16127732-menara-condong[1]bhgh

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 16127732-menara-condong[1]bhgh as PDF for free.

More details

  • Words: 532
  • Pages: 2
MENARA CONDONG TELUK INTAN Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Jabatan Pentadbiran Dan Kesetiausahaan Majlis Perbandaran Teluk Intan Jalan Sekolah, 36000 Teluk Intan

TANGKI AIR BATU TAKAL

No. Tel. 605-6221299 No. Fax : 605-6212446 E-mail: [email protected]

TELUK INTAN MUNICIPAL COUNCIL

MTPN PERAK

Menara Condong Teluk Intan

TUJUAN DIBINA Melalui kajian yang dibuat terhadap Menara Condong yang dahulu dikenali sebagai Jam Tinggi, tujuan dan motif pembinaannya adalah seperti berikut :

STRUKTUR JAM. LOKASI Bangunan ini terletak diantara pertemuan dataran segiempat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar di kiri dan kanan menara.

ANGGARAN KOS Tidak diketahui TAHUN DIBINA 1885 1892 – mengikut catatan S. Durai Raja Singam, halaman 172 A Hundred Years Of Ceylonese In Malaya And Singapore. (1867 – 1967), Mr. S. Sabapathy ( Asst. Engineer), P.W.D. Teluk Intan turut membantu dalam pembinaan ini. SENARAI PENDERMA 1. Kontraktor Cina yang dikenali sebagai Leong Choon Cheong serta Kontraktor Ceylon turut membina dan menjadi penderma utama. 2. Penduduk tempatan bagi membeli Jam Berkunci dari London buatan Firma J. W. Benson – Ludgatehill London.

1. 2. 3. 4. 5.

Sebagai sebuah tangki air untuk penduduk bandar sekiranya berlaku kemarau. Bagi memperingati jasa pentadbir (British) Bagi membekalkan air untuk memadam api sekiranya berlaku kebakaran. Sebagai penentu waktu “Time Keeper” dan Menjadi mercu tanda Bandar.

SEJARAH PEMILIKAN Walaupun kontraktor Leong Choon Cheong berusaha membina menara jam ini, namun tidak dapat dinafikan bahawa pihak British adalah pemilik dan pentadbir ketika itu. Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, menara jam ini secara automatik menjadi milik negara. Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi memerhatikan musuh. SEJARAH PENGGUNAAN/PENYEWAAN 1940 – Sebagai pejabat pengakap di tingkat 2 1977 sehingga 1992 – Sebagai Pejabat Cawangan Perancang Keluarga (National Family Planning Board)

DISKRIPSI GAYARUPA Setelah diteliti, didapati pengaruh senibina Cina begitu kuat pada bangunan ini. Ini adalah kerana ianya berkonsepkan senibina “Pagoda”. Walaupun pembinaannya pada zaman pemerintahan British, namun pengaruh Cina, penderma dan kontraktor telah berjaya dalam memperjuangkan budaya itu untuk dihayati. Ini jelas didapati pada fasad bangunan menara jam ini seperti gerbang, bumbung genting dan hiasan jubin dan sebagainya yang menunjukkan kekayaan budaya dan senibina Cina. Dari luar kelihatan seolah-olah menara jam ini adalah sebuah bangunan 8 (lapan) tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat 3 (tiga) tingkat sahaja. Menara jam ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 5 meter. Kekayaan senibina diperbuat daripada struktur kayu dan batu. Setiap tingkat dilengkapi dengan lorong jalan 1.8 meter lebar berdindingkan tembok rendah 0.6 meter tinggi yang dihiasi dengan batu berwarna hijau Ketelitian senibinanya dan perancangan ruang dapat dilihat dari adaptasi penggunaannya iaitu sebagai tangki air. Tangki air tersebut terdapat di tingkat 3 yang diperbuat daripada kepingan keluli setinggi 5 meter dengan muatan 18.36 meter padu. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 13 meter dan semakin menguncup ke atas berukuran garis pusat 8.2 meter. FAKTOR KECONDONGAN Selain disebabkan bangunan tersebut didirikan di atas struktur tanah yang lembut, faktor lain yang turut menyumbang kepada kecondongan menara jam ini ke arah barat laut, adalah kerana terdapat bebanan tangki yang berisi air pada masa tersebut. Rujukan : CD Menara Jam Negeri Perak Darul Ridzuan Oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan.