Wanita Pencari Cinta Ilahi

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Wanita Pencari Cinta Ilahi as PDF for free.

More details

  • Words: 437
  • Pages: 2
“Wanita Pencari Cinta Ilahi” “WAHAI WANITA ……” KENAPA HIDUPMU LARUT DALAM KEGELAPAN…? MENGAPA KAU MASIH RAGU DENGAN KASIH SAYANG PENYANG (ALLAH SWT)? MENGAPA PULA DIRIMU HANYUT DALAM PENDERITAAN.? BUKAN ALLOH SWT TIDAK PERNAH MEMBIARKAN MU WAHAI SAUDARAKU..!? By: Mujab El Katrok

DO'A SEORANG ISTRI SOLEHAH BUAT SUAMI TERCINTANYA, DOA ISTERI SOLEHAH Ya Allah.. Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah… Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya Sekiranya suamiku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu Aku hina tanpa Rahmat Mu Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah Hanya pada Mu, Ya Allah… Ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yang kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu Ya Allah Tuhanku……. Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi Isteri yang solehah Isteri yang sentiasa dihati Amin, Ya Rabbi Allamin……. ******* WANITA ADALAH TIANG AGAMA ******* --------------------------

Related Documents

Mesin-pencari
June 2020 17
Bahagia Ilahi
November 2019 34
Farmane Ilahi
May 2020 12
Cinta
October 2019 57
Cinta
November 2019 52