuh sendawa. Kemudian embunkan. Pagi-pagi jaramkan di kepala orang sakit itu. Bab ubat kepala ngilu: Ambil sebiji pinang tua, halia batang, temu putih, dan beras jangan patah butirnya, giling semuanya lumat-lumat, kemudian tempelkan di dahi orang sakit itu.
Memelihara dan Memperbaiki Rambut Fasal ini pada menyatakan ubat menyuburkan rambut: Ambil anak pisang tematu yang sehasta panjangnya, kerat tiga, jangan serta umbinya; bembam masak-masak. Kemudian embunkan, buang arangnya dan ramas. Bubuh pada rambut pagi-pagi sebelum terbang lalat. Bab ubat menjadikan rambut lebat lagi panjang: Ambil daun labu, ramas dalam tempurung bulu, Ambil air nyiur hijau. Kemudian embunkan. Pada pagi-pagi esoknya sebelum terbang lalat, bubuh pada rambut di serata kepala. Ulangi berturut-turut selama tiga pagi. Bab ubat mencegah rambut luruh. Pergi pada umbi pisang benggala, gali umbinya jadikan seperti telaga. Pagi-pagi ambil air yang di dalam telaga itu, dan jaramkan di kepala setiap hari. Bab ubat mencegah rambut luruh. Ambil gelang sambar dara, kambas, kerak nasi yang kita makan, dan daun selaput tunggul, semuanya itu perlumat. Kemudian ramas dengan santan nyiur hijau, embunkan. Tatkala belum terbang lalat, jaramkan di serata kepala. Selagi luruh rambut itu, jaramkan juga sehingga berhenti luruhnya. Bab ubat rambut yang tiada tumbuh: Ambil bayam dan akar batang teberau, bakar ambil abunya. Sudah itu, ambil hempedu ayam hitam asah di batu. Kemudian ambil pula minyak sapi dan minyak jarak, maka ambil ubat itu semuanya, campurkan dengan minyak kedua itu; bubuh dan sapukan di serata kepala. Bab ubat hendak meluruhkan roma: Ambil artal,* pudi _______________ * sejenis bedak basah kuning yang harum baunya, boreh, 38
lumat-lumat, bubuh kapur tohor dan telur ayam, kuningnya sahaja; mesrakan. Setelah sudah, maka gosokkan beri mesra pada bulu roma itu. Apabila sudah kering, maka cabut barang dapatnya. Jikalau tiada habis, bubuh pula lagi ubat itu sehingga licin tiada tumbuh lagi. Bab ubat menghilang kelemumur: Ambil hati rotan sega, bakar jadikan arang. Kemudian ambil limau purut, ramas ambil airnya; campurkan dengan arang rotan itu dan mesrakan baik-baik. Sudah itu sentalkan sungguh-sungguh hingga panas rasanya. 39
VI PENYAKIT RESTUNG, MATA, TELINGA, GIGI Seratus Sembilan Puluh Jenis Restung FASAL pada menyatakan ubat restung yang menghimpunkan penyakit restung yang seratus sembilan puluh perkara restung itu pun terbunuh olehnya; dari kepala hingga ke kaki, sekalian itu hilang olehnya. Maka inilah ubatnya: Ambil madu dan minyak lenga, selain dari itu ambil daun maja, daun cemekian, daun lenggundi laut, daun ceraka, daun gorek, semuanya itu sama banyak, dan lada seheling dibuat serbuk; bahagiannya sama banyak dengan segaia daun kayu itu. Sekalian daun-daun kayu itu tumbuk, ambil patinya. Sudah itu masak likat-likat. Kemudian bubuh lada itu hingga boleh digentel, beri makan pagi petang. Bab ubat restung cara dimakan. Ambil akar ceraka, secawan telur, lada sulah, lada hitam, kemukus, cabai, jintan kedua, bawang putih, bawang merah, cengkih, buah pala, bunga pala, ketumbar, sunti halia, ganti, mesui, cekur, bonglai, kayu manis cina, jaha lawi, jaha gelang, manjakani, pucuk, adas pedas, adas manis, dan kapur barus; sekalian itu serba sedikit sama banyak. Maka campurkan semuanya, dan giling lumat-lumat. Kemudian ambil seekor ayam hitam jantan yang belum mengawan, sembelih, cabut bulunya dan buang perutnya. Ambil hati dan hempedu ayam itu, basuh cuci-cuci. Sudah itu, gaul dengan segala rempah yang telah digiling itu, 40
dan masukkan ke dalam perut ayam itu, bubuh garam. Kemudian kukus ayam itu, makan pagi-pagi, beri habis. Jika tiada terhabis, ulang lagi makannya, beri habis sehari itu juga, jangan taksir. Bab ubat restung yang makan ke otak: Ambil mani kemenyan, bawang merah, kunyit, dan bonglai; kemudian asah dengan air limau kapas; minum tiga pagi. Bab ubat restung: Ambil daun tanjung tiga helai, bawang putih seulas; kemudian pipis, bubuh minyak lenga, nerahkan ke dalam hidungnva. Bab ubat restung: Ambil kulit akar gandarusa; pipis dengan mata kunyit dan hujung melukut, titikkan ke dalam hidungnya. Bab ubat restung yang makan ke mata dan gigi: Ambil gagang sirih tujuh kali tujuh (49), dan air limau nipis; bubuh pada batil tembaga, sudah itu sapukanlah pada tempat yang sakit itu.
Sakit Mata Fasal ini pada menyatakan ubat sakit mata: Ambil getah tempoyan (mempoyan) yang putih pucuknya; bubuh air sedikit. Kemudian perahkan dengan kapas pada mata yang sakit itu. Bab ubat sakit mata sepet: Ambil buah jaha gelang dan jaha lawi; asah dengan air limau nipis. Kemudian layur pada jelaga damar; celakkan pada mata yang sakit itu. Bab ini pada menyatakan adapun khasiat hempedu harimau, jika dicelakkan pada mata, nescaya tiada kena sakit mata seumur hidup; wallahu a'lam. Bab pembantut sakit mata: Ambil abu hangat, bubuh pada perca putih, tuamkan pada mata itu. Bab ubat mata gatal atau sakit: Ambil pucuk dedap, pusar pada tapak tangan, bubuh sedikit garam Jawa; kemudian bubuh pada perca kain, perahkan pada mata yang sakit itu. Bab ubat mata beles: Ambil daun benalu api, mata kunyit, dan hujung melukut; pipis lumatlumat, airnya gunakan air bermalam. Kemudian bubuh pada perca putih, perahkan pada mata itu. Bab ubat mata kabur: Ambil kulit buah pisang Benggala 41
yang masak; jemur kering-kering. Kemudian bakar ambil abunya; bubuh air limau nipis. Sudah itu tapis dengan perca putih, perahkan pada mata itu. Supaya hilang pedihnya, sediakan pati santan, titikkan pada mata itu, nescaya hilanglah pedihnya. Bab ubat mata kabur: Ambil daun belimbing besi, wapkan pada nasi, lapik dengan daun pisang. Kemudian bubuh sedikit garam Hurmuz, embunkan. Pagi-pagi perahkan pada mata itu. Bab ubat mata kabur: Ambil air mawar, campurkan air limau nipis; kemudian perahkan pada mata itu. Bab ubat mata dagingan: Ambil biji buah kedondong; kerat, ambil isinya yang di dalam sekali. Kemudian asah dengan air embun; bubuh pada mata itu. Bab ubat mata bengkak atau berselaput, atau kabur: Ambil kulit halban, kikis ambil bahagian yang di dalamnya sekali, yakni yang dekat pada batangnya itu, kemudian bubuh sedikit garam Siam. Bubuhkan, beri masuk ke dalam mata itu.
Sakit Telinga Fasal ini pada menyatakan ubat sakit telinga atau bernanah: Ambil bawang putih, akar remunggai, daun dedap kering atau batangnya, daun sudu-sudu, garam, dan minyak lenga, sekalian itu pipis lumat-lumat, hancurkan dengan air madu, maka perahkan ke dalam telinga yang sakit itu, dan hampasnya lumur kan di sebelah luar telinga itu. Bab ubat sakit telinga bernanah: Ambil garam Hurmuz, asah dengan air halia. Kemudian hangatkan pada api, dan sejukkan. Sudah sejuk, bubuh pada kapas. Perahkan ke dalam telinga itu. Bab ubat telinga masuk kelemayar, tempiras atau sebagainya: Ambil kunyit; tumbuk ambil airnya. Perahkan ke dalam telinga itu. Bab ubat telinga yang sudah hilang kelemayar atau tempiras yang masuk ke dalamnya: Ambil daun kacang sekunca atau daun kunyit dan air batang buruk; air keduanya itu perahkan ke dalam telinga itu. Bab ubat sakit telinga, tuli: Ambil kapur Cina, limau 42
nipis, bawang putih, sunti halia sedikit, pipis lumat-lumat, campurkan dengan minyak lenga. Kemudian hangatkan pada api hingga mendidih. Sudah itu angkat dan sejukkan. Apabila sudah sejuk titikkan ke dalam telinga itu.
Sakit Gigi Fasal ini pada menyatakan ubat sakit gigi atau bengkak gusi: Ambil lada tujuh kali tujuh (49), beras dan garam sekalian itu rendam. Kemudian giling lumat-lumat, bubuh minyak lalu kemam. Bab ubat sakit gigi: Ambil kulit ari batang pinang yang hijau, ambil yang dekat dengan upihnya; kikis. Kemudian bubuh garam, giling lumat-lumat. Sudah itu, bungkus dengan daun pisang, bubuh pada wap nasi. Kemudian embunkan, dan gosokkan pada gigi pagi-pagi sebelum basuh muka. Bab ubat gigi bengkak atau sakit hendak tanggal: Ambil kunyit, dan garam Siam jantan tiga butir; giling, tempelkan pada gusi gigi itu sebelum basuh muka pagi-pagi. Jika tanggal pun tiada berasa sakit. Bab ubat geraham bengkak sebab restung. Ambil daun lenggundi; giling bubuh garam, kemudian kemam. Bab ubat sakit gigi atau mulut busuk: Ambil pucuk bunga pekan dan umbi serai; mamah. Kemudian, kulum tatkala hendak tidur dan tatkala bangun dari tidur.
Penyakit Serawan Fasal ini menyatakan ubat se rawan yang handalan: Ambil biji kapas, bakar ambil isinya. Kemudian ambil mempedal ayam, selaput selupas dalamnya; panggang, beri garinggaring. Sudah itu, ambil ketam bendang; bakar ambil lemaknya, dan ambil pijar, bakar. Sekalian itu pudi dengan minyak sapi, bubuh pada kapas, suruh kemam. Bab ubat serawan: Ambil minyak sapi, pudi dengan getah sena, suruh kemam. Bab ubat serawan: Ambil akar bayam jantan; asah, bubuh pada mulut, dan lumurkanpada pipi budak yang kena penyakit serawan itu. Pucuknya pupukkan di serata tubuhnya. Bab ubat serawan: Ambil akar teja jantan; asah. Kemu43
dian lumurkan pada mulut sampai kepada leher budak yang mengidap sakit serawan itu. Bab ubat serawan: Ambil akar cekur manis; giling, lumurkan pada mulut dan pipi budak yang kena serawan rtu, Bab ubat serawan jatuh ke perut, atau ke sungai besar berdarah: Ambil cendana janggi, kulit tiram, dan jemang, asah dengan air bunga raya putih yang diramas sebanyak seruas jari telunjuk. Beri minum tiga kali sehari. Bab ubat serawan: Ambil manjakani, gagang sirih tujuh batang, beras putih tujuh butir, dan timah dikikis barang sedikit; pipis lumat-lumat, akan airnya air didih; beri minum. Bab ubat serawan: Ambil akar beti-beti ; asah beri rrunum, 44
VII BATUK, ESAK, SAKIT LEHER Berjenis-jenis Batuk FASAL ini pada menyatakan ubat batuk. Adapun batuk itu ada berbagai-bagai; adakalanya basah, dan adakalanya kering. Batuk basah itu keluar sertanya balgam yang di dalam dada pada paru-paru. Maka akan ubatnya: Ambil madu sekati, dimasak perlahan-lahan pada api, kemudian bubuh serbuk gandarokam berat enam kupang, mesrakan dan bangkit (kacau; adun). Sudah itu, bubuh jintan hitam berat enam kupang, sunti halia berat enam kupang, halba yang sudah terendam berat enam kupang, dan lada padi berat enam kupang; semuanya itu mesrakan. Setelah mesra dijadikan makjun, beri makan pagi-pagi sebelum makan sesuatu. Tatkala berubat itu, makan nasi dengan madu sahaja; jangan makan lauk lain dari itu, supaya sembuh olehnya. Adapun batuk yang kering itu, tiada keluar sertanya balgam, sebab bertambah sudah penyakit itu. Akan ubatnya: Ambil halba; rebus empat kali atau lima kali. Tiap kali direbus itu buangkan airnya, dan keringkan. Kemudian pipis lumat-lumat, dan campurkan dengan tepung gandum masukkan sertanya susu lembu, minyak sapi, dan sakar; jadikan kanji. Beri makan pagi dan petang, jangan makan yang lain daripada itu dengan nasi. Bab ubat batuk yang serasa terbuka dadanya, terjadi kemudian daripada jimak, atau menanggung beban yang 45
berat-berat. Maka akan ubatnya: Ambil mur, gandarokam dan mastaki; ketiga-tiga itu, tiap satunya berat dua mas, bubuh di dalam minyak lenga. Kemudian masak, hingga hancur kesemuanya itu. Sudah itu bangkit, hingga kira-kira dapat di minum. Kemudian kelubungkan dari kepala hingga ke kakinya, dan suruh tidur sesudah makan ubat itu. Demikian pula pada pagi dan pada ketika batuk, makan berulang-ulang sehingga jadi sembuh, insya-Allah taala. Maka makan pula tepung gandarokam dan tepung halba serta madu itu. Jangan makan selain dari itu. Bab ubat batuk yang sangat rasanya di dalam dada. Akan ubatnya: Ambil daun petai belalang; giling dengan hujung melukut dan mata kunyit, tempelkan pada hulu hatinya. Bab ubat batuk: Ambil temu ireng dan kapur barus, makan dengan sirih pinang. Bab ubat batuk: Ambil akar orang-aring, akar kaduk dan akar terung perat; semuanya itu kerat-kerat, bubuh bawang putih dan cekur. Makan dengan sirih pinang. Bab ubat batuk: Ambil daun tembaga suasa; layur. Kemudian perah ambil airnya, bubuh minyak sedikit. Sudah itu, ambil tembikar baharu, bakar beri merah, celupkan pada air itu. Beri minum tiga pagi. Bab ubat batuk: Ambil akar susun kelapa, akar kaduk, akar ruku-ruku dan jintan hitam, makan dengan sirih pinang. Bab ubat batuk: Ambil akar nyarang songsang, makan dengan sirih pinang. Bab ubat batuk bercampur dengan balgam: Ambil buah pala, cabai, manjakani, lada, jintan hitam, dan bawang putih; sekalian itu giling, hancurkan dengan cuka, beri minum. Bab ubat batuk: Ambil buah pala, manjakani, cabai, dan lada sulah, sekalian itu giling lumatlumat, bubuh manisan nira atau air madu, telan. Bab ubat batuk: Ambil daun jelatang ayam pais, beri makan. Bab ubat batuk: Ambil lada sulah, halia kering, kunyit kering, dan cabai; semuanya sama berat. Sudah itu, pipis lumat-lumat dengan air mawar, gelek. Tatkala hendak tidur makan seberat timbangan seemas. Jika makannya seberat dua mas, tatkala makannya hendaklah dua gentel. 46
Bab ubat batuk: Ambil akar terung perat dan isi buah keras dihiris, dan ambil jintan hitam dan adas manis sejemput, campurkan semuanya. Kemudian rendang. Setelah harum baunya, makan. Turutkan makannya tiga hari hingga habis. Bab ubat batuk: Ambil daun peria yang gugur, lada sulah tujuh biji, dan air madu akan jadi airnya. Sudah itu, pipis lumat-lumat, beri minum berulang-ulang. Bab ubat batuk yang keluar darah sebab demikian itu, kerana hangat jantung dan paru-paru, sampai pada hati. Akan ubatnya: Ambil manjakani; rendam di dalam cuka sehari semalam, kemudian tapis, ambil cukanya itu, bubuh sakar beri minum tiga pagi. Bab ubat batuk: Ambil padi dua cupak, basuh cuci-cuci, kemudian rebus. Telah kering airnya, jemur beri keringkering. Sudah itu rendang hingga kuning. Kemudian tumbuk, jadikan serbuk. Sudah itu, campurkan dengan madu, beri makan. Bab ubat batuk: Ambil daun lemba; layur pada api. Ambil airnya hangatkan; minum tiga pagi. Bab ubat batuk: Ambil sunti halia padi, cabai, kulit kapas, kulit kedekai, bawang merah, bawang putih, dan lada sulah dua timbang; sekalian itu buat serbuk. Kemudian, campur dengan cuka; gelek. Sudah itu jemur beri kering. Setelah kering rendang pula dengan minyak lenga; beri makan tiga pagi. Bab ubat batuk lagi senak atau sakit: Ambil temu ireng dan kapur barus, makan dengan sirih pinang. Bab ubat batuk demam: Ambil temu lawak, jemuju, limau nipis dan minyak lenga; sekalian itu pipis lumat-lumat. Sudah itu hangatkan; kemudian bedakkan di serata tubuh. Bab ubat batuk atau senak: Ambil temu ireng; jemur beri kering. Kemudian ambil sirih, pinang, dan kapur barus, sekalian itu pipis lumat-lumat. Sudah itu hancurkan dengan air, bedakkan di serata tubuhnya. Bab ubat batuk daripada badam* atau lainnya: Ambil buah mengkudu hutan, dan isi lekar hutan, dan lada; se_______________ * Kesan merah-merah pada tubuh, terkadang sebagai tanda hendak jadi kusta 47
kalian itu sama timbang; rendam dan giling. Kemudian masak dengan air madu, jadikan makjun, beri makan. Bab ubat batuk atau badam: Ambil biji sesawi, dan telur ayam yang dipecahkan oleh ibunya, pipis lumat-lumat, bubuh cuka nipah. Sudah itu bubuh pada badam itu; kemudian bungkus dengan perca putih dan ikat teguh-teguh. Bab ubat batuk atau badam: Ambil biji sesawi, biji lenga, dan cuka nipah, pipis lumat-lumat, dan bubuh pada badam itu. Bab ubat batuk atau badam: Ambil daun terung pipit, tumbuk ambil airnya. Kemudian ambil halia, campurkan dengan air itu, dan bubuhkan pada badam itu. Bab ubat batuk, basal muka atau tubuhnya: Ambil akar remunggai, buah bulangan, kunyit kering, dan kapur barus, sekalian itu pipis lumat-lumat dengan cuka masam. Sudah itu bedakkan di serata tubuhnya.
Penyakit Esak (Sesak, Susah Bernafas) Fasal ini pada menyatakan ubat penyakit esak: Ambil akar kecubung berat dua belas mas, akar kara berat dua tahil, akar gandarusa berat setahil, akar kesimbukan berat setahil, akar tanjung berat setahil sepuluh mas, dan akar kenanga berat se tahil dua mas; sekaliannya itu rendang. Kemudian serkai, yakni diperah di dalam perca kain, dan bubuh ke dalam nyiur hijau yang hingusan; balut dengan tanah liat dan bembamkan pada api selama tiga hari. Sudah itu, ambil bubuh madu, gelek sebanyak tujuh belas gumpal, jemur kering-kering. Kemudian rendam dengan cuka. Pagi-pagi sebelum terbang lalat makan segumpal pagi dan segumpal petang. Bab ubat esak serta batuk: Ambil akar terung perat, akar julah, akar. orang-aring, dan lada sulah tujuh biji; semuanya. itu pipis lumat-lumat, makan dengan sirih pinang tiga pagI. Bab ubat esak serta batuk: Ambil pisang kelat tujuh biji dan nyiur sebiji, ambil santannya; ramas pisang itu dengan santan buat seperti dodol, makan tiga pagi. Bab ubat esak: Ambil susu secawan, bubuh getah lernbega barang setitik, beri minum, insyaAllah akan muntah keluar lendir. Bab ubat esak: Ambil daun ketumbit, bubuh minyak 48
lenga, dan layur pada api. Kemudian perah ambil airnya, campurkan dengan minyak dan garam jantan tiga buku, beri minum. Bab ubat esak: Ambil cuka dan daun tembaga suasa tujuh helai, sapukan dengan minyak lenga. Sudah itu, ramas ambil patinya, campurkan dengan minyak nyiur seruas jari telunjuk. Minum tiga pagi. Inilah rajahnya yang disurat pada cawan tempat minum ubat itu:
Bab ubat esak. Ambil buah ketola hutan sebiji, makan atau perah ambil airnya, minum berulang-ulang. Bab ubat esak: Ambil akar ribu-ribu, bawang putih tujuh ulas, lada dua kali tujuh biji, dan beras tujuh biji. Semuanya itu pipis lumat-lumat dengan daun tembaga suasa. Kemudian hancurkan dengan air, beri minum berulang-ulang. Bab ubat esak: Ambil daun gandarusa yang hitam taruknya tujuh helai, lada sulah tujuh biji; pipis lumat-lumat, akan airnya cuka. Beri minum tiga pagi. Bab ubat esak: Ambil daun gandarusa dan pucuknya, biji sesawi, lada sulah dan beras putih; pipis, airnya air hangat, beri minum. Bab ubat esak: Ambil ribu-ribu tujuh taruk, bawang setengah ulas, lada sulah empat belas biji, beras sedikit, dan garam sedikit; pipis semuanya. Kemudian ambil patinya beri minum tiga pagi. Bab ubat esak: Ambil batil tembaga kuning yang sejati, ambil sebiji buah limau nipis yang masak; perah ambil airnya. Kemudian pipis bubuh ke dalam batil itu. Sudah itu, bubuh garam Siam tiga buku. Telah sudah hancur garam itu, maka lenggang beri rata-rata; kemudian tudung baik-baik sampai siang. Pada pagi-pagi, perah pula sebiji limau nipis lagi, bubuh ke dalam batil itu, beri minum pagi-pagi; insya-Allah akan muntahlah. 49
Sekiranya tiada tertanggung lagi rasanya, maka minumlah penawarnya, iaitu ambil air tebu betung, beri minum maka akan keluarlah lendirnya dengan "ibu"nya sekali, insyaAllah taala. Bab ubat esak: Ambil susu kerbau secawan, manisan secawan, dan air didih secawan, campurkan sekalian itu, pudi beri mesra. Kemudian beri minum. Bab ubat esak serta batuk: Ambil susu lembu berat dua kati, jerangau berat dua tahil, kerat nipis-nipis dan bubuh ke dalam susu lembu itu. Kemudian dimasak dan haru-haru, hingga setengah susutnya. Maka bahagi susu itu kepada tiga bahagian. Sudah itu, dimasak susu itu sebahagian, beri minum pagi-pagi, kemudian berhenti seketika. Jika muntah dengan keluar sarangnya sekali, hentikan; tetapi jika belum terbit sarangnya, minum pula sebahagian lagi. Setelah tiga bahagian itu diminum, insya-Allah akan keluarlah sarangnya balgam itu. Bab ubat esak: Ambil kedekai berat dua mas, pipis lumat-lumat dengan air madu. Kemudian gentel dan telan tiga pagI. Bab ubat esak yang handalan: Ambil daunjeruju segenggam erat dan buahnya tujuh butir, halia, lengkuas, lada, bawang merah, kayu manis Cina, maman benar, dan maman hantu; sekalian itu tumbuk, perbuat bubur pedas; airnya secupak. Dimasak hingga tinggal seheling; perbuat makan barang tiga hari. Bab ubat esak: Ambil lada sulah berat enam kupang, dan sunti halia padi berat enam kupang; sekalian itu pudi, bubuh air madu, gent el sebesar butir lada; beri makan dua kali sehari. Pada masa hari panas makan berlaukkan air madu, insya-Allah segera sembuh. Bab ubat esak: Ambil inggu dan air belimbing besar, sekira-kira berpatutan airnya, permas ak dalam belanga. Setelah hancur inggu itu, beri minum tiga pagi. Bab ubat lelah esak: Ambil cacing; rendam, minum air cacing itu. Bab ubat esak: Ambil daun ke sum segenggam erat, dan lengkuas barang setengah heling; tumbuk lumat-lumat, perah ambil airnya secawan pinang. Kemudian campurkan dengan sebiji telur dan bawang sedikit, beri makan. 50
Bab ubat esak: Ambil daun rembega, bawang, jintan hitam, dan lada sulah sejemput, buat lempeng, beri makan tiga pagi. Bab ubat esak: Ambil kacang luli yang putih, rebus dengan kulitnya, beri hancur jadi bubur. Kemudian campurkan dengan madu; beri makan. Bab ubat lelah esak: Ambil cuka secupak, air ibu kunyit secupak, permasak hingga tinggal tiga heling; kemudian minum berulang-ulang hingga habis. Sudah itu perbuat pula ubat makan, iaitu ambil kapur harus, kayu khelembak. gaharu, cendana, akar ceraka, dan bawang kedua; sekalian itu jadikan serbuk, campurkan dengan air madu dan jadikan mak jun, beri makan. Bab ubat lelah esak: Ambil daun cempaka, daun kenanga, dan daun tanjung segenggam erat. Kemudian giling ujung melukut, mata kunyit, maka perah ambil patinya, beri minum. Sudah berhenti dua hari, buat pula untuk minum tujuh hari.
Mengeluarkan Peluh Fasal ini pada menyatakan ubat mengeluarkan peluh: Ambil cabai, lada sulah, dan halia, ketiga-tiganya sama banyak; rebus beri minum. Tatkala hendak minum itu, bubuh beras sedikit, lalu minum. Bab hendak beri keluar peluh: Ambil halba; rebus. Airnya lima bahagi tinggal dua bahagi. Kemudian ambil lada sulah dan cabai sama banyak, dan air limau mata kerbau. Sudah itu giling hancurkan pada air halba itu, beri minum, insya-Allah keluarlah peluhnya. Bab ubat tangas di dalam tubuh. Ambil halia, hiris kirakira seheling, bubuh di dalam periuk. Kemudian bubuh madu seheling dan air benar setengah heling. Rebus perlahan-lahan, hingga kirakira setengah bahagian surutnya; turutkan minum selama tiga hari. Manakala terasa haus, minum air itu juga, jangan minum air benar.
Penyakit Leher Fasal ini pada menyatakan ubat sakit leher: Ambil akar teja jantan, akar teja betina, belerangbang, dan empedu sawa, sekalian itu asah, sapukan pada leher di tempat yang sakit itu. 51
Bab ubat sakit leher: Ambil limau manis yang masak; kupas, bubuh sakar batu, giling lumatlumat, beri makan atau kulum, insya-Allah hilang sakitnya. Bab ubat sakit leher: Ambil sepang kederang dan kulit tiram. Asah keduanya, sapukan pada tempat yang sakit itu. Bab ubat sakit leher yang tiada boleh menelan air liur: Ambil daun tembaga suasa; rendam pada air, lalu minum insya-Allah afiat. Bab ubat sakit leher: Ambil akar cekur manis, dan akar mata ayam; asah, sapukan pada tempat yang sakit itu. 52
VIII SENAK HATI, MEDU, PITAM, SEMBELIT FASAL ini menyatakan ubat senak hati: Ambil jerangau, dan bawang putih; pipis lumatlumat, perah ambil patinya. Kemudian hangatkan pada api, kadar suam-suam kuku hangatnya, beri minum. Bab ubat senak hati: Jika datang berlabut(lazim) pada hati, tuju namanya. Akan ubatnya: Ambil akar terung perat, akar terung , akar terung pipit, dan jintan hitam mamah dan semburkan. Bab ubat senak lalu ke hati: Ambil buah melaka, kulit kayu manis dan madu; pipis lumatlumat beri minum tiga pagi. Bab ubat hati senak: Ambil buah mata ayam, , jerangau, dan bawang putih; pipis lumat-lumat, kemudian hangatkan pada api, sekira-kira dapat diminum, minum tiga pagI. Bab ubat hati pedih: Ambil daun gandarusa; tumbuk dengan hujung melukut, mata kunyit, air bermalam, dan beras sedikit, kemudian rendang. Setelah hangat, bubuhkan pada tempat hati yang pedih itu; sudah itu barut. Bab ubat hati pedih: Ambil pisang kelat; ramas dengan kulitnya. Kemudian campur sedikit air, dan tapis airnya. Beri minum tiga pagi. Bab ubat hati pedih: Ambil daun jarak; celur. Sudah itu buat kerabu makan. 53
Bab ubat hati pedih: Ambil bunga raya, ramas dengan santan, beri minum tiga pagi. Bab ubat hati pedih: Ambil daun mata pelanduk dan pinang jantung; asah, ambil airnya dan campurkan dengan air cendana yang diasah, bubuh pada tempat hati yang pedih itu. Apabila kering bubuh lagi. Bab ubat hati sakit: Ambil cengkih, bakar beri hangat. Kemudian pipis lumat-lumat, campurkan dengan cuka yang masam; beri minum tiga pagi, hampasnya tempelkan pada tempat hati yang sakit itu. Bab pada menyatakan penyakit hati. Adapun sakit itu ada dua bahagi. Pertamanya daripada sebab menghendaki sesuatu, tetapi tiada diperoleh; maka sebab itulah membawa kepada menjadi penyakit yang maha besar. Yang keduanya, perkara yang berpunca daripada angin; barangkali masuk angin ke dalam jasad, lalu pada ari-ari. Apabila bertemu dengan perangai demikian itu, yakni sejuk, maka jadilah penyakit hati. Maka akan ubatnya: Ambil segala rempah-rempah, dan baham segala yang hangat-hangat. Bab ubat sakit di hati: Ambil cendana; asah pada tembikar hangat, bubuh pada tempat yang sakit itu. Bab ubat sakit di hati: Ambil adas pedas, adas manis dan madu; pipis lumat-lumat, permasak pada api. Beri minum tiga pagi. Bab ubat sakit di hati: Ambil daun nyarang songsang, daun letup, daun orang-aring, jintan kedua, halba, jemuju, cabai, sunti halia padi, ganti, pucuk, dan cengkih, segala bahan itu, tiap satunya berat sekupang. Kemudian pipis lumat-lumat, ambil patinya, beri minum. Hampasnya bubuh pada tempat yang sakit itu.
Penyakit Medu Fasal pada menyatakan ubat penyakit medu. Jika hendak mengetahui iakah benar penyakit medu, ambil daun lada pahit, pipis lumat-lumat, tempelkan pada dadanya, jika berasa pahit pada mulutnya. Maka itulah alamat penyakit medu. Bab ubat medu: Ambil daun kelempoyang, hangatkan pada kuali, sudah itu tempelkan pada perutnya. Tatkala 54
membubuh daun yang sudah dihangatkan itu, lapik dengan daun mengkudu dari sebelah luar. Bab ubat medu: Ambil manjakani, pucuk, jintan hitam, jintan putih, kayu manis, cabai, dan jemuju Khursani, sekalian itu berat semas dan rendang semuanya. Kemudian giling dengan madu, makan tiga pagi. Bab ubat medu: Ambil air limau nipis secawan dan madu tiga cawan, campurkan keduanya; minum tujuh hari, lima hari, atau tiga hari. Bab ubat medu: Ambil rumput tahi babi segenggam erat, lada sulah, sunti halia padi, bawang putih, dan beras segenggam, buat bubur dan makan tiga hari. Bab ubat medu: Ambil daun gelinggang dan kapur tohor, pipis lumat-lumat, kemudian dipais, sapukan pada pusat. Bab ubat medu: Ambil putik mengkudu sebesar hulu parang, bakar; kemudian pagi-pagi embunkan. Sudah itu ambil daun balik adap, hiris lumat-lumat, buat nasi ulam, makan tiga pagi. Bab ubat medu: Ambil akar tunjuk langit, makan dengan sirih pinang. Bab ubat medu: Ambil rumput tahi babi segenggam erat, lada sulah, sunti halia padi, bawang putih, dan beras segenggam erat; sekalian itu giling lumat-lumat, gentel, makan tiga pagi. Bab ubat medu yang bertahun-tahun: Ambil nyiur hijau yang luruh dikerat tupai, bakar ambil abunya berat setahil, kapur tohor berat sepaha, maka tumbuk sekadar hancurkan dengan air nyiur itu. Sudah itu minum. Bab ubat medu: Ambil daun lada Cina dan hujung melukut, mata kunyit, tempelkan pada medu itu. Kemudian tuam dengan tungku.
Penyakit Pitam Fasal menyatakan ubat pitam: Ambil daun pengaga segenggam erat, rebus dengan kacang hijau; kemudian embunkan. Sudah itu ramas dengan sakar, minum tiga pagi. Bab ubat pitam: Ambil nyiur gading yang muda; ambil isinya, rebus. Sudah itu embunkan. Kemudian ambil kayu 55
manis Cina berat setahil, pipis lumat-lumat, campurkan pada nyiur itu; tapis, minum tiga pagi. Bab ubat pitam. Ambil kulit manis, pipis dengan kapur tohor; tempelkan pada dahinya. Bab ubat pitam: Ambil pulut hitam tiga genggam erat, ambil segenggam dahulu; tanak. Sudah masak bubuh pada nasi pulut itu jintan hitam sejemput. Wap nasi itu wapkan di mukanya. Kemudian bubuh air; ramas. Sudah itu embunkan. Pagi-pagijaramkan pada kepalanya. Bab ubat pitam: Ambil kacang hijau; rebus. Sudah masak, angkat dan ambil airnya, bubuh pada pasu. Kemudian ambil daun penggaga, ramas dengan air kacang itu, dan embunkan. Pagi-pagi uraskan pada kepalanya tiga pagi. Bab ubat pitam: Ambil daun pandan yang luruh; tumbuk lumat-lumat; kemudian rebus dengan air bawang segantang, sekira-kira tinggal secupak airnya. Sudah itu suruh minum berulangulang. Bab ubat pitam: Ambil pisang abu tujuh biji, makan dengan nasi. Air minumnya, air bermalam. Makan pagi-pagi sebelum terbang lalat.
Penyakit Sembelit Fasal ini pada menyatakan ubat sembelit yang berhimpun di dalam, tiada boleh ke sungai, atau membatang ke hulu hati, atau bengkak perut seperti orang busung darah, atau karang-dedas (rasa tak puas kencing), atau kembung, atau badam, atau lemah, atau jadi cika, atau angin bergumpal di dalam perut, pada rusuk dan ke hulu hati, atau yang menyakiti pada air-ari, atau menjadi senak tajam padanya. Adapun ubat ini, barang siapa hamba Allah memakannya, insya-Allah taala, dengan berkat syafaat Nabi Muhammad, dan berkat Lukmanul Hakim; dengan ubat ini sekalian penyakit dikurangkan Allah pada sarira (badan) manusia itu, lelaki atau perempuan. Ubat ini dihargai oleh segala tabib yang tahu akan hakikat mujarabnya: Pertama ambil akar bunga melur susun tiga timbang, sumpu dua timbang, lempoyang dua timbang, halia setimbang, kunyit setimbang, inggu dua timbang, kapur barus dua timbang, dan cabai setimbang. Sekalian ramuan ubat ini di56
giling lumat-lumat dengan air limau nipis. Setelah sudah, ambil akar johar sebahagi yang utamanya. Tatkala hendak menghancurkan ubat ini, gunakan air hangat, sekadar dapat diminum. Apabila kita hendak minum ubat itu, bakar besi tiga keping beri hangat, kemudian celupkan pada ubat itu, barulah minum. Bab ubat sembelit di dalam perut: Pertama ambil daun jarak Burma dan daun nyarangsongsang, hiris lumat-lumat, rendang sampai jadi arang. Kemudian ambil pula jintan hitam, buah pala, dan beras pulut hitam, rendang beri hangus. Sekalian itu giling lumat-lumat, hancurkan dengan madu; kemudian gent el sebesar hujung kelingking, telan tiga kali se-hari. Bab ubat sembelit: Ambil daun melada, daun lembega, daun sudu-sudu, daun melada pahit, bonglai tujuh hiris, dan kapur tohor; sekalian itu giling lumat-lumat, barutkan pada tempat sakit itu, tempelkan dengan daun birah hitam. Bab ubat sembelit yang di dalam sendi: Ambil daun kerubung, daun gandarusa, daun limau nipis, daun mertapai, lada, dan kapur tohor; sekalian itu giling lumat-lumat, tempelkan pada tempat sakit itu. Kemudian tuamkan dengan tungku hangat barang tiga malam. Bab ubat sembelit bengkak pada hati. Ambil daun puding merah, daun hempedu landak, mata kunyit, Hujung melukut, dan air bermalam; pipis lumat-lumat, tempelkan pada tempat yang sakit itu. Bab ubat sembelit bengkak di dalam perut: Ambil daun kecubung, daun gelinggang, dan daun hempedu landak; pipis lumat-lumat, barutkan pada tempat yang sakit itu. Bab ubat sembelit: Ambil akar putarwali panjang selilit pinggang, makan dengan sirih pinang. Bab ubat sembelit turun pada kaki, atau turun ke "batu": Ambil daun tarum, benalu api, semuanya sama banyak, dan kapur tohor. Sekalian itu giling lumat-lumat, hancurkan dengan air, bubuh pada belanga, kemudian jerangkan pada. api. Apabila ia hendak mendidih, ambil buihnya yang seperti kepala minyak itu, bubuh pada satu bekas; kemudian lumurkan pada tempat yang sakit itu dan barut selama tiga hari; jangan dibuka dan jangan dikenakan air, demikianlah perbuat. 57
Bab ubat yang menghilangkan segala penyakit yang di dalam perut seperti sembelit, atau penyakit idapan dan penyakit medu, nescaya habis dimakan oleh ubat ini: Ambil air madu semangkuk, cuka semangkuk, pati santan semangkuk dan pati kunyit semangkuk; sekalian itu bubuh ke dalam periuk, jerangkan pada api dan tudung baik-baik, jangan beri keluar ubat itu. Masak ubat itu hingga tinggal semangkuk, kemudian angkat. Sudah itu makanlah pagi-pagi sebelum makan nasi. Bab ubat sembelit, atau sakit pada sekalian tubuh atau mencucuk-cucuk, atau lenguh lumpuh, atau segala penyakit pada tubuh. Ambil buah pala empat puluh biji, makan sebiji sehari berturutturut, selama empat puluh hari. Adapun syarat memakannya, tiap-tiap sebiji itu bahagi tiga; makan pada pagi sebahagi, tengah hari sebahagi, dan petang sebahagi. Pada setiap kali lepas makan itu mandi. Jika rasanya khayal, jangan jirus kepala. Khasiatnya terlalu banyak daripada segala tabib yang tahu akan faedahnya, wallahu a'lam. Bab ubat serba penyakit atau sembelit: Ambil cuka nipah menahun secupak, garam sebujur tangan, lengkuas ranting secupak ambil airnya seheling, tawas berat sepuluh mas; semuanya itu campurkan. Kemudian rebus hingga masaknya hingga tinggal sebahagi airnya itu. Minum pagi-pagi, kadar dua ruas jari pada sekali minum. 58
IX SAKIT PINGGANG DAN PENYAKIT PERUT Sakit Pinggang FASAL ini pada menyatakan ubat sakit pinggang pada segala manusia: Ambil halba segenggam erat, campurkan dengan minyak sapi, keduanya itu makan. Bab ubat sakit pinggang: Ambil daun tabung abu, giling lumat-lumat; sudah itu, pukul dengan minyak lenga samasama. Kemudian digaul keduanya; telan tiga hari pagi dan petang. Bab ubat sakit pinggang: Ambil tulang sotong dan halia batang, dan air didih; giling lumatlumat, tempelkan pada pinggang yang sakit itu. Bab ubat sakit pinggang: Ambil telur ayam sebiji, ambil putihnya; kemudian ambil madu sekulit telur, air bawang merah pun sekulit telur; sudah itu, pudi semuanya beri mesra; minum. Perturutkan tiga kali buat. Bab ubat sakit pinggang: Ambil biji pisang dan jintan hitam; kacip-kacip. Kemudian jemur kering-kering. Sudah itu tumbuk beri lumat-lumat. Kemudian pudi dengan minyak sapi; sudah itu, gelek, jadikan sembilan biji, maka telan tiga pagi, satu pagi telan tiga biji. Bab ubat sakit pinggang: Ambil daun kecubung hitam, daun cucuran atap, hujung melukut, dan mata kunyit, pipis lumat-lumat; airnya air bermalam. Sudah itu, tempelkan pada Iernpat yang sakit itu. Kemudian, barut dengan kain putih. 59
Bab ubat sakit pinggang: Ambil bawang putih berat seemas, cabai berat seernas, sunti halia padi berat seernas, garam Jawa, lempoyang tujuh hiris, daun hempedu tanah empat belas helai, air madu secupak, minyak lenga secawan; sekalian itu tumbuk, kemudian serkai ambil airnya. Maka campurkan dengan air madu dan minyak lenga itu. Minum pada cawan, tetapi surat dahulu pada cawan itu demikian:
Bab ubat sakit pinggang: Ambil daun gandarusa betina, syarat menjabat pohonnya hendaklah dengan tangan kiri, dan tatkala menjabat dia hendaklah mengadap hala ke laut; kemudian, ambil jintan hitam, bonglai tiga hiris, hujung melukut, mata kunyit dan airnya air bermalam. Semuanya itu pipis lumat-lumat, masukkan ke dalam air panas suam kuku; Sudah itu, tempelkan pada pinggang yang sakit itu, dan barut baikbaik. Bab ubat sakit pinggang yang datangnya pada waktu malam - "Sang Pekung Gajah" namanya. Ambil daun cekur manis gajah, dan lembayung; ramas, dibuat jaram, dan bubuh mata kunyit sedikit. Perbuat tiga hari. Bab ubat sakit pinggang: Ambil akar dangla yang hitam taruknya, cekur, jerangau, bonglai, dan lada; pipis lumatlumat. Kemudian semburkan pada pinggang yang sakit itu. Bab ubat sakit pinggang: Adapun sakit pinggang itu ada dua bahagi, pertama daripada sendi, dan yang keduanya kerana banyak anzal; sebab mani itu diamnya pada tulang dan sendi; maka akan ubatnya: Ambil minyak lenga, sapukan serata tubuh maka berdiang dekat api. Bab ubat sakit pinggang: Ambil daun tabung abu, pipis lumat-lumat dengan minyak lenga, pukul beri mesra; kemudian gelek, makan tiga pagi. Bab ubat sakit pinggang. Ambil daun gurah, syaratnya dijolok dengan serampang; kemudian pipis dengan kapur tohor, tempelkan pada pinggang yang sakit itu. 60
Bab ubat sakit pinggang: Ambil kulit malapari, pipis dengan mata kunyit dan hujung melukut, tempelkan pada pinggang yang sakit itu. Bab ubat sakit pinggang: Ambil isi buah keras, daun merpuing, mata kunyit, dan hujung melukut, airnya air bermalam, pipis lumat-lumat, tempelkan pada pinggang yang sakit itu. Bab ubat sakit pinggang: Ambil daun lenggundi, bawang putih tujuh ulas, jintan sepengapit tiga jari, buah pala, cengkih tujuh kuntum; pipis lumat-lumat, gelek., ruakau tiga pagi. Bab ubat sakit pinggang: Ambil bawang putih tujuh ulas, jintan hitam tiga jemput, buah pala, dan cengkih tujuh kuntum; pipis lumat-lumat. Minum pagi-pagi. Bab ubat sakit pinggang: Ambil daun lakum, rendang. Kemudian bungkus dengan kain putih, bubuhkan di bawah pinggang dan tidur terlentang di atasnya. Apabila sudah sejuk, rendang semula daun lakum itu. Buat begitu barang tiga hari. Bab ubat sakit pinggang: Ambil akar remunggai, jintan hitam, manjakani, jemuju Khursani, gagang penggaga, ak arakar bunga melur, bunga pekan, bunga tanjung, bunga cempaka, bunga seraya gading, dan bunga tembaga suasa; semuanya itu berat seernas. Sekalian itu rendang, kemudian serkai, campur dengan madu. Sudah itu, tanam selama lima hari; dan kemudian jemur kering-kering, buat makjun. Bab ubat sakit pinggang: Ambil telur ayam tiga biji, buangkan putihnya. Kemudian ambil minyak lenga dua cawan, pukul dengan kuning telur itu, beri minum. Bab ubat sakit pinggang: Ambil jintan hitam, kacu, dan limau nipis; jemur kering-kering, kemudian gelek dengan minyak lenga; makan. Bab ubat sakit pinggang: Ambil daun orang-aring segenggam erat, jintan hitam sedikit, hujung melukut dan mata kunyit; pipis lumat-lumat, tempelkan pada pinggang yang sakit itu. Bab ubat sakit pinggang: Ambil putik limau purut lima biji, putik limau nipis tujuh biji, putik limau kerat lintang tujuh biji, akar ceraka seberat sekalian limau itu, lada seberat tujuh biji buah gorek, jintan hitam seemas, cabai seemas, 61
halia seemas; sekalian ramuan ubat itu jemur kering-kering, kemudian tumbuk hancurkan dengan air madu, dan telan. Bab ubat sakit pinggang, demahnya: Ambil bonglai, temu lawak, temu kunci, lempoyang, dan daun lenggundi; demahkan pada pinggang itu. Bab ubat sakit pinggang: Ambil daun kecubung hitam, daun cucuran atap, hujung melukut dan mata kunyit, airnya air bermalam; pipis. Kemudian tempelkan pada pinggang yang sakit itu. Bab ubat sakit pinggang sama ada lelaki ataupun perempuan: Ambil pulut hitam dengan bawang benggala tujuh atau tiga biji, pipis nipis-nipis, dan lada tujuh biji, tumbuk dengan alu. Syarat menumbuknya hendaklah kita sendiri, atau kanak-kanak yang belum baligh. Makan serbuknya itu hingga tujuh hari.
Berbagai Penyakit Perut Fasal ini pada menyatakan ubat sakit perut senak lalu ke hati: Ambil buah Melaka, rumput manis dan madu; pipis lumat-lumat, hancurkan dengan air, beri minum. Bab ubat sakit perut: Ambil putik nyiur hijau yang merah; paras ekor dan kepalanya, dan ditumbuk. Kemudian perah ambil airnya; bubuh garam jantan sebuku, beri minum. Bab ubat sakit perut: Ambil damar mata kucing, hujung melukut, mata kunyit; giling, ambil airnya dan beri minum. Bab ubat sakit perut: Ambil anak pisang kelat yang belum kembang, bembam beri masak; kemudian ambil airnya seruas jari manis, bubuh jintan hitam sepengapit, beri makan. Bab ubat sakit perut: Ambil air kulit langsat, dan air kulit rambutan; rebus. Kemudian bubuh kaju, jerangau, buah pala, ganti, dan mesui; beri minum. Bab ubat sakit perut yang sudah lama, jadi puru di dalam perut: Ambil limau nipis sebiji, bubuh gara~ Siam sebuku; beri minum. Bab ubat sakit perut: Ambil daun lakum, bawang putih, dan lada sulah; pipis lumat-lumat. Kemudian hangatkan pada api, makan atau sapukan pada perut itu. Bab ubat sakit perut, iaitu jadi besar lemaknya, menyebabkan kembung perut olehnya; kerana itu sentiasa ia dahaga, jadi kum s tubuhnya, tiada kuat makan; apabila ia 62
makan barang sedikit, dirasanya penuh perutnya, seperti kekenyangan. Maka yang demikian itu daripada sakit limpa namanya, maka jadi sakitlah ia. Maka akan ubatnya: Ambil pucuk ara, rendang dengan cuka yang masam hingga masak. Kemudian tapis, beri minum pagi-pagi. Tatkala berubat itu, jangan makan benda yang masin-masin, melainkan benda yang masam atau kelat jua. Bab ubat sakit perut: Ambil pucuk lenggundi tujuh pucuk, maka bacakan Ayat Qursi, berikan ia makan dengan sirih pinang tiga pagi. Bab ubat sakit perut: Ambil nyiur muda yang suduan lagi hijau; kemudian giling sebiji pisang kelat yang tua, dan halia bara; bubuh di dalam air nyiur itu, hangatkan pada api, beri minum. Bab ubat sakit perut: Ambil cendanajanggi, manjakani, buah pala, belerangbang, jaha lawi, putik pisang kelat, dan putik delima; asah semuanya itu, beri minum. Bab ubat sakit perut: Ambil kulit buah delima, kulit buah langsat yang kering, kulit kayu tengar, dan ibu kunyit; maka semuanya itu bembam, kemudian asah, beri minum. Bab ubat sakit perut: Ambil daun lakum dan lada; pipis lumat-lumat. Kemudian perhangatkan pada api, beri makan. Bab ubat sakit perut,jika sudah berpuru di dalam perut: Ambil akar jenuas darah, asah dengan kunyit, beri minum. Bab ubat sakit berpuru di dalam perut: Ambil daun nasinasi, daun peria laut, daun mata landak; giling, bubuh santan sedikit; beri minum. Bab ubat membantut sakit perut: Ambil daun bongor besar yang hijau, perbuat nasi ulam, beri makan; atau digiling ambil airnya beri minum. Bab ubat membantut sakit perut: Ambil daun delima, ujung melukut, jaha gelang, jaha lawi, dan jintan hitam giling dan lumurkan pada perut yang sakit itu. .
Kesungaikan Darah Bab ubat sakit perut buang air berdarah: Ambil minyak lenga hangatkan di dalam belanga. Kemudian bubuh jernang, kacau pada minyak itu. Sudah itu, ambil telur ayam sebiji, bubuh pada minyak itu, beri makan. Bab ubat buang air berdarah: Ambil halia padi dan 63
bawang merah sebiji; giling lumat-lumat, airnya air limau nipis, beri minum. Bab ubat sakit perut kesungaikan darah: Ambil kapur barus; asah, beri minum. Sebahagiannya gosokkan pada perutnya. Bab sakit perut kesungaikan darah: Ambil daun serunai laut, dan daun tulang-tulang; buat sayur, makan tiga pagi. Bab ubat sakit perut kesungaikan darah, nanah: Ambil sarang angkut-angkut, dan bawang putih seulas; asah dengan cuka, sapukan pada perut dan ari-arinya. Bab ubat sakit perut kesungaikan darah: Ambil manjakani dan telur ayam sebiji, buangkan putihnya; kemudian palu dengan manjakani itu hingga keras; telan tiga pagi. Bab ubat kesungaikan darah: Ambil buah pala sebelah, makan dengan temu putih tiga pagi. Bab ubat kesungaikan darah sebab panas: Ambil nyiur hijau, putiknya, cendana janggi, santan nyiur hijau, air didih, dan tanah napal; asah, beri minum. Bab ubat kesungaikan darah: Ambil daun keduduk; rebus, ambil airnya sewaktu petang, beri minum. Bab ubat kesungaikan darah: Ambil kulit bidara, dan kulit ara nanas; tumbok lumat-lumat, dan ambil airnya secawan. Kemudian ambil tanah napal, hancurkan; rendam, heningkan di dalam air tadi beri jernih. Ambil air yangjernih itu, beri minum berulang-ulang. Bab ubat buang airkan darah, atau nanah atau berupa hingus, atau segah, "Kembang cuki" namanya. Akan ubatnya: Ambil jintan hitam berat sepaha, dan jintan putih berat sepaha, buah pala, jemuju, seduayah, dan kemukus berat sepaha, apiun berat sekupang; sekalian itu rendang garinggaring dan pipis lumat-lumat. Setelah itu, serkai dengan kain yang halus. Kemudian ambil minyak lenga dan madu, jerangkan pada api sekira-kira bercampurlah keduanya itu. Sudah itu, bubuh rempah-rempah itu ke dalamnya. Setelah masak, maka angkat. Jika hendak makan dia, gelek sebesar lada sulah, makan pagi petang. Bab ubat kesungaikan darah. Sakit perut itu, malam siang pun panas. Akan ubatnya: Ambil lempoyang tiga hiris, cabai sebiji, pucuk nyarang seruas telunjuk, manjakani sebiji, seduayah sejemput, garam jantan sebuku, dan arang sebuku. 64
Adapun segala rempah-rempah itu, semuanya dibembam dahulu, pipis lumat-lumat; akan airnya air bermalam, minum tiga pagi. Adapun akan pembarutnya, ambil akar ketumbit -dan tengar dan perawas; tempelkan pada perutnya; kemudian tutup dengan daun ati-ati di atas ubat itu, dan daun itu tujuh helai juga, maka barut pula dengan kain. Bab ubat kesungaikan darah: Ambil pucuk delima, putik nyiur, dan manjakani sebiji, kemudian bubuh beras sama banyak. Sekalian itu buat lempeng; bahagi dua, yang setengah makan dan yang setengah lagi giling dengan madu, beri mmum. Bab ubat kesungaikan darah: Ambil santan nyiur hijau, dan ibu kunyit; keduanya itu ambil patinya. Sudah itu, campurkan dengan apiun sedikit, pudi, beri minum. Bab ubat kesungaikan darah: Ambil jintan hitam rendang. Kemudian pudi, campurkan dengan sakar, beri sama berat. Sudah itu gelek dengan minyak sapi; telan sebesar ibu jari. Telan tujuh butir pada sehari. Bab ubat kesungaikan darah: Ambil bunga katangkatang dan bawang merah, pipis ambil airnya, beri minum. Bab ubat sakit perut kesungaikan darah atau nanah: Ambil daun lanang (nona) segenggam erat, ramas dengan buah pisang kelat, hingga jadi minyak, beri minum. Bab ubat budak buang airkan darah: Ambil pinang muda yang penuh isinya, mamah dengan beras dan garam, bubuh pada perutnya. Bab ubat budak sakit perut kesungaikan darah dan tiada boleh diberi makan: Ambil daun saga mas, dilurut penuh segenggam; kemudian ambil tanah liat; giling dengan daun saga itu, beri lumatlumat, tempelkan pada perut budak itu. Bab ubat perut sakit: Ambil jerangau; pipis lumatlumat, hancurkan de rgan air hangat. Minum tiga pagi. Bab ubat perut sakit atau senak: Ambil pisang kelat yang muda; bakar, ambil abunya. Sudah itu ambil daun cucuran atap; rendang, ambil abunya. Semuanya itu pipis lumat-lumat, lumurkan pada perut itu. Bab ubat kembung lagi senak: Ambil beras jangan patah tujuh kali tujuh butir, kulit tengar, jintan hitam, jintan putih, cekur tujuh hiris, bawang merah tiga hiris, mesui tiga hiris, dan buah mata tujuh biji; sekalian itu mamah dengan sirih 65
pinang, semburkan pada tempat yang sakit itu. Jika sakit ariari atau sakit pinggang pun insya-Allah afiat. Bab ubat sakit perut: Ambil jerangau; pipis dengan air hangat, beri minum. Bab ubat sekak atau sawan kembung: Ambil tembikar labu; bakar ambil abunya. Kemudian bubuh cuka nyiur, gosokkan pada perut yang sakit itu, tetapi jangan beri kena pada pusatnya. Bab ubat perut bengkak: Ambil daun hempedu tanah segenggam erat, bawang putih sebiji, giling lumat-lumat dengan air, minum atau lumurkan pada perut itu. Bab ubat sakit yang bergumpal di dalam perut: Ambil daun menjarum putih, akar tapak leman, daun pekan yang bertaruk hitam, bonglai, cekur, ganti, mesui, bawang merah, dan jintan hitam, sekalian itu rebus, beri minum airnya. Bab ubat angin yang bergumpal di dalam perut: Ambil daun telinga kerbau, santan nyiur hijau, kemukus, bunga pala, cengkih, jintan hitam, dan madu; sekalian itu tanak, makan. Bab ubat sakit perut kerana sejuk atau rengat: Ambil akar tampam; makan dengan sirih pinang, atau diasah, beri minum. Bab ubat sakit perut rengat: Ambil daun tampa ringat; giling, bubuh hujung melukut, mata kunyit, dan damar mata kucing, beri minum. Bab memulas perut: Ambil pucuk pisang kelat yang belum kembang lagi bergulung ; putar pulas ambil airnya, beri mmum. Bab ubat sakit perut rengat. Ambil kulit kedondong, dan manjakani; asah, lumurkan di pusatnya. . Bab ubat sakit perut rengat: Ambil temu kunci, halia bara, sulur kunyit, dan bawang merah; giling, lumurkan pada perutnya. Bab ubat memulas perut: Ambil belimbing; hiris nipis nipis, kemudian campurkan dengan pati santan, beri minum tiga pagi. Bab ubat sakit perut memulas lagi rengat: Ambil buah pala, manjakani, lada sebiji, sekalian itu asah beri minum. Bab ubat sendawa berbau masam: Ambil pucuk cekur, dan halia tiga hiris; tumbuk, campur sedikit air, beri minum. 66
Bengkak Perut Fasal ini menyatakan ubat perut bengkak: Ambil garam, isi nyiur kering, jerangau, bawang putih, bawang merah, dan me sui; makan dengan sirih pinang; airnya sapukan pada perut yang bengkak itu. Bab ubat perut bengkak yang berkaca-kaca rupanya, bernafas pun lelah, kulit perutnya pun berurat-urat, hijau warnanya. Akan ubatnya: Ambil susu kambing yang baru diperah, minum setiap hari. Bab ubat ditempelkan pada perut yang bengkak di dalam: Ambil daun keman, daun kangkung, daun kiambang, daun telepuk keduanya (yang merah dan yang putih), daun teratai, daun pati bendang, daun putarwali licin, daun putarwali benar, dan bonglai; sekalian itu pipis lumat-lumat, hangatkan pada api. Kemudian tempelkan pada serata tempat yang sakit itu. Bab ubat bengkak perut: Ambil bonglai dan kunyit; bembam di api. Kemudian ambil halia, lengkuas, jintan kedua, buah pala, cabai, lada sulah, dan sirih tiga helai; sekalian itu pipis lumatlumat, gentel sebesar biji kapas, telan tiga kali sehari. Bab ubat penyakit di dalam perut, atau senak, atau bengkak: Ambil bawang putih, cengkih, akar ceraka, lada sama banyak; sekalian itu giling lumat-lumat; telan. Bab ubat bengkak perut atau senak. Ambil daun lenggundi, buah pala, bawang kedua, jintan kedua, lada sulah tujuh biji, bonglai, dan halia bara; sekalian itu giling, kemudian gentel, telan tiga biji pada sehari. Bab ubat bengkak perut: Ambil buah pala, bunga pala, buah pelaga, cengkih, jintan kedua, lengkuas, lada sulah, halia, cabai, ganti, dan mesui; sekalian itu ambil sama banyak, giling lumatlumat, kemudian bedakkan. Bab ubat bengkak di dalam perut: Ambil akar minyakminyak, akar sekati lima dan kulit pauh; asah, beri minum. Bab ubat bengkak perut: Ambil daun saga dan nasi dingin; pipis lumat-lumat, airnya cuka masam; tempelkan pada perut yang bengkak itu. Bab ubat bengkak perut: Ambil daun lenggundi, buah mclada, bawang merah, bawang putih, jintan kedua, lada 67
tujuh biji, bonglai, dan halia bara; sekalian itu giling lumatlumat, beri telan tujuh butir.
Rejan dan Cirit-cirit Bab ubat rejan, yakni sakit perut buang-buang air: Ambil pucuk, manjakani, buah pala, jerangau, kulit tengar, putik nyiur, kedekai dan apiun; semuanya itu asah dengan air didih, beri minum. Bab ubat rejan: Ambil buah manjakani, pipis dengan air didih, beri lumat-lumat, beri minum. Bab ubat rejan: Ambil daun pulut-pulut, pipis ambil patinya seruas jari. Kemudian bubuh minyak lenga tiga titik, minum tiga pagi. Bab ubat rejan: Ambil buah pala sebiji; korek, buang isinya, bubuh embalau ke dalam buah pala itu, hangatkan pada api; makan dengan sirih pinang. Bab ubat sakit perut cirit-cirit: Ambil daun rambai segenggam erat, dan beras segenggam erat; rendang. Kemudian pipis lumat-lumat, buat lempeng, beri makan. Fasal ini pada menyatakan ubat cerah, yakni cirit-birit; Ambil kulit sentul, asah dengan ibu kunyit, beri minum. Bab ubat cerahkan darah: Ambil air umbi pisang kelat, beri minum. Bab ubat cerah rengat: Ambil lada, lengkuas, bonglai, dan halia; semuanya itu rendang, dan buah pala di bembam. Sekalian itu giling lumat-lumat, kemudian masak dengan madu, telan. Bab ubat cerah rengat panas: Ambil buah pisang kelat yang muda, dan tanah liat; giling, dan tempelkan pada perutnya. Bab ubat cerah: Ambil isi sesalang besar: asah, beri mmum. Bab ubat tiada boleh ke sungai: Ambil jadam sebesar hujungjari, telan. Bab ubat budak tidak boleh kesungai: Ambil hempedu kambing, bubuhkan pada pusatnya. Bab ubat tiada boleh ke sungai: Ambil jemuju, jintan hitam, buah pala, cengkih, pucuk, manjakani, hujung melukut; semuanya itu pipis lumat-lumat. Ambil nyiur sebiji, kukur; kemudian ramas, jangan masukkan air, ambil patinya
68
pada tiga cawan, beri minum; nescaya keluar najisnya. Bab ubat supaya mudah ke sungai. Ambil akar ceraka, putarwali, dan pucuk tebu merah; tumbuk lumat-lumat, ambil airnya, beri minum jikalau demam-demam air pun baik juga. Bab tiada boleh ke sungai besar, atau ke sungai kecil: Ambil cuka dan sarang angkut-angkut, dan bawang seulas; pipis semuanya lumat-lumat. Kemudian lumurkan pada ariari, tetapi jangan kena pada pusat, nescaya keluar najisnya. Bab ubat tiada boleh ke sungai besar dan seni: Ambil kunyit, lempoyang, bonglai, bawang kedua, sekalian itu sama banyak, dan air asam limau cembul; giling, bubuh garam sedikit. Kemudian dimasak, beri susut sedikit airnya, beri mmum, Bab ubat tiada boleh ke sungai besar atau kecil: Ambil kunyit; tumbuk, ambil airnya seruas jari. Kemudian ambil jadam barang sedikit, asah pada air kunyit itu, beri minum.
69
X PENYAKIT KARANG DAN KENCING DARAB FASAL pada menyatakan ubat karang. Maka akan ubatnya: Ambil sulur pandan; bakar, ambil abunya. Kemudian campurkan dengan gulajawa, minum tiga pagi. Bab ubat karang. Ambil daun dan akar tuka; pipis lumat-lumat, tempelkan pada ari-ari, dan akarnya makan dengan sirih pinang. Bab ubat karang. Ambil lembayung sejengkal; gulai dengan minyak lenga, makan. Bab ubat karang. Ambil kapur buluh (kapur tulis) asah dengan limau nipis, beri minum tujuh hari. Bab ubat karang. Ambil birah hitam, jerangau, dan bawang putih tunggal, pipis lumat-lumat, gelek, telan tiga pagI. Bab ubat karang. Ambil buah belimbing keris, serta kulit, daun, bunga, dan akarnya, pipis lumat-lumat, campurkan dengan pati santan, bubuh dalam mangkuk sebanyak tiga ruas jari telunjuk, beri minum. Bab ubat karang. Ambil seduayah, buah pala, dan akar beluntas; pipis lumat-lumat. Kemudian masukkan ke dalam nyiur hijau yang ingusan. Sudah itu, tutup dengan tanah liat, dan bakar. Kemudian minum airnya, dan makan isinya. Bab ubat karang. Ambil daun gandarusa, hujung melukut, mata kunyit, dan air bermalam: giling semua itu, ambil 70
patinya seruas telunjuk, minum tiga pagi. Sudah minum itu, makan nasi rendam. Bab ubat karang perempuan bernanah. Ambil manjakani tujuh biji, cengkih tujuh kuntum, kacu sedikit, kedekai tiga biji, nyiur, dan ibu kunyit tiga buku; pipis lumat-lumat. Kemudian campurkan dengan air sepang dan kapur barus; makan tiga hari pagi petang. Bab ubat karang. Ambil daun pitis-pitis, nyiur, buah melaka yang kering dibakar, adas, pulasari, dan bawang di bembam; sekalian itu digiling lumat-lumat, tempelkan pada an-annya. Bab ubat karang. Ambil buah melaka yang kering secupak; rebus. Kemudian embunkan waktu subuh. Sudah itu campur dengan sakar dan minyak sapi secawan, beri minum pagi-pagi. Bab ubat karang. Ambil daun gandarusa, mata kunyit, dan hujung melukut; pipis dengan air bermalam ambil patinya, beri minum tiga pagi. Bab ubat karang. Ambil daun limau nipis, daun gandarusa taruk hitam, daun kecubung hitam, jintan hitam, cengkih, dan masukkan juga lada; mamah semuanya. Kemudian semburkan pada ariarinya. Bab ubat karang. Ambil daun nyarang songsang, giling; bubuh jintan hitam sejemput dan bonglai tiga hiris, bawang putih tiga ulas, hancurkan dengan air. Kemudian tapis di dalam cawan, ambil patinya kira-kira seruas jari manis. Hampasnya itu hancurkan dengan air, lumurkan pada ariarinya, dan airnya beri minum tiga pagi. Bab ubat karang. Ambil buah mengkudu muda yang besar, dan bawang tiga ulas; tumbuk. Kemudian bubuh adas manis sejemput, hancurkan dengan santan nyiur hijau - jangan masuk air benar - tapis kira-kira seruas jari, minum tiga pagi. Bagi ubat luarnya pula, ambil daun mata rimau segenggam erat, kerat ekor kepalanya; bubuh bonglai tiga hiris, ujung melukut, dan mata kunyit; hancurkan dengan air, sapukan dengan bulu ayam pada ari-arinya. Bab ubat mengelakkan supaya jangan jadi karang. Ambil akar birah hitam; jemur beri keringkering. Setelah kering, makan dengan sirih pinang setiap hari, mustajab. Jika ada 71
karangnya, nescaya segera keluar, dan syahwat pun bertambah baik.
Kencing Darah Fasal ini pada menyatakan ubat kencingkan darah. Ambil buah pala; belah tujuh. Kemudian ambil lidi tujuh bilah, cucukkan ketujuh belah buah pala itu kepada lidi-lidi itu. Sudah itu, celupkan pada minyak lenga hingga tujuh kali berturut-turut/ Kemudian pipis dengan apiun dan air madu, telan. Bab buang air seni berdarah. Ambil manjakani, kulit langsat, putik delima dan cendana janggi; sekalian itu asah dengan air didih, minum tiga pagi. Bab ubat kencingkan darah atau batuan: Ambil buah pala, seduayah, akar beluntas; giling. Sudah itu, masukkan ke dalam nyiur hijau yang ingusan. Kemudian tutup dengan tanah bakar; minum pagi-pagi. Bab ubat cahar ke sungai seni: Ambil nyiur sebelah dan asam belimbing keris sepuluh biji; nyiur itu dikukur dan ramas dengan belimbing itu. Bubuh sendawa barang sejemput, beri minum, nescaya cabar. Bab ubat dedas, yakni rasa tak puas kencing: Ambil daun ketumbit tujuh helai, daun keduduk tujuh helai, lada sulah tujuh biji, dan bawang tujuh ulas, semuanya itu pipis lumat-lumat, tempelkan pada ari-arinya. Bab ubat dedas, yakni rasa tak puas kencing: Ambil seketul bata bakar beri hangat-hangat; sedang hangat angkat, kemudian kencing pada batu itu. Bab ubat pembasuh zakar lemah pun baik. Ambil bonglai yang menahun, tiga tahun lamanya; pipis, ambil airnya secawan. kemudian ambil telur ayam hitam sebiji, pecahkan, dan campurkan dengan air bonglai itu, beri minum tiga pagI. Bab ubat sakit ari-ari. Ambil daun mengkudu, tumbuk. Kemudian ramas dengan pati santan, beri minum. Bab ubat sakit ari-ari. Ambil jerangau; giling lumatlumat, tempelkan pada ari-ari itu.
72
XI BAWASIR, BURUT, UNTUT, PENCAHAR Penyakit Bawasir FASAL ini pada menyatakan isyarat, yakni petua membantut bawasir. Tatkala buang air besar, ketika bertinggung membuang air itu, maka tumbuk lutut kita kiri, kanan, dengan tangan. Pada sekali tumbuk itu, sertakan dengan gerakan segala urat dubur kita itu kendur, maka buanglah air. Setelah buang air, maka naikkan dengan sir kita kepada pusat. Bab ubat bawasir yang sudah keluar juburnya: Ambil isi birah hitam dan pucuknya, birah burung yang hitam dan pucuknya, isi kilor dan pucuknya, dan isi keladi puyuh dan pucuknya; sekalian itu tumbuk. Kemudian ambil tungku; bakar hangat-hangat, bubuhkan segala ubat itu pada tungku itu, tuamkan berulang-ulang pada jubur yang keluar itu. Bab ubat bawasir. Ambil hempedu ayam betina, hempedu landak, nyiur, tawas yang diasah; kemudian ambil kuning telur, jangan campur putihnya, pukul dengan ubat itu. Sudah itu, embunkan, pagi-pagi minum. Pantangnya, jangan makan benda yang dibakar. Bab ubat bawasir. Ambil lada sulah tujuh biji, bawang putih tujuh ulas, dan kunyit; pipis; perah ambil patinya. Minum tiga pagi. Bab ubat bawasir. Ambil akar ceraka seheling; keringkan, kemudian tumbuk dan serkai. Sudah itu, ambil lada secawan, jintan hitam setengah cawan dan cabai tujuh biji. 73
Sekalian itu tumbuk. Kemudian, ambil pula garam Siam tiga buku dan ayam selasih seekor, sembelih. Sekalian rempah itu isi ke dalam perut ayam itu; rebus, airnya secupak tinggal seheling dan makan; dan airnya minum. Bab ubat bawasir. Ambil daun mali air, hujung melukut dan ma ta kunyit; giling ambil patinya, beri minum. Bab ubat bawasir. Ambil kelembak, asah seru as telunjuk, campurkan dengan air mawar; minum tiga pagi. Bab ubat bawasir atau sembelit pun baik. Ambil air putarwali seheling, garam Siam segenggam, air lengkuas seheling, dan akar ceraka sedikit; sekalian itu dimasak, sehingga tinggal seheling. Kemudian minum sedikit-sedikit. Jika cahar sangat, kurangkan sedikit makannya, insyaAllah mati dengan ibunya wasir itu. Bab ubat keluar jubur sebab daripada wasir atau lainnya. Ambil daun sentul, bubuh di atas tungku hangat, tuamkan padajubur itu.
Burut Fasal ini pada menyatakan ubat burut: Ambil daun suntang segenggam erat; rebus tiga pagi. Picit urat dengan daun yang direbus itu, dan airnya minum tiga pagi. Bab ubat burut. Ambil daun tembaga suasa tiga helai, sapukan minyak lenga; kemudian layurkan pada api. Sudah itu, percawatkan pada burut itu tiga hari. Bab ubat burut. Ambil buah bulangan yang masak tiga biji; ambil airnya, pudi dengan kapur, barutkan pada burut itu. Akar bulangan itu makan dengan sirih pinang. Bab ubat burut. Ambil darah katak, sapukan pada burut itu. Bab ubat burut. Ambil buah beluru gajah tujuh biji, bembam ketujuh-tujuhnya. Kemudian ambil satu-satu tuamkan pada burut itu. Sudah itu, ambil isinya, dan ambil jerangau, bawang putih, jintan hitam, pipis lumat-lumat, campur dengan air, minum tujuh hari. Bab ubat burut: Ambil bawang putih, jerangau, biji maman, dan cabai; sekalian itu jemur kering-kering, tumbuk lumat-lumat. Kemudian masak dengan madu, makan. Bab ubat demam burut. Ambil daun keladi, daun tapak kuda, garam, dan abu; demahkan. 74
Bab ubat gajah-gajahan: Ambil lada segenggam erat dan bara api, maka pipis dengan air, gosokkan pada perutnya. Bab ubat burut: Ambil daun asam susur segenggam erat, mata kunyit, dan hujung melukut, tempelkan pada burut itu. Kemudian barut dengan pucuk pisang kelat, bungkus. Bab ubat bengkak "batu kota" atau sudah pecah: Ambil sumbu badak; jika tiada, gerahamnya boleh juga, dan gading gajah, tanduk kerbau, dan tanduk lembu, sekalian itu asah dengan air limau nipis, sapukan pada bengkak itu. Bab ubat bengkak "batu kota": Ambil jadam dengan bawang putih, asah, lumurkan. Bab ubat bengkak "batu kota". Ambil bonglai, cekur, buah pelaga, manjakani, cengkih dan teras api-api; asah airnya cuka, lumurkan. Bab ubat bengkak "batu kota" budak. Ambil buah terung perat tiga biji; ambil sebiji dahulu, gelekkan pada buah pelir itu. Sudah itu, katuk terung itu. Kemudian asap pada jelaga damar maka gelek pula, sampai tiga kali pada sebiji itu. Sudah itu pada hari yang kedua, buat pula pada sebiji lagi, dan pada hari yang ketiga sebiji pula; demikian juga diperbuat sampai tiga hari, maka genaplah, insya-Allah taala afiat.
Untut Fasal ini menyatakan ubat untut. Ambil daun maman, maka rebus dengan cuka dan bubuh kapur tohor. Sudah itu, barutkan pada kaki itu dengan daun mengkudu. Kemudian barut itu, balut pula di luarnya dengan perca putih. Bab ubat untut: Ambil asam paya; rendang. Sudah itu, pipis lumat-lumat, ambil arangnya sesukat, dan garam dua sukat; tetapi bebat dahulu kaki itu dengan daun kelemoyang sehingga lutut datang pada jari kaki. Bebatan itu daripada waktu pohon petang hingga habis siang. Kemudian bubuhlah ubat itu, barut juga selama tiga hari. Bab ubat untut. Ambil daun lakum dan minyak lenga secupak; pipis lumat-lumat, barutkan tujuh hari. Bab ubat untut: Ambil daun tembaga suasa tujuh helai dan bunganya tujuh kuntum, sunti halia padi tujuh hiris, lada sulah tujuh biji, dan cabai tujuh biji; semuanya itu rebus dalam periuk baru. Hangatkan, yakni diang kaki itu, kemu75
dian barut kan kaki itu dengan daun tembaga su asa. Periuknya gantung dengan benang pancawarna. Bab ubat untut. Ambil lada seheling, dan rempah-rempah sama banyak dengan lada itu; hangatkan. Sudah itu, pipis dengan cuka. Kemudian bubuh dalam belanga, masak hingga kira-kira tinggal sebahagi. Ambil ubat itu pupukkan pada kaki, dan di luarnya barut pula dengan daun tembaga suasa, ikat beri kedap-kedap. Sudah itu, ambil garam Siam bubuh pada perca kain, diang pada api bara tempurung, dan dituamkan kaki itu. Apabila sudah sejuk hangatkan semula. Bab ubat untut basal: Ambil akar rernunggai, buah bulangan, kunyit, dan kapur tohor; sekaliannya itu pipis dengan menggunakan air cuka masam, bedakkan. Bab ubat sembelit yang turun ke kaki. Ambil daun tarum, daun telinga kerbau, daun serunai, dan daun benalu api, semuanya sama banyak, dan kapur tohor; sekalian itu giling beri lumat-lumat, hancurkan dengan air. Sudah itu, bubuh dalam belanga, jerangkan pada api. Apabila ia mendidih, ambil buihnya yang seperti kepala minyak itu, bubuh dalam satu bekas. Kemudian lumur kan pada tempat yang sakit itu, barutkan selama tiga hari;jangan dibuka danjangan kena angin dan air. Tiga hari lagi bubuh demikian itu juga.
Pencahar Fasal ini pada menyatakan ubat pencahar bagi orang berpenyakit di dalam tubuh, atau berat tubuhnya, supaya menjadi ringan. Pertama ambil biji cengkian atau cemekian, barang dua ulas, buangkan matanya, dan sunti halia padi sama berat timbang kedua-duanya itu; pipis keduanya itu, telan. Sudah itu minumlah air hangat sekadar kuasa, nescaya jadi caharlah. Barangkali kerana sangat daif, ambillah beras segenggam erat dan lada setengah genggam; pipis, buat kanji, tetapi jangan masukkan garam, minum; nescaya berhentilah cahar olehnya. Bab ubat cahar. Ambil ketumbar ataupun kemukus sebujur tapak tangan, bawang kedua selabu-selabu, atau dua tiga ulas, dan halia kedua; rebus. Sudah itu minum barang seruas jari, insyaAllah jadi cahar. Bab ubat cahar. Ambil jemuju kedua, dan jintan kedua, 76
buah pala, cengkih, pucuk, manjakani, dan hujung melukut; pipis, minum dengan pati santan tiga cawan, jangan campur air, nescaya cabar. Tatkala sudah cahar, maka ambil garam segenggam erat, bubuh dalam nyiur suduan, minum. Sudah itu, ambil banglai dan kunyit, tumbuk dan perah ambil patinya, minum; insya-Allah berhenti cahar olehnya. Bab ubat pencahar. Ambil buah cengkian tiga ulas, tiaptiap se ulas belah dua, jadi enam; buangkan pulur. Kemudian buangkan sebelah; tinggal lagi lima. Sudah itu, ambil halia tiga hiris dan bawang putih tiga ulas; sekalian itu giling lumat-lumat, tusukkan ke dalam pisang, telan pagi-pagi, nescaya cahar. Jikalau terlalu sangat cahamya, tiada tertanggung, makanlah penawar. Akan penawarnya, makan beras direndang. Jika tiada juga patah, minumlah air nyiur muda; tetapi jika dirasa boleh tertahan, jangan makan penawar itu. Bab ubat cahar. Ambil nyiur hijau sebelah; kukur dan perah, jangan bubuh air. Setelah sudah, masak beri jadi minyak. Kemudian ambil pula yang sebelah lagi itu, kukur dan perah, jangan bubuh air; maka campurkan dengan minyak itu, makanlah, nescaya cahar olehnya.
Cika Fasal ini pada menyatakan ubat cika. Ambil lengkuas ranting; asah, beri minum. Bab ubat cika. Ambil umbi serai benar; tumbuk dan perah ambil airnya. Kemudian bubuh garam jantan, beri mmum, Bab ubat cika. Jika cika itu jadi pada siang hari, ambil duri landak; asah putihnya, beri minum. Jika cika itu jadi pada waktu malam, hitamnya diasahkan, beri minum. Bab ubat cika. Ambil tempurung; bakar. Kemudian ambil lada sulah tujuh biji, campurkan dengan arang tempurung itu, giling lumat-lumat, bubuh air sedikit, kemudian bubuh pada hulu hati orang sakit itu. Bab ubat cika. Ambil ketumbar dan halia kering; giling lumat-lumat, gelek, dan telan. Bab ubat cika. Ambil garam dan jerangau; giling lumatlumat, hancurkan dengan air hangat, beri minum. 77
Bab ubat cika. Ambil sekam; ramas dengan air, tapis ambil airnya barang secawan. Kemudian giling bawang, lada, halia dan kapur barus sedikit, hancurkan dengan air sekam itu, beri minum. 78
XII BERBAGAI PENYAKIT ANGIN ASAL ini pada menyatakan ubat berbagai penyakit angin yang menjadikan idapan pada manusia. Sekalian tabib itu hendaklah kenal akan penyakit di dalam tubuh manusia, seperti angin atau lain-lainnya. Asal penyakit angin itu, sekaliannya dengan sesuatu yang bernama "Geruitan". Maka lihatlah angin itu, ia yang memberi cirit dan rnenjadi lendir. Tiada diberinya makan nasi; maka yang kelaparan, hendak makan benda yang lemak manis' dan yang hanyir-hanyir. Apabila umur penyakit itu sampai kepada sembilan bulan, maka payahlah hendak diubati. Adapun ubatnya itu: Ambil tebu gajah, daun budi yang tiada berekor, akar pisang kelat, akar teja jantan, lenggundi, daun maja, dan daun kekosan. Sekalian ramuan ubat itu sama banyak, dan jadikan serbuk. Sudah itu, ambil buah pala berat sepaha, cabai berat setengah tahil, buah gorek berat setahil, biji se sawi berat setahil, dan bawang putih berat setengah tahil. Sekalian itu jadikan serbuk, bancuh dengan serbuk tadi, dan hancurkan dengan madu. Kemudian gentel sebesar buah bidara sebanyak dua puluh lima butir; maka telan berturut-turut selama lima hari, yakni lima biji pada sehari; insya-Allah afiat. Bab ubat sakit angin. Ambil jintan kedua, buah pala, bunga pala, cabai, kemukus, sunti halia, jadam, cengkih, adas pedas, jemuju, buah pelaga, cendana janggi, dan jerangau. Se79
kalian itu serkai, serbukkan dahulu, dan bancuh dengan madu, kemudian gentel, dan telan. Bab ubat melegakan angin yang di dalam perut, dan hendak mengeluarkan angin di dalam sarir (badan) manusia. Ambil halia tujuh hiris, lada sulah lima belas butir, garam sebuku; pipis lumatlumat, gelek jadikan tiga biji. Makan ketigatiganya, insya-Allah segera sembuh, keluar angin itu. Bab ubat melegakan angin yang menyengkak dan senak di seluruh tubuh manusia. Ambil kapur barus, akar kara, pijar, jerangau, lada sulah, sunti halia, cabai, dan kepulaga; sekalian itu tumbuk lumat-lumat. Sudah itu, serkai; taruh baikbaik. Apakala berasa sakit, maka hancurkan dengan air hangat, minum; insya-Allah hilanglah penyakit itu. Bab ubat sakit angin yang berkumpul di dada, atau dilingkaran pusat, dan naik mencucukcucuk. Akan ubatnya, ambil buah pala, bunga pala, akar kara, inggu, jemuju, putarwali, akar ceraka, sunti halia, bawang putih, dan lada sulah; sekalian itu giling beri lumat-lumat. Sudah itu campurkan dengan air madu dan minyak sapi. Maka semuanya itu berat setahil. Sudah dicampurkan, giling, dan telan pagi petang; insya-Allah hilanglah penyakit itu. Bab ubat sakit angin. Ambil kunyit dan bonglai, lempoyang, bawang merah, bawang putih, air limau nipis, dan garam; pipis beri lumat-lumat. Kemudian jerang ke api, beri hangat-hangat. Sudah itu, persejukkan sekadar suam-suam kuku. Kemudian lumurkan pada perut yang sakit itu, nescaya segera jua hilang segala senak dan sengkak itu. Bab ubat membuang angin yang mencucuk-cucuk, menikam pada rusuk dan lambung belikat dan pada hulu hati dan perut, atau senak dan sakit pada seluruh tubuh. Ambil buah pala-dan kepulaga, cengkih, jintan kedua, daun lenggundi, lada sulah, cabai, ganti, dan biji sesawi; sekalian itu ambil sama berat, giling lumat-lumat. Sudah itu pupukkan pada tempat yang sakit itu, insya-Allah segera jua hilang sakitnya. Bab ubat sakit angin yang senak dan sengkak, tiada boleh bernyawa. Ambil bawang putih tujuh labu, buangkan pulurnya, dan lada sulah tujuh puluh biji; maka giling keduanya lumat-lumat. Sudah itu, gelek dan telan. Bab ubat sakit angin yang senak dan menikam. Ambil 80
daun sudu-sudu jantan, layur di api. Sudah di layur, maka ramas, perah ambil airnya. Kemudian ambil beras pulut dan beras benar sama banyak, rendang, beri hangus-hangus. Sudah itu, perlumatkan; maka hancurkan dengan air daun sudu-sudu itu,lumurkan pada tempat yang sakit, atau tempat yang tiada sakit pun lumurkan juga. Jika tiada banyak pun lumurkan juga pada pinggang dan pada kedua belah tangannya. Bab ubat sakit angin bercampur dengan balgam. Ambil putarwali, daun suntang, ketumbar, akar ekor tupai, dan cendana putih. semuanya sama banyak, rebus, beri minum. Bab ubat sakit angin. Ambil jemuju, jintan, lada sulah, cabai, dan bawang putih; sekalian itu jadikan serbuk. Kemudian hancurkan dengan telur ayam hitam beri minum tiga pagi atau tujuh pagi. Bab ubat sakit angin. Ambil isi keladi puyuh, ganti, lada, sunti halia, temu pauh, buah kaduk dan akarnya, akar cendera hitam, dan garam Hermoz; sekalian itu jadikan serbuk. Kemudian hancurkan dengan air hangat, minum tiga pagi atau tujuh pagi, insya-Allah penyakit itu hilang olehnya. Bab ubat penyakit angin di dalam perut, berbunyi atau segah. Ambil daun lenggundi ; tumbuk ambil airnya. Kemudian pudi dengan lada sepuluh biji, bubuh garam sedikit, minum tiga pagi.
Angin Besar di Dalam Tubuh Bab ubat sakit angin yang besar di dalam tubuh. Ambil buah beraksa atau akarnya, kulit maja, akar kaduk, kulit jaha lawi, sunti halia, dan bawang putih; sudah itu ambil air tiga heling, bubuh bersama dengan ramuan ubat itu ke dalam periuk, jerang ke api. Airnya tiga heling, masak hingga tinggal seheling; beri minum. Bab ubat penyakit angin, barang sakit atau bengkak, atau barah, atau sakit tubuh, atau puru, atau sakit di dalam perut, atau sengal di dalam tulang, atau barang sebagainya. Ambil garam cina, jintan hitam, jintan putih, lada hitam, dan buah pala sebelah; sekalian itu jadikan serbuk. Kemudian pudi dengan air madu dan minyak sapi, maka diperbuat seperti makjun. Adapun segala ramuan dan rempah-rempah itu semuanya sama banyak sukatnya, melainkan buah pala itu 81
ikut mana patut dengan rempah-rempah itu. Makan sebesar buah bidara pagi-pagi. Bab ubat angin atau medu, atau balgam bercampur, menyebabkan pemandangan berpusing-pusing, kelam dan kering leher, dan berasa seram-seram, tiada boleh makan nasi. Maka inilah ubatnya: Ambil lenggundi, akar dewa raja, lada, bawang, halia, dan akar beraksa sama banyak, rebus, beri mmum, Bab ubat mengeluarkan angin di dalam perut atau di dalam dada. Ambil jadam; giling dengan lada sulah, telan. Jika ditambah dengan halia, jadi lebih baik lagi. Bab ubat penyakit angin, yang menyebabkan mati sebelah tubuh, atau sebelah kepala, atau mati kaki tangan, atau terbeliak mata, atau herut mulut. Ambil susu lembu, air tebu merah, asam cemekian; semuanya itu rebus. Kemudian tangaskan pada segala tubuh orang sakit itu. Bab ubat boreh membuang angin yang mencucuk pada rusuk dan lambung belikat, atau pada hulu hati, atau perut senak, atau sakit seluruh "tubuh. Ambil buah pala dan bunga pala, kepulaga, jintan putih, lengkuas, lada sulah, halia, cabai, ganti, biji mata; sekalian itu sama banyak; giling semuanya itu, buat boreh, kemudian bedakkan pada orang sakit itu. Bab ubat tangas di dalam tubuh. Ambil halia, hiris kirakira seheling banyaknya, bubuh di dalam periuk. Kemudian bubuh madu seheling, dan air benar setengah heling, maka rebus perlahan-lahan, sekirakira susut setengah bahagian, barulah angkat, minum tiga hari, tatkala haus air, minum air ubat itu juga, jangan minum air benar. Bab ubat angin yang bergumpal di dalam perut, kerap jadi cika, atau kerap jadi esak atau batuk. Ambil inggu, garam, sunti halia, cabai, akar ceraka, akar kaduk dan buahnya, dan jintan kedua; semuanya itu sama banyak; semuanya itu jadikan serbuk dan hancurkan dengan air hangat. Beri minum kira-kira secawan telur pagi-pagi. Bab ubat angin yang mencucuk-cucuk, menikam. 'Ambil daun sudu-sudu jantan; layur pada api, kemudian ramas ambil airnya. Sudah itu, ambil pula beras pulut hitam, dan beras benar; rendang, beri hangus. Kemudian giling lumat-lumat, hancurkan dengan air sudu-sudu itu, bubuh kan pada tempat yang sakit itu. 82
Bab ubat nafas berbau busuk tatkala berkata-kata demikian juga bau tubuhnya. Akan ubatnya: ambil bawang putih dan bunga lawang; pipis lumat-lumat, kemudian bubuh air madu. Makan dia tiga pagi sebelum makan nasi, nescaya hilanglah bau itu olehnya, dan jadi harum pula bau mulutnya. Bab ubat orang loya atau mual. Ambil jintan kedua, sunti halia, kapur barus, dan garam Hermoz: semuanya itu sama berat; semuanya itu giling lumat-lumat. Kemudian gelek dengan madu sebesar buah melaka, makan pagi petang. Bab ubat perut, iaitu sakit jantung dengan berbagai penyakitnya. Akan ubatnya: Ambil sakar dan bunga lawang, pipis keduanya lumat-lumat. Kemudian bubuh ke dalam susu lembu atau susu kambing, minum pagi petang. Bab ubat penyakit "naga balan". Ambil beras jangan patah tujuh kali tujuh butir, cekur tujuh hiris, buah mata tujuh biji; mamah dengan sirih bertemu urat dan pinang, semburkan. Bab ubat naga balan. Ambil cabai, lada sulah, bawang putih, dan sunti halia; semuanya itu giling lumat-lumat. Kemudian bubuh madu sekira-kira boleh digentel, telan. Bab ubat penyakit hidap, Ambil daun riang-riang; tumbuk lumat-lumat dengan kapur tohor, buat pais. Kemudian barutkan pada tempat yang sakit itu. Bab ubat penyakit hidap. Ambil batang sudu-sudu dan garam; pipis lumat-lumat, airnya cuka masam, beri minum. Bab ubat penyakit hidap. Ambil daun hempedu tanah; pipis, airnya cuka masam, minum tiga pagi. Bab ubat penyakit hidap. Ambil johar hitam sebujur tapak tangan, bubuh dalam cuka masam, minum tiga pagi. Bab ubat sejenis penyakit yang perangainya ingin makan hingga kenyang; dalam kekenyangannya itu berkehendak juga akan makanan. Maka ubatnya: Ambil air limau kapas, minum dengan sakar batu, minum pagi petang. Pantangnya jangan makan benda yang sejuk-sejuk. Bab ubat yang banyak khasiatnya pada tubuh, barang sakit pun, insya-Allah akan sembuh olehnya: Ambil seekor ayam dara, tambat. Kemudian ambil inggu gaulkan dengan padi, beri makan pada ayam itu, sehinggalah tahi ayam itu pun baunya seperti bau inggu. Sudah itu, maka sembelih ayam itu, buangkan perutnya. Kemudian ambil akar ceraka 83
dan segala rempah-rempah, bubuhkan ke dalam perut ayam itu, lalu kukus. Sudah masak, makan pagi-pagi; terlalu banyak khasiatnya. Bab ubat syarat makan ambar, supaya sihat tubuh, dan segala penyakit pun hilang olehnya. Ambil ambar; kemudian masakkan air hangat. Sudah itu, masukkan air hangat itu ke dalam cawan dan bubuh ambar itu ke dalamnya. Kemudian lenyek-Ienyek ambar itu beri hancur, dan minum. Jika boleh jadi istikmalkan, terlalu banyak khasiatnya pada tubuh; jika tiada boleh banyak, maka istikmalkanlah barang yang bolehnya. 84
XIII PENYAKIT LENGUH LUMPUH, BARAH FASAL pada menyatakan ubat penyakit lenguh lumpuh dan sakit sendi tulang. Akan ubatnya: Ambil daun maja, daun lenggundi, daun suntang, daun saga, putik dan daun capa, daun cermai, dan buah pala, cabai dan halba - tiga perkara ini beratnya setengah tahil pada seperkara - dan halia, lekar hutan, keladi puyuh, bawang kedua, dan lada sulah; sekalian itu giling lumat-lumat, hancurkan dengan air madu, maka makan sebesar jari manis pada sehari. Bab ubat lenguh lumpuh, sakit tubuh dan kaki tangan; apakala berjijak atau terpijak pada sesuatu, seperti duri manikam rasa sakitnya; dan apakala tersentuh kaki tangan, terasa sakit dan sengal. Maka akan ubatnya: Ambil burung dak rumah (pipit genting) sembelih; kemudian panggang beri kering-kering. Sudah itu, serbuk habis-habis. Setelah sudah, ambil rempah-rempah, pertama halba, jintan kedua, adas, cabai, buah pala, cengkih, manjakani, dan bawang. Sekalian itu giling lumat-lumat, gaulkan dengan abu daging burung itu. Sudah itu, perbuat rokok, isap seperti menghisap rokok tembakau. Bab ubat lenguh lumpuh atau sakit sendi tulang, sakit angin pun baik juga. Pertamanya ambil akar nyiur, akar pinang, sundak lalang, kulit buah delima, sulur bonglai, ibu kunyit, akar merbau sebelah matahari naik, dan buah pala; sekalian itu rebus dengan air tiga heling, beri susut hingga sehding, dan minum. 85
Bab ubat yang disemburkan pada penyakit lenguh, atau mati kaki tangan, atau mati sebelah tubuh. Ambil akar cabai, akar lada, akar sirih, akar kaduk, lada sulah sembilan biji daun delima, daun limau nipis, daun nyarang songsang, cekur dan jerangau; maka mamah dan semburkan dengan sirih pinang di serata tempat yang lenguh lumpuh itu. Kemudian barutkan. Bab ubat lenguh lumpuh atau sengal-sengal kaki tangan, atau di sekalian tubuh. Ambil buah pala sebiji bahagi empat, cengkih, jintan hitam, lada sepenuh tapak tangan - tidak termasuk jari - bonglai tiga hiris, dan akar asam jawa; sekalian itu rebus, minum berulang-ulang. Jika tiada betah, tambah pula dengan ganti, mesui, pucuk, dan ibu kunyit. Bab ubat lenguh lumpuh. Ambil daun maman bendang tiga cupak ambil patinya, air limau nipis secupak, minyak lenga tiga cupak, campurkan semuanya. Kemudian masak hingga tinggal minyak itu sahaja. Sudah itu, urutkan minyak itu pada tempat yang sakit itu, pada segenap sendi, atau pada serata tubuh. Jika diminum pun baik. Bab ubat lenguh lumpuh dan sakit tulang. Ambil daun maman bendang segenggam erat, pipis, bubuh kapur tohor. Setelah kuning rupanya, maka tempelkan pada tempat-tempat yang sakit itu, barutkan dari petang hingga ke siang esoknya, barulah di tanggalkan. Bab ubat lenguh lumpuh. Ambil daun sudu-sudu dan nyiur hijau yang telah dikukur. Kemudian pipis dan barutkan pada tempat yang sakit itu. Bab ubat tangas tubuh yang sejuk dan sakit lumpuh. Ambil daun lenggundi, daun mengkudu, daun gorek, daun limau nipis, daun limau purut, dan batang sudu-sudu; sekalian itu jemur kering-kering. Kemudian bakar, bubuhkan di bawah kuda-kuda, orang sakit itu duduk di atasnya, maka selimuti dengan tikar dan kain, beri berpeluh. Bab ubat sejuk kaki tangan, lu tut. Ambil beras, giling bubuh kapur tohor, bedakkan. Bab ubat lenguh lumpuh. Ambil akar remunggai dan nasi dingin; pipis, airnya cuka masam, bubuh pada tempat yang sakit itu, dan barutkan. Bab ubat penyakit di dalam tubuh seratus sembilan puluh, insya-Allah hilang olehnya; iaitu seperti lenguh lum86
puh, sengal-sengal, kebas, kedal, sejuk, dan sembelit; atau segala penyakit idapan, atau bengkak perut dan sekalian tubuh; batu di dalam perut,_atau turun pada batu pelir atau burut. Maka akan ubatnya itu: Ambil belirang busuk, giling lumat-lumat, dan taruh baik-baik. Pada hari Khamis, timbang seberat buah saga, yakni sebutir saga besar. Kemudian tusukkan ke dalam buah pisang, lalu telan. Pada hari Jumaat pula, telan seberat dua butir buah saga; dan pada hari Sabtu, telan pula seberat tiga butir buah saga. Kemudian dari itu, pada minggu yang lain, yakni pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, telan juga seperti yang tersebut itu, jangan bersalahan, amalkanlah. Jika sembelit, ambil pucuk pisang yang lagi lekat hujungnya, giling lumat-lumat, maka bubuh ubat itu di dalam pucuk pisang yang digiling itu, lalu telan; insya-Allah segala penyakit hilang olehnya. Bab ubat sengal. Ambil daun lenggundi, bawang putih selabu, dan jerangau panjang enam jari; pipis lumat-lumat, airnya cuka, bedakkan. Bab ubat sengal. Ambil lada seheling, bawang putih secupak, akar ceraka seheling, akar bidara seheling; sekalian itu rendang beri hangus. Kemudian giling lumat-lumat, masukkan air madu, dan buat seperti makjun, telan; akan airnya minum sehari-hari. Sudah itu, ambil akar bidara, bonglai, bawang putih, cabai, lada, dan temu; sekalian itu rebus, minum airnya. Buat mandinya air hangat seperti orang beranak, pagi dan petang. Bab ubat sengal atau sakit dalam sendi tulang. Ambil lada seheling, sunti halia seheling, maka bahagi empat. Kemudian pipis lumat-lumat dengan air madu, dan campurkan minyak sapi. Sudah itu, giling, dan makan pada waktu petang. Bab ubat sengal atau dingin. Ambil nasi rendam dan akar remunggai; pipis, airnya cuka. Kemudian tempelkan, atau-jelumkan, Bab ubat sengal pada hujung penyakit angin sebelah atas. Ubat ini sebenamya banyak, iaitu seperti ubat urut dan sebagainya. Cuba juga makan pijar dan lainnya, wallahu a'lam. 87
Bab ubat penyakit di dalam tulang. Ambil daun tulangtulang; pipis, bubuh air, minum dengan bonglai. Bab ubat bengkak sendi tulang. Ambil kulit jerai, kulit merbau, kulit tembusu, dan kulit cengal; asah, bubuh pada tempat sakit itu. Bab ubat sakit sendi atau bahu, atau siku, atau pada barang sendi. Ambil teras cempaka asah dengan jintan hitam, bubuh pada tempat sakit itu. Bab ubat sakit sendi. Ambil jadam atau mur, dan belera.llg; asah dengan putarwali, bubuh pada tempat sakit itu. Bab ubat sakit urat belikat atau urat leher. Ambil akar pinang, akar nyiur, dan akar pisang benggala yang muda; hiris lumat-lumat, mamah dengan sirih pinang, semburkan pada tempat sakit itu. Bab ubat sakit urat belikat atau leher. Ambil kulit terajam (mertajam) yang menggelotak itu; kikis, buangkan yang matinya, bubuh jintan hitam. Kemudian mamah, semburkan, dan barut teguh-teguh. Bab ubat sakit sendi, atau tulang rasa menggigit. Ambil daun cempaka, dan kapur barus; giling lumat-lumat, bubuh jintan hitam, sapukan. Jika hendakkan penambahannya, ambil hujung melukut, dan mata kunyit, semburkan pada sendi yang sakit itu.
Letih Lesu Bab ubat letih. Ambil daun balik adap tujuh helai, bunga nyiur yang luruh empat puluh satu, bunga pinang empat puluh satu, kapur barus sepengapit, dan gelang sambar dara; sekalian itu giling. Kemudian ambil gaharu dan cendana; asah. Sekalian itu campurkan, jelumkan di serata tubuhnya, tetapi jangan pada bahagian perut. Bab ubat orang letih yang bangun daripada sakit sangat. Ambil beras, bunga melur, cendana, kemenyan, asah sekalian itu pada daun sirih, yakni pekapkan pada ubat itu. Kemudian gosokkan pada hulu hatinya. Bab ubat letih. Ambil bertih, ramas dengan santan, jelumkan di serata tubuhnya. Bab ubat letih lesu. Ambil daun terung perat dan rumput di jalan ramai; bakar ambil abunya, campurkan dengan 88
minyak lenga. Sapukan di serata tubuh orang sakit itu. Bab ubat lesu. Ambil temu kuning, gagang sirih tujuh kaki, bawang merah, adas manis, bunga pulasari dan kulitnya, dan ganti; pipis semuanya lumat-lumat, bedakkan. Bab ubat tubuh letih tatkala betah daripada sakit. Ambil kulit tengar dan jintan putih, pipis lumatlumat, perbedakkan serata tubuh atau pada tempat yang terasa sakit itu. Bab ubat bentan. Ambil batu asah; asah sama batu lain. Kemudian ambil dakinya beri minum dan lumurkan pula pada sekalian sendinya. Bab ubat lenguh lumpuh ya11g dimakan setiap hari. Ambil halia bara, jangan dibuang kulitnya, bubuh garam tiga buku, bawang putih tiga ulas, cabai sebiji, kemukus dua biji; bagi orang tua yang sejuk sangat, penyakitnya hendak jadi lelah, maka cubalah lihat. Segala ramuan ubat itu tumbuk kasar-kasar sedikit, kemudian rebus dengan air manisan. Setelah sudah masak, bubuh ke dalam mangkuk, dan amalkan minumnya setiap hari.
Penyakit Barah Fasal ini pada menyatakan ubat pembantut barah atau sekalian yang bengkak seperti barah, atau lainnya. Ambil daun johar, daun dangla, daun lada pahit, bonglai, dan lada; sekalian itu pipis, kemudian mamah dan disemburkan. Bab ubat pembantut barah. Ambil akar pisang tembatu, akar pisang kelat, akar jeruju, dan akar tebu hitam, sekalian itu rebus, bungkus dengan kain. Ketika hangat sekira-kira boleh tahan, demahkan sungguhsungguh pada bengkak itu; insya-Allah bantutlah ia. Bab ubat pembantut barah. Ambil cuka, daun gorek, daun lenggundi ; giling. Kemudian tempelkan pada bengkak itu, tuamkan sungguh-sungguh, nescaya bantutlah olehnya. Bab ubat pembantut barah. Ambil kulit mempelam tumbuk ambil airnya, bubuh kapur tohor dan garam Siam masak pada api. Kemudian bubuh pada bengkak itu, akan bantutlah bengkak itu. Bab ubat pembantut barah. Ambil getah ara ikan atau ara senai, tahi merpati jantan, dan manisan; sekalian itu pudi mesra-mesra. Kemudian bubuh pada barah itu, sudah itu taburkan kapur tohor. Jika tiada tahi merpati jantan, tahi 89
merpati mana yang adapun boleh. Bab ubat pembantut barah di dalam perut. Ambil daun kecubung, daun tapak leman, dan daun balik adap; mamah, dan semburkan dengan sirih pinang pada bengkak itu. Bab ubat barah atau bisul yang tiada bermata. Ambil bawang merah; bembam. Kemudian giling lumat-lumat, bubuhkan pada tempat yang hendak diberi bermata itu; insya-Allah akan jadilah matanya. Bab ubat barah hendak beri berisi dan segera pecah. Ambil daun ulan yang berbulu, merah pucuknya, baunya seperti bau buah ketip; giling, bubuh hujung melukut dan mata kunyit. Tempelkan pada bengkak itu, tetapi jangan lebar-lebar, hanya kira-kira pada tempat dikehendaki matanya segera pecah itu. Bab ubat barah atau sepan yang hendak diberi pecah. Ambil daun mali-mali besar, dan daun pengispengis; giling, bubuh hujung melukut dan mata kunyit, tempelkan pada tempat yang sakit itu, insya-Allah segera pecah. Bab ubat barah jikalau lambat pecah. Ambil hujung melukut dan daun bunga melur; giling lumatlumat, pupukkan. Jikalau sudah pecah, ambil akar mata ayam dan akar rumput sepagi; asah, dan bubuhkan, tetapi jangan kena pada matanya. Akan penyembuhnya, ambil akar ru padang, asah dan bubuhkan. Bab ubat penyembuh barah, atau bisul, atau sepan, atau puru raja. Ambil akar pulut-pulut, diperasap dengan kemenyan; asah, bubuhkan pada matanya. Akan segera jua sembuh lukanya. Jika belum pecah pun, baik juga dibubuhkan. Bab ubat barah supaya segera pecah, jika baru akan jadi bantut. Ambil daun selumbar yang berubiubi dan bercabangcabang turun itu; giling dan tempelkan; lebih mustajab campurkan dengan daun gelinggang. Bab ubat barah. Ambil daun leban dan cuka; pipis dan tempelkan. Bab ubat barah tiarap. Ambil daun petai belalang, hujung melukut, mata kunyit, dan air bermalam, pipis, ambil patinya minum, dan hampasnya bedakkan di serata tubuh, atau pada perutnya. Bab ubat barah batu. Ambil daun gamat segenggam erat, kerat ekor kepalanya, ramas ambil patinya, minum tiga pagi. 90
Bab ubat bengkak daripada barah atau bisul, dan lainnya. Ambil daun delima dan hujung melukut; pipis dengan air bermalam, ambil patinya, minum; hampasnya bedakkan di serata tubuh. Bab ubat pembasuh barah, atau sepan, atau puru dan sebagainya. Ambil kulit sentul, kulit putat, kulit rambutan, kulit langsat; rebus, airnya basuhkan. Bab ubat barah dan sebagainya supaya bangat pecah. Ambil biji kapas, ambil isinya; giling, bubuh pada tempat yang lambat hendak menjadi mata itu. Bab ubat pemecah mata barah. Ambil umbut nanas; giling, bubuh sebesar biji kapas pada tempat yang hendak jadi mata itu. Bab ubat pemecah mata barah. Ambil bawang putih; raut sebesar tempat yang hendak kita jadikan mata itu, dan bubuhkan pada tempat yang hendak dijadikan mata itu. Supayajanganjatuh, bebatlah dengan kain atau sebagainya. Bab ubat pemakan, yakni memecahkan barah atau sebagainya. Ambil cacing yang berbunyi pada malam hari, iaitu digali dan diambil pada ketika ia berbunyi; bakar cacing itu, ambil abunya. Kemudian ambil perca yang halus, gunting selebar yang hendak diberi makan itu. Sudah itu, bubuhlah abu cacing itu pada perca kain tadi, dan pekapkan pada tempat yang dicadangkan itu, nescaya makan ianya, mujarab. Bab ubat memecah barah atau bisul supaya keluar nanahnya. Ambil akar citaguri; asah, beri pekatpekat bubuhkan, nescaya pecah olehnya. Bab ubat memecah barah atau bisul, supaya keluar nanahnya. Ambil daun citaguri; giling dengan hujung melukut, mata kunyit, tempelkan. Bab ubat sakit barah atau lainnya, makan di dalam. Ambil pati belerangbang, cendana janggi, manjakani, tawas, jaha kedua, kacu, akar tampam, dan akar kacang botor; sekalian i tu asah, dan minum.
Pembantut Sepan Atau Barah Bab ubat pembantut sepan atau barah. Ambil daun lenggundi, daun kecubung, dan kapur tohor; giling ketiganya itu, dan tempelkan pada tempat sakit itu.
91
Bab ubat sepan atau barah. Ambil pucuk ganjar gajah, bonglai, hujung melukut, dan mata kunyit, giling lumatlumat, tempelkan pada tempat sakit itu. Bab ubat sepan atau barah. Ambil umbi serai, bawang tiga ulas, lada sembilan biji, dan jintan hitam tiga pengapit; giling dengan air beras pulut hitam, dan tempelkan pada tempat yang sakit itu. Bab ubat pembantut sepan. Ambil daun lonang (nona) besar, daun beras-beras putih, daun balik adap, daun malimali yang berduri, hujung melukut, dan mata kunyit, giling lumat-lumat, ternpelkan. Bab ubat menghilangkan bisa sepan atau barah. Ambil belerangbang Kembayat dan "dantanam" yakni air yang bertitik pada gua batu. Maka jadi keras ianya seperti batu, itulah yang dinamakan "dantanam", dan medang sila kembayat; sekalian itu asah, jelumkan kepada bengkak itu supaya hilang bisanya. Bab ubat sepan bengkak. Ambil rumput tahi babi, ambil daunnya; pipis lumat-lumat, tempelkan pada tempat bengkak itu. Bab ubat sepan tatkala turun ke kaki. Ambil setawar Cina, hujung melukut, dan mata kunyit; giling lumat-lumat, bubuh air dan jelumkan di serata tubuhnya, beri sampai tujuh kali. Sudah dijelum dengan ubat seperti tersebut itu, maka ambil pula daun bunga raya, hujung melukut, mata kunyit; giling lumat-lumat, bubuh air dan j elum kan pada tempat yang panas itu. Bab ubat sepan yang diminum serta ditempelkan. Ambil daun kermak yang betina, daun kemuning, hujung melukut, dan mata kunyit; giling lumat-lumat. Sudah itu tapis ambil patinya, berikan ia minum; hampasnya tempelkan pada tempat yang sakit itu. Bab ubat sepan yang ditempelkan. Ambil daun sengkuang, pucuk ribu-ribu yang menggulung tujuh pucuk; giling dengan padi tujuh butir, tempelkan pada tempat yang sakit itu. Bab ubat sepan. Ambil daun nyarang merah, pucuk kunyit yang belum kembang, dan jintan hitam giling, dan semburkan pada tempat sakit itu. Bab ubat sepan yang sudah pecah. Ambil sepang ke92
derang, kayu laka, dan akar minyak-minyak; asah, bubuh air dan j elumkan. Bab ubat penyakit sepan atau lainnya, supaya jangan lari kepada tempat yang membunuh. Ambil akar jarak, akar perawas, dan akar lada pahit; sekalian itu asah dengan belerangbang. Sudah itu, perhalangkan pada tempat yang tidak hendak diberi pergi itu. Bab ubat sepan beri hilang bisanya. Ambil akar ara senai; asah, bubuh air sedikit, jelumkan pada sekeliling lukanya. Bab ubat sepan daun. Ambil daun ruku-ruku, kulit remunggai, jintan hitam, dan bawang merah; giling dan semburkan pada tempat sakit itu. Bab ubat sepan. Ambil daun labu, akar jarak, hujung melukut, dan mata kunyit, giling lumat-lumat, jaramkan dan tempelkan pada tempat sakit itu. Akan ubat dalamnya, ambil akar delima, akar susun kelapa, akar bunga melur, asah beri minum. Jika tidak betah juga, maka ambil teras api-api, cendanajanggi, manjakani, dan buah pala; asah beri minum. Bab ubat sepan atau barah batu, atau sengaja bengkak di dalam perut. Ambil cendana dan mata gaharu yang hitam lagi tenggelam, dan mani kemenyan; asah, beri sama banyak tiaptiap satunya, ambil kirakira seruas jari manis, beri minum. Bab ubat sepan atau bengkak di dalam perut. Ambil pucuk lakum segenggam erat, pucuk birah hitam panjang seruas jari manis, abu tiga jemput, dan air didih pulut hitam, giling lumat-lumat, tempelkan pada tempat yang sakit itu. 93
XIV PENYAKIT KAYAP, PURU, BASAL Berbagai Jenis Kayap FASAL ini pada menyatakan ubat kayap. Ambil umbut rotan tawar dan semburkan. Jika bubuh lada tiga biji lebih baik. Bab ubat kayap. Ambil sulur rantang, semburkan. Bab ubat kayap. Ambil biji macang dan bunga nyiur yang luruh, tumbuk-tumbuk, semburkan. Bab ubat kayap yang sangat bisa. Ambil daun cengkilan, hujung melukut, bubuhkan nescaya hilang bisanya. Bab ubat kayap. Ambil sarang anai-anai, sagu tampin atau sagu benar, hujung melukut; pipis dan bubuhkan pada kayap itu. Bab ubat kayap yang handalan. Ambil daun bulu merak; giling, lumurkan, nescaya hilanglah bisanya. Jika naik sekalipun tiada sakit, dengan berkat segala aulia Allah, insya-Allah taala. Bab ubat kayap. Ambil akar citaguri, akar setawar cina, akar kapas hantu; asah, sapukan. Bagi menghilang bisanya tambah dengan kulit tegar diasah. Bab ubat penggarab, Ambil akar citaguri, sarang angkutangkut, dan batu kawi; asah, jelumkan di luarnya. Jika sangat bengkaknya, ambil sabut nyiur hijau dibakar, dan air didih pulut hitam atau air didih padi kasar secupak; sapukan pada kayap itu. 94
Bab ubat kayap. Ambil embalau, tengar, bonglai, dan cekur, mamah dengan sirih pinang, semburkan pada penyakit itu. Bab ubat kayap. Ambil isi pinang muda barang tiga biji, atau tujuh biji, pipis dengan hujung melukut, mata kunyit, bedakkan pada penyakit itu. Bab ubat kayap atau kelemayuh. Ambil daun benalu api yang dikait dengan serampang, hujung melukut, mata kunyit, dan air bermalam, bedakkan. Bab ubat kayap atau kelemayuh. Ambil kulit halia, air lembayung hutan, hempedu landak, dan air limau nipis, ambil patinya, minum dan hampasnya dibedakkan. Bab ubat kayap. Ambil akar bunga mawar; asah, dan disapu. Bab ubat pembantut kayap. Ambil putarwali; asah dan disapu. Bab ubat pembantut kayap. Ambil kapur tohor batu; hancurkan dengan air, bersihkan dahulu tempat sakit, kemudian sapukan ubat itu. Bab ubat pembantut kayap. Ambil lada, mamah dengan sirih pinang dan semburkan. Bab ubat pembasuh kayap, beri hilang bisanya. Ambil daun tunjuk langit dan batangnya; ramas. Kemudian jelumkan, supaya hilang bisanya. Bab ubat pembasuh kayap. Ambil akar katang-katang dan daunnya, campurkan sekali; ramas dengan kulit tengar, b asuh kan. Bab ubat kayap sudah pecah: Ambil akar kacang botor dan kacu; asah dan bubuhkan. Bab ubat kayap sudah pecah: Ambil akar cengkilan; asah, bubuh kacu, dan disapu. Bab ubat kayap di dada atau di perut: Ambil daun belimbing buluh segenggam erat, dan nyiur hijau; pipis lumatlumat, perah ambil patinya, campurkan dengan pati santan itu, minum pagi-pagi sebanyak tiga ruas jari. Pada hari yang keduanya, dua ruas jari, dan hari yang ketiganya sebanyak seruas jan. Bab ubat "kayap labu daun" namanya: Ambil daun lenggundi, daun kacang sekunca, rebung aur duri, umbut 95
setawar, mata kunyit, dan hujung melukut; giling, dan sapu pada kayap itu. Bab ubat kayap makan di dalam: Ambil daun delima, daun lenggundi, dan daun melada; tumbuk, ambil patinya, beri minum Bab ubat kayap: Ambil bunga memali, daun ringanringan (seringan), daun bangkui yang hitam taruknya, daun cemperai, hujung melukut, dan mata kunyit, pipis semuanya, sapukan. Bab ubat kayap makan di dalam: Ambil daun payung Ali, buah jaha gelang, daun kapas hantu, lada, akar ceraka sedikit, kira-kira sama banyak dengan lada, dan garam tujuh buku; sekaliannya itu tumbuk, ambil patinya, beri minum. Bab ubat kayap makan di dalam: Ambil daun lada burung, akar sirih belulang, dan akar kaduk; sekaliannya itu tumbuk, ambil patinya, beri minum. Bab ubat kayap: Ambil daun cucuran atap, daun kedondong, dan daun lada pahit; giling, kemudian disapu. Bab ubat "kayap hujung melukut" namanya, putih kepalanya, dan naik di seluruh tubuh: Ambil daun sekati lima, daun sentul, daun jambu hutan; giling semuanya. Kemudian camurkan. Akan ubat di dalamnya: Ambil kulit tal (lontar), akar terung asam, akar terung pipit, akar terung perat; sekalian itu rebus dan minum airnya. Bab ubat "kayap buah rampai" namanya: Ambil daun putarwali, daun maja, daun semuru, dan nyiur tumbuh, belah dan kikis ambil isi yang berkepala di atasnya itu; maka ramas dengan daun-daun kayu itu. Kemudian jelumkan. Akan ubat makannya: Ambil daun jarak, daun keladi puyuh, daun lakum tikus, dan daun sentul, dan daun susu lembu; sekalian itu dibuatkan bubur pedas, makan. Bab ubat "kayap susu gajah" namanya: Ambil biji macang, lada sulah, kemukus, daun ruku-ruku, hujung melukut dan mata kunyit; semuanya itu giling, kemudian sapukan. Akan ubat makannya: Ambil daun maja, daun kunyit, daun bunga raya, daun guncak, sekalian itu buatkan sayur pedas, makan. Bab ubat "kayap tapak anjing" namanya: Ambil daun sekati lima, akar marudap, hujung melukut dan mata kunyit; sekalian itu untuk disapu. Akan ubat makan pula: Ambil 96
daun kacang sekunca, daun lenggundi, dan lada sulah tujuh biji, tumbuk ambil patinya, campurkan air, beri minum. Bab ubat "kayap kala" namanya: Ambil akar hinai, akar pinang gurah, akar remunggai, dan akar lemah-lemah, maka sekalian itu mamah dan semburkan. Akan ubat makan dalamnya: Ambil akar geli-geli, isi birah hitam, mesui, bonglai, dan kunyit, sekalian itu tumbuk campur air, beri minum. Bab ubat "kayap pinang kotai" namanya. Naiknya di kulit kepala: Ambil tawas, terusi, belirangbang, lada sulah tujuh biji, hujung melukut dan mata kunyit; giling, kemudian sapukan. Akan ubat makan pula: Ambil kulit bulangari, akar serapat, dan hempedu sawa; sekalian itu asah, beri mmum, Bab ubat "kayap Berma" namanya, iaitu merah rupanya. Ambil daun aur duri, daun kesinai, dan daun ara senai; sekalian itu tumbuk, ambil patinya, buatkan bubur pedas, makan. Akan ubat sapunya: Ambil daun tapak leman, bongor tembaga, dan gelang sambar dara, giling dengan hujung melukut dan mata kunyit, bubuh pada kayap itu. Bab ubat "kayap naga" atau barang kayap: Ambil bunga mertapai, mamah dengan sirih pinang, semburkan. Bab ubat "kayap api" namanya: Ambil akar remunggai, daun semuru taruk hitam, dan pucuk riburibu; sekalian itu tumbuk, ambil patinya beri minum. Akan ubat sapunya: Ambil daun delima, kulit macang dan daun pekan taruk hitam; giling lumat-lumat, sapukan. Bab ubat "kayap angin" pada batu pelir, gatal. Ambil cekur manis, asah dan bubuhkan. Bab ubat kayap angin pada batu pelir, terlalu gatal. Ambil akar ceraka; keringkan. Kemudian asah, bubuh pada tempat yang gatal itu. Akan ubat makan dalamnya, bagi kayap atau sepan, atau barah, atau puru: Ambil belirangbang, cendana janggi, manjakani, tawas, jaha kedua, kacu, akar tampam, dan akar kacang botor; sekalian itu asah, beri minum. Bab ubat pembasuh kayap. Ambil kulit sentul, kulit putat, kulit rambutan, dan kulit langsat; rebus semuanya, kemudian basuhkan. Bab ubat kelurutan, yakni bengkak sakit pada hujung jari. Ambil buah keras, pucuk marapoyan, hujung melukut, 97
mata kunyit dan air bermalam; bedakkan pada tempat yang sakit itu. Bab ubat cucut atau bisul. Ambil daun genjer dan daun ke duduk, mamah dengan hujung melukut, mata kunyit, tempelkan pada tempat yang sakit itu.
Penyakit Puru Fasal ini pada menyatakan ubat puru parang, atau sengal-sengal, yang sakit di dalam tulang, atau bengkak. Ambil lada seheling, dan sunti halia; pipis dengan madu dan minyak sapi. Kemudian gelek, makan pada waktu malam. Jika dimakan pada siang hari, tiada tertahan panasnya. Bab ubat puru parang. Ambil daun selasih hitam dan terusi; giling, bubuhkan pada puru itu. Bab ubat puru parang. Ambil daun kerak nasi yang merah; giling, bubuhkan pada tempat yang sakit itu. Bab ubat "puru parang buta" yang dibedakkan: Ambil kunyit atau temu lawak, hujung melukut, dan mata kunyit; giling lumat-lumat. Sudah itu hancurkan dengan air, bedakkan pada orang sakit itu tiap-tiap hari. Bab ubat "puru parang buta" yang dibedakkan. Ambil daun serai, daun kunyit, dan daun bonglai; rebus dengan madu. Sudah itu mandikan setiap hari. Bab ubat puru parang, dan segala jenis puru pun baik, atau puru ketumbuhan pun baik. Pertama, ambil minyak sapi barang secawan, damar yang putih sebesar ibu jari, lilin barang sedikit kira-kira jangan beri keras minyak itu, dan bubuh jernang sedikit; campurkan ketiga itu, masukkan ke dalam belanga dan jerangkan di api. Kemudian bubuhkan jernang itu, tetapi jangan banyak. Setelah masak, maka bubuhkan pada puru itu. Bab ubat puru yang membengkak dan sakit. Ambil daun kacang laut; tumbuk, barutkan pada puru itu. Bab ubat puru. Ambil kunyit yang kering; bakar ambil abunya. Kemudian ambil kapur; pudi dengan arang kunyit itu, bubuh pada puru itu. Bab ubat puru. Ambil daun putarwali, titik-titik, tempelkan pada puru itu. Bab ubat "puru peringgi", sakit di dalam tulang. Ambil lada barang seheling, dan sunti halia barang seheling; pipis, 98
akan airnya air madu dan minyak sapi. Kemudian gelek, dan makan pada waktu malam. Jika makannya pada waktu siang, nescaya tiada tertahan panasnya, insya-Allah sembuh olehnya. Bab ubat puru pinggang. Ambil tahi gajah dan cendana merah; bakar ambil abunya, bubuh pada minyak lenga. Kemudian sapukan pada puru itu. Bab ubat puru pinggang. Ambil daun nyarang songsang yang merah dan arang kerak nasi; pipis lumat-lumat, tempelkan pada puru itu. Bab ubat puru yang melata pada kulit, terlalu gatal tidak tertanggung. Ambil kulit pohon maja; asah dan sapukan. Bab ubat puru yang tiada kunjung sembuh. Ambil akar delima; asah pada batu canai, bubuh pada puru itu. Bab ubat puru yang memburuk. Ambil pucuk baru-baru, tumbuk dengan sirih pinang, tempelkan pada puru itu, insyaAllah tiada jadi memburuk. Bab ubat puru atau luka merebak. Ambil isi pinang muda, mata kunyit, hujung melukut, dan daun nyarang songsang; pipis lumat-lumat, tempelkan pada puru itu. Bab ubat puru atau luka merebak. Ambil minyak lenga, masak dalam kuali; kemudian bubuh kulit malapari, bawang putih, halba dan jerangau. Sekalian itu rendang hangushangus. Sudah itu angkat sejukkan. Kemudian bubuh pada puru itu. Bab ubat pembunuh kuman puru atau luka. Ambil akar gorek, akar peria hutan, asah keduanya, dan lada dua kali tujuh biji; campurkan dengan minyak nyiur. Kemudian hangatkan di api. Setelah hangat angkat dan sejukkan. Sapukan pada luka itu. Bab ubat "puru kuji" yakni gatal pada hujung kalam. Ambil pucuk -dan manjakani; asah, dan bubuhkan pada tempat gatal.itu, Bab ubat "puru kuji" yang gatal. Ambil daun sirih cina, rebus. Maka basuhkan tempat yang gatal itu dengan air rebusan itu ketika lagi boleh tertahan hangatnya, dan daunnya tuamkan; insya-Allah taala hilanglah gatalnya, dan puru itu pun afiat. Bab ubat puru besar, atau bengkak pada sendi, atau 99
mana-mana anggota tubuh. Ambil tuba tikus barang sedikit, dan daun lenggundi kedua; titik-titik daun itu, kemudian bubuh tuba tikus itu, tumbuk lumat-lumat, hancurkan dengan air didih, beri telan seperti ubat hangat. Mandi tiga kali sehari. Jika mabuk beri minum air nyiur hijau. Bab ubat puru besar. Ambil sedelinggam Kembayat berat seemas, daun setawar cina berat seemas, patinya. Kemudian ambil airnya, bubuh daIam periuk baru dan tudung baik-baik. Sudah itu jerang di api, dimasak dari pagi sampai ke waktu masuk matahari, akan apinya perlahan-Ia...ha..Tl; kayunya buluh duri. Kemudian kikis, ambil pada periuk itu, bubuh pada perca putih, pekapkan pada puru itu, insyaAllah sembuh. Ubat ini Welanda empunya dia. Bab ubat puru besar. Ambil minyak lenga dan kapur tohor; dan ambil buah pinang, asah ambil airnya, perahkan pada minyak dan kapur itu. Kemudian ambil daun ulan; layur dan bubuh ubat itu atasnya, dan barutkan pada tempat yang sakit itu. Bab ubat pemakan puru yang tinggaI, atau lainnya. Ambil abu kulit durian, bubuhkan pada puru itu, nescaya dimakannya dia, tetapi pedih.
Penyakit Bengkak Basal Fasal ini pada menyatakan ubat bengkak basaI. Ambil daun betik dan daun dewaraja; rebus, beri minum. Bab ubat bengkak basaI. Ambil daun bidara, mata kunyit, hujung melukut; pipis lumat-lumat, bedakkan. Bab ubat bengkak basaI. Ambil akar remunggai, buah bulangan, kunyit, dan kapur, akan airnya cuka nipah; pipis lumat-lumat, bedakkan. Bab ubat bengkak basaI. Ambil daun sireh, daun kaduk, hujung melukut, mata kunyit tiga buku, bakar ambil abunya. Kemudian pipis semuanya lumat-lumat, bedakkan tiga hari. Bab ubat bengkak basal. Ambil daun bedata (pedada; berembang) segenggam erat, hujung melukut, dan mata kunyit; pipis, bedakkan di serata tubuh yang bengkak itu. Bab ubat bengkak basaI. Ambil daun remunggai; tumbuk bubuh cuka, kemudian hangatkan di api. Sudah itu, bedakkan di serata tubuh yang bengkak itu. Bab ubat basaI atau untut. Ambil akar remunggal, 100
buah bulangan, kunyit, dan kapur tohor, akan airnya cuka masam; pipis semuanya, bedakkan pada tempat yang bengkak itu. Bab ubat basal atau untut. Ambil biji lenga; pipis, hancurkan dengan arak, kemudian bedakkan pada bengkak itu. Bab ubat b asal. Ambil kulit tengar; pipis lumat-lumat dengan arak, bubuhkan pada bengkak itu. Bab ubat basal songsang, bengkak. Ambil buah batubatu; bakar, ambil abunya. Kemudian hancurkan dengan cuka, bedakkan pada tempat yang bengkak itu. Bab ubat basal songsang. Ambil daun nyarang songsang yang merah, mata kunyit dan hujung melukut; pipis, bedakkan. Bab bengkak seluruh tubuh. Ambil gaharu, cendana, kayu manis, kulit lawang; sekalian itu asah, bedakkan di serata tubuhnya. Bab ubat bengkak pada barang mana tempat. Ambil batang teberau; kerat-kerat. Sudah itu titik-titik. Kemudian rebus, bubuh sertanya cengkih, jintan hitam, dan kayu manis; airnya kira-kira secupak, rebus beri tinggal seheling; beri minum. Sudah minum itu, mandi air hangat yang direbus dengan ramu annya iaitu, pertama daun limau nipis, daun nangka dan daun teberau; sekalian itu sama banyak. Sudah itu mandikan. Bab ubat bengkak. Ambil buah pala sebelah, manjakani sebelah, jintan kedua, bawang putih tiga labu, jemuju, halia bara, cabai, lada sulah, lada hitam, bonglai, dan ibu kunyit; sekalian itu giling lumatlumat, bubuh madu, gentel, dan telan. Bab ubat semburan bagi darah yang di dalam urat hendak beku pada lutut, atau pada sendi, atau pada siku, atau pada barang tempat. Pertama ambil buah mertapai yang masak atau yang muda pun boleh, jintan hitam, lada sulah barang sedikit - buah mertapai dan jintan hitam- itu sama banyak - lada hitam itu jika sama banyaknya, barangkali tiada tertanggung panasnya, kerana itu bolehlah dikurangkan sedikit; sekalian itu pipis, dan semburkan pada tempat yang sakit itu. Kemudian tudung dengan daun kecubung, sudah itu barutkan. Cubalah barang tujuh hari 101
Bab ubat sakit ari-ari. Ambil jerangau; pipis. Kemudian hangatkan, dan bubuh pada tempat yang sakit itu, atau pun beri minum. 102
XV KEDAL, KURAP, BADAM, RISA, PANAU Delapan belas Jenis Penyakit Kedal FASAL ini menyatakan ubat penyakit kedal. Adapun penyakit kedal itu ada delapan belas perkara (jenis); pertama seperti buah ara, kedua seperti bunga teratai, ketiga seperti kala, keempat seperti kulit gajah, kelima seperti naik tinggi pada kuIit, keenam seperti lidah rusa, ketujuh seperti buah lepang masak, kedelapan seperti bengkak seluruh tubuh maka berpeluhlah; kesembilan seperti akan merkah. Sebermula akan kedal ini tiada dapat diubati: Pertama kedal jadi seluruh tubuh seperti pisang; tiada bersela pada segala tubuhnya seperti kurap putih, licin, meruam naik gatal merah, keluar air, bibir keduanya jadi seperti delima merkah. Kedal delapan perkara ini dapat diubati, jika kedua perkara itu hendak berbuang darah, makan pencahar pun baik, wallahu a'lam. Bab ubat kedal. Ambil daun susun kelapa, daun pekan hutan dan teki, giling lumat-lumat, bubuhkan pada kedal itu. Bab ubat kedal. Ambil akar birah, daun kemukus, dan daun dedap, giling lumat-lumat bubuh pada tempat yang sakit itu. Bab ubat kedal. Ambil daun jaha, daun serai, daun rembega, daun pulai, daun kecubung, dan daun terung perat, giling lumat-lumat, hancurkan dengan air limau nipis. 103
Bab ubat kedal. Ambil akar ceraka dan lada, giling lumat-lumat, hancurkan dengan air limau nipis, bubuhkan pada penyakit itu. Bab ubat kedal. Ambil daun gandarusa, daun kacang panjang, daun rembega, daun keladi dan daun buluh; giling. Sudah itu hangatkan, dan kemudian bubuhkan pada penyakit itu. Bab ubat kedal. Ambil daun rembega dan nyiur masak yang dikukur; daun rembega itu campurkan dengan nyiur itu, tumbuk lumat-lumat dan perah ambil airnya. Sudah itu tanak jadikan minyak, gosokkan pada kedal itu. Bab ubat kedal. Ambil sedalinggam Kembayat, kapur barus, gelenggang Pahang, daun kecubung hitam, lada pahit, dan kulit tahi gajah; sekalian itu perah ambil patinya; di masak dengan minyak lenga. Setelah masak bubuh pada penyakit itu. Bab ubat kedal atau sopak. Ambil tanduk rusa sedikit, bakar hingga jadi arang. Sudah itu pipis lumatlumat, campurkan dengan minyak jarak sedikit. Tatkala berubat penyakit itu, pertama ambil akar sudu-sudu, akar tarum, akar kecub ung, akar rembega, akar kaduk, akar inai, akar puding, akar orang-aring dan akar tulang-tulang, semuanya itu segenggam erat dan sertakan jintan hitam, dan bawang putih dua biji; semuanya akar-akar itu kikis, tumbuk lumatlumat, serkai. Kemudian campurkan dengan ubat tadi serta minyak bijan setengah cawan. Minum pagi-pagi Insya-Allah, pertama keluarlah penyakit itu putih rupanya, dan kemudian merah, menandakan sembuh penyakit itu.
Kurap Fasal ini pada menyatakan ubat kurap, iaitu melata pada bahagian tubuh. Ambil daun gelenggang, apiun, air limau kapas dan bijinya tujuh biji; sekalian itu giling, airnya gunakan air didih panas. Tatkala berubat itu, kikis kurap itu beri berdarah, kemudian sapukan di serata kurap itu. Bab ubat kurap. Ambil buah terung perat sebiji, halia putih, bawang merah, bawang putih, dan arang para; semuanya itu giling lumat-lumat, airnya air limau nipis, bubuhkan di serata kurap itu. Bab ubat kurap. Ambil daun kecubung dan daun ganda104
rusa hitam; giling, bubuh air madu. Apabila hendak dibubuh ubat itu, kikis dahulu kurap itu. Bab ubat kurap. Ambil daun gelenggang Pahang; giling ambil patinya, bubuh tawas dan terusi. Kemudian bubuhkan pada kurap itu. Bab ubat "kurap zohor" yang gatal pada batu pelir. Ambil akar ceraka, lada, tawas dan terusi; akar ceraka dan lada itu direndang, dimasak dengan minyak lenga, bubuhkan pada tempat yang gatal itu. Bab ubat kurap. Ambil daun penggaga gajah yang direndang, lada tujuh kali tujuh biji, dan beras; semuanya itu giling. Kemudian masukkan minyak lenga, bubuhkan pada tempat yang gatal itu. Bab ubat "kurap pekan". Ambil daun gelenggang Pahang; giling ambil patinya, bubuh tuba tikus sedikit. Sudah itu, giling, bubuhkan pada tempat yang gatal itu.
Penyakit Badam Fasal ini pada menyatakan ubat badam. Akan ubatnya, ambil minyak lenga dan garam Siam; pipis lumat-lumat, campur dengan air gosokkan pada tempat penyakit itu. Bab ubat badam. Ambil air madu, akar remunggai, bonglai dan kunyit; rebus ambil airnya, minum tiga pagi. Bab ubat badam. Ambil daun hempelas, bawang putih tujuh ulas, lada tujuh biji, hujung melukut, mata kunyit, dan air bermalam; pipis semuanya lumat-lumat, bedakkan. Bab ubat badam. Ambil biji sesawi, biji lenga, dan nasi dingin; pipis lumat-lumat, barutkan. Bab ubat badam. Ambil biji sesawi, akar kara, dan telur ayam hitam; pipis lumat-lumat, airnya cuka, barutkan. Bab ubat badam. Ambil daun hempelas, bawang putih tujuh ulas, lada tujuh biji, hujung melukut, mata kunyit dan air bermalam; pipis lumat-lumat, bedakkan. Bab ubat badam. Ambil daun batu-batu dan nasi dingin; pipis lumat-lumat, tempelkan pada penyakit itu. Bab ubat badam. Ambil daun lenggundi, hujung melukut, dan mata kunyit; pipis, airnya cuka atau limau purut, tempelkan pada badam itu. Kemudian barut dengan perca putih dari pagi hingga ke petang. Bab ubat badam. Ambil daun beraksa dan bonglai; 105
tumbuk, bubuh pada kain. Kemudian kukus pada wap periuk, tuamkan pada badam itu. Bab ubat badam. Ambil biji sesawi dan kuning telur yang diramkan oleh ibunya; pipis lumat-lumat, airnya cuka nipah, bubuh pada tempat badam itu, dan bungkus baikbaik. Bab ubat badam. Ambil minyak lenga dan minyak kapur barus; kemudian ambil daun kecubung dan halia padi; giling lumat-lumat, campurkan dengan minyak kedua itu, dan bubuhkan pada badam itu. Sudah itu, bungkus dengan perca kain. Tiga hari jangan dibuka. Bab ubat badam. Ambil daun asam jawa dan daun inai, pipis lumat-lumat airnya cuka masam. Barutkan pada penyakit itu. Bab ubat badam. Ambil pucuk keladi hitam, hujung melukut, mata kunyit dan airnya air limau purut atau cuka, tempelkan pada bengkak itu. Bab ubat badam atau sakit sekalian sendi. Ambil jintan hitam, jintan putih, ibu kunyit dan biji lenga; pipis lumatlumat dan barutkan pada penyakit itu. Bab ubat badam kebas. Ambil akar remunggai dan nasi dingin; giling lumat-lumat, barutkan pada penyakit itu. Bab ubat badam basal. Ambil daun sudu-sudu dan nyiur hijau sebiji, kukur dan tumbuk dengan daun sudu-sudu itu, barutkan pada tempat penyakit itu. Bab ubat badam kebas, ngilu dan lesa. Penyakit itu daripada urat paha datang pada lambungan, maka jikalau kita hela jari berasa ke atas. Akan ubatnya, ambil jemuju Khursani secawan, adas manis secawan, kulit limau purut secawan, bawang putih secupak, air madu secawan dan minyak lenga secawan maka buat madat; gosokkan pada serata tubuh. Bab ubat badam basal. Ambil nyiur tua sebiji, buat minyak. Sudah itu, ambil bunga mawar tiga puluh tangkai; bubuhkan ke dalam minyak itu, dan jemurkan tujuh hari, gosokkan pada tempat sakit itu. Bab ubat badam atau ngilu dan sakit sendi-sendi. Ambil jintan kedua, jemuju, bawang putih, kunyit, minyak lenga, dan lada; semuanya itu pipis lumat-lumat, tapis. Kemudian permasak dengan minyak itu. Sudah itu ambil ekor sirih 106
tujuh helai, pipis dengan telur ayam tiga biji dan dimasak. Bubuh arak keras sedikit, maka kacau; beri mesra sekaliannya. Minum pagi-pagi Bab ubat penyakit yang tiada berasal, berbangkit daripada urat paha datang kepergelangan kaki; alamatnya apabila ditarik jari kaki, terasa sampai ke atas, sebab badan sejuk. Akan ubatnya penyakit yang demikian itu: Ambil akar ceraka, akarnya itu jangan tua dan jangan muda, maka hancurkan dengan lemak kambing pada api; kemudian tapis. Sudah itu ambil madu berat lima tahil, dan minyak sapi berat lima tahil, campurkan keduanya pada lemak. itu, minum tiga pagi seberat dua tahil sepagi Bab ubat badam sengal. Ambil daun lenggundi, bawang putih selabu, dan jerangau enam jari, pipis lumat-lumat, airnya cuka. Kemudian bedakkan.
Luka dan Ubatnya Fasal ini pada menyatakan ubat luka sebab besi atau kayu. Ambil halba, jintan hitam, jerangau, dan bawang putih, pipis lumat-lumat; kemudian masak dengan minyak lenga sehingga padam buihnya barulah angkat. Apabila sudah suam-suam kuku, bubuhkan pada luka itu. Bab ubat luka. Ambil daun tulang-tulang dan tanah liat; pipis lumat-lumat, tempelkan pada mata luka itu. Bab ubat tasak luka. Ambil teras bakau dan lada direndang, cuka dan daging ikan gelama yang dibakar hingga jadi arang; pipis lumat-lumat, tasakkanpada luka itu. Bab ubat tasak luka yang tiada teruk. Ambil daun sirih yang kuning; pudi dengan arang kayu bongor, tempelkan pada luka itu. Bab ubat tasak luka. Ambil lumut pada batang pinang, basuh cuci-cuci, kemudian perah beri kering; bubuh pada luka itu. Jika luka bersunat pun baik juga; jangan dikenakan air selama tiga hari. Bab ubat luka. Ambil kunyit dan kulit rambutan; asah keduanya; bubuh pada luka itu, jika luka bersunat pun baik, jangan dikenakan air selama tiga hari. Bab ubat tasak luka. Ambil getah gambir sedikit, kemenyan kurang sedikit, dan arang para sedikit; bubuh pada air pinang, bubuhkan pada luka itu. 107
Bab ubat luka. Ambil kulit telur, garam, lada, bonglai, dan pulut hitam yang direndang hingga kuning; sekalian itu pudi, bubuhkan pada luka itu. Bab ubat penuam luka tatkala mulanya. Ambil batang pisang kelat; bembam beri hangat; sudah itu, tuamkan pada sekalian tubuhnya. Perahkan airnya ke dalam luka itu, nescaya keluar darahnya. Bab ubat penuam luka tatkala mula luka itu. Ambil daun limau nipis, bonglai, dan lada yang sudah direndang; giling lumat-lumat, lumurkan pada sekalian tubuhnya. Bab ubat pembasuh luka. Ambil kulit sentul, kulit putat, kulit rambutan, kulit langsat; rebus dan basuhkan. Bab ubat luka makan dalam yang direbus dan diberi minum. Ambil bawang kedua, jintan kedua, adas, buah pala, manjakani, halia kedua, kayu manis kedua, dan akar serapat, akar julang-julang, akar melada, akar kunyit-kunyit, dan akar mertapai; sekalian itu rebus dan diberi minum. Bab ubat luka kena peluru, jika besar sekalipun. Ambil daun sirih biat dan isi pinang muda; semburkan tetapi jangan dikenakan matanya. Bab ubat luka yang diberi minum, tidak direbus hanya dihancurkan dengan air dan diberi minum. Pertamanya ambil adas kedua, halia, kayu manis Cina, jintan putih dan gamat; sekalian rempah-rempah itu direndang, kemudian pipis dan taruk sekalian itu baik-baik. Apabila hendak diminum, ambil sedikit, hancurkan dengan air, dan beri minum. Bab ubat luka meroyak. Ambil belacan; bakar hangushangus. Kemudian pudi dengan minyak lenga, bubuhkan pada luka itu. Bab ubat luka yang meroyak. Ambil getah rambutan dan akar pulut-pulut; asah keduanya, bubuhkan pada luka itu. Bab ubat luka mustajab. Ambil putik limau purut empat biji, putik limau nipis, manjakani lima biji, mani kemenyan berat tengah tahil; giling semuanya, dan bubuh sertanya air madu, telan. Bab ubat dan syarat (petua) menahan darah. Inilah katakatanya:
108
Bab ini ubat tahan darah; dipekapkan dengan tangan pada luka itu. Baca tiga kali senafas. Inilah doanya:
Bab ini ubat tahan darah. Baca:
Bab ini ubat tahan darah dibacakan dalam bahasa Pegu, Nazamya jadikan amal sentiasa; jikalau mata air sekalipun kita pandang, akan berhentilah, jangankan darah. Adapun pohon darah itu daripada urat keluarnya. Inilah menteranya: Su sutu tubii Sahri kuri' maksak lu hinang. Bab ini ubat tahan darah. Ambil apiun, suakan pada mata luka itu, akan berhentilah darah itu.
Risa dan Ubatnya Fasal ini pada menyatakan ubat risa. Ambil buah badam dan putik nangka, bembam di dalam abu beri empuk. Kemudian ambil sebatang bilah, pacakkan pada buah itu, dan pukulkan pada risa itu. Sudah itu, ambil tawas; asah, bubuhkan pada risa itu, dan kemudian palu atau ketukkan lagi, insya-Allah afiat. Bab ubat risa. Ambil katak puru seekor; bakar, ambil abunya. Kemudian ambil kulit kayu manis; asah, campurkan dengan abu tadi; sapukan pada risa itu. Bab ubat risa, Ambil bawang putih, gosokkan pada risa itu nescaya hilang. Jika tiada pecah, dan hendak diberi pecah, ambil bawang putih sedikit; gentel sebesar hujung jari, bubuhkan pada tempat yang hendak diberi pecah itu, kemudian bebat dengan kain supaya jangan ia jatuh. Selagi risa itu belum pecah, bubuh juga sehingga dimakannya tembus, dan keluar isi risa itu. Jikalau kandung pun baik juga. Bab ubat risa atau kandung. Ambil isi bawang putih seulas giling lumat-lumat. Kemudian ambil bawang putih yang sudah digiling itu kira-kira sebesar biji lada, tempelkan pada risa itu. Sudah itu, ambil pula selaput kulit bawang 109
putih yang lembut, tekapkan di atasnya. Jikalau tiada bermata, ambil abu bubuh pada tempat itu. Jika tiada juga dimakannya, ambil pati ubatnya asah beri likat, sapukan pada tempat yang hendak dijadikan mata itu, insya-Allah bermata, dan pecahlah risa itu.
Panau dan Ubatnya Fasal ini pada menyatakan ubat panau. Ambil damar dagang yang putih; tumbuk lumat-lumat. Kemudian campurkan dengan minyak nyiur. Sudah itu, gosokkan pada panau itu. Bab ubat panau. Ambil air orang merebus ketupat yang suam-suam kuku; sapukan berulang-ulang ke serata tubuhnya. Jangan mandi tiga hari. Bab ubat panau atau kurap. Ambil kapur tohor dan daun gandarusa; giling, airnya air limau nipis. Bedakkan di serata tubuhnya. Bab ubat panau. Ambil cendana dan tuba tikus; asah dengan air limau nipis, bubuhkan pada segala panau itu. 110
XVI TASBIH YUNUS, TAWAR RACUN, MELECUR, PATAH Tasbih Nabi Allah Yunus FASAL ini menyatakan hasiat tasbih nabi Allah Yunus alaihissalam. Barang siapa hendak membuka benda yang terkunci, maka bacalah tasbih ini sembilan kali atau lima kali, tiupkan pada benda yang terkunci itu, dengan izin Allah terbukalah ia. Jika barang siapa yang terkancing giginya oleh syaitan atau jin, maka bacakan pada minyak atau air tujuh kali, tiupkan pada minyak atau air itu; titikkan pada mulut orang yang terkancinggiginya itu, dan sapukan pada matanya, insya-Allah segera terbuka, dan titikkan pada telinga kanan dan kirinya, insya-Allah akan segera khabarkan dirinya. Dan barang siapa terantai atau terikat atau teraniaya oleh orang yang aniaya, maka dibacanya tasbih ini barang beberapa kali dia kuasa membacanya, sudah itu ditiupkan pada anggota yang terikat atau terantai itu, supaya segera dilepaskan Allah daripada yang tersebut itu. Barangsiapa kedatangan bala, tercekik tulang. tiada dapat keluar tulangnya itu, maka bacakan pada air atau pada nasi, beri ia makan, insya-Allah segera hilang tulang itu. Dan barang siapa kena senjata, lambat keluar daripada tubuhnya, maka baca tujuh kali, tiupkan pada lukanya itu, insya-Allah segera keluar daripada lukanya itu. Bagi perempuan yang hamil hendak bersalin, lambat 111
lahir anaknya, maka bacakan pada minyak atau pada air, sapukan pada perutnya dan beri dia minum. Seperti Nabi Yunus, dikeluarkan Allah daripada perut ikan, maka demikianlah budak itu dikeluarkan Allah taala, wallahu a'lam Inilah tasbih itu:
Tawar Racun Fasal ini menyatakan tawar sekalian racun dan segala yang mabuk. Adapun pohon tawar itu, karamkanlah keempat alam ini kepada laut semata-mata. Adapun syaratnya itu pada mata kanan, dan syarat tawar itu pada mata kiri. Inilah asalnya daripada kerana empunya dua sifat: sifat jamal dan sifat jalal. Adapun kepada sifat jalal itu ada bisanya dan tawarnya, maka dengan syarat inilah menawar dia. Adapun tatkala kita hendak menawari bisa itu, turunkan daripada batin kepada zahir kita, kerana pohon tawar itu tiada bercampur dengan yang lain, melainkan sendirinya juga; seperti cahala lentera tergantung, keluar daripada cahaya alam saghir14 namanya. Adapun warna bisa itu dua perkara, suatu hitam, kedua biru. Maka kita limpahkan cahaya itu juga, kerana tempat cahaya itu kepada diri kita; barang di _______________ 14
saghir - kecil 112
mana tempat cahaya kita kimpalkan15 dengan syarat juga, kerana sekalian itu dengan laku keesaan Tuhan juga. Inilah syarat dibacakan:
Bab ini kata Lukmanul Hakim - Apabila seseorang kena bencana atau termakan racun, maka surat ayat ini pada tapak tangan kanan, maka jilat dengan lidah tujuh kali; maka dihilangkan Allah subhanahu wa taala daripada segala bencana buatan orang. Tatkala menyurat itu, hendaklah mengambil air sembahyang dan berkain yang suci. Inilah ayatnya yang disurat:
Bab ini ubat racun. Makan bawang putih dengan madu dimasak pada tiap-tiap hari sebelum makan nasi, nescaya tiada sampai kepadanya bisa dan racun. Bab ini tawar racun. Jikalau orang termakan racun, atau dianya sendiri, maka baca pada air nyiur atau air benar; beri minum, insya-Allah tawar racun itu, hendaklah dimaujudkan doa itu. Inilah dibaca: "Sidang Gha sii; Sidang Nasi, tapak Ra Ha Burnii, kolam raja Burni sembawak tawar sepanjang sungai. Tawar sekalian wujud; tawar sekalian alam; tawar sekalian bisa. Ah! Tawar Allah, tawar· Muhammad, tawar baginda rasulullah sallahu alaihi wassalam".
15
kimpal -
padu rahsia 113
Bab ini tawar segala racun. Surat pada mangkuk sabun; menyurat dia pada hari Khamis. Maka basuh dan minum air surat itu. Inilah ayatnya yang disurat itu:
Bab ini tawar racun atau sekalian bisa, atau daripada benda atau lainnya. Jika kita hendak berperang, surat kan pada gong palu perang; supaya dengan mendengar bunyi gong itu, tawarlah bisa ipoh itu; atau disurat pada tangki pun baik, disurat pada bijana tempat minum pun baik juga: "Bismillahir rahmanir rahim. Suna mandi iz dalam dari Mekah. Suna mandi waris dalam dari Bintan. Ipoh putih duduk di otak. Ipoh hitam duduk di mata. Ipoh angin 114
duduk di nafas. Ipoh merah duduk di darah. Ipoh dadu 16 duduk di hati. Ipoh pengantin duduk di tangkai hati. Ipoh korek17 duduk di jantung. Ipoh biru duduk di hempedu. Ipoh kuning duduk di lemak gigi. Senegang sadu duduk di kulit. Miang buluh duduk di bulu. Sii balnyuk, sii baliku waloh. Ia tau guru ipoh, kabih kang boleh mati, ni kang boleh ngidup, Pisang lakat tir guru ipoh, kabih sang boleh ghai fi jakara. Mati, mati dia ning kudah, ku putih. Sii balinyuk, sii baliku waloh, tukura ipon kubah kong boleh mati nii kang boleh, ngii fi nii dura. Ialah tawar sekalian penawar segala yang bisa, tawar selama ku hidup, berkat Sutauiangsa kabul lah. Berkat kulimah. la ilaha ilallah Muhammadar rasulullah. Ini siiruna, ini nama pengesahan buna." Bab ini tawar racun upas, Maka masukkan, serta dimaujudkan. Sudah itu, maka makanlah upas dan ipoh, jangan berasa takut atau syak lagi. Jika terpandang oleh kita upas atau ipoh, tawarlah. Jika kita pergi pada rumah yang ada menyimpan upas, maka tawar upas itu. Jika orang termakan upas, syaratnya, jika ia belum pengsan, gocoh kepalanya; jika ia sudah pengsan, tendang kepalanya, insya-Allah tawarlah upas itu. Jika ada tersimpan racun di manamana tujuh buah rumah yang dekat dengan rumah kita, itupun tiada bisanya lagi, jika sesiapa yang termakan racun itu, insya-Allah. Pantangnya, jangan makan gagang sirih dan tangkai sirih, itulah pantang selamalamanya, supaya sebati tawar ini. Jika orang hendak berguru, ambil emas sekupang, walau pada anak sekalipun. Inilah katakata jampinya: "Tampu idin dalam. " "Sarpu mandii kabih. " Tawar tujuh kali kata-kata tawar itu: Bab ini ubat penawar racun. Ambil daun pulut-pulut; ramas dengan air bermalam, tapis. Kemudian bubuh minyak lenga, beri minum; insya-Allah tawar bisanya. Bab ubat penawar racun yang dimakan dahulu; jika kita terkena racun pun insya-Allah terpelihara; jika bisa pun dapat dibantutnya. _______________ 16 17
dadu - merah muda korek - berbintik-bintik 115
Ambil buah nyiur hijau sebiji, sebaik-baiknya disebelah matahari naik - nyiur itu belah tiga. Kemudian ambil sebahagi kukur, ambil patinya. Sudah itu, ambil tandan pisang kelat yang baharu terbit; kerat-kerat ambil suteranya, bubuh pada pati santan itu, kemudian embunkan pagi-pagi, makan. Perbuat ini sampai tiga hari tiap-tiap pagi; insya-Allah sekalian racun yang sampai pada kita jadi tawar. Bab ubat penawar racun atau sekalian yang mabuk. Ambil air tebu merah, medang sila, dan timah hitam; sekalian itu beri minum. Bab ubat tawar racun atau sekalian yang mabuk. Ambil akar lalang; perah ambil patinya seruas jari, minum. Jika akar lalang laut pun demikian juga. Inilah manteranya dibaca: "Wa sut tin ji tit" Bab ubat tawar ipoh. Ambil sepit ketam laut, asah dengan air limau nipis, bubuhkan pada tempat kena ipoh itu.
Hangus Api (Melecur) Bab ubat hangus api. Ambil kulit bika; asah, bubuhkan. Bab ubat hangus api. Inilah kata-kata jampinya:
Baca tiga kali, tiupkan dan ludahi
Mentera dan Ubat Patah, Tergeliat Fasal ini pada menyatakan mentera bagi mengubat orang patah atau tergeliat. Maka betulkan dahulu segala tulang dan uratnya yang tersalah, atau patah, atau remuk itu. Maka inilah manteranya: "Patah batu hubung batu, patah urat hubung urat, patah tulang hubung tulang, patah sendi hubung sendi; siap rapat maha rapat, dengan berkat Lailaha ilallah Muhammadar rasulullah. " 116
Bab ini mantera orang patah, atau tergeliat pun baik; syaratnya seperti yang tersebut di atas juga. Inilah manteranya: "Hong sam-sam Bertemu urat dengan daging, bertemu tulang dengan sendi; tumbuh tempat pulang pulih seperti adat sediakala, dengan berkat kalimah Lailaha ilallah Muhammadar rasulullah." Bab ubat patah. Ambil kain kasa yang halus dan putih telur. Maka kain itu cincang lumat-lumat, pudi dengan telur itu. Kemudian bubuh pada tempat yang sakit itu; barutkan dengan daun pisang tujuh lapis. Sudah itu baca serapah ini:"Bismillahir rahmanir rahim! Hong tujang belulang akan aku, apa guna dulang sedulang, urat bertemu daging; bertemulah tulang si....... (nama pesakit) yang patah; seperti ular telan-menelan, berkat kalimah Lailaha ilallah Muhammadar rasulullah. " Adapun barut itu, biarkan selama tujuh hari, kemudian buka. Sudah itu, urut pula dengan minyak nyiur hijau dengan ibu kunyit. Bab ubat patah. Ambil tanah liat dan jintan kedua, kunyit, halia, bonglai, bayam tanah, dan anak ayam; sekalian itu giling lumat-lumat, bubuh pada tempat yang patah itu. Kemudian bacakan: "La haula wala Qu wata illa billa hil ali ul azim." Bab ubat patah. Ambil maknutu nawikut dalam bahasa Siam - kata setengah orang "tapang gandum", iaitu melata pada batang pohon kayu, hijau rupanya, tiada berdaun maka tumbuk dengan bonglai, sapukan pada tempat patah itu. Bab ubat patah. Ambil daun kecubung dan beras pulut hitam; giling lumat-lumat, hancurkan dengan minyak. Kemudian tempelkan pada tempat patah itu, dan barutkan. Bab ubat patah atau tergeliat. Ambil daun kembang zohor, campurkan dengan mana-mana ubat patah atau tergeliat; insya~Allah akan kuranglah sakitnya. Bab ubat tersalah urat atau tergeliat. Ambil daun kukuran, halia, buah mengkudu, dan daun berasberas; pipis, bubuh cuka, masak. Kemudian barutkan.-Bab ubat tersalah urat atau tergeliat. Ambil daun orang aring segenggam erat; pipis lumat-lumat, hangatkan pada api, 117
sudah itu, bubuh pada tempat sakit itu, kemudian barutkan baik-baik selama tiga hari. Bab ubat tersalah urat atau bengkak. Ambil minyak lenga, minyak keruing yang jernih, dan minyak sapi; ambil pula beras sedikit; pipis lumat-lumat. Kemudian bubuh minyak itu, permasak. Sudah itu, gosokkan pada tempat salah urat itu. Bab ubat tersalah sendi atau bengkak. Ambil cendana; asah, dan lumurkan pada tempat yang sakit itu serta bacakan ayat ini:
Bab ubat patah, diperolehi daripada burung. Ceritanya begini: Ada burung beranak. Maka pergi seorang ke sarang burung itu, dipatahkannya paha anak burung itu. Maka esok 'harinya, ia pergi lihat pula; didapatinya sudah baik anak burung itu, lalu dipatahkannya lagi paha anak burung itu. Akan anak burung itu dinantinya ibunya datang. Apabila datang ibunya, dilihatnya paha anaknya patah lagi; lalu ia terbang, pergi pada pohon kayu bernama "Rusuk kerbau". Maka diambilnyalah daunnya. Kemudian pergi pula ia pada pohon lemiding, diambilnya pula daunnya, maka dimamahmamahnya kedua daun kayu itu, lalu dibubuhkannya pada paha anaknya yang patah itu. Maka dengan takdir Allah taala, pulang pulih lah paha anak burung itu seperti sediakala. Maka orang itu pun mengambil daun kayu kedua itu dengan mulutnya juga, akan disemburkan pada sesiapa yang patah. Jikalau ada daun kayu itu dekat, ambillah dengan mulut, jika tiada dekat, tiada dapat diambil dengan mulut, taruh dahulu; apakala sampai pada orang patah itu maka mamah kedua daun itu; semburkan. Syaratnya hendaklah dibetulkan dahulu tulang yang patah itu. Sudah itu, semburkan. Kemudian rentikan seketika, dan suruh angkat. 118
XVII SERBA SEDIKIT MENGENAI WANITA Busung dan Mengenai Haid FASAL ini pada menyatakan ubat perempuan yang tiada keluar darah farajnya atau busung. Ambil pulut hitam seheling; rendang, jadikan tepung. Kemudian bubuh lada sulah tujuh biji, air limau nipis atau limau kapas tiga biji, lempoyang padi tujuh hiris, buah pala sebiji, dan halia padi. Sekalian ramuan itu pipis lumatlumat; gelek dengan air hangat, dan telan pagi petang selama tujuh hari; air hangat itu ,jadikan air minumnya, Bab ubat perempuan busung. Ambil getah sudu-sudu secawan telur, pati santan nyiur hijau secawan telur; ramas dan mesrakan. Setelah mesra bahagikan kepada empat bahagian, dan minum empat pagi. Jika tiada tertahan panasnya, maka diuras dari kepala lalu ke perutnya, dengan air nyiur. Apabila habis keluar penyakit itu, maka ambil pati santan itu secawan atau dua tiga cawan, minum; nescaya berhenti dari buangbuang airnya, insya-Allah. Bab ubat perempuan busung. Ambil daun tuba seluang yang ungu taruknya, dan jintan hitam; tumbuk ambil patinya seruas jari, minum. Bab ubat perempuan busung atau "buntingkan darah." Ambil buah maja atau kulitnya, batangnya, atau akarnya, ataupun daunnya; makan atau minum airnya. Bab ubat perempuan yang tiada datang bulan atau barah di dalam perutnya. Ambil adas manis, halia, minyak 119
sapi dan air madu, kemudian bubuh air pada sebuah periuk, kira-kira secupak, dan masukkan ramuan ubat itu, jerangkan ke api, sehingga airnya tinggal kira-kira setengah. Sudah itu ambil isi ubat itu, makan; dan airnya pun minum berulangulang. Bab ubat perempuan yang "tiada datang kain". Ambil cengkih; giling lumat-lumat. Sudah itu, campurkan dengan garam dan jemuju, telan. Bab ubat perempuan yang "tiada datang kain." Ambil daun gandarusa, bawang seulas, lada tujuh biji; pipis lumatlumat, sapukan pada faraj dan ari-arinya. Bab ubat perempuan yang "tiada datang bulan". Ambil buah limau kapas yang muda; perah ambil airnya, minum tiga pagi tatkala belum terbang lalat, insya-Allah datanglah haidnya. Bab perempuan tiada haid. Ambil gandarokam, bawang putih seulas, lada sulah tujuh biji, dan kunyit ambil airnya. Semua ramuan ubat itu giling lumat-lumat, campurkan; minum atau telan tiga pagi Bab ubat perempuan yang turun darah. Ambil daun keduduk putih, hujung melukut, mata kunyit tiga mata, pipis, bubuh air dan minum. Bab ubat perempuan turun darah. Ambil daun keduduk yang bergumpal seperti sarang ulat, bubuh cekur, jerangau, pipis dan semburkan pada ari-arinya. Bab ubat perempuan yang tiada turun darah. Ambil daun kacang se kunca, gilling, ambil patinya. Kemudian bubuh lada dan bonglai, minum tiga pagi; insya-Allah turunlah darahnya. Jikalau tiada "patah," ambil daun bangkui, perbuat seperti itu juga. Jika itu pun tiada juga "patah," ambil kulit halban, perbuat seperti itu juga. Bab ubat perempuan yang "cemar kain" berlarutan darahnya. Ambil daun samsik, daun pedada, pipis ambil patinya, bubuh halia bara tiga hiris, lada sulah sejemput, pinang muda, bawang putih tiga ulas, lempoyang padi tiga hiris, giling lumat-lumat. Sudah itu, bubuh air, minum tiga pagi. Bab ubat perempuan "cemar kain" berlarutan darahnya. Ambil jernang, kacu, pucuk, dan manjakani, sekalian itu asah, dan minum tiga pagi. Bab ubat perempuan keluar darah, atau air yang 120
"jahat". Ambil asam jawa masak; kupas dan ramas. Sudah itu, ambil perca yang buruk, bakar dan campurkan. Ambil airnya, minum tiga pagi Bab ubat perempuan sesudah bersalin, tiada keluar darahnya. Maka perbuat ubat ini beri makan. Ambil adas pedas, adas manis, terusi, dewa deru, cabai, kulit lawang dan kulit maja; sekalian ramuan ubat itu sama belaka timbang beratnya. Kemudian giling, hancurkan dengan air, dan minum; insya-Allah keluar darahnya. Bab ubat perempuan butingkan darah atau busung. Amhil daun maja; giling. Kemudian bubuh jintan hitam, minum. Jika dimakan buahnya pun baik. Bab ubat perempuan datang haid, busuk bau darahnya. Ambil daun kesimbukan segenggam erat dan lempoyang pahit tujuh hiris; akan airnya tuak. Sudah itu berikan ia minum. Bab ubat perempuan "cemar kain" yang "jahat" bau- nya. Ambil hempedu kambing, campurkan dengan madu, beri minum.
Setengah di Antara Penyakit Hidapan Wanita Bab ubat perempuan yang bernanah faraj nya. Ambil manjakani sebelas biji, cengkih enam pengapit, jaha gelang, serai, buah pala, kunyit tiga buku dan kacu yang diasah pada batu; sekalian ramuan ubat itu rendang. Sudah itu, giling lumat-lumat, kemudian bubuh kapur barus, airnya air sepang yang sudah diasah. Setelah sudah, maka gelek, dan telan pagi-pagi sebelum terbang lalat. Syarat menelannya itu, pertama telan sebelas biji, hari yang keduanya, telan tujuh biji, dan hari yang ketiga lima biji. Tatkala makan ubat itu hendaklah minum air sepang tiap-tiap hari, dalam masa tiga hari itu. Tatkala hendak mengasah atau menggiling ubat itu, maka disuratkan isim ini: pada sama tengah batu giling itu. Bab ubat perempuan yang bernanah farajnya. Ambil inai, kemenyan dan cendana, keduanya ini asah dan campurkan dengan inai itu, kemudian beri minum, yang lebihnya sapukan pada faraj dan ari-arinya. Bab ubat perempuan buang air putih seperti keluar 121
nanah serta sakit ari-ari. Ambil tembikar buyung atau tembikar tempayan, bakar beri hangat. Kemudian tuangkan air di atas tembikar itu supaya asapnya naik; sambil itu buatlah bagaimana cara pun supaya asapnya itu kena pada air-arinya, Bab ubat perempuan yang keluar airnya putih, seperti nanah, lagi menyakiti. Ambil lada, jemuju, dan sesawi; ketigatiga ramuan ubat itu giling lumat-lumat; kemudian sapukan pada farajnya. Bab ubat perempuan yang keluar air pada farajnya, atau keluar putih, atau pucuk mani putih, minumlah ubat ini: Ambil daun kapas, daun ara senai, dan daun pulasari. Sekalian itu rebus, beri susut airnya sama bahagi, dan minum; insya-Allah afiat. Bab ubat perempuan yang tiada kering farajnya. Ambil taruk lenggundi, taruk remunggai, taruk gegulung; sekalian itu pipis lumat-lumat, tapis ambil airnya, beri minum atau bubuh pada ari-arinya tiga pagi berturut-turut. Bab ubat perempuan yang sakit faraj nya, lagi tiada baik, dan sakit ari-arinya. Ambil daun buah keras yang gugur melentang, mesui, bawang merah, duri landak dan gigi tembiluk, pipis sekalian itu lumat-lumat, tempelkan pada ariannya, Bab ubat perempuan sakit ari-ari. Ambil jerangau, giling lumat-lumat. Kemudian hangatkan. Sudah sejuk tempelkan pada ari-ari itu atau campur dengan air, beri minum. Bab ubat perempuan yang sejuk farajnya; itu pun sangat ''jahat.'' Ambil sunti halia padi, kapur barus, ganti, halia hidup, bunga lawang, selasih, cekur, daun riang-riang dan air madu; sekalian itu giling dan sapukan pada farajnya, insya-Allah segera sembuh. Bab ubat perempuan yang tiada baik farajnya, jikalau hendak diberi seperti anak dara. Ambil kulit jambu, kulit raja kayu, kulit kepulaga, kulit serap at dan kulit semampat; sekalian itu tumbuk lumat-lumat, ambil airnya. Kemudian tanak masak-masak; jika segantang beri tinggal anggaran tiga kali minum. Jika sukatnya itu sudah cukup, beri minum tiga pagi, nescaya perempuan itu dirasai seperti anak dara. Jikalau diamalnya minum ubat ini, akan sentiasalah sangat dikasihi oleh suaminya. Bab ubat mengeringkan faraj perempuan yang "tiada 122
baik". Ambil pitis-pitis tiga hiris; makan dengan sirih pinang. Tatkala hendak bersuka-sukaan suami isteri, makan dia, kemam pada sebelah kiri, insya-Allah mustajab. Bab ubat mengeringkan faraj perempuan yang "jahat". Ambil manjakani, gaharu, cendana, dan air kunyit, sekalian itu pipis; dan makan.
Membaiki Sarira Bab ubat membaiki sarira perempuan supaya kering. Ambil telur ayam hitam sebiji; kemudian ambil manjakani, cabai, cendana dan gaharu; semuanya itu asah, ambil airnya, sertakan dengan air kunyit, campurkan dengan telur itu. Sudah itu rendang dengan minyak leng a, beri makan. Bab ubat perempuan supaya kering. Ambil damar putih dan cendana, asah sapukan pada farajnya, supaya jadi kering. Bab ubat perempuan "jahat" dirasai oleh lelaki. Ambil pulut hitam, rendang perbuat tepung. Kemudian ambil lempoyang padi, buah pala, sunti halia, damar putih dan halia sehiris; sekalian ramuan itu pipis, bubuh lada sedikit serta air limau kapas; campurkan dengan air hangat, beri minum tiga pagi. Bab ubat perempuan supaya baik dirasai oleh lelaki. Ambil hempedu kambing; hancurkan. Kemudian bubuh madu; minum pagi-pagi. Bab membaiki sarira perempuan yang sejuk dan berair. Ambil taruk lenggundi, taruk ruku-ruku, dan taruk remunggai; ketiga-tiganya itu segenggam erat, pipis lumatlumat. Kemudian gelek sebesar ibu tangan, makan tujuh pagi. Jangan serta dengan lelaki selama memakan ubat itu, insyaAllah kering dan hangat dirasai. Bab ubat membaiki sarira perempuan yang luas lagi sejuk dan berair. Akan ubatnya: Ambil pulut hitam, mesrakan pulut itu dengan daging ayam, air memasaknya air kulit kantung. Syarat memasak air betungan itu, jika segantang jadikan searai. Kemudian makanlah daging ayam dan pulut itu, dan minumnya air betungan itu juga selama tiga hari. Bab ubat perempuan supaya panas dirasai. Ambil gula batu berat dua mas, pijar berat dua kupang; asah pada mangkuk, airnya air hangat. Minum tiga pagi. 123
Bab ubat membaiki sarira perempuan. Ambil buah cempaka, daun lenggundi, daun rusuk kerbau, daun limau kerat lintang dan ibu kunyit dihiris; sekaliannya itu jemur keringkering. Sudah itu, jadikan serbuk. Kemudian campur dengan beras, tanak. Makan tiga pagi. Bab ubat sarira perempuan supaya baik. AmbilIemukut dan cekur; pipis lumat-lumat, sapukan pada farajnya. Bab ubat membaiki sarira perempuan. Ambil kapur barus tiga kenderi, apiun tiga kenderi, buah pala hitam sebutir; pipis, mesrakan, kemudian makan, terlalu baik hasiatnya, Lelaki pun baik juga makannya. Bab ini ubat membaiki tubuh perempuan atau lelaki, daripada Sheikh Abdullah al Qasyasyi, negeri Madinah. Ambil daun inai, kayu kes turi, gaharu tenggelam, asah, dan air mawar, mmum, Ubat "Pulang Kani" Bab ubat "pulang kani" , jikalau sudah beranak sekalipun jadi seperti anak dara. Akan ubatnya, Ambil kulit jambu, kulit nangka dan buah kaduk; pipis lumat-lumat, bubuh madu, minum tiga pagi. Bab ubat pulang dara perempuan. Ambil pijar dua kupang, gula dua kupang, dan air hangat akan pengairnya; minum tiga pagi; insya-Allah taala pulang seperti sediakala. Bab ubat pulang dara. Ambil kulit jambu hutan, kulit tanjung dan kulit paku rancak; tumbuk ketiganya. Kemudian perah ambil patinya, dan jernurkan. Sudah itu, ambil gula sedikit, dan pijar berat dua kupang; hancurkan semua ramuan ubat itu, minum tiga pagi, insya-AlIah,pulanglah daranya. Bab ubat pulang dara, jika sudah beranak pun mau kembali seperti umur sembilan tahun. Pertama, ambil kulit jambu hutan, kulit nangka, dan buah kaduk; pipis lumat-lumat. Kemudian bubuh air madu, minum tiga pagi atau tujuh pagi. Dalam masa makan ubat itu jangan campur dengan lelaki. . Bab ubat pulang dara. Ambil hempedu kambing hitam, cendana janggi, dan kapur barus; asah, dan pudi beri mesra; makan tiga pagi. Bab ubat perempuan tiada keluar air susunya. Ambil susu lembu atau susu kerbau; urutkan pada susu yang tiada 124
keluar airnya itu. Mandi dengan air hangat tiga hari; urut pun tiga hari juga. Bab ubat susu perempuan yang tiada keluar airnya. Ambil jintan hitam, mamah dengan sirih pinang, semburkan pada susunya. Bab ubat susu perempuan yang tiada keluar airnya. Ambil hempedu lembu; sapukan pada susunya itu, insyaAllah taala akan berair. Bab ubat perempuan yang sukar beranak, dan apabila lahir anaknya di dalam darah, nanah. Ambil daun benalu; giling, ambil airnya, bubuh jintan hitam, minum berulangulang. Bab ubat perempuan hamil, belum sampai bulan maka sakit perutnya. Ambil damar putih; asah dengan air bermalam, bubuhkan pada peru tnya. Bab ubat perempuan beranak. Baik di makan supaya segera afiat, lumurkan di serata tubuhnya. Ambil halia, cabai, ketumbar, mata tebu berma, mata tebu bunting, akar sepang, buah melaka, dan kayu manis; sekalian itu sama banyak. Sekalian itu giling lumat-lumat, hancurkan dengan air, lumurkan di serata tubuhnya berulang-ulang, insya-Allah segera afiat. Bab ubat darah menahun. Korek umbi pisang kelat, ambil isinya yang dikorek itu; kemudian pulangkan kembali isi yang dikorek itu pada tempat asalnya. Sudah itu, tunggu hingga esok pagi; ambil airnya minum, hampasnya giling, tempelkan pada perut dan ari-arinya.
Penyakit Senggugut Fasal ini pada menyatakan ubat senggugut, yakni sejenis penyakit orang perempuan ketika haid (lepas bersalin dsb). Ambil paru-paru ayam - jangan di basuh - bubuh di atas tungku panas. Sudah ia masak, ambil batu tungku itu letakkan pada celah kelangkang. Apabila sudah sejuk, ambil ubat itu makan, sambil duduk bertinggung di atas tungku itu; demikianlah syaratnya. Bab ubat senggugut. Ambil limau nipis atau limau kapas tujuh biji; yang masak ketujuhnya itu; ambil airnya. Kemudian ambil beras segenggam erat; rendang. Lepas itu, pipis, bubuhkan di dalam air limau itu, minum tiga pagi. 125
Bab ubat senggugut. Ambil daun bunga pekan segenggam erat, bawang putih tujuh ulas, lada sulah tujuh biji, ujung melukut, mata kunyit, dan hempedu landak, airnya air bermalam; perbuat lempeng; dimakan atau diminum pun baik juga. Bab ubat senggugut supaya lekat anak. Ambil daun benalu segenggam erat, lada sulah tujuh biji, bawang putih tunggal sebiji; pipis, airnya cuka. Minum tiga pagi, lebihnya sapukan di perut dan ari-arinya. Bab ubat senggugut. Ambil daun bunga pekan segenggam erat, bawang putih tujuh ulas, lada sulah tujuh biji, ujung melukut, mata kunyit, dan hempedu landak, airnya air bermalam; perbuat lempeng. Di makan atau di minum pun baik pagi-pagi. Bab ubat senggugut. Ambil lengkuas; tumbuk, ambil patinya seruas jari. Kemudian bubuh garam Siam tiga buku, minum tiga pagi. Bab ubat senggugut. Ambil daun ati-ati segenggam erat; ramas, ambil patinya, minum tiga pagi. Bab ubat senggugut. Ambil daun tembangau; tumbuk dengan hujung melukut, mata kunyit, dan jintan hitam. Minum tiga pagi. Bab ubat busung senggugut. Ambil burung kat-kat (belatuk); sembelih, panggang beri kering-kering. Sudah itu, ambil temu, serba temu, lengkuas kedua, isi birah hitam, isi lekar hutan, halia, isi keladi puyuh, isi keladi sebang, rempah sekalian rempah, iaitu seperti lada, cabai, bawang dll; sekalian itu tumbuk, serbuk dengan daging burung itu; hancurkan dengan arak atau air hangat, beri minum. Bab ubat senggugut. Ambil daun kayu kelat segantang, bubuh dalam belanga baru, kemudian bubuh air segantang, masukkan bonglai sedikit, jintan hitam sedikit; rebus, hingga tinggal secupak airnya, buat bersuci tiga pagi. Apabila sudah habis airnya, bubuh air lain, dan rebus pula. Sudah genap tiga hari, maka ambil pucuk kayu kelat itu segenggam erat, kerat hujung pangkalnya, bubuh jintan hitam, bonglai dan buah pala sebiji, bahagi tiga, manjakani sebiji, belah tiga, menjadikan untuk tiga hari; giling lumat-lumat, hancurkan dengan air, minum tiga pagi. Bab ubat senggugut. Adapun senggugut itu ada tiga 126
bahagi; satu senggugut lintah namanya; yang kedua senggugut bangkai, dan yang ketiga senggugut bunga, namanya. Adapun senggugut bunga itu harum baunya. Akan ubatnya, ambil daun bunga pekan segenggam erat, lada sulah tujuh biji, hujung melukut, dan halia padi. Apakala sedang datang penyakit itu, mamah ubat itu, insya-Allah sembuh olehnya. Bab ubat senggugut bangkai dan senggugut lintah, keduanya itu sama juga; bau darahnya busuk seperti bau lintah. Maka ubat senggugut kedua itu, ambil umbi pandan yang lagi dara, belum berbunga; ambil umhutnya panjang sejengkal telunjuk, bunga cempaka yang lagi muda, belum kembang, tiga kuntum, selasih yang dara barang segenggam erat, dan buah mengkudu yang mengkal barang tiga biji Adapun buah mengkudu dan umbi pandan itu dikupas, buang kulitnya, basuh cuci-cuci; semuanya itu cincang halus-halus. Sudah dibasuh cuci-cuci, maka embunkan barang semalam. Kemudian ambil batang padi; bakar, ambil abunya. Sudah itu, pipis, ambil airnya yang hening barang dua cawan, bubuh cuka masam yang menahun, maka campurkan pada ramuan yang dihiris itu. Barangkali sudah berhenti daripada haid, sudah mandi berlimau, maka pakailah kain benara (selepas didobi) atau kain baharu yang putih, pada malam Jumaat; maka makanlah ubat itu dan tidur dengan suami. Dengan kumia Allah, berkat Nabi Muhammad akan hilanglah penyakit itu dan beroleh anak. Adapun tatkala menurus atau menapis air abu batang padi itu, hendaklah dengan kain yang putih, cuci, jangan kain yang lekat, wallahu a'lam. Bab ubat senggugut. Ambil inai pacar dan umbut temu betung; tumbuk, perah ambil patinya. Kemudian bubuh garam Siam tiga buku, beri minum. Pada hari keduanya, lima buku garam, dan pada hari ketiganya tujuh buku garamnya. Bab ubat senggugut. Ambil buah bongor besar; bakar, bubuh air; kemudian heningkan airnya. Minum air abu itu, insya-Allah taala lekat anaknya. Bab ubat segugut, Ambil daun timba tasik, lada sulah tiga butir, bawang putih tiga ulas, jemuju tiga jemput, jintan hitam sejemput; semuanya pipis, dan minum ketika sudah haid. 127
Bab ubat senggugut. Ambil daun bunga pekan segenggam erat, rumput tahi babi, daun cucuran atap, sunti halia padi dan lada sulah; pipis semuanya itu. Kemudian perbuat lempeng, makan tiga pagi. 128
XVIII SELUSUH, MEROYAN Selusuh untuk Perempuan Bersalin FASAL ini doa Nabi Allah Yunus alaihissalam akan jadi selusuh orang beranak; dibaca pada air atau pada minyak, atau disurat pada mangkuk sabun, beri minum. Jangan lagi syak di dalamnya. Inilah doanya:
Bab ini satu lagi tasbih Nabi Yunus, akan selusuh orang beranak, mustajab. Jikalau orang lambat beranak, bacakan 129
pada minyak, beri minum. Inilah doanya:
Bab ini selusuh orang beranak, disurat pada kertas dan diikatkan pada pahanya sebelah kiri; insyaAllah akan lahirlah budak itu. Inilah ayatnya:
Bab ini selusuh orang beranak, dibaca pada minyak tiga kali dan ditiupkan pada minyak itu; kemudian beri minum. Lebihnya sapukan pada perutnya; insya-Allah taala segera jua lali.ir budak itu. Inilah surahnya yang dibaca:
Bab ini selusuh nama-nama Ashabul Kahfi; maka disurat pada kertas, ikatkan pada paha kiri dan kanan. Apabila sudah selesai melahirkan anak, kertas yang disurat itu segeralah buangkan, Inilah namanamanya:
130
Bab ubat "selusuh Fatimah" namanya; disurat pada kertas, ikatkan pada tangan kanan dengan benang putih; inya-Allah tiada bersusah lahir budak, dengan berkat Nabi Muhammad salallahu alaihi wassalam. Inilah azimat yang disurat:
Bab ini selusuh terlalu mustajab; disurat pada kertas dan ikatkan pada paha kiri. Apabila lahir budak itu, dengan segeranya ambil bangat-bangat. Inilah yang disurat itu:
Bab ini selusuh disurat pada kertas, ikatkan pada lengan kanan, inilah rakamnya:
Bab ini selusuh disurat pada kertas, ikatkan pada paha kanannya. Apabila sudah selesai bersalin ambillah dengan segera. Inilah suratan angkanya: Bab ini selusuh orang beranak. Ambil air setemang (semangkuk) dan kunci besi. Kuncikan kunci itu dan bubuh131
kan ke dalam air di dalam ternang itu, pegang anak. kunci itu, kemudian masukkan sedikit, sambil baca
serta buka kunci itu, Selesai sekali, maka masukkan pula lagi; buat demikian itu sebanyak tiga kali. Sudah itu manteralah. Inilah mantaranya: "Aku tahu akan namamu La Mim namamu; sentuban namamu; tiada dapat engkau binasakan sekalian jasad; kerana aku menanggung hak taala; berkat Lailaha ilallah Muhammadar rasulullah." Bab ini selusuh orang beranak; jampi pada minyak nyiur secawan. Inilah jampinya: "Aku hilir di sungai sempit, dapat batang melintang, aku tertalak, ku kanjar; Birah hitam, keladi hitam, Ditanam di Pulau Langkapuri; Adik hitam, kakak hitam, Ku keluarkan dengan uri tembuni. Berkat kalimah Lai/aha ilallah Muhammadar rasulullah." Bab ini satu petua selusuh. Ambil rambut ibunya, bakar di hadapan anaknya yang hendak bersalin itu; insyaAllah taala lahirlah budak itu. Bab ini selusuh budak. mati dalam perut ibunya. Ambil daun kecubung hitam tujuh helai; pipis lumat-lumat, airnya 132
minyak lenga, urutkan pada perutnya, insya-Allah keluarlah budak itu. Bab ini selusuh budak mati di dalam perut ibunya. Ambil bunga raya tujuh tangkai; pipis lumat-lumat, airnya air hangat, beri minum, insya-Allah taala keluarlah budak itu. Bab ini selusuh jikalau budak mati di dalam perut ibunya. Ambil biji labu pahit; pipis. Kemudian sapukan di serata tubuh dan perut perempuan itu; insya-Allah keluar olehnya. Bab ubat selusuh budak mati di dalam perut ibunya. Ambil kepala cacing tiga ekor; makan sirih pinang, sepahnya ambil dan bubuhkan kepala cacing itu dalam sepah itu, maka beri makan, insya-Allah keluar budak itu. Bab ubat selusuh, jampi pada air lima kali senafas; kemudian tiupkan pada air itu, beri minum. Inilah bacanya: "kum Fan Jak" Bab ubat perempuan beranak yang lambat lahir anaknya, maka beri minum barang yang menyegarkan; sambil itu, ambil daun ruku-ruku; tumbuk. Kemudian ambil bonglai; perah ambil patinya. Sudah itu, kedua ramuan itu campur dengan air, beri minum. Bab ubat "sundak uri" yang putus di dalam perut. Ambil akar bayam tanah; tatkala mengambil itu pasang dian. Apabila api dian itu menghala kepada kita, barulah kita ambil akar bayam itu. Kemudian asah, beri minum. Bab ubat uri putus. Ambil akar rotan banir, lada, garam, jintan hitam; sekaliannya itu asah, beri minum. Bab ubat "sundak uri." Ambil pati gadung; beri minum. Pada orang beranak tiada ia mabuk minum pati gadung itu; demikian menurut kata guru. Wallahu a'lam. Bab putus uri. Ambil batang ular-ular dan cekur; giling lumat-lumat, perah ambil airnya. Kemudian ruah ke dalam mulutnya. Bab mantera "sundak uri", pusaka dari orang tua-tua. Mantera pada minyak atau pada air, beri minum dan gosokkan pada perutnya. Inilah kata-kata manteranya: Birah pun hitam, Keladi pun hitam Hitam dengan umbi-umbinya; Adik pun hitam, kakak pun hitam, Keluar engkau dengan uri tembuninya. 133
Bab ubat selusuh uri tembuni. Ambil daun terung asam yang gugur tertiarap; pipis dengan air abu, beri minum, insyaAllah taala segera keluar. Bab ubat selusuh. Ambil akar kapas hantu, makan dengan sirih pinang; insya-Allah akan mudah beranak. Bab ubat selusuh orang beranak. Ambil kepala belut yang mati beragan; bakar, ambil abunya. Kemudian campur dengan minyak nyiur; beri minum. Lebihnya sapukan pada perutnya, insya-Allah segera jua lahir budak itu, wallahu a'lam. Bab ubat selusuh. Ambil akar bayam pasir; asah dengan air bermalam, beri minum.
Penyakit Meroyan Fasal ini pada menyatakan ubat meroyan, yakni penyakit yang biasanya menjadi hidapan perempuan selepas beranak. Adapun meroyan itu ada enam jenisnya; Pertama meroyan darah; kedua meroyan besar, ketiga meroyan gila; keempat meroyan sesak; kelima merayan angin dan yang keenam meroyan tahi namanya. Maka hendaklah dikenali satusatunya itu baik-baik. Bab ubat meroyan. Ambil daun nyarang, kembas dan mayang pinang yang muda; sekaliannya itu ramas, ambil airnya, bubuh ke dalam buyung tujuh biji. Kemudian bubuh tanah kira-kira sebesar jari manis, bubuhkan ke dalam buyung itu semuanya. Apabila malam jagai baik-baik. Pagi-pagi mandikan. Demikian perbuat barang tiga hari atau tujuh hari. Bab ubat merayan. Ambil daun bermi, ujung melukut, dan mata kunyit; pipis, tempelkan pada perutnya. Bab ubat meroyan. Ambil akar betung dan buah pala diasah. Kemudian bakar sebatang besi, bila sudah merah, cucuhkan ke dalam ubat itu, beri minum. Bab ubat me royan. Ambil temu serba temu, daun gorek, jintan kedua, dan bonglai sedikit; giling lumat-lumat, suruh telan. Bab ubat meroyan. Ambil kulit mengkudu dan daunnya, kulit melada dan daunnya, akar gandarusa dan daunnya, cekur dan jerangau; sekalian ramuan ubat itu pipis, kemudian semburkan. 134
Bab ubat meroyan seluruh tubuh. Ambil akar remunggai, biji sesawi dan bawang putih, pipis, akan airnya cuka masam; lumurkan di serata tubuhnya. Bab ubat meroyan, Ambil daun dedap segenggam erat, dan daun cekur segenggam erat; ikat dengan benang panca warna. Kemudian rebus, mandikan. Bab ubat meroyan. Ambil limau mata kerbau yang masak; ramas, ambil airnya. Kemudian bubuh minyak lenga dan sambar dara; tumbuk ambil airnya, campurkan dengan air limau itu, beri minum. Bab ubat meroyan, Ambil ubi bira.-h; asah. Kemudian jaramkan di serata tubuhnya. Bab ubat meroyan besar. Ambil daun keluduk gajah segenggam erat, ujung melukut dan mata kunyit, pipis lumatlumat. Kemudian keringkan airnya itu. Ambil hampasnya, bedakkan di serata tubuhnya. Bab ubat me royan jerih. Ambil daun benalu gajah; semburkan dengan sirih pinang pada ulu hatinya dan bubuhkan juga jintan hitam. Bab ubat meroyan yang bergumpal di dalam perutnya. Ambil daun menjarum putih, akar tapak leman, dan akar pekan taruk hitam; pipis lumat-lumat, beri minum. Bab ubat meroyan yang bergumpal di dalam perutnya. Ambil daun menjarum putih, akar tapak leman, akar pekan yang hitam taruknya, bonglai, cekur, ibu kunyit, ganti, me sui, bawang merah, jintan hitam; sekaliannya itu tanak, beri minum airnya. Bab ubat me royan darah. Ambil cendana dikikir, dan halia direndang; campurkan dengan madu, beri makan. Bab ubat meroyan gatal. Ambil daun benalu besar, ujung melukut, mata kunyit; giling lumatlumat, bedakkan di serata tubuhnya. Bab ubat meroyan gatal mata. Ambil pucuk m anj alaka dan garam jantan, diwapkan pada periuk nasi. Kemudian embunkan; perahkan pada mata itu. Bab ubat meroyan sakit mata. Ambil kulit manjalaka dan ibu kunyit di bembam, titikkan airnya di mata itu. Bab ubat meroyan yang menyenak. Ambil daun pedendang, daun bunga raya, dan jintan hitam; giling lumat-lumat, beri minum. 135
Bab ubat serba atau apa jua jenis meroyan. Ambil jeranggau, bawang merah, hempedu landak dan mata kunyit; pipis lumat-lumat, bubuh air bermalam, beri minum, mana lebihnya sapukan pada perutnya. Bab ubat meroyan dahaga air. Ambil daun rokam yang putih pucuknya, ujung melukut dan mata kunyit; giling lumat-lumat, ramas dengan nyiur lemba, beri minum. Bab ubat meroyan dahaga air. Ambil daun pedendang segenggam erat, bahagi dua Setengah bahagian itu giling dengan ujung melukut dan pucuk tampam, beri minum. Bab ubat meroyan menyesak ke hati. Ambil kulit dedap, biji sesawi, cekur, rebung buluh aur, pipis. Kemudian dilempeng kira-kira sebesar bata. Sudah itu, belah dua; bahagian sebelah kirinya buangkan. Ambil bahagian yang disebelah kanannya, hangatkan pada tembikar. Setelah hangat, tempelkan pada ari-arinya Bab ubat meroyan berbutir bengkak. Ambil daun badam, daun cengkering, daun timbun tahi dan bonglai, mamah dan semburkan. Bab ubat meroyan bengkak. Ambil putik limau purut sembilan biji, beras dan bonglai; giling bedakkan. Bab ubat bengkak meroyan. Ambil daun lenggundi dan daun tetulang; tumbuk, ambil patinya, beri minum; hampasnya bedakkan. Bab ubat meroyan batu yang rengat peranakan. Ambil terung perat dan halia; tumbuk ambil patinya, beri minum; hampasnya bedakkan. Bab ubat meroyan batu. Ambil daun rokam gajah, daun pekan yang hitam dan cabai; sekalian itu giling lumat-lumat, ambil patinya beri minum; hampasnya bedakkan pada perutnya Bab ubat meroyan batu. Ambil daun bunga raya putih, taruk gandasuli, bawang merah dan airnya cuka; pipis sekaliannya Kemudian pais dan telan. Bab ubat me royan angin. Ambil daun pekan yang hitam taruknya segenggam erat, bubuh beras kunyit dan jintan hitam; giling lumat-lumat, kemudian perah, ambil airnya, minum tiga pagi; hampasnya bedakkan. 136
Bab ubat meroyan angin. Ambil daun cengkian, bonglai, lada dan kapur batu; sekalian itu giling lumat-lumat, tempelkan pada tapak kakinya. Kemudian tuam dengan tungku hangat barang tiga malam. 137
XIX PENYAKIT IDAPAN KANAK-KANAK Penyakit Sawan FASAL ini pada menyatakan ubat beberapa jenis penyakit sawan yang jadi hidapan budak-budak. Jika yang dikatakan "sawan bangkai", maka alamat atau tanda-tandanya ialah, kakitangan, ubunubun dan tubuhnya hangat; dan mukanya seperti rupa mayat, demikianlah rupanya. Jikalau "sawan agung", alamatnya ialah, matanya berdiri, kaki tangannya bergongang-goncang, demam pun tiada, itulah rupanya. Jikalau "sawan sekala," alamatnya muntah, cirit, letih tubuhnya, matanya berdiri, lidahnya terjulur-julur dan budak itu haus sangat, hendak minum air dan susu. Akan ubatnya: Ambil kunyit temu putih, temu kuning, ganti, mesui, ali-ali air, mota, dan bunga pulasari; semuanya itu pipis lumatlumat, dan bedakkan pada tubuh budak itu. Akan air minumnya, rendam beras kuning di dalam belanga; sudah itu, keluarkan beras itu tumbuk pada lesung, campurkan dengan selasih putih, lulai dan napal. Kemudian titikkan pada mulut budak itu. Bab ubat sebarang apa jua sawan. Ambil lempoyang tujuh hiris, bonglai, bawang merah, mesui dan jernang; pipis lumat-lumat dengan air cuka. Kemudian ambil limau nipis hiris halus-halus, campurkan dan gosokkan. Jika sudah mandi, bedakkan dengan kunyit-kapur; dan jikalau "sawan bangkai", bubuh daun nyiur dan daun pinang sedikit. Bab ubat "sawan agung". Ambil lempoyang, temu 138
putih, temu kuning, cekur, bonglai, bawang merah, cengkih, ganti, mota, pucuk, awas-awas, halia bara, buah keras tujuh kali tujuh biji, kepala sari, jintan hitam, ketumbar, kemukus, adas manis, adas pedas, jemuju, sunti halia padi, temu kunci, dan cekur; semuanya perkara ramuan yang empat itu sama banyak. Akan perkara daun kayu itu, pertama daun peria pantai, daun ati-ati, daun tangantangan, daun lenggundi, daun kapas, daun sepang, daun dedap, daun kecubung, daun pinang dan sedikit ujung melukut. Semuanya itu pipis lumatlumat, hancurkan dengan air, lumurkan pada segala tubuhnya; insya-Allah hilang sawan itu. Bab ubat sawan yang keempat bagi sawan senak; afaalnya pejam matanya, pucat mukanya, akan ubatnya: Ambil gading gajah, jelema ular dan biji sesawi, ketiganya itu sama banyak, rabunkan. Bab ubat "sawan berma", Ambil akar tampam tunggal, akar pagar anak, akar lalang, daun melapari, dan bonglai; semburkan. Bab ubat sawan yang bengkak di sana sini. Ambil daun limau nipis tiga helai, buah pala, manjakani, jintan, halba dan beras; sekalian itu giling lumat-lumat, hancurkan dengan air; bedakkan di serata tubuhnya. Bab ubat budak demam sawan. Ambil daun bulangan, daun pulut-pulut yang hijau, rumput tahi babi, adas manis, kepalasari, ganti dan mesui, semuanya itu ramas dan mandikan, atau pupuk. Jikalau budak penangis pun baik. Bab ubat budak demam sawan. Ambil cekur kuning, bonglai, ibu kunyit dan awas-awas; maka yang tiga itu bembam beri empuk-empuk. Sudah itu, giling lumat-lumat. Akan awas-awas itu racik-racik, kemudian giling sama-sama dan bedakkan di serata tubuhnya. Bab ubat budak sawan. Ambil kulit kedondong, kulit pauh jantan, kulit pala, sirih pinang, ganti, mesui, cekur, jerangau, bawang merah sedikit, seperkara yang diambil airnya jadi air pengasah dan masukkan kapur sedikit; barangkali panas tubuhnya, maka ambil akar keduduk gajah; asah, Jelumkan. Bab ubat budak sawan atau bengkak. Ambil kulit dangla, daun suntang, daun gorek, daun lenggundi, daun sekentut, lada sulah sepuluh biji dan bawang seulas; buat 139
boreh, sapukan di serata anggotanya. Bab ubat "sawan sesak". Ambil daun selasih, nasi sekepal; kemudian bakar buah keras, ambil abunya. Sudah itu, ambil kayu manis cina, jintan putih dan bawang; pipis semuanya itu, semburkan pada segala sendi budak itu dan lumurkan di serata tubuhnya. Bab ubat "sawan sesak". Ambil daun ruku-ruku dan beras rendang; pipis lumat-lumat, lumurkan di serata badan budak itu. Bab ubat sawan lelah seperti orang sesak nafas. Ambil daun peria katak, tumbuk, ambil patinya, bubuh minyak. sapi, beri minum budak itu. Bab ubat "sawan tahi". Ambil daun kacang hijau, giling, bubuh hujung melukut, mata kunyit; pupukkan. Bab ubat "sawan tahi", Ambil daun capa tiga kali tujuh helai, dan ketumbar tiga kali tujuh biji; giling dan pupukkan. Jika ada kulit belangkas dan kulit ketam, campurkan giling sama-sama; kemudian pupukkan. Bab ubat sawan atau buatan syaitan. Ambil daun selasih tujuh helai dan bunganya tujuh tangkai; pipis lumat-lumat, hancurkan dengan air pinang; sapukan di serata tubuhnya. Bab ubat sawan. Ambil daun keduduk; pipis dengan minyak kepayang, tempelkan pada ubunubun budak itu pagi petang. Bab ubat sawan. Ambil daun seroja, kunyit, hujung melukut dan mata kunyit; pipis lumatlumat, pupukkan pada ubun-ubunnya. Bab ubat sawan. Ambil daun teja pucuknya, pucuk maja dan pucuk ara; giling lumat-lumat, pupuk di serata tubuhnya. Bab ubat sawan yang disapukan. Ambil daun pegaga, daun peria, dan daun ruku-ruku; bakar, ambil abunya. Kemudian gosokkan pada pusat budak itu, pada tapak tangannya, pada lu tu tnya, pada pergelangan tangannya dan pada pergelangan kakinya kedua. Bab ubat sawan di dalam perut. Ambil mesui, jintan hitam, hinggu, jerangau, bawang merah dan bonglai; sekalian itu mamah, semburkan dengan sirih pinang, airnya sapukan pada tubuh budak itu. 140
Bab ini mantera budak sawan, ditiupkan serta di halau. Inilah manteranya: "Bismillahir rahmanir rahim. Hong sawan, maha sawan, sawan seratus sembilan puluh; aku tahu akan asalmu, daripada siku uri tembuni. Berpindah engkau dari sini ke rimbaraya; nyah! Pindah engkau ke laut yang tiada berair; nyah! Pindah engkau ke padang yang tiada berumput; nyah! Pindah engkau ke gunung yang tiada berbatu. janganlahengkau menyakiti saudaramu. Jika engkau menyakiti, derhaka engkau kepada Allah; wallah! Demi Allah, demi rasulullah berkat kalimah La ilaha illallah, Muhammadar rasulullah." Bab ini dibacakan pada budak yang kena sawan, tiupkan pada budak itu. hingga tamat, sebanyak tiga kali Kemudian baca pula: hingga
tamat,
tiga
kali;
hingga tamat tiga kali. Sudah itu baca pula tiga kali:
Kemudian kita ludah sebelah kiri budak itu. Jika dibaca pada bonglai pun baik, semburkan pada budak itu. Bab ubat budak menangis malam. Ambil daun pulutpulut, rumput tahi babi, akar peria; mamah, semburkan dengan sirih pinang. Selain itu pupukkan pada badannya. Bab ubat budak jangan menangis malam. Yang demikian itu "sawan tangis" namanya. Ambil daun pulut-pulut, daun setulang hitam, daun belimbing yang gugur, ramas dengan air didih, kemudian pupukkan pada dada atau pada dahinya. Bab ubat budak tiada boleh tidur, Ambil daun tanjung dan akar ribu-ribu; mamah, semhurkan, Bab ubat budak sakit perut. Ambil putik nyiur, daun jarak perawas, embalau, kunyit, dan beras; semuanya itu sama banyak maka giling. Kemudian campur dengan air benar, hangatkan pada api. Ketika sudah suam, bubuhkan pada perutnya. 141
Bab ubat budak tiada boleh ke sungai. Ambil hempedu kambing, bubuh pada pusatnya, insyaAllah boleh ia ke sungai, Bab ubat jikalau budak lambat tumbuh gigi. Ambil lemak pelandok, gosokkan pada gusinya.
Sawan - "Gila Babi" Fasal ini pada menyatakan penyakit "saban" atau sawan. Sebermula sawan itu adakalanya pada orang dewasa dan adakalanya pada budak. Tandanya berbuih mulutnya dan terketar-ketar; datangnya pada ketika hujan, atau sejuk oleh angin. Adapun datangnya penyakit itu daripada tapak kaki seperti melata, lalu kekepala. Apabila sampai ke otak jadi rebah. Ia dinamai penyakit "sawan babi" atau "gila babi". Akan ubatnya, hendaklah kita kurung dia didalam rumah yang tiada masuk angin ke dalamnya. Maka sekalian tubuhnya itu digosok dengan kunyit dan minyak lenga. Beri dia makan benda-benda yang lemak manis, yang hangat perangainya, serta nasi dan kuning telur ayam, atau daging kambing dan biri-biri, atau minyak sapi, madu dan sakar. Bab ubat penyakit "saban" atau "sawan". Ambil lintah seekor, maka asakkan lada sulah tujuh biji ke dalam mulutnya; kemudian gantung pada para api selama empat puluh hari. Setelah sudah kering, maka diperabat. Tatkala datang penyakit itu. asah pada batu canai dan bubuh ke dalam hidung orang sakit itu tiga titik. Bab ubat "saban;' yang menjadikan pengsan terhantar, tiada bergerak dan tiada berkata-kata seperti orang mati. Maka sebab demikian, daripada perangainya berat yang sejuk, atau sebab makanan yang sejuk perangainya, atau sebab terkejut dan gentar. Akan ubatnya, ambil minyak lenga dimasak dengan bawang putih dan mestaki; maka gosokkan sungguh-sungguh, basuh kedua belah tangannya, perutnya, tapak kakinya, dan dadanya dengan air hangat; gosok sungguh-sungguh. Jika dengan begitu dia mau bergerak, maka baiklah dia. Jika tiada juga dia bergerak, hentikan seketika, kemudian mandikan pula dengan air hangat dan cucuk dengan jarum di bawah kakinya; maka bubuh ke dalam mulutnya itu air hangat yang dimasak dengan garam, hingga jadi muntahlah ia, supaya sedar akan dirinya. Sudah itu, 142
beri makan nasi yang dipermasak dengan susu lembu, daging ayam dara, minyak sapi, dan madu. Jangan diberi makanan yang lain daripada itu. Bab ini ubat orang "gila babi", yang telah banyak jasanya. Ambil ayam seekor; sembelih, ambil darahnya. Sudah itu, ambil pula kemenyan sekira-kira patut dengan darah ayam itu; campurkan keduanya. Kemudian buat bara api banyak-banyak dengan tempurung. Bubuhkan ubat itu pada bara api itu, maka rabunkan pada muka orang sakit itu supaya asap itu meliputi pada sekalian tubuhnya. Dengan demikian, nescaya orang sakit itu muntahkan air kuning dan darah mati; menurut kata guru, darah dari dalam jantunglah yang keluar itu. Cara berubat ini diperbuat tiga hari, sambung dengan darah ayam lain pula. Jika orang sakit itu tiada muntah lagi, menandakan sudah habislah penyakit itu, insya-Allah taala akan sembuh dan hilanglah penyakit itu.
Ubat Cacing Fasal ini pada menyatakan ubat cacing. Ambil akar bembam tikus, bubuh bawang merah dihiris-hiris dengan cekur, bonglai dan mesui; semuanya itu mamah, ambil patinya. Kemudian celakkan pada mata, sapukan pada ubunubun, balik kedua telinga dan pada dagunya; lebihnya gosokkan pada pusat budak itu; insya-Allah habis keluar cacingnya. Bab ubat cacing. Ambil daun capa, bonglai sedikit, jerangau sedikit dan bawang putih seulas; sekalian itu mamah dengan sirih pinang, ambil airnya itu celakkan pada mata budak itu, hampasnya semburkan pada perutnya. Bab ubat cacing. Ambil daun remunggai dengan kapur; pipis lumat-lumat, tempelkan pada perut budak itu. Kemudian ambil akar remunggai itu, mamah dengan sirih pinang, celakkan pada mata budak itu; insya-Allah habis keluar cacing itu. Bab ubat cacing kanak-kanak. Ambil akar remunggai, celakkan; insya-Allah habis cacing itu. Bab ubat cacing. Ambil akar pisang kelat, mamah dengan sirih pinang celakkan, nescaya keluar cacing itu dengan tolong Allah. Bab ubat cacing, ambil daun lembega; tumbuk dengan kapur, ternpelkan pada perutnya. Kemudian ambil akar 143
remunggai, mamah dengan sirih pinang, celakkan di matanya, insya-Allah keluarlah cacing itu. Bab ubat cacing. Ambil nyiur merah yang suduan; bakar dengan kulitnya, kemudian sejukkan. Sudah itu, tumbuk nyiur itu. Kemudian ambil cacing yang di dalam tanah tujuh ekor, iaitu jika besar sakitnya. Jika sedikit, memadai dengan lima atau tiga ekor. Basuh cacing itu dan bubuh ke dalam nyiur itu. Kemudian embunkan segala cacing itu, maka beri ia minum, nescaya keluarlah muntah atau cirit. Jika terlalu muntahnya, maka ambil akar lembega dan belerangbang asah; celakkan melintang pada lehernya, pada dada dan pada susunya, biar turun ke bawah. Bab ubat cacing budak. Ambil daun remunggai; pipis. Kemudian tempelkan pada perutnya. Bab ubat cacing. Ambil daun capa dan bonglai sedikit; mamah, semburkan pada leher dan di sebalik kedua-dua belah telinganya; setengah ubat itu pupukkan pada ubunubunnya, insya-Allah keluarlah cacingnya. Bab ubat cacing. Ambil buah kundur; kukur beri lumatlumat, pupukkan pada ubun-ubunnya, tiga hari. Bab ubat cacing. Ambil getah betik; hancurkan dengan gula batu, beri minum, nescaya keluarlah segala cacingnya. Bab ubat cacing gelang-gelang. Adapun sebabnya maka menjadi gelang-gelang itu, ialah daripada makanan hanyir. Adapun ubatnya, ambil daun inai dan pucuknya; rendam di dalam air bermalam. Pagi-pagi beri minum. 144
XX PENYAKIT JIWA Nama-nama Syaitan yang Merasuk FASAL ini menyatakan peri melihat orang gila dan kemasukan syaitan; maka kita lihat perangainya sakit itu. Jika giginya tergarit-garis, Namru nama syaitan yang menggodanya. Jika kaki tangannya tergerak-gerak, tergedang-gedang Bulhab syaitan yang menggodanya. Jika lidahnya terjulur-julur, matanya terbeliak-beliak, nama syaitan yang menggodanya Nunas. Jika berbalik dirinya tiada boleh, nama syaitannya Sadawa yang menggodanya. Jika perangainya seperti bantal perut orang itu Iblis nama syaitan yang menggodanya. Dan jika perangainya tiada boleh berkata-kata, kaki tangannya tergoncang-goncang, nama syaitan yang menggodanya Hai; maka lihatlah perangainya syaitan itu, supaya mudah kita mengubat dia; wallahu a'lam. Bab ini menyatakan nama empat orang penghulu jin. Maka surat nama-nama itu pada kertas. Sudah itu, sapukan pada muka orang gila itu. Inilah yang disuratkan:
Bab ini ubat cekak orang gila. Ambil bawang merah, biji tanjung, temu kunci, hinggu, sekalian itu pipis lumat-lumat. Sudah itu, bubuhkan pada perca putih, maka perahkan pada mata orang gila itu. 145
Bab ini ubat celak orang gila. Ambil akar terung asam, bunga cempaka, bunga melur dan bunga cina; maka asah kesemuanya itu, celakkan pada matanya. Bab ini ubat celak syaitan. Ambil hinggu, jadam, garam Hermoz, bawang merah dan bawang putih; pipis lumatlumat dan perah. Sudah itu, ambil airnyanya, perahkan pada matanya. Bab ubat orang gila. Ambil akar remunggai yang menghadap matahari naik, ambil kulitnya; giling lumat-lumat. Sudah itu, bubuh pada perca putih, perahkan pada matanya. Bab ubat orang gila. Ambil daun tanjung tujuh kali tujuh helai, bonglai tujuh hiris, bawang putih tujuh hiris, bawang merah tujuh hiris dan biji sesawi tujuh biji; syaratnya itu semuanya digiling, campurkan dengan hempedu lembu. Jika laki-laki yang gila, hempedu lembu betina. Apabila sudah diperbuat semuanya itu, maka dibaca doa ini atau disurat pada cawan bekas ubat itu pun boleh. Setelah sudah maka perahkan pada mata orang gila itu. Inilah doanya:
Subhanallah ini baca dua kali. Bab ubat orang gila. Ambil tebu hitam; perah ambil airnya. Kemudian ambil garam tiga buku, lengkuas tiga hiris dan akar remunggai; sekalian itu ambil airnya, perahkan pada matanya. Bab ubat orang gila. Ambil air limau kerat lintang dan biji terung perat lima atau tiga biji; pipis, bubuhkan pada perca putih. Kemudian perahkan pada mata, telinga, hidung dan mulut orang gila itu. Bab ubat orang gila. Ambil hempedu harimau; salai beri kering-kering. Manakala ada orang gila, maka asah dengan cekur, jerangau; perahkan pada mata dan telinga orang gila itu. Bab ubat orang gila, terlalu mustajab. Ambil bunga pala; pipis lumat-lumat, kemudian bubuh ke dalam buluh. Sudah 146
itu, tiup masuk ke dalam kedua hidungnya dan masuk sekali kedalam otaknya. Ketika itu nescaya keluar air mata dan air hidungnya. Terlalu mustajab ubat ini. Bab ubat bedak orang gila. Ambil temu kunci dan lengkuas; pipis lumat-lumat, bedakkan pada serata tubuhnya. Bab ubat bedak orang gila. Ambil kulit pulai, h inggu , bawang merah, biji lenga, cekur, bonglai, biji sesawi dan beras tiga genggam dari tiga buah rumah. Sudah itu, pipis lumat-lumat, bedakkan di serata tubuhnya. Bab ubat orang gila. Ambil air; bubuh pada periuk, campurkan dengan madu. Kemudian ketang baik-baik periuk itu. Sudah itu, dimasak hingga mendidih barulah angkat. Setelah sudah diangkat, pesukkan ketangnya sekira-kira keluar asap atau wapnya. Maka sapukan pada muka orang gila itu. Bab ubat orang gila yang tiada khabar akan dirinya daripada sangat gilanya itu. Ambil minyak sawa yakni lemaknya. Kemudian ambil beras, maka tanak akan jadi nasi; maka bubuh minyak itu pada nasi itu, beri mesra-mesra. Sudah itu, beri makan pada orang gila itu. Bab orang gila yang menyanyi-nyanyi. Ambil pucuk lenggundi tiga pucuk, lada sulah tujuh biji, lengkuas tiga hiris, gula batu sedikit dan garam tiga buku; semuanya itu pipis lumat-lumat, akan airnya cuka. Kemudian perahkan pada mata dan hidungnya, insya-Allah taala akan sembuh. Bab ubat orang gila sepera yakni bebal akal. Akan ubatnya, orang itu kurung di dalam rumah yang tiada masuk angin; maka minyaki kepalanya dan tubuhnya. Beri dia makan segala yang manismanis dan gosokkan susu lembu di kepala dan di dahinya. kemudian dimasak pula minyak sapi beri dia makan. Setelah sudah, selimutkan tubuhnya supaya jangan terkena angin, sehingga dia tidur. Bab ubat orang gila atau kemasukan syaitan. Ambil akar pulai yang disuruhkan kepada budak belum akil baligh mengambilnya. Sudah itu pipis lumat-lumat akar pulai itu dengan air susu ibu budak yang belum tumbuh giginya. Kemudian asah dan bedakkan di serata tubuhnya. Bab ubat tangas orang gila, . Ambil daun peria; giling. Kemudian bubuh pada periuk dan campurkan dengan madu. Sudah itu, getang periuk itu dengan daun pisang, 147
maka dimasak hingga mendidih, barulah angkat periuk itu. Setelah sudah diangkat, tebuk sedikit get ang periuk itu beri keluar asap atau wapnya. Sudah itu, asapkan pada muka orang gila itu. Bab ubat orang diselap pelesit, Surat rajah pada rotan, palukan pada tikar atau pada tubuhnya. Inilah rajah yang disuratkan itu:
Bab orang dirasuk syaitan. Ambil kulit sentul, asah dengan inggu, beri minum. Bab orang dirasuk syaitan. Ambil daun gandarusa se. genggam erat dan daun biling-biling segenggam erat; tumbuk, jaramkan pada kepalanya. Bab ubat orang kena hantu peri atau hantu hitam. Ambil akar tampam, akar lalang, akar hempelas, akar jemenderi dan akar ketumbit, mamah dengan sirih pinang, semburkan tiga mulut.
"Pemagar" Kawasan Rumah Bab ini "kota Iskandariah". Maka surat pada timah hitam, tanamkan pada empat penjuru kampung atau kawasan rumah; insya-Allah taala segala jin, atau orang mencuri, atau syaitan tiada hampir; pencuri pun tiada dapat. Inilah rajahnya:
148
GLOSARI I a adas manis adas pedas akar kani
-
akar songsang akar (bembam) tikus
-
andung ara sinai ara songsang bakung balik adap
-
baru batu-batu bedat
-
belimbing besi beluntas
-
(herba), Anethum graueolens, (herba), Foeniculum vulgare. (pokok renek), akar meranang, ara lumut, Croton caudatum. (herba), Gloriosa superba; (pokok memanjat), akar hitam, akar kekala, Ventilago malaccensis. (pokok renek),jenjuang, sen juang, Cordyline frutieosa. (pokok renek), ara kesinai, Ficus panieu lata. (rumpai), nyarang songsang, Aehyranthus aspera. (herba), tembaga suasa, Crinum defixum. (pokok menjalar); a) Mussaenda glabra; b) Mussaenda mutabilis.
b (pokok yang berbunga), baru-baru, Hibiseus tiliaceus. (pokok memanjat), akar batu, Byttneria mairrgayi. (pokok), bedata, berembang, gedabu, pedada, Sonneratia caseolario. (pokok dan buahnya), kembola, Auerrhoa earambola. (pokok renek), Pluehea indica. 149
beluru benaIu
-
beraksa beras-beras
-
bermi
-
beti-beti biawas
-
bilang-bilang birah hitam bonglai bongor buah keras
-
buah melaka bulangan bunga cina bunga melukut
-
bunga susun kelapa
-
cabai capa
-
cekur cekur manis
-
cendana janggi
-
(pokok memanjat), akar belerang, Entada phareoloides pokok yang tumbuh pada pokok lain dan menghisap makanan dari pokok itu, dedaIu, mendaIu, bendalu, Hemigraphis colorate, sj. pokok spt. beringin; Casia spp. (pokok), kedondong matahari, kijai, Trigonochlamys griffithii. (herba, biasanya tumbuh di tempat yang berair), beremi, Limnophila aromatica; (pokok renek), bebeti, Flueggia virosa. (pokok), jambu batu, jambu biji, Psidium guaiava. (pokok renek), gelang. (herba berumbi), Alocasia denudata. (raizom), kunyit belai, Zingiber casmmunar. (pokok), bungor, Lagerstroemia speciosa. (pokok dan buahnya), kemiri, buah kemimbing, Aleurites muluccana. (pokok dan buahnya), Emblica officinalis. (pokok), Gmelina spp. (pokok renek), bunga susun, Gardenia florida. (pokok renek), cemperai dadis, lelimbu, lemak beruk, lemputih paya, Urophyllum glabrum. (pokok renek), lada-lada, lelada, bunga cina putih, Ervatamia spp.
c (pokok memanjat), lada panjang, Piper 10 ngu m. (herba), capu, sembong, telinga kerbau, Blumea balsamifera. (herba berumbi), Kaempferia galanga. (sj. pokok renek boleh dibuat sayur), asin-asin, cekuk manis, Sauropus albicans. (pokok yang merah warna kayunya), Pterocarpus spp. 150
cendana putih cengkering
-
(kayu cendana jenis terbaik), Santalum album. l) (pokok), dedap, cekering, Erythrina fusca; 2) rumput - (rumpai), kateh murai, sebuih jantan, H edy otis glabra. (pokok), cemekian, cemengkian, jemekian, Croton tiglium. (pokok yang wangi bau dan pedas rasa bunga atau buahnya, bahan rempah dll), Eugenia aramatica. (pokok renek), jarak, Plumbago zeylanica. (pokok), culak, Callicarpa maingayi. (pokok renek), hujung atap. Baeckia frutescens.
cengkian
-
cengkih
-
ceraka colak cucuran atap
-
dangla
-
dedap delima dewadaru
-
ekor tupai
-
(pokok), [usticia benotica.
gadung
-
gaharu
-
gamat gandarusa gandasuli gandarokam ganti
-
gelenggang
-
(pokok melilit, umbinya mengandungi racun, tetapi kalau dibancuh dengan abu basah, boleh dimakan), Dioscorea hispida, (sj. kayu harum yang berasal dari pohon tengkaras), Aqularia malaccensis. (pokok memanjat), Pterisanthes cissoides. (herba), Gendarussa uulgaris. (herba, bunganya harum), Jledychium coronarium, (pokok), damar mata kucing, Rezina carneola; (sj. akar tumbuhan kebanyakannya di-bawa masuk dari negen Cina);Lingusticum acutilobum. (herba), Cassia alata.
d (pokok), keIembai, kemantu, (kepayang) hitam, Crataeva macrocarpa. (pokok), cengkering, Erythrina subumbrans. (pokok renek), Punica gromatum. (pokok), daru-daru, dedaru, kayu darat, Urandra corniculate,
e g
151
geli-geli
`
-
genjer
-
gorek guncak
-
gurah
-
ha1ban halia hempedu landak hempedu tanah
-
hempelas
-
hujung atap
-
jaha jarak jelatang ayam jerangau jeruju
-
jintan jintan hitam jintan manis
-
(herba yang tumbuh di dalam paya), bekil, Lasia spinosa: (sj. tumbuhan, tumbuh di rawa-rawa), Limnocharis flava. (pokok memanjat), kelici, Caesalpinia crista: (pokok), gucek, gunciak, Antidesma ghaesembilla. (pokok), gayan, guring, Sapium indicam.
h (pokok), leban, Vitex pubescens, (raizom yang umbinya pedas), jahe, Zingiber officinate. (pokok renek), bunga landak, Barleria prionitis. l) (herba memanjat yang pahit rasanya), bermi, gelumak susu, Curanga felterrae, (C. Amara) 2)mengkudu rimba, Renellia speciosa; 3)(pokok memanjat), Gynochtodes coriacea; (pokok yang daunnya kesat dan digunakan untuk. melicin kayu), Tetracera assa; l)(pokok) yang wangi bau bunga dan kulitnya), akar bagan, mempelasari, pelasari, pulasari, Alyxia lucida; 2)(pokok), pelasari, pulasari Alyxia forbesii. (pokok renek), ujung atap, junjung atap, cucur atap, eucuran atap, Baeckea frutescens.
j (pokok), johar, Cassia siamea. (pokok renek), Ricinus communis. (herba), Fleurya interrupta; (herba), jeringau, Acorus calamus. (pokok renek), beruju, Acanthus ebracteatus, (pokok), Carum carui. (bijian), Nigella sativa. (bijian), adas cina, PimpineUa anisum. 152
beluntas
-
(pokok renek), Pluehea indica.
jintan putih
-
julah (akar) julang-julang julung bukit julung hitam
-
(bijian), Cuminum cyminum. juar (daun) (pokok), johar, Oroxylum indicum. (akar memanjat), Gnetum silvestre. Agrostistadys, Psychotna, Ancistroclads. (pokok memanjat), majapahit, Apama cory mb osa. (pokok memanjat), Ancis trocladus penangianus.
kacang laut kacang pati kacang sekunca
-
kait-kait kambas kapas kapur barus
-
kara katang-katang kecubung
-
kedekai
-
kederang
-
keladi puyuh kelembak
-
kelemoyang kelempayan Keman
-
k (herba), Vigna marina. kacang palih, Mucuna biplica ta. (pokok), memanjat), gambir-gambir UmCrotalaris striata. (pokok memanjat), gambir-gambir, Un-caria acida. peria, Momordica spp, (pokok renek), Gossypium spp, (damar dari pokok kapur barus), Dryobalan ops aromatica. (herba), kacang kedelai, Dolichos lab-lab. (pokok menjalar), Cynometra spp. (pokok renek yang bijinya memabukkan), Datura
metel. (pokok), kedekak, kedeka, kedekik, kedeki, Terminalia chebula. (pokok berduri, akarnya dibuat pencelup), sepang air, Hymenocardia wallichii. (herba), birah kecil, Typhonium spp. sejenis tumbuhan (pokok) yang kayunya berbau harum, gaharu, A quilaria malaccensis; (herba), Homalomena spp. (pokok), kelampai, Anthocephalus cadamba. (pokok-renek); kembang gajah; malu-malu, semalu, rumput rimau, Mimosa pudica; 153
kemantu hitam
-
kemukus kendeka kenerak kepalasari
-
kepulaga
-
kerakap burung kerakap rimau kemam
-
kesimbukan
-
ketumbar
-
ketumbit kunyit
-
kunyit-kunyit
-
lada pahit
-
lakum
-
lan cang Euphobia leban lemak-lemak
-
(pokok), cemamah, pokok cerek, secerek, suntang hitam, Clausena excavata. (lada, cabai) berekor, Piper spp. (pokok), Avicennia marina. (pokok), gelai, Goniothalamus tapis. (pokok memanjat), akar bagan, empelas hari, mempelasari, Alyxia lucida. sj. tumbuhan (raizom), pelaga, Amomum cardamomum. Piper spp. Piper porphurophyllum. (pokok), kenidai, punai, sebasah (bukit), Antidesma cuspidatum. (pokok memanjat), akar kentut, daun se kentut, Paederia foetida. (pokok, dan bijinya dijadikan rempah), Cariandrum sativum. (herba), ketumbak, Leucas lavandulifolia. (raizomnya dijadikan bahan pencelup dan rempah), Cureuma domestika (longa). (pokok memanjat), kekunyit, akar kunyit, Coscinium blumeanum.
l
-
lemba lembayung
-
lembega lembiding
-
(pokok renek), melada pahit, ernbalau, Brucia amarisma. (pokok memanjat), carik merah, pokok riang hutan, Vitis repens. (herba), ara tanah, gelang susu, keremak susu, hirta. (pokok), Vitex pubescens. (pokok memanjat), merensa, tulang daing, Connarus oligophyllus. (herba), segumber urat, Piper umbellarum. (herba), bunga jamban, keladi bunting, Eichhornia crassipes. (pokok renek), rembega, Calotropis gigantis. (pakis), lemiding, Stenochlaena palustris. 154
lempoyang lenggundi
-
leng kanan lengkuas
-
lepang lanang lulai
-
maja
-
malapari mali-mali maman
-
mambalau (embalau)
-
manjakani mata ayam
-
mata landak melada
-
melukut
-
menjelai
-
(herba), lampoyang, tepus, Zingiber palustris. 1) (pokok), lebar, Vitex negunda; 2) (pokok), mata ayam (kucing), sirih puyuh. lihat lengkuas. (raizom), lengkanan, Alpinia galanga, - ranting (raizom), Alpinia melanocapra (conchifera). (herba memanjat), Bauhinia spp. (pokok dan buahnya), nona, lonnek, Annona reticulata. (pokok), Garcinia spp.
m (pokok), Terminalia spp, - keling, sj. buah keras untuk ramuan ubat; - lawi, sj. buah keras, Terminalia Chebula; - pahit, Aegle marmelos, (pokok), mempari, pari-pari, Pongamia pinnata. (pokok renek), memali, toi, Leea angulata. I) (herba yang boleh dimakan), Cleome icosandra; 2) (herba yang daunnya dibuat ubat), Gynandropsis gynandra. sejenis damar untuk melekatkan keris, (parang dll.), Brucea anarissima. (sejenis buah keras untuk ramuan ubat), majakani, l) (pokok renek), pecah periuk, Ixora spp; 2) sirih puyu, mata pelanduk, Andisia crenata. (pokok) Bridelia penengiana I) (pokok), Capparis micracantha; 2) pahit - (pokok), embaIau, lada pahit, Brucea amarissima. (pokok renek), cemperai dadis, lelimba, lemak beruk, lemputih paya, mata itik, mata kerling, merembung jantan, pokok kekang pulai, Urophyllum glabrum. (tumbuhan jenis padi), enjelai, Coix lachryma-jobi. 155
menjarum merak an merapoyan
-
(pokok), j enj aru m, jarum-jarum, /xora concinna. (rumpai), Androp ogan amboinicus. (pokok), merpuing, merpoi, gandang, Carallia brachiata. (pokok), gandang, Carallia brachiata. (pokok besar), Kelayu, Erioglossum rubigin osu m. pokok yang kulitnya dibuat ubat, rempah-rempah dll. Massoia aromatica. Oncesperma, Wrightia. sejenis tumbuhan (rumpai yang umbinya dibuat ubat), Cyperus rotundus.
merpoi mertajam mesui
-
mok-mok mota
-
nenasi nyarang
-
(pokok), nasi-nasi, Sy mplocos fasciculata. 1) (rumpai), Cythula prostrata; 2) song-sang - (rumpai untuk ramuan ubat), Achynanthes aspera.
orang-aring
-
l) (rumpai), aring-aring, kermak jantan, rumpu t migus, Eclipta alba; 2) (herba) akar batu babi, daun balam, kica, keduduk paya, Pouolzia zeylanica.
pagar anak
-
pala patarwali
-
payung ali pedendang
-
pegaga
-
pekan
-
pelaga
-
(pokok kecil), bunga merjagong, jenjagong,/xonanthes iconsandra. (pokok, bunga dan buahnya), Myristica fragrans. (pokok memanjat), petawali, putarwali, akar seruntun, Tinospora tuberculata. (herba), Biophytum longifolia. (pokok memanjat), akar labu air, akar timun gajah, labu air hutan, Trichosanthes wallichiana. (herba menjalar), penggaga, pegagan, Hydrocutyle asiatica. l) (pokok renek), ]asminium curtisii; 2) (pokok renek), Azima tetracantha; 3) (pokok renek), melur ]asminium bifarium. lihat kepulaga.
n
o
p
156
perawas
-
peria hutan pitis-pitis
-
pucuk puding emas pulasari
-
pulut-pulut
-
rancang
-
rembega remunggai
-
rengkinang
-
renting
-
riang-riang
-
ribu-ribu
-
Ringan-ringan ruku hutan
-
(pokok), medang perawas, medang asam, Litsea penangiona. (pokok memanjat), Vitis mollissima. (pokok memanjat), akar kambing-kambing, akar batu pelir kambing, buah pitis, Sarcolobus globosus. (herba), Saussurea lappa: (pokok kecil), Codiaeum variegatum. (pokok memanjat, bunga dan kulitnya wangi), akar bagan, empelas hari, mempelas hari, pelasari, Alyxia lucida, l) (rumpai), lemak ketam, Melochia c orchorifolia; 2) (rumpai), daun susu babi, pokok lokman al-hakim, rumput tahi babi, sembong gajah, Adenostema lavenia (viscosum); 3) (pokok renek), kelulut, pelulut, Urena lobata.
r l) (pokok renek), tongkat Ali, de dawai, se dawai Smilax calophylla; 2) (pokok memanjat), pudak tikus, Freycinetia malaccensis; 3) (sakat), serugut, Tropidia curculigoides. lihat lembega. (pokok), kacang kelor, lemunggai, merunggai, Moringga oleifera. (pokok), kemesu, medang biawak, medang teja, sepah puteri, Elaescarpus floribundus. (pokok memanjat), Caesalpinia crista, dan Caesalpinia fay abo. l) (pokok renek), iang-iang, kering, Archytae wahlii; 2) rumput - (rumpai), Themeda gigantia Hack. l) (paku pakis), selada, Lygodium scandens; 2) - gajah (paku pakis), Lygodium flexuosum; 3) - bukit (paku pakis), akar sidin, paku jari merah, Lygodium circinnatum. (pokok renek), seringan, Dodonara vis-cosa. (herba), kumis (misai) kucing, Adenosma cap ita tum. 157
ruku-ruku hutan rumput cengkering rumput kepala lalat
-
rumput kerbau
-
rumput tahi babi
-
saga
-
sambau sarekan seduayah
-
sekati lima
-
selasih putih selumbar
-
sembong
-
semuru sepang
-
sepang kederang
-
serapat
-
seraya serunai laut sesalang beras
-
(herba), kemangi, selasih, Ocimum basil-licum. (rumpai), Hedyotis giabra. (rumput), rumput para-para, rumput purun batu, Fimbristylis diphylla. (rumput), rumput alah negeri, rumput pahit, Paspalum conjugatum. (rumput), daun Lukmanul Hakim Adenostemma laoania,
s l) (pokok dan buahnya), Adenanthera pauonina; 2) akar (pokok memanjat), abrus precatorius. (herba), Eleusine indica. - dara (pokok memanjat), akar gueh, Spatholobus ferrugineus. (pokok renek), cadaya, jeduayah, sidawayah, Woodfordia fruticosa. (pokok memanjat), akar ara tanah, akar gerit putih, Agonosma marginata. (herba), ruku-ruku, Ocimum basilucum. (pokok renek), kecubung rimba, pecah pinggang, Randia macrophylla. (herba) - capa, capor, sembang, telinga kerbau, Blu mea balsamifera; (pokok renek), cemamah, sekincah, Clausena excouata. pokok yang kayunya boleh dibuat bahan pencelup; Caesalpina sappan. (pokok berduri, akarnya dibuat pencelup), Cudrania javanensis. l) (pokok renek), hempedal itik, ketimbong, salaciaflavescens; 2) akar - (pokok memanjat), Stnep tocaulon wallichii. (pokok), Shorea curfisii: (herba), bunga butang, seremai, Weledia bilfora. (pokok renek), jolong-jolong (bukit), meroyan sakat, pokok sebertih, salongsalong, Psychotria stipulacea. 158
sesawi setawar
-
setebal
-
sisik keli
-
sudu-sudu
-
sukun sumpu sun tang sunti halia susuh ayam
-
susun kelapa
-
tampal besi
-
tampang besi
-
tanjung
-
tapak leman
-
tarum teja
-
teki telang
-
(herba), sawi-sawi, Brassica parachinensis, 1) (pokok renek), bayam beruleh, Cyrtandromoea grandis; 2) (herba), cakar bebek, tapak itik, Klachoe laciniata; 3) (herba), ganti batang, kerencong, raja bangun, sedingin, Bryophyllum pinnatum. 1) (pokok), kalong, medang biawak, Alangfum nobile; 2) (pokok renek), sepuleh, Fagraca racemosa. (pokok kecil), sisik naga bukit, sisik tenggiling, Polychroa repens. 1) (pokok renek), Euphorbia antiquorum; 2) (pokok renek), Euphorbia nerifolia. (pokok), kulor, Artocarpus incisus. (herba), kerak-kerak, Bonnaya antipoda, (pokok renek), Brucea amarissima. (raizom), halia kering, cuku, Zingeber officinale. (pokok renek), susun kelapa, Ta bernaemontata divaricata. 1) lihat susuh ayam; 2) (pokok renek), lada-lada, Ervatamia coronaria.
t (pokok renek), capal kecil, karat besi, tampah besi, Callicarpa longifolia. (pokok), medang gombong, merabung bukit, Vernonia wallichii. 1) (pokok), mengkulah, mengkulang, Mimosops elengi; 2) pohon -(pokok), sauh, sawa, Manilkara kauki. (pokok renek), bersih hitam, tutup bumi, sebongbong, capa, Elephantopus scaber. (herba daunnya dibuat nila), Indigofera suffru ticosa. (pokok), kayu manis hutan, medang kemangi, Cinnamomum iners. (rumpai), rumput halia hitam, Cyperus rotundus. (pokok memanjat), bunga biru, bunga teleng, clitorea ternatea. 159
telepuk merah
-
telepuk putih telinga kerbau tembaga suasa
-
tembangau
-
tempoyan temu ire ng temu kunci temu kuning temu lawak temu putih
-
terajam
-
teratai
-
terung asam terung pipit tuba seluang
-
tulang abu tulang daing
-
tulang-tulang tunjuk langit
-
(herba), seroja biru, teratai kecil, tunjung biru, Ny mphaea stella. (herba), tunjung emas, Ny mphaea lotus. (herba), capa, sembong, Blumea balasmifera. (pokok renek), se dawai, tampang besi, tongkat ali, Smilax callophylla. (pokok), jeruman, medang kenyat, rosok, tempunai, Glochidion superbum. (pokok), mernpoyan, jaing, Rhodamnia trineruia, (herba berumbi), temu hitam, Cureuma aeruginosa. (herba berumbi), temu kecil, Gastrochilus panduratum. (herba berumbi), temu kunyit, Cureuma domistica. (herba berumbi), temu lawas, Curcuma xanth orrhlza. (herba berumbi), temu kuning kuncur, Cureuma zedoaria. (pokok), arang para, kelat jantan, mertajam, rambutan hutan, Erioglossum rubiginosum. (raizom dan bunganya), bunga telepuk, seroja, Nelumbium nelumbo. (pokok renek dan herba), Solanum ferox, (pokok renek dan herba), Solanum sarmentosum. (herba), johong beralih, pancis-pancis, Polygonum barbatum, (pokok renek jenis jenjarum), Ixora pendi. (pokok), jenaris, Millettia atropurpurea; akar - daing (pokok memanjat), jenderih, Derris thy siflora, (pokok), tentulang, Euphorbia tirucalli. (akar) - , (pakis), Helminthostachys zeylancia.
ulan bukit
-
(pokok memanjat), Lettsomia peguensis.
u
160
ulan gajah ulan jantan ulan ularan
-
(pokok memanjat), Lettsomia maingayi. (pokok memanjat), Erycibe princei. (pokok memanjat), Tinospora coriacea. 161
GLOSARI II air bermalam air madu
-
batu kawi be1erangbang garam Herrnoz garam jantan garam Khursani garam Siam halba
-
jadam
-
jemuju Khursani jernang kacu
-
kasturi
-
kacu jernang kapur tohor kemenyan
-
air yang disimpan satu malam dalam sebuah bekas. air manis yang terdapat pada bunga (sarang lebah dll.), manisan. boksit sj. waragan, tuba tikus. garam yang diimport dari Hermoz. buku garam. garam yang diimport dari Khursan. garam yang halus spt, gula pasir. sj. getah tumbuhan yang dibekukan (baunya agak busuk), Asafoetida. sj. ubat berwarna hitam (dibuat dari kayu gaharu atau daun lidah buaya); sj. jintan atau mu (ng)si; majamuju. sj. damar merah bahan membuat cat. air pinang atau gambir yang pekat untuk menyamak kulit. (kesturi) sj. benda yang harum baunya (diperolehi dari musang jebat) ;jebat. air asahan yang pekat dari damar sj. rotan . kapur yang belum-dicampur-dengan. air.. damar atau getah dari sejenis tumbuhan, yg. harum baunya apabila dibakar, Styrax benzoin. 162
mur napal nyiur (kelapa) hijau
-
pijar sedaIinggam terusi
-
tuba tikus
-
sj. damar yang berbau harum. sj. tanah liat yang boleh dimakan. sj. kelapa yang jadi bahan dalam beberapa perubatan tradisional Melayu. Apabila dibuat minyak, warna minyaknya kehijauan. Untuk mengenal nyiur hijau, apa bila ia terapung di dalam air, tampuknya sentiasa ke atas "menengok langit", demikian menurut dukun. Jika hendak dijadikan minyak untuk bahan ubatan, seseorang itu mestilah berwuduk (ada air sembahyang) mulai dari ia mengopek kulitnya, hinggalah sudah selesai dimasak menjadi minyak. sj. damar untuk menghancurkan pateri. sj. bahan cat yang merah. sj. benda yang berasal dari tembaga dan berwarna kebiruan. racun pembunuh tikus; warangan. 163
BIBLIOGRAFI 1.Dr. A. Seno Sastroamidjojo, Obat Asli Indonesia: Khusus Daripada Tumbuhan yang Terdapat di Indonesia, Jakarta: Penerbit Dian Rakjat, 1967. 2.John D. Gimlette. A Dictionary of Malay Medicine. London: Oxford University Press, 1939. 3.Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1970. 4.The New Encyclopaedia Britannica. 15 th. ed. Chicago: Encyclopaedia Britannica, 1978. 5.A Dictionary of the Economic Products of the Malay Peninsular, I.H. Burkill, Kuala Lumpur: Government of Malaysia and Singapore by the Ministry of Agriculture and co-operatives, 1966. 164