Write-up Model2 Pengajaran

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Write-up Model2 Pengajaran as PDF for free.

More details

  • Words: 5,541
  • Pages: 42
INSTITUT PERGURUAN ISLAM

EDU 3103

ALAM BELAJAR

PENSYARAH

:

NAMA

:

KULIAH

PN. NORANI BT MANSOR. MUHAMMAD YASIR B. ZAINAL ABIDIN. 870404-08-6103. KHAIRUL ADNAN B. ABDULLAH. 861010-30-5241. MOHD SHAHRIN B. SHAMSUDDIN. 870926-11-5207. MUHAMMAD HADI B. MAHAMOOD. 860303-56-5827. : PPPRP4T 2.02.

MODEL-MODEL PENGAJARAN 1.0

Konsep Model

1) Ragam, cara, fesyen, jenis dan reka bentuk tertentu sesuatu barang yang dikeluarkan. 2) Barang tiruan yang sama bentuk dan rupanya yang asal tetapi lebih kecil. 3) Peragawan atau peragawati. 4) Seseorang atau sesuatu yang dijadikan contoh (untuk ditiru atau diteladani). 1.1

Konsep Pengajaran

Adalah satu proses di mana kegiatan-kegiatan disusun untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 1.1.1 Ciri-ciri Pengajaran 1. Merancang 2. Menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran. 3. Memilih strategi pengajaran. 4. Menetapkan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 5. Menilai kabarkesanan sesuatu pengajaran. 6. Pengajaran berkait rapat dengan pembelajaran.

1.2

Konsep Pembelajaran

Diertikan sebagai satu proses perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman atau latihan yang berulang.

Proses P&P dikatakan berkesan jika murid-murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang di ajar oleh guru dengan sepenuhnya,

2.0 Model Pemerosesan Maklumat Telah dikemukakan oleh Robert M.Gagne. Merupakan satu teori bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam proses P&P. Mengikut teori ini, rangsangan-rangsangan daripada persekitaran luaran akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat-maklumat yang diterima ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan jangka pendek dalam otak manusia. Selepas ditafsirkan, maklumat ini akan dihantar ke stor ingatan jangka masa panjang dalam otak manusia. Daripada stor ingatan jangka panjang, maklumat ini akan dihantar ke pergerakan tindak balas melalui sistem saraf dalam badan manusia. Terdapat 2 kompenen dalam model ini iaitu :  Ekspositori.  Inkuiri. Pandangan model pemrosesan maklumat terhadap ingatan bergantung kepada komputer sebagai model. Seperti komputer, otak menerima data, menyimpan data, mengeluarkan data untuk menggunakannya jika perlu dan mengubah suai data. Keseluruhan sistem dipandu sedemikian oleh prosesproses kawalan yang menentukan bagaimana dan bila maklumat menyalur melalui sistem. Maka, model pemerosesan maklumat menekankan cara-cara merangsang desakn dalaman manusia untuk mencari makna dengan memperolehi dan menganalisisi data, menyedari masalah dan menjana penyelesaian kepad masalah dan membentuk konsep dan bahasa untuk menyampaikannya. Bagamana ingatan pemerosesan maklumat berfungsi? Kesemua jenis ransangan dari alam sekitar akan diterima oleh reseptor (bahagian tubuh

badan yang menerima maklumat sensor). Sebagai contoh, apabila anda sentuh tangan anda, reseptor deria akan mengesan sensasi tersebut. Sensasi ini disimpan secara sementara di ingatan deria. Ingatan deria menyimpan rangsangan (bau, bunyi dsbnya) dalam masa yang singkat dan ia mempunyai kapasiti yang besar. Walau bagaimanapun, maklumat sensori hanya ada selama antara satu atau tiga saat sahaja. Selepas sensasi deria didaftarkan, ia dialih ke ingatan jangka pendek. Ingatan jangka pendek boleh menyimpan jumlah maklumat yang terhad pada jangka masa singkat. Ia menyimpan maklumat daripada daftar sensori yang dipilih oleh otak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan lepas. Berapa banyak yang dapat disimpan oleh ingatan jangka pendek? Kapasiti sebenarnya terhad kepada 5 hingga 9 unit maklumat baru. Ini kerana kita perlu mengulangi maklumat-maklumat tertentu. Jika tidak, maklumatmaklumat baru akan menolak maklumat-maklumat baru yang lain keluar daripada ingatan aktif. Satu lagi faktor yang boleh mempengaruhi ingatan jangka pendek ialah tempoh masa. Maklumat hanya boleh disimpan sekurang-kurangnya selama 20 saat tanpa praktis (rehearsal). Bagaimana makluma disimpan dalam ingatan aktif? Seseorang harus mengulangi maklumat tersebut sendiri. Satu cara lain ialah menyimpan maklumat dalam ingatan aktif dengan menghubungkaitkannya dengan sesuatu

yang

sudah

diketahui.

Chunking

merupakan

satu

cara

mengelompokkan data-data ke dalam unit-unit yang lebih besar dan bermakna. Sebagai contoh, nombor telefon sebanyak 8 digit boleh dikelompokkan kepada 4 chunk iaitu, dari 77175241 kepada 77-27-52-41. ini bermaksud 4 chunk berbanding dengan 8 digit. Cuba ingat sekuen nombor kedua-dua cara untuk menentukan cara manakah yang lebih berkesan? Akan tetapi, kita berkecenderungan untuk lupa apa yang telah dipelajari. Mengapa ini berlaku? Maklumat dalam ingatan aktif boleh hilang atau dilupai akibat pereputan (decay). Melebihi 20 saat tanpa latihan (rehearsal) akan menyebabkan maklumat baru dilupai dan melebihi 5-9 unit pasti ini juga terdapat beberapa daripada maklumat dilupai.

Tempoh masa juga menyebabkan ingatan

kita menjadi lemah.

Sebagai contoh, jika anda tidak melatih semula nombor telefon tersebut, pereputan akan berlaku dan nombor telefon dikeluarkan daripada ingatan aktif kita. Ingatan jangka panjang mempunyai suatu kapasiti yang tidak terhad dan sekiranya maklumat berada dalam ingatan jangka panjang, ia tetap di situ secara kekal. Apabila peperiksaan,

anda

anda mengingat kembali makllumat semasa

mungkin

ragu-ragu

tentang

kekekalan

maklumat.

Sebenarnya, maklumat memang ada di situ, namun kesukaran mengingat kembali ialah retrieval. Berapakah bilangan kategori dalam ingatan jangka panjang? Terdapat 3 kategori, iaitu ingatan semantik, ingatan episodik, dan ingatan procedural. Ingatan semantik merupakan ingatan untuk maklumat lisan atau makna. Ingatan ini boleh disimpan sebagai imej dan skemata. Ingatan episodik merupakan ingatan untuk peristiwa-peristiwa maklumat yang berkait dengan tempatdan masa tertentu, dan ia membolehkan kita mengetahui aturan sesuatu. Sebagai contoh, salah satu plot dalam filem, masa menonton dan kumpulan rakan-rakan yang menonton bersama anda adalah sebahagian daripada ingatan episodik. Ingatan procedural adalah bagi cara membuat sesuatu membuat sesuatu. Ia mengambil masa yang lebih panjang untuk belajar sesuatu prosedur. Akan tetapi, setelah dipelajari, pengetahuan ini akan kekal dalam ingatan untuk suatu jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, setelah anda belajar bagaimana menunggang basikal, anda tidak akan lupa. Kini, anda harus ketahui bahawa pemerosesan maklumat memberi kita pelan bagaimana minda memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat. Model ini telah mendorong Gagne untuk menyimpulkan sembilan peringkat pengajaran dan beliau membentuk peristiwa pengajaran untuk mengakomodasikan setiap peringkat (Gagne, 1965). Model pemerosesan maklumat memberi pengertian kepada keadaan kognitif proses pemikiran manusia.

2.1 Ekspositori. Mengikut pandangan Ausubel mengenai pembelajaran, seseorang menguasai pengetahan melalui penerimaan bebbandingkan penemuan. Konsep, prinsipprinsip dan idea-idea dikemukan dan difahamkan, bukan ditemui. Semakin tersusun dan tertumpu sesuatu persembahan, semakin lengkap seseorang individu dapat belajar. Auubel menegaskan tentang pembelajaran bermakna iaitu maklumat lisan

(verbal),

idea-idea

dan

hubungan

antara

idea-idea.

Dalam

pendekatannyan terhadap pengajaran, guru mempersembahkan bahan dalam suatu bentuk yang tersusun dan mengikut sekuen. Pelajar menerima bahan berguna dalam cara yang berkesan. Untuk Ausubel, pembelajaran berkembang secara deduktif , iaitu daripada umum kepada spesifik dan bukan secara induktif. Bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam ekspositori, peranan guru adalah sebagai penyampai maklumat atau isi kandungan pelajaran

secara

langsung

kepada

murid-murid

dalam

bilik

darjah.

Pengajaran ekspositori berasaskan cara penyampaian pengajaran guru melalui kaedah-kaedah penerangan, bercerita dan demonstrasi. Dalam proses ini, guru akan memberi penerangan terlebih dahulu. Murid-murid mendengar dengan teliti sehingga mereka memehami dan mengingatinya atau merekodkan isi-isi penting dalam buku latihan mereka. Guru boleh menggunakan pengajaran ini untuk menerangkan konsep, fakta, hukum, prinsip atau teorem-teorem matematik. Beberapa contoh cara penyampaian bahan pengajaran guru dengan menggunakan ekspositori ialah seperti berikut : •

Merancang dan menginterpretasikan serta menghurai idea-idea dan konsep dalambuku teks.



Menerangkan sambil mendemonstrasikan cara-cara dan mmelukis dan membina bentuk-bentuk geometri.



Menerangkan

langkah-langkah

penyelesaian

masalah

berdasarkan

kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari. •

Menerangkan sesuatu konsep dengan menggunakan alat bantu mengajar. Maka, bagaimanakah bahan dapat dipersembahkan dalam bentuk yang

tersusun dan bersekuan? Ausubel mencadangkan penggunaan pengurusan grafik (penyusun awal) pada awal pembelajaran. Beliau percaya bahawa pembelajaran optimum berlaku apabila terdapat satu pelengkap antara skema pelajar dengan bahan yang hendak dipelajari. Apakah sebenarnya penyusun awal? Ia merupakan satu penyataan awalan tentang suatu yang merangkumi semua maklumat yang berikutnya. Fungsi penyusun awal adalah menyediakan scraffolding atau sokongan untuk baru. Ia sebenarnya satu jambatan konseptual antara bahan baru dan pengetahuan pelajar semasa. Biasanya buku teks mempunyai pandangan umum untuk mengarahkan perhatian kita kepada apa yang penting dalam bahan yang akan dikemukan; menonjolkan hubungan antara idea yang akan dikemukan dan mengingatkan pelajar tentang maklumat relevan yang sedia ada dalam ingatan. Terdapat kategori dalam penyusun awal. Apakah kategori-kategori tersebut? Secara umumnya, penyusun awal terdiri daripada dua kategori iaitu komparatif dan ekspositori. Penyusun komparatif merangsang skema sedia ada (Woollfolk, 2004). Penyusun ini mengingatkan kepada kita apa yang telah dipelajari yang mungkin kita tidak sedar kerelevenannya. Secara bandingan, penyusun ekspositori menyediakan maklumat baru yang perlu untuk memahami maklumat akan diterima. Bagaimana anda menggunakan pendekatan ekspositori dalam pengajaran anda? Berikut adalah langkah-langkah suatu pelajaran ekspositori. Langkah-langkah adalah: 1. Kemukakan penyusun awal.

2. Kemukakan kandungan dari segi persamaan dan perbezaan dengan menggunakan contoh-contoh spesifik. 3. Bincang dan kaitkan kandungan kepada penyusun awal.

2.2 Inkuiri Pendekatan ini berasaskan konsep penyelesaian masalah megikut langkahlangkah yang logikal dan sistematik. Inkuiri didefinasikan sebagai satu peroses mencari ilmu pengetahuan atau kebenaran melalui proses menyoal. Manusia biasanya akan membuat pemikiran inkuiri daripada lahir hingga mati. Langkah-langkah dalam pendekatan inkuiri ialah seperti berikut : •

Menyenaraikan satu masalah pembelajaran.



Membentuk satu hipotesis mengenai masalah pembelajaran tersebut.



Mengumpul data dari pelbagai sumber elektonik dan bukan elektonik.



Menilai semula bukti mengenai masalah tersebut secara terperinci.



Membentuk

satu

kesimpulan

terhadapa

masalah

pembelajaran

tersebut. •

Pendekatan ini berujuan untuk menolong murid-murd membuat penaakulan supaya mereka menjadi lebih cekap dalam menanya soalan, membina konsep, membuat hipotesis serta menilainya.

Perhatikan situasi-situasi berikut: •

Seseorang guru membawa pelajar-pelajar dalam lawatan sambil belajar untuk mengumpul daun-daun daripada berbagi jenis pokok. Pelajar dikehendaki mewujudkan satu sistem klasifikasi untuk daundaun.



Guru kimia memberi pelajar sejenis bahan dan meminta mereka menguji secara saintifik untuk menentukan kandungan bahan.



Guru fizik menyoal pelajar " Adakah baik untuk terus membentuk dan membina loji kuasa nuklear?"

Merujuk kepada situasi di atas, guru sains mewujudkan satu situasi dalam bilik darjah yang mana pelajar dikehendaki membentuk idea-idea sendiri,

menyatakan pendapat sendiri terhadap isu penting atau mencari jawapan sendiri.

Dalam

setiap

situasi

di

atas,

pelajar

digalakkan

menyoal,

menganalisis spesimen atau data, memperoleh rumusan, membuat inferens atau menjana hipotesis. Dalam kes yang sedemikian, pelajar sebenarnya merupakan ahli inkuiri, iaitu penyelesai masalah. Inilah intisari model pengajaran inkuiri. Sebenarnya, apakah model inkuiri? Model inkuiri merupakan penemuan terpandu. Salah satu kekuatan model ini ialah kedua-dua kandungan an proses penyiasatan diajar pada masa yang sama. Langkah-langkah inkuiri mengikut model pemikiran reflektif oleh John Dewey. Langkah-langkah yang biasa digunakan termasuk: •

Kenal pasti dan menjelaskan masalah



Membentuk hipotesis



Mengumpul data



Analisis dan interpretasi data untuk menguji hipotesis



Membuat rumusan

2.2.1 Proses inkuiri Apabila menggunakan proses inkuiri, ia memberi peluang pelajar belajar dan mempraktikkan kemahiran berkait dengan pemikiran kritis. Kita harus ingat bahawa inkuiri selalu dan harus menuju kepada pewujudan idea-idea baru.

3.0 Teori Behavioral 3.1 Pengajaran Langsung 3.1.1 Pengenalan Pengajaran Langsung adalah frasa umum yang menggambarkan secara keseluruhan salah satu metod pengajaran yang menggunakan kaedah syarahan atau demonstrasi bahan.

Ia tidak sama seperti

model penerokaan seperti pembelajaran inkuiri (berdasakan perasaan ingin tahu pelajar). Metod ini biasanya berlawanan dengan kelas bimbingan, penyertaan pelajar di dalam makmal, perbincangan, seminar, bacaan oleh pelajar, dan pembelajaran aktif oleh pelajar.

Biasanya ia

melibatkan penerangan secara jelas kaedah dan perkara yang akan diajar.

Ia juga mungkin akan melibatkan atau mungkin tidak

melibatkan

penyertaan

pelajar

semasa

proses

pengajaran

berlangsung. Pengajaran langsung adalah salah satu kaedah pengajaran behavioral yang digunakan di dalam kelas. Ia telah dibangunkan pada tahun 1960 an oleh Siegfried Engelmann. Ia telah diaplikasikan oleh Siegfried Engelmann dan Carl Bereiter ke atas kanak-kanak yang kurang berkemampuan.

3.1.2 Ciri-ciri Pengajaran Langsung. I

Mempunyai perancangan pengajaran bertulis. Perancangan pengajaran bertulis ini membantu guru untuk mengurangkan masa yang diambil olehnya untuk menyiapkan persiapan untuk pengajaran.

II

Perlu wujud kaedah simbol yang akan ditunjukkan oleh guru. Sebagai contoh, apabila guru meletakkan jari telunjuk di mulut, murid perlu diam.

III

Memfokuskan pada kemahiran. Kemahiran diajar kepada murid sehingga mereka dapat menguasainya dengan sendirinya.

IV

Pengajaran langkah demi langkah. Guru memberikan panduan diikuti dengan pengulangan oleh pelajar samada dalam bentuk individu atau berkumpulan.

V

Ujian atau penilaian. Ujian atau penilaian ini perlu diadakan secara kerap untuk mendapatkan maklumbalas dan kesan pengajaran.

VI

Bukan sekadar latihan dan praktis. Pelajar boleh melibatkan diri lebih banyak dalam tugasan yang kompleks semasa melakukan apa-apa aktiviti dalam hidupnya. Ini bermaksud mereka dapat mengaplikasikan perkara yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

3.1.3 Model Pengajaran Langsung Berdasarkan Kenny (1980), pengajaran langsung mesti mengandungi ciri-ciri berikut: a.

Matlamat pengajaran adalah jelas di kalangan pelajar. bermaksud

pelajar

harus

mengetahui

apakah

Ini hasil

pembelajaran yang akan diperolehi di akhir pembelajaran. b. Masa yang diambil untuk melaksanakan aktiviti pengajaran mestilah mencukupi dan berterusan dan bukan hanya untuk waktu-waktu tertentu. c. Isi pengajaran mestilah meluas dan tidak bertumpu sematamata kepada isi-isi tertentu kerana ini akan dapat meluaskan pengetahuan pelajar-pelajar tentang sesuatu perkara. d. Prestasi pelajar harus dipantau dan diperhatikan. Sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan oleh pelajar, guru harus membetulkannya dan tidak membiarkannya dilakukan secara berterusan oleh pelajar tersebut. e. Soalan yang diberikan kepada murid mestilah pada tahap yang rendah dan mampu dijawab oleh murid. Ini penting untuk menggalakkan

menjawab

dan

memberikan jawapan yang betul.

membolehkan

mereka

Ia dapat memberikan rasa

keyakinan diri kepada pelajar untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru pada masa akan datang. f. Maklumbalas

yang segera perlu diberikan kepada pelajar.

Jangan tunggu untuk satu jangka masa untuk memberikan maklumbalas kerana mungkin tidak memberi kesan kepada pelajar. g. Guru perlu mengawal tujuan pengajaran. Ini bermaksud, guru perlu memastikan kaedah pengajaran, bahan dan matlamatnya tidak berubah dari matlamat asal.

h. Guru perlu memilih bahan yang sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran mengikut tahap pelajar yang diajar. i.

Guru memberi panduan kepada pelajar langkah demi langkah.

j.

Interaksi antara guru dan pelajar adalah berstruktur tetapi tidak bersifat autoriti.

Menurut Huitt (1996), pengajaran langsung boleh disimpulkan sebagai berikut: a.

Pengajaran guru lebih banyak iaitu melebihi 50% manakala kerja-kerja latihan atau kerja sampingan perlu kurang daripada 50%.

b.

Pembentangan maklumat yang aktif.

Ia boleh dilakukan

samada oleh guru, komputer atau pelajar lain. Pembentangan tersebut haruslah: I)

Dapat menarik perhatian pelajar.

II) Memberikan petunjuk-petunjuk yang dapat memotivasikan pelajar. III) Maklumat disusun mengikut kaedah terkini dan mudah difahami. IV) Memfokuskan isi-isi penting dan perlu diketahui oleh pelajar. V) Mengenengahkan dan mengukuhkan isi-isi yang relevan dan bersesuaian yang boleh diaplikasikan pelajar. c.

Penyusunan maklumat yang jelas. Ini termasuklah memastikan: a) Perhubungan antara maklumat yang dibentangkan jelas. b) Susunan maklumat yang mengikut aturan dan turutan. c) Perhubungan bersesuaian.

antara

maklumat

mestilah

relevan

dan

d) Perpindahan antara satu maklumat ke satu maklumat yang lain boleh difahami.

d.

Pengajaran dijalankan langkah demi langkah, dari topik ke topik.

e.

Menggunakan banyak contoh, peralatan visual dan demonstrasi. Ini adalah untuk membezakan antara konsep perkara konkrit dan abstrak.

f.

Penilaian yang berterusan untuk menguji kefahaman murid. Ia perlu

dijalankan

sebelum,

semasa

dan

selepas

proses

pengajaran berlangsung. g.

Langkah demi langkah perlu dipandu oleh guru berdasarkan penilaian yang telah dibuat. Guru seharusnya mengambil kira tahap murid semasa pengajaran kerana perkara terpenting yang perlu dicapai hasil pembelajaran ialah kefahaman pelajar dan bukan untuk mengikut silibus semata-mata.

h.

Penggunaan masa yang efektif dan mengekalkan perhatian yang diberikan oleh pelajar. Ia adalah berdasarkan bagaimana guru dapat mengaplikasikan teknik pengurusan kelas.

Koslov (1999) telah menggariskan perkara berikut untuk memenuhi kaedah pengajaran langsung. I

Mendapatkan perhatian dan fokus daripada pelajar. Ini adalah sebagai pembangkit semangat pelajar untuk memberi perhatian semasa pengajaran berlaku.

II

Persiapan oleh guru untuk pengajaran.

Guru menerangkan

tujuan pengajaran dan kadangkala perlu didemonstrasikan. III

Pengajaran

menggunakan

kaedah

model.

Guru

mendemonstrasikan konsep, kedudukan, strategi dan operasi sesuatu perkara yang diajar. Ini termasuklah dengan kaedah pengulangan yang pelbagai, dengan contoh yang berbeza

sebagai cara untuk membantu pengukuhan. Guru juga boleh bertanya soalan pendek dan menjawab soalan pelajar yang hanya difokuskan pada sesuatu perkara. IV

Guru perlu menyusun latihan yang dibantu oleh guru sendiri. Pada permulaannya, pelajar mengikut guru secara kelas, kumpulan dan seterusnya kumpulan yang lebih kecil sehingga peringkat individu.

V

Pelajar perlu membuat latihan secara individu. Dengan ini guru dapat memantau prestasi individu dan ia perlu dijalankan secara bertulis.

VI

Maklumbalas kepada pelajar.

Kesalahan pelajar dibetulkan

dengan menggunakan kaedah yang positif. VII

Kesalahan pelajar dikenalpasti dan jika perlu, guru perlu memulakan semula model pengajarannya atau menjalankan semula ujian.

VIII

Penggunaan peralatan tambahan.

Pelajar perlu didedahkan

dengan bahan pembelajaran yang berlainan di mana ia mempunyai strategi dan matlamat yang sama.

3.2

PEMBELAJARAN MASTERI 3.2.1 Takrifan Pembelajaran Masteri i.

Merupakan

satu

pendekatan

pengajaran

dan

pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam suatu perkara yang diajar. (Bloom, 1968). ii.

Berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya

keadaan

mencukupi

yang

disediakan

sesuai

untuk

dan

murid

masa

itu

yang

menguasai

pembelajarannya. (Bloom, 1968) iii.

Satu set idea dan amalan pengajaran secara individu

yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten

…idea

dan

amalan

ini

menghasilkan

pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan

berpandukan

kriteria

masteri

yang

jelas.

(Anderson & Block 1975) iv.

Pembelajaran masteri boleh dirumuskan sebagai suatu pendekatan

pengajaran

dan

pembelajaran

untuk

memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

3.2.2 Mengapakah Pembelajaran Masteri? i.

Murid

mempunyai

kebolehan

dan

keperluan

yang

pembelajaran

yang

berbeza. ii.

Murid

memerlukan

pendekatan

sesuai dan berkesan. iii.

Murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan.

3.2.3 Prinsip Pembelajaran Masteri i.

Murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru.

ii.

Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai.

iii.

Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan.

iv.

Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.

3.2.4 Ciri-ciri Pembelajaran Masteri i.

Hasil pembelajaran perlu ditentukan.

ii.

Hasil pembelajaran disusun mengikt hierarki atau unit pembelajaran.

iii.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menggembirakan.

iv.

Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK).

v.

Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan.

vi.

Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.

vii.

Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.

viii.

Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri.

3.2.5 Model Pembelajaran Masteri Dalam pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan. Langkah tersebut digambarkan melalui model tersebut :

Unit Pembelajaran 1 Penentuan Hasil Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran

Penilaian

Tindakan Susulan Aktiviti Pengayaan

Ya

Tidak Sudahkah murid menguasai? Ya

Teruskan

Tindakan Susulan Aktiviti Pemulihan

Unit Pembelajaran 2

Rajah 1 :Model Pembelajaran Masteri 3.2.6 Langkah-langkah Pembelajaran Masteri Bagi melaksanakan Pembelajaran Masteri langkah-langkah berikut perlu dipatuhi : i.

Penentuan hasil pembelajaran.

ii.

Pengajaran dan pembelajaran.

iii.

Penilaian.

iv.

Tindakan susulan.

3.2.7 Penentuan Hasil Pembelajaran Hasil pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid pada akhir sesuatu unit pembelajaran. Hasil pembelajaran perlu ditentukan bagi : i.

Mengenal pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid.

ii.

Memberi

tumpuan

dalam

penguasaan

hasil

pembelajaran. iii.

Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu belajar.

iv.

Membantu membina ujian formatif dan sumatif.

3.2.8 Hasil pembelajaran dinyatakan. i.

Berdasarkan sukatan pelajaran.

ii.

Dalam bentuk tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur.

iii.

Secara eksplisit, jelas dan terperinci.

iv.

Dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

v.

Mengikut aras pembelajaran dari mudah ke sukar.

3.2.9 Penentuan Pengajaran dan Pembelajaran Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru harus mengambil kira perkara yang berikut : i.

Kebolehan dan keupayaan murid berbeza-beza.

ii.

Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran.

iii.

Kemudahan yang sedia ada.

iv.

Masa yang diperuntukkan.

3.2.10 Kenali Murid Sahsiah seseorang murid mempengaruhi gaya pembelajaran. Justeru guru perlu mengenal pasti sahsiah murid bagi merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

3.2.11 Kepelbagaian kaedah dan bahan Kaedah dan bahan perlu dipelbagaikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya : i.

pelajar

lebih

mudah

memahami

dan

menghayati

kandungan pelajaran. ii.

Pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan.

3.2.12 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan : i.

Berpusatkan guru

ii.

Berpusatkan murid

Dalam pendekatan berpusatkan guru, kaedah yang boleh digunakan adalah seperti yang berikut.

i. Penerangan ii. Penjelasan iii. Bercerita iv. Huraian v. Memberi nota vi. Syarahan vii.demonstrasi

Dalam pendekatan yang berpusatkan murid, kaedah yang boleh digunakan adalah seperti yang berikut : i.

Bercerita

ii.

Bacaan

iii.

Latih tubi

iv.

Pembelajaran akses kendiri

v.

Inkuiri penemuan

vi.

Soal jawab

vii.

Main peranan

viii.

Demonstrasi

ix.

Penyelesaian masalah

x.

Sumbang saran

xi.

Projek

xii.

Pembelajaran koperatif

xiii.

amali

3.2.13 Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Selain pelbagai aktiviti dalam Pembelajaran Masteri, bahan pengajaran dan pembelajaran juga perlu dipelbagaikan selaras dengan aktiviti yang dipilih. Contoh bahan pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut : Matapelajaran Bahasa

Hasil pembelajaran Mengenal pasti ’huruf’

Cadangan bahan Kad imbasan huruf Carta huruf

Menambah dua nombor

Bongkah huruf Jaka

dalam lingkungan fakta

Sida

Pendidikan jasmani

asas Memukul bola hoki

Cip berwarna Kayu hoki

Sains

dengan cara betul Menerangkan proses

Bola hoki Carta organ

penghadaman

penghadaman

Menyatakan bentuk

Video penghadaman Cakera padat tentang

muka bumi kawasan

muka bumi

pinggir pantai

Model

Membuat grafik

Peta Perisian aplikasi

Matematik

Geografi

Pendidikan seni

Jadual 1: Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

3.2.14 Penilaian Penilaian adalah suatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid. Penilaian juga adalah

sebahagian

daripada

proses

pengajaran

dan

pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.

3.2.15 Tujuan Penilaian Penilaian dalam Pembelajaran Masteri bertujuan untuk : i.

mengesan pencapaian murid

ii.

mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah.

iii.

Mengenal pasti sama ada hasil pembelajaran sudah atau belum dikuasai.

iv.

Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran.

v.

Menentukan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang perlu dijalankan.

vi.

Menentukan keberkesanan kaedah, bahan atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

3.2.16 Penilaian dalam Pembelajaran Masteri Penilaian dalam Pembelajaran Masteri perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru. Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan ujian Rujukan Kriteria. Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik. Penilaian mestilah berdasarkan kepada Hasil Pembelajaran yang telah ditetapkan.

3.2.17 Masa untuk menjalankan penilaian Penilaian Pembelajaran Masteri boleh dijalankan mengikut masa yang difikirkan sesuai seperti yang berikut : i.

Semasa pengajaran dan pembelajaran.

ii.

Semasa sesuatu unit pembelajaran.

iii.

Selepas tempoh tertentu seperti mingguan, bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun.

3.2.18 Domain yang dinilai Penilaian dalam Pembelajari Masteri meliputi domain : i.

Kognitif

ii.

Afektif

iii.

Psikomotor

3.2.19 Cara menilai Pembelajaran Masteri Hasil pembelajaran boleh dinilai secara lisan, pemerhatian dan penulisan. Penilaian boleh dijalankan secara berasingan atau digabungkan mengikut aspek yang hendak dinilai.

3.2.20 Langkah yang diperlukan untuk menilai Langkah 1. Pembinaan alat ujian

Aktiviti i. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak diuji. ii. Membina jadual penentu ujian iii. Membina item

2. Pentadbiran ujian 3. Pemprosesan hasil ujian

iv. Menyediakan skema jawapan i. Mentadbirkan ujian. i. Memeriksa respons dan menentukan penguasaan murid. ii. Membuat analisis terhadap respons. iii. Mendiagnos iv. Merekod pencapaian murid i. Menyediakan laporan

4. Pelaporan

ii. Menyampaikan laporan Jadual 2 : Langkah-langkah Penilaian

3.2.21 Tindakan Susulan Tindakan susulan dalam pembelajaran Masteri dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid dikenal pasti. Aktiviti tindakan susulan bertujuan :

i. Memastikan kelemahan murid tidak terhimpun sehingga terjejas pembelajaran seterusnya.

ii. Memperkukuh

dan

mempertingkatkan

pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang telah dikuasai. Tindakan susulan boleh dilakukan melalui aktiviti :

i. Pemulihan ii. Pengayaan ( pengukuhan dan pengembangan )

3.2.22 Aktiviti Pemulihan Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu murid yang belum melepasi aras masteri. Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran yang telah dikenal pasti. Pengajaran dan pembelajaran diubah suai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan :

i. Mengajar semula mengguna kaedah atau bahan yang lain. ii. Membetulkan perlakuan yang salah. iii. Mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula. iv. Menggunakan bahan visual. v. Mempermudah dan mempelbagaikan latihan. vi. Menjalankan latih tubi. vii.Menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya. viii.Memotivasikan murid untuk belajar lebih bersuungguhsungguh,

ix. Membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk ringkas seperti rajah, carta atau peta minda.

x. Melatih murid mengenal pasti idea utama.

3.2.23 Aktiviti Pengayaan Aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid yang telah menguasai aras masteri. Aktiviti pengayaan dirancang bagi : i.

Memberi

peluang

kepada

murid

menjalani

aktiviti

pembelajaran yang lebih mencabar dan menarik. ii.

Memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid.

iii. Menambahkan sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir.

iv. Meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran.

Terdapat

dua

aktiviti

pengayaan

iaitu,

pengukuhan

dan

pengembangan. a) Aktiviti Pengukuhan Aktiviti

Pengukuhan

bertujuan

untuk

memantapkan

pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam

unit

pembelajaran

yang

sama.

Contoh

aktiviti

pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti yang berikut :

i. Memberi latihan yang lebih mencabar. ii. Memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk. iii. Melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, carta organisasi dan rajah.

iv. Melatih murid membuat nota. v. Menjalankan latih tubi. vi. Melatih murid mengenal pasti idea utama. vii.Mengakses maklumat dari laman web. b) Aktiviti Pengembangan Aktiviti pengembangan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan ini boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri. Contoh aktiviti pengembangan adalah :

i. Membuat projek. ii. Membuat tugasan.

iii. Membuat kajian. Dalam menjalankan aktiviti pengembangan, kemahiran yang berikut boleh dipertingkatkan :

i. Membuat pemerhatian ii. Mengumpul data iii. Mengakses maklumat iv. Membanding v. Mengklasifikasi vi. Meringkas vii.Merekod viii.Mentafsir ix. Membuat keputusan x. Membuat andaian xi. Menganalisis xii.Melapor xiii.Menyelesaikan masalah.

PEMBELAJARAN MASTERI Apakah pembelajaran Masteri? …merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran berfokuskan penguasaan murid dalam suatu perkara yang diajar.

yang

(Bloom, 1968)

…berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya. (Bloom, 1968)

…ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten …idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang jelas. (Anderson & Block 1975)

Berdasarkan pendapat di atas pembelajaran masteri boleh dirumuskan sebagai : Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Mengapakah Pembelajaran Masteri? iv.

Murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza.

v.

Murid memerlukan pendekatan pembelajaran yang sesuai dan berkesan.

vi.

Murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan.

Prinsip Pembelajaran Masteri Prinsip asas dalam Pembelajaran Masteri ialah : v.

Murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru.

vi.

Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai.

vii.

Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan.

viii.

Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.

Apakah ciri-ciri Pembelajaran Masteri? Ciri-ciri Pembelajaran Masteri adalah seperti berikut : ix.

Hasil pembelajaran perlu ditentukan.

x.

Hasil pembelajaran disusun mengikt hierarki atau unit pembelajaran.

xi.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menggembirakan.

xii.

Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK).

xiii.

Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan.

xiv.

Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.

xv.

Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.

xvi.

Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri.

Model Pembelajaran Masteri Dalam pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan. Langkah tersebut digambarkan melalui model tersebut :

Unit Pembelajaran 1 Penentuan Hasil Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran

Penilaian

Tindakan Susulan Aktiviti Pengayaan

Ya

Tidak Sudahkah murid menguasai? Ya

Tindakan Susulan Aktiviti Pemulihan

Teruskan

Unit Pembelajaran 2

LANGKAH PEMBELAJARAN MASTERI Apakah langkah Pembelajaran Masteri?

Bagi melaksanakan Pembelajaran Masteri langkah-langkah berikut perlu dipatuhi : v.

Penentuan hasil pembelajaran.

vi.

Pengajaran dan pembelajaran.

vii.

Penilaian.

viii.

Tindakan susulan.

Penentuan Hasil Pembelajaran Hasil pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid pada akhir sesuatu unit pembelajaran. Hasil pembelajaran perlu ditentukan bagi : v.

Mengenal pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid.

vi.

Memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran.

vii.

Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu belajar.

viii.

Membantu membina ujian formatif dan sumatif.

Bagaimanakah hasil pembelajaran dinyatakan? Hasil pembelajaran dinyatakan : vi.

Berdasarkan sukatan pelajaran.

vii.

Dalam bentuk tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur.

viii.

Secara eksplisit, jelas dan terperinci.

ix.

Dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

x.

Mengikut aras pembelajaran dari mudah ke sukar.

Penentuan Pengajaran dan Pembelajaran Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru harus mengambil kira perkara yang berikut :

v.

Kebolehan dan keupayaan murid berbeza-beza.

vi.

Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran.

vii.

Kemudahan yang sedia ada.

viii.

Masa yang diperuntukkan.

Kenali Murid Sahsiah seseorang murid mempengaruhi gaya pembelajaran. Justeru guru perlu mengenal pasti sahsiah murid bagi merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

Mengapakah perlu pelbagai kaedah dan bahan? Kaedah dan bahan perlu dipelbagaikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya : iii.

pelajar lebih mudah memahami dan menghayati kandungan pelajaran.

iv.

Pembelajaran

menjadi

lebih

menarik,

bermakna

dan

menyeronokkan.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan : xiv.

Berpusatkan guru

xv.

Berpusatkan murid

Dalam pendekatan berpusatkan guru, kaedah yang boleh digunakan adalah seperti yang berikut. Penerangan Penjelasan Bercerita Huraian Memberi nota Syarahan demonstrasi

Dalam pendekatan yang berpusatkan murid, kaedah yang boleh digunakan adalah seperti yang berikut :

Bercerita Bacaan Latih tubi Pembelajaran akses kendiri Inkuiri penemuan Soal jawab Main peranan Demonstrasi Penyelesaian masalah Sumbang saran Projek Pembelajaran koeratif amali

Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Selain pelbagai aktiviti dalam Pembelajaran Masteri, bahan pengajaran dan pembelajaran juga perlu dipelbagaikan selaras dengan aktiviti yang dipilih. Contoh bahan pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut :

Matapelajaran Bahasa

Hasil pembelajaran Mengenal pasti ’huruf’

Cadangan bahan Kad imbasan huruf Carta huruf

Menambah dua nombor

Bongkah huruf Jaka

dalam lingkungan fakta

Sida

Pendidikan jasmani

asas Memukul bola hoki

Cip berwarna Kayu hoki

Sains

dengan cara betul Menerangkan proses

Bola hoki Carta organ

penghadaman

penghadaman

Menyatakan bentuk

Video penghadaman Cakera padat tentang

muka bumi kawasan

muka bumi

pinggir pantai

Model

Membuat grafik

Peta Perisian aplikasi

Matematik

Geografi

Pendidikan seni

Penilaian Penilaian adalah suatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid. Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.

Mengapakah perlu penilaian? Penilaian dalam Pembelajaran Masteri bertujuan untuk : vii.

mengesan pencapaian murid

viii.

mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah.

ix.

Mengenal pasti sama ada hasil pembelajaran sudah atau belum dikuasai.

x.

Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran.

xi.

Menentukan

aktiviti

pemulihan

dan

pengayaan

yang

perlu

dijalankan. xii.

Menentukan keberkesanan kaedah, bahan atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian dalam Pembelajaran Masteri Penilaian dalam Pembelajaran Masteri perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru. Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan ujian Rujukan Kriteria. Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik. Penilaian mestilah berdasarkan kepada Hasil Pembelajaran yang telah ditetapkan.

Bilakah penilaian harus dijalankan? Penilaian Pembelajaran Masteri boleh dijalankan mengikut masa yang difikirkan sesuai seperti yang berikut : iv.

semasa pengajaran dan pembelajaran.

v.

Semasa sesuatu unit pembelajaran.

vi.

Selepas tempoh tertentu seperti mingguan, bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun.

Apakah Domain yang dinilai? Penilaian dalam Pembelajari Masteri meliputi domain : iv.

Kognitif

v.

Afektif

vi.

Psikomotor

Cara menilai Pembelajaran Masteri Hasil pembelajaran boleh dinilai secara lisan, pemerhatian dan penulisan. Penilaian boleh dijalankan secara berasingan atau digabungkan mengikut aspek yang hendak dinilai.

Langkah yang diperlukan untuk menilai Untuk menilai, langkah berikut perlu diikuti : Langkah 1. Pembinaan alat ujian

Aktiviti i. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak diuji. ii. Membina jadual penentu ujian iii. Membina item

iv. Menyediakan skema jawapan i. Mentadbirkan ujian. i. Memeriksa respons dan menentukan

2. Pentadbiran ujian 3. Pemprosesan hasil ujian

penguasaan murid. ii. Membuat analisis terhadap respons. iii. Mendiagnos iv. Merekod pencapaian murid i. Menyediakan laporan

4. Pelaporan

ii. Menyampaikan laporan

Tindakan Susulan Tindakan susulan dalam pembelajaran Masteri dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid dikenal pasti. Aktiviti tindakan susulan bertujuan :

v. Memastikan kelemahan murid tidak terhimpun sehingga terjejas pembelajaran seterusnya.

vi. Memperkukuh dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikuasai.

Tindakan susulan boleh dilakukan melalui aktiviti :

iii. Pemulihan iv. Pengayaan ( pengukuhan dan pengembangan )

Aktiviti Pemulihan Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu murid yang belum melepasi aras masteri. Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan

pembelajaran

yang

telah

dikenal

pasti.

Pengajaran

dan

pembelajaran diubah suai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan :

xi. Mengajar semula mengguna kaedah atau bahan yang lain. xii.Membetulkan perlakuan yang salah. xiii.Mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula. xiv.Menggunakan bahan visual. xv. Mempermudah dan mempelbagaikan latihan. xvi.Menjalankan latih tubi. xvii.Menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya. xviii.Memotivasikan murid untuk belajar lebih bersuungguh-sungguh, xix.Membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk ringkas seperti rajah, carta atau peta minda.

xx. Melatih murid mengenal pasti idea utama.

Aktiviti Pengayaan Aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid yang telah menguasai aras masteri. Aktiviti pengayaan dirancang bagi :

xxi.Memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar dan menarik.

xxii.Memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid. xxiii.Menambahkan sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir.

xxiv.Meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran.

Terdapat dua aktiviti pengayaan iaitu, pengukuhan dan pengembangan. a) Aktiviti Pengukuhan Aktiviti Pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajaran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti yang berikut :

viii.Memberi latihan yang lebih mencabar. ix. Memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk. x. Melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, carta organisasi dan rajah.

xi. Melatih murid membuat nota. xii.Menjalankan latih tubi. xiii.Melatih murid mengenal pasti idea utama. xiv.Mengakses maklumat dari laman web.

b) Aktiviti Pengembangan Aktiviti pengembangan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan ini boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri. Contoh aktiviti pengembangan adalah :

iv. Membuat projek.

v. Membuat tugasan. vi. Membuat kajian. Dalam menjalankan aktiviti pengembangan, kemahiran yang berikut boleh dipertingkatkan :

xiv.Membuat pemerhatian xv. Mengumpul data xvi.Mengakses maklumat xvii.Membanding xviii.Mengklasifikasi xix.Meringkas xx. Merekod xxi.Mentafsir xxii.Membuat keputusan xxiii.Membuat andaian xxiv.Menganalisis xxv.Melapor xxvi.Menyelesaikan masalah.



DR. RAGBIR KAUR A/P JOGINDER SINGH, PANDUAN ULANGKAJI ILMU PENDIDIKAN UNTUK KPLI SEKOLAH RENDAH DAN MMENENGAH.



ILMU PENDIDIKAN, PENGETAHUAN DAN KETRAMPILAN IKHTISAS, BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, 2004.

Related Documents

Write-up Model2 Pengajaran
November 2019 1
Writeup
November 2019 17
Writeup
October 2019 21
Jsp Model2
November 2019 10
Drawing1-model2.pdf
October 2019 13
Itct Writeup
November 2019 22