Zainal Abidin Bin Ahmad

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Zainal Abidin Bin Ahmad as PDF for free.

More details

  • Words: 1,217
  • Pages: 8
KERJA KURSUS FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

TOKOH FALSAFAH AKSIOLOGI ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZA’ABA)

NAMA: SHAHRIZAL ASWAN BIN SHAHBUDDIN NO. PENDAFTARAN: JEA080125 NO.I/C: 880610-08-6963 NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN BIN MUHAMMAD NAMA TUTOR: CIK SITI HADIJAH BINTI ABD RAHMAN

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

FALSAFAH ZA’BA Nama sebenar Za’ba ialah Zainal Abidin Bin Ahmad.Beliau merupakan ahli bahasa yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan Bahasa

Melayu.Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas,Batu Kikir,Jempol,Negeri Sembilan.Khatam Al Quran ketika berusia 7 tahun,menghafal surah Yassin dan berzanji.Bersekolah ketika berusia 12 tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir kemudian bertukar ke Sekolah Melayu Linggi untuk pengajian Arab dan Islam lanjut.Pada 1915,tamat Senior Cambridge,menjadi pemuda Melayu pertama dari Negeri Sembilan yang menamatkan tingkatan 1 ke Senior Cambridge dalam tempoh 6 tahun. Beliau mula menulis dengan serius ketika berkhidmat sebagai guru sandaran di Johor Bharu pada tahun 1916.Rencana pertamanya berjudul “Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling” telah diterbitkan sebanyak 2 kali oleh Utusan Melayu.Ketika berkhidmat di Koleh Latihan Sultan Idris beliau memusatkan usahanya menggabung tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu dan menggunakan aturan tatabahas a tersebut dalam penerbitan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum. Perkahwinan pertama beliau pada tahun 1917 tidak kekal tetapi mempunyai seorang anak perempuan yang dibesarkannya kemudian beliau berkahwin dengan Fatimah Umar.Beliau meneruskan penulisannya dan usaha pertamanya Umbi Kemajuan diterbitkan pada tahun 1932.Beliau aktif dalam khidmat masyarakat termasuk menjadi penasihat umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya pada 1937 dan pada 1945 menjadi sebagai Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor.Tahun 1946,di kongres beliau menentang pembentukan Malayan Union kemudian dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi jawatankuasa penggubal rang piagam UMNO dan

menamatkan kerjaya politiknya selepas piagam UMNO diterima dan diluluskan. Pada tahun 1947,berkhidmat sebagai pensyarah Bahasa Melayu di Universiti London.Bersara daripada perkhidmatan kerajaan ketika berusia 55 tahun.Pada tahun 1953,beliau dilantik sebagai pensyarah senior di Jabatan Pengajian Melayu(Malay Study Department(JPM)) di Universiti Malaya,Singapura.Bersama dengan Ungku Aziz,beliau mengatur pembentukan pertubuhan Bahasa Melayu Universiti Malaya.Beliau menduduki peperiksaan akhir kursus luar Universiti London dan menerima Master of Arts Second Class (Lower) ketika berusia 59 tahun.Menerima gelaran pendeta secara rasmi dalam bentuk songkok pada 1956,dalam kongres penulisan dan Bahasa Melayu ke-3 di Johor Bharu.Pada tahun 1962 beliau bersetuju menerima anugerah pingat Manku Negara yang membawa gelara Tan Sri. Beliau dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dengan bintang Panglima Mangku Negara(gelaran Tan Sri).Mendapat ijazah Doktor Kehormat Persuratan pada Konveseyen Pertama Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1973 dan dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu.Tan Sri Dr Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau Za’ba meninggal dunia pada 23 Oktober 1973 ketika berusia 78 tahun.Za’ba cenderung menulis ke arah penulisan tentang budi pekerti dan agama.Sumbangan karya-karyanya dalam aspek agama dan budi pekerti memberi satu paradigma kepada pembaca khususnya orang Melayu.

Umumnya setiap orang mengetahui bahawa setiap yang baik itu akan mendatangkan kebaikan dan yang buruk pula akan mendatangkan keburukan.Setiap orang amat faham dan sedar sepenuhnya prinsip ini bahkan lebih jauh dari itu orang dapat mempercayai bahawa yang baik akan mencapai kemenangan dan yang buruk tentu akan menemui kekalahan dan kehancuran juga akhirnya.Firman Allah S.W.T dalam Surah Isra’ ayat 81. “Dan katakanlah:Telah datang kebenaran(Islam) dan lenyaplah perkara yang salah(kufur dan syirik);sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.” Memahami prinsip inilah maka semua orang tidak menyukai kepada yang buruk dan inginkan kepada yang benar dengan kata lain pada umumnya setiap orang mempunyai tujuannya yang baik dan hanya sedikit mereka yang mempunyai tujuan yang buruk.Walaupun dari satu ketika buruk dan baik itu kadangkala menurut pandangan dan pendapat masing-masing dan sememangnya juga kadang-kadang pandangan yang satu dengan yang lain berbeza serta saling berlawanan.Tetapi apa yang jelas kepada kita semua ialah hampir semua orang mempunyai tujuan yang dianggapnya baik atau benar serta berbangga dengan idea yang mereka anggapkan baik atau benar. Kenyataan yang ada pada masyarakat manusia hari ini,walaupun boleh dikatakan hampir setiap orang mempunyai tujuan yang baik dan benar tetapi reality dan kewujudan dari tujuan yang baik atau benar itu belum tentu benar-benar baik.Niat yang baik sahaja kadang-kadang belum

merupakan jaminan bahawa reality dari kebanyakan yang diniatkannya itu betul-betul baik.Inilah sebenarnya merupakan salah satu gejala kepada umat manusia hari ini andainya jauh dari bimbingan Illahi,maka banyak yang tertipu dan terpedaya dengan seribu kepalsuan ini,dan ini sekiranya kita mempunyai langkah-langkah pincang dan tempang dalam meletakkan realiti hidup maka sepanjang hayat kepincangan yang tempang itu tidak akan terubat. Kita sering menyaksikan pelbagai amalan hidup dalam masyarakat betapa banyak orang yang menurut keyakinan mereka bertujuan baik tetapi di dalam penyataan,dalam amalannya,apa yang mereka kerjakan amat jauh dari norma-norma baik,amal perbuatan mereka penuh dengan serba kemungkaran dan kebatilan.Sepatutnya sebagai seorang muslim dan mukmin,jadikanlah kedewasaan kita itu lebih kritis yang pandai menimbang dan berfikir dengan lebih matang. Orang yang berkata bahawa tujuannya baik,perlu diuji apakah yang dikatakan baik itu,baik dalam erti yang sebenar berdasarkan norma-norma yang dapat dipertanggungjawabkan,atau sebaliknya yang dikatakan baik di situ tidak lain hanyalah yang palsu yang menurut angkara nafsunya yang tamak.Jika ternyata kebenaran atau kebahagiaan yang dilaung-laungkan itu adalah suatu palsu,maka tidak akan ada kebaikan yang dapat diharapkan padanya,sebab yang jahat tetap akan jahat dan yang palsu pasti palsu juga sekalipun cara yang ditempuhnya dengan cara yang terpuji.Lebih-lebih lagi jika ianya dicapai dengan cara kotor dan penipuan.Demikianlah bentuk-

bentuk penipuan rasuah,kezaliman,hasad dengki,penyalahgunaan kuasa dan sebagainya akan tetap merupakan perbuatan-perbuatan yang buruk dan tercela dan mungkin perbuatan tersebut dicapai dengan cara yang baik dan terhormat. Kebenaran dan kebaikan yang dipalsukan atau yang dinilaikan sendiri oleh manusia tanpa berpandukan ajaran Illahi adalah sebenarnya ditimbulkan dan dilakukan oleh orang-orang yang melampau dan takbur kerana semata-mata mereka mahukan kekayaan atau kesenangan hidup did unia ini.Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Alaq ayat 6-8. “Sebenarnya manusia itu bersifat melampau dan takbur kerana melihat dirinya mempunyai harta kekayaan.Sesungguhnya kepada Tuhanmulah kembali(manusia).” Allah itulah yang mengurniakan kekayaan kepada manusia sebagaimana Dia menciptakan merek,memuliakan mereka,dan mengajarkan ilmu pengetahuan kepada mereka,tetapi manusia pada umumnya kecuali yang dilindungi imannya,tidak bersyukur apabila mereka diberi nikmat yang menjadikan mereka kaya iaitu punca yang telah mencipta dan memberi ilmu pengetahuan kepada mereka,mereka bertindak melampau,sombong dan takbur sedangkan sepatutnya mereka mengenal Allah dan bersyukur kepadanya. Allah S.W.T mengajar salah satu dasar keimanan itu ialah kembali kepadaNya,yang Maha Kuasa,iaitu keosep balik kepada Allah S.W.T dalam segala perkara dan urusan,dalam segala niat dan tindakan kerana di sana

tidak ada tempat kembali yang lain dari Allah.Hak kepada Allah sahaja pulangnya manusia yang soleh dan manusia yang jahat,manusia yang taat dan manusia yang menderhaka,manusia yang benar dan manusia yang batil,manusia yang baik dan manusia yang fasik,manusia yang kaya dan manusia yang miskin.Hanya kepada Allah jua kembalinya manusia terlampau angkuh yang merasa dirinya sudah kaya.Segala-galanya akan kembali kepada Allah kerana dari Allah mereka bermula dan kepada Allah juga mereka berakhir. Sebenarnya yang menjadi kunci untuk sampai kepada kehidupan yang baik dan benar di sisi Allah itu ialah kehidupan yang baik yang diasaskan di atas mahligai iman dan amal soleh.Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Nahl ayat 97. “Barangsiapa mengerjakan amal soleh,samada lelaki dan perempuan dalam keadaan beriman, tentulah akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik,dan tentulah akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”

BIBLIOGRAFI

1.

Abdul Jalil Hassan,1989:3.Falsafah dan pengetahuan islam. Kuala

Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. 2.

Hasbullah Bakry,1964:5.Systematik Filsafat.solo:Penerbit Ab-Sitti

Sjamsijah 3.

Sidi Gazalba,1974:17.Sistematika Filsafat:pengantar kepada dunia

Filsafat,Teori pengetahuan,Metafizik,Teori Nilai.Kuala Lumpur:Utusan Melayu Bhd. 4.

Al Syaibani,1991:25.Falsafah pendidikan Islam(terjemahan Hasan

Langgulung).Shah Alam:Hizbi 5.

Hassan Langgulung,1991:41.Asas Asas Pendidikan Islam.Shah

Alam:Hizbi 6.

Wolff,1992:5.About Philosophy.New Jersey:Prentice Hall,Inc

Related Documents


More Documents from "sdsfwrf34frqWT4FF"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48