Wali Songo

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Wali Songo as PDF for free.

More details

  • Words: 5,829
  • Pages: 18
1.0 PENGENALAN Perkembangan agama Islam yang bermula di Semenanjung Tanah Arab turut mempengaruhi kehidupan beragama masyarakat di Alam Melayu.1 Secara umumnya, terdapat pelbagai pendapat berbeza yang diberikan oleh para sarjana sama ada tokohtokoh orientalis mahupun sarjana Islam mengenai tarikh dan cara kedatangan agama Islam ke Alam Melayu.2 Antara beberapa teori kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu tersebut adalah pengaruh Islam itu datang dari lebih tiga kawasan iaitu Arab, India, Iraq dan China.3 Walau bagaimanapun, pendapat mengenai kedatangan agama Islam yang berasal dari Semenanjung Tanah Arab adalah tidak dapat dinafikan. Hal ini demikian kerana kapal-kapal saudagar Arab telah tiba di Alam Melayu sebelum kehadiran Islam lagi dan seterusnya aktiviti perdagangan dua hala ini semakin bertambah kukuh setelah kedatangan Islam. Misalnya di Indonesia, sejak abad ke-7 lagi sudah wujud petempatan orang Arab di kawasan Sumatera dan kawasan Nusantara ini merupakan kawasan terpenting dalam kegiatan perdagangan maritim iaitu sebagai tempat persinggahan orang Arab-Parsi.4 Perkembangan agama Islam ini sememangnya secara tidak langsung telah membantu perluasan agama Islam ke hampir segenap kawasan Alam Melayu termasuklah Indonesia. Hasanu Simon berpendapat bahawa sememangnya masyarakat Indonesia mempunyai sifat keagamaan yang amat tinggi. Kehidupan beragama masyarakat Indonesia khususnya di Jawa sebelum kedatangan agama Hindu-Buddha dan Islam adalah dengan menganuti animisme yang akhirnya turut mempengaruhi pengetahuan dan kebudayaan mereka dalam menjalankan kehidupan beragama.5 Seterusnya, kemasukan agama Hindu yang dianggap lebih moden daripada animisme telah diterima dengan baik oleh masyarakat Jawa. Agama Hindu ini dibawa masuk ke

1

Alam Melayu atau Gugusan Kepulauan Melayu terdiri daripada beberapa buah negera iaitu Indonesia, Filipina, Brunei, Pattani dan Malaysia. Lihat Mahayudin Haji Yahaya, 2001. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 3. 2 Antara para sarjana tersebut adalah seperti J.P Moquette, Thomas Arnold, D.G.E Hall, S.Q Fatimi, Hamka, dan Syed Muhammad Naquib al-Attas. 3 Ibid. hal. 6. 4 Abdul Rahman Abdullah, 2001. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Selepas Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. hal. 219. Lihat juga Abdul Rahman Hj. Abdullah, 1990. Pemikiran Umat Islam Di Nusantara: Sejarah Dan Perkembangannya Hingga Abad Ke-19. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka. hal. 34. 5 Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. xx.

1

Jawa oleh bangsa India yang datang pada abad ke-1 iaitu di bawah pimpinan Ajisaka.6 Manakala sekitar abad ke-4 pula, Tanah Jawa menerima kedatangan agama Buddha. Selepas perkembangan ketiga-tiga agama ini, masyarakat di Jawa mula menerima kehadiran agama Islam. Wali Sembilan ataupun lebih dikenali sebagai Wali Songo merupakan perintis kepada penyebaran Islam secara meluas di Tanah Jawa. 2.0 WALI SONGO DAN ISLAMISASI DI TANAH JAWA Proses islamisasi di Indonesia khususnya di Tanah Jawa merupakan hasil dakwah dan perjuangan yang dilakukan oleh Wali Sembilan ataupun sebenarnya lebih dikenali sebagai Wali Sanga atau Wali Songo.7 Menurut cerita rakyat dan pandangan umum dalam sastera Jawa, sememangnya Islam telah tersebar di Jawa adalah hasil kejayaan sembilan pendakwah yang bergabung dalam suatu dewan yang disebut Wali Songo ini.8 Walau bagaimanapun, perlulah difahami bahawa agama Islam sebenarnya telah masuk ke Jawa pada abad ke-8 Masihi lagi, tetapi disebabkan keutuhan pegangan masyarakat Jawa terhadap tiga agama yang sedia ada, agama baru yang dibawa oleh pendakwah dari Daulah Abbasiyah ini tidak berjaya menarik minat masyarakat. Hal ini demikian kerana sehingga awal abad ke-15, agama Hindu, Buddha dan animisme telah mampu memberi petunjuk dalam mengembangkan masalah-masalah sosial, ekonomi, kebudayaan dan ilmu pengetahuan. Menurut Hasanu Simon, pengaruh penyebaran agama Islam di Tanah Jawa ini telah menjadi semakin meluas setelah Sultan Muhammad I dari Turki mengutuskan satu pasukan dakwah Islam ketika rakyat dan penguasa Majapahit menghadapi kemelut politik, ekonomi dan keamanan akibat daripada perang saudara iaitu Perang Paregreg pada tahun 1401 hingga 1406.

9

Pasakan dakwah di bawah pimpinan

Maulana Malik Ibrahim yang dianggotai seramai sembilan orang telah berjaya menghidupkan kebekuan penyebaran Islam yang telah berlangsung selama 7 abad 6

Ibid. Sistem kasta yang membezakan tahap atau darjat manusia berdasarkan kepada ukuran kebendaan yang terdapat dalam ajaran Hindu merupakan salah satu sebab ajaran tersebut diterima baik oleh masyarakat Jawa. Sistem ini berubah setelah kedatangan Islam. 7 Widji Saksono, 1995. Mengislamkan Tanah Jawa: Telaah Atas Metode Dakwah Walisongo. Bandung: Penerbit Mizan. hal. 200. 8 Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 1. 9 Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. xxii. Lihat juga Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar, 2001. Himpunan Kisah Kekasih Allah: Ensiklopedia Para Wali. Kuala Lumpur: Darul Nu’man. hal. 189.

2

sebelumnya.10 Alwi Shibab pula telah mengklasifikasikan peranan Wali Songo dalam proses penyebaran Islam ini kepada dua tahap iaitu tahap pertama adalah kehadiran Wali Songo yang berhasil memantapkan dan mempercepatkan proses islamisasi pada abad pertama Hijriah tetapi kebanyakan dakwah pada tahap ini hanya terbatas pada wilayah-wilayah tertentu sahaja. Hal ini demikian adalah kerana disebabkan terbatasnya kemudahan-kemudahan untuk meluaskan dakwah ke wilayah lain. Manakala tahap kedua pula adalah tahap islamisasi yang berlangsung pada abad ke-14 Masihi iaitu dengan kedatangan tokoh-tokoh asyraf dari keturunan Ali dan Fathimah bint Rasulullah s.a.w.11 Dakwah Islam pada tahap kedua ini telah berkembang dengan cepat dan sampai kepada kemuncak kegemilangannya sekitar abad ke-15 hingga ke17 Masihi hasil sumbangan para wali tersebut. Secara terminologinya, perkataan Wali Songo ini merupakan kata majmuk yang berasal daripada dua perkataan iaitu wali dan songo. Perkataan wali yang berasal dari bahasa Arab merupakan singkatan dari Waliyullah yang membawa maksud “orang yang mencintai dan dicintai Allah”. Manakala songo pula berasal dari bahasa Jawa yang bermaksud sembilan.12 Selain itu, terdapat juga pendapat yang dikemukakan oleh Prof. Kyai Haji Raden Mohamad Adnan iaitu perkataan songo adalah perubahan dari perkataan sana, satu perkataan yang berasal dari tsana dalam bahasa Arab dengan membawa maksud “yang terpuji”. Oleh itu, jika mengikut pendapat ini istilah Wali Songo adalah bermaksud “wali-wali yang terpuji”. Walau bagaimanapun, jika dilihat dari kedudukan angka sembilan yang dianggap sebagai angka yang mempunyai nilai mistik dalam masyarakat Jawa, dapat membuktikan bahawa yang dimaksudkan dengan songo adalah sembilan.13 Namun begitu, harus difahami bahawa wali yang menyebarkan agama Islam di Jawa ini tidak hanya terdiri daripada sembilan orang. Hal ini demikian kerana Wali Songo merupakan satu himpunan atau kesatuan para mubaligh yang menjalankan aktiviti menyebarkan agama Islam kepada masyarakat.14 Hasanu Simon dalam 10

Ibid. Alwi Shibab, 2001. Islam Sufistik. Bandung: Penerbit Mizan. hal. 20-21. 12 Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 7. 13 Ibid. 14 Baidlowi Syamsuri, 1995. Kisah Wali Songo: Penyebar Agama Islam di Tanah Jawa. Bandung: Penerbit APOLLO. hal. 10. 11

3

penulisannya juga telah membahagikan Wali Songo ini kepada beberapa angkatan iaitu dimulai dengan angkatan pertama sehingga kepada ketujuh. Selain itu, keanggotaan bagi badan dakwah ini juga adalah tidak kekal iaitu apabila salah seorang daripada anggota Wali Songo meninggal dunia, tempatnya akan digantikan dengan wali yang lain agar jumlah dan namanya adalah tetap sembilan bersesuaian dengan maksud Wali Songo. Misalnya, setelah Maulana Malik Ibrahim meninggal dunia pada tahun 1419, maka pada tahun 1421, tempatnya digantikan oleh Ahmad Ali Rahmatullah yang lebih dikenali sebagai Raden Rahmat.15 Organisasi dakwah Wali Songo merupakan suatu organisasi yang tersusun dan mencerminkan suatu bentuk kerjasama yang baik di antara para pendakwah. Setiap anggota dalam organisasi ini akan mempunyai tugas masing-masing demi menjamin keutuhan kesatuan tersebut. Misalnya, Sunan Ampel bertindak sebagai guru ketua, Sunan Giri sebagai jaksa kepala, Sunan Ngudung dan Sunan Kudus sebagai panglima, Sunan Kalijaga sebagai diplomat.16 Organisasi dakwah yang sistematik dan tersusun inilah yang telah membawa kepada pelbagai kemajuan dan sumbangan daripada para wali ini di Indonesia khususnya di Jawa. 2.1 Tokoh-tokoh Wali Songo Tokoh-tokoh Wali Songo yang terkenal adalah seramai sembilan orang iaitu terdiri daripada Maulana Malik Ibrahim, Sunan Ampel, Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Drajat, Sunan Kalijaga, Sunan Kudus, Sunan Muria dan Sunan Gunung Jati.17 Maulana Malik Ibrahim yang dianggap sebagai pelopor Wali Songo yang pertama yang memperkenalkan Islam di Jawa. Beliau telah wafat pada 12 Rabiulawal tahun 882 Hijrah bersamaan 9 April 1419 Masihi dan dimakamkan di Gerisik, Surabaya.18 Manakala, Sunan Ampel yang dilahirkan kira-kira dalam tahun 1401 Masihi di Champa yang juga digelar Raden Rahmat telah melahirkan ramai wali hasil didikannya, antaranya adalah dua anak lelakinya iaitu Sunan Bonang dan Sunan 15

Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 56. 16 Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 255. 17 R. Soekmono, 1973. Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia. Indonesia: Penerbitan Yayasan Kanisius. hal. 51. 18 Abdul Halim Bashah, 1993. Walisongo dengan Perkembangan Islam di Nusantara. Selangor: Pustaka Al-Hijaz. hal. 74.

4

Drajat, Sunan Giri, Sunan Kalijaga dan Raden Patah. Sunan Ampel telah wafat pada tahun 1481 Masihi dan dimakamkan di Masjid Ampel, Surabaya. Seterusnya, Sunan Giri yang dilahirkan di Balambangan juga terkenal dengan pelbagai nama iaitu Jaka Samudra19 dan Prabu Satmata. Sunan Giri telah dihantar untuk belajar di pesantren Sunan Ampel ketika berumur 12 tahun. Beliau juga sebenarnya merupakan anak kepada Maulana Ishaq iaitu hasil perkahwinan dengan puteri raja yang bernama Retna Dewi Kasiyan atau lebih dikenali sebagai Dewi Sekar Dadu.20 Beliau telah meninggal dunia di Giri pada tahun 1506 Masihi. Tokoh Wali Songo yang berikutnya adalah Raden Makhdum Ibrahim yang digelar Sunan Bonang21 iaitu anak kepada Sunan Ampel merupakan anggota Wali Songo Angkatan Keempat.22 Beliau juga telah mendapat gelaran Anyokrowati ketika menuntut di Pasai bersama Sunan Giri. Sunan Bonang meninggal dunia pada tahun 1525 Masihi dan dimakamkan di daerah Tuban. Nama Sunan Drajat juga hanyalah nama gelaran seperti nama-nama sunan yang sebelumnya seperti Sunan Ampel dan Sunan Giri. Sunan Drajat yang merupakan anak bongsu kepada Sunan Ampel ini mempunyai pelbagai gelaran lain, antaranya ialah Raden Qosim, Pangeran Syarifuddin, Syekh Masakeh dan Sunan Mayang Madu. Walaupun beliau tidak terlalu terkenal seperti Sunan Giri dan Sunan Bonang, tetapi jasa beliau di desa Drajat tetap harum dalam kalangan masyarakatnya. Sunan Kudus pula merupakan anak kepada Sunan Ngudung atau dalam tradisi Cirebonan disebut sebagai Sunan Undung, setelah berkahwin dengan anak Sunan Ampel yang bernama Nyai Ageng Maloka.23 Nama sebenarnya ialah Raden Ja’far Shaadiq tetapi lebih dikenali dengan nama Sunan Kudus setelah meninggal dunia. Tokoh Wali Songo yang terkenal selain Sunan Giri adalah Sunan Kalijaga yang semasa mudanya lebih dkenali sebagai Raden Mas Said atau Jaka Said.24 Beliau 19

Nama ini diberikan oleh ibu angkatnya iaitu Nyai Ageng Tandes yang merupakan seorang janda kaya, terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa nama ibu angkatnya adalah Nyai Gede Pinasih. 20 Baidlowi Syamsuri, 1995. Kisah Wali Songo: Penyebar Agama Islam di Tanah Jawa. Bandung: Penerbit APOLLO. hal. 34. 21 Nama Bonang itu merupakan sejenis alat muzik Jawa iaitu gending yang diperbuat daripada besi atau kuningan yang bahagian tengahnya ditonjolkan ke atas. Ibid. hal. 77. 22 Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 224. 23 Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 127-128. 24 Ibid. hal. 83. Menurut beberapa sumber, nama Raden Mas Said ini diberikan oleh Sunan Ampel sedangkan nama sebelumnya adalah Raden Seco.

5

dilahirkan kira-kira sekitar tahun 1440 Masihi dalam keluarga Adipati Tuban Tumenggong Wilotikto iaitu seorang pembesar Majapahit. Beliau yang merupakan anak didik kepada Sunan Bonang telah menjadi anggota Wali Songo Angkatan Keempat pada tahun 1463 Masihi bersama-sama Sunan Bonang, Sunan Giri, dan Sunan Drajat.25 Sunan Muria pula nama sebenarnya adalah Raden Umar Said. Beliau merupakan anggota Wali Songo Angkatan Keenam melalui sidang yang diselenggarakan pada tahun 1468 Masihi.26 Beliau merupakan seorang yang suka bergaul dengna rakyat jelata dan dalam melaksanakan dakwah Islam menggunakan cara yang sama dengan ayahnya iaitu melalui kesenian. Wali Songo yang terakhir ialah Syarif Hidayatullah atau lebih dikenali sebagai Sunan Gunung Jati. 27 Antara gelaran lain yang diberikan kepada Sunan Gunung Jati ialah Syeikh Nuruddin Ibrahim, Saiyid al-Kamil dan Ahmad Fatahillah. Beliau meninggal dunia pada tahun 1570 Masihi dan telah dimakamkan di Cirebon. 3.0 SUMBANGAN WALI SONGO Sememangnya sumbangan Wali Songo dalam mengembangkan agama Islam di Tanah Jawa tidak dapat dinafikan lagi. Mereka merupakan para wali yang banyak berjasa memimpin pengembangan agama Islam di seluruh Pulau Jawa dan menyebarkan ajaran tersebut ke kepulauan lain di Indonesia.28 Impak daripada jasajasa mereka inilah masyarakat memberikan gelaran Islam yang mulia ini kepada mereka. Hal ini turut diakui oleh Drs. R. Soekmono: “…Walisongo atau sembilan waliyullah, diberi julukan sedemikian kerana mereka dianggap sebagai penyiar-penyiar terpenting dari agama Islam, mereka dengan sengaja giat sekali menyebarkan dan mengajarkan pokok-pokok agama Islam.”29

Sumbangan Wali Songo terhadap masyarakat di Tanah Jawa adalah meliputi pelbagai aspek, antaranya adalah seperti politik dan ketenteraan, ekonomi, pendidikan dan kesenian. Hal ini demikian kerana kesan daripada kepiawaian yang ditetapkan oleh Sultan Muhammad I dalam membuat pemilihan terhadap keanggotaan pasukan pertama yang membawa misi menyuburkan perkembangan Islam di Jawa. Anggota 25

Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 307. 26 Ibid. hal. 257. 27 Ibid. hal. 246. Lihat juga Abdul Halim Bashah, 1993. Walisongo dengan Perkembangan Islam di Nusantara. Selangor: Pustaka Al-Hijaz. hal. 98. 28 Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 230. 29 Ibid. hal. 231.

6

Wali Songo dipilih bukan hanya semata-mata ditumpukan kepada bidang agama sahaja tetapi turut meliputi bidang pembangunan pertanian, ekonomi, ketenteraan, pemerintahan dan ketenteraman masyarakat. Oleh itu, bukanlah suatu perkara yang menghairankan apabila sumbangan mereka bukan sahaja dalam menyebarkan agama Islam tetapi turut merangkumi sumbangan dalam bidang-bidang lain. Sumbangan utama kebanyakan Wali Songo terhadap perkembangan agama Islam di Jawa adalah dengan mendirikan banyak masjid dan surau di kawasan dakwah masing-masing. Misalnya, ketika dalam perjalanan ke Ampel Denta, Sunan Ampel telah singgah di Kuning dan membina masjid di kawasan tersebut yang dikenali sebagai Masjid Rahmat.30 Manakala, Sunan Kudus pula telah mendirikan Masjid Kudus yang dibina pada tahun 956 Hijrah bersamaan 1549 Masihi. Masjid lain yang telah dibina oleh Wali Songo ialah Masjid Agung Demak seiring dengan penubuhan Demak Bintara sebagai sebuah kerajaan Islam. Pembinaan masjid-masjid oleh Wali Songo ini adalah sangat penting memandangkan masjid ini bukan sahaja menjadi pusat penyebaran Islam oleh para wali tetapi turut berfungsi sebagai tempat untuk membahaskan hal-hal mengenai politik, sosial dan keagamaan.31 Fungsi seperti inilah yang secara tidak langsung membawa kepada sumbangan-sumbangan para wali dalam bidang selain daripada hal keagamaan. 3.1 Politik dan ketenteraan Bidang politik merupakan salah satu aspek terpenting dalam menjamin keutuhan sesebuah pemerintahan dan sememangnya gerakan dalam mengembangkan ajaran Islam di Indonesia ini secara jelas tidak dapat lari dari perkaitan dalam bidang politik. Hal ini dapat dibuktikan daripada tindakan Sultan Muhammad I menghantar pasukan dakwahnya ke Jawa ketika kerajaan Majapahit dilanda kemelut politik sehingga berjaya menjadikan agama Islam sebagai agama dominan. Para wali ini juga sememangnya mempunyai kecekapan politik yang tinggi dan memiliki pengetahuan tentang hal-hal kenegaraan yang jelas kerana pada tahun 1518 Masihi, keseluruhan

30

Arman Arroisi, 1993. Sunan Ampel: Pengawal Ketuhanan Yang Maha Tunggal. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya. hal. 6. 31 Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 295.

7

kerajaan Majapahit dapat dilumpuhkan tanpa mengorbankan banyak nyawa dan memusnahkan sistem masyarakat.32 Selain itu, sumbangan Walisongo dalam bidang politik juga dapat dibuktikan melalui penubuhan kerajaan Demak Bintara yang merupakan kerajaan Islam pertama di Jawa.33 Kemunculan kerajaan Demak ini juga nantinya telah melahirkan Kesultanan Pajang dan Mataram II.34 Kemunculan Demak sebagai sebuah kerajaan ini direncanakan oleh Sunan Ampel dengan mendapat bantuan daripada wali-wali yang lain iaitu Sunan Giri, Sunan Kalijaga dan Sunan Bonang, manakala Raden Fatah telah dlantik menjadi Sultan Demak yang pertama. Kerajaan Demak Bintara ini menjadi penting kerana melalui Demak, Wali Songo menyusun kekuatan dakwah dan ketenteraannya sehingga dapat menakluki kerajaan-kerajaan Hindu di Jawa.35 Antara kejayaan terpenting yang berjaya dicapai ialah menewaskan kerajaan Majapahit dan seterusnya dijadikan sebagai sebuah daerah dalam kerajaan Islam Demak. Seterusnya, setelah berjaya menakluki beberapa daerah lain, kerajaan Demak telah muncul sebagai kuasa besar di Jawa. Kejayaan kerajaan Demak Bintara mengalahkan kerajaan Majapahit ini pula merupakan antara kejayaan yang disumbangkan oleh Sunan Kudus. Sunan Kudus yang menjadi panglima perang menggantikan Sunan Ngudung telah berjaya melaksanakan tugas tersebut dengan sebaiknya melalui strategi serangan yang dilakukan dari tiga arah iaitu dari Surabaya, Tuban dan Madiun.36 Sumbangan dalam bidang politik ini juga boleh dilihat melalui sumbangan daripada Sunan Giri. Hal ini demikian kerana Sunan Giri merupakan antara pelopor terpenting kepada penubuhan kerajaan Islam Demak. Selain itu, ketokohan beliau dalam bidang politik ini dapat dibuktikan apabila beliau mendapat gelaran Sultan Fakih walaupun beliau bukanlah seorang sultan atau raja.37 Beliau merupakan wali yang banyak memberikan bantuan dalam urusan politik di Demak. Sumbangan terpenting beliau ialah setiap perlantikan 32

Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 140. 33 Abdullah Ishak. 1992. Islam di Tanah Melayu dan Brunei. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. hal. 167. 34 Ahmad Mansur Suryanegara, 1995. Menemukan Sejarah: Pergerakan Islamisasi Nusantara. Bandung: Penerbit Mizan. hal. 106. 35 Ibid. 36 Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 244. 37 Arman Arroisi, 1992. Sunan Giri. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya. hal. 14.

8

sultan perlulah mendapatkan persetujuan daripada Sunan Giri terlebih dahulu.38 Manakala, Sunan Gunung Jati turut memberikan sumbangan dalam bidang politik ini apabila beliau telah memberikan petunjuk dan nasihat kepada Maulana Hasanudin dalam usaha mendirikan kota Surosowan sebagai ibu kota kerajaan Banten.39 Manakala, antara sumbangan terpenting Wali Songo dalam bidang ketenteraan ialah kejayaan Sunan Gunung Jati menentang penjajahan Portugis.40 Sunan Gunung Jati telah berjaya membebaskan Jakarta dan daerah-daerah sekitarnya daripada cengkaman kuasa Portugis pada tahun 1527 Masihi. Cita-cita Portugis untuk menjadikan Jawa Barat (Sunda Kelapa) sebagai pengkalan tidak kesampaian apabila Sunan Gunung Jati terlebih dahulu telah menakluki kawasan tersebut dan pelabuhan di wilayah Pajajaran seperti Cirebon dan Banten. Kedua-dua kawasan ini merupakan antara pelabuhan-pelabuhan Sunda yang mempunyai potensi besar dalam aspek ekonomi terutamanya lada kerana terletak di kawasan yang strategik. Oleh itu, penawanan kawasan ini secara tidak langsung membantu perkembangan ekonomi Jawa.41 Jawa Barat yang telah berjaya ditawan ini kemudiannya ditukarkan nama menjadi Jayakarta (Jakarta) yang bererti “Kota Kemenangan” bersesuaian dengan gelaran Fatahillah42 yang diberikan kepada Sunan Gunung Jati oleh para alim ulama di atas kejayaannya menumpaskan Portugis.43 3.2 Ekonomi Sumbangan Wali Songo juga meliputi bidang ekonomi yang merupakan antara bidang terpenting dalam pembangunan masyarakat. Sumbangan dalam bidang ekonomi ini dapat dibuktikan melalui tindakan yang dilaksanakan oleh Maulana Malik Ibrahim dalam usaha untuk menarik minat masyarakat Jawa terhadap ajaran Islam. Beliau telah berusaha menyempurnakan kehidupan di Leran dengan sebaik38

Marwati Djoened Poesponegora dan Nugroho Notosusanto, 1992. Sejarah Nasional Indonesia III. Jakarta: Balai Pustaka. hal. 246. 39 Ibid. hal. 216. 40 Abdul Rahman Abdullah, 2006. Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisonal. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid. hal. 97. 41 Marwati Djoened Poesponegora dan Nugroho Notosusanto, 1992. Sejarah Nasional Indonesia III. Jakarta: Balai Pustaka. hal. 20-21. 42 Gelaran ini membawa maksud “Kemenangan Allah”. Terdapat juga pendapat lain yang mengatakan bahawa Fatahillah bukan Sunan Gunung Jati. Untuk keterangan lanjut, lihat Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 254-257. 43 Abdul Halim Bashah, 1993. Walisongo dengan Perkembangan Islam di Nusantara. Selangor: Pustaka Al-Hijaz. hal. 98.

9

baiknya iaitu dengan memelihara sawah dan kebun di kawasan tersebut secara cermat dan baik dengan tujuan untuk meningkatkan minat pendudukan Leran terhadap pendidikan Islam.44 Tindakan Maulana Malik Ibrahim ini boleh diklasifikasi sebagai satu tindakan serampang dua mata yang bijak. Hal ini demikian kerana tindakan tersebut dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat dan kemajuan ekonomi ini pula akan memudahkan beliau untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seperti memberikan sedekah kepada fakir miskin. Maulana Malik Ibrahim juga merupakan wali yang bertanggungjawab memajukan kota Gresik kerana memperkenalkan sistem pengairan untuk pertanian.45 Hal ini demikian kerana pada ketika itu ekonomi masyarakat di Gresik telah musnah akibat Perang Paregreg, tetapi hasil daripada jasa beliau ini telah berjaya memajukan pertanian sawah di kawasan tersebut. Sunan Drajat melalui pemikiran beliau pula telah

memberikan

sumbangan

dalam

membangunkan

kesempurnaan

alat

pengangkutan dan pembangunan perumahan. Manakala, Sunan Gunung Jati telah memberikan idea mengenai pemindahan penduduk (migrasi), iaitu melalui pembukaan hutan-hutan sebagai tempat kediaman dan pemanfaatan hasil bumi.46 Sunan Kalijaga turut tidak ketinggalan dalam memberi sumbangan dalam bidang ekonomi iaitu melalui karya-karyanya berkenaan pertanian seperti filsafat bajak dan cangkul.47 Selain itu, penubuhan kerajaan Islam Demak juga telah membawa kepada perkembangan ekonomi di Jawa. Raden Fatah dan pentadbirannya telah memberikan sumbangan besar terhadap kemajuan pesat pelabuhan di Demak. Hal ini dapat dibuktikan melalui terjemahan daripada gambaran Tomé Pires mengenai Demak: “…Demak memiliki empat puluh jung (quoremta Jumcos) dan telah memperluas kewibawaan sampai ke Palembang, Jambi, “pulau-pulau Menamby, dan sejumlah besar pulau lain di depan Tanjung Pura”, iaitu Bangka dan Belitung. Waktu itu di Demak terdapat tidak kurang daripada “delapan sampai sepuluh ribu rumah” (de oito

44

Arman Arroisi, 1994. Sunan Maulana Malik Ibrahim. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya. hal. 8. 45 Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 167. 46 Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 280. 47 Ibid. hal. 279.

10

atee dez mjll casâs) dan tanah sekelilingnya menghasilkan beras berlimpah-limpah, yang sebagian diekspor ke Malaka.”48

Perkembangan pesat kerajaan Islam Demak ini telah berjaya menjana ekonomi di Jawa memandangkan antara pelabuhan penting yang berada di bawah kekuasaan dan pengaruhnya adalah Tuban, Separa, Sedayu, Kota Kembar, Jaratan dan Gresik.49 Aktiviti perdagangan yang maju sebelum dominasi Islam di Nusantara menjadi bertambah maju dengan kewujudan Demak sebagai kuasa besar. 3.3 Sosial Sumbangan dalam bidang sosial ini boleh diperlihatkan melalui kejayaan penyebaran agama Islam di Jawa yang secara tidak langsung telah membawa perubahan dalam sistem kemasyarakatan di Jawa. Hal ini demikian kerana sebelum kedatangan Islam, sebahagian masyarakat di Jawa yang mengamalkan agama Hindu telah mempunyai sistem kasta. Walau bagaimanapun, kedatangan Islam telah membawa perubahan terhadap sistem sosial ini. Buktinya, ajaran Islam yang tidak membezakan pangkat, keturunan, kekayaan mahupun kebangsaan seseorang telah menjadikan Ampel Denta sebagai sebuah pusat pendidikan di Jawa yang boleh diikuti oleh semua kalangan masyarakat.50 Sunan Ampel juga telah memberi sumbangan dalam bidang sosial dengan berusaha memperbaiki moral masyarakat Jawa dengan memperkenalkan larangan mo-limo atau emoh-limo yang masih terkenal sehingga sekarang. Larangan ini adalah larangan daripada melakukan main (berjudi), minum (minuman keras), maling (mencuri), madat (menghisap candu), dan madon (berzina).51 Sunan Kalijaga merupakan antara wali yang telah memberikan sumbangan dalam kemajuan sosial masyarakat di Jawa. Hal ini demikian kerana beliau telah membantu mewujudkan satu hubungan dua hala yang baik di antara pemerintah dan rakyat. Sumbangan ini adalah melalui istilah Sabdo Pandito Ratu yang diperkenalkan

48

Denys Lombard, 2005. Nusa Jawa: Silang Budaya (Bahagian 2: Jaringan Asia). Jakarta: Gramedia Pustaka Utama. hal. 44. 49 Marwati Djoened Poesponegora dan Nugroho Notosusanto, 1992. Sejarah Nasional Indonesia III. Jakarta: Balai Pustaka. hal. 35. 50 Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 239. 51 Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 197.

11

oleh beliau.52 Istilah ini membawa maksud kebijaksanaan penguasa harus sejalan dengan nasihat para ulama. Tindakan Sunan Kalijaga ini berjaya mewujudkan suatu hubungan yang serasi antara pemerintah, ulama dan rakyat di Jawa. Tambahan pula, hubungan antara ketiga-tiga pihak ini diperkukuhkan lagi apabila di seluruh Tanah Jawa, berdekatan dengan istana atau kabupaten akan dibina masjid dan halaman yang luas untuk memudahkan rakyat berkumpul bersama pemerintah dan ulama.53 Selain itu, sumbangan dalam merapatkan jurang antara pihak pemerintah dan rakyat ini juga boleh dibuktikan apabila terdapatnya wali-wali yang berasal daripada darah bangsawan atau raja. Contoh wali yang berdarah bangsawan adalah Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Kalijaga dan Sunan Gunung Jati.54 Wali-wali ini telah berjaya menarik minat bangsawan-bangsawan Jawa yang lain untuk memeluk Islam, dan seterusnya para bangsawan Muslim ini telah berusaha menyebarkan Islam bukan sahaja di kota-kota pelabuhan tetapi turut meliputi kawasan pedalaman yang terdiri daripada para petani dan pedagang.55 Misalnya, hasil dakwah Sunan Giri telah melahirkan ramai ulama dan mubaligh dalam kalangan petani, nelayan dan pedagang. Hal ini secara tidak langsung telah membantu meningkatkan taraf sosial masyarakat. 3.4 Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan Sumbangan Wali Songo turut meliputi perkembangan bidang pendidikan dan ilmu pengetahuan di Jawa. Sumbangan dalam bidang pendidikan ini dapat dibuktikan melalui pembinaan pesantren yang banyak di pelbagai kawasan. Pesantren ini merupakan sebuah lembaga pendidikan Islam yang unik di Indonesia. Perkembangan lembaga pendidikan ini khususnya di Jawa mengalami masa selama berabad-abad. Maulana Malik Ibrahim atau digelar Spiritual Father, dalam masyarakat santri Jawa dipandang sebagai guru tradisi yang memperkenalkan pesantren di Tanah Jawa.56 Beliau telah mendirikan pesantren pertama di Gresik yang melahirkan mubaligh Islam untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh Tanah Jawa. Sekiranya Maulana Malik Ibrahim dianggap sebagai perintis kepada sistem pondok pesantren, Sunan 52

Arman Arroisi, 1994. Sunan Kalijaga: Berdakwah Dengan Seni. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya. hal. 23. 53 Ibid. 54 Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 46. 55 Ibid. hal. 45. 56 K.H Saifuddin Zuhri, 1979. Sejarah Kebangkitan Islam dan Perkembangannya di Indonesia. Bandung: al-Maarif Bandung. hal. 263.

12

Ampel pula merupakan wali yang dianggap paling berjaya dalam mendidik ulama dan mengembangkan pesantren iaitu melalui pembinaan Ampel Denta.57 Selain itu, terdapat juga Wali Songo yang terlibat dalam memperkembangkan ajaran ilmu tasawuf58 seperti Sunan Bonang dan Syekh Siti Jenar. Pemikiran Sunan Bonang ini dapat dibuktikan melalui karyanya di dalam Suluk Sunan Bonang yang dapat ditentukan kegiatan pemikiran tersebut adalah antara tahun 1475 hingga 1525.59 Manakala, Sunan Giri pula telah memperkenalkan pelbagai permainan yang bertujuan untuk digunakan dalam mendidik kanak-kanak. Permainan yang berteraskan kepada pelajaran ini adalah seperti Jelungan, Jamuran, Ilir-ilir, Gendi Gerit dan Gula Ganti.60 Misalnya, Ilir-ilir merupakan lagu yang mengajarkan seseorang agar optimis dalam melakukan amal kebaikan agar amal tersebut dapat diterima dan kesempatan hidup haruslah dimanfaatkan dengan melakukan amal tersebut.

Sunan Giri juga

merupakan wali telah mengarang ilmu Falak yang telah disesuaikan dengan prinsipprinsip ilmu Falak Islam dan pemikiran orang Jawa serta memperkenalkan penggunaan kertas sebagai bahan tulis-menulis yang akhirnya membawa kepada perkembangan ilmu dan budaya.61 3.5 Kesenian dan kebudayaan Sumbangan dalam bidang kesenian dan kebudayaan oleh Wali Songo dapat dibuktikan melalui strategi dan pendekatan dakwah yang digunakan oleh para wali terutamanya para wali kumpulan abangan.62 Wali-wali yang dikelompokkan dalam abangan adalah seperti Sunan Kalijaga, Sunan Bonang, Sunan Kudus dan Sunan 57

Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 238-239. 58 Ilmu lanjutan daripada ilmu dasar dengan tujuan mengelakkan kekeliruan, salah pengertian dan salah penggunaan. Orang yang salah mempelajari ilmu ini dapat berubah ingatan menjadi seperti gila. Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 496. 59 Marwati Djoened Poesponegora dan Nugroho Notosusanto, 1992. Sejarah Nasional Indonesia III. Jakarta: Balai Pustaka. hal. 208. 60 Purwadi dan M.Hum, 2004. Dakwah Sunan Kalijaga: Penyebaran Agama Islam di Jawa Berbasis Kultural. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 23. Lihat juga Solichin Salam, 1960. Sekitar Wali Sanga. Jogjakarta: Menara Kudus. hal. 37-39. 61 Ridin Sofwan, H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 275-276. 62 Wali yang termasuk dalam kelompok abangan merupakan wali yang ingin memasukkan ajaran Islam ke dalam tradisi dan kesenian orang Jawa. Manakala satu lagi kelompok dikenali sebagai kelompok putihan iaitu merupakan kelompok wali yang amat menekankan ajaran Islam mengikut yang sebenarnya tanpa mahu berkompromi dengan kesenian dan kebudayaan Jawa. Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 135.

13

Muria. Sunan Kalijaga merupakan seorang wali yang menggunakan seni terutamanya wayang sebagai salah satu strategi dakwahnya. Wayang merupakan salah satu warisan bangsa Indonesia yang telah berkembang selama berabad-abad dan pada zaman kerajaan Majapahit, seni wayang ini lebih dikenali dengan nama pementasan wayang beber iaitu wayang yang bentuknya dibentangkan (dibeber).63 Walau bagaimanapun, selepas kedatangan Islam berlaku perubahan terhadap bentuk asal seni wayang ini bermula pada peristiwa perasmian Masjid Agung Demak. Sunan Kalijaga telah mencadangkan agar wayang beber dipersembahkan ketika majlis perasmian tersebut agar dapat bukan sahaja dapat menarik minat orang Islam tetapi agar dapat mempengaruhi masyarakat yang beragama Hindu untuk mengenali Islam. Walau bagaimanapun, Sunan Giri yang bertindak sebagai ketua Wali Songo pada ketika itu telah membantah cadangan tersebut memandangkan beliau berpendapat bahawa wayang yang bergambar manusia merupakan sesuatu yang haram dalam syariat Islam. Bantahan daripada Sunan Giri inilah yang telah menyebabkan Sunan Kalijaga membuat perubahan terhadap seni wayang ini agar tidak melanggari hukum Islam tetapi dalam masa yang sama turut mengekalkan ciriciri kesenian Jawa. Perubahan kepada bentuk yang mirip karikatur seperti yang ada pada hari ini merupakan salah satu sumbangan terbesar Sunan Kalijaga dalam bidang ini. Malahan, perubahan ini sebaliknya meningkatkan cita rasa dan nilai seni wayang tersebut. Manakala, Sunan Bonang pula merupakan wali yang telah menggunakan alat muzik iaitu bonang. Hal ini demikian kerana kebanyakan masyarakat di Tuban amat menggemari lagu-lagu gending gamelan, maka Sunan Bonang berdakwah menggunakan kesenian rakyat tersebut. Kebijaksanaan beliau membunyikan alat muzik tersebut dengan diiringi tembang-tembang yang berupa pantun-pantun keagamaan telah berjaya mempengaruhi masyarakat Tuban untuk mempelajari lagu tembang tersebut dan akhirnya mempelajari agama Islam.64 Salah satu tembang Sunan Bonang yang terkenal sehingga sekarang adalah tembang yang selalu dilagukan oleh

63

Purwadi dan M.Hum, 2004. Dakwah Sunan Kalijaga: Penyebaran Agama Islam di Jawa Berbasis Kultural. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 176. 64 Baidlowi Syamsuri, 1995. Kisah Wali Songo: Penyebar Agama Islam di Tanah Jawa. Bandung: Penerbit APOLLO. hal. 76.

14

Kyai Langgeng bertajuk Tombo Ati.65 Manakala, Sunan Drajat pula telah mencipta tembang Pangkur dan mijil merupakan wali yang termasuk dalam kelompok putihan walaupun berdakwah menggunakan Jawa seni. Oleh itu, penggunaan kesenian sebagai salah satu cabang untuk berdakwah ini secara tidak langsung telah memberi sumbangan dalam mengekalkan kesenian tradisi masyarakat Jawa. Selain itu, kebudayaan Jawa juga kekal hasil sumbangan daripada beberapa wali yang tidak menghapuskan kebudayaan Jawa yang mempunyai unsur Hindu. Hal ini demikian kerana adat dan budaya yang menggunakan mantera-mantera tidak dihapuskan tetapi sebaliknya digantikan dengan prinsip-prinsip Islam seperti membaca al-Quran, tahlil dan doa-doa.66 Misalnya, dalam upacara berkabung, Sunan Bonang menggantikan adat menyajikan makanan untuk arwah mendiang dengan amalan bersedekah iaitu memberikan makanan kepada fakir miskin. Sunan Kalijaga pula telah memberi sumbangan dalam bidang busana iaitu beliau telah merancang model baju takwa yang akhirnya menjadi pakaian kebesaran suku Jawa dalam pelbagai upacara rasmi.67 3.6 Kesusasteraan dan Bahasa Sumbangan Wali Songo juga meliputi bidang kesusasteraan dan bahasa. Bukti sumbangan dalam bidang bahasa ini adalah daripada Sunan Ampel yang telah memperkenalkan huruf Pegon iaitu sejenis tulisan Arab berbahasa Jawa. Selain itu, Sunan Ampel juga merupakan wali yang bertanggungjawab memperkenalkan beberapa perkataan baru yang disesuaikan dengan masyarakat Jawa. Hal ini demikian kerana beliau mempunyai kepekaan sosial yang tinggi dan untuk mempercepat pemahaman masyarakat terhadap Islam, beberapa istilah yang bersesuaian telah diperkenalkan. Antaranya ialah istilah sholat yang digantikan dengan sembahyang iaitu merupakan istilah yang diambil dari kata sembah hyang agar lebih mudah difahami oleh masyarakat yang sebelum menganut agama Hindu.68 Orang yang

65

Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 231. 66 Untuk keterangan lanjut lihat Koentjaraningrat, 1971. Manusia dan Kebudayaan di Indonesia. Jakarta Penerbit Djambatan. hal. 346-350. 67 Arman Arroisi, 1994. Sunan Kalijaga: Berdakwah Dengan Seni. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya. hal. 18. 68 Hasanu Simon, 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. hal. 197.

15

mengikuti pendidikan di pesantren pula disebut sebagai santri yang berasal dari kata shastri iaitu perkataan yang bermaksud orang yang tahu buku suci agama Hindu. Wali Songo turut memberikan sumbangan dalam bidang penulisan, misalnya dalam naskhah Walisana terdapat beberapa penulisan hasil karya para wali ini. Antaranya ialah Sejarah Negeri Pajajaran yang ditulis oleh Sunan Gunung Jati, hasil karya Sunan Drajat iaitu kisah Joko Partoko dari Desa Nggadhingan iaitu ketika zaman kerajaan Majapahit dan kisah Baru Klinthang dari Mbahrawa oleh Sunan Kudus.69 Manakala sumbangan dalam bidang kesusasteraan pula adalah melalui hasilhasil karya sastera seperti dongeng dan kisah-kisah ulama, syair dan prosa-prosa puisi. Misalnya, Sunan Bonang dalam usaha untuk menyebarkan Islam di kawasan jawa Timur iaitu antara Lasem dan Rembang, telah mencipta dongeng dan kisah ulama memandangkan masyarakat di kawasan tersebut menyukai cerita-cerita yang berunsurkan kesaktian dan mistik.70 4.0 PENUTUP Kesimpulannya, Wali Songo sememangnya bukan sahaja berjaya dalam menyebarkan agama Islam di Tanah Jawa tetapi turut memberikan sumbangan dalam bidang-bidang selain daripada keagamaan. Sumbangan Wali Songo dalam kepelbagaian bidang ini sebenarnya mempunyai perkaitan dengan kepelbagaian strategi

dan

pendekatan

dakwah

yang

digunakan

oleh

mereka

dalam

mengislamisasikan masyarakat Jawa. Kejayaan menyebarkan Islam di Jawa ini adalah bergantung kepada pendekatan seperti al-hikmah yang digunakan oleh para wali dalam berdakwah ini merupakan satu langkah bijaksana dalam usaha untuk mendekati masyarakat Jawa. 5.0 BIBLIOGRAFI Abdullah Ishak. 1992. Islam di Tanah Melayu dan Brunei. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Abdul Halim Bashah. 1993. Walisongo dengan Perkembangan Islam di Nusantara. Selangor: Pustaka Al-Hijaz. 69

Ibid. hal. 69-70. Arman Arroisi, 1993. Sunan Bonang: Pendekar Bersenjata Tembang. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya. hal. 10. 70

16

Abdul Rahman Hj. Abdullah. 1990. Pemikiran Umat Islam Di Nusantara: Sejarah Dan Perkembangannya Hingga Abad Ke-19. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka. _______________________. 2001. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Selepas Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. _______________________. 2006. Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisonal. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid. Ahmad Mansur Suryanegara. 1995. Menemukan Sejarah: Pergerakan Islamisasi Nusantara. Bandung: Penerbit Mizan. Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar. 2001. Himpunan Kisah Kekasih Allah: Ensiklopedia Para Wali. Kuala Lumpur: Darul Nu’man. Alwi Shibab. 2001. Islam Sufistik. Bandung: Penerbit Mizan. Arman Arroisi. 1992. Sunan Giri. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya. ____________. 1993. Sunan Ampel: Pengawal Ketuhanan Yang Maha Tunggal. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya. ____________. 1993. Sunan Bonang: Pendekar Bersenjata Tembang. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya. ____________. 1994. Sunan Maulana Malik Ibrahim. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya. Baidlowi Syamsuri. 1995. Kisah Wali Songo: Penyebar Agama Islam di Tanah Jawa. Bandung: Penerbit APOLLO. Denys Lombard. 2005. Nusa Jawa: Silang Budaya (Bahagian 2: Jaringan Asia). Jakarta: Gramedia Pustaka Utama. Hasanu Simon. 2004. Misteri Syekh Siti Jenar: Peran Wali Songo Dalam Mengislamkan Tanah Jawa. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. K.H Saifuddin Zuhri. 1979. Sejarah Kebangkitan Islam dan Perkembangannya di Indonesia. Bandung: al-Maarif Bandung. Koentjaraningrat. 1971. Manusia dan Kebudayaan di Indonesia. Jakarta Penerbit Djambatan. Mahayudin Haji Yahaya. 2001. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Marwati Djoened Poesponegora dan Nugroho Notosusanto. 1992. Sejarah Nasional Indonesia III. Jakarta: Balai Pustaka.

17

Purwadi dan M.Hum. 2004. Dakwah Sunan Kalijaga: Penyebaran Agama Islam di Jawa Berbasis Kultural. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. R. Soekmono. 1973. Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia. Indonesia: Penerbitan Yayasan Kanisius. Ridin Sofwan. H. Wasit dan H. Mundiri, 2000. Islamisasi di Jawa: Walisongo Penyebar Islam di Jawa Menurut Pertuturan Babad. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. Solichin Salam. 1960. Sekitar Wali Sanga. Jogjakarta: Menara Kudus. Widji Saksono. 1995. Mengislamkan Tanah Jawa: Telaah Atas Metode Dakwah Walisongo. Bandung: Penerbit Mizan.

18

Related Documents

Wali Songo
May 2020 37
Wali Songo
May 2020 10
Wali
June 2020 24
Sejarah Wali Wali Songo.docx
November 2019 36
Al Wali
June 2020 24