FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBML 3403: LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK SEMESTER MEI 2009 TUGASAN (35%)
ARAHAN
1.
Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat dan relevan.
2.
Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Times New Roman” saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.
3.
Serahkan tugasan anda kepada tutor sebelum / pada Tutorial ke 4.
4.
Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.
5.
Tugasan ini menyumbang sebanyak 35% kepada gred akhir kursus.
6.
Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Markah sifar (0) akan diberikan kepada pelajar yang menyerahkan tugasan yang diplagiat.
1
SOALAN TUGASAN Sosiolinguistik boleh dijadikan panduan dalam berkomunikasi dan berinteraksi. Ia memberikan pedoman kepada kita dalam berkomunikasi dengan menunjukkan bahasa, ragam bahasa atau gaya bahasa yang harus digunakan semasa berbicara dengan orang tertentu. Sosiolinguistik akan menunjukkan bagaimana kita harus berbicara apabila kita berada dalam masjid, ruang perpustakaan atau di pasar, misalnya.
Sebagai seorang pelajar linguistik dan sosiolinguistik, anda sememangnya peka akan perkara ini. Namun begitu, adakah masyarakat sedar atau peka dan memiliki pengetahuan akan perkara ini? Sejauh manakah aspek sosiolinguistik ini benar-benar wujud dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian masyarakat kita?
Tugasan anda
Temubual sekurang-kurangnya sepuluh orang responden yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, umur, jantina, bangsa dan sebagainya untuk mendapatkan gambaran sebenar sejauh mana ilmu linguistik dan sosiolinguistik ini benar-benar dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Dapatkan juga pandangan/pendapat mereka mengenai perkara ini dan cara-cara untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi penguasaan bahasa dalam konteks sosiolinguistik.
Sebagai panduan, kajian anda haruslah menumpukan kepada aspek-aspek berikut:
a) Penggunaan bahasa dalam konteks sosial dengan penerapan pengetahuan linguistik; b) Interaksi antara bahasa dengan latar belakang penggunaan bahasa; c) Hubungan bahasa dengan organisasi masyarakat (contoh: hubungan bahasa dengan kelas atau status pengguna, konteks sosial, dan sebagainya); dan d) Sikap terhadap bahasa dan perbezaan-perbezaan yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan faktor-faktor kemasyarakatan. [Jumlah: 35 markah]
2
PANDUAN PELAJAR
1. Panjang laporan anda adalah 10-17 halaman dengan disokong oleh data-data yang berkaitan melalui pembacaan dan rujukan daripada pelbagai sumber.
2. Sumber rujukan haruslah dinyatakan dengan jelas dalam halaman senarai rujukan.
3