Wawancara Dengan Abdullah C.d.

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Wawancara Dengan Abdullah C.d. as PDF for free.

More details

  • Words: 6,298
  • Pages: 15
WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

WAWANCARA DENGN ABDULLAH C.D.

A

bdullah C.D. adalah seorang tokoh pejuangan kemerdekaan veteran yang ulung. Beliau pernah mendapat pendidikan di Clifford School, Kuala Kangsar. Kerana fikiran beliau yang cerdas terbuka, beliau telah menerima pengaruh progresif dari bangku sekolah lagi, khasnya oleh guru-guru yang demokratik, ahli-ahli KMM dan tokoh veteran revolusi Indonesia tahun 1926 yang tinggal di Malaya (kini Malaysia). Demi cita-cita kemerdekaan tanah air, beliau telah menyertai KMM, PKMM dan PKM. Beliau adalah Abdullah C.D. rakan seperjuangan akrab tokoh nasional yang terkemuka seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamad, Mustapha Hussein dan lain-lain. Pada bulan Mei 1949, beliau telah mengasas dan memimpin Rejimen ke-10, satu-satunya pasukan Melayu yang berjuang melawan penjajah British secara bersenjata untuk kemerdekaan tanah air. Kemudian, pada tahun 1985, beliau dipilih sebagai Pengerusi PKM. Soalan: Banyak orang, khasnya angkatan baru, sangat ingin mengetahu i tentang Bapak seca ra lebih dekat. Mereka bukan sahaja mahu menambahkan penget ahuan sendir i, bahkan mahu merakamkan perjuangan Bapak dalam lembaran sejarah tanah air. Ada orang mengatakan kisah perjuangan Bapak selama kira kira set engah abad sudah menjadi legenda, Bapak seor ang keramat dan lain- lain. Abdullah C.D.: ( ketawa) Saya bukan keramat, saya manusia biasa saja. Soalan: Bolehkah Bapak terangkan sedik it t entang latar belakang Bapak? Abdullah C.D.: Saya anak Perak, lahir di Lambur Kiri, Daerah Parit, pada bulan Oktober 1923. Bapa saya bernama Anjang Abdullah, seorang petani sedang. Dia juga ketua kampung. Emak bernama Halimah, seorang suri rumah tangga. Kami hanya dua beradik, ia itu s eorang kakak dan say a sendir i. Soalan: Kami difahamkan nama Abdullah C. D. bukanlah nama sebenar Bapak, tetapi “nama perjuan gan”. Benarkah? Abdullah C.D.: Benar. Nama lahir at au nama sebenar saya ialah Cik Dat. Tapi, selepas perang, ketika saya terlibat dalam gerakan buruh dan PKMM, kerana keperluan perjuangan, saya menggunakan Abdullah C.D. Soalan: Bagaimana tentang pend idik an Bapak? Abdullah C.D.: Mula -mula saya belajar di Sekolah Melayu Lamb or, Parit, dan tamat Darjah Lima. Kemudian, saya masuk Sekolah

Kini Dan Silam

1

http://matamin02.blogspot.com

WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

Inggeris Tapah, tapi lepas it u, Sek olah Inggeris C lifford, Kuala Kangsar. Saya sempat belajar Inggeris setakat Darjah 7 saja kerana tercet usnya perang. Soalan: Benarkah Bapak terlibat d alam masa di seko lah lagi? Abdullah C.D.: Benar.

gerakan kemerdekaan

Soalan: Apakah yang mula -mula m empengaruhi Bapak? Abdullah C.D.: Bapa saya, guru -guru, dan kegiatan d i sekolah setelah berdir inya K esatuan Melayu Muda (KMM). Soalan: Bolehkah Bapak cer itakan sedikit soal ini? Abdullah C.D.: Saudara pun tahu, rakyat Perak memang terkenal dengan semangat anti-penjajah. Pengaruh Perang Maharajalela pada tahun 1875 memang mendalam. Sungguhpun perang itu gagal, tapi semangat rakyat terus membara. Awal abad itu, kalau tak silap tahun 19 30-an, rakyat Perak nak berontak lag i – di Kuala Kangsar, Parit dan la in -la in tempat. Sa lah seorang penganjurnya ialah Raja Chulan, keluarga diraja Perak. Pemberontakan ini ditindas oleh British dan ramai orang ditangkap. Tapi Almarhum Sultan Perak ampunkan mereka. Bapa saya salah seorang yang t erlibat dalam gerakan in i. K isah -k isah perjuangan begini selalu bapa saya ceritakan kepada s aya. Soalan: Bagaimana dengan guru -guru Bapak? Abdullah C.D.: Saya bernasib baik kerana ketika di sekolah Melayu, ada seorang guru, Cikgu K arib namanya, sangat ambil berat terhadap saya. Beliau lu lus an Tanjung Malim (Maktab Perguruan Sultan Idr is) yang merupakan tempat semaian semangat kebangsaan Melayu. Belia u mengajar saya di seko lah waktu siang. Waktu ma lam pula, bapa saya hantar saya belajar di rumahnya. Cikgu Karib menanam semangat patriotisme pada diri saya. Seperkara lagi, s emasa di Seko lah Inggeris C lif ford, Mr. Lewis, seorang Ingger is yang menj adi guru besar di s itu, agak maju juga. Beliau menjelaskan kep ada saya tentang keburukan kapitalisme s erta menganjurkan supaya saya membaca buku -buku Marx dan belajar falsafah Marxis. Soalan: Babak ada menya takan bahawa bapak membaca buku buku Marx dan belajar falsafah Marxis. Apa pandangan Bapak tentang fa lsafah Marxis? Abdullah C.D.: Bagi saya falsafah Marxis itu adalah satu senjata yang terbaik dalam perjuangan untuk kemerdekaan tanah air dan untuk k emajua n masyarakat umat manusia. Kami tidak memandang Marxisme itu sebagai “d ogma”, atau pegangan ketat yang kaku dan t idak boleh berubah, tetapi m emadukannya sesua i dengan syarat dan keadaan di Malaya . Akan tetapi, dalam masalah in i, ada orang menganggap kerana kami menggunakan Marxisme, maka kami tidak beragama atau menentang agama. Pandangan seperti in i s ebenarnya telah

Kini Dan Silam

2

http://matamin02.blogspot.com

WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

diracuni oleh hasutan penjajah. PKM melaksanakan dasar kebebasan beragama dan menghormati adat istiadat rakyat semua bangsa. Saya dilahirkan sebagai Is lam dan dibesarkan dengan didikan Is lam. Di mana jug a saya berada, pegangan ini tetap t idak berubah. Soalan: Ada orang Melayu yang men olak PKM k erana menganggap komunis t elah keluar dari agama Islam. Apa pandangan Bapak tentang ha l ini? Jawapan: Komunisme adalah musuh kapitalisme. Fik iran antikomun is seb enarnya dit imbulkan oleh penjajah sebagai bapa kapitalisme. Apa yang saya nampak dalam perjuangan orang Melayu selepas P erang Dun ia Kedu a iaitu tahu n -tahun 45-4 8, orang Melayu yang progres (kiri) atau yang mahukan kemerdekaan pada umumnya tidak antikomun is, tetapi mereka yang leb ih rapat dengan penjajah y ang diwakili UMNO yang kuat antikomun is. Dalam perjuangan besar untuk kemerdekaan tanah air, kaum komunis, nas ionalis, dan agama telah bersatu mel awan penjajah. Di Malaya PKM dan PKMM bekerjasama sangat rapat. Dr. Burhanuddin seorang tokoh agama yang berpandangan jauh adalah rakan seperjuangan saya yang paling rapat. Front Persatuan Putera -AMCJA merupaka n contoh nyata gabungan berbagai kekuatan tersebut. Sebagai taktik dengn penjajah British, PKM tidak tampil k e depan, tetapi ia memainkan peranan terpent ing di belakang barisan bersatu tersebut. Hal ini berlaku juga di Indonesia. Mereka telah m embentuk front persatuan d i atas dasar NASAKOM ia itu nas io nalis, sos ialis, agama dan komunis. Dalam perjuangan bersenjata melawan penjajah British ka li in i pula ramai toko h agama yang menyokong perjuangan bersenjata khasnya Rej imen Ke-1 0, mereka menganggap perajurit Rejimen Ke-10 sebagai jihad untuk memperjuangk an tanah air dan agama. Soalan: Bagaimanakah penglibatan Bapak dengan Kesatuan Melayu Muda (KMM)? Abdullah C.D.: Pengaruh KMM sudah meresap ke Seko lah C lifford kira-kira tahun 19 39. Banyak buku dari Indones ia sudah sampai ke tangan kami. Waktu malam kami adakan perbincangan politik secara rahsia. Kami tertar ik dengan semboyan “Merdeka” yang dilantangkan o leh KMM. Jadi apabila cawangan KMM ditubuhkan, saya pun menjadi anggotanya. Kemudian, saya dipilih menjadi Set iausaha KMM cawangan Lambur, iaitu kampung h alaman saya. Soalan: Bolehkah Bapak ingat antara buku dari Indones ia yang benar-benar membangkitkan semangat juang Bapak? Abdullah C.D: Buku-buk u itu mema ng banyak. Saya sudah lupa tajuknya. Sa lah satu yang saya masih ingat ialah karya Tan Melaka.

Kini Dan Silam

3

http://matamin02.blogspot.com

WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

Soalan: Siapakah antara tokoh revolusio ner Indon esia yang pernah Bapak hubungi? Abdullah C.D.: Ada beberapa orang. Antaranya Pak Jenain (Sutan Jenain), Alimin, Musso dan Suparto. Pak Jenain banyak membantu KMM dan PKMM. Alim in pernah singgah di Kuala Lumpur sekembalinya dari Moscow selepas perang dan menjelajahi seluruh Malaya mengadakan kursus. Apabila beliau pu lang ke Indones ia, beliau han tar pula Suparto ke Kua la Lumpur. Soalan: Apakah Bapak kena l to koh k ebangsaan waktu itu s epert i Ibrahim Yaacob, Mustapha H ussain, Pak Sako dan Ahmad Boestamam? Abdullah C.D.: Sebelum p erang, saya masih lagi budak -budak, umur baru belasan tahun. Toko h sepert i Ibrahim Yaacob, Mustapha dan Ishak (Pak Sako) sudah dewasa. Ibrahim Yaacob saya kenal s elaku Pres iden KMM saja, tidak k enal s ecara peribadi. Mustapha dan Pak Sako saya kena l dan mendampingi mereka setelah kam i bergerak dalam PKMM selepas perang. Boestamam agak sebaya dengan saya. Beliau lebih tua cuma beberapa tahun saja. Beliau penanggungjawab KMM di Ipoh, s elainn ya Taip i ng. Saya sudah rapat dengannya sejak s ebelum perang lagi. Soalan: Bagaimana dengan Dr. Burhanuddin? Abdullah C.D.: Saya dan Dok tor berkena lan sejak tahun 194 5 semasa dalam PKMM. Sejak itu, kami s ering b ergerak ke sana k e mari bersama dan menjadi rakan seperjuangan yang akrab. Beliau dan saya bersama -sama mengetuai rombongan Malaya ke Persidangan Se- As ia di New Delh i, India, pada tahun 194 7 un tuk menentang ko lon ialisme. Soalan: Dengan Pak Rash id Maidin, bagaimana? Abdullah C.D.: Rash id anak Perak juga, ber asal dari sebuah kampung dekat Gopeng, tak jauh dari Lambur. Saya kenal rapat dengannya sejak perang ant i-Jepu n, dan kami menjadi rakan seperjuangan yang paling akrab sampai hari in i. Soalan: Ada orang menyatakan Pak Rashid sudah men inggal. Abdullah C.D. : (ketawa) Itu cuma khabar angin. Beliau masih hidup, bahkan masih sihat dan aktif memimpin. Beliau seorang yang sangat gigih. Soalan: Bolehkah Bapak cer itaka n keadaan set elah Jepun menceroboh dan Brit ish men yerah dir i? Abdullah C.D.: Keadaan masa itu san gat kemelut. Pokokn ya ada dua perkembangan penting dari segi perjuangan rakyat. Pertama, PKM, yang ditubuhkan pada tah un 19 30, t elah men yusun sebahagian rakyat melancarkan perjuangan. PKM mempunyai pengaruh yang luas di kalangan orang Cina. Di ka langan ora ng Melayu dan Ind ia, tak ada kader, hanya pada penghujung perang, pengaruhnya mula meluas. Untuk melawan Jepun, PKM tubuhkan Tent era Ant i-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) dan melancarkan

Kini Dan Silam

4

http://matamin02.blogspot.com

WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

perang gerila. PKM juga bekerjasama dengan British dan mendapatkan sedik it s enjata. Kedua, semasa awal pendudukan Jepun, KMM dibenarkan bergerak secara terbuka. KMM mengambil sikap bekerjasama dengan Jepun untuk m elawan Brit is h demi k emerdekaan Malaya. Ini sama sepert i yang dilak ukan Su karno di Indones ia. Set elah KMM diharamkan pada tahun 1942, Ibrahim Yaacob dan beberapa tokoh lag i menubuh kan Malai Gyu G un, atau PETA, iaitu s ebuah pasukan tentera Melayu yang men gambil kes empatan daripada kemudahan yang diberikan Jepun dengan tujuan mencapai kemerdekaan. Seb elum Ibrahim berundur ke Indones ia, beliau cuba mengatur beberapa orang membawa PETA bergabung dengan pasukan TAJRM untuk sama -sama melawan British. Sayangnya, kerana keadaan berubah, rancangan itu gagal. Soalan: Mengapa KMM diharamkan pada tahun 1942? Abdullah C.D: T elah saya jelaskan di atas ialah KMM berjuang untuk k emerdekaan Malaya. Pada tahun 1942, Mustapha Hussein bagi pihak KMM mengajukan tuntutan untuk merdeka kepada pihak Jepun. Saya dan kawan-kawan KMM cawangan Lambor juga ikut menandatangani surat tu ntutan tersebut. Kerana itu lah pihak Jepun mengharamkan KMM. Soalan: Apakah yang Bapak lakukan semasa pendudukan Jepun? Abdullah C.D.: Mula -mula, saya bergerak terus dalam KMM selaku Set iausaha KMM di Lambor. Masa itu, saya sudah ada hubungan dengan pasukan gerila ant i-Jepu n. Kemudian, apabila Jepun mengharamkan KMM, saya, bersama beberapa orang lagi, masuk gerila TAJRM di P erak. Sela in t ugas t entera, saya juga melakukan kerja propaganda untuk melawan Jepun. Soalan: Mengapa Bapak memilih TAJ RM? Abdullah C.D: Set elah KMM diharamkan oleh fasis Jepun, saya dan kawan-kawan sudah hilang organisasi untuk men eruskan perjuangan. Pada masa itu, hanya TAJRM satu -satun ya tentera yang melawan fasis Jepun di bawah pimpinan PKM. Tentera British telah cabut lari dan menyerah kalah. Soalan: Apakah tanggungjawab Bapak dalam Parti Komunis Malaya selepas perang? Abdullah C.D.: Pada tahun 194 6, saya dilantik menjad i Set iausaha Jabatan Kerja Melayu Jawatankuasa Pusat PKM, bertanggungjawab atas kerja Melayu dalam PKM serta gerakan massa Melayu. Soalan: Bolehkah Bapak jelaskan s edikit t entang gerakan massa Melayu? Abdullah C.D: Orang Melayu t ingg i semangat juangnya. Dalam masa perang dunia kedua, kedua -dua belah tebing Sungai Perak menjadi pangkalan gerakan ant i-Jepun yang kuat. Da lam masa aman pula, maksud saya selepas J epun ka lah, mereka menyoko ng gerakan PKMM sehingga anggota parti itu berjum lah 1 00,00 0

Kini Dan Silam

5

http://matamin02.blogspot.com

WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

orang lebih. Set elah meletusnya darurat, orang Melayu di banyak tempat memanggul senjata melawan penjajah British s eperti di Johor, Neger i Sembilan, Melaka, Selangor, Pahang, Kedah dan lain- lain. Kawasan Temerloh Pahang umpamanya, lebih s eparuh kawasan desa massa menyokong Rej imen K e-10 seh ingga penjajah British menganggap Temerloh sebagai kawasan Merah. Soalan: Bagaimana dengan penubuh an Par ti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)? Abdullah C.D.: Gerakan kebangsaan di kalangan orang Melayu selepas perang leb ih bergelora. Cita -c ita kem erdekaan KMM diteruskan oleh PKMM. Kebanyakan penaja PKMM ialah bekas pemimpin dan anggota KMM dulu. Da lam PKMM, ter dapat anggota daripada pelbagai aliran – nas ionalis, agama, sosialis, komun is. Tapi, tak kira apa alirannya, kami dapat ketepikan perbezaan, dapat bersatu dan bekerjasama. In i k erana kami adalah kaum patriot yang anti-imperia lis, anti-ko lon ialis dan cintakan kemerdekaan, keb ebasan. Kami menubuhkan PKMM pada bulan Oktober 19 45 dalam kongres di Ip oh. Mokhtaruddin Lasso, Dr. Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako, saya dan ramai lagi kawan masa itu bertanggungjawab mendirik an parti polit ik orang Melayu untuk memperjuangkan k emerdekaan. PKMM berkembang pesat dengan anggota kira -kira 10 0,000 orang. Soalan: Bagaimana dengan UMNO? Abdullah C.D.: UMNO lahir kemudian , iaitu pada bulan Mei 194 6. Semboyannya waktu itu bukan “Merd eka”, tapi “Hidup Melayu”. Soalan: Apakah sikap PKMM terhadap UMNO? Abdullah C.D.: Dalam kongres per paduan bangsa Melayu pada awal 1946, PKMM turut serta bersa ma UMNO. Pendek kata, k ita nak kerjasama untuk m enghala u British dan mencapai kemerdekaan. Tapi masa itu, saya masih ingat, sudah timbu l perdebatan besar atas isu “Non” d an “Ko”. Kami dalam PKMM ambil sikap “Non”, yakn i t idak bekerjasama dengan penjajah British, m est i t erus berjuang untu k k emerdekaan. Tapi, pemimpin UMNO ambil s ikap “Ko”, iaitu b ekerjasama dengan British. Mer eka mengecam PKMM dan mengejek- ngejek semboyan “Merdeka”. Kerana itu, PKMM ambil keputusan keluar daripada UMNO, dan terus membentuk gabungan pertubuhan -pertubuhan Melayu, leb ih 60 buah semuanya, dalam Pusat Tenaga Rakyat atau PUTERA. PUTERA k emudian bergabung dengan AMCJ A. Gabungan PUTERA-AMCJA in i merupakan barisan bersatu anti-Brit ish berbilang kaum yang paling luas memperjuangkan kemerdekaan. Kami telah meng emukakan Perlembagaan Rakyat untuk menggantikan perlembagaan Melayu Union. Tapi British menolakn ya dengan keras. Soalan: Ada orang mengatakan PKMM tidak menentang Malayan Union. Benarkah?

Kini Dan Silam

6

http://matamin02.blogspot.com

WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

Abdullah C.D.: Sebenarnya, sis tem “ Union” atau “Kesatuan” lebih baik daripada “federation” ata u “Perseku tuan”. Sist em persekutuan bagi negara kita men eruskan semangat k eneger ian, kurang semangat kebangsaan yang meny eluruh. Dari seg i in i, PKMM bersetuju dengan konsep “U nion” pada prinsipn ya. Tapi, “Malayan Union” ciptaan Brit ish, lain tujuannya. Ia bertujuan merampas kuasa raja -raja dan langsung tidak men yen tuh soa l kemerdekaan Malaya. Oleh itu, PKMM menentangnya bersama sama dengan UMNO dan lain-la in pertubuhan waktu itu. Kerana tentangan meny eluruh inilah, rancangan Malayan Union Brit ish gagal. Soalan: Apakah peranan Bapak dalam PKMM? Abdullah C.D.: Dalam kongres k edua PKMM di Mela ka, saya dipilih menjadi anggota Jawatankuasa Pusat dan juga Biro Polit ik nya. Dr. Burhanuddin menjadi Yang Dipertua, Ishak Na ib Yang Dipertua. Saya juga bertanggungjawab atas pergerakan buruh Melayu dan kemudian men yatukannya dalam PMFTU yang berbilang kau m. Bersama Doktor, Rashid Maid in da n la in - lain, saya j uga selalu berulang-alik k e Gunung Semanggol. Di sana, terdapat tokoh tokoh agama yang penting dan berpengaruh, seperti Ustaz Abu Bakar Al-Bakir, mudir Maahad El-Ehya Assyarif. Tokoh-to koh agama ini menubuhkan Parti Hizbu l Muslim in yang bekerjasama dengan PKMM dan bergabung dalam PUTERA. Soalan: Apakah tindakan yang diambil Bapak apabila British umumkan Darurat? Abdullah C.D.: Gerakan PUTER A- AMCJA mendapat sambutan begitu luas daripada rakyat. Mogok dan hartal yang kami lancarkan cukup berkesan. Semangat “Merdeka” berkobar -kobar. Perpaduan kaum juga baik. In i meny ebabkan British sangat takut, lalu bertindak men indasnya. Doktor, Boestamam dan saya telah m engadakan perbincangan khas di Kua la Lumpur dan me ngambil k eputusan, iait u saya dan Boestamam membawa sejumlah kawan masuk hutan bergerila, Doktor dan kawan -kawan lain bergerak di bawah tanah. Boestamam telah meneta pkan rancangannya untuk mendirikan pangkalan di Tanjung Malim dengan anak buahnya berjumlah k ira-kira 60 orang. Tapi, Boestamam kena tangkap. Lepas itu, beliau dipenjarakan selama tujuh tahun. Saya juga kena tangkap di Ulu Dong, Pahang, tapi mujurlah, saya dapat melepaskan d iri. Doktor b ergerak di Singapura, tapi k ena tangkap dan dipenjarakan kerana memimp in perjuangan orang Melayu dalam kes Natrah di Singapura pada akhir 195 0. Rashid Maid in juga kena tangkap di rumahnya di Sungai Manik. Beliau dipenjarakan di M elaka, tap i dapat melepaskan dir i lalu masuk hutan bergerila. Ramai ahli PKMM masuk hu tan bers ama saya. Ramai juga yang tinggal di luar dan tak berparti telah masuk UMNO – sep erti Mustapha Hussain, Hasnul Hadi dan ramai lagi, termasuk tokoh tokoh pent ing UMNO selepas merdeka. Pada tahun 1950, UMNO Pahang telah mengemukakan semboyan merdeka. Kemudian

Kini Dan Silam

7

http://matamin02.blogspot.com

WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

kawan-kawan PKMM yang menyertai UMNO telah mengobarkan semboyan merdeka di dalam parti itu s ehingga akhirnya telah mengubah semboyan UMNO dari “Hidup Melayu” m enjadi “Merdeka”. Set elah Boestamam dan Doktor dibebaskan, mereka menubuhkan Partai Rakyat yang dipimpin o leh Boestamam. Doktor pula mem impin P AS. Semu a ini telah t ercatat dalam sejarah. Soalan: Bolehkah ceritakan lebih sedik it bagaimana Bapak melepaskan d iri daripada penangkapan penjajah? Abdullah C. D.: Kami tiba di sebu ah rumah di Ulu Do ng hari hampir gelap. Belasan pemuda progresif datang bertemu d engan saya dan meminta hendak melihat bom tangan. Saya buka kep dan beri k epada mereka melihatnya d engan sepuas hat i. Kira-kira puku l 9.00 malam, t iba -tiba kami diserbu po lis. Pada saat-saat yang genting itu, say a teringat akan bom tangan. Akan tetap i, saya berfik ir pula kalau bom tangan itu dibuang, tentu para pemuda itu akan terkena. Jadi saya t idak membuangnya. Saya, Ah Tai dan pemuda -pemuda itu ditangkap, 14 orang semuanya, kalau tak salah ingat. Saya dan Ah Ta i dibelenggu dengan satu gari, saya t angan kiri, manakala Ah Ta i tangan kanan. Pemuda -pemuda itu diikat dengan tali. Kami digiring keluar dari rumah itu. Sejumlah dokumen yang saya bawa bersama dan bom tangan saya dirampas mereka. Saya masih ingat tarikh perist iwa itu ialah pada 10 Julai 194 8. Di depan saya dan Ah Tai ia lah O CPD Raub, dan di b elakang pula, OCPD Lipis. Kedua -duanya berbangsa Inggeris. Sambil mengancung pistol ke belakang kami, OCPD Lipis memberi amaran: “Jangan lari, nanti saya tembak”. Saya berbisik dengan Ah Tai b ertekad mahu melu cutkan gari itu walau tangan putus sekalipun. Sekali gus, saya merentap kuat -kuat gari di tangan. Alhamdulillah, gari segera terluc ut. Saya memberitahu Ah Tai. Kami serentak men erkam dan memukul OCPD yang berjalan di depan sehingga ia terjatuh, kemud ian lari dengan pantas. Beberapa saat kemudian, polis -polis itu menembak ke arah kami. Saya dan Ah Tai segera berpecah, mengambil hala masing masing. Saya masuk ke dalam kebu n pisang dan menanggalkan baju saya yang berwarna putih sambil merangkak keluar dari s it u. Polis penjajah menumpukan temb akan mereka ke arah baju tersebut. Ah Tai yang lar i membawa gari di tangan, mahir dengan keadaan di situ. Manakala saya pula meraba dalam dua kegelapan, pertama kegelapan m alam dan kedua k egelapan kerana tak tahu sedik it pun k eadaan sek itar di situ. Beberapa jam mengharungi keg elapan malam, akhirnya, saya nampak cahaya api berkelip -kelip. Alhamdulillah, sekali lagi, saya terlepas daripada bahaya. Tuan rumah itu penyokong PKMM. Dia memberikan saya makanan, dan pada malam itu juga, membawa saya bertemu dengan seorang anasir cergas Tionghua di k awasan itu. Esoknya, barulah saya bertemu semu la dengan Ah Ta i.

Kini Dan Silam

8

http://matamin02.blogspot.com

WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

Kemudiannya, kami d iberitahu o leh organisasi di Ulu Dong bahawa penangkapan itu dilak ukan oleh dua pasukan polis dari Lipis dan Raub, kira -kira satu platun, dalam lingkungan 30 orang. Seorang anasir kontra -revo lus i t ela h mengkh ianati kami dengan membuat laporan kepada polis. Kemudian, atas desakan massa revolus ion er, pasukan lasy kar rakyat telah men embak mati pengkhianat yang mengabdi dir i k epada penjajah itu. Soalan: Bercakap tentang sejarah, kami mendapat tahu Bapak sangat ambil berat pengkaj ian sejarah tanah air dan telah menghasilkan beberapa buah tu lisan ten t ang sejarah ters ebut. Sebagai s eorang ahli s ejarah, bolehkah Bapak berikan sedik it pandangan mengenai masalah in i? Abdullah C.D.: Saya bukan ah li sejar ah, cuma peminat atau pencin ta sejarah saja. Bahan -bahan yang ada pada saya pun terbatas. Cuma, saya rasa , sebagai ahli p erjuangan, kita bukan saja perlu menguasai teori revolusioner dan gerakan praktikal dengan baik, tapi juga mest i mahir dengan sejarah. Tanah air k ita mempunyai sejarah yang lama. Bangsa kita mempunya i tamadun yang tua lagi kaya -raya. Kita mengkaji sejarah untuk memahami hukum-hukumnya, men egakkan k esinambungannya, mengenal kawan dan lawan. Memahami masalah perjuangan kelas, mewarisi tradisi rakyat yang berani berjuang melawan penindasan sejak zaman-berzaman. Kita tak boleh memotong -motong sejarah. Di samping menegakkan kesinambung an sejarah, kita juga perlu meneliti perk embangan dan perubahan di atas dasar kes inambungan tadi. Perspek tif begini, saya rasa, perlu k ita gunakan untuk memahami dan memecahkan pelbagai masalah negara kita, misaln ya, bagaimana masyarakat berbilang kaum terbentuk dan la in- lain. Kita berjuang untuk mewujudkan masyarakat yang adil pada hari depan. Tanpa menguasai masa lampau dan masa kini, bagaimanakah kita boleh membin a hari depan? T entu tak mungkin. Yang perlu k ita laku kan ialah menafs irkan semula sejarah tanah air secara objektif serta melengkapkan fakta sejarah. Saya perhatikan t idak sed ik it cerdik pandai k ita hari in i tekun berusaha untu k melengkapkan sejarah tanah air k ita, baik zaman peradaban mahupun zaman praseja rah, serta membetulkan penyelewengan sejarah yang dilakuk an oleh s ejarahwan kolonia l. Ini sangat per lu dan sangat baik. Pengkajian dan penemuan di Kota Tampan, Perak, yang dilakuka n oleh rombongan pengkaji Univers it i Sa ins Malays ia mempunyai erti yang sang at besar bagi menegakkan zaman prasejarah negara kita di atas dasar ilmiah yang leb ih kukuh. Saya ucapkan sya bas kepada para sarjana dan lain- lain yang t erlibat. Soalan: Setahu kami, nama Bapak dan Rejimen k e -10 sama seperti darah dengan daging, tak terpisahkan kerana Bapak telah memimpinnya dari dulu hingga sekarang. Bolehkah Bapak ceritakan sed ik it peranan Bapak dalam memimpin pasukan pahlawan ini?

Kini Dan Silam

9

http://matamin02.blogspot.com

WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

Abdullah C.D.: Memang saya dib eri tugas o leh PKM un tuk mendirikan dan memimpin R ej imen ke-1 0, tapi bukan sa ya seorang saja yang memikul tugas berat in i. Masih ada beberapa orang lagi pemimpin Melayu bers ama -sama saya membangun Rejimen ke- 10 menjadi s ebuah pasukan perkasa yang disegani kawan dan lawan. Rejimen ke-1 0 ditubuh kan pada 21 Mei 194 9, kira -k ira 4 bulan set elah T entera Pembebasan Nasiona l Malaya did irikan. Tulang belakangnya t erdiri daripada anggota PKMM. Semasa penubuhannya, kek uatan induk Rejimen ke- 10 berada di Temer loh, Pahang. Namun begitu, pelbagai un it dan pasukan Melayu d i la in- lain neger i juga b erada di bawah riayah Rejimen ke-10. R ejim en k e-10 telah melancarkan banyak pertempuran dan membuat sumbangan besar kepada usaha kemerdekaan tanah air. Pada tahun 1953, pasukan induk R ejimen ke -1 0 telah beredar dari Pahang menuju k e kawasan sem padan Malaya -Thai dan telah mendirikan pangkalan barunya di situ. Kalau k ita bercakap tentang kes inambungan sejarah, boleh k ita katakan bahawa perjuangan TPNM dan Rejim en k e-10 m encerminkan kes inambungan in i. In i merupakan k esinambungan dan sekali gus juga perkembanga n daripada perang patriotik dan perang tani orang Melayu du lu di bawah syarat -syarat sejarah yang baru. Soalan: Apakah pertempuran pentin g yang Bapak sendiri pimpin secara langsung? Apakah benar Bapak pernah cedera dalam pertempuran? Abdullah C.D.: Antara pertempuran penting yang saya pimpin secara langsung ia lah pertempuran Jalan Chonur, Jerangsang, Ulu Teka, Damak, Gong, Estet Tekal dan la in - lain. Saya juga memandu peredaran Rejimen ke-10 dari Temer loh ke kawasan sempadan. Saya pernah tercedera terkena b om tangan askar British. Soalan: Menurut pandangan Bapak, apakah peranan penting perang gerila dalam usaha mencapai kemerdekaan? Abdullah C.D.: Kita tak boleh membesar -besarkannya, tapi kita tak patut juga memperkecil-k ecilkann ya, atau lebih- leb ih lagi, menaf ikannya. Kita boleh bayangkan begini: Penjajah British begitu ganas, ia mengerahkan lebih 400,0 00 kekuatannya di negara kita waktu itu. Negara kita kec il, penduduknya k ira -kira lima ju ta saja. Apakah Britis h bersed ia memberikan kemerdekaan begit u saj a sek iranya tiada perjuangan gigih rakyat dalam semua bentuk, baik bersenjata mahupun bukan bersenjata? Rasa saya, tak mungkin. Kami di front ger ila telah membuat pengorbanan yang tidak sedik it. Ramai pahlawan dan serik andi telah terkorban dalam perjuangan melawan British. Dari ta hun 19 48 h ingga 195 4, kami telah bertempur lebih 19, 100 ka li, s eramai lebih 2 6,000 t ent era penjajah mati atau luka -luka. Kerugian besar British dalam

Kini Dan Silam

10

http://matamin02.blogspot.com

WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

bidang ketent eraan ini memperheba tkan krisisnya dalam bidang ekonomi dan polit ik. Di front bukan bersenjata pula, parti patriotik lainn ya seperti P AS, Partai Rakyat, Partai Buruh Malaya dan kekuatan patriotik dalam UMNO memperhebatk an perjuangan kemerdekaan. Kedua-dua front in i, secara langsun g atau tidak langsung, saling melengkapi, saling mengenakan t eka nan ke atas British. Saya tidak mengatakan perjuangan bersenjata saja yang memaksa British mengaku i kem erdekaan. Tapi, sesiapa yang bersikap adil dan objek tif dalam men ila i s ejarah, saya rasa sudah pasti akan mengakui peranan penting perang gerila in i. Bahkan Tunku Abdul Rahman s endir i dalam Rundingan Baling pada tahun 1955 du lu pernah mengaku i sumbangan penting perang gerila in i untuk mencapai k emerdekaan. Soalan: Bapak mengatakan perang gerila anti-Brit ish itu dilancarkan untu k mencapai k emerdekaan. Tapi, ada orang bertanya: Sekarang sudah lama merdeka, apa sebab terus berperang? Mengapa tidak berdamai? Abdullah C.D.: Masalah perang dan damai ini amat kusut. Kalau saudara tengok dalam catatan sejarah, pada akhir 1957, set elah Malaya merdeka, PKM sekali lag i mengemukakan usul u ntuk menamatkan perang dan mewujudkan perdamaian dalam negeri. Tapi, perang kolonial warisan penjajah British itu d iterus kan oleh pihak k erajaan. Soalan: Maksud Bapak, PKM berperang kerana membela d iri, kerana terpaksa? Abdullah C.D.: Beg itu lah. PKM t erpaksa membela dir i, membela demokrasi dan kep ent ingan rakyat, maka PKM melancarkan perang adil unt uk menghadapi perang tidak adil warisan penjajah itu. Di samping itu, PKM juga melancarkan gerakan massa dan perjuangan bentuk lainn ya. Sungg uhpun begit u, PKM bersedia untuk menamatkan perang in i di bawah syarat -syarat yang adil dan munasabah, dan, bersama -sama dengan pelbagai kekuatan patriotik-demokrat ik lainn ya, berjuang dengan cara damai dan demokratik. Soalan: Ad a orang menuduh PKM dan TPNM sebagai “pengganas”. Apa komen Bapak? Abdullah C.D.: Tuduhan ini s ebenarnya propaganda yang dilemparkan oleh penjajah Brit ish kepada pejuang yang menentang kekuasaan dan kepen tingannya. Pahlawan anti penjajah dahulu seperti Mah arajalela , Tok Sagor, Datuk Bahaman dan Tok Janggut semuanya d icap “penderhaka” o leh Brit ish. Yamtuan Raja Haji, yang melawan Belanda, dicap sebagai “lanun”. In i t idak mengha irankan. Bahkan hari ini, pejuang Palest in juga dicap “pengganas” oleh imper ialis Am erika dan Zion is Israel. Beg itu juga, pejuang kulit h itam di Afr ika Selatan. Pada hal, seluruh dun ia tahu bahawa pengganas yang sebenar ialah kaum Zionis Israel dan

Kini Dan Silam

11

http://matamin02.blogspot.com

WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

kaum rasis Afrika Selatan yang kedua -duanya ditunjangi oleh imperia lis Amer ika itu s end iri. Anggota PKM dan TPNM adalah kaum patriot, pejuang kemerdekaan dan kebebasan, buk annya pengganas. Penjajah British s engaja menghitamkan yang putih dan memutihkan yang hitam un tuk m emburuk-burukkan kami serta m emperelo kkan dirinya. Soalan: Satu lagi Ba pak, ada pula tuduhan kononnya tokoh -tokoh Melayu dalam PKM hanya “alat” dan “hiasan” saja. Mereka kata PKM “parti Cina” dan anti-Melayu. Abdullah C.D.: Sebuah parti tak per lu ada hiasan. Program dan dasar-dasarnya serta praktiknya dalam perjuangan, itu lah ukurannya. Kenyataan dasar PKM dengan jelas m engakui bahawa orang Melayu adalah pengasas masyarakat bertamadun negara kita, sejarahnya paling lama, dan orang Melayu pernah membuat sumbangan besar dalam melawan penjajahan. PKM menganjurkan harus menghormati kedudukan is timewa orang Melayu dalam polit ik, ekonom i dan k ebudayaan. Di samping it u juga, perlu menghormati kedudukan pent ing kaum Cina, Ind ia dan kaum minoriti. Dasar begini, s esua i dengan kenyataan masyarakat negara kita. Terhadap agama, PKM menghormati kebebasan beragama rakyat dan hak mereka untuk mengamalkan kegiatan agama. Terhadap agama Is lam, PKM mengakuinya s ebagai agama rasmi negara kita. Satu perkara lagi ialah soa l raja -raja. Raja -raja adalah lambang ketuanan Melayu s erta lambang perpaduan rakyat berbilang kaum. Baginda adalah raja berperlembagaan. Dalam sejarah, terdapat ramai juga raja berdiri di p ihak rakyat m elawan penjajah dan membela tanah air. Hari ini, raja mempunyai peranan yang ist imewa dalam masy arakat berbilang kaum. PKM menyokong s ist em raja berperlembagaan ini. Tentang bahasa Melayu, atau bahasa Malaysia, PKM menyokong penggunaannya secara meluas dalam negara dan masyarakat, bahkan sebagai bahasa pengantar untuk hubungan antarabangsa. PKM juga menyokong tanah sim panan (rizab) Me layu, menyokong k ebudayaan Melayu sebagai bentuk u tama kebudayaan negara dan lain- lain lag i. Semua perkara tadi men yangkut k epent ingan asasi orang Melayu. Kalau tokoh-to koh Melayu dalam PKM hanya alat atau PKM anti-Melayu, apakah dasar -dasarnya dan tindakannya bo leh sedemik ian rupa? Soalan: Kami mendapat tahu yang bapa pernah terkena racun. Apakah boleh cer itakan sed ik it ten tang masalah in i? Jawapan: Benar, saya beberapa kali terk ena racun, tapi keracunan yang saya alami pada tahun 1975 itu kesann ya sanga t ketara. Saya jatuh pengsan, tak bo leh bercakap, bergerak pun tak boleh. Surian i juga t erkena racun, tapi kesannya tidak begit u berat dan dapat segera diubati. Dalam masa saya ditimpa

Kini Dan Silam

12

http://matamin02.blogspot.com

WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

kemalangan itu, Surian ilah yang men anggung semua kerja saya di samping tugas beliau s endir i. Berkat perhatian kawan-kawan pimpinan Jawatankuasa Pusat, pimpinan-pimpinan Rej imen Ke-10 termasuk Surian i dan seluruh kawan-kawan serta dengan iz in Allah, k esihatan saya beransur-ansur dapat dipulihkan. Selama setahun saya dirawat di pasukan sesaudara iaitu Organ Pasukan Khas. Kemudian barulah kembali ke R ej imen Ke- 10. K in i di dalam usia 80 tahun leb ih, saya masih h idup sihat. Soalan: Pada tahun 1981, Bapak telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Revolusio ner Malaya atau PKMRM. Ken apa? Abdullah C.D.: PKMRM dit ubuhkan dengan tujuan men eruskan cita-cita PKMM yang belum s elesa i it u. Sungguhpun k emerdekaan negara sudah wujud, tapi tugas mengis i kemerdekaan sangat berat dan rumit. Seperti PKMM dahulu, PKMRM berjuang untuk menyatupadukan orang Melayu darip ada pelbagai aliran ideo logi – nasionalis, agama, sosialis dan kom unis dalam satu wadah yang bersatu demi mewujudkan demo krasi, hak asasi manusia, keadilan masyarakat dan perpaduan nasional. PKMRM juga berusaha bekerjasama dengan pelbagai parti dan pertubuhan lain, baik Melayu mahupun bukan Melay u, dan membentuk barisan bersatu yang luas bagi m encapai mat lamat di atas. Soalan: Bolehkah Bapak terangkan bagaimana Bapak dipilih menjadi Ket ua PKMRM? Abdullah C.D.: Sebenarnya, saya s endir i keb eratan memegang jawatan ini, tapi kawan-kawan men desak. Kata mereka, sebagai anggota pucuk pimpinan PKMM yang asal, saya dapat memainkan peranan sebagai lambang perpaduan golongan nasionalis, agama, sosialis dan komun is, serta sebagai jambatan bagi menghubungkan pejuang angkatan lama dengan yang baru. Menurut mereka, saya ada kewibawaan untuk meneruskan cita cita PKMM dulu di bawah syarat sejarah sekarang. Sebenarnya, penilaian kawan-kawan serta harapan mereka terhadap saya terla lu t inggi. Tugas yang begin i berat tidak boleh dipiku l o leh satu orang saja, ia perlu satu team atau satu pasukan. Saya cuma memiku l tugas ini setakat yang saya mampu dan mengharapkan kawan-kawan lain bersama saya sanggup membenarkan saya melepaskan tugas ini dan mereka sendir i pula memegangnya. Soalan: Apa sebab PKM memilih B apak sebagai Pengerusi PKM sedangkan Bapak juga adalah Penger usi atau K etua PKMRM? Abdullah C.D.: Memang ada kawan -kawan bertanya tentang masalah ini. Ramai kawan berpendapat pemilihan seorang tokoh Melayu menjadi pucuk pimpinan P KM memang selaras dengan sejarah dan perkembangan masyarakat negara kita s erta dengan tuntutan orang ramai. Pendapat in i t epat. PKM meny edari keperluan ini dari dulu lagi. Kami kawan-kawan angkatan lama dalam PKM, baik Melayu, mahupun bukan Melayu, ada kebaik an dan kekurangan masing -

Kini Dan Silam

13

http://matamin02.blogspot.com

WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

masing. Masing -masing ada pengalaman dan kecekapan dalam kerja memimpin. Mungk in kawan-kawan pimpinan yang lain da lam PKM merasakan pucuk pimpinan PKM paling s esuai d isandang oleh saya, kerana itu, saya d ipi lih. PKMRM pula meneruskan cita -c ita PKMM, yang merupakan pewaris kepada KMM. Dalam sejarah, PKMM bekerjasama dengan PKM. Rejimen ke-1 0 pula merupakan kesinambungan PKMM, dan kemudian, lah irlah PKMRM. Dengan la in perkataan, perjuangan kaum patriot Melayu dalam KMM dulu d iterus kan dalam PKMM, kemudian, sebahagian pokoknya dalam Rejimen ke -1 0, dan selanjut nya, dalam PKMRM. Adanya golongan komunis dalam PKMRM memang selaras dengan perkembangan sejarah ini. Badan pimpinan PKMRM bukan seorang, dan bukan di hut an saja. Ia t erdiri daripada satu ko lek tif golongan nasiona lis, agama, sosialis dan komunis, masing -masing mempunya i hak untu k menentu kan dasar PKMRM. Memang antara kami, kadang -kadang terdapat perbezaan pendapat. In i perkara biasa. Prinsip dan cara kami ialah berbincang dan mencari tit ik-t it ik persamaan melalu i musyawarah dan permuafakatan, akhirnya, mencapai kata bulat tentang dasar dan pelaksanaannya. PKMRM juga bukan parti atas kertas . Ia ada perlembagaan dan programnya sendiri, ada susunan organisasin ya s endir i, ada cawangan-cawangannya di pelbagai tempat di tanah air. Sebagai parti bawah tanah, sudah tentu organisasin ya serta keanggotaannya tidak sebesar parti yang terbuka dan halal. Lagipun, PKMRM baru berumur tujuh tahun leb ih saja pada masa itu. Tap i, saya percaya ia mempunyai pengaruh tert entu dalam arena polit ik nasiona l har i ini. Memang PKMRM ada kelemahan dan kek urangan. Ini kami telah baik i dari semasa k e s emasa. Ses iapa saja yang ada pendapat atau ingin mengkrit ik, m enegur kami, kami sambut dengan hangat. Soalan: Apakah pendapat Bapak tentang peranan orang Melayu? Abdullah C.D.: Kita perlu melihatn ya dari dua seg i, iait u seg i sejarah dan masa sekarang. Dari segi sejarah, orang Melayu telah membangunkan satu tamadun yang besar di Alam Melayu. Dan apabila tamadun ini diruntuhkan dengan kejatuhan Kerajaan Melaka, orang Melayu bangkit s ilih berganti melawan penjajah. Orang Melayu pandai berperang, namun mereka kalah. In i bukan kerana mereka kurang semangat berjuang, tetapi kerana mereka dibatasi o leh syarat-syarat sejarah. Pendek kata, orang Melayu adalah satu bangsa yang berani, yang tidak t unduk pada penjajahan, penindasan dan kezaliman. Sekarang, dalam arena polit ik tanah air k ita, orang Melay u memainkan peranan yang amat penting dan menentukan, lebih- lebih lagi dengan pertambahan pesat kaum buruh dan kaum terpelajar Melayu. Soalan: Bagaimana soal perpaduan orang Melayu dan bukan Melayu? Abdullah C.D.: Orang Melay u telah menja lin h ubungan persahabatan dengan orang Cina, In dia, Arab dan la in -la in s ejak

Kini Dan Silam

14

http://matamin02.blogspot.com

WAWANCARA DENGAN ABDULLAH C.D.

2000 tahun du lu lag i. Lebih - leb ih lagi, sejak Kerajaan Melaka, hubungan in i menjadi lebih erat. Setelah orang C ina dan India menetap di Malaya dan sama -sama membangun tanah air kita dan membelanya, orang Melayu beransur -ansur menerima mereka. Perpecahan berlaku kerana dasar pecah dan perintah penjajah. Tapi s ekarang, orang Melayu dan bukan Melay u s emakin sedar yang mereka m empunyai kepentingan bersama. Pelbagai parti dan pertubuhan patriotik-demokratik juga ambil berat memupuk perpaduan antara kaum . Cadangan mereka supaya ditubuhkan Majlis Perundingan Keb angsaan Tentang Hubungan Antara Kaum memang munasabah. Pokoknya, pelbagai kaum mesti sa ling belajar, saling memb antu dan saling memahami. Sekarang, ramai orang Cina, Ind ia dan lain - la in sudah mengua sai bahasa Melayu serta memahami k ebudayaan dan adat resam Melayu. Selain itu, semak in ramai pula anak -anak Melayu yang belajar bahasa Cina. In i satu p erkem bangan yang sihat. Soalan: Soalan kami yang terakh ir, apa pendapat Bapak tentang barisan bersatu? Abdullah C.D.: Ada sedik it orang, apabila saja disebut barisan bersatu, mereka akan segera memberikan cap yang ia fron t komunis dan mesti dijauh i atau ditentang. Orang ini lupa bahawa Barisan Nasiona l yang berk uasa sek arang ini pu n t erbentuk atas dasar barisan bersatu juga. Yang berbeza ia lah is in ya. Yang kita perlukan ialah barisan bersatu yang demokratik, di mana pelbagai parti, pertubuhan dan orang perseorangan yang patriotik-demokrat ik berpadu tenaga, menggabung kekuatan dan bekerjasama atas dasar satu program bersama yang diterima oleh semua pihak. Parti politik Melayu yang awal seperti KMM, PKMM, kemudian Partai Rakyat di bawah pimpinan Boestamam, dan PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin juga terbentuk atas dasar gabungan kekuatan patriotik demokr atik pelbagai aliran khasnya nasionalis, sos ialis dan agama.

Nota: wawancara ini dibuat oleh wartawan Suluh Rakyat pada tahun 1989, diedit kali kedua pada tahun 2005.

Kini Dan Silam

15

http://matamin02.blogspot.com

Related Documents

Wawancara
May 2020 39
Wawancara
November 2019 56
Abdullah
December 2019 48