Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
OBJEKTIF KURSUS Selepas anda menghabiskan kursus ini, anda seharusnya mampu: · Menyelesaikan masalah asas berkenaan sistem komputer dan rangkaian di sekolah · Mengendalikan struktur infrastruktur makmal IT sekolah · Mengendalikan sistem operasi Linux dengan berkesan · Mengendalikan perkhidmatan asas Internet dengan sistem operasi Linux
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
PELAJARAN 1 : RANGKAIAN Mukadimah: Dalam pelajaran pertama ini, anda akan didedahkan kepada sistem rangkaian. Seterusnya anda akan dibawa untuk mengembara lebih jauh lagi dalam sistem rangkaian. Pengenalan kepada suis dan cara pengkabelan juga akan diberikan. Selain itu anda juga akan diberikan konsep protokol dalam rangkaian dan informasi berkenaan tanda alamat IP versi 4 secara mendalam.
1.0 Objektif: 1. Mengetahui asas-asas rangkaian 2. Mengetahui kaedah pengkabelan LAN 3. Mengetahui protokol rangkaian
1.1 Asas Network Sebelum melangkah lebih jauh marilah kita mengenali istilah-istilah yang selalu di guna pakai dalam network :-
•
Network - network adalah satu kumpulan computer yang bersambung bersama bagi membernarkan berkongsi data dan infomasi.
•
Node - node adalah apa sahaja yang bersambung kepada network. Contohnya seperti Komputer dan printer.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan •
Segment - segment adalah bahagian network yang di pisahkan mengunakan switch, bridge atau router, dari bahagian lain network.
•
Backbone - backbone adalah cable utama yang menyambungkan semua network atau segments. Biasanya backbone mempunyai keupayaan membawa data atau infomasi yang besar. Contohnya setiap segment mempunyai transfers rate sebanyak 100Mbps manakala backbone pula beroperasi sehingga 1000 Mbps.
•
Topology - Topologi adalah bagaimana cara node bersambung kepada network
•
Network Interface Card (NIC) – Setiap komputer di sambungkan ke network mengunakan Network Card (NIC). Di dalam kebanyakan desktop computer, Ethernet card ( biasanya 10 atau 100mbps) terpasang di motherboard computer.
•
Media Access Control (MAC) address – Ini adalah physical address untuk NIC di dalam network. MAC address mempunyai dua bahagian yang sama, 6 bytes panjangnya. 3 bytes yang pertama digunakan untuk mengetahui syarikat pengeluar NIC tersebut. Manakala 3 byte yang kedua adalah serial nombor untuk NIC itu sendiri.
•
Unicast - unicast adalah penghantaran data dari satu node ke satu node yang telah di tentukan.
•
Multicast - multicast, node menghantar data ke pada satu group node yang telah di tentukan.
•
Broadcast – broadcast pula adalah satu node menghantar data ke seluruh node atau network.
1.2.1 Rangkaian Setempat (LAN) Sistem Rangkaian Setempat (LAN) adalah sistem rangkaian yang hanya merangkumi sebuah bilik, bangunan atau kampus. Biasanya sambungannya rangkaian LAN tidak melebihi 100 komputer. Kebanyakan struktur sistem rangkaian LAN yang terdapat dalam sesebuah syarikat adalah jenis pelayan/pelanggan. Dalam rangkaian LAN komputer individu akan disambung kepada pusat dalam rangkaian, iaitu suis atau hub. Semua informasi akan dihantar daripada satu komputer ke komputer yang lain melalui hub/suis itu.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
1.2.2 Wide Area Network (WAN) Wide area network (WAN) manyambungkan rangkaian yang yang berbeza dah mempunyai jarak yang jauh mengunakan line telefon, fiber optic atau pun wireless. Untuk menyambungkan rangkaian kita memerlukan alatan seperti modem atau router.
1.3 Network Topologi Apakah Network topologi? Pisikal topologi di dalam network merujuk kepada konfigurasi kabel, komputer, dan alatan seperti perinter dan lain. Pisikal topologi tidak sepatutnya di samakan dengan logical topologi. Logikal topologi adalah cara yang digunakan untuk menghantar maklumat di antara workstation. Kita akan bincangan lebih mendalam topic logical topologi di baharian protocol nanti.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan Jenis-Jenis utama pisikal topologi. Terdapat berberapa jenis pisikal topologi. •
Linear Bus
•
Star
•
Star-Wired Ring
•
Tree
Linear Bus Linear bus topologi – Setiap node di sambung secara bersebelahan sepanjang backbone yang sama seperti lampu krimas. Data yang di hantar dari satu node akan bergerak melalui backbone sehingga sampai ke destinasi node. Di setiap penghujung linear bus mestilah mempunyai terminator bagi memastikan signal tidak berpatah balik.
Kelebihan Linear Bus Topology •
Mudah untuk di sambungkan.
•
Hanya memerlukan cable yang sedikit berbanding star topologi.
Kelemahan Linear Bus Topology •
Keseluruhan netwok akan gagal berfungsi sekiranya cable utama gagal berfungsi.
•
Terminators di perlukan di setiap penghujung kabel backbone.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan •
Sukar untuk mengenal pasti masalah kerana ketika ini keseluruhan network gagal berfungsi.
•
Tidak sesuai untuk digunakan dalam satu organisasi yang besar.
Star Star topologi – setiap node ( file server, workstations dan peralatan) disambungkan terus ke hub atau switch. Data akan melalai hub atau switch sebelum sampai ke destinasi.. Hub atau switch mengawal fungsi-fungsi network. Hub atau switch juga berfungsi sebagai penguat signal. Sambungan star topologi biasanya mengunakan kabel twisted pair, coaxial kabel dan fiber optik.
Kelebihan Star Topologi •
Mudah di Install
•
Tidak mengangu rangkaian ketika proses penyengelaraan.
•
Mudah untuk mengesan kerosakan dan mengantikan componet.
Kelemahan Star Topology •
Memerlukan lebih kabel jika di bandingkan dengan linear topologi.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan •
Jika hub atau switch rosak, Semua node akan gagal berfungsi.
•
Kos lebih mahal jika di bandingkan dengan linear bus topologi kerana kos switch atau hub.
Star-Wired Ring Star-Wired Ring – Seperti star bus topologi, bezanya dihujungnya network akan kembali ke node yang pertama. Di dalam star-wired ring, setiap nodes mengambil giliran untuk menghantar dan menerima data. Data akan di hantar ke node pertama di ikuti dengan node kedua dah seterusnya. Ini menjadikan proses penghantaran data menjadi lambat.
Star-Wired Ring Topologi
Tree Tree topologi - Gabungan linear bus dan star topologi. Beberapa kumpulan star bersambung dengan linear bus kabel backbone ( Lihat Gambar Dibawah) . Tree topologi membenarkan kita untuk membuat penambahan kepada rangkaian sedia ada.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Tree Topologi
Kelebihan Tree Topologi •
Pengkabelan Point-to-point itu segment tersendiri.
•
Sesuai dengan kebanyakan hardware dan software dari pembekal.
Kelemahan Tree Topologi •
Jarak di anatara segment terbatas mengikut jenis kabel yang di gunakan.
•
Jika backbone menghadapati masalah, keseluruhan segment akan terputus.
•
Susah untuk di Konfigurasikan.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan Ringkasan Physical Topology
Common Cable Twisted
Linear Bus
Pair
Coaxial
Star-Wired Ring
Twisted
Pair
Ethernet
Fiber
LocalTalk
Twisted Pair
Token Ring
Twisted Tree
Ethernet LocalTalk
Fiber
Star
Common Protocol
Pair
Coaxial
Ethernet
Fiber
1.4 Protokol Rangkaian Protokol adalah prosedur dan peraturan untuk berkomunikasi. Jika kita ke majlis rasmi ada set peraturan yang perlu kita patuhi untuk berinteraksi dengan tetamu lain, begitu juga dengan komunikasi dalam sebuah rangkaian. Tanpa protokol, komunikasi akan menjadi satu masalah dan jika sebuah rangkaian tidak memahami prosedur teknikal yang perlu dipatuhi oleh mereka, komputer akan gagal untuk berinteraksi sesama mereka. Biasannya protokol-protokol ini akan dibandingkan dengan dua model yang terkenal iaitu Model Rujukan OSI (Open Systems Interconnection) oleh ISO dan Model TCP/IP atau DoD oleh Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Terdapat banyak jenis protokol dan setiap mereka mempunyai tugas masing-masing yang mungkin berlainan peranan di dalam 7 Lapisan
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan OSI. Setiap mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka sendiri dan mungkin popular di kalangan produk-produk keluaran pengeluar tertentu. Ada juga protokol yang hanya bekerja di satu lapisan dari Lapisan OSI dan ada juga pada berbilang.
Bagaimana Protokol Berfungsi Jika kita perhatikan pada 7 Lapisan OSI kita boleh kenali beberapa protokol yang bertugas pada lapisan-lapisan tertentu. Contohnya eternet bekerja pada lapisan kedua dalam OSI iaitu pada lapisan sambungan data. Setiap lapisan mempunyai peraturan dan prosedur yang tertentu untuk dipatuhi. Tugas tersebut mestilah berlaku dengan konsisten pada setiap lapisan agar komunikasi boleh bergerak dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas lapisan OSI. Ringkasnya tugas protokol pada komputer yang menghantar data :1. Memecahbelahkan data yang ingin dihantar kepada bentuk yang lebih kecil yang dinamakan paket. 2. Tambahan maklumat alamat IP sumber dan destinasi serta beberapa maklumat lain
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan pada paket tersebut supaya selamat sampai ke destinasi. 3. Menyediakan paket tersebut untuk dihantar melalui kad antara muka rangkaian (network interface) melalui kabel laluan. Tugas komputer yang menerima data :1. Mengambil paket dari kabel laluan dan seterusnya ke kad antara muka rangkaian (network interface) tersebut. 2. Mengumpulkan semula paket ke penimbal untuk dihimpunkan semula. 3. Data yang telah dihimpunkan tadi digunakan atau ditukarkan oleh aplikasi ke bentuk yang boleh digunakan
Tanda Alamat IP versi 4 Fungsi utama alamat IP adalah untuk memberikan nilai unik untuk perumah melalui kaedah pengalamatan. Ini secara langsung membolehkan proses penghalaan berlaku, di mana paket boleh dipindahkan dari satu perumah ke satu perumah yang lain. Oleh itu setiap paket akan mengandungi alamat IP perumah sumber dan alamat IP perumah destinasi. Alamat IP telah ditetapkan selebar 32 bit untuk versi 4. Ini bermakna terdapat lebih kurang 4.2 bilion kemungkinan alamat IP yang lengkap. Sekali imbas angka ini akan kelihatan besar, namun mengambil kira kepesatan Internet, nilai ini dianggap kecil. Hal ini telah pun diatasi dengan kehadiran alamat IP versi 6 atau lebih dikenali alamat IP generasi hadapan. Banyak tumpuan dan kajian telah dilakukan ke atas alamat IP versi 6 di Malaysia sendiri, terutamanya di Mimos dan UPM, namun secara keseluruhannya ia belum diadaptasikan secara menyeluruh.
Dalam IP versi 6, alamat IP telah ditetapkan selebar 128 bit. Ini bermakna sebanyak 3.4 x 1038 kemungkinan alamat IP dapat dibina, atau secara relatifnya sebanyak 1500 IP untuk setiap 1 kaki persegi permukaan bumi. Anda mungkin dapat melihat kasut anda mempunyai alamat IP di kemudian hari. Namun untuk kali ini, kita akan menumpukan perhatian terhadap IP versi 4
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan dahulu. Oleh itu, selepas ini alamat IP yang dibincangkan adalah merujuk kepada alamat IP versi 4, melainkan telah dinyatakan terlebih dahulu. Para pembangun Internet sentiasa mengambil jalan untuk memudahkan manusia memahami teknologi yang terselindung, oleh itu alamat IP diwakili dengan nilai 4 oktet persepuluhan seperti
202.188.0.133,
namun
komputer
tetap
memahaminya
sebagai
11001010101111000000000010000101. Ini bermakna nilai minimum untuk setiap oktet ialah 0 dan nilai maksimum setiap oktet ialah 255. Alamat IP versi 4 telah dipecahkan kepada 5 kelas utama berdasarkan nilai binari dan nilai persepuluhan beroktet yang pertama. Jadual di bawah menerangkan semua kelas IP yang ada.
Kelas D telah diwartakan sebagai jarakkan IP percubaan dan kelas E diwartakan sebagai terpencil, ini bermakna kedua-dua kelas IP ini tidak boleh digunakan oleh umum.
Tanda Alamat IP Persendirian (Private IP Addressing) Menurut RFC 1918, beberapa jarakkan alamat IP tidak akan dihalakan oleh mana-mana penghala melainkan untuk rangkaian dalaman kerana ialah telah diwartakan sebagai sebahagian dari jarakkan alamat IP persendirian. Kita seharusnya bersyukur dan menarik nafas lega dengan adanya kaedah ini. Ia membolehkan kita berkongsi LAN dan Internet tanpa memerlukan kos yang lebih dengan menggabungkan beberapa teknik seperti NAT, PAT atau Proksi.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan • Alamat persendirian:
• Alamat tugas-khas: –
Pengujian dalaman: 127.0.0.0 hingga 127.255.255.255
–
Alamat IP persendirian automatik (APIPA) telah lama diguna pakai dalam Microsoft Windows dan mula diserap guna di Linux. Alamat IP dari jarakkan APIPA akan dipilih secara automatik oleh isirung (kernel) sekiranya tiada jawapan dari pelayan DHCP, jika dan hanya jika isirung (kernel) telah dinyatakan supaya menjadi pelanggan DHCP. Julat alamat APIPA adalah seperti di bawah: 169.254.0.0 hingga 169.254.255.255
1.5 Pengenalan Kepada Suis
Peranti aktif yang meningkatkan mutu rangkaian, mengandungi sebahagian ciri-ciri pengulang (repeater) dan penjabat (bridge).
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan Ia memecahkan keseluruhan rangkaian menjadikan bahagian-bahagian yang dipanggil segmen. Setiap port tiada berkaitan di antara satu sama lain dan mempunyai kelajuan tersendiri. Hub dan switch menggunakan teknologi berbeza tetapi mempunyai fungsi yang sama. Pada hub, jika jumlah lebar jalur adalah 100MBPS (Megabit Per Second) dan ia mempunyai sepuluh penyambungan (port), 1000MBPS akan di bahagikan kepada sepuluh dan setiap penyambungan hanya akan mendapat 10MBPS sahaja tetapi untuk switch, 100MBPS akan di dedikasikan kepada kesemua sepuluh penyambungan. Jadi , teknologi switch adalah lebih berkesan.
Mengesan Kerosakan Switch Atau Hub Kebanyakan (+- 70%) masalah rangkaian adalah disebabkan oleh masalah kabel dan penyambungnya. Pastikan kabel berada dalam keadaan baik. Tanda-tanda : Lampu LED (Light Emitting Diode) ‘Link’ tidak menyala apabila kabel disambungkan ke ‘port’. Periksa
: Sila pastikan semua kabel, penyambung RJ45, plet dinding tidak rosak dengan memeriksa menggunakan peneguji kabel. : Sila pastikan peranti (device) di hujung suatu lagi hidup dan berfungsi dan telah dikonfigurasi. Pastikan juga LED di kad rangkaian (Network Card) di peranti menyala dengan warna yang betul (selalunya hijau)
Tanda-tanda : Lampu LED ‘Link’ 100MBPS menyala, Lampu LED ‘Collision’ menyala tetapi trafik rangkaian tidak stabil. Periksa
:Pastikan Kad Rangkaian (Network Card), misalnya di PC tidak disetkan kepada ’Dedicated Full Duplex’. Pastikan ianya adalah ’Auto Mode’
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
1.6 Pengenalan Kepada Pengkabelan LAN Pengkabelan 100 BaseT sering digunakan untuk sambungan rangkaian yang menggunakan topologi bintang. Ianya amat sesuai bagi rangkaian yang memerlukan keluasan dan kebolehpercayaan dalam penggunaannya. Bagi UTP pengkabelan ini membolehkan setiap PC yang mempunyai kad antara muka (interface) rangkaian yang disambungkan dengan ke hab atau suis. Secara amnya sambungan rangkaian UTP adalah lebih dipercayai jika hendak dibandingkan dengan sambungan sepaksi di mana penggunaan hab atau suis banyak membantu dalam memperbaiki ralat data dalam sambungannya. Selain dari itu UTP pengkabelan tidak akan mengakibatkan seluruh rangkaian runtuh jika salah satu komputer atau sambung pengkabelan rosak (berbanding dengan sambungan sepaksi yang akan menyebabkan seluruh rangkaian runtuh hanya disebabkan oleh satu sambungan rosak). Dari segi sejarah pada awal penggunaan sambungan 10Base-T, kabel kategori 3 (Cat 3) digunakan untuk sambungan 10Mbs. Kabel Cat 3 ini hampir sama dengan kabel telefon yang kita gunakan di rumah. Tetapi sekarang kabel Cat 5e adalah lebih banyak digunakan kerana kualiti signal yang lebih baik dihasilkan untuk kegunaan sistem 100Base-T. Huruf T pada perkataan 100Base-T adalah membawa makna kabel terpintal iaitu jenis sambungan UTP kabel yang digunakan.
Jenis Pengkabelan Biasanya ada dua jenis pengkabelan yang digunakan untuk sambungan 100Base-T seperti berikut: 1. Kabel Sambungan Terus 2. Kabel Sambungan Terpintal
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Kabel Sambungan Terus digunakan untuk sambungan seperti berikut :Sambungan dari penghala kepada hab/suis. Sambungan dari pelayan kepada hab/suis. Sambungan dari stesen kerja kepada hab/suis
Kabel Sambungan Terpintal pula digunakan untuk sambungan seperti berikut :Sambungan laluan menaik antara suis. Sambungan hab kepada suis.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Sambungan hab kepada hab lain. Sambungan rangkaian terus antara dua komputer (tanpa hab/suis). Sambungan antara muka (interface) penghala kepada antara muka (interface) penghala yang lain.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Pemerosotan Satu perkara yang perlu diambil kira pada pengukuran jarak kabel 100Base-T adalahpemerosotan. Pemerosotan adalah pengecilan amplitud sesuatu isyarat apabila melalui satu medium yang menghilangkan tenaganya. Dalam kes 100Base-T pemerosotan yang dibenarkan adalah 11.5dB yang diukur dari satu hujung kabel tersebut dengan menggunakan alat penguji. Secara amnya, kabel Cat 5e mempunyai pemerosotan sebanyak 10dB per 150 meter pada frekuensi 100MHz. Maka jarak maksimum setelah dikira termasuk kabel tampung dan panel tampung sambungan Cat 5e boleh dikatakan tidak boleh melebihi 100 meter. Jadual 1 di bawah menunjukkan ciri-ciri Kabel UTP 100BaseT
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
PELAJARAN 2 : PENGENALAN KEPADA LINUX
Mukadimah: Dalam pelajaran ini anda akan diperkenalkan kepada sistem operasi Linux, tenaga kerja di sebalik tabir Linux. Di sini juga anda akan diperlihatkan beberapa contoh pecahan Linux yang popular. Isu-isu yang berkaitan Linux juga ada diutarakan di sini seperti isu Hak cipta dan sebagainya. Kedudukan Linux dalam bidang pendidikan juga ditekan di sini. Selain itu anda akan diberikan beberapa jadual yang mengandungi URL yang penting untuk anda memahami Linux. Anda juga akan dipertontonkan dengan jadual perbandingan aplikasi Linux dan Microsoft Windows.
Objektif: 1. Memahami sistem operasi Linux dan mengenali beberapa orang yang menjadi tunjang di sebalik kejayaannya 2. Mengenali pecahan sebahagian daripada pecahan Linux yang boleh diperolehi dan digunakan 3. Mengetahui hak cipta Linux, GPL dan segala macam permasalahan yang mungkin timbul berkenaan undang-undang terutamanya di Malaysia 4. Mengetahui sebahagian persoalan lazim yang dikaitkan dengan Linux dan sistem pengkomputeran 5. Mengetahui kedudukan Linux dalam bidang pendidikan 6. Memperjelaskan sifat-sifat asas pecahan Linux 7. Membandingkan perisian aplikasi Linux dan Microsoft Windows, URL informasi Linux dan URL pecahan dan aplikasi Linux
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
2.0 PENGENALAN KEPADA LINUX Bahagian ini membimbing anda untuk membiasakan diri dengan Linux (SLES 9) sebagai satu sistem pengendalian yang asas dengan menggunakan persekitaran bergrafik KDE. Tugas seperti meninjau apa yang terdapat dalam cakera anda, memulakan program, memformatkan cakera dan bekerja dengan lipatan dan fail dibincangkan dalam bahagian berikutnya. Disini ada akan menggunakan Novell Linux Desktop (SLES 9) sebagai sistem operasi anda. SLES 9 ialah hasil daripada SuSe Linux. Syarikat Novell telah membeli SuSe Linux dan mencipta satu sistem operasi yang menyerupai SuSe Linux malah menggunakan SuSe linux sebagai bahan utamanya.
2.1 SISTEM OPERASI LINUX Jika direnungkan asal-usul Linux saya percaya anda akan tersenyum kecil sambil menyatakan kekaguman anda. Ini adalah kerana Linux sebenarnya hanya merupakan hobi kepada seorang pelajar aliran komputer sains di Universiti Helsinki dan kemudian telah dibangunkan oleh ratusan ribu jurukod (programmer) di seluruh dunia hingga menjadi salah satu sistem operasi terunggul di dunia ketika ini. Pelajar yang dimaksudkan ini ialah Linus Benedict Torvalds. Ketika Linus mula memperkenalkan Linux pada Ogos 1992, hanya Intel sahaja yang menguasai pasaran pemproses mikro dengan cip 386 mereka. Microsoft pula hanyalah sebuah syarikat kecil yang baru memperkenalkan DOS. Pada peringkat awal, Linux hanyalah merupakan satu terbitan dari sistem operasi yang dibina oleh Prof. Andrew Tannenbaum yang dikenali sebagai Minix. Akhirnya, Linus berjaya membina Linux sebagai sebuah sistem operasi yang tersendiri. Seperti sistem operasi Unix lain, Linux dibina dengan bahasa pengaturcaraan C dan mematuhi kaedah serta peraturan pengaturcaraan Posix. Satu perkara penting yang perlu dijelaskan di sini ialah Linux dibangunkan oleh ratusan ribu jurukod di seluruh dunia oleh itu hak cipta Linux terletak di tangan Linus, namun program lain terletak kepada pengaturcara yang membuatnya. Oleh itu penghormatan pengeluaran isirung (kernel) secara rasminya akan hanya dilakukan oleh Linus sendiri. Linux boleh di peroleh secara percuma dari Internet. Kebanyakan syarikat
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan yang menerbitkan pecahan Linux seperti MandrakeSoft Inc. ada menjual perisian Linux pada harga yang amat rendah berserta dengan sokongan pembelian yang hebat. Terpulang kepada anda sama ada untuk menurun muatkan dari Internet atau membeli dari pengeluar.
2.1.1 Linus Torvalds Setiap satu ada permulaannya, begitulah juga dengan Linux yang dimulakan oleh Linus Benedict Torvalds sewaktu beliau masih lagi menjadi seorang pelajar jurusan computer sains di sebuah universiti di Helsinki, Finland. Idea untuk memulakan projek hobinya ini telah berputik daripada kelas sistem operasinya. Ketika itu pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran tersebut menggunakan buku teks yang ditulis oleh Prof. Andrew Tanenbaum.
Linus Benedict Torvalds Prof Tanenbaum telah memperkenalkan sistem operasi Minix melalui bukunya, oleh itu tidak hairanlah apabila saudara Linus telah bermula dengan Minix untuk membangunkan Linux pada awal tahun 1991. Hasrat awalnya hanyalah ingin mencipta satu sistem operasi yang lebih teratur dan berkesan dari Minix. Namun enam bulan setelah itu, Linus telah berjaya menjadikan Linux sebagai satu sistem operasi yang stabil dan tersendiri tanpa perlu bergantung kepada Minix lagi.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Sebenarnya pada peringkat awal, Linux hanyalah mengekodkan program pengaturan ingatan yang merupakan sebahagian daripada isirung (kernel) Linux. Setelah itu beliau mula menggabungkan dengan pelbagai kod yang boleh di peroleh secara bebas di Internet dengan isirung (kernel) Linux. Pada waktu ini, Linus bekerja di bawah naungan syarikat Transmeta Corporation di Silicon Valley. Terdapat khabar angin yang mengatakan beliau akan bekerja untuk Red Hat, tetapi beliau tetap kekal dengan pendirian untuk tidak menunjukkan minat dan kecenderungan ke atas mana-mana pecahan Linux. Namun Linux tidak menafikan beliau menggunakan Red Hat Linux di rumahnya dan pernah dilihat memakai kemeja-t Red Hat di persidangan Linux Sedunia. Beliau pernah menegaskan yang beliau bukanlah seorang ketua pengarah syarikat, tetapi beliau hanyalah seorang ketua teknikal yang menumpukan ke arah landasan yang fokus dan jelas di mana setiap keputusan yang beliau ambil akan dipastikan supaya sentiasa dihormati dan diterima pakai oleh semua orang. Apabila diajukan apa yang akan Linux tempuhi dalam tempoh 10 tahun akan dating beliau menegaskan 10 tahun lepas beliau tidak tahu hala tuju Linux apatah lagi untuk 10 tahun akan datang beliau masih tiada idea ke mana arah Linux. Oleh itu anda mungkin salah seorang yang mencorakkan masa depan Linux.
2.1.2 Alan Cox Janggut yang panjang dan tebal merupakan identiti Alan Cox yang harus dikenali oleh pengguna Linux. Sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam pembangunan isirung (kernel) Linux terutamanya untuk rangkaian dan sistem pemprosesan selari beliau sentiasa menjadi rujukan dan pelakon utama dalam pengeluaran isirung (kernel) rasmi selain Linus Torvalds. Jika anda lebih peka, anda akan mendapati kebanyakan ikon-ikon berkenaan isirung (kernel) akan dilambangkan sebagai seorang yang berjanggut dan bertopi sempena menghargai hasil usaha Alan Cox.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Alan Cox Beliau telah mula bekerja dengan isirung (kernel) Linux sejak pengeluaran isirung (kernel) 1.0 (isirung (kernel) terkini ialah 2.6.x), oleh itu hampir setiap hari beliau melakukan perubahan terhadap isirung (kernel). Untuk memudahkan pembangun isirung (kernel) Linux yang lain, beliau telah menyediakan diari hariannya yang boleh dicapai di http://www.linux.org.uk. Kini Cox banyak menulis diarinya dalam bahasa Welsh, oleh itu lebih baik jika anda membaca diari isterinya. Jika anda melihat diari beliau pasti anda akan terkejut dengan cara kehidupannya, ia menunjukkan seolah-olah beliau hanya makan Linux, minum Linux dan tidur Linux. Tapi harus diingat itu semua tidak menjadi penghalang untuknya mengekalkan perkahwinannya dengan isterinya, Telsa dan hidup bahagia di samping keluarga. Sebagai keluarga penggodam yang berjaya, Telsa juga banyak menyumbang kepada pembangunan Linux terutamanya dalam pembangunan aplikasi X Windows KDE
2.1.3 Richard Stallman Beliau merupakan seorang Profesor berbangsa Yahudi di MIT yang kemudiannya menjadi pengasas Free Software Foundation Inc, beliau tidaklah terlibat dengan Linux secara langsung, namun usaha yang dimulakannya telah berjaya membuka mata orang ramai akan keberkesanan
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan perisian bebas ini. Melalui organisasi tersebut, Stallman telah menghasilkan pelbagai projek perisian, oleh itu beliau mendapati beliau memerlukan lesen hak cipta untuk melindungi perisian mereka tanpa melanggar prinsip-prinsip mereka, hasilnya lesen GNU GPL telah diterbitkan. Kita akan membincangkan lessen GNU GPL ini dengan lebih lanjut selepas ini. Sebenarnya sebahagian ideologi yang cuba dibawa oleh Free Software Foundation ini telah lama dianjurkan oleh Islam, iaitu ilmu haruslah dikongsi dan disebarkan cuma yang menyedihkan ialah tiadanya sokongan yang kukuh terhadap pendekatan sebegini. Sesungguhnya ilmu yang kita miliki itu hanyalah umpama setitik air di lautan yang luas, saya tidaklah bermaksud ingin mendabik dada tetapi sekadar mengingati sesama insane termasuk diri sendiri. Sebagai manusia yang tidak maksum kita selalu melewati batas-batas yang telah digariskan.
2.1.4 Robert Scheifler dan James Gettys Mereka berdua merupakan pengasas awal kepada sistem grafik Linux yang dikenali sebagai X Windows. Bahkan nama James Gettys telah disemadikan untuk terminal konsol Linux.
2.2 PECAHAN LINUX Salah satu keunikan Linux ialah tersedianya banyak pilihan untuk pengguna memilih pelbagai pecahan Linux. Pecahan yang dimaksudkan di sini ialah pecahan Linux yang mempunyai pelbagai ideologi dan falsafah yang tersendiri. Namun semua pecahan ini sentiasa menggunakan isirung (kernel) dan beberapa perisian asas yang sama. Inilah kunci sebenar yang menyebabkan kejayaan Linux. Adalah mustahil untuk saya menyenaraikan semua pecahan Linux di sini, oleh itu saya hanya akan membincangkan pecahan yang terbaik, popular dan dikenali ramai sahaja.
2.2.1 Debian Debian atau nama timangannya "DEB" yang dijalankan oleh beberapa sukarelawan merupakan antara versi Linux yang mengandungi paling banyak pakej perisian yang sedia-atur untuk dilarikan. Proses pemuatannya amat mudah dan menarik.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
2.2.2 Red Hat Satu ketika dahulu di antara semua pecahan Linux, Red Hat kelihatan seperti dapat memberikan jawapan kepada semua permintaan yang diperlukan. Kekuatannya pada proses pemuatan yang mudah hingga kepada pengendalian pakej perisian dan sistem yang hebat serta disokong dengan sokongan selepas pembelian daripada pusat Red Hat amat mengagumkan. Sesuai untuk semua peringkat, baik pengguna baru, pertengahan mahupun pengguna berkemahiran tinggi. Bahan bacaan dan kaedah konfigurasi untuk Red Hat juga mudah didapati melalui buku, majalah dan tapak-tapak web. Banyak juga pecahan Linux yang lain juga merupakan terbitan dari Red Hat Linux.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan 2.2.3 Slackware Kadangkala Slackware kelihatan semakin ke belakang dan semakin berkurangan popularitinya. Red Hat banyak belajar dari Slackware sebenarnya, namun ada beberapa kelebihan yang tidak dapat ditandingi sehingga membuatkan Slackware seperti legenda untuk Linux terutamanya dalam pengendalian sistem dan sekuriti. Walnut Creek yang merupakan pengeluar bertauliah Slackware juga menyediakan sokongan terhadap penggunanya, namun ia masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan oleh Suse.
2.2.4 Yellow Dog YellowDog Linux (YDL) merupakan terbitan Red Hat untuk seni bina PowerPC. YDL mampu dimuatkan bersama-sama Mac OS atau menggantikan terus Mac OS dalam "New World ROM" (Mac G3 dan G4). Kaedah pemuatan yang mudah dan menarik, YDL turut menawarkan pemuatan bergrafik, KDE dan pelbagai aplikasi lain yang pastinya akan mengagumkan anda.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan 2.2.5 Mandrake Merupakan terbitan daripada Red Hat, pada peringkat awalnya banyak pihak yang merungut, tetapi kini ia telah matang dan terus menjadi pilihan ramai pengguna Linux. Mempunyai pelbagai program grafik yang menarik dan hebat, namun banyak falsafahnya yang boleh dipertikaikan. Mandrake juga menggelar isirungnya (kernel) sendiri yang dikodkan semula dari isirung (kernel) asal.
2.2.6 SuSe Merupakan pilihan terbaik untuk digunakan, berasal dari German dan memiliki banyak kelebihan. Sebutan sebenarnya ialah “soo-sah” dan kini telah dibeli oleh Novell Inc.untuk diserapkan di dalam sistem operasi Netware mereka. Suse mudah dari segi Installation, dan administration. Kini boleh dikatakan 90% system konfigurasi Suse boleh mengunakan GUI.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
2.3 HAKCIPTA LINUX Mengikut seksyen 7(3) Akta Hakcipta 1987 dan Seksyen 27L(1) Akta Hakcipta (Pindaan) 1996, perisian komputer merupakan karya sastera. Perisian komputer yang dimaksudkan di sini bererti suatu ungkapan, dalam apa jua bahasa pengaturcaraan, kod atau tata tanda set arahan. Mungkin terdapat pertanyaan apakah ciri-ciri kesusasteraan yang terdapat pada program komputer, tetapi jika kita melihat kepada tafsiran karya sastera itu sendiri dan prinsip-prinsip asas hakcipta berkenaan keaslian, maka tidaklah ganjil apabila program komputer digolongkan sebagai karya sastera. Malaysia bukanlah hanya negara di dunia ini yang meletakkan program komputer sebagai karya sastera, malah banyak negara lain yang mempunyai peruntukan yang sama. Sebagai anggota Konvensyen Berne, Malaysia sentiasa memberi perlindungan kepada karya-karya sastera dan seni dari negara anggota lain. Kerajaan Malaysia telah banyak kali meminda Akta Hakcipta 1987 dalam usaha memberikan perlindungan kepada hasil karya tersebut berdasarkan Konvensyen Berne. Linux telah dilesenkan oleh Linus Torvalds di Helsinki, Finland di bawah pelesenan "GNU General Public License (GPL)". Lesen GPL telah diterbitkan untuk projek GNU yang dijalankan oleh Free Software Foundation Inc yang diketuai oleh Richard Stallman. Lesen GPL membenarkan perisian yang dilesenkan di bawahnya untuk di sebarkan dan di ubahsuai, tetapi menghalang sebarang pertukaran wang untuk setiap pecahan dan penggunaannya. Lesen GPL membenarkan sesiapa sahaja menjual dan memperolehi keuntungan dari perisian bebas tadi, namun ia tidak membenarkan sesiapa pun menghalang orang lain untuk mengedarkan perisian tersebut dalam apa jua cara termasuklah dalam bentuk separa-binari ataupun kod sumber. Harus diingat bahawa hakcipta semua perisian GPL masih terletak pada penulisnya, oleh itu semua undangundang hakcipta Malaysia serta antarabangsa masih lagi melindungi perisian dan penulisnya. Lesen GPL membenarkan sesiapapun untuk mengubahsuai, mengedar dan seterusnya menerbitkan perisian yang baru berdasarkan perisian bebas yang asal dengan syarat menyatakan penulis asal pada kod sumber yang digunakan dan mengedarkan kod sumber ubahsuai tersebut. Oleh itu perisian baru dan terbitan itu juga haruslah dilesenkan di bawah lesen GPL.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan Di Malaysia sebarang pelanggaran terhadap lesen GPL boleh didakwa di bawah Seksyen 27L(1) Akta Hakcipta (Pindaan) 1996, Seksyen 3 Akta Hakcipta 1986, Seksyen 7(3b) Akta Hakcipta 1987, Seksyen 40(1) Akta Hakcipta 1987, Seksyen 40(2) Akta Hakcipta 1987 dan Seksyen 40(3) Akta Hakcipta 1987.
2.4 SOAL JAWAB LINUX Hingga setakat ini, saya harap anda telah mempunyai idea, minat dan cinta terhadap Linux. Namun berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang pensyarah dan penceramah Linux, saya banyak menerima soalan-soalan yang menarik. Kadangkala persoalan yang diutarakan kelihatan seperti kurang penting, tetapi saya sentiasa berpegang kepada falsafah "Tiada soalan yang kurang bijak", mungkin hanya jawapannya sahaja yang sebaliknya. Terpulanglah kepada anda untuk menilainya.
1. Apakah itu Sistem Operasi atau OS? Ianya merujuk kepada sekumpulan perisian yang mengawal sumber-sumbersistem seperti RAM dan ruang cakera. OS juga menyediakan sistem fail yangmengawal storan data. Sebuah OS juga harus menyediakan Aplikasi Pengaturcaraan (API – Application Programming Interface) yang memudahkanpembangunan pengaturcaraan aplikasi.
2. Apakah Linux? Linux ialah terbitan sistem operasi UNIX. Linux mampu dilarikan untuk pelbagai platform seperti Intel x86, Alpha, PowerPC dan komputer tapak tangan.
3. Adakah benar Linux sehebat yang diperkatakan? Linux sentiasa memenangi pengiktirafan dunia IT antaranya, Sistem Operasi Komputer Meja Terbaik (Infoworld.com, 2000). Organisasi Sokongan Teknikal Terbaik (Infoworld.com, 2000). Menjadi pilihan selain Microsoft NT/2000/P Peguam-peguam serta pengurus-pengurus Microsoft secara terang-terangan mengatakan Linux adalah musuh utama Microsoft sekarang.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan 4. Mampukah Linux menjadi OS peribadi saya? Keupayaan Linux untuk melarikan pelbagai program serentak dan pada masa yang sama mengendalikan ramai pengguna serta penghasilan kualiti grafik yang tinggi tidak dapat dipertikaikan. Linux mempunyai sistem GUI sofistikated yang dikenali sebagai X Windows dan mampu berkongsi fail dengan OS UNIX, Windows, OS/2 dan lainnya. Bahkan program GUI yang dilarikan oleh X Windows juga mampu dieksport melalui rangkaian untuk dipaparkan di komputer terpisah. Keupayaan Linux dalam berbilang tugas, memori maya dan sistem fail telah terbukti hebat. Linux juga mampu menjadi pelayan fail pencetak (printer) walaupun untuk sistem Windows Microsoft. Pakej perisian yang dikenali SAMBA membolehkan semua komputer peribadi (yang menggunakan protocol LanManager, CIFS dan NetBIOS) berkomunikasi dengan sistem fail dan pencetak (printer) yang disambungkan kepada mesin Linux.
5. Mampukah Linux memainkan peranan penting untuk Pembekal Servis Internet? Linux boleh ditetapkan sebagai dinding api untuk keselamatan dan kredibiliti sistem menggunakan iptables. Pelayan FTP Linux (WU-FTPD) membenarkan pemindahan fail antara komputer. Pelayan ssh Linux membolehkan pembinaan terowong inskripsi agar hubungan antara pelayan dan pelanggan adalah selamat. Pelayan web Linux (Apache) membolehkan pengguna melihat tapak web anda dan seterusnya menjalankan aktiviti perumahan web. Pelayan NFS dan SAMBA Linux membenarkan perkongsian fail dan sumber melalui rangkaian.
6. Apakah "Perisian Bebas"? Kebebasan untuk mengedar dan menyalin. Kebebasan untuk melakukan pengubahsuaian kepada kod sumber kerana kod sumber sentiasa dibekalkan. Kebebasan untuk mengedarkan versi ubahsuai. Tidak semestinya percuma; kos pengedaran dan menyediakan sokongan boleh dikenakan bayaran.
7. Bagaimana kedudukan Linux jika dibandingkan dengan OS lain? Linux adalah stabil dan mampu berkembang lebih pesat lagi.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
8. Apakah yang mampu saya peroleh dari Linux jika dibandingkan dengan Windows 2000/NT/XP? Keluarga Microsoft Windows boleh berkomunikasi dengan pelbagai jenis komputer, begitu juga halnya dengan Linux. Keluarga Microsoft Windows mampu menjaga keselamatan data sensitif dan mengelakkan penggunaan tidak sah, begitu juga dengan Linux. Sebenarnya, semua OS Microsoft Windows dan Linux mematuhi kelayakan asas sebagai sebuah sistem operasi dalam persekitaran berangkaian namun Linux mampu melakukan apa sahaja yang keluarga Microsoft Windows mampu lakukan bahkan lebih.
9. Perlukah saya membayar untuk memperolehi dan menggunakan Linux? Tidak ianya adalah PERCUMA dan BEBAS. Anda bebas untuk melakukan apa sahaja selagi tertakluk di bawah perundangan lesen GNU GPL dan GNU FDL.
2.5 LINUX UNTUK PENDIDIKAN Linux telah terbukti menjadi alternatif kepada kaedah penjimatan dalam sesebuah organisasi tanpa ragu-ragu, di mana ia telah menjadi pilihan terbaik mereka yang terlibat dalam pembangunan teknologi informasi di sekolah-sekolah. Saya pernah terlibat dengan beberapa buah sekolah di Malaysia yang terlibat dengan Program Sekolah Pintar di bawah naungan sebuah syarikat komputer nasional. Ketika itu kami telah membekalkan produk pembangunan kepada mereka menggunakan Linux. Hasil penerimaan dan tindak balas dari mereka adalah baik dan memuaskan. Namun ini hanyalah satu perbandingan subjektif, tanpa sebarang kaji selidik yang piawai. Melalui pengalaman tersebut, saya pernah ditanya oleh seorang guru yang dihormati di Paya Rumput, Melaka adakah Linux mampu menjadi pilihan terbaik kepada kaum guru dan pelajar? Jawapannya mudah, tidak dinafikan Linux mungkin datang secara percuma, tetapi ini tidak bermaksud tiada program berkualiti tinggi untuk Linux dalam pendidikan. Bahkan kebanyakan perisian bebas adalah percuma dan amat baik.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan Di halaman web LinuxForKids dan SEUL/edu sahaja, terdapat ratusan perisian tersedia pakai yang dapat membantu pengguna Linux dalam alam pendidikan. Selain itu di keduadua tapak ini banyak lagi sambungan ke tapak-tapak pendidikan Linux yang lain. Tapak SEUL/edu (Simple End User Linux Project), merupakan kumpulan perbincangan yang berminat dengan Linux untuk pendidikan. Ia merangkumi semua aspek penggunaan Linux oleh guru, penjaga dan murid. Sebagai tambahan, mereka juga sedang mengumpul sumber-sumber yang membolehkan pembangunan (dengan bantuan beberapa sukarelawan) untuk pelbagai perisian sumber terbuka yang mampu membuatkan Linux lebih sesuai untuk pengajar dan penjaga. dijelaskan di sini ialah Linux dibangunkan oleh ratusan ribu jurukod di seluruh dunia oleh itu hak cipta Linux terletak di tangan Linus, namun program lain terletak kepada pengaturcara yang membuatnya. Oleh itu penghormatan pengeluaran isirung (kernel) secara rasminya akan hanya dilakukan oleh Linus sendiri. Linux boleh di peroleh secara percuma dari Internet. Kebanyakan syarikat yang menerbitkan pecahan Linux seperti MandrakeSoft Inc. ada menjual perisian Linux pada harga yang amat rendah berserta dengan sokongan pembelian yang hebat. Terpulang kepada anda sama ada untuk menurun muatkan dari Internet atau membeli dari pengeluar.
2.6 SIFAT ASAS LINUX Setiap pecahan Linux akan datang dengan sebuah isirung (kernel) yang sebenarnya merupakan elemen terpenting dalam sistem operasi anda. Isirung (kernel) akan melakukan semua panggilan sistem Linux dan POSIX dibekalkan. Semua pecahan Linux hanya akan membekalkan isirung (kernel) yang bernombor genap sahaja di dalam versi mereka (contohnya 2.2, 2.4 dan 2.4), manakala isirung (kernel) yang bernombor ganjil pula merujuk kepada isirung (kernel) pembangunan dan mungkin tidak stabil (contohnya 2.1,2.3 dan 2.5). Selain mempunyai isirung (kernel) yang sama (cuma versi yang berlainan) semua pecahan Linux turut mempunyai beberapa persamaan pakej asas seperti di bawah:
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
2.7 LINUX, LINUX, dan LINUX LAGI 2.7.1 Perbandingan Aplikasi Linux dan Microsoft Windows
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
2.7.2 Informasi Am
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
2.7.4 URL Pecahan dan Perisian Berguna Untuk Linux
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
PELAJARAN 3 : PEMUATAN DAN KONFIGURASI MUKADIMAH: Dalam pelajaran ini anda akan diperkenalkan kepada proses instalasi Linux dan seterusnya membimbing anda untuk menghabiskan proses instalasi dengan menggunakan cakera padat (CD-ROM). Selain itu anda juga akan diberikan prosedur-prosedur am selepas proses instalasi serta mencipta akaun pengguna (user account) yang lain. Anda juga akan diberikan peluang mencuba beberapa arahan khas untuk penutupan sistem dan mendapatkan bantuan secara terus.
OBJEKTIF : 1. Mengenali kaedah dan prosedur instalasi dalam SLES 9 menggunakan Yast. 2. Mengetahui prosedur persediaan sebelum proses instalasi 3. Mengetahui kaedah mengubah sekatan dengan fips 4. Meneruskan proses instalasi dengan menggunakan cakera padat (CD-ROM) 5. Mengetahui prosedur selepas instalasi 6. Mengetahui kaedah mencipta akuan pengguna 7. Mengetahui kaedah mendapatkan bantuan dari sistem 8. Mengetahui kepelbagaian kaedah menutup sistem dan menghidupkannya semula
3 PROSES MENGINSTALASI 3.1 PENGENALAN Bahagian ini disiapkan untuk membimbing pembaca secara langkah demi langkah dalam proses pemuatan SLES 9 secara grafik menggunakan pemacu cakera padat (CD-ROM drive). Di samping itu penulis juga ada menyentuh secara ringkas kepada beberapa kaedah lain selain pemuatan dari pemacu cakera padat (CD-ROM drive). Namun yang demikian sebagai
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan pengguna baru dan pemuatan untuk sebuah mesin sahaja, kaedah pemuatan dari pemacu cakera padat (CD-ROM drive) merupakan pemilihan terbaik dan efisien. Penulis mencadangkan agar anda membaca keseluruhan bahagian ini terlebih dahulu sebelum mula melakukan pemuatan. Berdasarkan pengalaman sewaktu mula berjinak-jinak dengan Linux, penulis banyak melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan semata-mata kerana tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan bersikap terburu-buru. Selepas peserta menyelesaikan bab ini, para pembaca seharusnya dapat melakukan pemuatan SLES 9 pada mesin Intel 80x86 dengan yakin dan berpengetahuan. Di samping itu para peserta juga seharusnya peka dan mampu untuk melakukan pemuatan pecahan Linux lain secara amnya.
3.2 PERSEDIAAN MENGINSTALASI Hidup tanpa persediaan adalah sia-sia. Dalam apa hal sekalipun kita seharusnya bersedia untuk menghadapi kemungkinan masalah yang akan timbul di kemudian hari. Keupayaan dalam menangani masalah akan membezakan seseorang individu. Hal yang sama juga boleh diadaptasikan apabila kita melakukan pemuatan Linux. Anda tentu tidak mahu melakukan kesilapan kecil yang menyebabkan anda terpaksa melakukan proses pemuatan ini dari mula berulang-ulang kali. Oleh itu satu kaedah yang betul dan tepat ialah dengan mengumpulkan seberapa banyak maklumat berkenaan sistem perkakasan anda terlebih dahulu. Adalah menjadi tabiat yang elok jika anda membaca panduan yang diberikan oleh pembekal terlebih dahulu ataupun membuka sarung CPU untuk melihat perkakasan anda dengan lebih dekat. Sentiasa pastikan anda mematuhi peraturan anti-statik dan mengenakan kaedah yang betul sewaktu melakukannya. - Cakera Pastikan anda mengetahui jumlah sebenar saiz HDD anda (dalam Mbyte) dan bilangan silinder HDD tersebut. Sekiranya anda mempunyai lebih dari satu HDD, pastikan anda mengetahui yang mana merupakan Master dan slave. Kaedah melabel adalah satu praktis yang baik sekiranya anda mempunyai lebih dari satu HDD yang sama saiz dan model pengeluar.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan - Memori Jumlah memori RAM anda (contohnya 64Mb, 512 Mb) - Pemacu Cakera Padat (CD-ROM drive) Jenis antara muka (IDE atau SCSI) - Tetikus Jenis penyambung tetikus anda adalah penting seperti PS/2 atau serial. Jika serial, di port manakah ianya diletakkan. Bilangan butang yang ada pada tetikus anda juga adalah penting. Mempunyai tetikus 3 butang memberikan kelebihan dalam menggunakan aplikasi X Windows. - Video Model pengeluar, cip video dan jumlah video RAM yang anda ada.
- Monitor Model pengeluar, frekuensi monitor dan nisbah kebolehan kadar segar semula secara melintang dan menegak. Biasanya maklumat ini dapat diperolehi dari label di belakang monitor anda. - Kad Ethernet Pengeluar dan model cip (contohnya Dlink DFE-538TX 10/100 Adapter), anda juga seharusnya mengetahui alamat MAC terutamanya jika anda memerlukan sistem “boot” (booting sistem) dari rangkaian. Alamat MAC ini dapat diperolehi dengan cara melihat kepada label di NIC tersebut, alamat MAC ini terdiri dari 12 oktet (48bit) contohnya 00:08:0D:CC:E5:33, tiga bahagian pertama oktet ini mewakili informasi pengeluar dan keseluruhannya mewakili alamat perkakasan NIC tersebut. Mengetahui alamat IP perumah, alamat IP penghala, netmask dan alamat IP pelayan nama juga adalah perlu jika anda bercadang untuk menyambungkan PC anda ke rangkaian setempat (LAN) anda. Merujuk
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan kepada pengendali sistem merupakan perkara bijak yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan berkenaan rangkaian setempat anda. - Pencetak (printer) Model pengeluar dan port di mana ia disambungkan (kebiasaannya LPT1). Jika anda menggunakan pencetak (printer) rangkaian, pastikan anda tahu alamat IP atau DNS serta protokol yang disokong oleh pencetak (printer) tersebut. - Modem Model pengeluar, kelajuan maksimum, dan port di mana ia disambungkan (sekiranya modem luaran) Beberapa peralatan tambahan seperti alat pengimbas, CDR dan kad TV juga serasi dengan Linux. Namun anda tetap dinasihatkan supaya memastikan keserasiannya dengan Linux melalui Senarai Keserasian yang boleh diperolehi dari tapak web SuSE.
Secara amnya, anda perlu mempunyai ruang yang cukup untuk isirung (kernel) Linux anda dan perisian aplikasi yang anda ingini. Kebanyakan pengguna akan melakukan salah satu dari 3 keadaan di bawah ini: 1. Linux merupakan satu-satunya sistem operasi yang ada di dalam cakera anda. 2. Linux dan satu atau lebih sistem operasi di dalam cakera yang sama. 3. Linux dan sistem operasi lain berada di dalam cakera yang berlainan tetapi masih dalam satu sistem yang sama. Sekiranya anda melakukan pilihan kedua iaitu Linux dan sistem operasi lain berada di dalam cakera yang sama, anda perlu memastikan cakera anda telah dipecahkan kepada pecahan yang secukupnya. Jika tidak anda perlu membuat perubahan ke atasnya.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
3.3 KAEDAH MENGINSTALASI MENGGUNAKAN YaST
Perbandingan Kaedah Muat yang dibenarkan Masukkan CD SLES 9 yang pertama ke dalam CD-Drive. Kemudian reboot komputer anda untuk memulakan Instasi program.
Skrin Boot
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan Boot skrin akan menunjukkan beberapa pilihan intuk memulakan prosedur instalasi. Pilih salah satu pilihan yang diberikan. 1- Installation – Ini ialah Installation secara normal. Semua fungsi perkakasan modem adalah dibenarkan. 2- Installation – ACPI Disabled boleh dipilih jika pemilihan pada normal Installation tidak berjaya. 3- Installation – Safe Settings ialah boot sistem dengan DMA mode (untuk CD ROM). Pilihan ini di cadangkan kepada mereka yang mahir sahaja dengan menggunakan arahan-arahan pada shell untuk memasuki atau tukar kernel parameter.
License Agreement Baca dan klik pada I Agree untuk meneruskan instalasi.
SLES 9 License Agreement Pemilihan Bahasa Yast dan SLES 9 umumnya boleh dikonfigurasikan dengan menggunakan pelbagai bahasa yang di pilih oleh anda. Pemilihan bahasa tersebut juga akan di gunakan pada papan kekunci anda. Jika tetikus tidak boleh digunakan, pilih bahasa menggunakan kekunci anak panah dan tekan ‘Tab’ sehingga ‘Accept’ diterima. Kemudian tekan ‘Enter’ untuk mengesahkan bahasa pilihan.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Pemilihan Bahasa
Installation Mode Pilih ‘New Installation’ ataupun ‘update an existing system’. Menaiktaraf (update) hanya dibenarkan jika SLES 9 sudah di instalkan di dalam komputer anda.
Pemilihan Installation Mod
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan Penetapan Instalasi (Installation Settings) 1) Klik pada ‘Mode’ dan pilih New Installation.
Penetapan Instalasi 2) Keyboard Layout – Klik pada Keyboard Layout dan pilih pilihan keyboard anda. Dengan keaadaan tersedia, pemilihan keyboard telah ditentukan iaitu English (US) 3) Tetikus (Mouse) – Jika YaST gagal untuk mengesan tetikus secara automatik, klik pada Mouse dan pilih pilihan tetikus anda. Selepas memilih jenis tetikus, gunakan Alt + T untuk mencuba adakah peralatan itu berfungsi ataupun tidak sebelum membuat pemilihan yang tetap. 4) Pembahagian(Partioning) – Kebiasaannya SLES 9 akan melakukan instalasi yang baru ataupun dual boot. Instalasi yang baru akan melakukan pembahagian secara automatik. Tetapi jika anda hendak melakukan pembahagian secara manual, anda hendaklah memilih pada ‘change’ di paparan dan pilih pembahagian. Kemudian anda hendaklah mencipta pembahagian baru dengan menggunakan keseluruhan cakera. 5) Kotak cadangan pembahagian akan dipaparkan. Jika anda sudah membuat pilihan dan hanya mahu SLES 9 didalam sistem anda, klik pada ‘create custom partion setup’ tetapi jika anda
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan mahu OS lain juga berada dalam sistem anda plih pada ‘Accept proposal as-is’ kemudian pilih NEXT untuk meneruskan pembahagian anda.
Cadangan Pembahagian 6) Pada peringkat ini, anda boleh melakukan pembahagian sendiri jika memilih ‘custom partioning’ tetapi anda dinasihatkan dengan memilih cakera keras yang sistem anda mengesan dengan sendirinya. Tandakan pada cakera keras tersebut dan klik pada NEXT untuk meneruskan proses anda.
Pemilihan Hard Disk
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan 7) Untuk membenarkan instalasi pada cakera anda dilakukan dengan automatik, pilih pada use entire hard disk dan klik NEXT. • Keperluan Ruang Kosong Æ YaST mencadangkan perangcangan pembahagian dengan ruang kosong yang mencukupi. Jika anda mahu membina pembahagian sendiri, ikut candangan-cadangan di bawah ini. Minimum Sistem : 500 MB (tiada antaramuka grafik hanya aplikasi tertentu serta pilihan-pilihan asas sahaja dibenarkan untuk diinstalasikan) Minimum Sistem dengan Antaramuka Grafik : 700MB (termasuk X-Window Sistem dan sedikit aplikasi) Sistem Tersedia : 2.5 GB (termasuk KDE atau GNOME dan lain-lain
lagi.
Pembahagian yang di buat bergantung kepada ruang kosong yang ada) • Pembahagian Windows Æ Jika hard disk mengandungi pembahagian windows FAT atau NTFS yang dipilh sebagai target Instalasi, YaST menawarkan untuk membuang ataupun mengundurkan pembahagian ini. Dan ini membolehkan anda mengistalasikan SLES 9 walaupun tiada ruang yang mencukupi di dalam hard disk. Pilih ‘shrink windows partion’ dan klik NEXT. Jika anda memilih ‘delete windows completely’ sistem akan membuang windows anda.
Æ Selepas pembahagian diperiksa, YaST akan memaparkan kotak dialog dengan cadangan untuk mengubah saiz pembahagian windows. Graf yang pertama menunjukkan ruang di
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan dalam disk yang telah digunakan oleh windows dan ruang kosong yang masih belum di gunakan lagi. Manakala graf
yang kedua menunjukkan berapa banyak ruang yang
tinggal selepas membuat pengubahan saiz. Kemudian klik NEXT dan semua penetapan yang telah di buat disimpan dan anda akan kembali ke dialog sebelumnya.
Mengubah pembahagian windows 8) Perisian – Didalam SLES 9 mengandungi pelbagai aplikasi yang boleh anda installkan. Didalam YaST mempunyai 3 jenis sistem untuk mengistalasikan aplikasi-aplikasi iaitu : • Minimal System – Termasuk OS dengan pelbagai servis, tetapi tidak termasuk dengan antaramuka pengguna grafik. Mesin hanya boleh beroperasi menggunakan ASCII. Jenis sistem ini sesuai untk server. • Minimal Graphical System – Sistem ini tidak termasuk dengan KDE ataupun GNOME. Bagi yang mempunyai ruang kosong yang sedikit, bolehlah menggunakan sistem ini. Sistem ini hanya mengandungi ‘basic window manager’ sahaja. • Default System with KDE– Termasuk KDE desktop, KDE program dan semua program. • Full Installation (recommended)
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Kotak pemilihan perisian akan dipaparkan dan pilih sistem yang anda hendak install di dalam komputer anda. Jika anda ingin menambah lebih banyak perisian, klik pada ‘change’ dan pilih perisian tersebut. 9) Konfigurasi Boot – Semasa instalasi, YaST mencadangkan konfigurasi boot untuk sistem anda. Untuk menukar konfigurasi boot yang dicadangkan YaST, pilih ‘Booting’ untuk membuka kotak dialog untuk menukar butir-butir mekanisma boot. 10) Zone Masa – Pilih diantara Local Time and UTC dibawah ‘Hardware clock set to’. Kemudian klik pada Accept
Memilih zon masa 11) Skrin ini ialah untuk anda membuat perubahan dalam penetapan instalasi anda sebelum memulakan instalasi.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
12) Melancarkan Instalasi – Instalasi akan mengambil masa dalam 15 atau 30 minit bergantung sistem pilihan dan perisian yang dipilih.
Apabila sudah selesai dalam menginstalasi sistem dan semua pakej dan perisian yang dipilih, hendaklah mencipta kata laluan untuk Sistem Administrator (pengguna root). Anda juga boleh mencipta internet access dan network connection dan yang terakhir sekali ialah konfigurasi pada alatan perkakasan pada mesin. 13) Root Password - Root ialah nama pengguna yang boleh mengawal sistem. Ia sama dengan Administrator di dalam Microsoft Windows. Ada sesetengah pengguna tidak boleh memasuki sesuatu sistem melainkan root sahaja. jikalau pengguna lain mempunyai masalah, root boleh membantu contohnya jika pengguna terlupa kata laluannya, root boleh menyelesaikannya. Akaun root hanya boleh digunakan oleh sistem administrator sahaja. anda tidak boleh terlupa kata laluan bagi root. Sekali terlupa anda tidak dapat masuk sebagai root.
Penetapan untuk kata laluan bagi root 14) Selepas memasukkan kata laluan anda hendaklah klik pada ‘expert option’ untuk meneruskan instalasi.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
15) Pada skrin yang dipaparkan pilih pada MD5 dan klik OK kemudian NEXT untuk menyambung instalasi.
16) Sekarang pilihan untuk konfigurasi rangkaian. Pilih ‘use following configuration’ dan klik pada NEXT seperti dalam gambarajah.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan Konfigurasi Rangkaian
17) Gambarajah dibawah menunjukkan cubaan untuk penyambungan internet. Pilih Yes dan klik NEXT.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
18) Seperti gambarajah dibawah pilih pada ‘local’ dan klik NEXT.
19) Masukkan data untuk memasuki mesin anda seperti contoh yang ditunjuk dibawah dan klik NEXT.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
20) Anda diminta membaca ‘release notes’ yang dipaparkan kerana ia mengandungi maklumat tentang SLES 9. Kemudian klik NEXT.
21) Sekarang, kad grafik, kad bunyi dan monitor akan dikesan dengan automatik, anda diminta klik pada NEXT.
Konfigurasi Perkakasan 22) Mesej Congratulation akan dipaparkan dan klik pada FINISH untuk mengakhiri instalasi anda.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
3.4 PROSEDUR SELEPAS PEMUATAN Selepas anda menyudahkan proses pemuatan Linux anda, sistem anda akan di”reboot” dan tunggu sehingga ia selesai. Log masuk (login) sebagai “root” dan mulakan eksplorasi ke dalam sistem tersebut. Langkah pertama yang perlu kita buat ialah mengemaskinikan beberapa penetapan.
3.5 MENCIPTA AKAUN PENGGUNA LAIN Setiap kali Linux telah siap dimuatkan di dalam sistem anda, terdapat beberapa akaun terbina sendiri yang sebahagian besarnya wajib hadir dalam sistem anda. Contohnya akaun “root” tidak boleh dibuang dan diperlukan untuk kelebihan sebagai pengendali sistem. Namun anda tidak digalakkan untuk menggunakan akaun ini walaupun anda layak berbuat demikian. Hal ini adalah kerana dikhuatiri anda akan merosakkan sistem tersebut secara tidak sengaja. Ini selalu berlaku kepada sesiapa sahaja walaupun penggunanya merupakan pengguna berpengalaman. Selain itu kaedah ini juga dapat mempertingkatkan sekuriti sistem anda. Oleh itu biasakanlah log masuk (login) sebagai pengguna biasa. Kebanyakan pecahan Linux telah pun menyediakan skrip untuk penambahan pengguna sistem. Antara program yang biasa digunakan ialah useradd dan adduser. Contohnya, anda boleh menambah akaun pengguna iena yang mempunyai kata kunci (password) dengan arahan seperti di bawah: # adduser linux -p passw0rd Anda juga boleh mengubah kata laluan akaun (account password) nama pengguna dengan melarikan arahan: # passwd <username> Nota : <username> adalah nama pengguna anda
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Memasuki sistem
3.5.1 Kemas kini Pangkalan data Fail Linux mempunyai pangkalan data terbina dalam yang dikenali sebagai slocate. Kehadiran pangkalan data ini memberikan banyak kelebihan kepada pengguna Linux terutamanya dalam mencari fail atau lipatan. Anda boleh mengemaskinikan pangkalan data tersebut dengan melarikan arahan # updatedb Untuk menggunakan kelebihan pencarian fail yang dimaksudkan anda bolehlah melarikan arahan seperti sintaks berikut: # locate
Muslihat penggunanya ialah pastikan anda selalu melarikan arahan ini, walaupun sebenarnya arahan ini akan dijalankan secara automatik setiap hari melalui aplikasi “cron”.
3.6 MENDAPAT TALIAN BANTUAN (Online Help) Budaya suka membaca dan berbincang adalah amat penting dalam Linux. Oleh itu Linux telah menyediakan halaman panduan yang dipanggil man. Setiap masa jika anda memerlukan
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan bantuan atau ingin mengetahui lebih mendalam berkenaan sesuatu konsep dalam Linux bolehlah anda melarikan arahan seperti di bawah: # makewhatis # man -k <subjek yang dikehendaki> Kemudian pilihlah dari pilihan subjek yang tepat dan contohnya anda ingin mengetahui lebih mendalam berkenaan kata laluan, oleh itu larikan arahan seperti di bawah: # man password Sebaik sahaja anda melarikan arahan tersebut anda akan diberikan sebuah halaman informasi berkenaan password. Halaman man ini dibahagikan kepada beberapa seksyen seperti panggilan sistem, fungsi perpustakaan, format fail konfigurasi dan dalaman isirung (kernel).
3.7 PENUTUPAN SISTEM Anda tidak seharusnya but semula atau menutup sistem tanpa melalui kaedah yang sah dan betul. Seperti sistem Unix yang lain, Linux akan menyembunyikan data di lipatan sementara dan memori sebelum menulisnya kepada cakera, oleh itu sebarang tindakan yang menyebabkan sistem tidak ditutup dengan kaedah yang betul akan menyebabkan kehilangan atau kerosakan data yang serius. Dalam sistem Linux, jika anda menekan butang CTRL+ALT+DEL serentak akan menyebabkan memerangkap isirung (kernel) untuk memulakan proses penutupan secara selamat. Namun ada banyak kaedah lain untuk membolehkan sistem anda ditutup dengan selamat. Contohnya jika anda ingin menutup sistem dengan pantas anda boleh larikan arahan seperti di bawah melalui akaun “root" # shutdown -r now # shutdown -h now atau # init 6
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan # init 0 atau # reboot # poweroff Kesemua arahan ini akan membolehkan sistem Linux anda ditutup terus atau boot semula. Halaman ‘man’ akan memberikan anda opsyen-opsyen lain yang boleh anda gunakan dalam sistem Linux, seperti memberikan sela masa sebelum penutupan mahupun memberikan amaran kepada semua pengguna sistem sebelum penutupan.
PELAJARAN 4 : PELAYARAN & ARAHAN MUKADIMAH: Dalam pelajaran ini, anda akan diperkenalkan kepada beberapa arahan asas shell. Keselesaan dalam menggunakan shell adalah amat penting dalam Linux kerana ia memainkan peranan utama dalam penyelenggaraan dan penentuan ketetapan sistem (Sistem Setting) Linux.
OBJEKTIF : 1. Mengetahui kepenggunaan arahan cd 2. Mengetahui kepenggunaan arahan pwd 3. Mengetahui kepenggunaan arahan ls 4. Mengetahui kepenggunaan arahan cat 5. Mengetahui kepenggunaan arahan more 6. Mengetahui kepenggunaan arahan less
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan 7. Mengetahui kepenggunaan arahan find 8. Mengetahui kepenggunaan arahan whereis 9. Mengetahui kepenggunaan arahan locate 10. Mengetahui kepenggunaan arahan apropos 11. Mengetahui kepenggunaan arahan whatis 12. Mengetahui kepenggunaan arahan man 13. Mengetahui arahan asas berkenaan sistem dan kegunaannya
4 PELAYARAN SISTEM FAIL Buku ini ditulis untuk pembaca yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai Linux. Tidak dinafikan dengan versi KDE yang baru sistem Linux kini telah menjadi sistem yang lebih serasi kepenggunaan, namun anda tetap perlu memahami beberapa perkara asas seperti struktur hierarki direktori dalam Linux dan konsep pengguna dalam Linux. Pemahaman mengenai konsep-konsep berkenaan akan memudahkan anda untuk bergerak di dalam sistem anda tanpa ragu-ragu. Linux merupakan suatu sistem operasi yang mampu mengendalikan permintaan lebih dari satu pengguna dalam sesuatu masa secara serentak melalui sambungan rangkaian setempat dan berselerak selain penggunaan terminal maya di konsol. Linux memerlukan anda untuk menyatakan keempunyaan diri anda melalui nama laluan dan kunci laluan yang betul. Kedua-dua elemen ini merupakan diperlukan untuk mencapai akaun anda di dalam sesuatu komputer. Oleh kerana hanya anda sahaja yang mengetahui kunci laluan anda, tiada pengguna lain yang boleh memasuki sistem tersebut dengan menggunakan nama laluan anda. Biasanya pengguna akan memilih nama laluan berdasarkan nama mereka, oleh itu jika nama anda Haslina, maka anda mungkin akan memilih iena sebagai nama laluan. Setiap akaun akan mempunyai lipatan perumah (home directory) tersendiri untuk pengguna meletakkan failnya. Linux mempunyai sistem sekuriti terbina yang memastikan setiap pengguna hanya mempunyai kuasa untuk mengubah ketetapan (setting) dan perubahan fail serta lipatannya (directory) pada kedudukan lipatan perumah (home directory) mereka sendiri sahaja. Keadaan ini membolehkan setiap pengguna mempunyai akaun sendiri tanpa menjejaskan pengguna lain dalam sistem yang sama. Dalam Linux terdapat sistem akaun mutlak yang mempunyai kuasa
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan agung iaitu pengguna root. Akaun ini akan mampu mengubah apa sahaja penetapan, membuat akaun pengguna bahkan menggugurkan akaun pengguna lain. Pemuatan aplikasi juga perlu dilakukan melalui pengguna ini. Biasanya akaun ini diberikan kepada pengendali sistem tersebut.
4.1 MENGUBAH KEDUDUKAN MELALUI ARAHAN cd Arahan cd merupakan arahan asas yang digunakan bagi membolehkan pengguna untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain di dalam sistem Linux. Pengguna akan berada di lipatan perumah (home direktory) selepas mereka log masuk (login) ke dalam sistem Linux. Nama direktori itu bermula dengan /home dan diikuti dengan akaun pengguna. Sebagai seorang pengguna Linux anda boleh berhijrah ke direktori lain hanya dengan menggunakan arahan dan diikuti dengan pathname. Sebagai contoh anda boleh berpindah ke /usr/bin direktori dengan menggunakan arahan: # cd /usr/bin dari direktori itu untuk berpindah ke /usr direktori anda boleh menggunakan arahan: # cd .. atau semasa anda berada di direktori /usr/bin,anda boleh maju 2 langkah ke atas sehingga root direktori dengan menggunakan arahan: # cd ../.. Pada bila-bila masa, anda boleh kembali ke home direktori dengan arahan: # cd atau # cd ~
4.2 MENGETAHUI KEDUDUKAN MELALUI ARAHAN pwd
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Dengan menggunakan arahan pwd anda boleh mengetahui di mana anda berada di dalam sistem dan arahan itu juga membolehkan anda untuk mencetak direktori yang sedang anda gunakan secara aktif. Seperti contoh semasa anda larikan arahan seperti di bawah: # cd /usr/bin dan taip: # pwd anda akan dapat melihat: /usr/bin Ada kemungkinan pwd yang anda gunakan itu berasal dari arahan terbina dalam shell. Anda akan mendapat satu mesej ralat jika anda menggunakan arahan: # pwd –help Arahan yang sepatutnya digunakan adalah: # /bin/pwd –help Arahan pwd di atas dilarikan pwd dari direktori /bin dan bukan pwd yang sedia ada di dalam shell.
4.3 PENYENARAIAN DIREKTORI DENGAN ARAHAN ls Arahan ls merupakan salah satu program yang mempunyai penggunaan yang sangat tinggi. Ia boleh digunakan untuk "list out" fail-fail dan sub-direktori di dalam sistem.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Penyenaraian direktori dengan arahan “ls” Anda juga boleh senaraikan fail-fail di dalam satu baris diasingkan dengan koma, menggunakan pilihan -m # ls –m
Penyenaraian direktori dengan arahan “ls –m” Jika anda inginkan fail-fail untuk disusun secara mendatar,gunakan pilihan -x: # ls -x
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan Penyenaraian direktori dengan arahan “ls –x” Jika anda ingin menyenaraikan kesemua fail-fail dan sub-direktori di direktori semasa termasuk fail tersembunyi, anda boleh pilihan -a seperti berikut: # ls –a Jika anda ingin mengetahui lebih banyak mengenai direktori semasa, saiz fail, pemilik fail dan sebagainya,anda boleh menggunakan arahan: # ls –l Arahan ls boleh digunakan untuk melihat isi kandungan direktori lain dengan menentukan direktori atau "pathname" di arahan shell. Sebagai contoh, untuk melihat kesemua fail-fail di /usr/bin direktori, anda boleh menggunakan arahan yang berikut: # ls /usr/bin Jika anda ingin mencari hanya fail ekstensi .txt, anda boleh menggunakan arahan berikut: # ls *.txt Dari sini jika anda ingin melihat keseluruhan fail-fail di dalam sistem,anda boleh menggunakan ls-R. Ini akan membolehkan sistem untuk memaparkan keseluruhan isi kandungan. Proses ini mungkin akan mengambil beberapa saat.
4.4 MEMAPARKAN KANDUNGAN DAN MENGGABUNGKAN FAIL DENGAN cat Anda boleh menggunakan cat (concatenate) arahan untuk membolehkan isi kandungan fail-fail dipaparkan di kaca monitor. Anda juga boleh menggunakan arahan ini untuk menghantar satu isi kandungan fail kepada fail yang lain dengan menggunakan output “redirector operator" contohnya ">" atau ">>". Kami akan menunjukkan beberapa kegunaan arahan asas cat yang sangat berguna apabila ia digunakan untuk membaca fail-fail pendek, ia juga boleh digunakan untuk menyambung, membina, tulis ganti atau menambah kandungan fail-fail. Untuk melihat kandungan fail-fail ringkas (short file), anda boleh menggunakan arahan seperti berikut:
# cat test.txt
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Melihat kandungan fail dengan arahan “cat” Terdapat beberapa pilihan untuk menggunakan arahan cat. Untuk melihat fail-fail dalam turutan mengikut nombor,anda boleh menggunakan pilihan -n seperti yang ditunjukkan di bawah:
# cat -n test.txt Anda juga boleh menggunakan cat untuk melihat beberapa fail dalam satu masa, kerana ia menerima "wildcards". Contoh penggunaan "wilcard" * adalah seperti tertera di bawah: # cat -n test* cat juga boleh digunakan dengan "redirect operator" (>) untuk menggabungkan fail-fail. Katakan anda ingin gabungkan test.txt dan test2.txt,anda boleh menggunakan : # cat test* > test3.txt Selain daripada itu,anda juga boleh mencuba menggunakan arahan seperti: # ls - test* # cat test.txt >> test2.txt # cat test2.txt # cat -n test.txt >> test2.txt # cat -test2.txt
4.5 MEMBACA FAIL DENGAN more
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan Arahan more merupakan salah satu arahan daripada keluarga Linux yang dipanggil "pagers". "Pagers" membolehkan anda untuk melayari fail-fail dan membacanya "screen by screen" atau "line at a time". more merupakan alat kelui (pager) tradisional yang memberi ciri-ciri alat kelui (pagers) yang awal. Salah satu penggunaan arahan more adalah seperti berikut: # more longlife.txt Jika anda memerlukan bantuan (Help), tekan H. Anda juga boleh memberikan arahan lain semasa menggunakan more, ini boleh dibuat dengan menggunakan tanda seruan (!). Adalah mudah untuk membaca fail teks paparan demi paparan (text file screen by screen), ini boleh dilakukan dengan menekan langkauan (spacebar) dan untuk undur ke belakang tekan "B". more juga mempunyai beberapa "arahan-line options". Sebagai seorang pengguna, anda boleh "customise" skrin prom, menentukan saiz, menggunakan "multiple filename" atau "wildcard" dan sebagainya.
4.6 MEMBACA FAIL DENGAN less Arahan less adalah lebih kurang sama dengan more. Ia merupakan salah satu daripada arahan "pager". Kelebihan less jika dibandingkan kepada more adalah seperti berikut: -
Pengguna boleh pergi ke hadapan dan ke belakang ketika menggunakan fail teks dengan bantuan kekunci anak panah (cursor).
-
Pengguna boleh menggemudi sebahagian daripada file dengan menyatakan "bookmarks", "line numbers" atau peratusan dari fail yang hendak dikemudikan.
-
Arahan less tidak akan "quit" sekiranya anda sudah sampai kepada penghujung fail.
-
Pengguna mempunyai pilihan untuk melakukan pencarian kompleks, "pattern option" dan "highlighting" melalui beberapa fail
-
Arahan less juga memberikan kepelbagaian pilihan,ini termasuk "key setup program" lesskey ini membolehkan anda untuk "customise key to control less arahan".
-
"Keystrokes" adalah sesuai digunakan dengan program "word processing" seperti emacs.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan -
Prom maklumat terletak pada dasar screen, ia mudah untuk "dicustomkan" dan juga ia mempunyai banyak maklumat.
-
Semasa proses pemuatan Linux, less merupakan "default pager" yang digunakan oleh beberapa program seperti man arahan.
4.7 MENCARI FAIL DENGAN find Arahan find merupakan satu utiliti yang sangat berkuasa yang membolehkan anda untuk mencari fail-fail di dalam cakera anda. Katakan anda ingin mencari ispell arahan dalam /usr direktori,anda boleh menggunakan: # find /usr -name ispell –print Anda juga boleh mencari fail-fail mengikut tarikh atau menggunakan "time period". Sebagai contoh, katakan anda ingin mencari program di /usr/bin direktori yang anda tidak guna lebih daripada 50 hari. Arahannya adalah seperti berikut: # find /usr/bin -type f -atime +50 –print Pilihan –a time yang diikuti dengan bilangan hari Pilihan –m time yang diikuti dengan bilangan hari mencari fail yang telah diubah suai. Sebagai contoh,anda ingin mencari fail yang telah diubah suai di dalam tempoh 24 jam yang lalu. Arahannya adalah seperti berikut: # find /usr/bin -type f -mtime -1 –print Arahan find juga boleh menerima "wildcards" di dalam "search strings". Contohnya, anda boleh menggunakan find untuk menunjukkan kesemua "PostScript" fail didalam /usr direktori. Arahannya seperti: # find /usr -name ' *.ps' –print Satu lagi kegunaan find ialah -xdev. Ia membolehkan carian dibuat di dalam lingkungan fail semasa. Tanpa -xdev, find akan mencari keseluruhan cakera dan juga CAKERA PADAT (CDROM). Ini akan memperlahankan proses pencarian dan kemungkinan akan mencari fail yang tidak berkenaan. Dengan menggunakan -xdev anda boleh hadkan pencarian kepada hanya
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan pecahan Windows. Untuk mencari kesemua fail yang berakhir dengan .sys di dalam "mounted Windows Partition" di dalam /mnt/dos direktori, anda boleh gunakan arahan yang berikutnya: # find /mnt/dos -name *.sys –print - xdev
4.8 MENCARI FAIL SISTEM DENGAN whereis Sebagai tambahan kepada arahan find, terdapat satu lagi cara untuk mencari fail-fail sistem secara pantas. Arahan whereis dengan pantas mencari fail-fail dan menunjukkan fail binari, fail sumber dan manual. Sebagai contoh : # whereis find find:/usr/bin/find/usr/lib/find/usr/man/find.1.gz sebagai seorang pengguna anda mungkin menggunakan whereis untuk hanya mencari halaman man (manual) daripada program: #whereis -m find find: /usr/man/man1/find.1.gz Jikalau whereis tidak dapat mencari apa yang anda kehendaki, anda akan mendapat kembali "string" seperti berikut: #whereis foo foo:
4.9 MENCARI FAIL DENGAN locate Arahan locate merupakan arahan yang lebih cepat daripada whereis. Ia menggunakan pangkalan data yang dinamakan slocate berdasarkan inode setiap fail. Ia menjimatkan masa kerana ia mencari hanya satu pangkalan data sahaja. Ia akan pergi terus kepada pangkalan data slocate dan mencari fail yang dikehendaki. Contoh Arahan: # locate *.ps
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Fail-fail akan dipaparkan di skrin. Ia berfungsi lebih pantas dari find dan whereis, tetapi ia memerlukan pangkalan data untuk semua fail-fail yang ada di sistem. Selepas pemuatan Linux, pangkalan data slocate dibina di direktori /var/run. Untuk menghasilkan versi terbaru slocate, anda harus menggunakan arahan updatedb seperti di bawah. Sebelum itu anda harus "login" sebagai “root operator”. # updatedb Proses ini mungkin akan mengambil beberapa minit. Gunakan man locate untuk mendapatkan bantuan menggunakan locate.
4.10 MENCARI FAIL DENGAN apropos Arahan ini membolehkan anda untuk mencari fail yang mengandungi perkataan, di mana anda mungkin telah lupa nama fail ataupun lokasi fail. # apropos search Anda akan menerima "list" program daripada pangkalan data whatis di skrin. Arahan apropos menggunakan pangkalan data untuk mencari kata kunci yang telah anda masukkan.
4.11 MENDAPATKAN BANTUAN DENGAN whatis Arahan ini membolehkan anda untuk mengetahui secara pantas akan kebolehan sesuatu program dengan memaparkan sinopsis program itu yang diambilnya dari halaman manual. Contoh; anda boleh mencari kegunaan arahan who dengan menggunakan : # whatis who
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan Skrin akan memaparkan seperti berikut: who(1) -show who is logged on Anda mungkin terpaksa mengemaskinikan arahan pangkalan data dengan menggunakan arahan makewhatis, ia boleh di dapati di /usr/sbin direktori. anda harus log masuk (login) sebagai “root”. # makewhatis
4.12 MENDAPATKAN BANTUAN DENGAN man Kesemua pecahan Linux datang dengan manual yang mengandungi informasi mengenai program, utiliti, arahan dan program sistem. Dengan menggunakan man anda boleh mencetak halaman manual untuk mendapatkan arahan, file. Sebagai contoh anda boleh membaca lebih banyak mengenai man melalui beberapa arahan. # man man Arahan ini akan menghantar halaman manual terus kepada skrin. anda terpaksa menggunakan "less pager" untuk "scroll" isi kandungannya. Ingat halaman manual merupakan fail "text" yang di tulis menggunakan format-format yang tertentu. Untuk membaca format halaman, gunakan pilihan "section" yang di dapati di /usr/man/man7 seperti yang di tunjuk di bawah # man 7 man Halaman manual dan dokumentasi boleh di dapati di /usr/man. Rujukan 5.1 menunjukkan seksyen halaman man
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Fail dari setiap halaman manual dinamakan dengan sambungan satu digit dan akan di simpan di sub-direktori /usr/man. Halaman manual untuk Red Hat Linux arahan akan disalin kepada cakera komputer semasa proses pemuatan. Anda juga boleh mendapatkan maklumat terperinci mengenai dokumentasi Linux arahan di direktori /usr/doc. Di situ juga terdapat FAQ (Frequently Asked Questios), Dokumentasi How-To, Dokumentasi HTML dan sebagainya.
4.13 KUMPULAN ARAHAN LINUX Kesemua arahan yang telah dikumpulkan ini merupakan arahan-arahan yang banyak digunakan di dalam Linux. Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih komprehensif anda dinasihati merujuk kepada halaman man.
4.13.1 Arahan Informasi Sistem
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
4.13.2 Arahan Berhubungan Fail
4.13.3 Arahan Akses
4.13.4 Arahan Proses
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
4.13.5 Arahan Penapis
4.13.6 Ubah Hala Input dan Output
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan 4.13.7 Aksara Khas
4.13.8 Arahan Pengurusan
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan 4.13.9 Alatan dan Arahan Rangkaian
4.13.10 Alatan Pemampat dan Arkib
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
PELAJARAN 5 : ASAS OPERASI CAKERA MUKADIMAH : Dalam pelajaran ini, anda akan diberikan pemahaman untuk menjalankan operasi cakera asas dalam Linux. Banyak konsep-konsep asas seperti membaca cakera padat (CD-ROM) dan cakera liut (Floppy Drive) diperkenalkan di sini. Ini merupakan asas penting dan pokok yang perlu dikuasai oleh semua pengguna Linux.
OBJEKTIF : 1. Memahami struktur cakera dalam Linux dan seterusnya mampu menyatakan kenapa lipatanlipatan tersebut hadir dalam sistem fail Linux 2. Mengetahui bagaimana proses membaca cakera keras dalam Linux 3. Mengetahui bagaimana proses membaca cakera liut dalam Linux 4. Mengetahui bagaimana proses membaca cakera padat (CD-ROM) dalam Linux
5 OPERASI CAKERA ASAS 5.1 MEMAHAMI STRUKTUR CAKERA LINUX Dalam persekitaran Microsoft Windows, kita sudah biasa dengan konsep ‘drive letters’ dan ‘logical and physical drives’. Walaupun cakera liut (floppy disk), cakera keras (hard disk) dan cakera padat (CD-ROM) adalah alat yang berbeza, jurutera perisian Microsoft telah menyediakan hampir sama ‘look-and-feel’ untuk alat storan ini. Walaupun perisian rangkaian Microsoft melanjutkan ‘look-and-feel’ itu, pengguna di situ boleh menyambungkan alat storan yang dilekatkan ke komputer yang berbeza dan masih menggunakan konsep yang sama bagi ‘drive letter’, mengandungi sub-direktori. Linux menyusun direktori dan fail dalam corak yang sangat biasa, kecuali direktori dan fail penting. Pertama sekali, seperti yang anda sudah baca, sistem operasi menggunakan forward slashes (\) untuk mewakilkan aksara istimewa (special
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan charactor) manakala Linux menggunakan back slashes (/) untuk mengasingkan fail dan direktori dan pembahagiannya. Kedua, tiada ‘drive letter’ di sana. Sebagai gantinya, setiap pembahagian cakera keras, setiap cakera liut, CD ROM, Zip, dan sebagainya akan muncul menjadi direktori dalam struktur cakera tunggal (single disk).
5.2 BERMULA DENGAN CAKERA KERAS Andaikan anda memiliki PC dengan pembahagian cakera keras yang besar di mana Linux, iaitu program dan data anda ditempatkan. Andaikan juga yang cakera keras mengandungi direktori yang dinamakan /etc, /bin, /usr, /sbin, /home dan etc. Kita boleh memetakan struktur direktori sebagai bentuk di bawah:
Struktur Direktori Struktur yang paling atas adalah nama direktori yang mudah “/” (disebut sebagai ‘root’). Sebagai direktori ‘root’ dalam sistem operasi Linux, anda boleh menempatkan kedua-dua fail dan direktori dalam ‘root’. Jika anda melihat dalam salah satu daripada direktori sub, anda akan jumpa di mana sistem operasi Linux, anda boleh membina direktori sub di dalam direktori sub, untuk apa sahaja tahap kompleksiti yang anda ingini.
Arahan Linux menunjukkan
direktori adalah ls. Anda boleh memaparkan kandungan direktori ‘root’ dengan menaip :ls /.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan Setiap direktori dalam Linux mempunyai tujuannya yang tersendiri. Jadual di bawah secara ringkasnya menerangkan setiap kandungan direktori, dan apa kegunaannya.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Penguraian direktori Linux menamakan fail dan direktori sedikit berbeza daripada MS Windows. Diingatkan bahawa semua fail dan direktori, bahkan alatan dalam Linux kelihatan seperti fail (atau nama fail). Jadual di bawah menunjukkan sesetengah nama alat Linux.
Direktori-direktori untuk komponen komputer
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
PELAJARAN 6 : TEKS EDITOR MUKADIMAH : Dalam pelajaran ini, anda akan diperkenalkan kepada teks editor popular dan berguna dalam Linux. Teks editor sangat berguna terutamanya apabila anda bekerja di persekitaran shell.
OBJEKTIF : 1. Mengenali teks editor emacs 2. Mengenali teks editor vim 3. Mengenali teks editor pico
6 MENGAPA TEKS EDITOR 6.1 PENGENALAN TEKS EDITOR Mereka yang biasa dengan antara muka (interface) grafik Windows dan program moden yang lain, akan berasa pelik apabila menggunakan teks editor. Walaupun Linux mempunyai keupayaan grafik (kebanyakkannya aras rendah), pentadbir masih memerlukan fail konfigurasi dengan teks. Oleh itu, pengguna harus tahu bagaimana untuk menukar fail konfigurasi teks sistem (seperti /etc/rc.config) supaya Linux bekerja mengikut cara yang kita mahu. Terdapat banyak editor yang diselitkan dalam pecahan Linux dan jadual berikut menyenaraikan beberapa yang popular. Alatan yang disebut di sini adalah program interaktif yang membolehkan kita sebagai pengguna Linux masukkan teks, menggerakkan anak panah (cursor), membuka menu dan menyimpan atau mencetak fail. Program-program berbeza dari jenis fail dan tampungan saiz fail berbeza, terhad melebihi 150MB dan kurang daripada 200,000 aksara (charactors).
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Jenis-jenis teks editor Jika anda membuat banyak karangan berasaskan teks, anda perlu tahu beberapa teks editor yang sangat berkuasa seperti emacs dan vi.
6.1.1 Emacs (Editor MACros) Emacs paling diterima ramai lengkap dengan ciri-ciri editor secara percuma. Ia boleh digunakan untuk edit teks, menjadualkan temu janji, menyelenggarakan diari, melayari web, membaca berita usenet, mengarang dan menghantar mel elektronik (e-mail) dan sebagainya. Anda boleh guna emacs, dengan atau tanpa sistem X Windows. Ia adalah sistem yang sempurna menggunakan komputer untuk pembangunan, komunikasi, pengurusan fail dan sebagainya.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan 6.1.1.1 Arahan Papan Kekunci Emacs bergantung pada arahan papan kekunci untuk kawalan. Jadual di bawah menunjukkan banyak arahan:Aksi Kombinasi kunci
Arahan papan kekunci dalam program Emacs
6.1.1.2 Melarikan GNU Emacs GNU Emacs mempunyai 22 pilihan baris arahan (command line), ia adalah mudah untuk dimulakan. Untuk melarikan emacs dan buka fail teks untuk mengarang, beri nama fail pada baris arahan (command line) seperti.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
# emacs myfile.txt Arahan di atas akan memuatkan editor dan membuka fail yang diminta. Jika anda kursuskan emacs pada baris arahan (command line) dengan sendirinya, program itu bermula, paparkan skrin pembuka dan kemudian hilang bila anda menyentuh kunci pada papan kekunci.
Terminal X11 pada GNU emacs Jika anda memulakan GNU emacs pada shell bagi X11 terminal Windows, versi X11 bagi GNU emacs, dengan tetikus dan penyokong (support) menu, bermula secara automatik. Jika anda ingin melarikan dari konsol, atau bukan versi X11 bagi GNU emacs di dalam X11 terminal Windows, guna –nw (atau no-window), pilihan baris arahan (command line) ditunjukkan di bawah # emacs -nw myfile.txt Arahan ini membolehkan anda melarikan GNU emacs di dalam terminal X11 anda tanpa bar menu (menu bar).
6.1.1.3 Menjalankan ( run ) Xemacs Untuk memulakan karangan XEmacs semasa sesi X11, taip arahan ini : # xemacs editor akan memulakan dan memaparkan ‘page’.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Skrin editor XEmacs
6.1.1.4 Pilihan Toolkit GNU emacs dan Xemacs dalam mod X11 mematuhi dan mengikut kebanyakan pilihan toolkit X11. Sesetengah pilihan dapat membantu seperti contoh di bawah: -bg color -set background to color (latar belakang) -cr color -set text cursor to color (teks) -fg color -set foreground to color (latar depan) -ms color -set mouse cursor to color (tetikus) Warna yang boleh digunakan untuk kawalan warna (color setting) disenaraikan dalam fail rgb.txt. di dalam direktori /usr/X11R6/X11.
6.1.1.5 Mengubah Adat Xemacs Anda boleh setkan Xemacs kepada mod penggunaan teks dan ‘word-wrap’ secara automatik, membolehkan perkhidmatan diari setiap hari atau memaparkan masa terkini atau semasa dalam bentuk mod (bar status dalam ‘window’ utama). Untuk melakukan ini, buat fail emacs dengan Xemacs:
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan # xemacs .emacs kemudian taip ini untuk mengubah adat Xemacs: (setq default – major – mode ‘text – mode) (setq text – mode – hook ‘turn – on – auto – fill) (require ‘ appt) (display – time) (appt – initialize) Tekan ctrl+x dan ctrl+s untuk simpan fail, dan tekan ctrl+x dan ctrl+c untuk keluar Xemacs.
6.1.2
VIM ( Variants of The Visual Improved Editor)
Editor vim dibangunkan oleh Bram Moolenaar. Ia adalah teks editor yang sesuai dengan vi (visual editor, editor yang popular).
Skrin editor VIM
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan Semasa memuatkan pakej bagi vim ke dalam sistem, beberapa fail dan sambungan simbolik ke editor vim akan dibuat: /usr/bin/vi - vim /usr/bin/view -vim /bin/vim Editor vim menggantikan editor ex, vi dan view. Ia adalah editor visual yang menyokong ciriciri seperti pergerakan anak panah. Dibandingkan dengan editor vi, editor vim ada beberapa kelebihan. Kebanyakan dokumen bagi vim ditempatkan dalam /usr/doc/packages/vim direktori. Fail teks dalam direktori /usr/share/vim/doc mengandungi petunjuk yang meluas.
6.1.2.1 Operasi dan keluar dari vim Sambungan antara mod yang berbeza Vim menyediakan 3 mod untuk pengguna: 1. mod arahan – membolehkan pengguna memasukkan arahan 2. mod input – membolehkan pengguna memasukkan input 3. mod lepas garis – membolehkan pengguna mencari perkataan, satu ayat,menyimpan fail-fail atau keluar dari kerja-kerja dan sebagainya. Mod arahan ialah mod tersedia (default mode). Selepas itu, anda perlu memasukkan data maklumat yang berkaitan dengan mod. Anda juga boleh menggunakan papan kekunci untuk memasukkan data : · tekan ‘a’ – masuk perkataan yang baru di tempat yang berikutnya selepas kedudukan anak panah (cursor) · tekan ‘i’ – masuk perkataan yang baru pada kedudukan anak panah (cursor) · tekan ‘o’ – tambah baris baru atau menukar kedudukan anak panah (cursor) pada baris baru Sekiranya anda hendak menukar daripada Mod Input (Input Mode) ke Mod Arahan (Command Mode), tekan kekunci ‘ESC’. Sekiranya anda menukar ke Mod Baris Akhir, tekan ‘,’ di dalam Mod Arahan.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan Arahan yang sering digunakan. Mod Arahan (command mode) menggunakan kekunci dan juga gabungan kekunci untuk melarikan arahan. Di sini kami menerangkan cara-cara menggunakan arahan-arahan yang selalu digunakan: 1. Menggerakkan lokasi anak panah (cursor) Gunakan kekunci anak panah (arrow) untuk menggerakkan anak panah tetikus (mouse cursor). Sekiranya kekunci tersebut tidak dapat digunakan, guna kekunci yang tersenarai di bawah:
Arahan-arahan papan kekunci untuk perisian VIM
Arahan-arahan papan kekunci untuk perisian VIM
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan 2. Salin (Copy)
Arahan-arahan untuk menyalin fail dalam perisian VIM 3. Padam (Delete)
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Arahan-arahan untuk memadam fail dalam perisian VIM 4. Baris
Arahan-arahan untuk mendapatkan barisan fail dalam perisian VIM
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan 5. Papan kekunci yang berlainan
Arahan-arahan papan kekunci yang berlaianan untuk perisian VIM 6. Melaksanakan baris yang terakhir pada mod
Arahan-arahan papan kekunci untuk melaksanakan baris dalam perisian VIM
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan 6.1.2
PICO
Ini adalah ‘compact, efficient’, dan senang digunakan. Walaupun, ia akan digunakan untuk ‘compose’ atau hantar melalui mesej e-mel. Banyak kegunaan untuk semua yang pandai dalam mana-mana aplikasi pemproses perkataan: · Membungkus perkataan · Bantuan terbina dalam · Pencarian kerja · Mewajarkan perenggan · Perubahan blok teks, salin dan buang · Mod lipatan untuk fail dan kemasukan teks · Menyokong tetikus · Penyemak ejaan Pico mempunyai 16 arahan yang berlainan, tetapi ia lebih selamat, melindungi daripada sebarang masalah. Pico juga boleh menyimpan maklumat sebelum keluar darinya, menyimpan fail yang mempunyai nama yang terakhir in .save . Pico boleh menggunakan editor untuk membuka fail .bachrc di dalam ‘home directory’ dan juga boleh melihat arahan yang berada di bawah: #export EDITOR=/usr/bin/pico Untuk menghapuskan, anda boleh menggunakan Ctrl+d, dan menyimpan fail Ctrl+x. Manakala untuk membaca maklumat boleh menggunakan .bashrc # pico .bashrc Di mana sistem root, akan menentukan $EDITOR untuk semua pelanggan /etc/profile fail dan memasukkan baris yang sama. Sekarang, pico akan menentukan tetapan sistem untuk arahan Linux. Anda juga boleh melihat maklumat melalui pico secara muka surat. Selainnya, anda boleh melihat pelayar web untuk membaca pico technical maklumat yang tersebut : # lynx /usr/doc/packages/pine/texh-notes/index.html
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
PELAJARAN 7 : PEMUATAN DAN PENINGKATAN PAKEJ MUKADIMAH : Dalam pelajaran ini, anda akan diperkenalkan kepada dua utiliti berguna dalam menaiktarafkan pakej dalam Linux. Kedua-duanya amat berguna dalam memastikan anda sentiasa bersedia dengan perubahan dan pertambahan dalam Linux.
OBJEKTIF : 1. Mengetahui kepentingan menaiktarafkan pakej dalam Linux 2. Mengetahui asas pilihan dalam rpm 3. Mengetahui perkakasan GUI dalam RPM 4. Mengetahui kaedah mengompil kod sumber 5. Mengetahui kepenggunaan apt 6. Mengetahui perkakasan GUI dalam apt
7
MENGINSTALASI DAN MENAIKTARAF PERISIAN
7.1 Pengenalan Kebanyakan pengedaran Linux (Linux Distribution) yang moden penuh dengan pelbagai pakej perisian yang pelbagai, ada banyak yang boleh dipilih semasa menginstalasi sistem dan boleh terus digunakan sebaik sahaja selesai proses instalasi. Ada kalanya, anda juga perlu menginstalasi dan menggunakan perisian/perisian tambahan, atau menaik taraf perisian yang sedia ada dan yang telah anda diinstalasikan ke dalam sistem tersebut sebelum ini. Bergantung kepada distribusi Linux yang mana anda gunakan sekarang (dalam kes ini, ia sepatutnya adalah SuSe Linux), anda mempunyai pelbagai pilihan untuk beberapa format pakej yang berlainan. Selain daripada pilihan untuk format pakej, suatu perisian/aplikasi boleh diedarkan sama ada dalam format binari atau kod sumber. Format Binari adalah perisian siap sedia untuk digunakan; manakala format kod sumber pula mengandungi fail kod perisian yang asal, yang perlu dikompilkan kepada bentuk binari sebelum seseorang itu boleh menggunakannya di
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan dalam Linux. Walaupun format kod sumber memerlukan anda melakukan banyak perkara untuk digunakan berbanding dengan format binari, tetapi ia adalah lebih mudah dibawa berbanding dengan pakej binari. Contohnya, anda boleh mengunakan pakej kod sumber yang sama pada kedua-dua komputer Intel x86 dan PowerPC. Mengemaskinikan pakej yang sedia ada adalah sama penting seperti menambah pakej yang baru. Menaiktaraf mungkin boleh membaiki masalah pepijat (bug) dan ketidaksempurnaan keselamatan sistem, atau pun hanya menambah ciri-ciri baru /sokongan baru yang diperlukan oleh perisian baru yang akan dilarikan.
7.2 Pakej Binari Prosedur untuk pemasangan perisian adalah berbeza untuk setiap Distribusi Linux. Kebanyakan distribusi hari ini menggunakan samada fail Red Hat Package Manager (RPM) atau Debian package (deb), manakala yang lain mungkin menggunakan format hak milik mereka sendiri. Di sini kita akan melihat kepada salah satu daripada format yang paling lazim digunakan dalam pemasangan pakej binari - RPM.
7.2.1 Manfaat Daripada Pakej Rpm Kebanyakan Distribusi Linux yang moden menggunakan format RPM. Ia adalah perkakas (perkakas)yang sangat berguna kerana terdapatnya pengkalan data pada pakej yang telah dipasang. Pengkalan ini termasuk informasi pada pakej (nama dan versi), fail berkaitan dengan pakej tersebut, menyemak jumlah untuk setiap fail dan fail serta pakej yang bergantung kepadanya. Pangkalan data ini membolehkan distribusi Linux berasaskan RPM untuk mengesan ketidaksesuaian serta ciri-ciri yang hilang yang diperlukan oleh pakej baru tertentu. Ini akan mengelakkan daripada merosakkan sistem jika ada cubaan untuk menginstalasi pakej yang telah rosak atau percanggahan pakej pada sistem itu. Amaran akan diberikan bermula dari awal lagi untuk mengelakkan penemuan masalah di kemudian hari yang berkaitan dengan kehilangan pakej atau isu kebergantungan.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan 7.2.2 Menginstalasi Pakej Rpm Instalasi RPM adalah proses yang sangat mudah. RPM boleh dilaksanakan dalam banyak cara, menggunakan sama ada perkakas (tool) berdasarkan-teks atau perkakas (tool) antara muka (interface) grafik pengguna (GUI). Kedua-dua perkakas akan dibincangkan secara ringkas di sini.
7.2.3 Perkakas Rpm Berdasarkan-Teks Satu daripada cara mudah untuk melaksanakan rpm adalah melalui ‘SHELL PROMPT’. Untuk menggunakan arahan rpm memerlukan sekurang-kurangnya satu parameter operasi ( -U, -F, -i , etc ) dengan satu atau lebih pilihan (-V, -h, -a etc). Kemungkinan anda perlu untuk membekalkan nama pakej atau nama fail pakej (nama fail pakej yang lengkap selalunya akan berakhir dengan .rpm) bersama-sama dengan operasi dan pilihan parameter. Pakej RPM boleh diinstalasikan satu demi satu, atau melalui senarai pelbagai pakej (diasingkan oleh ruangan), dengan menggunakan arahan rpm.
7.2.4 Asas Pilihan rpm Untuk menginstalasi dan menaiktaraf pakej melalui ‘SHELL PROMPT’, gunakan sintaks berikut :
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan Jadual di bawah meringkaskan operasi rpm yang lazim digunakan, dan beberapa pilihan yang penting.
Operasi rpm yang lazim digunakan
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Pilihan RPM yang terpenting
7.2.5 Menginstalasi atau Menaiktaraf Apabila menginstalasi atau menaiktaraf suatu pakej , operasi “- U” adalah paling berguna kerana ia membolehkan instalasi pakej tanpa menyah-instalasikan perisian yang lama. Operasi satu demi satu ini asalah sangat berguna terutamanya apabila ada pakej dengan kebergantungan yang banyak, kerana rpm mengesan semua ini dan boleh menyelenggarakan operasi jika pakej baru memenuhi kebergantungan yang disediakan oleh perisian yang lama. Untuk menggunakan rpm untuk instalasi atau menaiktaraf suatu pakej , gunakan contoh rpm berikut :
Gantikan “nmap - 2 . 4 – 10 . i386 . rpm” dengan nama fail pakej ( atau senarai nama fail yang mahu diinstalasi atau dinaiktaraf). Cara lain untuk menginstalasi pakej baru ialah dengan menggunakan “rpm – ivh” sebagai ganti kepada “rpm – Uvh”.
7.2.6 Menyoal dan Mengesahkan Suatu pakej RPM boleh disahkan dengan arahan “rpm – i” , yang mana mempamerkan informasi pada pakej yang disoal. Berikut adalah sampel tanyaan.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan 7.3 Perkakas Rpm Gui Dalam YaST Banyak distribusi Linux datang dengan beberapa perkakas GUI yang boleh membantu untuk instalasi , mengalihkan , mengemaskini dan menyoal pakej RPM. Di dalam KDE atau GNOME, mulakan dengan YaST Control Center dari menu SLES 9 Æ System Æ Administrator Setting
YaST Control Center Apabila anda memulakan YaST didalam mod grafik, YaST Control Center akan dipaparkan.
YaST Control Center
7.3.1 Instalasi Pakej-pakej SLES 9 juga didatangi dengan perkakas lain yakni RPM antara muka (interface) berasaskan grafik(GUI) yang berkuasa. Walaupun telah menggunakannya semasa instalasi , ia masih boleh digunakan sekali lagi di dalam sistem bila-bila saja diperlukan seperti instalasi , kemaskini , soal (query) atau membuang apa saja pakej-pakej RPM.
‘Package Manager’
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan Untuk menukar pilihan pakej ataupun perisian pada sistem anda hendaklah menggunakan ‘package manager’ dengan memilih ‘Install or Remove Software’ pada YaST Control Center.
YaST Package Manager
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Peningkatan Sistem Untuk menginstalasi pakej standard dalam kumpulan pakej yang tidak digunakan pada masa itu , pilih kotak semakan di sebelahnya. Untuk menyesuaikan pakej yang akan diinstalasikan dalam kumpulan , Senarai pakej standard dan tambahan dipamerkan , seperti yang ditunjukkan pada rajah. Tandakan pada kotak semakan di sebelah nama pakej yang ditandakan untuk instalasi. Pakej individu juga boleh dipilih daripada pakej kumpulan yang telah diinstalasikan dengan menekan butang Description dan menanda di mana-mana pada pakej tambahan yang belum lagi diinstalasi. Klik accept untuk memulakan proses instalasi. Apabila ia selesai sistem akan memaparkan kotak dialog ‘update complete’.
7.3.3 Membuang Pakej Untuk membuang kesemua pakej yang diinstalasikan dalam kumpulan pakej , hilangkan tanda pada kotak semakan di sebelahnya. Untuk mengalihkan pakej individual , klik di sebelah pakej kumpulan dan hilangkan tanda pakej individual. Apabila telah selesai memilih pakej untuk dialihkan , klik butang Accept di tetingkap utama. Aplikasi akan mengira jumlah ruang cakera
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan yang akan dibebaskan seperti mana pakej perisian kebergantungan. Jika pakej lain bergantung kepada pakej yang telah dipilih, ia akan ditambah secara automatik kepada senarai pakej yang akan dialihkan. Klik Continue untuk mulakan proses membuang pakej. Apabila ia telah selesai , mesej Update Complete akan muncul.
7.4 Mengompil Kod Sumber Kadangkala adalah perlu untuk mengompil perisian daripada kod sumber agar dapat diinstalasi ke dalam sistem. Mengompil kod sumber mungkin perlu dalam keadaan seperti berikut: ·
Tiada pakej binari untuk perisian yang hendak diinstalasi.
·
Pakej binari bergantung pada sokongan perpustakaan yang baru atau pun lama daripada apa yang telah diinstalasikan dalam sistem. Selalunya , anda hanya perlu mengompil sekali lagi kod sumber perisian terhadap perpustakaan yang telah diinstalasikan agar ia dapat menguruskan masalah.
·
Untuk membolehkan pilihan compile-time yang tidak digunakan dalam pakej binary yang telah ada. Pilihan ini mungkin mengoptimumkan pakej untuk komputer atau pun menambah fungsi-fungsinya.
·
Mahu memodifikasikan kod sumber. Jika terdapat pepijat (bugs) daripada pakej binari yang terakhir atau jika ciri-ciri ingin ditambah atau melakukan modifikasi perisian, anda perlu mengompil perisian daripada kod sumber yang sesuai dengan keperluan yang tertentu.
Ia adalah mudah untuk mengompil daripada kod sumber : hanya perlu muat turun kod sumber (yang mana selalunya datang sebagai tarball) , melakukan modifikasi , kompilkan dan instalasikan secara langsung daripada kod yang telah dikompilkan. Sumber juga boleh dikompilkan dalam format RPM , iaitu fail RPM yang mengandungi kod sumber.
7.4.1 Mengompil daripada Pakej ( fail sumber RPM) Fail sumber RPM boleh dikenali oleh sambungan .src.rpm dalam nama fail. Sebagai contohnya , openssh - 3.4pl - 2.src.rpm adalah sumber RPM manakala openssh - 3.4pl 2.i386.rpm pula adalah binari yang telah dikompilkan pada pakej yang sama. Untuk
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan mengompil suatu sumber RPM , perlu guna pilihan - rebuild dengan arahan rpm pada paparan terminal (terminal skrin) atau “shell prompt”. Untuk mengompil suatu sumber RPM , taipkan :
Jika tiada masalah yang timbul , siri arahan kompilasi akan dilihat pada skrin. Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan (walau pun memakan masa berjam-jam) , bergantung kepada pakej dan kelajuan PC. Membina pakej memerlukan sokongan perpustakaan yang penting telah diinstalasikan , bukan sahaja perpustakaan yang diperlukan oleh pakej binari terakhir , malah sepadan dengan pembangunan perpustakaan. Pembangunan perpustakaan ini tidak selalunya termasuk dalam sumber informasi kebergantungan RPM yang diperlukan, maka ia bukanlah sesuatu yang menghairankan untuk melihat kompilasi operasi menjadi gagal kerana beberapa perpustakaan yang hilang. Sepatutnya mesej ralat diperiksa apabila ini berlaku dan semak senarai keperluan yang selalunya boleh ditemui pada halaman perisian. Jika tahu yang mana satu perkembangan perpustakaan diperlukan (yang mana selalunya mempunyai sambungan .devel.rpm) , pakej binari boleh diinstalasi dan perisian boleh dikompil semula.
7.4.2 Pengompilan Tarballs (.tar.gz atau .tgz) Kadangkala mungkin tidak dapat membuat fail pakej daripada fail sumber RPM , maka kod sumber boleh dikompilkan daripada sumber tarball yang asal atau mengompil perisian secara langsung. Dengan melakukannya , peluang untuk pre-kompil pakej binary harus diabaikan seperti pakej RPM atau Debian, termasuk perlindungan daripada kemalangan tertulis fail dari pakej lain , kebolehan untuk mengesahkan kandungan pakej, dan sebagainya. Berikut menunjukkan langkah-langkah am apabila kompil sumber tarball hendak dilakukan, tetapi kod sumber yang berlainan mungkin perlu dikompilkan secara berlainan. 1. Muat turun sumber tarball daripada internet. 2. Buka sumber tarball dengan menggunakan arahan seperti tar zxvf sourcecode. Tgz atau tar zxvf sourcecode. Tar. Gz , atau tar xvf sourcecode. tar. Ini akan
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan menghasilkan sub direktori yang mengandungi distribusi kod sumber.
# tar zxvf sourcecode.tar.gz 3. Tukar kepada direktori dimana tarball telah dinyah-tarkan kepada : # cd soucecode 4. Baca dokumentasi termasuk lihat bagaimana caar untuk konfigurasi dan kompil kod sumber. Secara amnya, kod sumber boleh dikompilkan dengan langkah berikut tetapi selalu rujuk kepada dokumentasinya sendiri. 5. Konfigurasi sumber yang akan dikompil dalam sistem semasa # ./configure 6. Kompilkan kod sumber: # make 7. Instalasikan kod sumber yang telah dikompilkan ( atau kini ianya binari) kepada sistem : # make install Prosedur yang diterangkan di atas menunjukkan langkah-langkah am dalam mengompil kod sumber; ia adalah mustahil untuk menyediakan suatu prosedur yang lengkap dan tepat untuk tujuan instalasi kesemua kod sumber tarball. Tiada dua pakej kod sumber yang hampir sama ; setiap pembangun kod sumber mempunyai stail dan pilihannya sendiri dalam istilah kompilasi dan prosedur instalasi.
7.5 Perkakas Pakej Lanjutan Untuk Rpm (ADVANCE PACKAGE TOOL (APT) Apt (Advance Package Perkakas) amat masyhur dikalangan pengguna Debian semenjak ia digunakan dengan format pakej dpkg. Walau bagaimana pun , APT kini telah dilabuhkan untuk bekerja dengan pakej rpm seperti Conectiva juga, yang bertanggungjawab menggunakannya untuk suatu tempoh dalam GNU/distribusi Linux. Kebaikannya ialah apt untuk rpm berkemungkinan besar digunakan dengan apa saja distribusi berdasarkan-rpm. Apa yang diperlukan adalah pakej RPM yang betul dan sekurang-kurangnya penyimpanan pakej rpm dan
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan metadata apt mereka boleh ditemui. Anda akan dapat mencari pakej apt yang prakonfigurasinya bersih. http://apt.freshrpms.net. Muat turunkan pakej apt untuk distribusi Linux daripada halaman internet. Pakej itu adalah sangat kecil dan ia sepatutnya dimuat turunkan dalam tempoh yang singkat. Sebaik sahaja muat turun selesai, instalasikan pakej tersebut dengan:
Dan segalanya telah selesai. Anda kini boleh menggunakan apt untuk tujuan instalasi , membuang dan mengemaskini pakej SuSe Linux. Klien apt adalah agak mudah untuk digunakan. Jika anda telah biasa menggunakan arahan rpm dan arahan terbaris (command line) , sepatutnya tiada masalah untuk menggunakan apt. Memandangkan apt digunakan untuk tujuan instalasi dan pembuangan pakej RPM daripada komputer anda , anda harus melaksanakan pakej dalam suasana anda sebagai superuser atau root. Arahan yang paling lazim digunakan ialah apt - get.
7.5.1 Untuk Membuang Pakej RPM : Sintaks : apt – get remove < package_name >
7.5.2 Untuk menginstalasi pakej RPM baru atau menaiktaraf pakej yang sedia ada Sintaks : apt – get install < package_name > Contoh penggunaannya :
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan - Menginstalasikan suatu pakej - Menaiktaraf suatu pakej
7.5.3 Untuk mendapatkan kemaskini penyimpanan RPM yang mutakhir : Syntaks : apt - get update Contoh penggunaannya :
7.5.4 Untuk mengemaskini sistem pada penyimpanan kepada pakej RPM yang mutakhir Sintaks : apt - get upgrade Contoh penggunaannya : apt membuat kerja yang baik untuk menyelesaikan kebergantungan apabila menginstalasi, mengalihkan bahkan menaiktaraf sistem Linux itu. Selalunya, dua langkah sahaaj yang diperlukan untuk memastikan Linux kemas-kinikan dengan semua perlindungan, bug dan membaiki untuk peningkatan:
7.6 SYNAPTIK : apt dalam GUI Jika penggunaan apt berversi GUI lebih digemari sebagai ganti kepada arahan terbaris (command line) , maka pakej lain perlu diinstalasikan dan ia dikenali sebagai Synaptik. Memandangkan Synaptik adalah perisian yang mesti ada pada bahagian atas apt , maka ia boleh diinstalasikan melalui apt sebaik sahaja apt berfungsi !
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan Untuk mendapatkan synaptik melalui apt :
Sebaik sahaja Synaptik diinstalasikan , pilihan diberi samaada ia mahu dilaksanakan daripada menu Start atau jenis synaptik pada prompt arahan. Setting untuk penyimpanan apt boleh diedit daripada Settings tab.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
PELAJARAN 8 : PERKHIDMATAN DHCP MUKADIMAH : Dalam pelajaran ini, penekanan mula diberikan kepada pembangunan sistem. Anda akan diberikan peluang untuk memahami perkhidmatan DHCP dan seterusnya menggunakan perkhidmatan tersebut.
OBJEKTIF : 1. Mengetahui apakah tugas pelayan dan pelanggan dalam persekitaran perkhidmatan DHCP 2. Mengetahui prosedur yang dibuat oleh pelayan DHCP setiap kali ia menerima permintaan dari pelanggan DHCP 3. Mengetahui kegunaan opsyen-opsyen yang terdapat dalam fail konfigurasi pelayan DHCP 4. Melakukan penetapan pada pelanggan DHCP dan memulakan perkhidmatan pelayan DHCP di YaST
8 PERKHIDMATAN DHCP 8.1 PENGENALAN DHCP Seperti mana BIND, perisian DHCP Linux ini juga diselia-bangun oleh Internet Software Consortium (ISC). Sebelum wujudnya protokol DHCP, protokol BOOTP digunakan untuk memberikan alamat IP secara automatik. Namun, sebuah rangkaian memerlukan protokol yang mampu memberikan khidmat lebih dari itu. Hasilnya, DHCP dibangunkan dan kini BOOTP hanya digunakan untuk pelanggan tanpa cakera keras dan beberapa kes khas seperti terminal dungu. DHCP atau Dynamic Host Control Protocol merupakan program pelanggan-pelayan yang sangat berguna kerana ia membolehkan pelanggan dalam sebuah rangkaian mendapatkan alamat IP dan maklumat-maklumat lain
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan seperti alamat IP penghala, pelayan DNS dan pelayan WINS dan pelbagai maklumat lain dari pelayan DHCP secara dinamik setiap kali diminta. Dengan menggunakan DHCP kerja-kerja pengendalian dapat dimudahkan terutamanya apabila melibatkan rangkaian yang besar dengan jumlah pengguna yang ramai. Bayangkan jika anda mengendalikan sebuah network yang mengandungi 500 mesin, kerjakerja memasukkan alamat IP dan maklumat-maklumat lain memakan masa yang banyak dan tenaga kerja yang ramai. Tetapi dengan DHCP kerja-kerja ini dapat dikurangkan dan pengendalian rangkaian dapat dibuat secara berpusat dan terkawal. Kerja-kerja troubleshooting seperti konflik IP amat mudah untuk dikawal kerana alamat IP bertindan tidak akan berlaku. Jangkamasa IP dan maklumat DHCP kekal bergantung kepada leased time yang ditetapkan. Pelanggan DHCP akan cuba memperbaharui maklumat mereka setiap kali tempoh leased mencapai 50% dari tarikh tamat.
Terdapat 4 langkah untuk pelanggan mendapatkan maklumat DHCP, ia lebih dikenali sebagai proses DORA: i) DHCPDISCOVER Pelanggan menghantar broadcasts mesej DHCPDISCOVER pada 255.255.255.255 (seluruh network) dalam network untuk mencari lokasi pelayan DHCP untuk mendapatkan alamat IP dan maklumat lain. Pelanggan juga menghantar maklumat seperti MAC address dan nama komputer tersebut supaya pelayan mengetahui dari mana datangnya DHCP DISCOVER tersebut. ii) DHCPOFFER Setelah menerima mesej DHCPDISCOVER tersebut kesemua pelayan DHCP (mungkin ada lebih dari satu DHCP pelayan dalam rangkaian) akan menghantar DHCPOFFER kepada pelanggan dengan maklumat-maklumat seperti MAC address pelanggan, alamat IP, subnet mask dan alamat IP DHCP pelayan tadi. Pelanggan akan menerima tawaran pertama yang
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan diterima oleh DHCP pelayan tadi (katakan namanya DHCP pelayan A) dan DHCP pelayan A akan menyimpan rekod alamat IP yang diberi kepada pelanggan tersebut supaya tidak digunakan untuk pelanggan lain. iii) DHCPREQUEST Setelah menerima alamat IP dari pelayan DHCP A, pelanggan akan menghantar mesej DHCPREQUEST (bersama dengan alamat IP DHCP pelayan A) kepada semua DHCP pelayan untuk memberitahu bahawa pelanggan tersebut telah menerima IP dari pelayan DHCP A. Pelayan DHCP lain akan menarik semula tawaran mereka. iv) DHCPACK Akhir sekali, pelayan DHCP A akan menghantar DHCPACK kepada pelanggan dan menghantar maklumat lain seperti gateway dan lain-lain. Apabila DHCPACK diterima oleh pelanggan, informasi untuk komunikasi rangkaian bagi pelanggan adalah lengkap dan komunikasi boleh dimulakan.
8.2 Pelayan dan Pelanggan DHCP Linux Konfigurasi pelayan dan pelanggan DHCP adalah amat mudah dan ringkas oleh itu tiada sebab untuk sesorang pengendali sistem untuk mengatakan tidak kepada DHCP.
Untuk menjalankan perkhidmatan pelayan DHCP , anda boleh menyalin fail contoh yang telah disediakan dan meletakkannya di /etc/dhcpd.conf. Contohnya: Larikan arahan ini
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan # cp /usr/share/doc/dhcp-3.0pl1/dhcpd.conf.sample /etc/dhcpd.conf
Contoh fail bagi konfigurasi perkhidmatan DHCP Rajah dibawah menerangkan nilai konfigurasi yang selalu digunakan dalam pelayan dhcp atau lebih tepat lagi didalam konfigurasi failnya di /etc/dhcpd.conf
Nilai konfigurasi yang digunakan oleh pelayan DHCP
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan 8.3 KONFIGURASI DHCP DI YaST Modul DHCP membenarkan anda mengkonfigurasikan pelayan DHCP anda dengan sendirinya untuk rangkaian tempatan. Modul ini mempunyai 2 cara iaitu : 1. Initial Configuration – Bagi anda yang baru pertama kali memulakan modul ataupun cuba untuk konfigurasi pelayan, anda diminta untuk memilih cara ini. Dengan cara ini, anda hanya perlu membuat beberapa keputusan iaitu keputusan yang asas sahaja berkaitan dengan pelayan. 2. Expert Configuration – Bagi cara ini, anda di ajar untuk mengkonfigurasi pelayan anda dengan lebih lanjut dan mendalam lagi.
8.3.1 Initial Configuration Selepas memulakan modul buat pertama kalinya, YaST akan membantu anda memulakan konfigurasi dengan 4 cara. Anda akan melakukan konfigurasi asas pada pelayan dan rangkaian anda dengan bantuan 4 cara ini.
1. Pemilihan Antaramuka Rangkaian Pada cara yang pertama, YaST akan melihat antaramuka rangkaian yang terdapat pada sistem anda terlebih dahulu dan ia akan memaparkan senarai tersebut. Dari senarai tersebut, pilih antaramuka yang di terima oleh pelayan DHCP anda.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Pemilihan Antaramuka Rangkaian
2. Penetapan Global Takrifkan jika penetapan DHCP dibuat secara sendirinya dan di simpan oleh pelayan LDAP. Penuhkan ruang kosong dengan memasukkan spesifikasi rangkaian pada semua pelanggan yang diuruskan oleh pelayan DHCP. Spesifikasi ini seperti domain name, time server address, primary dan secondary server address, alamat gateway, dan lain-lain lagi.
3. Dynamic DHCP Pada langkah ini, anda hendaklah membuat konfigurasi alamat IP yang akan di gunakan oleh pelanggan. Untuk memulakan, tentukan alamat IP yang akan dihantar kepada setiap pelanggan. Semua alamat ini, dibawah netmask yang sama.
4. Finishing Configuration and Setting Start Mode Selepas anda selesai melakukan langkah yang ketiga iaitu Dynamic DHCP, kotak dialog yang terakhir akan dipaparkan iaitu bagaimana pelayan DHCP anda akan dimulakan. Pilih pada ‘On’ sebab DHCP akan dimulakan dengan sendirinya dan ini ialah salah satu daripada prosedur boot.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan Jika anda pilih ‘Off’ pelayan anda akan dimulai secara manual. Untuk menamatkan konfigurasi pada pelayan, pilih pada ‘OK’.
5. Host Management Pada langkah ini, ada dikehendaki memasukkan nama, alamat IP, alamat hardware, dan jenis rangkaian. Anda juga boleh mengubah maklumat dengan menggunakan butang ‘add’, ‘Edit’, dan ‘Delete’.
Host Management Selepas selesai membuat konfigurasi, pilih ‘Ok’ untuk memulakan pelayan anda.
8.3.2 Expert Configuration Mulakan konfigurasi anda dengan memilih ‘Expert Setting’ pada
tajuk yang dipaparkan
disebelah kiri anda.
1. Chroot Environment and Declarations Pada kotak dialog yang pertama, anda diminta membuat konfigurasi dengan memilih ‘ Start DHCP Server ‘. Masukkan maklumat dengan menggunakan butang ‘Add’ ataupun ‘Edit’. Pemilihan pada ‘Advanced’ akan membawa anda kepada penetapan yang dengan lebih mendalam lagi.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Chroot Jail and Declaration
2. Selecting the Declaration Type Pada peringkat ini, anda diminta untuk melakukan jenis-jenis declaration seperti ‘Subnet’, ‘Host’, ‘Shared Network’, ‘Group ‘, ‘Pool of Addresses’ dan ‘Class’.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Pemilihan Jenis Declaration 3. Subnet Configuration Pada peringkat ini, anda diminta untuk memasukkan subnet yang baru dengan alamat IP dan netmask. Ubahsuai dengan menggunakan butang ‘Add’, ‘Edit’ dan ‘Delete’. Kemudian anda diminta memilih ‘Dynamic DNS’ untuk konfigurasi seterusnya.
4. TSIG Key Management Jika anda memilih untuk konfigurasi dinamik DNS, sekarang anda dikehendaki membuat konfigurasi key management. Pilih ‘Ok’ untuk meneruskan konfigurasi anda.
5. Dynamic DNS : Interface Configuration Untuk aktifkan dinamik DNS, pilih “enable Dynamic DNS for This Subnet”. Pilih kunci TSIG dan pastikan kunci tersebut sama pada DNS dan pelayan DHCP. Selepas itu, pilih pada ‘Update Global Dynamic DNS Settings’ untuk membuat penyelenggaraan dan kemaskini pada pelayan DHCP global secara automatik. Dan yang terakhir sekali, pastikan zon telah dikemaskini dan spesifikasikan primary name server pada setiap dua zon. Pilih pada ‘Ok’ untuk kembali kepada dialog konfigurasi subnet dan ‘Ok’ sekali lagi untuk kembali kepada dialog konfigurasi yang asal.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Konfigurasi Subnet
6. Network Interface Configuration Anda diminta pilih pada ‘Advanced ‘ > ‘Interface Configuration’
untuk memastikan
antaramuka yang dipilih oleh pelayan DHCP dan membuat konfigurasi pada firewall. Daripada senarai antaramuka yang dipaparkan pilih satu ataupun lebih yang dibenarkan oleh pelayan DHCP anda. Kemudian anda boleh kembali ke dialog yang awal dan klik pada ‘Ok’. Selepas selesai membuat semua konfigurasi pada pelayan DHCP anda, klik pada ‘Ok’ dan tutup kotak dialog tersebut untuk memulakan konfigurasi pada server DHCP anda.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
PELAJARAN 9 : PERKHIDMATAN WEB (Apache ) MUKADIMAH : Dalam pelajaran ini, anda akan diberi penekanan kepada pelayan web yang amat popular dan mendominasi 60% pasaran iaitu pelayan Apache. Apache menjadi pilihan kebanyakan pembangun sistem kerana ia mudah digunakan dan yang penting sekali mudah dibentuk jika perlu sebarang perubahan dilakukan.
OBJEKTIF : 1. Mengenali konsep-konsep perkhidmatan web 2. Mengetahui konfigurasi asas pelayan Apache 3. Mengetahui asas dan sejarah Apache 4. Memulakan perkhidmatan Apache
9
PERKHIDMATAN WEB
9.1 PENGENALAN Apache merupakan pelayan web yang paling banyak dipergunakan di Internet. Program ini pertama kali dimulakan untuk sistem operasi lingkungan UNIX. Namun demikian, pada beberapa versi berikutnya Apache mengeluarkan programnya yang dapat dijalankan di Windows NT. Berdasarkan sejarahnya, Apache dimulai oleh pembangun veteran NCSA httpd (National Center for Supercomputing Application). Saat itu pengembangan NCSA httpd sebagai pelayan web mengalami zaman malap. Rob Mc. Cool meninggalkan NCSA dan memulai sebuah projek baru bersama para webmaster lainnya, menambal pepijat, dan menambahkan ciri-ciri pada NCSA httpd. Mereka mengembangkan program ini melalui kumpulan perutusan e-mel. Dengan berpijak pada NCSA httpd versi 1.3, kumpulan Apache mengeluarkan keluaran pertama kali secara rasmi Apache versi 0.6.2. Ahli yang menjadi intipati pengembang Apache waktu itu ialah:
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
· Brian Behlendorf · Roy T. Fielding · Rob Hartill · David Robinson · Cliff Skolnick · Randy Terbush · Robert S. Thau · Andrew Wilson Dengan tambahan sokongan daripada: · Eric Hagberg · Frank Peters · Nicolas Pioch Nama Apache diambil dari kata "A Patchy Server", pelayan perbaikan yang penuh dengan tampalan (patch). Tampalan yang dimaksudkan adalah penambahan ciri-ciri dan penampalan ralat dari NCSA httpd Versi 1.3. Saat ini Apache dipergunakan secara luas. Hal ini disebabkan karena programnya yang menakjubkan, dengan hasil yang relatifnya stabil. Dalam pengembangannya pun mempergunakan sistem Bazaar, yakni tiap orang dibuka kesempatan seluas-luasnya untuk dapat memberikan sokongan dalam mengembangkan program. Sokongan dikomunikasikan melalui kumpulan e-mel. Kumpulan Apache mempunyai kumpulan e-mel yang terbuka untuk siapa saja yang ingin ambil bahagian. Untuk mendaftar cukup kirim e-mel ke [email protected] dengan baris pertama dari email bertuliskan "subscribe new-httpd". Perlu dicatat bahawa projek pengembangan Apache ini mempunyai sistem meritokrasi. Semakin banyak yang anda sumbangkan, semakin banyak yang boleh dikerjakan. Apache mempunyai program pendukung yang cukup banyak. Hal ini memberikan layanan yang cukup lengkap bagi penggunanya. Beberapa dukungan Apache : · Kontrol Akses Kontrol ini dapat dijalankan berdasarkan nama host atau alamat IP · CGI (Common Gateway Interface), yang paling terkenal untuk digunakan adalah
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan · Perl (Practical Extraction and Report Language · PHP (Personal Home Page / PHP Hypertext Processor)
9.2 KONFIGURASI Fail konfigurasi Apache terletak di lipatan /etc/httpd/conf/. Nama failnya adalah httpd.conf, srm.conf dan access.conf. httpd.conf merupakan fail yang dilihat pertama kali apabila Apache dijalankan. Di dalamnya terletak konfigurasi secara umum. srm.conf adalah fail konfigurasi yang dibaca setelah httpd.conf. Disarankan untuk membiarkan fail konfigurasi ini tetap kosong. Dan access.conf merupakan konfigurasi untuk menuras perumah-perumah yang boleh menerima layanan Apache.
9.2.1 Fail Konfigurasi Apache Secara amnya, Apache memisahkan fail konfigurasinya menjadi 3 bahagian, yakni httpd.conf, srm.conf dan access.conf. Namun semua binari program dalam Linux menyatukannya dalam satu fail yakni httpd.conf. Fail ini dibahagi menjadi 3 bahagian utama :
1. Global environment Berisi konfigurasi Apache secara umum, seperti berapa banyak pengguna dapat akses pada waktu yang sama.
2. Section (Main) Configuration Konfigurasi utama yang tidak termasuk dalam virtual host. Bahagian ini juga termasuk penetapan dasar untuk virtual host.
3. Virtual host Konfigurasi untuk virtual host, yakni memanggil alamat IP dan DNS yang berbeza meskipun masih dalam satu kawalan pelayan Apache yang sama. Berikut pembahasan beberapa contoh pilihan konfigurasi file httpd.conf. Pilihan yang disampaikan di sini mengacu pada file httpd.conf yang diberikan secara dasar oleh Apache selesai pemuatan..
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Global Environment dalam fail /etc/httpd/conf/httpd.conf
Bahagian Virtual Host dalam fail /etc/httpd/conf/httpd.conf
9.3 RINGKASAN Pada bahagian ini, telah dipelajari bagaimana menghidupkan Apache Versi 2.0. Selain itu juga telah direnung fail konfigurasi penting yang digunakan oleh Apache, yakni httpd.conf (di mana yang dibahaskan di sini mencakupi tiga fail, yakni httpd.conf, berserta srm.conf dan access.conf). Untuk dapat memanfaatkan secara maksimum kemampuan Apache ini, anda harus memahami benar pilihan-pilihan yang tersedia, dan modul-modul mana yang mendukungnya. Daftar modul yang diberikan Apache, serta pilihan-pilihan yang didukung
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan olehnya, dapat dibaca di dokumentasi Apache yang disertakan dalam Linux. Fail ini terletak di lipatan
/var/lib/apache/htdocs.
http://www.apache.org/docs.
Dokumentasi
online
dapat
di
akses
di
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
PELAJARAN 10 : PERKHIDMATAN DNS MUKADIMAH : Dalam pelajaran ini, anda akan diperkenalkan kepada aplikasi terpenting iaitu BIND yang memberikan perkhidmatan DNS. BIND yang dibangunkan oleh ISC amat popular dan digunakan secara meluas. Dan cara untuk konfigurasi DNS pada YaST.
OBJEKTIF : 1. Mengetahui asas dan sejarah BIND 2. Mengenali konsep-konsep perkhidmatan DNS 3. Mengetahui konfigurasi asas pelayan BIND 4. Memulakan perkhidmatan BIND 5. Kofigurasi Pelayan DNS dengan YaST
10
PERKHIDMATAN DNS
10.1 PENGENALAN Sudah menjadi tabiat manusia untuk mudah menghafal perkataan berbanding nombor. Sifat semula jadi ini kadangkala memberikan masalah; kerana pada komputer semuanya hanyalah binari sifar, binari satu ataupun gabungan kedua-duanya. Seperti mana kita telah pelajari sebelum ini, alamat IP biasanya dibayangkan dalam bentuk asas persepuluhan seperti 202.188.25.173 yang mana ia merujuk kepada satu sistem komputer yang unik dan tersendiri. Namun, hampir semua orang akan mudah terlupa atau sukar mengingati alamat IP tersebut. Masalah ini harus diatasi, satu perkhidmatan tambahan untuk menukarkan alamat IP kepada nama domain amat diperlukan. Pada awalannya perkhidmatan ini hanya dibekalkan oleh satu fail ASCII iaitu /etc/hosts untuk sistem Linux dan %windir%\system32\drivers\etc\hosts untuk
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan sistem Windows. Namun kini adalah mustahil untuk memetakan alamat IP dan nama domain seluruh Internet ke dalam satu fail sahaja.
Fail /etc/hosts
Fail %windir%\system32\drivers\etc\hosts Lalu pada tahun 1984, Paul Mockapetris mengusulkan sistem penamaan domain (DNS) yang diterapkan dalam RFC 882 dan RFC 883. Ia menyatakan bahawa perkhidmatan DNS perlulah menjadi satu sistem yang teragih, berhierarki, statik (kini terdapat dalam bentuk dinamik) dan
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan yang terpenting sekali ialah mempunyai pangkalan data untuk menyokong segala bentuk pertanyaan dan pengubahsuaian. Struktur pangkalan data DNS mirip dengan sistem fail yang ada di Linux. Jika dalam sistem fail Linux memiliki direktori root (/) kemudian di bawahnya ada direktori usr (/usr), bin (/bin) dan seterusnya, maka dalam struktur pangkalan data DNS juga memiliki root (.), kemudian com (com.), net (net.) dan seterusnya. Organisasi Internet Assigned Numbers Authority (IANA) yang beroperasi di Universiti Southern California, merupakan badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengkoordinasi pembahagian alamat IP dan perkhidmatan DNS. Mereka telah membahagikan dunia ini kepada 3 organisasi setempat iaitu: · ARIN - American Registry for Internet Numbers beroperasi untuk benua Amerika dan sebahagian Afrika-Sahara · RIPE
- Resias IP Europeans beroperasi di Afrika Utara dan Eropah
· APNIC - Asia-Pasific Network Information Center beroperasi di Asia dan Australia Setiap organisasi di bawah IANA ini berfungsi untuk menjaga kepentingan setiap benua dan sekali gus mengkoordinasi segala bentuk masalah dan pertanyaan berkenaan IP dan nama domain. Contoh sebuah nama domain yang lengkap atau FQDN ialah www.eng.upm.edu.my.. Di mana “www” merujuk kepada sistem yang unik, “eng” pula merujuk kepada cabang organisasi kepada “upm” dan “edu” pula merujuk kepada cabang pendidikan untuk negara Malaysia, “my” dan “.” pula digelar sebagai titik helaan (trailing period) merujuk kepada pelayan akar. Kini di seluruh dunia terdapat hanya 13 buah pelayan akar. Rajah 2 di bawah menerangkan nama, lokasi dan alamat IP kesemua pelayan akar.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Pelayar Akar DNS
Peta yang menunjukkan pelayan akar DNS yang diperoleh dari laman web www.wia.org
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan 10.2 BAGAIMANA DNS BERFUNGSI DNS bekerja dalam modus operasi pelayan-pelanggan. Dalam erti kata lain pelanggan akan bertanya nama atau alamat IP, kemudian pelayan akan memberikan informasi nama atau alamat IP, sekiranya pelayan tersebut tidak mengetahuinya ia akan bertanya kepada pelayan lain. Pelayan DNS yang paling banyak digunakan di Linux adalah BIND yang dibangunkan oleh Internet Software Consortium (ISC). Andai kata anda ingin melihat laman web di http://www.upm.edu.my.. Menggunakan perisian pelayaran web Mozilla, maka isirung (kernel) akan melihat fail /etc/host.conf; berdasarkan fail tersebut, isirung (kernel) sedar ia perlu menurut turutan pencarian di fail /etc/hosts terlebih dahulu, sekiranya gagal ia akan menghubungi fail /etc/resolv.conf untuk mengetahui senarai pelayan DNS (maksimum 3 pelayan) untuk mencari alamat IP perumah www.upm.edu.my.. Setelah terhubung melalui proses penghalaan, pelayan DNS yang tersenarai di /etc/resolv.conf akan memulakan pencarian di pangkalan data pelayan akar (.) untuk mencari pelayan yang bertanggung jawab terhadap domain my.. Dari pelayan pentadbir domain my, pencarian dilanjutkan dengan mencari pelayan untuk edu. Dalam contoh ini terdapat 4 pelayan yang bertanggungjawab akan ditanya, kemudian 2 alamat nama pelayan untuk domain upm pula dikenal pasti dari pelayan edu tersebut. Akhirnya pelayan upm akan memberikan informasi mesin yang menggunakan nama www dalam domainnya, di samping itu ia juga memberitahu bahawa www juga mempunyai nama lain iaitu web dan alamat IP ialah 202.184.17.9. Secara relatifnya ia berlaku dengan cepat dan terselindung kepada pengguna sistem. Maklumat ini dikembalikan pelayan perkhidmatan DNS kepada pelanggan yang bertanya, kemudian pelanggan tadi akan memberikan maklumat ini kepada perisian Mozilla untuk melakukan protokol HTTP kepada perumah beralamat 202.184.17.9.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
Pemetaan terus domain upm.edu.my. secara grafik
10.3 ASAS BIND Pembinaan BIND selaku pelayan nama sebenarnya amat mudah dan ringkas, namun kesilapan sangat mudah dilakukan hingga menyebabkan segalanya tidak berfungsi. Bahkan telah terbukti bahawa antara perkhidmatan yang paling banyak kesilapan ialah DNS. Hal ini dapat dielakkan sekiranya, anda berhati-hati dan melakukan percubaan acah-tanya untuk melihat respons dari pelayan anda terlebih dahulu sebelum meletakkannya di produksi. Terdapat dua jenis pemetaan yang dibenarkan di BIND, yang pertama ialah Pemetaan Terus (Forward Mapping) dan yang kedua Pemetaan Songsang (Reverse Mapping). Asasnya pemetaan terus merujuk kepada pemetaan nama kepada alamat IP manakala pemetaan songsang merujuk kepada keadaan yang sebaliknya. Kedua-dua jenis pemetaan ini diwakili oleh dua fail yang berlainan di lipatan /var/named. Contohnya untuk domain upm.edu.my, deklarasi domain perlu dilakukan di
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan /etc/named.conf dan semua rekod zon akan disimpan di /var/named/upm.forward untuk pemetaan terus dan /var/named/upm.reverse untuk pemetaan songsang. BIND mempunyai beberapa komponen, iaitu :
i) Penukar Nama (NAME RESOLVER) Penukar nama merupakan program yang mengekstrak informasi dari pelayan DNS berdasarkan respons yang diberikan oleh permintaan pelanggan. Penukar akan menggunakan informasi dari pelayan nama yang terpilih atau bertanya terus kepada pelayan nama lain. Penukar biasanya adalah sebahagian daripada rutin sistem, oleh itu tiada protokol khas diperlukan di antara penukar dan program pengguna.
ii) Pelayan Nama (NAME SERVER) Pelayan nama merupakan program yang melengkapkan informasi ruang nama di dalam pokok domain yang mungkin mengandungi petunjuk kepada pelayan nama lain yang boleh digunakan untuk memperolehi informasi berkenaan bahagian lain dalam pepohon domain. Ringkasannya pelayan nama harus tahu dan cekap untuk bertanya kepada pelayan lain untuk mengetahui domain lain yang tidak dikuasai mereka. Sesebuah pelayan nama dipanggil pelayan nama autoriti jika ia memegang rekod-rekod zon sesuatu domain.
iii) Penyimpan (Cache) Penyimpan akan menyimpan hasil pencarian respons sebelumnya. Pendek kata BIND akan sentiasa mempelajari sesuatu dan akan menyimpannya untuk beberapa ketika. Oleh itu untuk permintaan yang sama atau hampir sama, ia akan cuba memperolehi maklumat dari penyimpan terlebih dahulu. Kaedah ini akan mempercepatkan kadar respons.
iv) Rekod Sumber (RESOURCE RECORD) Informasi sumber berkaitan dengan sesuatu nod dan nama dipanggil Rekod Sumber (RR). Rekod sumber ini terletak di dalam fail zon dan digunakan untuk mendefinisikan objek di dalam domain. Beberapa jenis rekod asas RR adalah: · SOA, Start Of Authority
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan Rekod SOA mengenal pasti sumber terbaik untuk mendapatkan data berkenaan sesuatu domain. Ia juga menjadi penanda permulaan RR. Hanya satu SOA sahaja dibenarkan di dalam satu zon fail. SYED.COM IN SOA NS.SYED.COM. HOSTMASTER.SYED.COM. · NS, Name Server Rekod NS mengenal pasti pelayan autoriti untuk sesuatu domain. · A, Address Rekod A memetakan nama perumah kepada alamat IP HASHIM.SYED.COM. 518400 A 212.55.67.88.9 · CNAME, Canonical NAME Rekod CNAME memetakan nama samaran kepada nama sebenar (berkanun). HASHIM.SYED.COM CNAME ABAH.SYED.COM. · PTR, PoinTeR Rekod PoinTeR memetakan alamat IP kepada nama 9.88.67.55.212 IN PTR HASHIM.SYED.COM. · MX, Mail eXchange Rekod Mail eXchange pula menunjukkan perumah yang sepatutnya memproses atau menerima e-mel (MTA) untuk sesuatu domain. IN MX 10 MAIL.SYE
10.3.1 Jenis-jenis Konfigurasi BIND Selaku Pelayan DNS
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan Utama (PRIMARY ) Pelayan utama DNS merupakan pelayan yang memegang informasi fail zon sesuatu domain.
Pendua (SECONDARY) Pelayan pendua (Secondary) sepatutnya hanya melakukan perpindahan domain (domain transfer). Selain itu pelayan pendua digunakan untuk load-balancing dan mengambil alih tugas pelayan utama, jika berlaku ralat.
IN-ADDR (Pemetaan Songsang) Menyediakan pemetaan dari alamat IP kepada nama dengan menggunakan domain IN_ADDR. Kaedah ini diselesaikan dengan mengambil alamat IP dan dipadankan dengan rekod perumah domain.
10.4 KONFIGURASI DNS DENGAN YaST Anda boleh menggunakan modul DNS dengan YaST untuk membuat konfigurasi pada pelayan DNS untuk rangkaian setempat di tempat anda. Modul ini boleh dilakukan melalui 2 cara : • Wizard Configuration – Apabila anda memulakan modul buat pertama kalinya, anda akan di dedahkan dan diminta untuk membuat keputusan asas dalam beberapa perkara sahaja dalam melakukan pentadbiran pada pelayan anda. • Expert Configuration – Dalam modul ini pula, jikalau anda memilih menggunakannya anda akan membuat konfigurasi dengan lebih mendalam lagi seperti mengemaskini ACLs, Logging, TSIG Keys, dan pilihan-pilihan yang lain.
10.4.1 Wizard Configuration Cara ini mempunyai 3 langkah yang perlu anda ikuti iaitu : 1. DNS Server Installation : Forwarder Settings Kotak dialog akan memaparkan pemilihan yang anda harus lakukan. Anda dikehendaki memilih pada ‘Set Forwarders Manually’. Masukkan alamat IP dan klik pada ‘Next’.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
DNS Server Installation : Forwarder Settings 2. DNS Server Installation : DNS Zones Pada langkah ini anda akan melakukan konfigurasi pada zon pengurusan fail. Untuk zon yang baru, masukkan nama pada ‘Zone Name’. Nama yang anda masukkan hendaklah diakhiri dengan .in-addr.arpa. Yang terakhir sekali, pilih pada ‘Zone Type’ (master atau slave).
DNS Server : DNS Zones 3. DNS Server Installation : Finish Wizard Pada langkah terakhir, anda dikehendaki memilih samada mahu memulakan konfigurasi pelayan anda sebagai sebahagian daripada proses boot ataupun menggunakan sokongan daripada LDAP.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
DNS Server Installation : Finish Wizard
10.4.2 Expert Configuration Apabila memulakan modul, YaST akan membuka tetingkap yang akan memaparkan beberapa langkah konfigurasi iaitu: 1. DNS Server : Start - up Sewaktu proses ‘Booting’ anda dikehendaki menentukan samada pelayan DNS anda ‘On’ ataupun ‘Off’ secara tersedia. Untuk memulakan pelayan DNS pilih pada ‘Start DNS Server Now’. 2. DNS Server : Forwarders Kotak dialog akan memaparkan pemilihan yang anda harus lakukan. Anda dikehendaki memilih pada ‘Set Forwarders Manually’. Masukkan alamat IP dan klik pada ‘Next’. 3. DNS Server : Basic Option Pada langkah ini, anda dikehendaki menentukan pilihan asas pelayan. Dari menu ‘Option’ pilih item-item yang sesuai untuk di isi ke dalam ruang kosong. 4. DNS Server : Logging Pilih pada ‘Log to System Log’ dengan menggunakan fail sistem /var/log/messages atau tentukan dengan menggunakan fail yang berbeza dengan memilih ‘Log to File’.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
DNS Server : Logging
5. DNS Server : ACLs Gunakan tetingkap ini untuk menentukan ACLs (Access Control Lists) iaitu membuat sekatan. Selepas memberi nama pada ‘Name’, tentukan alamat IP (dengan netmask ataupun tidak) di bawah ‘Value’ seperti contoh dibawah : { 10.10/16; } 6. DNS Server : TSIG Keys TSIGs ( transaction signature ) Ia adalah untuk memastikan keselamatan
perjalanan
komunikasi diantara pelayan DHCP dan DNS berjalan dengan lancar. Masukkan nama yang istimewa pada ruang yang berlabel ‘Key ID’ dan tentukan fail yang akan menyimpan kunci tersebut. Pastikan pilihan anda dengan klik pada ‘Add’. 7. DNS Server : DNS Zones Pada langkah ini anda akan melakukan konfigurasi pada zon pengurusan fail. Untuk zon yang baru, masukkan nama pada ‘Zone Name’. Nama yang anda masukkan hendaklah diakhiri dengan .in-addr.arpa. Yang terakhir sekali, pilih pada ‘Zone Type’ (master atau slave).
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
DNS Server : DNS Zones Kemudian ikuti semua tetingkap yang dipaparkan dan lengkapkan semua sebelum memulakan konfigurasi di pelayan DNS anda.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan
PELAJARAN 11 : LINUX SQUID INTERNET PROXY SERVER MUKADIMAH : Dalam memberikan khidmat Internet di dalam organisasi, perlu ada perisian untuk mengawal dan mentadbir cara dan bagaimana capaian Internet itu dicapai. Squid adalah perisian daripada projek sumber terbuka yang mampu menjadi pelayaran Internet lebih lagi menjimatkan daripada segi penggunaan jalur lebar capaian dan kawalan kepada apa yang pengguna capai atau lawati di Internet. Ia juga boleh menjadi perisian tapisan menghalang pelayaran Internet ke laman-laman yang tidak dibenarkan seperti laman lucah dan seks disamping menentukan siapa yang boleh menggunakan kemudahan capaian Internet. Squid dan gabungan perisian tapisan SquidGuard dan DanGuardian mampu menjalankan peranan ini. OBJEKTIF : 1. Mengetahui dan memahami Squid 2. Mengetahui cara-cara untuk konfigurasi asas Squid
11.1 JENIS SAMBUNGAN INTERNET 11.1.1 Sambungan ISDN ISDN (Internet Services Digital Network) menggunakan talian telekomunikasi digital yang laju dan bermutu tinggi berbanding dengan menggunakan sambungan modem analog. Talian khas ini harus dipasang oleh syarikat telekomunikasi.
11.1.2 Sambungan Modem Sambungan modem di mana modem di gunakan untuk membuat sambungan ke Internet melalui talian telefon. Data digital akan ditukar ke isyarat analog dan dihantar melalui talian telefon.
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan 11.1.3 Sambungan xDSL xDSL (Digital Subsciber Line or Loop) menggunakan penyiaran berkelajuan tinggi melalui talian telefon. Terdapat beberapa jenis DSL seperti ADSL, IDSL dan SDSL. Di Linux, sambungan ke Internet melalui talian Sesiri, Point-To-Point (PPP) atau Eternet xDSL adalah begitu mudah.
Mula-mula anda harus menyediakan perkakasan seperti modem luaran sama ada serial atau usb. Selepas itu, anda perlu memberi informasi tentang Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) yang anda gunakan, seperti maklumat nombor untuk didail , kata pengguna dan kata laluan (login id and password). Selepas selesai menyediakan perkakasan dan mengkonfigurasi maklumat, anda boleh membuat sambungan ke Internet untuk menghantar dan menerima E-mel, melayari WWW dan juga berceloteh.
11.2 PENGENALAN KEPADA SQUID Saat ini banyak organisasi, baik edukasi, kerajaan, swasta maupun komersial berusaha mengawal akses para penggunanya ke Internet (terutama web) dengan alasan bandwith yang dimiliki mulai terasa lambat ketika para penggunanya mula menggunakannya. Salah satu cara untuk mengawal akses di atas adalah menggunakan Proxy Server. Proxy server berguna sebagai mediator antara pengguna dan dunia luar (Web). Semua permintaan HTTP dari pengguna akan diarahkan ke Proxy Server (dengan mengkonfigurasi semua browser pengguna) dan data berupa tujuan (misal http://www.itb.ac.my) yang diminta pengguna akan diteruskan oleh Proxy server ke tujuan yang diminta. Data yang telah didapati oleh Proxy server tidak dibuang begitu saja; selain akan dikembalikan ke arah pengguna yang meminta, data ini juga akan disimpan (cache). Jadi apabila data yang sama diminta oleh
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan pengguna lain, proxy tidak perlu meminta data tersebut ke server yang diminta, tetapi cukup dengan mengirimkan data yang telah ada di cache ke pengguna tersebut. Pada beberapa jenis Proxy server tertentu kita mempunyai aturan-aturan yang biasa mengawal akses pengguna ke web. Contoh, pengguna dari suatu workgroup biasanya mengakses web pada selang waktu tertentu. Hal di atas boleh dilakukan apabila semua request HTTP dari pengguna harus melalui proxy server terlebih dahulu, sehingga kita dapat menjamin semua request dari pengguna selalu melalui Proxy server terlebih dahulu.
11.3 KONFIGURASI ASAS SQUID Pada artikel ini, kita akan membuat sebuah proxy server dengan software Squid. Squid adalah software public domain basic UNIX, berfungsi menyimpan data yang diminta oleh pengguna (biasanya berupa web pages dan ftp). Platform UNIX yang didukung Squid adalah FreeBSD, BSDI, Digital Unix, Irix, Linux, Solaris dan SunOs. Namun data-data yang bersifat dinamik, seperti CGI-BIN, tidak dicache oleh Squid, jadi setiap kali ada permintaan CGI-BIN, Squid akan menghubungi server. Saat ini protokol yang biasa dilayani oleh Squid adalah "http", "ftp", "gopher" dan "wais". Versi terbaru dari Squid pada saat artikel ini ditulis adalah versi 1.1.10 dan biasa didapati melalui anonymous FTP ke ftp://squid.nlanr.net/pub/squid-1.1. Hardware yang anda perlukan untuk dapat membuat Proxy server dengan Squid adalah (konfigurasi tipikal): Pentium 133 atau lebih tinggi (Pentium Pro lebih baik) RAM 32MB atau lebih tinggi (Squid menyimpan sementara data yang sedang diminta oleh pengguna ke RAM sebelum disimpan di hard disk, data ini disebut juga hot object) Hard disk 1,7GB untuk instalasi FreeBSD (memakan kurang lebih 300MB) dan Squid (executable files tidak memakan tempat tetapi cache memerlukan tempat yang cukup besar). Setelah memiliki source file dari Squid, lakukan uncompress dengan cara dibawah: % tar xvpfz squid-1.1.10.tar.gz
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan Setelah selesai, akan tampak satu subdirektori squid-1.1.10 di tempat anda memampatkan file di atas. Langkah selanjutnya adalah masuk ke subdirektori tersebut lalu jalankan perintah berikut: % ./configure prefix=/usr/local/squid Maksud dari prefix adalah, anda menunjukkan letak direktori tempat executable files dan konfigurasi disimpan setelah instalasi selesai. Jadi biasa juga prefix yang diberikan bukan /usr/local/squid, tapi /usr/squid misalnya. Perintah configure sendiri berguna untuk mengekstraksi parameter-parameter dari sistem operasi yang kita gunakan. Langkah selanjutnya adalah menjalankan perintah berikut: % make all Berikutnya, larikan arahan: % make install Perintah ini menginstall executable files dari Squid ke direktori /usr/local/squid (sesuai dengan prefix yang anda berikan). Setelah perintah ini selesai direktori kerja, anda pindah ke /usr/local/squid. Di direktori ini akan anda lihat ada 3 direktori: bin. etc dan log. Direktori bin berisi executable files dari Squid dan direktori etc berisi file konfigurasi dari Squid, iaitu file Squid.conf. 11.3.1 Konfigurasi Dasar Proxy Server File yang dibaca ketika Squid pertama kali dilarikan adalah file squid.conf (terletak di direktori /usr/local/squid/etc). File ini berisi directive-directive, option dan rules yang akan anda terapkan ketika menjalankan proxy server. Bebeberapa directive dan option penting yang harus anda isi adalah (konfigurasi minimum) : 1. http_port
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan Directive ini berguna untuk menunjukkan ke port berapa proxy server harus menyediakan permintaan dari pengguna. Isikan http_port dengan bilangan integer sesuai mengikut keinginan anda (misal 8080). Atau gunakan default yang ada (3128). Kegunaan directive ini dapat
ditunjukkan oleh contoh berikut: pada browser pengguna anda set option proxy server untuk http adalah 167.205.154.22 port 8080. Ini bererti request http akan dialamatkan ke proxy server 167.205.154.22 pada port 8080. Apabila proxy server tersebut telah diselesaikan, untuk melihat permintaan pengguna pada port 8080, maka permintaan dari pengguna tersebut akan dilayani. 2. icp_port Directive ini berguna untuk menunjukkan port bahawa proxy server yang anda buat harus menmperdengarkan (listen) permintaan dari proxy server (apabila dalam rangkaian anda telah membuat suatu hirarki caching) yang menyampaikan permintaannya melalui protokol ICP (Internet Cache Protocol). Di sini anda dapat menggunakan default (3130) atau bilangan integer lain asalkan tidak sama dengan ports yang sudah ada. Apabila hanya ada satu server cache saja dalam rangkaian anda, pilihan ini tidak dapat digunakan. 3. local_domain Isikan directive ini dengan domain dari rangkaian anda, misal EE.ITB.ac.my, sehingga apabila ada permintaan data di mana tujuan masih terletak satu domain dengan proxy server anda, data akan diminta secara langsung ke server tujuan. 4. Beberapa directive untuk menunjukkan direktori tempat Squid menyimpan data yang didapati (untuk cache) dan log files (access.log, hierarchy.log, store.log). Directive ini wajib diisi kerana Squid tidak biasa diakses tanpa adanya directive ini. Buatlah direktori khusus tempat squid menyimpan data dan log files (satu direktori khusus dengan 2 subdirektori untuk cache dan log file) serta letakkan direktori tersebut pada partion yang berukuran cukup besar (dengan trafik HTTP medium data yang dicache boleh mencapai 500MB) . 5. pid_filename
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan Directive ini berguna untuk menunjukkan file tempat squid menulis proses yang dijalankan. File ini penting untuk menghidupkan semula Squid ataupun untuk mematikan proses Squid. Dalam FreeBSD, sebaiknya anda letakkan pada /var/run/squid.pid. 6. cache_ftp_program Secara tersedia directive ini di tolak (bererti ditolak oleh Squid ketika pertama kali diakses). Sebaiknya directive ini digunakan . Directive ini digunakan untuk menunjukkan letak program ftpget, yang digunakan sebagai proxy untuk protokol FTP. Ubah letaknya sesuai dengan letak ftpget di server Anda. 7. cache_dns_program Secara tersedia directive ini di comment. Sebaiknya directive ini digunakan kerana program dnsserver yang ditunjuk lokasinya oleh directive ini berguna untuk mengubah nama server ke alamat IP. 8. visible_hostname Directive ini berguna untuk menunjukkan nama proxy server anda kepada pengguna. Isi dengan nama yang anda sukai (tidak perlu sama dengan nama yang ada pada record DNS). Dengan mengisi directive-directive di atas, anda sudah dapat menjalankan Squid. Untuk menjalankan Squid larikan arahan : % ./RunCache -- Pada direktori /usr/local/squid/bin . Untuk mencuba adakah proxy server anda berfungsi, cuba larikan arahan di bawah ini : % telnet mesin-proxyku.ITB.ac.my 8080 connected to mesin-proxyku.ITB.ac.my escape character is "] GET http://nic.itb.ac.my HTTP/1.0 Apabila anda dapat melihat beberapa tag HTML dan ianya bukan error, bererti proxy server anda sudah boleh digunakan. Proxy server anda juga boleh diuji melalui browser. Caranya: Selesaikan ataupun masukkan pilihan proxy server pada browser anda dengan IP atau nama
Network Cabling Training – Bahagian Teknologi Pendidikan dari proxy-server yang anda buat, sedangkan port diisi dengan HTTP_port dari file konfigurasi squid.conf. Apabila anda ingin melakukan perubahan pada file konfigurasi squid.conf dan ingin merestart Squid (file konfigurasi squid.conf hanya dibaca satu kali oleh Squid, iaitu pada saat program dimulakan), anda tidak perlu mematikan semua proses yang telah dilarikan oleh Squid. Sebagai gantinya, larikan arahan: % kill -HUP (Squid Parent ID)Squid Parent ID dapat dilihat pada file /var/run/squid.pid atau pada file lain yang ditunjukkan directive pada squid.conf. Apabila anda ingin mematikan semua proses dari Squid, perintah yang anda jalankan adalah: % kill -9 (Squid Parent ID)
SELAMAT MAJU JAYA