11 SIFAT PEMIMPIN YANG BAIK 1. INTEGRITI • Memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap jabatan dan tidak memikirkan diri sendiri. Tindakan yang dilakukan perlu berkaitan dengan sepenuh hati. 2. KERAS HATI • Sifat semulajadi manusia, sekiranya berada diatas. Maka inilah yang harus diingati sampai bila-bila. Sekalipun sudah dinaikkan pangkat, kamu harus bersikap pemurah dan lembut hati. 3. MENAHAN DIRI • Jadilah seorang pemimpin yang sabar memandangkan emosi tidak akan dapat menyelesaikan sebarang masalah. Sebaliknya ia akan menimbulkan pelbagai masalah baru yang merumitkan. 4. SETIA • Setia pada tugas dan tanggungjawab merupakan kunci utama untuk berjaya. Ia bukan sahaja memberikan semangat kepada orang bawahan untuk sama-sama merealisasikan impian untuk berjaya. Bahkan, kamu akan dipandang serong pemimpin yang berjaya. 5. TIMBANG RASA • Jangan jadikan jawatan kamu itu sebagai alas an untuk menindas. Sebaliknya jadikan jawatan yang kamu pegang itu sebagai semangat untuk berjaya. 6. KEBERANIAN • Sebagai ketua, kamu harus mempunyai keberanian dalam membuat keputusan. 7. ADIL • Jadilah seorang pemimpin yang adil. Pemimpin akan dicintai bawahan sekiranya bersikap adil dalam membuat sebarang keputusan. 8. SABAR • Jangan gelabah dalam memutuskan suatu keputusan. 9. RAJIN • Jadilah sikap rajin kamu ini sebagai contoh, tauladan dan dorongan kepada orang bawahan. 10. SEDERHANA • Wajar jika seorang pemimpin bersikap sederhana. Memandangkan semakin tinggi jawatan, bukan bermakna semakin tinggi gaya hidup. 11. TANGGUNGJAWAB • Apa yang akan terjadi seandainya seorang pemimpin tidak mempunyai rasa tanggung jawab yang tinggi. -PETIKAN DARI MAJALAH REMAJA-