Write-up P&p

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Write-up P&p as PDF for free.

More details

  • Words: 8,751
  • Pages: 45
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengertian Psikologi Pendidikan Perkataan psikologi berasal daripada dua perkataan Greek, iaitu “Pyche” bererti jiwa dan “logos” bererti kajian terhadap sesuatu.Mengikut William (1960),psikologi ialah satu cabang kajian saintifik tentang tingkah laku dan aktiviti manusia. Tingkah laku manusia merupakan perlakuan ketara yang bertindak balas terhadap persekitaran dan segala pemikiran serta perasaan di dalam diri seseorang. Seterusnya, pendidikan bertujuan untuk memperkembang mental dan kebolehan individu untuk menjadi insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berguna demi memberi sumbangan dan memupuk kesejahteraan masyarakat.

Secara kesimpulannya, psikologi pendidikan

merupakan satu bidang kajian saintifik atas tingkah laku murid yang dapat membantu guru memahami murid dan membimbingnya dalam pembelajaran serta menambahkan keberkesanan pengajaran guru. Tujuan dapat dicapai sekiranya, mata pelajaran ini meninjaukan suasana, faktor dan keadaan murid yang mempengaruhi pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran, maklumat dan teori pengajaran yang diperoleh daripada pengalaman dan kajian yang lain. Selain itu, psikologi pendidikan berperanan membekalkan guru dengan maklumat tentang pembelajaran murid dari segi minat, motivasi, pemikiran, ingatan, perbezaan individu dan sebagainya serta pelbagai kaedah mengajar dan pengurusan kelas. Tumpuan utama ialah bagaimana murid belajar dan bagaimana guru dapat menyampaikan pelajaran dengan berkesan. Guru juga perlu didedahkan

kepada

konsep

psikologi

perkembangan,

psikologi

pembelajaran,

pembentukan personaliti dan psikologi sosial. Psikologi pembelajaran merangkumi pelbagai mazhab teori pembelajaran, kaedah pengajaran, proses perkembangan mental dan sikap, pengelolaan dan pengawalan kelas untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Bidang ini juga menumpukan keupayaan mental manusia seperti pemikiran, penanggapan, penaakulan, ingatan, kreativiti dan perbezaan individu dari segi kecerdasan, sikap dan minat.

-1-

Pendidikan akan menyediakan pengalaman bagi seseorang individu. Dengan pengalaman ini, perubahan tingkah laku individu itu akan berlaku. Oleh itu, psikologi pembelajaran merupakan kajian tentang proses dan ciri-ciri pembelajaran yang membawa kepada perubahan tingkah laku seseorang individu. Psikologi pembelajaran akan mengkaji maksud sebenar pembelajaran.

Bagi seseorang yang biasa,

pembelajaran hanya bermakna memperoleh kemahiran membaca, mengeja atau mengira.

Sebenarnya, pembelajaran adalah lebih daripada ini.

Kanak-kanak akan

mempelajari nilai kebudayaan, peranan jantina yang sesuai, minat, kebolehan dan perwatakan. Selain daripada itu, mereka belajar supaya mengasihi dan berkeyakinan. Ahli psikologi pembelajaran akan mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan pembelajaran seperti ciri-ciri pembelajaran, prinsip-prinsip pembelajaran, proses pembelajaran. Jenis-jenis pembelajaran dan teori-teori pembelajaran. Kajian ini dapat membantu guru merancang proses pembelajaran dan pengajaran secara fleksibel dan wajar untuk setiap situasi yang tertentu.

Sebagai kesimpulan, adalah jelas sekali

bahawa mutu pengajaran dan pembelajaran akan meningkat apabila wujud kajian psikologi pembelajaran.

-2-

2.0 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN Pembelajaran adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaj sama ada di institusi pendidikan formal atau pendidikan tidak formal. Pembelajaran adalah proses yang dianamik yang mana pelajar perlu merangsang dirinya sendiri atau dirangsang dan dibimbing kea rah mencapai matlamat pembelajaran yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Pembelajarn dirujuk kepada proses perolehan tabiat, sikap dan pengetahuan. Proses ini melibatkan seseorang individu dalam menyiapkan sebrang tugas yang dihadapinya. Pembelajaran juga adalah sebahagian daripada proses penyesuaian diri dalam keadaan atau situasi yang berbeza daripada yang sebelumnya. Pembelajaran yang berlaku dapat dilihat atau dibuktikan pada tingkah laku pelajar. Ahli psikologi pembelajaran berusaha sedaya upaya untuk menerangkan proses manusia itu belajar atau mengubah tingkah laku yang sedia ada pada diri mereka. Berdasarkan perkembangan sejarah teori dan penyelidikan yang dijalankan,pendapat dan penemuan ahli-ahli psikologi dapat dikelompokkan kepada aliran atau mazhab yang khusus. Tiap-tiap aliran atau mazhab tersebut mengutarakan pandangan mereka sendiri berkenaan proses manusia belajar. Penelitian pada teori-teori yang dikemukakan amat penting untuk memahami perlkuan para pelajar. Para guru dan ibu bapa dapat mengambil manfaat daripada teori-teori yang dikemukakan. Bagi memudahkan penghuraian seperti yang dilakukan oleh kebanyakan penulis, teori-teori pembelajaran tersebut dapat dibahagikan kepada teori pembelajaran behaviourisme, humanistic, sosial, psikoanalisis dan kognitif. Setiap teori yang dikemukakan akan menghuraikan dengan terperinci berkenaan proses pembelajaran yang berlaku.

-3-

3.0 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL Teori Pembelajaran Sosial berdasarkan pendekatan behavioris atau teori pembelajaran tetapi menekankan pembelajaran berdasarkan faktor sosial. Pendirianya ialah manusia berfikir dan bertingkah laku melalui pemerhatian terhadap orang lain dan meniru tingkah laku yang boleh memberi manfaat kepadanya. Selain itu, teori pembelajaran sosial ini juga dikenali sebagai teori neobehavioris. Ia turut mengemukakan teori peneguhan behavioris dengan psikologi kognitif dalam pembelajaran. Menurut teori ini, dalam proses pembelajaran yang sistematik ,pelajar menggunakan pemikiran dalaman dan bukan semata-mata bergantung kepada pelaziman klasik atau operan. Teori pembelajaran sosial menyarankan pembelajaran berlaku melalui proses pemodelan atau pembelajaran pemerhatian.Ramai ahli psikologi berpendapat bahawa teori pembelajaran sesungguhnya meliputi aspek bukan sahaja tingkah laku manusia yang nyata tetapi juga meliputi aspek pemikiran dalaman seperti yang disarankan oleh ahli psikologi kognitif. Salah seorang daripada pelopor teori pembelajaran sosial adalah Albert Bandura yang mensintesiskan perkara-perkara telah dinyatakan oleh beliau.

-4-

3.1 Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura

Albert Bandura merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal berdasarkan teori pembelajaran sosial dan teori modelnya. Beliau dilahirkan dilahirkan pada 4 Disember 1925 di Mundare, Alberta Canada. Apabila meningkat dewasa beliau menuntut di University of British Columbia di Vancouver dalam jurusan psikologi. Seterusnya pada tahun 1949 beliau telah berjaya menamatkan pengajian dengan Anugerah Bolocan dalam bidang psikologi. Hasil usaha gigihnya, Albert Bandura telah di anugerahkan M.A dan Phd dari Universiti of Lowa pada tahun1952. Beliau juga telah berjaya menerbitkan buku yang bertajuk Social Learning Theory. Teori yang dikemukakan oleh beliau ialah teori pembelajaran sosial. Teori ini menyarankan pembelajaran sebagai perolehan tingkah laku sebagai prestasi yang dapat diperhatikan. Mengikut Bandura, manusia adalah insan yang berkemampuan berfikir untuk memilih haluan sendiri. Beliau berpendapat bahawa teori behavioris memberikan penerangan yang kurang lengkap tentang tingkah laku manusia.Teori pembelajaran sosial menekankan kepentingan peranan pengalaman (orang lain),simbol dan pengawalan kaedah pemodelan atau pembelajaran pemerhatian dalam proses pembelajaran. Pada tahun 1963, Bandura telah membuktikan bahawa kanak-kanak menjadi lebih agresif (suka berkelahi) setalah menonton model yang agresif

-5-

menerusi televisyen, wayang atau kartun yang menunjukkan unsur-unsur keganasan. Pelbagai lagi contoh yang dapat menunjukkan bahawa manusia dan haiwan dapat belajar dengan memerhatikan cara orang lain atau haiwan lain membuat sesuatu. Bahkan pemerhatian model merupakan suatu proses penting dalam pembelajaran, terutama sekali apabila kita belajar berbuat sesuatu buat pertama kali misalnya, menulis, berenang, menunggang basikal dan bermain alat muzik.Melalui pemodelan,kita bukan sahaja dapat menunjukkan sesuatu tingkah laku tetapi juga dapat menduga apa yang akan berlaku kepada kita setelah mempamerkan tingkah laku itu dalam situasi. Misalnya, sekiranya seorang murid itu melihat rakannya dimarahi oleh guru kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik, ia akan berhati-hati menyemak kerjanya sebelum menyerahkan kepada guru. Pembelajaran beberapa

persamaan

melalui dengan

pemerhatian pelaziman.

atau

pemodelan

Misalnya,

mempunyai

peneguhan

dalam

permodelan boleh mendorong pembelajaran. Namun, pemodelan bukan merupakan satu perbuatan meniru kerana murid melakukan tingkah laku yang serupa tetapi bukan menunjukkan tinglah laku pendua. Pemodelan boleh digunakan untuk mencapai tiga kesan.Pertama,untuk mengajar tingkah laku yang baru. Kedua menggalakkan pengukuhan ingkah laku yang lama. Ketiga, untuk mengukuhkan atau melemahkan sesuatu halangan yang bertujuan untuk membantu murid mengatasi perasaan takut atau malu. Kita dapat mempelajari banyak perkara melalui pemerhatian atau mengikut model yang ditunjukkan oleh orang lain. Pemerhatian merupakan satu proses pemebelajran yang berkesan terutamanya bagi kanak-kanak. Biasanya kanak-kanak melakukan sesuatu buat pertama kali melalui pemerhatian terhadap model,misalnya menggosok gigi, menulis dan sebagainya. Melalui pemodelan,kita belajar cara melakukan sesuatu tinglah laku itu ditunjukkan. Misalnya kita akan memberhentikan kenderaan apabila melihat lampu isyarat merah kerana kita pernah melihat orang lain disaman oleh polis kerana kesalahan tidak mematuhi isyarat lampu merah.

-6-

Pembelajaran melalui pemerhatian terhadap model digunakan untuk mengajar tingkah laku yang baru, menggalakkan atau mengembangkan tingkah laku yang lama, serta mengukuhkan atau melemahkan sesuatu penghalang untuk mengatasi masalah seperti segan dan takut. a) Memperolehi tingkah laku baru Murid-murid

mempelajari

banyak

tingkah

laku

baru

daripada

sekolah,misalnya bahasa asing, kemahiran amali sains, kemairan permainan dan sukan. Murid-murid mempelajari tingkah laku ini daripada guru dan rakan-rakan sebaya. b) Menggalakkan tingkah laku lama Memerhatikan tingkah laku orang lain dapat menggambarkan kepada kita tingkah laku lama yang mana dapat digunakan. Misalnya, cara yang betul menulis sepucuk surat rasmi, menyusun kerusi dewan dan cara membawa diri dalam suatu perhimpunan ramai. c) Mengukuh atau melemahkan penghalang Sekiranya murid-mrid dalam sebuah kelas melihat kawan mereka melakukan kesalahan dan kawan mereka itu tidaak dikenakan denda, mereka mungkin akan mempelajari perlakuan yang tidak baik itu. Akan tetapi, apabila guru memberi hukuman kepada murid yang melakukan kesalahan itu, khususnya jika murid itu seorang ketua kelas, maka kesan itu dapat dirasai oleh semua murid lain dan seterusnya dapat menghalang tingkah laku serupa itu daripada berlaku lagi.

-7-

3.2 Ciri-ciri Teori Permodelan Bandura Terdapat beberapa ciri yang dapat di kenal pasti melalui teori pembelajaran sosial ini. Antaranya ialah : a) Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan. b) Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan teladan. c) Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. d) Proses

pembelajaran

meliputi

pemerhatian,pemikiran,peringatan,

peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.

Menurut Bandura dalam teorinya, peniruan yang dilakukan wujud dalam tiga bentuk seperti berikut : a) Meniru secara langsung Melihat model sendiri atau tidak secara langsung iaitu dengan menonton filem video, mendengar huraian atau melihat gambar. Contohyan kanakkanakmeniru ibu bapa atau guru dari segi berpakaian,pertuturan , gaya berjalan dan sebagainya. b) Peniruan melalui sekatlakuan dan tidak sekatlakuan Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi A tetapi tidak sesuai dalam situasi B. Contohnya,murid yang boleh bersorak-sorak

di

kantin

ketika

memanggil

rakan

tidak

boleh

melakukannya di dalam bilik darjah. Ini dipelajari oleh murid-murid disebabkan

adanya

peraturan-peraturan

bilik

menyebabkan hukuman jika amalan itu berlaku.

-8-

darjah

yang

boleh

Murid–murid juga meniru melalui tidak sekatlakuan. Hal ini bermakna, murid–murid akan terus meniru amalan ini dipelajari bahawa tindakan sorak–menyorak tidak sesuai di dalam kelas tetapi kali ini dengan guru yang baru, amalan itu tidak dihukum, murid - murid berkenaan akan mula menjeritkan jawapan.Maka inilah merupakan peniruan melalui tidak sekatlakuan. c) Peniruan melalui elisitasi Dalam proses elisitasi, seseorang individu akan turut melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun mengetahui bagaimana melakukan sesuatu tindakan yang dilakukan oleh orang itu. Contohnya, apabila seseorang murid lain membaca buku cerita di dalam kelas, Zul pun turut melakukan perkara yang sama. Keinginannya untuk membaca timbul selepas melihat murid lain membaca.Sekiranya tidak ada murid yang membaca keinginan Zul untuk melakukan perkara tersebut tidak wujud atau timbul. Maka, satu-satu gerak balas seseorang individu hanya timbul setelah memerhati gerak balas orang lain. Bandura juga ada menyatakan bahawa, peniruan hanya akan berlaku jika :

a) Perhatian yang teliti diberikan kepada gerak balas yang hendak di contohi, sama ada melalui penglihatan, pendengaran atau penggunaan deria-deria.

b) Hasil pemerhatian disimpan dalam ingatan. c) Gerak balas yang ditimbulkan berdasarkan apa yang dilihat, dirasai dan didengari. d) Ganjaran diberikan bagi meneguhkan gerak balas itu.

-9-

Kemungkinan soalan akan ditanya, apakah setiap tingkah laku yang diperhatikan itu ditiru? Ianya bergantung sama ada gerak balas itu diberikan ganjaran atau tidak. Contohnya, apabila murid-murid yang berpakaian kemas selalu dipuji murid-murid laian akan mencontohi mereka, Sekiranya seseorang murid mencontohi amalan murid yang datang lambat, tindakan itu akan didenda. Dengan demikian, murid-murid lain tidak akan meniru tingkah laku murid yang datang lambat. Tindakan itu akan didenda. Dengan itu juga,murid-murid lain tidak akan meniru tingkah laku murid yang dikenakan hukuman. Dalam pembelajaran tiruan, perkara-perkara berikut seharusnya ada bagi menjamin keberkesanan pembelajaran. Antaranya ialah : a) Umur dan jantina model hendaklah sama dengan murid b) Status model adalah tinggi.Guru hendaklah mendapatkan kerjasama murid-murid yang popular untuk menunjukkan tingkah laku yang hendak menjadi model bagi keseluruhan kelas. c) Kesamaan model dengan subjek adalah penting d) Tingkah laku dan model yang diberikan ganjaran adalah lebih banyak ditiru dan memastikan tingkah laku positif diberi penguhan e) Subjek hendaklah bermotivasi untuk meniru sesuatu tingkah laku

3.3 Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Bandura Di dalam bilik darjah,keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai melalui beberapa cara. Penyampaian seseorang guru hendaklah cekap dan menarik agar menjadi role model yang gemar dan dicontohi oleh muridmurid.Oleh itu pakaian, tingkah laku dan bahasa pertuturan guru hendaklah baik. Demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar membolehkan pelajar menirunya dengan mudah dan tepat. Guru hendaklah menunjukkan contoh-contoh yang sesuai seperti hasil tangan, seni lukis atau

kemahiran

gimnastik atau permainan yang baik untuk ditiru oleh murid-murid.Hasilan guru atau contoh-contoh tersebut hendaklah bermutu tinggi sebelum dipamerkan

- 10 -

kepada murid-murid. Sekiranya kualiti yang dihasilkan tinggi,maka murid-murid akan mengikut contoh tersebut, malah ingin melakukannya dengan lebih baik lagi. Di samping itu, guru juga boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang menjadi role model untuk membuat demonstrasi dalam kelas atau di luar kelas. Seterusnya, selain menggunakan model hidup, murid-murid juga boleh belajar daripada model simbolik. Namun, penerangan guru tentang sesuatu hendaklah jelas dan jitu. Murid-murid juga belajar dari gambar, video, tayangan dan filem. Oleh itu, guru hendaklah memastikan tayangan video atau filem tidak mengandungi unsur-unsur keganasan yang boleh ditiru oleh murid-murid . Selain itu, guru boleh mengajar nilai murni dan watak-watak yang bersejarah dengan menggunakan teknik main peranan dan simulasi. Maka, guru boleh mewujudkan situasi-situasi tertentu bagi mengajar nilai-nilai murni,melakonkan watak dan sebagainya. Ia turut membantu menjimatkan kos, masa dan tenaga. Contohnya, melalui simulasi, satu-satu contoh mahkamah boleh diwujudakan bagi membuka peluang kepada murid-murid memerhati bagaimana satu-satu perbicaraan dijalankan. Dengan itu, murid-murid tidak perlu pergi ke mahkamah kerana ini memakan masa,wang dan tenaga. Teori pemodelan ini dapat menyumbangkan teknik mengubah tingkah laku. Guru boleh menggunakan teknik ini untuk mengubah tingkah laku yang tidak diigini kepada tingkah laku yang diingini. Dengan demikian, tingkah laku yang diingini hendaklah diberi pujian atau ganjaran.

Secara rumusnya, Bandura mengemukakan teori pemerhatian untuk menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak.Maka ia dikenali sebagai Teori Pemerhatian Bandura (teori peniruan atau permodelan)

- 11 -

4.0 TEORI PEMBELAJARAN HUMANIS Apakah teori pembelajaran humanistik? Psikologi humanistik mempunyai banyak pendekatan yang berbeza, berkongsi beberapa pegangan iaitu, manusia berbeza dengan haiwan, bercirikan kesedaran mereka sebagai insan yang unik mempunyai potensi yang unggul dan mereka sedaya upaya untuk mengembangkan potensi tersebut sepenuhnya. Bagaimana humanistik berfungsi dalam bilik darjah? Pendekatan humanistik menekankan ‘keseluruhan murid’ dengan kata lain, aspek emosi dan sosial kehidupan murid. Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara semulajadi untuk belajar, dengan syarat pengalaman pendidikan adalah bermakna.Pendekatan ini juga menekankan betapa pentingnya peranan guru dalam memberi sokongan dan mengambil berat, serta bergantung lebih kepada menerangkan sebab sesuatu perkara perlu dilakukan dengan cara tertentu. Teori ini juga berpendapat pembelajaran hanya bergantung kepada emosi dan perasaannya. Ia menegaskan setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu lain. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diaturkan mengikut kehendak dan perkembangan emosi murid-murid itu sendiri. Mengikut ahli psikologi humanis, setiap individu mempunyai keinginan mencapai kecemerlangan kendiri, maka guru perlu memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangankan lagi ke tahap optimum. Teori humanis mengiktiraf murid adalah manusia biasa yang mempunyai sikap,perasaan,emosi,kepercayaan dan harapan yang tertentu. Ciri-ciri yang berbeza di antara individu menyebabkannya sebagai kendiri yang unik. Justeru itu, teori pembelajaran humanis menegaskan kepentingan cara pengajaran dan pembelajaran yang dapat mematuhi kehendak individu mengikut perkembangan emosinya.Sebagai perbandingannya, mazhab behavioris kadang-kadang menetapkan sesuatu proses pengajaran yang sesuai digunakan untuk menyampaikan sejenis isi kandungan bagi segolongan murid dalam keadaan yang tertentu. Maka, hasil pembelajaran biasanya dianggap dapat diramalkan dahulu mengikut objektif pelajaran. Akan tetapi mazhab humanis tidak setuju dengan haluan proses hasil itu serta pemberatan yang diberikan

- 12 -

kepada keputusan pembelajaran yang dapat disukat dengan ujian tara. Bahkan humanisme mementingkan keunikan murid dan kewibawaan guru serta aspek afektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4. 1 Teori Pembelajaran Humanis Carl Rogers

Carl Rogers dilahirkan pada 8 Januari di Oak Park, Ilinois pada tahun 1902 dan meninggal dunia pada 4 Febuari 1987 di California. Beliau menuntut di University of Wisconsin, Madison dan turut menerima BA Sejarah dari universiti yang sama. Selain itu, beliau berjaya mendaptkan MA dari Columbia University Teachers College. Pada tahun 1954, beliau telah mnerbitkan sebuah buku yang bertajuk Psychotherapy and Personality Change bersama rakan-rakannya. Carl Rogers juga telah menerima anugerah pertama APA Distinguished Contribution Pendekatan humanis terhadap pembelajaran yang diutamakan oleh Carl Rogers (1951) berhubung kait dengan personaliti dan tingkah laku pelajar. Saranan pertamanya dikenali sebagai terapi tumpuan orang (juga disebut terapi berpusat klien). Teori ini menganggap seorang guru sebagai penasihat kaunseling, tetapi bukan memberi nasihat atau menyelesaikan masalah bai klien (murid), malah membantu klien mengenal pasti masalahnya, bertindak terhadap masalah itu dan menuju ke arah penyelesaian. Saranan keduanya dikenali sebagai fenomenologi yang melambangkan penaruhan

perhataian

terhadap

individu,

- 13 -

bukan

semata-mata

mengikut

anggapan yang difikirkan benar.

Fenomenologi mementingkan pandangan

peribadi individu terhadap persekitarannya. Saranan ketiga Carl Rogers ialah humanisme yang berkaitan dengan nilai manusia, keindividuan,perikemanusian dan hak individu untuk menentukan tindakan peribadi. Justeru,potensi perkembangan manusia untuk mencapai sempuna kendiri sangat dipentingkan.

4.1.1

Objektif teori humanis

Carl Rogers menggunakan pendekatan tanpa arah. Hal ini bermakna Rogers mendorong

kliennya

meluahkan

perasaan-perasaan

serta

interpretasi-

interpretasi terhadap peristiwa-peristiwa yabg dialaminya. Carl Rogers hanya mengambil perana duduk, mendengar secar aktif serta menggunakan teknik refleksi idea dan perasaan dalam sesi-sesi terapi . Teori humanis menekankan objektif-objektif berikut :

a) Meningkatkan arah kendiri dan kebebasan murid-murid dalam setiap perbuatan yang dilakukannya.

b) Membantu

murid-murid

agar

lebih

bertanggungjawab

untuk

menentukan apa yang ingin mereka pelajari.

c) Meningkatkan daya cipta murid-murid dalam melakukan aktiviti yang digemarinya.

d) Memperkembangkan minat mereka dalam bidang seni agar lebih kreatif dan berinovatif. e) Meningkatkan naluri ingin tahu murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

- 14 -

4.1.2

Ciri utama Teori Pembelajaran Carl Rogers

Fenomenomologi Carl Rogers menyarankan setiap individu mengamati dunia itu dalam cara yang tidak dialami oleh orang lain. Oleh itu untuk memahami orang lain secara menyeluruh, perlulah kita mengambil kira pandangannya. Sejajar dengan hakikat ini, Rogers menegaskan pengajaran haruslah berpusat kepada murid. Guru pula haruslah mengambil peranan sebagai fasilitator pembelajaran, bukan semata-mata bersikap sebagai pengajar. Sebagai fasilitator pembelajaran, guru hendaklah bersikap penyayang, peka, jujur dan empatetik terhadap murid. Berikut merupakan beberapa ciri yang terdapat dalam teoripembelajaran yang disarankan oleh Carl Rogers :

a) Pengalaman

setiap

individu

adalah

fenemonologikal,

iaitu

pengalaman yang hanya dialami dan difahami oleh individu itu sendiri. Orang lain sukar hendak memahaminya.

b) Tingkah

laku

digerakkan

oleh

kehendak

untuk

mencapai

kesempurnaan kendiri. Hal ini kerana setiap individu mempunyai keinginan atau kecenderungn menjadi individu yang menyeluruh, sihat dan cekap melalui kawalan diri.

c) Tingkah laku seseorang dipengaruhi oleh realiti peribadinya. Cara yang paling baik untuk memahami tingkah laku seseorang ialah mengambil kira pendapat dirinya sendiri melalui komunikasi terbuka.

d) Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri atau pengertian kendiri. Kita bersikap sama seperti apa yang kita fikirkan sendiri. e) Konsep kendiri terbentuk oleh diri sendiri. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain. Kita mengetahui diri sendiri melalui

pengalaman

secara

langsung

pandangan orang lain terhadap kita.

- 15 -

serta

mengintegrasikan

4.1.3 Prinsip Teori Humanis Murid-murid akan belajar apa yang mereka kehendaki dan apa yang mereka ingin tahu. Keinginan untuk belajar dan mengetahui bagaimana hendak belajar adalah lebih penting daripada pemerolehan fakta-fakta. Penilaian yang dibuat oleh murid-murid sendiri lebih bermakna bagi dirinya. Perasaan murid-murid adalah sama penting dengan fakta. Mereka juga harus mempelajari bagaimana hendak merasa adalah sama penting dengan memepelajari bagaimana hendak berfikir. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar tidak berasa terancam. Suasana sosioemosi yang sihat dimana guru lebih memuji daripada mengkritik dan lebih membimbing daripada memarahi hendaklah diwujudkan. Murid akan belajar dengan lebih berkesan jika harga dirinya tidak tergugat. Setiap individu merupakan pusat kepada pengalaman perubahan dunia yang berterusan. Maksudnya, setipa orang mempunyai pengalaman peribadi dalam persekitarannya dan ia sukar difahami oleh orang lain. Misalnya, sukar bagi kita memahami perasaan orang lain. Selain itu, organisma bertindak balas terhadap sesuatu medan mengikuti pengalaman dan pengamatannya terhadap sesuatu medan itu. Medan pengamatan ini merupakan reality kepada individu itu.Oleh kerana

pengalaman

adalah

peribadi,

seterusnya

realiti

juga

adalah

peribadi.Bahkan apa yang dirasakan kepada seorang tidak semestinya dianggap benar oleh individu yang lain. Hal ini disebabkan perbezaan tingkah laku antara orang (murid) kadang-kadang berpunca daripda berlainan konsep terhadap relaliti. Setiap organisma mempunyai kecenderungan mencapai sesuatu yang sempurna

kendiri.

Organisma

tersebut

berusaha

mencapai

pelbagai

matlamatnya.Motivasi ini membolehkannya dapat mengawal diri dan menuju ke arah yang sihat. Walaupun demikian, sekali-sekala seseorang mungkin melibatkan diri dalam kegiatan kurang sihat disebabkan pengaruh persekitaran. Kefahaman tingkah laku seseorang seelok-eloknya diperolehi daripada rujukan dalam individu itu. Hal ini kerana, reality seseorang adalah persendirian dan peribadi. Justeru itu kefahaman hanya dapat diperolehi melalui komunikasi. Bahkan teknik kaunseling tumpuan orang menggalakkan komunikasi secara terbuka.Struktur kendiri terbentuk daripada interaksi dengan persekitaran dan

- 16 -

penilaian pula diperolehi daripada interaksi dengan orang lain. Apabila seseorang menerima maklum balas tentang dirinya sendiri maklumat itu digabungkan ke dalam konsep kendirinya. Justeru itu, penertian kendiri dipengaruhi oleh pendapat lain sebgai sangat baik, jahat, pandai, rajin, pemalu dan sebagainya menjadi sebahagian dirinya seperti diamati. Seterusnya, tingkah laku yang ditonjolkan oleh suatu organisma adalah selaras dengan konsep kendiri. Misalnya, seorang yang menganggap dirinya sebagai penyanyi handalan biasanya sanggup menerima jemputan ke pentas menyanyi dalam sesuatu himpunan. Sebaliknya, orang yang memikirkan dirinya tidak mempunyai bakat menyanyi akan segan untuk menyanyi di khalayak ramai. Secara ringkasnya, fenomenologi Carl Rogers menyarankan setiap individu mengamati dunia itu dalam cara orang lain secara menyeluruh,perlulah kita mengambil kira pandangannya. Sejajar dengan hakikat ini, beliau menegaskan pengajaran haruslah berpusat kepada murid. Guru pula haruslah mengambil peranan sebagai fasilitator pembelajaran, guru hendaklah bersikap penyayang, peka, jujur dan empatetik terhadap murid.

4.1.4

Implikasi Teori Pembelajaran Humanis Carl Rogers Pendekatan

teori

humanis

dalam

pendidikan

menitikberatkan

perkembangan persendirian individu dan sosial yang sihat. Ia berorientasikan terhadap

penemuan

dan

tidak

mementingkan

pembelajaran

resepsi

(penerimaan). Perasaan dan keinginan murid serta autonomi ialah untuk mencapai kesempurnaan kendiri bagi setiap individu. Pendek kata, teori humanis mengutmakan dua faktor penting dalam pemebalajaran iaitu, keunikan dan kepentingan seorang individu manusia dan penentangan terhadap pendekatan nyahinsani

(dehumanisasi)

pembelajaran.Penentangan

dan

sikap

humanis

juga

mekanik

menarik

mementingkan

terhadap

pemikiran

dan

perasaan murid dalam pembelajaran dan bukan semata-mata untukperolehan pengetahuan. Oleh itu,

- 17 -

strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berorientasikan individu,inkuiri penemuan , kerja praktik serta aktiviti pengayaan dan pemulihan dan guru perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dan pendorong.

PENEGASAN

1. Kesan efek

PENERANGAN

Penegasan terhadap perasaan dan pemikiran serta kurang kepada perolehan pengetahuan

2. Konsep kendiri

Penggalakkan perkembangan konsep kendiri yang positif

3. Komunikasi

Penumpuan

perhatian

atas

perkembangan

perhubungan manusia yang positif dan komunikasi yang jujur 4. Nilai peribadi

Pengiktirafan

kepentingan

nilai

peribadi

dan

perkembangan nilai yang positif

Jadual 1.0 : Penegasan Asas Menurut Pendekatan Humanis dalam Pendidikan

- 18 -

4.2 Teori Pembelajaran Humanis Abraham Maslow

Abraham Maslow dilahirkan pada 1 April 1908 di

Brooklyn, New York. Apabila

meningkat dewasa beliau telah melanjutkan pelajarannya di City College of New York (CCNY) dalam jurusan undang-undang. Namun beberapa tahun kemudian beliau telah bertukar ke University of Wisconsin kerana lebih berminat dalam jurusan psikologi. Hasil daripada ke[utusan itu, beliau telah menerima MA pada 1931, dan PhD pada 1934, dalam bidang psikologi dari University of Wisconsin. Beliau juga telah menjadi ‘The chair of the psychology Department’ di Brandeis dari 1951 hingga 1969. Sepanjang menjadi ahli psikologi beliau telah berjaya menulis buku The Organism.

4.2.1 Keperluan

Pendekatan Humanis Maslow ialah

kehendak

manusia

untuk

mempersembahkan

keadaaan

kekurangan manusia untuk mempersembahkan keadaan kekurangan, gangguan dan ketidak bimbangan dalam dirinya. Secara umumnya, keperluan manusia boleh diklasifikasikan kepada kepada keperluan fisiologi dan keperluan psikologi. Keperluan fisiologi merupakan merupakan keperluan asas yang lahir daripada kekurangan organik seperti keperluan makanan dan minuman, oksigen kepuasan deria, tidur dan rehat dan pembuangan. Manakala keperluan psikologi merupakan keperluan sekunder yang dilahir daripada perhubungan dan interaksi di antara orang dalam pelbagai persekitaran. Keperluan sekunder meliputi keperluan keselamatan,

- 19 -

kasih sayang, penghargaan kendiri, kesempurnaan kendiri serta keperluan maklumat dan keperluan estetika. Abraham Maslow (1970) berpendapat bahawa seorang individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder. Maslow juga menerangkan tentang motivasi yang berasaskan keperluan, di mana apabila keperluan sesuatu peringkat dipenuhi, keperluan pada peringkat yang lebih tinggi pula akan muncul. Hieraki keperluan Maslow

menggunakan teori untuk

menerangkan motivasi manusia. Beliau berkata bahawa jika kita mengalami keperluan yang belum memuaskan, maka kita akan terasa tegang. Rasa tegang ini akan menyebabkan kita mencapai matlamat kita supaya kita dapat mengurangkan ketegangan kita. Berdasarkan kepercayaan ini, Maslow mengembangkan suatu hieraki tujuh keperluan.

Estetika Keperluan untuk mengetahui Keperluan untuk kesedaran diri Keperluan untuk harga diri Keperluan untuk kasih sayang dan rasa kepunyaan Keperluan untuk keselamatan Keperluan fisiologi

Rajah 1 : Hieraki Tujuh Keperluan

- 20 -

Maslow telah mengklasifikasikan empat keperluan pertama iaitu keperluan fisiologi, keperluan untuk keselamatan, keperluan untuk rasa kasih sayang kepunyaan dan keperluan untuk harga diri. Keperluan pertama adalah sebagai keperluan kekurangan dan berhujah bahawa semua manusia mengalami keperluan tersebut. Jika tidak memenuhi keempat-empat keperluan pertama ini, maka motivasi kita untuk memuridi subjek pada hari tersebut boleh dihadkan secara besar. Jika salah seorang murid kita rasa seperti tidak disayangi dan tidak sukai oleh ibu bapanya, maka dia akan mendapati kesukaran untuk memenuhi keperluan pengetahuan, estetik dan penyempurnaan kendiri. Keperluan utama ini diperlukan Tiga keperluan yang akhir diklasifikasikan sebagai hidup atau keperluan pertumbuhan, seperti keperluan kekurangan,motivasi bertambah untuk memuaskan keperluan hidup. Namun demikian, keperluan hidup tidak boleh dipuaskan sepenuhnya. Ketika keperluan hidup dipenuhi secara sementara. Maka motivasilah akan bertambah untuk mencari lebih banyak kepuasan (Henson & Eller, 1999). Biasanya orang yang berusaha mengejar dan memenuhi keperluan penyuburan seperti menggunakan bakatnya dalam menyempurnakan kendirinya, memperoleh ilmu pengetahuan dan menceburinya dalam bidang estetik adalah orang yang telah berjaya mengatasi semua kekurangnya. Hal ini bermakna, hanya semua keperluan dalam kategori keperluan kekurangan telah dipenuhi, barulah manusia akan cuba sedaya upaya dan berusaha menggunakan potensinya untuk memenuhi kekurangan dalam keperluan terakhir. Berikut merupakan penerangan tentang setiap hieraki keperluan yang telah dibina oleh Maslow :

Keperluan

Penerangan

Keperluan fisiologi Makanan, minuman, tidur dan perlindungan Keperluan keselamatan keinginan untuk keselamatan Keperluan untuk rasa kasih sayang kasih sayang dan rasa diperlukan dan kepunyaan Keperluan untuk harga diri

Hormat diri, rasa kecukupan kecekapan

Jadual 1.1 : Hieraki Keperluan Pertama Maslow

- 21 -

Keperluan

Penerangan

Estetika

keperluan

untuk

mengalami

dan

memahami

Keperluan

keindahan untuk rasa ingin tahu, keperluan untuk hidup di dunia

mengetahui Keperluan

untuk berusaha untuk menggunakan secara penuh dan

kesedaran diri

mengeksploitasikan bakat dan keupayaan Jadual 1.2 : Hieraki Keperluan Terakhir Maslow

4.2.2

Implikasi Teori Pembelajaran Humanis Abraham Maslow

Melalui segala pendapat yang dikemukakan oleh Abraham Maslow dapatlah kita menjadikannya sebagai rujukan dalam mengaplikasikan dalam kehidupan. Sebagai guru kita harus mewujudkan suasana [embelajaran yang selesa, selamat dan terjamin agar murid-murid mempunyai tahap azam kendiri dan rasa bertanggungjawab terhadap pembelajaran senidir. Selain itu, guru-guru harus berpegang pada kepercayaan bahawa setiap kanak-kanak boleh belajar dengan baik di sekolah, tanpa mengambil kira latar belakang nereka yang berbeza-beza. Dengan kepercayaan ini, guru-guru akan berikhtiar untuk bekerja keras dan murid-murid juga akan dimotivasikan untuk belajar dan mendapat pencapaian yang baik. Walau bagaimanapun, guru-guru tidak harus menekankan motivasi luaran seperti ganjaran luaran yang tidak membawa hasil yang dinginkan. Seterusnya, golongan pendidik perlu sentiasa menggunakan motivasi dalaman

dalam

pengajaran

mereka.

Bahan-bahan

dan

aktiviti-aktiviti

pembelajaran haruslah berkaitan dengan minat dan rasa ingin tahu murid. Sebagai contoh, guru boleh menghubung kaitkan murid dan kehidupan murid, menggunakan nama murid, membina bahan pembelajaran yang jelas dan menarik dan sebagainya. Permainan dan teka silang kata boleh digunakan untuk mencetuskan minat dalaman dan merangsang minda. Muridan atau aktiviti pembelajaran haruslah distrukturkan dengan cara yang mudah supaya murid

- 22 -

dapat mengikutinya. Ia haruslah distrukturkan mengikut tahap pengetahuan dan kemahiran murid malah guru-guru juga harus melyami keperluan murid termasuk keperluan untuk azam sendiri. Guru-guru boleh menugaskan murid untuk melakukan tugas penting seperti mengedar buku dan kertas, menjaga sudut bacaan dan lain-lain.

5.0 TEORI PEMBELAJARAN DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM Menurut sudut pandangan Islam, teori pembelajaran adalah berdasarkan kepada tiga kata kunci iaitu :

a) Ya’ qilun

: Akal

b) Yatafakkarun : berfikir c) Yasma’un

: dengar

Dalam proses pembelajaran ketiga-tiga unsur ini penting dalam menimba ilmu pengetahuan. Akal diperlukan bagi memikirkan sesuatu perkara yang dipelajari dan diperolehi melalui cara mendengar dan memahami segala yang disampaikan. Menurut Dr. Yusuf Al-Qardhawi (1984) pembelajaran adalah akidah yang berdasarkan ilmu pengetahuan bukan berdasrkan penyerahan diri secara membabi buta sahaja. Dalam Islam juga ada menyatakan bahawa menuntut ilmu ini merupakan ibadah yang umum iaitu ibadah fardhu kifayah. Sekiranya dalam suatu golongan masyarakat itu terdapat beberapa individu yang telah menuntut ilmu tersebut, orang lain tidak dikenakan syarat wajib untuk menunutut ilmu tersebut. Namun ia boleh jatuh kepada hokum fardu ain iaitu wajib apabila dalam suatu golongan masyarakat itu, tiada siapa pun yang menuntut ilmu dalam bidang tersebut, maka masyarakat perlu bertanggungjawab dalam melaksanakan perintah yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Ulama Islam seperti Imam Al-Ghazali ada menyatakan bahawa ilmu mahmudah sebagai ilmu yang baik dan berfaedah di dunia dan akhirat. Hai ini

- 23 -

bermaksud, ilmu yang baik haruslah dituntut kerana ia memberi manfaat kepada kita semua jika diamalkan dalam kehidupan seharian. Segala pembelajaran yang diperolehi diaplikasikan, sebagai contoh kita telah mempelajari tentang nilai-nilai murni, maka jadikannya sebagai satu sifat yang boleh diamalkan agar orang lain memandang mulia kepada kita dan ketika akhirat kita mendapat pahala. Seterusnya,orang yang berilmu walau pun sedikit, adalah lebih mulia daripada orang yang tidak mengetahui walau satu perkara pun. Sekurangkurangnya kita akan menjadi tempat rujukan apabila orang yang ingin merujuk sesuatu perkara,kita boleh membantunya atas sekadar yang kita mampu. Namun, sekiranya kita mendapat sesuatu ilmu adalah berdosa sekiranya kita menyembunyikannya daripada orang lain. Sesungguhnya Nabi Muhammad telah bersabda bahawa sebarkanlah ilmu yang ada walaupun sedikit. Ilmu yang sedikit disebarkan kepada orang lain, orang lain menyebarkan kepada individu yang lain dan mereka mengamalkannya maka besarlah ganjaran kita di akhirat kelak. Di samping itu, banyak terdapat dalam Al-Quran dan Al-Hadith menyatakan bahawa ilmu itu wajid dituntut dan ianya penting dalam kehidupan kita seharian untuk dijadikan amalan sebagai bekalan kita dia akhirat. Hal ini kerana terdapat hadith nabi yang menyatakan bahawa tuntulah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad dan tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China sekalipun. Terdapat pelbagai lagi hadith dan firman Allah yang menyatakan betapa oentingnya pembelajaran dalam kehidupan , antaranya ialah :

Firman Allah

Hadith Nabi Muhammad

- 24 -

a) Allah

berfirman,

orang-orang

“apakah

yang

sama

mengetahui

a) Dalan hadith riwayat Ibnu ‘Ashim dan Thabrani.

Rasulullah

s.a.w

dengan orang-orang yang tidak

bersabda.”wahai sekalian manusai

mengetahui? Seseunguhnya hanya

belajarla! Kerana ilmu pengetahuan

orang-orang yang berakallah yang

hanya

mampu menerima pelajaran.”

(Qardhrawi,1999)

didapati

melalui

belajar.

(Al-Zumar :9) b) Allah berfirman, “Dan janganlah

b) Dalam

hadith

Rasulullah

ada

kamu membiasakan diri pada apa

menyatakan bahawa menuntut ilmu

yang kamu tidak ketahui.” (Al-

adalah wajib kepada setiap muslim.

Isra:36) Jadual 1.3 : Firman Allah dan Hadith Nabi Tentang Teori Pembelajaran

5.1 Teori Pembelajaran Imam Ghazali

- 25 -

AL-Ghazali dilahirkan pada tahun 1058 Masihi. Beliau merupakan murid kepada Imam al-Kharmin Abu Maali al-Juini seorang imam mazhab Syafii. Al-Ghazali telah menghasilkan lebih daripada 70 buah kitab dan antara yang terkenal ialah Al-akhyak Ulumudin. Al- Ghazali juga pernah mengajar di Universiti Nizemi. Pandangannya tentang pendidikan ialah kanak-kanak haruslah dididik sejak lahirnya. Bayi jangan diberi kepada orang lain untuk menjaganya kecuali orang-orang tertentu iaitu orang tersebut mestilah berakhlak mulia dan kuat agamanya. Kanak-kanak hendaklah diajar al-Quran, al-Hadis dan ulama-ulama besar agar kanak-kanak mengenal dan mengasihi mereka. Cerita-cerita yang berunsurkan kejantinaan dan orang-orang yang rendah moralnya hendaklanh dielakkan.

Kanak-kanak

sepatutnya

diajar

tentang

keburukan-keburukan

kelakuan jahat. berbohong, melakukan khianat dan mencuri. Kanak-kanak hendaklah dijauhkan daripada pergaulan kawan-kawan yang nakal atau jahat, bersenang-lenang, bermalas-malas, bersikap tidak tegas dan bermanja-manja. Menurut Al-Ghazali lagi, kanak-kanak hendaklah diberi peluang untuk bermain dan bersukan. Hal ini kerana, dengan bermain kanak-kanak dapat menguatkan otot-otot dalam tubuh badan dan menambahkan kecergasan, menghilangkan kemalasan dan kelesuan badan, mendatangkan kegembiraan dan keseronokkan, menggambarkan sifat semulajadi kanak-kanak serta menyediakan peluang untuk berehat selepas penat belajar. Kanak-kanak hendaklah dibiasakan yang baik dan budi pekerti yang mulia dan tabiat-tabiat yang baik. Perbuatan dan sikap yang keji hendaklah ditinggalkan. Sifat-sifat yang perlu dipupuk di kalangan kanak-kanak ialah sifat merendah diri, berani, sabar, jujur serta menghormati orang yang lebih tua terutamanya kedua-dua ibu bapa mereka.

- 26 -

Sekiranya kanak-kanak tersebut melakukan kesalahan atau kesilapan, jangan dirotan atau dipukul. Hal ini kerana, kanak-kanak yang selalu dipukul atau dimarahi tidak akan berasa takut lagi. Seterusnya,mereka tidak akan menghormati orang tua. Sebaliknya, nasihat dan bimbingan hendaklah diberikan kepada mereka. Pada masa tahap umur mereka mula mengerti tentang sesuatu perkara, mereka hendaklah diajar tentang kewajipan mereka terhadap agama dan hokum-hukum yang berkaitan dengannya. Ajarkan mereka tentang kewajipan sebagai seorang umat di muka bumi Allah ini. Selain itu, mereka perlu diajar untuk membezakan perkara-perkara yang halal dan yang haram. Dalam mendidik kanak-kanak, Al-Ghazali berpendapat :

a) Pengasuh hendaklah wanita,kuat berpegang kepada ajaran

agama.

Sebagai contoh, bapa Nadi Muhammad s.a.w telah menghantar beliau ke kampung untuk dijaga oleh Halimatus Saadiah kerana terkenal dengan peribadinya yang mulia. b) Kanak-kanak jangan dibiarkan tidur pada waktu siang kerana ia akan menggalakkan sifat malas. c) Ajar mereka adab-adab makan supata merka bersopan ketika berada di meja makan atau ketika malan di rumah orang lain. d) Ajar mereka supaya mengikis sikap angkuh kerana sikap ini akan menyebabkan kita tidak disukai oleh orang lain. e) Mereka tidak digalakkan mengadu kepada orang lain jika dimarahi oleh guru. Biarkan kanak-kanak ini belajar daripada kesilapan yang telah mereka lakukan.

- 27 -

5.1.1

Impilkasi Teori Pembelajaran dari sudut Pandangan Islam

Seorang guru haruslah menunujukkan kasih sayang terhadap pelajar dan mereka hendaklah dianggap sebagai anak-anak sendiri. Hal ini, dapat menggalakkan seorang murid itu lebih bersemngat untuk belajar kerana guru tersebut menyayanginya dengan sepenuh hati. Kita sebagai guru haruslah memberikan ganjaran berbentuk motivasi bukan hanya ganjaran luaran kerana ini akan menyebabkan murid-murid akan belajar kerana ingin mendapatkan ganjaran yang lumayan bukan ikhlas kerana Allah s.w.t. Selain itu, guru juga turut berperanan untuk memperbaiki akhlak pelajar secara lembut. Hal ini bertujuan untuk memberikan murid tersebut ruang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Murid juga akan mengikut arahan

guru

dan

kata-kata

nasihatnya

tanpa

ragu-ragu

kerana

pendekatan yang digunakan adalah secara berlembut dan sesuai dengan situasi. Guru juga perlu mengajar mengikut aras kebolehan murid tersebut. Setiap aktiviti yang dilaksanakan perlulah sesuai dengan aras murid yang pandai dan kurang pandai . Contohnya dalam memberi latihan. Sekiranya soalan aras yang sukar diberikan kepada pelajar yang kurang pandai ini akan mengakibatkan pelajar tersebut bersa dirinya kurang ilmu dan putus asa untuk melakukannya. Aktiviti yang sewajarnya diberikan dan disesuaikan kepada murid yang kurang pandai tetapi diberikan kepada murid yang pandai akan menyebabkan murid tersebut bosan untuk mengikuti aktiviti yang berjalan. Seterusnya,

guru

perlu

mendidik

murid-murid

supaya

mengamalkan setiap apa yang dipelajarinya. Begitu juga dengan guru. Guru harus mengamalkan apa yang dipelajari, contohnya mengajar murid-murid tentang nilai-nilai murni. Amalkan tabiat tersebut agar boleh

- 28 -

dijadikan contoh kepada murid-murid. Guru boleh berperanan sebagai ‘role model’ dalam kehidupan yang dilalui oleh murid-murid. Dengan ini bolehlah dirumuskan bahawa murid-murid amat mudah dipengaruhi oleh keadaan sekelilingnya. Sekiranya proses pembelajaran itu tidak sempurna dan asuhan tidak kena pada caranya, begitulah tingkah laku dan akhlak yang terbina. Sebaliknya, jika asuhan dan bimbingan ibu bapa dan gurunya baik, maka kanak-kanak akan membesar menjadi individu-individu yang bersopan santun dan tinggi moralnya.

- 29 -

6.0 IMPLIKASI TEORI SOSIAL, HUMANIS DAN ISLAM TERHADAP PROSES

(PNP) BAGI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS. 6.1 Strategi Kepada Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Definisi Pendidikan khas ialah sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan/kurang upaya. Pendidikan khas merangkumi aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan pendidikan yang berteraskan rumah, hospital dan institut. 6.1.1 Kanak-kanak berkeperluan khas. Mc Donnell,

et. Al. ( 1995 ),

telah mengesan beberapa kategori kanak-kanak

berkeperluan khas. Ia terbahagi kepada beberapa bahagian: i. Rencatan akal ii. Gangguan tingkah laku iii. Dutisme iv. Gangguan pembelajaran v. Kecacatan deria vi. Kecacatan fizikal vii. Kecacatan kesihatan Menururt Lerner et. Al ( 1998 ) beliau telah mencadangkan dua kategori kanakkanak berkeperluan khas: a) Kanak-kanak yang dianggap mempunyai risiko untuk gagal dalam pelajaran di bangku sekolah b) Kanak-kanak mempunyai kecacatan yang diambil kira dibawah sesuatu akta / undang-undang khas di sesebuah negara.

- 30 -

Mahmood Nazar (2005) menyatakan bahawa, kanak-kanak berkeperluan khas boleh ditakrifkan sebagai kanak-kanak yang dianggap berdepan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal dan mentalnya. Pendidikan khas adalah pendidikan yang ditujukan kepada pelajar-pelajar yang cacat penglihatan,

cacat pendengaran,

pembelajaran dan tingkah laku,

cacat mental,

cacat budaya atau sosial,

bermasalah dalam cacat fizikal dan

sebagainya, termasuklah pelajar-pelajar yang pintar cerdas. Antara tingkah laku utama kanak-kanak berkeperluan khas dan strategi untuk mengatasinya mengikut teori sosial Bandura ialah jenis kanak-kanak pemarah. Ciriciri kanak-kanak ini ialah seorang yang suka memberontak, kerap tidak puas hati, berkelakuan ganas serta garang. Manakala strategi untuk mengatasinya ialah antaranya guru janganlah berkelakuan seperti diri sendiri yang terluka dengan menunjukkan perasaan tidak puas hati guru terhadap murid tersebut. Tambahan, sebagai guru haruslah menunjukkan sikap positif terhadap murid tersebut Selain itu guru perlulah menjelaskan apakah akibatnya sekiranya kanak-kanak tersebut terus bersikap sedemikian. Seterusnya guru perlu meyakinkan pelajar bahawa dia disukai oleh semua orang di sekelilingnya. Hal ini dapat menunjukkan seorang guru itu boleh berperanan sebagai fasilitator mengikut teori humanis Carl Rogers. Selain itu, guru juga perlu mengetahui apakah keperluan yang diingini oleh murid tersebut. Guru juga boleh merujuk kepada hieraki tujuh keperluan yang telah dinyatakan oleh Abraham Maslow. Sekiranya boleh, setiap keperluan itu dipenuhi terutamanya dari sudut kasih sayang kerana dengan adanya kasih sayang kita boleh melembutkan hati murid tersebut atau pun mengurangkan sifat marahnya. Di samping itu, terdapat tingkah laku kanak-kanak yang menonjolkan diri turut menjadi satu keperluan dalam keperluan khas. Mereka bercirikan seperti suka menonjolkan diri sendiri tidak kira bila waktu, suka membuat lawak yang keterlaluan dalam kelas dan digelar sebagai ‘pelawak kelas’. Mereka juga adalah seorang yang malas. Antara strategi yang boleh digunakan untuk mengatasinya ialah seorang guru itu mengelakkan daripada berkawan dengan dengan rakan-rakan yang nakal kerana ini akan menggalakkan mereka terus bersifat malas. Selain itu, Imam Al-Ghazali

- 31 -

turut menyatakan bahawa dalam mendidik kanak-kanak supaya jangan merotan mereka dan tidak menggunakan ancaman atau ugutan dan menengking. Langkah yang sepatutnya diambil ialah banyak memberi nasihat dan motivasi dalaman untuk memupuk semangat mereka dalam belajar.

7.0 RUMUSAN

Setelah mempelajari melalui tajuk ini, kita telah mendapati bahawa terdapat dan kaedah pelbagai cara bagaimana untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kaedah diberikan seperti kaedah peniruan , menjadi pendorong

atau

fasilitator,mengikut

keperluan

mahupun

mengikut

strategi

pendekatan islam (Ee Ah Meng, 1993) . Walaubagaimanapun, guru tetap memainkan peranan penting dalam menyusun kaedah pembelajaran yang sesuai bagi murid-muridnya. Hal ini kerana, murid-murid mudah terpengaruh. Mereka ibarat kain putih kitalah sebagai guru yang perlu mencorakkannya dengan cara yang betul.

- 32 -

REFLEKSI Saya merupakan ahli kumpulan 6 yang ditugaskan membentangkan tentang Teori Pembelajaran Sosial dan Pendekatan Humanis. Tuagasan telah dibahagikan antara ahli kumpulan, setelah membuat undian, saya terpilih untuk mencari bahan tentang teori pembelajaran Bandura. Setelah bertungkus lumus mencari bahan di dalam perpustakaan dan juga dapatan daripada internet dapatlah saya mengumpul maklumat dan memahami apakah perkara penting dalam teori Bandura ini. Secara kesuluruhannya Bandura menerangkan tentang konsep permodelan. Setelah membaca tentang teori ini, Bandura menyatakan bahawa peniruan atau permodelan ada 3 jenis iaitu sekatlakuan, tak sekatlakuan dan juga elisitasi. Selepas itu, segala dapatan ini saya bentangkan di dalam kelas agar rakan-rakan lain dapat memahaminya. Kesan daripada pembentangan ini saya lihat kebanyakan raka-rakan mula memahami tentang teori ini, secara tidak langsung pemahaman saya juga bertambah. Yang menjadikan tugasan ini menarik adalah setiap ahli kumpulan saya iaitu Hairul Munirah, Akmar Harmimi dan Khalil memberikan kerjasama dan kolaborasi yang sangat baik. Segala masalah yang dihadapi semasa mencari bahan mahupun menyediakan pembentangan dapat diatasi melalui perbincangan antara ahli kumpulan. Tidak lupa juga kepada pensyarah pembimbing Pn Haliza Hussin yang banyak membantu memberi input. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. sekian, terima kasih. ALIF BIN MOHD DRUS PPPRP4T 2.03

- 33 -

REFLEKSI Melalui pembahagian tajuk perbincangan bagi kumpulan ke 6 Teori Pembelajaran Sosial dan Pendekatan Humanis iaitu ,saya telah mendapat tajuk berkenaan Prinsip Abraham Maslow. Mengikut Abraham Maslow, ia menekan kepada pendekatan humanis. Ia menerangkan tentang motivasi yang berasaskan keperluan, di mana apabila keperluan sesuatu peringkat dipenuhi, keperluan pada peringkat yang lebih tinggi pula akan muncul. Selain itu, satu hieraki keperluan dicipta dimana terdapat 4 keperluan utama iaitu keselamatan, kasih sayang, harga diri dan fisologi. Namun mengetahui sesuatu, estetika dan keselamatan diri juga tidak dilupakan. Semua keperluan ini diletakk didalam satu sistem piramid. Semasa tugasan ini disiapkan, kerjasama antara ahli kumpulan amat dititik beratkan. Semua tugasan di beri sama adil kepada setiap ahli kumpulan dan segala masalah dibicang bersama-sama. Alhamdulilah,segala yang diatur dapat dijalankan secara lancar. Pembentangan bagi tajuk ini dan tajuk yang lain dibahagi mengikut tugasan yang ditetapkan. Akhir kata, terima kasih kepada pensayrah bimbingan kami bagi subjek Murid dan Alam Belajar iaitu Pn Haliza Hussin dan kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, terima kasih. MOHAMED KHALIL BIN ABDUL RAHMAN PPPRP4T 2.03

- 34 -

REFLEKSI Alhamdulillah, dengan segala limpah kurnia-Nya saya dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya. Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk menjalankan kerja kursus ini. Semasa menjalankan kerja kursus ini saya dapat meneliti tentang teori Carl Rogers yang menekankan konsep individualistik atau konsep kendiri. Melalui pendedahan tentang teori ini, saya dapat mengenalpasti langkah-langkah yang sesuai untuk membentuk kesempurnaan diri murid-murid saya pada masa akan datang. Fenomenomologi Carl Rogers menyarankan setiap individu mengamati dunia itu dalam cara yang tidak dialami oleh orang lain. Oleh itu untuk memahami orang lain secara menyeluruh, perlulah kita mengambil kira pandangannya. Sejajar dengan hakikat ini, Rogers menegaskan pengajaran haruslah berpusat kepada murid. Guru pula haruslah mengambil peranan sebagai fasilitator pembelajaran, bukan semata-mata bersikap sebagai pengajar. Sebagai fasilitator pembelajaran, guru hendaklah bersikap penyayang, peka, jujur dan empatetik terhadap murid. Prinsip Teori Humanis Carl Rogers ini juga lebih menekankan minat pelajar untuk belajar dari pemerolehan fakta-fakta. Teori ini penting supaya saya dapat membentuk dan menarik minat murid-murid masa akan datang supaya mereka berminat untuk mengikuti pengajaran saya. Teoriteori lain yang dibentangkan oleh rakan-rakan saya juga amat menarik. Contohnya Abraham Maslow yang menekankan hierarki 7 keperluan setiap manusia. Ianya amat bertepatan dengan ciri-ciri keperluan yang perlu ada pada setiap manusia. Saya merasa berbangga kerana dapat mengetahui sesuatu yang tidak diketahui sebelum membuat kerja kursus ini. Kerja kursus ini memerlukan bahan yang banyak untuk menyiapkannya. Di samping itu juga, ianya turut melibatkan tunjuk ajar dari pensyarah yang mengajar iaitu Puan Haliza Hussin dan Puan Norani Mansor. Saya telah mendapat banyak manfaat tentang pembelajaran ini. Rakan-rakan juga banyak membantu saya semasa menjalankan kerja ini. Mereka juga amat mementingkan sikap bekerjasama dan saling mengambil berat diantara satu sama lain. Ahli kumpulan saya

- 35 -

terdiri daripada Alif bin Drus, Mohd Khalil bin Abdul Rahman dan Hairul Munirah binti Mohd Arif. Semua ilmu yang diperoleh semasa menjalankan kerja kursus ini mahupun melalui pembelajaran dalam kelas akan saya manfaatkannya apabila mengajar nanti. Melalui penulisan yang telah saya hasilkan ini, saya dapat memahami bagaimanakah tahap pemikiran kanak-kanak dan persekitaran mereka. Kesimpulannya, tugasan ini banyak memberikan saya ilmu pengetahuan sebagai seorang guru sekolah rendah yang perlu peka terhadap tahap penerimaan ilmu bagi murid-murid sekolah rendah.

AKMAR HARMIMI BT KAMAROZZAMAN PPPRP4T 2.03

REFLEKSI - 36 -

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi, akhirnya tugasan bagi subjek Murid dan Alam Belajar dalam Teori- teori Pembelajaran ini dapat saya siapkan dengan kerjasama ahli kumpulan pada masa yang ditetapkan. Dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini ia benar-benar menguji kredibiliti dan semangat saya bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Pada mulanya, terdapat sedikit kekeliruan berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Namun, setelah berbincang dengan Puan Norani dan merujuk kepada Puan Haliza, akhirnya saya dan rakan sekumpulan dapat memahami apa yang dikehendaki dalam tajuk berkenaan.

Perkara yang saya belajar di sini ialah pengajaran dan

pembelajaran yang melibatkan guru dan murid-murid berdasarkan teori- teori pembelajaran yang berkaitan dari sudut sosial, humanis dan pandangan oerspektif islam. Sebagai seorang pelajar dan juga seorang guru, teori-teori pembelajaran ini amat penting dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran (PNP) agar

ia berjalan

mengikut perancangan yang ditetapkan di samping dapat melahirkan masyarakat yang berilmu pada masa akan datang. Apabila kami mendapat tugasan ini, pada mulanya kami mengambil masa yang agak lama untuk mencari bahan kerana terdapat beberapa bahan rujukan yang tidak dapat kami perolehi. Namun, atas kerjasama dari pihak Puan Norani dan Puan Haliza, maka tugasan ini berjalan lancar. Tambahan pula kami mendapat sedikit bantuan dari kumpulan kuliah yang lain. Kami membahagikan tugasan kepada setiap ahli. Jadi kami berperanan membentangkan tajuk masing-masing dan menyediakan ‘hand-out’ mengikut tajuk tersebut. Setiap ahli menunjukkan kerjasama yang baik dan pembentangan dapat dijalankan dengan lancar. Semasa pembentangan dijalankan, Puan Norani yang memantau hasil pembentangan yang dijalankan oleh kumpulan kami. Hal ini kerana Puan Haliza mempunyai beberapa urusan lain yang perlu diselesaikan, maka Puan Norani menggantikan beliau.Namun begitu, kami tetap mendapat sokongan yang baik dari Puan Norani dan rakan-rakan sekelas Di samping itu, saya berpeluang untuk mempelajari tentang teori-teori pembelajaran yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi yang terkenal seperti Albert Bandura. Beliau merupakan pelopor bagi teori pembelajaran sosial. Dalam teori beliau, pembelajaran secara peniruan amat penting dalam kehidupan seharian. Bandura telah membuktikan bahawa kanak-kanak menjadi lebih agresif (suka berkelahi) setalah

- 37 -

menonton model yang agresif menerusi televisyen, wayang atau kartun yang menunjukkan unsur-unsur keganasan. Pelbagai lagi contoh yang dapat menunjukkan bahawa manusia dan haiwan dapat belajar dengan memerhatikan cara orang lain atau haiwan lain membuat sesuatu. Bahkan pemerhatian model merupakan suatu proses penting dalam pembelajaran, terutama sekali apabila kita belajar berbuat sesuatu buat pertama kali proses pembelajaran yang berlaku dalam seseorang individu.

Dalam

teorinya juga Albert Bandura telah mengelaskan beberapa jenis peniruan. Peniruan boleh dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu peniruan sekatlakuan, peniruan tidak sekatlakuan dan peniruan secara elisitasi. Perkara penting yang saya perolehi dalam teori ini adalah,kita sebagai guru haruslah menjadi ‘role moel’ atau contoh yang baik kepada murid-murid kerana setiap tingkah laku kita sering diperhatikan dan menjadi rujukan, mahupun dalam cara berjalan, bercakap atau berpakaian. Sebagai muridpula, kita harus bijak dalam memilih contoh-contoh untuk diikuti dan dijadikan amalan. Peneguhan yang diberikan dalam setiap tingkah laku boleh menjadi rujukan untuk kita ikuti sama ada ia perkara yang baik atau pun tidak. Terdapat teori lain yang terlibat dalam teori-teori pembelajaran ini. Carl Rogers dan Abraham Maslow merupakan pelopor bagi teor humanis. Menurut Carl rogers pembelajaran adalah berhubung kait dengan personaliti dan tingkah laku pelajar. terdapat tiga saranan yang telah dikemukakan oleh beliau. Saranan pertamanya dikenali sebagai terapi tumpuan orang (juga disebut terapi berpusat klien). Teori ini menganggap seorang guru sebagai penasihat kaunseling, tetapi bukan memberi nasihat atau menyelesaikan masalah klien (murid), malah membantu klien mengenal pasti masalahnya, bertindak terhadap masalah itu dan menuju ke arah penyelesaian.Saranan keduanya dikenali sebagai fenomenologi yang melambangkan penaruhan perhatian terhadap individu, bukan semata-mata mengikut anggapan yang difikirkan benar. Saranan ketiga Carl Rogers ialah humanisme yang berkaitan dengan nilai manusia, keindividuan,perikemanusian dan hak individu untuk menentukan tindakan peribadi. Justeru,potensi perkembangan manusia untuk mencapai sempuna kendiri sangat dipentingkan. Oleh yang demikian, kita sebagai guru perlu menjadi fasilitator yang baik, malahan pendengar yang baik sekiranya terdapat murid yang memerlukan bantuan kita untuk mendengar rintihan yang ditaggungnya. Sebagai murid pula kita haruslah berkongsi masalah atau apa-apa perkara yang berkaitan untuk dijadikan sebagai rujukan atau tempat untuk mengadu masalah. Tetapi kita harus sedar komitmen harus

- 38 -

diberikan sepenuhnya dan kepercayaan terhadap seseorang itu harus diberikan dalam usaha untuk meneyelesaikan masalah ini. Saya meneyedari perkara seperti ini kadangkala berlaku sendiri dlam kehidupan saya. Apa yang saya lakukan adalah lebih kurang sama dengan apa yang dikemukakan oleh teori Carl Rogers ini. Saya perlu mengambil beberapa inisisatif tertentu dalam usaha memastikan ianya berjaya. Abraham Maslow ada menyatakan perkara yang melibatkan tentang keperluan manusia. Secara umumnya, keperluan manusia boleh diklasifikasikan kepada kepada keperluan fisiologi dan keperluan psikologi. Hieraki keperluan Maslow menggunakan teori untuk menerangkan motivasi manusia. Beliau berkata bahawa jika kita mengalami keperluan yang belum memuaskan, maka kita akan terasa tegang. Rasa tegang ini akan menyebabkan kita mencapai matlamat kita supaya kita dapat mengurangkan ketegangan kita. Berdasarkan kepercayaan ini, Maslow mengembangkan suatu hieraki tujuh keperluan. Beliau telah membahagikan tujuh keperluan tersebut kepada dua kategori iaitu keperluan pertama dan keperluan terakhir. Keperluan pertama iaitu keperluan fisiologi, keperluan untuk keselamatan, keperluan untuk rasa kasih sayang kepunyaan dan keperluan untuk harga diri. Tiga keperluan yang akhir diklasifikasikan sebagai hidup atau keperluan pertumbuhan, seperti keperluan kekurangan,motivasi bertambah untuk memuaskan keperluan hidup. Seorang guru haruslah menyedari setiap keperluan yang diperlukan oleh setiap pelajarnya. Hal ini kerana, tidak semua muridmurid datang dari kelompok latar belakang yang sama. Ada yang hidup dalam kesempitan wang bahkan ada yang hidup denagn mempunyai golongan ibu bapa yang berpendidikan tinggi. Maka, sebahagian daripada murid-murid ini mempunyai masalah dalam pembelajaran atau sebagainya. Teori pembelajaran yang melibatkan dari sudut pandangan islam ada menyatakan bahawa adalah berdasarkan kepada tiga kata kunci iaitu ya’ qilun bermaksud akal

yatafakkarun bermaksud berfikir dan yasma’un mendengar. Dalam

proses pembelajaran ketiga-tiga unsur ini penting dalam menimba ilmu pengetahuan. Ulama Islam seperti Imam Al-Ghazali ada menyatakan bahawa ilmu mahmudah sebagai ilmu yang baik dan berfaedah di dunia dan akhirat. Di samping itu, banyak terdapat dalam Al-Quran dan Al-Hadith menyatakan bahawa ilmu itu wajid dituntut dan ianya penting dalam kehidupan kita seharian untuk dijadikan amalan sebagai bekalan kita dia akhirat. Hal ini kerana terdapat hadith nabi yang menyatakan bahawa tuntunlah ilmu dari

- 39 -

dalam buaian hingga ke liang lahad dan tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China sekalipun. Malahan, banyak terdapat firman Allah dan sabda rasulullah berkaitan dengan perkara ini. Sebagai seorang guru yang beragama islam, saya berperanan dalam menyebarkan syiar islam ke landasan yang benar dan hati saya perlu ikhlas dalam mendidik anak bangsa. Segala perbuatan yang mazmumah janganlah dipupuk dan didik sebaliknya guru berperanan untuk menyemai sikap mahmudah dalam diri murid-murid. Guru juga haruslah menyemai nilai-nilai murni dalam diri agara menjadi ikutan oleh mereka. Jadikanlah diri kita sebagai contoh. Selain iu, murid-murid harus bijak dalam menguruskan diri agar tidak terjebak ke lembah kehinaan dan kita haruslah memilih cintoh yang baik untuk diikuti. Seterusnya,

saya

sebagai

guru

dan

juga

sebagai

pelajar

haruslah

mengaplikasikan segala teori pembelajaran yang dikemukakan. Banyak implikasi yang berkaitan dalam kehiupan seharian yang boleh dijadikan sebgai ikhtibar dalam kehidupan yang saya tempuhi kini. Pada akhir pembentangan kami mengadakan slot untuk menjawab kuiz dan dapatan yang diperolehi adalah amat positif. Para pelajar memberikan kerjasama yang amat baik sekali, bahkan terdapat beberapa pelajar yang (rujuk lampiran B dan C). Akhir sekali, saya berharap agar dapat membuat tugasan yang seterusnya dengan lebih baik daripada tugasan ini. Selain itu, saya juga turut ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada golongan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan tuigasan ini, terutamanya penghargaan kepada ahli kumpulan saya yang sentiasa bekerjasama.

HAIRUL MUNIRAH BINTI MOHD ARIF PPPRP4T 2.03

- 40 -

BIBLIOGRAFI Ee Ah Meng. 1995. Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sd. Bhd. Khadijah Rohani Mohd. Yusof. 2007. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Open University (OUM). Lee Shok

Mee. 1993. Asas Pendidikan 2 : Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala

Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Lee Shok Mee. 1995. Asas Pendidikan 2 : Murid dan Proses Pembelajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mook Soon Sang. 2000. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepas Ijazah Semester 1). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub. 2004. Psikologi Pembelajaran & Personaliti. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. 2004. Psikologi Pendidikan. Pahang : PTS Publications & distributors Sdn. Bhd. Bibliography of Albert Bandura, Abraham Maslow and Carl Rogers

http://www.nidus.org. Akses pada 2 Ogos 2007.

- 41 -

LAMPIRAN

- 42 -

Lampiran B

- 43 -

KUIZ MURID DAN ALAM BELAJAR TEORI-TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL, HUMANIS DAN ISLAM Jawab semua soalan berikut. 1. Sebutkan pelopor bagi teori : a) Teori Sosial :

__________________

b) Teori humanis : __________________ __________________ c) Teori dari sudut perspektif Islam :______________ ______________ 2. Jelaskan 3 ciri peniruan Albert Bandura i)

________________________________

ii)

________________________________

iii)

________________________________

3. Nyatakan salah satu cirri utama Teori Pembelajjaran Carl Rogers i)

__________________________________________________

4. Senaraikan 4 keperluan utama pendekatan Abraham Maslow i)

___________________________________________

ii)

____________________________________________

iii)

____________________________________________

iv)

____________________________________________

5. Nyatakan 3 kata kunci dalam pembelajaran Imam Ghazali i)

_____________________________________

ii)

_____________________________________

iii)

_____________________________________

6. Ciri-ciri pengasuh dalam mendidik kanak-kanak: _____________________________________

- 44 -

Lampiran C

BORANG PENILAIAN Markah Kuiz Teori-teori Pembelajaran Sosial, Humanis dan Islam

BILANGAN NAMA PELAJAR Amir Amzar bin Abdul Aziz 1 Khairul Kamal bin Abd Rahman 2 Mohammad Fakrullah bin Abdul Razak 3 Mohd Nassir bin Shamsudin 4 Muhammad Alif Saufwan bin Abas 5 Muhd 'Amru bin Muhd Umran 6 Muhd Faiq bin Suhaimi 7 Nasharul Nizar bin Ramli 8 Zaihan Azuan bin Abdul Rashid 9 Faizah bt. Amat 10 Ika Arisha bt.Ridwan 11 Marzuwani bt. Mokhtar 12 Mashitah bt. Mohd Fakri 13 Nor Lina bt. Hud 14 Rosyati bt. Mohd Rofee 15 16

Siti Mariam bt. Mohd Yusof

15 / 10 HINGGA 17 / 17 = 8/ 10 HINGGA 14 / 10 = 0 / 10 HINGGA 7 / 10 =

CEMERLANG SEDERHANA LEMAH

- 45 -

MARKAH CATATAN 14 / 17 16 / 17 17 / 17 17 / 17 16 / 17 16/ 17 17 / 17 16 / 17 17 / 17 17 / 17 17 / 17 17 / 17 17 / 17 17 / 17 17 / 17

SEDERHANA SEDERHANA SEDERHANA SEDERHANA SEDERHANA SEDERHANA SEDERHANA SEDERHANA SEDERHANA SEDERHANA CEMERLANG CEMERLANG SEDERHANA SEDERHANA CEMERLANG

17 / 17

SEDERHANA

Related Documents

Writeup
November 2019 17
Writeup
October 2019 21
Itct Writeup
November 2019 22
Final Writeup
November 2019 18
Camp Writeup
December 2019 18