06a_ciriujian-kesahan

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 06a_ciriujian-kesahan as PDF for free.

More details

  • Words: 726
  • Pages: 6
KPN 2043 Minggu 6

Ciri-Ciri Uj

ian y ang Baik

Kesahan Ujian Ciri yang terpenting sesuatu ujian ialah ujian itu mesti SAH. Kesahan ujian adalah berkaitan dengan pengertian sejauh mana markah yang diperoleh daripada sesuatu ujian itu dapat diinterpretasikan sebagai ukuran ciri, sifat atau konstruk yang telah dirancang diukur itu. Dalam peperiksaan seperti SPM atau STPM, isu mengenai kesahan ujian itu difokuskan kepada soal sama ada keperluan kesahan isi kandungan sukatan pelajaran telah dipenuhi atau tidak. Secara ringkas, kesahan isi kandungan adalah berkaitan dengan isu sama ada isi kandungan sesuatu ujian itu merupakan sampel yang “representatif” bidang pengetahuan atau kemahiran yang sepatutnya diukur. Ini diambil menjadi satu indikator atau penunjuk bagi menunjukkan mutu ujian tersebut. Oleh itu sesuatu ujian itu dianggap sah selagi ujian itu dapat mengesan dan mengukur apa yang sepatutnya ia ukur. Ia juga merujuk kepada kesesuaian, keertian dan kebergunaan sesuatu inferens yang akan dibuat daripada interpretasi skor ujian itu. Kesahan boleh dibahagikan kepada tiga kategori: 1. kesahan konstruk, 2. kesahan isi kandungan, dan 3. kesahan kaitan-kriteria.

hazba

1

KPN 2043 Minggu 6

Kesahan Konstr uk Ujian boleh digunakan dalam berbagai keadaan dan untuk berbagai tujuan. Adalah penting kita memahami apakah keertian yang boleh diberikan kepada markah ujian yang diperoleh itu dan bagaimana ianya diinterpretasikan berkaitan seseorang individu yang mengambil ujian tersebut. Sesuatu ujian dibina untuk mengukur sesuatu konstruk. Satu ujian mungkin dibina untuk mengukur kebolehan individu menyelesaikan masalah matematik. Kebolehan menyelesaikan masalah matematik pada sesuatu peringkat adalah satu konstruk. Ujian bakat muzik mengukur konstruk kebolehan dalam bidang muzik dan memberi petunjuk kepada kita sama ada seseorang individu itu mempunyai kebolehan dalam bidang muzik. Ujian Fizik SPM mengukur pencapaian pelajar pada peringkat tingkatan 4 dan 5 dalam kurikulum Fizik SPM.

hazba

2

KPN 2043 Minggu 6

Kesahan Kandungan Kesahan Isi Kandungan adalah aspek yang terpenting di dalam proses pembinaan ujian. Ujian adalah pensampelan yang representatif tingkah laku pelajar dalam sesuatu kurikulum, supaya markah atau skor yang diperoleh nanti daripada ujian tersebut adalah gambaran yang representatif pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam kurikulum tersebut. Untuk memperoleh kesahan ini satu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dibina. Jadual ini akan mengandungi maklumat yang terperinci mengenai kurikulum yang diuji tentang isi kandungan kurikulum, kemahiran yang akan diuji, taraf kesukaran, bilangan item, dan juga wajaran atau pemberatan setiap tajuk dan subtajuk kurikulum itu. Berpegang teguh kepada JSU menjamin ujian menguji apa yang ia sepatutnya menguji.

hazba

3

KPN 2043 Minggu 6

Kesahan Kaitan-Kriteria Kesahan Kaitan-Kriteria mengaitkan kesahan ujian kepada sesuatu kriteria yang ditentukan. Yang dikaitkan ialah skor ujian itu dengan kriteria. Kekuatan pertalian skor ujian dengan kriteria diukur melalui teknik korelasi. Sehubungan dengan ini terdapat dua jenis kesahan iaitu: 1. kesahan ramalan, dan 2. kesahan serentak/semasa.

Kesahan Ramalan Kesahan Ramalan berkait rapat dengan tujuan ujian, iaitu meramal sesuatu. Ia sangat-sangat bergantung kepada kebolehan skor ujian itu membuat ramalan tentang prestasi masa hadapan pelajar. Contohnya Ujian Kelayakan Latihan Perguruan (UKELP). UKELP diberi kepada calon guru. Mereka yang lulus UKELP akan dipilih memasuki Maktab Perguruan. Adalah diharapkan mereka yang lulus UKEPL ini akan dapat mengikuti kursus perguruan di maktab dengan jayanya, dan keluar maktab untuk menjadi guru yang berkesan. Markah di Peperiksaan Akhir Maktab di ambil sebagai kriteria, akan dikorelasikan dengan markah UKELP. Indeks korelasi yang tinggi akan menunjukkan bahawa UKELP mempunyai kesahan ramalan yang tinggi. Masalahnya bagaimana hendak mengukur guru yang berkesan di bilik darjah. Adakah keberkesanan di bilik darjah mempunyai pertalian yang positif dengan markah UKELP?

hazba

4

KPN 2043 Minggu 6

Kesahan Serentak/Semasa Kesahan Serentak/Semasa merujuk kepada kesahan sesuatu ujian yang seiras dengan sesuatu ujian yang lain yang sedia ada. Pertalian korelasi di antara ujian yang baru dengan ujian yang sedia ada itu mengukur kekuatan kesahan serentak/semasa. Kesahan ini juga digunakan apabila kita memerlukan mengujudkan satu kaedah baru (yang lebih baik) untuk menggantikan kaedah lama yang sedia ada. Pertalian korelasi markah ujian yang digunakan di dalam kedua kaedah itu menggambarkan kekuatan kesahan serentak/semasa.

hazba

5

KPN 2043 Minggu 6

Faktor-faktor yang mempengar uhi kesahan kaitan-kriteria Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan kaitan-kriteria adalah seperti berikut: 1.

2. 3.

Tempoh masa di antara peramal dengan kriteria. Lebih lama jarak masa, membolehkan peramal menambah ilmu dan pengalaman. Ini akan mengurangkan kesahan ramalan. Kebolehpercayaan ujian yang digunakan. Kebolehpercayaan yang rendah mengurangkan kesahan. Populasi, bilangan item dalam ujian, panjang soalan dalam ujian, kejelasan soalan dalam ujian, panjang masa ujian, kesukaran ujian, semuanya mempengaruhi kebolehpercayaan ujian. Dengan itu sudah tentu akan mempengaruhi kesahan ujian.

hazba20031211

hazba

6