1. Pengerusi mengucapkan salam dan ucapan selamat sejahtera serta berterima kasih diatas kehadiran kepada semua sererusnya menerangkan tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan tentang rundingan harga bagi keperluan Field Service Engineer (FSE) bagi pesawat Pilatus PC-7 MK 1 dan Pilatus PC-7 MK II. PERKARA 1. PEMBENTANGAN SEBUT HARGA FSE 2. Pengerusi bertanyakan tentang Sebut Harga yang telah dihantar oleh pihak Bakti Udara Sdn Bhd. 3. Pihak Bakti Udara menerangkan bahawa pihaknya telah tiga kali menghantar cadangan sebut harga kepada pihak Markas dan cadangan tersebut adalah seperti berikut: a. Sebut harga pertama pada 05 Mac 09-CHF 414,000.00 b. Sebut harga kedua pada 31 Mac 09-CHF 393,300.00 c. Sebut harga ketiga pada 10 Apr 09-CHF 372,600.00 4. Keputusan. Setelah perbincangan diadakan mesyuarat meluluskan sebut harga bagi keperluan Field Service Engineer Pilatus Aircraft Limited adalah sebanyak CHF 372,600.00. PERKARA 2.JANGKAMASA PENUGASAN FSE 5. Pengerusi bertanyakan tentang jangkamasa penugasan FSE di Kolej Tentera Udara. 6. PS 1 K&B menerangkan bahawa jangkamasa penugasan bagi FSE adalah mengikut sebut harga yang telah dikeluarkan iaitu mulai 01 Jun 09 sehingga 30 Mei 2010 dan tambahan jangkamasa selama 4 bulan oleh pihak Pilatus secara percuma. 7. Keputusan. Pengerusi memaklumkan bahawa tarikh tamat bagi perkhidmatan FSE adalah pada 30 Sept 2010 termasuk tambahan masa selama 4 bulan. PERKARA 3. URUSAN PEMBAYARAN FSE 8. Pengerusi bertanyakan tentang jadual pembayaran bagi keperluan FSE pesawat PC-7 dan PC-7 MK II. 9. Setelah perbincangan diadakan pihak Pembaikan dikehendaki mengeluarkan 1 Pesanan Kerajaan bagi keperluan FSE tersebut dan jadual pembayaran dalam 3 peringkat adalah seperti berikut: a. Pembayaran Pertama-1 Jun hingga 30 Sept 09 bayaran dibuat pada bulan Okt 09.
b. Pembayaran Kedua-1 Okt hingga 31 Jan 2010 bayaran dibuat pada bulan Feb 2010. c. Pembayaran Ketiga (Akhir)-1 Feb 2010 hingga 31 Mei 2010 pembayaran dibuat pada Jun 2010. 10.Keputusan. Pengerusi meminta pihak Pembaikan mengeluarkan 1 Pesanan Kerajaan bagi keperluan FSE dan urusan pembayaran hendaklah mengikut jadual. PERKARA 4. BIDANG TUGAS FSE 11.Pengerusi bertanyakan tentang bidan tugas serta kebajikan anggota FSE tersebut. 12.PS 1 Sis Gp A menerangkan bidang tugas telah pun dikeluarkan dan diserahkan untuk dibincangkan. 13.Setelah perbincangan dan penambahbaikan dibuat bidang tugas FSE adalah seperti di Kembaran A. 14.Pegawai AFMACE PC-7 MK II menerangkan bahawa segala cuti atau kebajikan FSE adalah dibawah pengawasan Ketua Cawang Kejuruteraan. 15.Keputusan. Pengerusi meminta FSE menjalankan kewajipan sepertimana ianya dipersetujui dan pihak KCK memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh FSE. 16.Keperluan FSE semasa pesawat Out Station. Pengerusi bertanyakan tentang keperluan FSE dan perjalanan semasa pesawat membuat tugastugas di luar Pangkalan. 17.Mr Rudy Rohrer memaklumkan bahawa tiada bayaran tambahan yang dikenakan sekiranya ada tugas-tugas di luar Pangkalan manakala bayaran perjalanan adalah antara FSE dengan pihak Pilatus. 18.Pegawai AFMACE PC-7 MK II juga memaklumkan bahawa segala urusan dokumen perjalanan akan diuruskan oleh Ketua Cawang Kejuruteraan. 19.Keputusan. Semua yang hadir maklum. PERKARA 5.HAL-HAL LAIN 20.Penyambungan keperluan perkhidmatan FSE. PS 1 Sis Gp A bertanyakan sekiranya perkhidmatan FSE perlu disambung lagi pada masa yang akan datang, adakah pihak Pilatus akan memberikan apa-apa imbuhan tambahan?
21.Pihak Bakti Udara memaklumkan bahawa pihaknya akan cuba mendapatkan maklum balas dari pihak Pilatus. 22.Keputusan. Pengerusi meminta pihak Bakti Udara mendapatkan maklum balas dan akan dibincangkan kemudian. 23.Penerimaan Service Bulletin terbaru. PS 2 A1 Sis Gp A memaklumkan bahawa pihaknya sedang menunggu Service Bulletin terbaru yang telah dijanjikan penghantaran oleh pihak Pilatus pada bulan Mac 09. 24.Pegawai AFMACE PC-7 MK II memaklumkan bahawa Service Bulletin terbaru masih dalam menunggu kelulusan oleh pihak FAA di Switzeland. 25.Keputusan. Pengerusi mengharapkan agar pihak FSE dapat memaklumkan perkembangan Service Bulletin tersebut. 26.Penggunaan FSE oleh lain-lain agensi. PS 2 A1 Sis Gp A bertanyakan tentang penggunaan tenaga kerja oleh pihak-pihak lain. Contohnya pihak ASB, Satang Jaya dan Zetro. 27.Setelah dibincangkan semua penggunaan tenaga kerja oleh agensi luar hendaklah melalui Ketua Cawangan Kejuruteraan. 28.Keputusan. Semua yang hadir maklum 29.Kelas training oleh FSE. PS 1 Sis Gp A bertanyakan tentang training yang perlu diadakan oleh pihak FSE. 30.Setelah perbincangan diadakan pihak FSE perlu mengadakan bagi anggota sebanyak 24 jam kerja setiap bulan dan jumlah maksima anggota yang menghadiri training tersebut adalah 12 orang. 31.Keputusan. Pengerusi mengharapkan dengan adanya training tersebut ianya dapat membantu meningkatkan pengetahuan dikalangan anggota dan Pegawai AFMACE PC-7 MK II diminta memantau perkara tersebut. 32.Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan mengharapkan agar mengambil peluang atas kehadiran FSE, seterusnya menangguhkan mesyuarat pada jam 1630H