4 Zikir Sepanjang Ramadan

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 4 Zikir Sepanjang Ramadan as PDF for free.

More details

  • Words: 190
  • Pages: 1
4 zikir sepanjang ramadan

doa adalah silah al-mukmin atau senjata bagi orang beriman. banyak ayat al-quran dan hadis yang menggesa umat islam supaya memperbanyakkan doa kepada allah. doa dan ramadan juga saling berkaitan antara satu sama lain. banyak riwayat yang menjelaskan bahawa nabi muhammad saw sentiasa berdoa sepanjang ramadan. malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan rasulullah. dalam hadis, ada dinyatakan bahawa rasulullah bersabda sebaik tiba ramadan. sabda baginda yang bermaksud: �empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang ramadan. pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan allah.� (hadis riwayat al-baihaqi). bentuk doa yang dibacakan rasulullah juga berbeza pada awal, pertengahan dan akhir ramadan. diriwayatkan, pada awal ramadan, rasulullah memohon rahmat daripada allah. pada pertengahan ramadan pula, baginda memohon keampunan. pada akhir ramadan, rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka. kaitan doa dengan ramadan amat dekat kerana ayat mengenai galakan berdoa iaitu ayat 186, surah al-baqarah, disebut selepas ayat kewajipan berpuasa. dalam ayat berkenaan, allah berfirman bermaksud: �dan apabila hambaku bertanyamu mengenai aku, maka jawablah bahawa aku adalah dekat. aku mengabulkan doa apabila dia memohon kepada-nya.�

Related Documents

4 Zikir Sepanjang Ramadan
November 2019 3
Zikir
May 2020 20
Zikir
November 2019 29
Zikir
July 2020 19
Ramadan
November 2019 40