1st Part

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 1st Part as PDF for free.

More details

  • Words: 1,542
  • Pages: 19
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak-pihak yang berikut kerana telah memberikan kerjasama dan bantuan sehingga Kerja Kursus Geografi PMR ini dapat dijalankan dengan sempurna. Pihak yang dimaksudkan ialah: 1. Ayah dan ibu yang banyak memberi sokongan dan dorongan untuk saya melakukan tugasan ini dengan sempurna 2. Guru Geografi saya iaitu Puan Nan Ayu yang banyak memberikan panduan, tunjuk ajar dan nasihat dalam menjalankan kerja kursus ini. 3. Ahli kumpulan saya iaitu rakan-rakan yang terdiri daripada Au Wai Soon, Lee Kai Rong dan Ong Chun Xian yang banyak menolong dan bekerjasama menyiapkan kerja kursus ini.

Bagi memenuhi Sukatan Pelajaran dan keperluan peperiksaan PMR untuk mata pelajaran Geografi pelajar-pelajar dikehendaki menjalankan kerja amali di lapangan. Lembaga Peperiksaan Malaysia telah memberikan dua pilihan tajuk atau tugasan untuk kerja kursus PMR 2008. Saya telah memilih tugasan mengenai Jaringan Sistem Pengangkutan. Kawasan yang saya pilih untuk kajian saya ialah kawasan Pandan Indah ,Kuala Lumpur. Saya memilih Negara Singapura untuk dijadikan negara perbandingan. Saya memilih kawasan ini kerana Pandan Indah ialah kawasan tempat tinggal saya. Saya memilih Singapura kerana Singapura ialah negara jiran Malaysia. Saya diberikan tempoh selama 8 minggu untuk menyiapkan tugasan ini.

Kajian ini dijalankan untuk memnuhi objektif-objektif yang berikut: 1. Mengenal pasti jenis-jenis sistem pengangkutan di Pandan Indah Kuala Lumpur. 2. Mengetahui kepentingan jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian. 3. Mengetahui

faktor-faktor

yang

mempengaruhi

jaringan

sistem

pengankutan di kawasan kajian. 4. Mengenal pasti kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar di kawasan kajian. 5. Mencari dan menyatakan langkah-langkah penyelesaian masalah. 6. Mengenalpastian cara pengangkutan pelajar kelas saya ke sekolah.

NILAI DAN UNSUR PATRIOTISME Saya sebagai warga Malaysia amat berbangga dengan tahap kemajuan sistem pengankutan dan perhubungan negara Malaysia.

Kita juga harus menghargai peranan kerajan dalam mempengaruhi kemajuan pengangkutan dan perhubungan negara.

Kawasan kajian saya adalah di sekitar kawasan Pandan Indah, Kuala Lumpur. Pandan Indah terletak di timur laut Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jaraknya dari Bandar Raya Kuala Lumpur kira-kira 10km. Tambang LRT dari Pandan Indah ke Bandar Raya Kuala Lumpur ialah RM1.90. Bentuk muka bumi kawasan Pandan Indah adalah rata. Kawasan ini merupakan kawasan padat penduduk. Ada banyak jenis pengangkutan di sini contohnya, jalan raya, lebuh raya, perkhimatan LRT dan sebagainya.

Sebelum memulakan tugas kajian, saya telah mengenalpasti beberapa kaedah yang membolehkan saya digunakan untuk mengumpul dan mendapatkan maklumat. Kaedah-kaedah yang saya telah gunakan adalah seperti yang berikut: 1. Pemerhatian Saya akan menjalankan pemerhatian sistem jaringan pengangkutan yang terdapat di Pandan Indah. 2. Temu bual Saya akan menemu bual penduduk Wangsa Melawati berkenaan kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian. 3. Soal selidik Borang soal selidik akan saya sediakan untuk mencari dan meminta pandangan penduduk Pandan Indah mengenai langkah penyelesaian bagi mengatasi masalah berkaitan perkembangan jaringan pengangkutan. 4. Rujukan Saya akan melayari internet untuk merujuk dan mencari maklumat tentang

negara perbandingan iaitu Singapura. Saya juga akan merujuk buku taks Geografi dan buku rujukan Geografi PMR.

6.1 JENIS-JENIS PENGANGKUTAN DI KAWASAN KAJIAN

Jenis-jenis sistem pengangkutan Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang saya buat, kawasan Pandan Indah hanya mempunyai pengangkutan darat sahaja. Pengangkutan darat terbahagi kepada dua iaitu jalan raya dan jalan kereta api.

1. Jalan raya Jalan raya merupakan cara pengankutan yang terpenting di Pandan Indah. Selain itu, Pandan Indah hampir dengan Lebuh Raya MRR2. Berdasarkan pemerhatian saya, terdapat juga lingkaran bertingkat di sekitar kawasan Pandan Indah untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

2. Jalan Kereta Api Pandan Indah mempunyai perkhimatan rel bersepadu. Di sini ada stesen perkhidmatan rel bersepadu iaitu Stesen LRT Pandan Indah. Stesen ini terletak 20

meter dari Pandan Indah. Perkhidmatan LRT ini amat penting kerana ramai penduduk di sini menggunakan perkhidmatan tersebut untuk pergi ke kerja dan sekolah masing-masing.

6.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI KAWASAN KAJIAN.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di Pandan Indah. 1. Bentuk muka bumi Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang saya dijalankan, bentuk muka bumi di kawasan Pandan Indah adalah tanah rata jadi kawasan ini sesuai untuk pembinaan sistem pengangkutan kerana kos pembinaan murah dan senang dibinakan.

2. Kegiatan ekomomi Kawasan ini merupakan kawasan tumpuan penduduk kerana kegiatan ekonomi banyak berlaku di sini. Pandan Indah mempunyai banyak kedai, pasar, bank, dan perkhimatan- perkhimatan lain. Jadi ini adalah salah satu faktor jaringan sistem pengangkutan maju di sini.

3. Keselesaan pengguna/keperluan penduduk Kawasan ini mempunyai penduduk padat kerana tumpuan penduduk. Jadi sistem pengangkutan awam seperti LRT adalah penting dibina untuk memudahkan dan keselesaan penduduk untuk ke mana-mana bagi mengelakkan kesesakan trafik. Jadi ini juga salah satu faktor jaringan sistem pengangkutan maju di sini.

Nilai dan unsur patriotisme Sebagai warga Malaysia kita patut amat berbangga dengan tahap kemajuan sistem pengankutan dan perhubungan negara Malaysia. Oleh itu, kita harus menghargai peranan kerajaan dalam mempengaruhi kemajuan pengangkutan dan perhubungan negara.

6.3 KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN 1. Keselesaam pengguna Pengguna-pengguna berasa selesa setelah diperkenalkan perkhidmatan rel bersepadu di Pandan Indah. Sebagai contoh, Perkhidmatan LRT telah memberi keselesaan kerana pengguna-pengguna tidak perlu menghadapi kesesakkan jalan raya apabila hendak kemana-mana. 2. Memajukan perlancongan Perkhidmatan LRT, ERL dan Komuter teah menggalakkan industri pelancongan di Negara Malaysia. Perkhidmatan ini akan memudahkan pelancong-pelancong untuk pergi kemana-mana dan telah memendekkan masa perjalanan mereka. Perbandingan kepentingan pengangkutan sistem rel antara Malaysia dan Singapura Di Kuala Lumpur LRT (Light Rail Transit), manakala di Singapura MRT (Mass Rapid Transit) diperkenalkan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar. Kedua-dua perkhidmatan ini sangat cekap dan laju serta memendekkan masa perjalanan. Selain itu kedua-dua pengangkutan ini menggunakan kuasa elektrik. Jadi Pencemaran asap daripada kenderaan. Selain itu, kedua-dua perkhidmatan ini telah menggalakkan industri pelancongan

di Negara Malaysia dan Singapura. Perkhidmatan ini akan memudahkan pelancong untuk pergi kemana-mana dan telah memendekkan masa perjalankan mereka.

Nilai dan Unsur Patriotisme Sebagai warga Malaysia kita patut amat berbangga dengan tahap kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan negara Malaysia. Oleh itu kita harus menghargai peranan kerajaan dalam mempengaruhi kemajuan pengangkutan dan perhubungan Negara. Kita juga haruslah menjaga kemudahan yang disediakan agar tidak dirosakkan.

6.4KESAN-KESAN

PERKEMBANGAN

JARINGAN

SISTEM

PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM SEKITAR.

KESAN POSITIF

1.Membantu mengawal dan memelihara alam sekitar. Penggunaan sistem pengangkutan LRT telah membantu mengawal dan memelihara alam sekitar di Panda Indah kerana semua pengangkutan yang disenaraikan tidak melepaskan asap dan menggunakan kuasa elektrik untuk bergerak. Selain itu, pengangkutan ini telah mengurangkan pengunaan kenderaan sendiri untuk ke mana-mana seterusnya akan mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap kenderaan dan habuk-habuk terampai.

2.Mengurangkan Kesesakan Lalu Lintas Kesesakan lalu lintas juga berkurangan dengan adanya sistem pengankutan LRT di Pandan Indah. Penggunaan kenderaan persendirian akan berkurangan kerana pengguna lebih selesa menggunakan pengangkutan awam ini. Berdasarkan

pemerhatian saya, tempat letak kenderan di sekitar kawasan pengangkutan ini penuh dengan kenderaan kerana mereka menggunakan pengankutan ini.

KESAN NEGATIF

1.Masalah pencemaran udara dan bunyi Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan, terdapat juga kesan negatif iaitu masalah pencemaran udara dan bunyi. Masalah pencemaran udara ialah berpunca daripada pelepasan asap-asap hasil pembakaran petroleum dan diesel kenderan di jalan raya yang sibuk. Selain pelepasan asap kenderaan di jalan raya, habuk terampai dan debu daripada kenderaan bermotor dijalankan juga penyumbang kepada pencemaran udara di sini. Manakala pencemaran bunyi pula berpunca daripada bunyi enjin kenderaan berat dan daripada pengangkutan rel seperti kereta api, ERL, LRT dan komuter.

2.Masalah kesesakan lalu lintas Berdasarkan kajian dan pemerhatian saya jalankan, maslah ini sering berlaku di Pandan Indah.Antara punca utamanya disebabkan oleh bilangan kenderaan

yang sangat banyak kerana kawasan ini merupakan tumpuan penduduk iaitu kawasan padat penduduk.

Selain itu, sikap segelintir pemandu yang tidak

bertanggungjawab meletakkan kendaraan di tempat yang tidak sepatutnya juga menyumbang kapada masalah ini.

Perbandingan kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar antara Malaysia dan Singapura. Di negara Singapura juga mengalami masalah seperti di negara Malaysia. Masalah pencemaran dan kesesakan juga berlaku di kawasan tertentu.

Nilai dan unsur patriotisme Sebagai warga Malaysia kita patut amat berbangga dengan tahap kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan negara Malaysia. Oleh itu kita harus menghargai peranan kerajan dalam mempengaruhi kemajuan pengangkutan dan perhubungan negara.

6.5 CADANGAN LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN AKIBAT KESAN NEGATIF

Langkah Mengatasi Kesan Pencemaran 1.Penggunaan alat Catalytic converter Alat ini dipasang pada ekzos kereta. Alat ini berupaya menukarkan gas beracun seperti gas karbon monoksida kepada gas yang tidak memudaratkan kesihatan seperti karbon dioksida

2.Petrol tanpa plumbum Dapat mengatasi pencemaran plumbun dalam udara.

3.NGV(Neutral Gas Vehicle) Dapat mengatasi pencemaran udara akibat asap kenderaan.

4.Penggunaan pengankutan awam(LRT,ERL, komuter) Dapat mengatasi masalah pencemaran udara kerana LRT, ERL dan komuter tidak mengeluar asap kerana pengangkutan menggunakan tenaga elektrik.

Kesesakan jalan raya Kempen 1. Mengadakan kempen kesedaran kepada pemandu. 2. Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam seperti bas dan LRT. 3. Menggalakkan perkongsian kenderaan ke tempat kerja. 4. Melebarkan jalan raya yang sempit

Perbandingan langkah mangatasi kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar antara Malaysia dan Singapura. Di negara Singapura juga mengalami masalah seperti di negara Malaysia. Masalah pencemaran dan kesesakan juga berlaku di kawasan tertentu. Jadi langkah yang sama telah diambil untuk mengatasi masalah ini.

Nilai dan unsur patriotisme

Kita patut berbangga dengan tahap kemajuan sistem pengangkutan dan perhubugan negara Malaysia. Namun kita juga mesti bertanggungjawab menjaga dan memelihara alam sekitar daripada rosak dan seterusnya musnah.

6.6 JADUAL

6.7 GRAF BAR/CARTA PAI

6.8 PETA MINDA

1.Buku Teks Chong Mui Sen, Aizan Hj. Abu Samah, 2003 Buku teks Geografi Tingkatan 3, Kuala Lumpur, Pencetakan Saufi Sdn.Bhd. 2. Orang Sumber Lau Yew Chew, 45 tahun, No.45, Taman Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur. 3. Melawat Ke Tempat Kajian. Melawat ke Stesen LRT Pandan Indah dan Chempaka.

Related Documents

1st Part
October 2019 14
1st
May 2020 52
1st
November 2019 60
1st
November 2019 57
1st
June 2020 48