SEKOLAH MENENGAH xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx KERJA KURSUS SEJARAH
NAMA NO K/P ANGKA GILIRAN
:xxx :xxx :xxx
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya ingin mengambil peluang keemasan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada kedu – dua iibu bapa saya ,Encik xxxxxx dan Puan xxxxx yang telah memberi sokongan moral, bimbingan, tunjuk ajar dan sumber kewangan bagi membolehkan saya menjalankan Kerja Kursus Sejarah dalam masa yang ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru matapelajaraan Sejarah saya, Encik XXXXXyang telah membimbing saya sepanjang projek dijalankan. Beliau telah memberi banyak tunjuk ajar dan sokongan kepada saya untuk menjayakan kajian bangunan bersejarah di Malaysia ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak sekolah terutamanya pengetua Sekolah Menengah XXXXXX,Encik XXX dan perpustakaan yang telah menyediakan bahan rujukan seperti buku – buku ilmiah, jurnal, majalah, dan keratan akhbar. Akhir sekali, dorongan dan kerjasama daripada rakan – rakan sekelas amat dihargai .
OBJEKTIF KAJIAN Kajian Kerja Kursus ini dijalan kan untuk meemnuhi objektif – objektif yang berikut ; Objektif am Objektif amnya adalah untuk mencari dan mengumpul fakta sejarah dari sumber yang sahih. Ini akan membolehkan saya menganalisis, mentafsir dan merumus fakta sejarah secara rasional. Saya juga dapat merekod fakta sejarah dengan betul. Hasilnya saya mendapat satuu kajjian ilmiah yangg dilaksanakan dalam tatacara yang betul, tepat dan jelas. Objektif khusus Objektif khususnya bertujuan supaya saya dapat mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai sejarah dan fungsi A Famosa , Melaka. Kajian ini membolehkan saya mengetahui tentang latar belakang pembinaannya, fungsi dan sumbangan A Famosa pada negara. Yang lebih penting saya dapat memahami dan mengenali sumbangan A Famosa terhadap perjuangan Negara dalam memperjuangkan kemerdekaan. Saya dapat menghayati, ketabahan, kegigihan, dan kesungguhan pejuang – pejuang negara dalam usaha perpaduan kaum, pakatan murni, perjuangan peningkatan ekonomi, bagi negara tercinta. Melalui kajian ini, nilai nilai murni dan unsur- unsur patriotisme dapat disemai.
KAEDAH KAJIAN Beberapa kaedah kajian telah digunakan untu memperoleh maklumat kajian bangunan sejarah di Malaysia. Kaedah yang dirangkumi ialah kaedah penyelidikan di perpustakaan , melayari internet , membuat rujukan dan pemerhatian . Kaedah penyelidikan Sumber – sumber dan maklumat lain diperoleh dengan membuat penyelidikan . Aktiviti dijalankan di perpustakaan awam. Segala fakta yang diperoleh dikumpulkan, ditafsir, dianalisa terlebih dahulu sebelum dijadikan bahan tulis .
Melayari internet Saya juga melayari internet untuk memperolehi maklumat tentang bangunan bersejarah yang dikaji. Bahan yang terdapat dalam laman sesawang dikumpul dan dibandingkan terlebih dahulu sebelum dijadikan maklumat terpilih.
Membuat rujukan Saya juga memcari maklumat di dalam buku rujukan bagi mendapat maklumat tambahan. Kebanyakan buku – buku ini saya gunakan untuk mendapatkan sejarah bangunan bersejarah tersebut .
Lawatan ke A Famosa, Melaka Untuk mengenali A Famosa dengan lebih dekat, saya telah membuat lawatan ke sana bagi mendapatkan gambaran mengenai struktur bangunan bersejarah tersebut.
HASIL KAJIAN Nama lain bagi Kota A Famosa,Melaka Selain dikenali sebagai Kota A Famosa (yang bermaksud yang termasyur dalam bahasa Portugis)
oleh rakyat tempatan dan pelancong, ada juga yang mengenalinya sebagai
Fortaleza de Malaca . Selain itu , ia juga dikenali sebagai Porta de Santiago Melaka yang merujuk kepada pintu gerbang yang tinggal sehingga ke hari ini.. Nama ini dipilih disebabkan oleh sejarahnya yang dibuka oleh orang Portugis . Latar Belakang Melaka Negeri Bersejarah
Gambar di atas menunjukkan bendera negeri Melaka Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.
Lambang Negeri Melaka
Gambar di atas menunjukkan lambing negeri Melaka
Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.
(vi)
Tujuan
penubuhan
bangunan
A Famosa dibina bertujuan untuk dijadikan kubu pertahanan Melaka. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya
Melaka merupakan sebuah negeri yang terletak di tengah Semenanjung Malaysia. Melaka terdiri daripada tiga daerah iaitu Melaka Tengah , Alor Gajah dan Jasin . Dalam daerah – daerah ini mempunyai kawasan – kawasan tertentu : a) Melaka Tengah Tangga Batu – Sungai Udang , Parit Kundor , Paya Rumput dan Kelebang Bukit Katil – Bachangg , Ayer Keroh , Bukit Baru dan Ayer Molek Kota Melaka – Kesidang , Kota laksamana , Duyong , Bandar Hilir , dan Telok Mas b) Alor Gajah Masjid Tanah – Kota Linggi , Tanjung Bidara , Ayer Limau , Lendu , Taboh Naning , Rembia , Gadek , Machap , Durian Tunggal dan Asahan
c) Jasin – Bemban , Rim , Serkam , Merlimau dan Sungai Rambai
Ibu negeri bagi Melaka ialah Bandar raya Melaka. Bandar – Bandar utama Melaka ialah Bandar Melaka , Alor Gajah , Masjid Tanah , Jasin , Merlimau , Tampin dan Ayer Keroh . Melaka berkeluasan 1650 kilometer persegi . Mengikut sejarah, Melaka telah dibuka oleh Parameswara dalam tahun 1400. Ketika itu Penduduk Melaka hanya terdiri daripada orang laut. Pada suatu hari , Parameswara telah pergi berburu di Kuala Bertam . Sewaktu berada di sana, Parameswara telah melihat seekor pelanduk yang telah berjaya mengalahkan seekor anjing buruannya. Melihat keberanian itu , baginda berasakan bahawa tempat tersebut adalah sesuai untuk dibuka sebuah negeri . Baginda bertanya kepada pengikut – pngikutnya , nama pokok yang sedang baginda sandar. Oleh kerana nama pokok tersebut adalah pokok melaka, maka Parameswara telah menamakan negeri baru itu sebagai Melaka .
Kota A Famosa A Famosa telah dibina pada tahun 1511 oleh Alfonso De Albuqueque dan ia terletak berdekatan dengan replika Istana Kesultanan Melaka Kota A Famosa adalah sebuah kubu pertahanan Portugis yang terletak di Bandar Hilir, Melaka . Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis orang – orang Melayu , sementara mmereka membina kubu utama yang digelar Kota A Famosa , atau secara rasminya Kota Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk dibina. Akibat suhu panas dan
kekurangan makanan , ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain. Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara atau ketelom(bastion) , dengan tembok setebal antara 2.4 meter hingga 4.5 meter . Menara – menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo dan Baluerte de Santiago . Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi Bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah. A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda
berjaya
merampas
Melaka.
Penaklukan oleh Belanda Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang masa itu mengalami korban lebih 7,000, akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api.
Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670". Pentadbiran oleh British Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda (Holland) pada tahun 1795, Putera William of Orange melarikan diri ke London, di mana dia memerintah semua penempatan Belanda untuk menerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan Perancis. Akibatnya, pihak British berjaya menguasai Melaka pada 1795 tanpa sebarang pertempuran. Selepas menguasai Melaka, pihak British tidak berminat menyimpannya, ataupun membiayai penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik sementara dan perlu dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Sebaliknya meninggalkan kota sekukuh itu tanpa pertahanan yang mencukupi adalah mengundang mara bahaya, sekiranya ia ditawan oleh pihak musuh. Tambahan lagi, mereka tidak berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan Belanda dengan kota A Famosa dalam keadaan utuh sebagai saingan kepada penempatan Inggeris di Pulau Pinang dan Singapura. Dengan sebab itu, Mr. Robert Farquhar iaitu Leftenan Gabenor Pulau Pinang dan juga Gabenor Melaka antara 1803 hingga 1818, telah membuat cadangan bagi memusnahkan kota A Famosa kepada Kerajaan Inggeris di India. [1]
Beliau menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah dikecilkan dan memberikan dua sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka tidak mampu membantu membiayai kos penempatan tentera 'sepoy' dan pengecilan itu akan dapat membantu memajukan Pulau Pinang dengan memindahkan penduduk Melaka ke Pulau Pinang. Maka pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Melaka dihapuskan dari muka bumi dengan semua penduduk Melaka diarah supaya dipindahkan ke Pulau Pinang dan Kota Famosa dimusnahkan bagi mengelak ia dikuasai oleh pihak lawan. Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A Famosa bermula pada 10 Ogos 1807. Pada awalnya dia memerintahkan pesalah untuk merobohkan Kota A Famosa batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan besi penyungkil. Apabila tembok yang sesetengahnya mencecah 4.5 meter kelihatan terlalu kukuh untuk ditanggalkan, dia memutuskan bagi memusnahkan Kota A Famosa dengan menggunakan ubat bedil. Dia memerintah lubang digali di sekeliling kaki kota dan meletupkan Kota A Famosa, menyebabkan batu sebesar rumah berterbangan dan jatuh ke laut. Hampir kesemua kubu, tembok-tembok, Hospital Besar, dua tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan. Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford Raffles seorang kaki-tangan kerajaan yang bercuti sakit telah datang ke Melaka atas jemputan William Farquhar. Apabila mengetahui mengenai perobohan Kota A Famosa, beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan
menyatakan bahawa pemusnahan Kota Famosa tidak patut dilakukan. Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah pasti ia akan merugikan Pulau Pinang, kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirkannya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ. Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali dipaksa. Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota 'A Famosa' pada hari ini dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini, iaitu Porta de Santiago. Pihak British kekal di Melaka sehingga tahun 1818. Apabila berakhirnya peperangan Napoleon, Melaka dikembalikan ke tangan Belanda (tanpa Kota A Famosa). Melaka kekal di tangan Belanda selama tujuh tahun berikutnya, sehinggalah perjanjian London 1824, apabila mereka menukarkan Melaka dengan Bangkahulu (Bencoolen) di Sumatra. Penemuan arkeologi Pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota, dipercayai Kubu Middelsburgh dijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan menara berputar 110 meter di bandar Melaka. Pembinaan menara ditangguhkan selepas penemuan tersebut. Koperasi Muzium
Melaka mensyaki struktur tersebut dibina oleh Belanda semasa pendudukan Belanda ke atas Melaka dari 1641 hingga 1824. Lebih awal lagi pada Jun 2003, menara kawalan digelar Kubu Santiago dijumpai semasa pembinaan Dataran Pahlawan. Namun kini yang tinggal hanya pintu gerbangnya sahaja kerana telah musnah akibat serangan Belanda. Tetapi ia dibina semula dan kerana itu tarikh yang tertulis pada pintu kubu ini ialahh 1670. Pada 10 Ogos 1807 ia sekali lagi telah dimusnahkan oleh orang Inggeris apabila Melaka jatuh ke tangan mereka.Orang Inggeris ingin memusnahkan terus kubu lama ini namun telah diselamatkan oleh Sir Stamford Raffles.
Melaka Daerah Alor Gajah • Melaka Tengah • Jasin Bandar raya Bandar Melaka (ibu negeri) Bandar Alor Gajah • Ayer Keroh • Ayer Paabas • Asahan • Batang Melaka • Batu Berendam • Bemban • Bukit Katil • Durian Tunggal • Hang Tuah Jaya • Jasin • Klebang • Kuala Sungai Baru • Lendu • Lubuk China • Machap Baru • Masjid Tanah • Melaka Pindah • Merlimau • Nyalas • Pulau Sebang • Ramuan China • Selandar • Serkam • Simpang Ampat • Sungai Rambai • Sungai Udang • Tanjung Bidara • Tanjung Kling • Tanjung Tuan • Umbai
Pulau Pulau Besar • Pulau Melaka • Pulau Undan • Pulau Upeh Bandar baru Malim Jaya • Melaka Raya • Taman Kota Laksamana Majlis Perbandaran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) • Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) • Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)
Rujukan 1. ↑ Menurut Hikayat Abdullah 2. ↑ Lee, Cynthia. New Straits Times. Excavation for Malacca tower project unearths ruins of Dutch fort. 1 Disember 2006 3. ↑ The Star. Ancient wall stays, tower goes. 4 Disember 2006. 4. ↑ Lee, Cynthia. New Straits Times. Excavation for Malacca tower project unearths ruins of Dutch fort. 1 Disember 2006 5. ↑ The Star. Old watchtower may be under site. 4 Disember 2006.
Ibu negeri
Bandar Melaka
Parti memerintah - Yang di-Pertua Negeri
Barisan Nasional Mohd Khalil Yaakob Mohd Ali bin Mohd
- Ketua Menteri Rustam Sejarah - Kesultanan Melaka Abad ke-13 - Penjajahan Portugal 24 Ogos 1511 - Penjajahan Belanda 14 Januari 1641 - Penjajahan Inggeris 17 Mac 1824 - Penjajahan Jepun 1942-1946 Pembentukan 1948 Persekutuan Tanah Melayu Keluasan - Jumlah 1,650 km² Populasi - Anggaran 2005 713,000 - Kepadatan 432.1/km² Kod panggilan kebangsaan 06 Poskod kebangsaan 75xxx to 78xxx Huruf pertama plat M kenderaan Laman web: http://www.melaka.gov.my Negeri Melaka (Tulisan Jawi: ;ملكjuga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah) adalah sebuah negeri yang terletak di barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan (lihat peta): •
Negeri Sembilan di utara;
•
Johor di tenggara; dan
•
Selat Melaka di barat.
Kedudukan Melaka dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:
•
Keluasan: keempat terkecil di Malaysia (tangga ke-11), serta di Semenanjung Malaysia (tangga ke-9)
•
Penduduk: kedua terkecil di Malaysia (tangga ke-13), serta di Semenanjung (tangga ke-13)
•
Kepadatan penduduk: ke-4 terpadat di Malaysia serta di Semenanjung.
Ibu negerinya Bandaraya Melaka. Walaupun merupakan negeri pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri. Isi kandungan [sorok] •
1 Geografi
•
2 Sejarah
•
o
2.1 Kesultanan Melaka
o
2.2 Pemerintahan penjajah
3 Kerajaan negeri o
•
3.1 Senarai TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka
4 Kebudayaan dan ekonomi o
4.1 Tarikan bersejarah utama
•
5 Pengangkutan
•
6 Lihat juga
•
7 Pautan luar
o
7.1 Kerajaan tempatan
o
7.2 Sejarah Melaka
o
7.3 Lokasi tempatan
[sunting] Geografi Rencana utama: Daerah di Melaka atau Rencana utama: Geografi Melaka Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, ia bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur. Pulau Besar, Melaka juga termasuk dalam sempadan negeri. Jumlah penduduk Melaka pada tahun 2001 ialah 648,000. Penduduk-penduduk negeri Melaka terdiri daripada: •
Bangsa Melayu: 50%
•
Bangsa Cina dan Peranakan (Baba dan Nyonya): 40%
•
Bangsa India, termasuk segolongan kecil bangsa Chitty
•
Lain-lain bangsa, termasuk bangsa Papia Kristang, iaitu bangsa Serani yang berketurunan daripada bangsa Portugis dan yang bertutur dalam bahasa Cristao (sejenis dialek Portugis yang lama).
Bandar-bandar utama di negeri Melaka ialah Bandaraya Melaka, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin, Merlimau, Tampin/Pulau Sebang, Ayer Keroh dan Asahan.
Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain iaitu - Lisbon, Portugal (16 Januari 1984), Kuala Lumpur, Malaysia (15 April 1989), Hoorn, Belanda (8 November 1989), Valparaiso, Republik Chile (24 June 1991) dan Nanjing, China (2001). [sunting] Sejarah
Perobohan oleh pihak British oleh Raffles 1808 singgah
diberhentikan Sir
Stamford
pada
tahun
ketika
beliau
di
Melaka.
Apa yang ditinggalkan dipelihara sehingga ke hari ini. Gambar oleh: Cornell
Japanese
Animation Society