NAMA : AHMAD ADAM ISAAC BIN AHMAD SOEKARMAN KELAS: 2 AL-BIRUNI NAMA GURU: PUAN SITI ROHANI
Objektif membuat folio ini adalah untuk mengetahui : Kepentingan makan makanan berkhasiat. Amalan pemakanan yang betul. Pengagihan makanan kepada yang kurang bernasib baik/memerlukan Perancangan satu gizi seimbang. Adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama.
Membantu tumbesaran kanak-kanak. Membolehkan manusia bekerja secara produktif dan selesa Membantu mengurang risiko penyakit kronik seperti sakit jantung, sebahagian kanser, penyakit kencing manis, strok dan osteoporosis (reput tulang).
Mengurangkan faktor risiko utama untuk penyakit kronik, kegemukan, tekanan darah tinggi, kolestrol dalam darah.
Makanan pada puncak piramid makanan diperlukan dalam kuantiti yang sedikit setiap hari. Makanan pada tapak piramid makanan diperlukan dalam kuantiti yang banyak setiap hari untuk membekalkan tenaga.
Mempraktikkan makanan seimbang seperti yang ditunjukkan dalam piramid makanan akan memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat. Pengambilan makanan yang berlebihan bagi setiap kumpulan makanan dalam piramid makanan atau makanan yang tidak seimbang bukan sahaja boleh menyebabkan berlakunya penambahan berat badan malah merupakan satu tanda awal rangsangan kepada permulaan pelbagai penyakit .
Sarapan Pagi
Makan Tengahhari
Minum Petang
Makan Malam
Minum Malam
1. Bihun Goreng Bihun (1 cawan/60gm) Isi ayam (40gm) Taugeh (20gm) Sayur sawi (40gm) Minyak (10gm) 2. Minuman Coklat Bersusu (200ml) Serbuk coklat (1sm/6.3gm) Susu tepung rendah lemak (2sm/16gm) 3. Pisang Emas (2 biji/77gm)
1. Nasi Tomato Nasi sahaja (1 cawan/133gm) Minyak (2st/10gm) 2. Ayam Goreng Kunyit (125gm) 3. Dalca (80gm) -Kacang dal(10gm) -Kacang panjang(20gm) -Terung(30) -Lobak merah (30gm) 4. Jelatah/ Acar Timun (20gm) Nenas (20gm) 5. Ais-krim (1 skup/26gm)
1. Popiah Goreng (70gm) 2. Pau Kacang (40gm) 3. Kopi O / Teh O Gula (2st/10gm)
1. Nasi Putih (2 cawan/200gm) 2. Udang Masam Manis (50gm) 3. Ikan Cencaru Bakar + Air Asam / Kicap Berlada (65gm) 4. Bayam Tumis Air Bayam (60gm) Udang kering (5gm) - Minyak (1 st/5gm) 5. Buah Nenas (142gm)
1. Ban Berinti Kacang Merah (50gm) 2. Minuman Bersusu Serbuk coklat (1 sm/6.3gm) Susu tepung rendah lemak (2sm/16gm)
Golongan yang memerlukan ini ialah mereka yang berada di negara yang sedang berperang, pengemis, fakir miskin dan gelandangan. Mereka ini kurang mendapat khasiat dan zat makanan disebabkan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan yang berkhasiat.
Masyarakat setempat perlulah bertanggungjawab bagi memastikan kebajikan golongan-golongan ini terjaga. Program yang boleh dilakukan antaranya ialah pengagihan makanan di tempat yang terdapat ramai golongan seperti ini.
Bagi seorang Muslim, mengambil makanan adalah untuk meneruskan kehidupan dan bukanlah hidup untuk makan. Amalan berhenti makan sebelum kenyang perlu diterapkan oleh semua orang. Kita perlu prihatin terhadap makanan yang diambil agar ia menepati kehendak agama dan dari segi khasiatnya.
Untuk mengekalkan kesihatan badan, kita perlulah mengamalkan amalan pemakanan yang sihat dan seimbang mengikut piramid makanan supaya kita dapat melakukan segala aktiviti harian dengan lebih produktif.