13 RUKUN BERKOMUNIKASI 1. RANCANG IDEA SEBELUM BERKOMUNIKASI Merancang isi percakapan atau perbualan amat penting.Ini kerana ia akan membantu dalam proses penyampaian maklumat secara lebih berkesan. Perancangan yang teliti akan memudahkan penyampai menyampaikan isi idea manakala penerima boleh menerima isi dan melaksanakan idea secara mudah.Ini berdasarkan ayat al-Quran dari surah an-Nahl… ‘Serulah ke jalan tuhan mu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan pengajaran yang baik…’ (An.Nahl : Ayat 125) 2. ANALISIS PENDENGAR sebelum berkomunikasi, adalah amat perlu untukmengenal pasti penerima maklumat atau resipien. Ini membolehkan organisasi berjalan lancer tanpa ada kekangan tugas atau prejudis. Sesetengah pekerja amat mementingkan pengiktirafan peribadi berupa pangkat atau gred pekerjaan. Dengan mengetahui hirarki yang betul, maka komunikasi susunan idea dapat di tafsir dengan lebih baik. Selain itu, tahap akademik juga perlu diambil kira memandangkan tahap pemikiran manusia yang berbeza diantara satu sama lain. Ini dapat dibuktikan melaluihadith Rasulullah S.A.W yang telah diriwayatkan oleh ImamBukhari:‘Berbicara kepada manusia menurut kadar akal (kecerdasan) mereka masing-masing’ (Riwayat Muslim) 3. ISI BICARA HENDAKLAH BENAR Agama Islam sangat mementingkan untuk bercakap benar. Percakapan atau struktur komunikasi yang dibina dalam ruang lingkup asaskebenaran akan menjamin pulangan yang lebih baik berbanding mempunyai kepentingan sendiri sama ada dari penyampai atau penerima maklumat. Allah S.W.T telah berfirman dan menggesa orang-orang beriman agar sentiasa bercakap benar seperti yang terdapat dalam dalil Nya :‘Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar.’ (Al Ahzab : Ayat 70) 4. GAYA BAHASA HENDAKLAH BERSESUAIAN Perkataan atau penyampaian yang baik dan bersesuaian sangat dituntut.Inikerana mengelakkan dari berlaku salah faham. Akibat yang sangat buruk dari corak penyampaian yang tidak sesuai akan menyebabkan penerima tersinggung.akibat lebih buruk dari salah faham ini akan menyebabkan kelemahan sesebuah organisasi. ‘Dan katakanlah kepada hamba-hamba Ku, hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang baik.’ (Al Isra : Ayat 53) 5. NADA PERCAKAPAN PERLU DIKAWAL & SESUAI Jiwa manusia yang semula jadi fitrahnya sangat mementingkan kelembutan & keindahan. Maka begitulah juga dalam proses berkomunikasi. Percakapan yang terkawal, menunjukkan bahawa manusia itu mempunyai akal fikiran berbanding haiwan yang secara semulajadinya hanya menurutkan nafsu. Allah S.W.T sekalilagi berfirman dalam perkara ini berdasarkan ayat 19 dari surah al-Luqman:‘..dan lunakkanlah suara engkau. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara himar (keldai).’ (Luqman : Ayat 19)
6. SUSUNAN MAKLUMAT PERLU JELAS Penyamnpaian yang baik, menyebabkan idea dapat disampaikan dan diterima dengan lebih baik serta jelas. Rasulullah dalam berdakwah seringkali memberikan penjelasan mengenai ketuhanan dengan jelas kepada para sahabat.Ini bertujuan mengelak dari berlakunya salahfaham dalam unsur ketauhidan. Ia merupakan tuntutan Allah S.W.T berdasarkan ayat berikut : ‘Dan wajibkan kepada Rasul, hanyalah menyampaikan dengan terang dan nyata.’ (An Nur : Ayat 54) 7. BAHASA BADAN PERLU MENYOKONG LISAN Pergerakan tubuh atau Body Language amat penting ketika menyampaikan idea. Seperti orang yang sedang tersipu-sipu, wajahnya menjadi merah dan pergerakan tubuhnya yang serba tidak kena adalah bahasa tubuh yang bertindak balas dengan emosinya. Ini berasarkan riwayat sahabat nabi :-:‘ Apabila Rasulullah s.a.w berkhutbah, kedua matanya merah, suaranya lantang (nyaring) dan semangatnya bangkit bagai seorang Panglima perang yang memperingatkan tentang kedatangan musuh yang ingin memerangi umat Islam di ketika pagi atau petangnya.’ (Riwayat Muslim & Ibnu Majah) 8. BERHUJAH DENGAN WARAS Akal yang waras mencerminkan idea penyampai dalammembuat keputusan dan mengambil sebarang tindakan.Manakala penerima pula akan melaksanakan berdasarkan arahan dan pertimbangan akal yang telah di anugerah Allah. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah :‘Tinggalkan perbantahan kerana perbantahan tidak akan mendatangkan hikmah dan tidak mengamankan daripada fitnah.’ (Riwayat At Tabrani) 9. AMBILKIRA PENDAPAT ORANG LAIN Persepakatan dalam Islam adalah amat dituntut. Komunikasi yang terbaik akan dapat direalisasikan apabila semua pihak dapat menerima dan melontar idea secara bermusyawarah. Perlu diingat bahawa Allah S.W.T amat menuntut perkara ini berdasarkan ayat di bawah :‘ Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu…’ (Al Imran : Ayat 159) Selain itu, pepatah Melayu juga ada menyatakan BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT. 10. PERLAKUKAN APA YANG DITUTURKAN Perilaku yang baik adalah hasil dari ucapan yang dituturkan oleh pelakunya.Sikap tidak serupa bikin amat dibenci dalam Islam.Apatah lagi sekiranya pelakunya merupakan seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi. Ini dijelaskan oleh ayat berikut :‘Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.’ (As Saff : Ayat 2-3) 11. MENINGGALKAN CELAAN DAN MENGUMPAT Perbuatan mencela dan mengumpat sangat dilarang dalam struktur organisasi.Ini kerana perbuatan tersebut menunjukkan bahawa kita secara tidak langsung cuba mempertikaikan kemampuan orang lain dan kejadian makhluk ciptaan Allah. Perbuatan ini boleh dikira
sebagai satu fitnah dan ia boleh mengundang perpecahan dikalangan ahli dalamsesebuah organisasi. Ayat dari surah al-Humazah menunjukkan bahawa Allah S.W.T sangat membenci perbuatan ini : ‘Celakalah (azablah) untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela.’ (Al Humazah : Ayat 1) 12. MENJAUHI TANGGAPAN BURUK PADA ORANG LAIN Tanggapan pertama amat penting. Maka sebagai ahli dalam sesebuah organisasi, kita tidak boleh meletakkan tanggapan pertama ( First Impression ) sebagai rujukan untuk menilai kemampuan seseorang. Adalah lebih baik, bersifat terbuka dan memberikan peluang dalam memperlihatkan kemampuan sebelum membuat kesimpulan mudah berdasarkan tanggapan peribadi yang belum tentu sesuaidengan keadaan. ‘Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka buruk sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain.’ (Al Hujurat : Ayat 12) 13. MENDENGAR DENGAN BERKESAN Deria anugerah Allah sangat berguna. Maka sebagai manusia yang beriman, menjadi pendengar yang baik amat dituntut. Para sahabat Rasulullah merupakan sekelompok pendengar yang baik sehingga keimanan mereka tidak ada bandingan. Arahan yang jelas di dengari, akan menyebabkan idea diterima dan dilaksanakan dengan sempurna. Berbanding idea yang tidak Berjaya diterima dengan baik, pastinya membawa kepada kesilapan dalam melaksanakan tuntutan.