141363391-kebolehpercayaan-penulisan-kolonial.pptx

  • Uploaded by: ஆனந்த ராஜ் முனுசாமி
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 141363391-kebolehpercayaan-penulisan-kolonial.pptx as PDF for free.

More details

  • Words: 624
  • Pages: 16
IPG KAMPUS DARULAMAN PENSEJARAHAN MALAYSIA

TAJUK PEMBENTANGAN MINGGU 12 1. KEBOLEHPERCAYAAN PENULISAN KOLONIAL DISEDIAKAN OLEH : SHAARENY A/P M.SARAVANAN

DEFINISI KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT BOLEH Dapat atau mampu PERCAYA Mengakui akan benarnya sesuatu KEBOLEHPERCAYAAN TERHADAP PENULISAN Kemampuan untuk mempercayai atau mengakui akan benarnya sesuatu penulisan itu

Sumbangan positif pihak kolonial kepada masyarakat di Tanah Melayu

Mengutamakan tokoh barat dan segala kepentingan barat

Bersifat bias kepada pihak kerajaan

KEBOLEHPERCAYAAN PENULISAN KOLONIAL

Penulis yang dipengaruhi persekitaran dan pendidikan Barat

Ada dalam kalangan penulisan yang tidak keterlaluan dan tidak bias

Pendekatan Barat ini lebih mengutamakan seseorang tokoh atau segala kepentingan pihak Barat. Contoh:Perkembangan pensejarahan Malaysia sebenarnya akan jelas memperlihatkan kepada kita bahawa usaha untuk bukan hanya menulis Sejarah Malaysia tetapi untuk menerbitkannya . Penulisan pada pertengahan abad ke-19 lebih banyak menulis tentang Negeri-negeri Selat yang menjadi tanah jajahan British daripada negeri-negeri Semenanjung yang masih merdeka pada dewasa itu.

Penulisan kolonial yang lebih menumpukan terhadap sumbangan positif pihak kolonial kepada masyarakat di Tanah Melayu. Contohnya: Salah seorang penulis sejarah, Sir Frank Swettenham melalui karyanya yang berjudul British Malaya pada 1906 dan judul buku itu sendiri memberi gambaran tentang isi kandungan, idea utama, atau temanya yang sudah pastinya tidak lari dari menghuraikan peranan dan kejayaan pihak imperialis British di Tanah Melayu. Mereka juga cuba untuk mendedahkan kepada rakyat tentang kebagusan dan kehebatan sistem penjajahan.

Penulisan yang berbentuk terlalu bias kepada pihak kerajaan iaitu pihak British. penulisan yang bersifat topikal iaitu menyentuh tempat atau kawasan-kawasan tertentu yang berkepentingan kepada kerajaan kolonial CONTOH 1: Kita dapat lihat sifat bias itu dalam peristiwa – peristiwa perjuangan kemerdekaan oleh tokohtokoh tempatan pada zaman itu yang digelar sebagai penderhaka atau pemberontak. Sebagai contohnya , pemberontakan Tok Janggut di Kelantan.

CONTOH 2: Pentadbir British yang menulis tentang sejarah Malaysia seperti R.J. Wilkinson juga telah menunjukkan sikap yang subjektif, sinis, dikongkong oleh nilai budayanya dalam menulis dan menafsir beberapa sejarah tempatan. Hal ini kerana dia seorang pentadbir yang mewakili pentadbiran, politik dan kepentingan barat.

Para penulis Barat terpengaruh atau dipengaruhi oleh persekitaran dan pendidikan Barat dan golongan ini tidak dapat lari mempunyai rasa bangga terhadap peradaban mereka. CONTOH 1: Professor Dieter Geyl dari Universiti Utrecht berpendapat:

“Bagaimana jujur tujuan seorang penulis sejarah Barat untuk mengenepikan pandangan Eropah sentrik, dia tidak akan benar-benar terlepas dari keadaan sendiri , dari warisan kebudayaannya.”

CONTOH 2: Menurut Prof. Zainal Abidin Wahid: Oleh sebab mereka adalah orang Barat, mereka telah dididik dan dibesarkan mengikut tradisi, budaya, nilai, dan normanorma Barat. Warisan kebudayaan inilah yang telah menghalang mereka daripada menaruh penghargaan terhadap sejarah Malaysia.

• Terdapat juga para penulis telah mencuba sedaya mungkin agar penonjolan itu tidak keterlaluan atau bias kepada barat.

Sebagai contohnya , hasil penulisan J.M. Gullick yang bertajuk Indigenous Political Systems of Western Malaya. Walaupun beliau bukan seorang sejarawan tempatan, namun hasil penulisannya jika ditinjau tidak bersifat terlalu bias.

KESIMPULANNYA: • Terdapat dua jenis penulisan yang dihasilkan, ada di antara penulisan yang boleh dipercayai manakala ada di antara penulisan yang yang tidak boleh dipercayai secara bulat-bulat. • Penulisan kolonial boleh dipercayai apabila seseorang penulis bersikap objektif dan saintifik.

• Ada juga sesetengah penulisan tidak boleh dipercayai secara bulat-bulat kerana sikap penulis kolonial yang mengutamakan tokoh dan kerajaan mereka. • Penulisan kolonial yang ingin mewujudkan pandangan positif terhadap kerajaan masing-masing dan pemikiran mereka masih lagi dipengaruhi dengan persekitaran dan pendidikan barat.

• Kesahihan sesuatu fakta yang dinyatakan dalam sesuatu penulisan kolonial juga tidak dapat ditentukan.

• Hal ini demikian kerana terdapat beberapa penulisan yang terlalu bias terhadap kerajaan masing-masing, menjaga kepentingan dan keutamaan pihak masing-masing serta pihak kolonial juga masih terpengaruh dengan persekitaran dan juga pendidikan Barat.

BIBLIOGRAFI Prof Madya & Dr Khoo Kay Kim. (1975). Pensejarahan Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Muhammad Yusoff Hashim. (1992). Pensejarahan Melayu. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.

SEKIAN, TERIMA KASIH