KOM
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 4, BLOK E2, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel : 03-88849357 Faks : 03-88849318 62604 PUTRAJAYA
KP(BS-SBP)501/010/2 ( 18 ) 31 Oktober 2008
Semua Pengetua Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran Malaysia Tuan, CADANGAN PEMBELIAN HARTA MODAL YANG LAIN (OS 35000) BAGI TAHUN 2009 Adalah saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster merancang untuk mengemukakan cadangan pembelian harta modal yang lain bagi tahun 2009. 3. Sehubungan itu, tuan adalah diminta mengenal pasti keperluan penggantian, penambahan atau pembelian baru harta modal yang lain untuk kegunaan sekolah tuan. Maklumat keperluan berkenaan hendaklah disediakan dengan menggunakan format borang yang telah dihantar melalui emel kewangan sekolah masing-masing. 4. Borang maklumat yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan melalui emel
[email protected] sebelum atau pada 30 November 2008. Tuan adalah dinasihatkan membuat pengesahan penerimaan emel yang dihantar ke Bahagian ini. 4. Sekolah tuan dianggap tidak memerlukan sebarang peralatan sekiranya Bahagian ini tidak menerima borang maklumat berkenaan melalui emel di atas. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada En. Kamal bin Md. Taib ditalian 03-8884 9420 atau 013-393 7567 Sekian, terima kasih. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah,
ASHAH BINTI SAMAH Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia