Unit1 Ethic

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Unit1 Ethic as PDF for free.

More details

  • Words: 7,077
  • Pages: 24
Unit 1 Professional Ethics Bab 1 Moral Reasoning and Ethical Theory (Taakulan berprinsip moral dan Teori Mengikut Etika) 1.1 Moral Reasoning and Ethical Theory (Taakulan berprinsip moral dan Teori Mengikut Etika) Permasalahan mengikut etika di dalam pengurusan adalah suatu yang rumit kerana akibat yang mungkin berlanjutan, terdapat banyak pilihan lain, kesudahan yang banyak dan bercampur, kejadian tidak tertentu dan pembabitan peribadi.

1.1.1

The Meaning of Ethics (Makna Etika) Etika biasanya telah didefinasikan sebagai prinsip kelakuan individu-individu yang boleh diterima dari segi akhlak. Mendefinasikan etika individu sama ada perbuatan tersebut betul atau salah dan ianya tidak serupa untuk setiap individu.

1.1.2

The Meaning of Professional Ethics (Makna Etika Profesional) Etika profesional digunakan untuk menilai prinsip moral untuk sesuatu kumpulan yang direka/dibuat untuk mengawal prestasi mereka di dalam menjalankan sesuatu tugas atau penggunaan sumber yang mereka ada. Manusia mendalami aturan dan nilai milik budaya profesional sama seperti mereka membuatnya untuk golongan mereka. Golongan ini berpegang teguh pada aturan profesional dan nilai semasa membuat keputusan di atas bagaimana berkelakuan ataupun bertindak mengikut etika yang ditentukan.

1.1.3

The

Formation

of

Individuals

Ethics

(Pembentukan

Etika

Individu)

Terdapat 5 faktor yang membentuk etika individu. 1. Pengaruh keluarga (Family Influence) – Kanak-kanak seringkali mencontohi atau mengikut etika dari kelakuan ibu bapa mereka. Sekiranya ibu bapa mereka mempunyai etika yang baik maka kanak-kanak tersebut akan mempunyai etika yang baik. Begitu juga sebaliknya sekiranya ibu bapa menunjukkan etika yang tidak baik, kelakuan tersebut akan menjadi ikutan mereka. 2. Pengaruh rakan (Peer Influence) – Pengaruh rakan merupakan faktor yang kuat mempengaruhi etika seseorang. Ada orang berkata; untuk melihat perwatakkan dan peribadi seseorang, kita hanya perlu melihat perwatakkan rakan mereka. Sekiranya kita berkawan dengan golongan ulamak, maka InsyaAllah kita akan mempunyai etika dan moral yang baik. Tetapi sekiranya rakan kita adalah perompak maka kemungkinan besar kita akan turun menjadi perompak suatu hari nanti. 3. Pengalaman hidup (Life Experience) – Banyak peristiwa penting, sama ada positif atau negatif, bergantung kepada pengalaman hidup seseorang. Sekiranya perbuatan mencuri yang dilakukan tidak mendapat tentangan atau hukuman, maka seseorang akan beranggapan kegiatan mencuri tidak menjadi satu kesalahan. Tetapi sekiranya beliau dihukum kerana mencuri, maka beliau akan mengetahui mencuri merupakan satu kesalahan.

4. Nilai peribadi dan prinsip moral (Personal Values and Morals) – Nilai dan prinsip moral juga dipengaruhi oleh kedudukan seseorang. Seseorang yang terlalu mementingkan kejayaan pangkat dan kewangan sering kali bertindak berdasarkan keuntungan tanpa mengira kesannya terhadap orang lain. Seseorang yang mementingkan keluarganya pula akan mempunyai etika yang berlainan. 5. Faktor keadaan (Situational factors) – Faktor keadaan juga boleh mempengaruhi tindakan seseorang. Walaupun sesuatu tindakan diketahui tidak beretika tetapi faktor keadaan boleh menyebabkan seseorang melanggar etika tersebut. Contohnya seorang ahli perniagaan boleh bertindak mengubah keuntungan perniagaan untuk mengurangkan cukai yang akan dikenakan.

1.1.4

Pandangan tentang etika (The views of ethics) Terdapat 4 pandangan mengenai etika.

1. Utilitarian (Kemudahan) - Keadaan kemudahan (Utilitarianism) adalah suatu keputusan atau tindakan untuk kepentingan masyarakat majoriti. Dalam konsep ini, keputusan atau tindakan tersebut sama ada betul, patut atau baik apabila masyarakat majoriti mendapat manfaatnya dengan hanya segelintir masyarakat sahaja mendapat kesan buruknya. Untuk melaksanakan pandangan ini kita perlu mengenal pasti perkara dibawah 2. 1. Siapa secara langsung dan tidak secara langsung terjejas (Who are directly and indirectly affected). 2.

Apa yang menguntungkan dan keburukan mereka akan mengalami (What benefits and harms they would experience).

3.

Berapa lama kesan tersebut akan berlanjutan (How long these effects would last).

Golden Rule (Aturan Emas) – Berdasarkan acara agama kristian yang mengatakan “do to others as you would have them do to you” Kantian/Rights (Kantian/Hak) – Menurut pandangan ahli falsafah Immanuel Kant, Kantian/hak pemandangan mengandaikan bahawa di dalam suatu prinsip moral yang universal, setiap orang mempunyai hak asas yang tertentu. Rights/Hak The right of free consent (Hak penyetujuan bebas) The right of privacy (Hak kebersendirian)

Rozaimy Baharuddin www.geocities.com/norlionline

Explanation/Penerangan People have the right to be treated only as they knowingly and willingly consent to be treated (Setiap orang berhak untuk dilayan sekiranya mereka bersetuju dan bersedia untuk dilayan) People have the right to do as what they want in their private lives, and they have the right to control what they reveal about private activities (Setiap orang mempunyai hak untuk membuat seperti apa mereka mahu di 2

The right of freedom of conscience (Hak kebebasan hati nurani /suara hati)

The right of freedom (Hak untuk kebebasan)

The right of due process (Hak proses berpatutan)

dalam kehidupan peribadi mereka, dan mereka ada hak untuk mengawal atau mendedahkan tentang aktiviti peribadi mereka) People have the right to refuse to do what violates their moral beliefs as these beliefs reflect commonly accepted norms (Setiap orang mempunyai hak untuk tidak melakukan sesuatu sekiranya ianya melanggar prinsip moral yang mereka pegang) People have the right to conscientiously criticize an organization’s ethics, as long as their criticisms do not violate the rights of individuals in the organization. (Setiap orang mempunyai hak untuk secara berhemat mengkritik suatu etika organisasi, selagi kritik-kritik mereka tidak mencabuli hak individu-individu di dalam organisasi. If people believe their right are being violated, they have the right to a fair and impartial hearing (Jika seseorang percaya hak mereka dicabuli, mereka mempunyai hak kepada suatu perbicaraan yang adil dan saksama)

Di dalam kantian/rights, dari segi akhlak sesuatu tindakan adalah betul apabila ianya meminimumkan pencabulan hak. Untuk menyelesaikan sebuah dilema mengikut etika daripada pendapat ini, seseorang mesti menganggap yang mana pemegang saham terjejas oleh tindakan dan ke takat apa hak mereka boleh dicabuli. Enlightened Self-Interest (Menyedarkan Kepentingan Diri) Satu lagi pandangan tentang etika bahawa kepentingan diri dapat menjadi suatu kuasa positif. Ketika individu-individu memburu kepentingan diri mereka, mereka secara muktamad memperbaiki kesejahteraan semua anggota masyarakat. Dengan demikian, jurutera yang memajukan sebuah proses paten itu, pegawai pemasaran yang mendidik pembeli tentang suatu perkhidmatan baru itu, dan pengguna yang membeli suatu almari baru itu semua sedang menyumbang kepada taraf kehidupan orang lain. Di dalam model etika yang sedar kepentingan diri, suatu tindakan adalah betul dari segi akhlak jika ia memberikan individu itu atau pemegang saham memaksimum keuntungan tanpa yang lain mengalami kecederaan/kerugian dan, bila munasabah, minimumkan sebarang keburukan terhadap orang lain. 1.2 Normative Philosophy and Ethical Relativism (Falsafah normatif dan Relativisme Mengikut Etika) Taakulan (Intuition) berprinsip moral memerlukan suatu kefahaman terhadap falsafah. Falsafah adalah kajian tentang pemikiran dan kelakuan. Oleh kerana itu, falsafah Rozaimy Baharuddin www.geocities.com/norlionline

3

normatif adalah kajian tentang pemikiran betul dan kelakuan; Iaitu, bagaimana kita harus berkelakuan normatif. Falsafah ini telah menjadi ikutan semenjak zaman Plato yang hidup sekitar 427 sehingga 347 sebelum masihi. Mereka cuba memikirkan secara logik untuk menentukan sesuatu tindakan sama ada ‘betul’ atau ‘salah’, ‘baik’ atau ‘jahat, ‘adil’ atau ‘tidak adil’. 1.3 Ethical Theory (Teori mengikut etika) Pengiktirafan sejagat bahawa kita berhutang sesuatu kepada orang lain di dalam masyarakat kita, dan kita disempani dengan konsep betul dan salah di dalam perlakuan kita terhadap masyarakat tersebut dan ini harus beroperasi. Iaitu, kita harus mengadakan sedikit kaedah analisis yang selaras klasifikasi tindakan kita sebagai “betul” atau “salah”. Jika kita tidak dapat, ia bukan satu kekurangan sekiranya kita mencuba. Tiada satu pun sistem etika yang sempurna, tetapi terdapat 5 sistem yang sering digunakan. 1. Eternal Law (Thomistic Natural Law) 2. Classical Teleological Ethical Theory: Utilitarianism (Teleological yang klasik Teori Mengikut Etika: Kemudahan) 3. Classical Deontological Ethical Theory: Universalism (Deontological yang klasik Teori Mengikut Etika: Universalisme) 4. Distributive Justice Theory (Teori Adil Pembahagi) 5. Personal Liberty Theory (Teori Kebebasan Peribadi)

1.3.1

Eternal Law (Undang-undang Abadi/Kekal) Jika seseorang mempunyai hak untuk “hidup, kebebasan dan mengejar kebahagian”, kemudian mereka juga ada kewajipan untuk menjamin hak yang sama untuk orang lain. Ketua agama cenderung menegaskan tentang sumber yang memperlihatkan kebenaran lebih daripada sifat semula jadi yang berdasarkan logik, tetapi mereka juga percaya bahawa undang-undang tidak berubah, dan yang hak dan kewajipan itu jelas: Jika kita dicintai, kemudian kita mesti mencintai yang lain. Penukaran balas ini diringkaskan oleh Aturan Emas (Golden Rule) di dalam teologi Kristian: Membuat kepada yang lain ketika anda ingin orang lain melakukannya kepada anda (Do unto others as you would have others do unto you). Eternal Law atau Natural Law mempunyai masalah kerana hukum ini mempunyai tafsiran berbeza berbeza untuk setiap pegangan (agama). Malah di dalam agama yang sama juga berlaku penafsiran yang berbeza.

1.3.2

Classical Teleological Ethical Theory: Utilitarianism (Teleological yang klasik Teori Mengikut Etika: Kemudahan) Pendekatan teleological terhadap etika berbentuk pengurusan memberi penekanan kepada kesudahan, bukan niat tindakan individu dengan lengkap. Teleology diterbitkan daripada istilah Greece yang mana bermakna kesudahan atau keputusan

Rozaimy Baharuddin www.geocities.com/norlionline

4

Menurut pandangan Jeremy Bentham dan J. S. Mill nilai moral kelakuan peribadi dapat ditentukan dari kelakuannya. Sekiranya kelakuan atau tindakan memberikan manfaat kepada orang lain maka ia dianggap ‘baik/betul’. Tindakan tersebut dikira ‘salah’ sekiranya ia menyebabkan berlakunya kerosakkan pada orang lain. Objektifnya memberikan banyak kebaikkan kepada masyarakat majority dan mendatangkan kerosakkan atau kecederaan yang kurang pada yang lain. Sesuatu tindakan boleh dinilaikan secara positif dan negatif. Sebarang kebaikkan dan keburukkan perlu dinilai secara seimbang untuk mendapatkan kesan-kesan dari tindakan yang akan dilakukan. Dalam sistem teleological ini, nilai etika di fokuskan kepada akibat atau perhasilan yang baik yang dapat dihasilkan dari tindakan atau perlakuan bukan dari niat seseorang individu. Ia digelar Utilitarianism. Sistem ini mempunyai kelemahan kerana berkemungkinan ianya boleh dieksploitasikan. Antara sebab kenapa Utilitarianism gagal adalah: 1. Pada hakikatnya ia mempunyai dua prinsip: terbesar baik dan nombor yang terbesar (In reality it is two principle: the greatest good and the greatest number). Pada saat tertentu di dalam proses membuat keputusan di atas perkara yang penting, wujud konflik untuk dua prinsip ini, dan kemudian kita tidak mempunyai cara tunggal untuk menentukan tindakan mana yang " betul" Atau "terbaik" atau "sesuai".

2. Konsep Utilitarianism ini juga gagal kerana ada tindakan tersebut adalah salah walaupun menghasilkan keuntungan/manfaat yang besar. Contohnya membunuh seorang budak kecil yang tidak berdosa demi untuk mengembirakan majoriti masyarakat.

3. Teori ini juga mengalami kegagalan untuk menentukan moral sesuatu tindakan kerana tidak mungkin kita boleh mengimbangi manfaat terhadap golongan majoriti dan golongan minority menjadi korban. 1.3.3

Classical Deontological Ethical Theory: Universalism (Deontological yang klasik Teori Mengikut Etika: Universalisme) Pendekatan deontological terhadap etika berbentuk pengurusan adalah pada dasarnya terbalik dari teori teleological. (rujuk 1.3.2) Deontology adalah dari istilah bahasa Greece yang merujuk kepada tanggungjawap atau kewajipan seorang individu. Mengikut Teori etika ini, ia menyatakan nilai moral suatu tindakan tidak boleh dinilai ke atas kesudahan (hasil/kebaikan yang akan didapati) ini kerana kesudahannya tidak jelas dan tidak dapat ditentukan hasilnya semasa tindakan/keputusan tersebut dibuat. Nilai prinsip bermoral sesuatu tindakan sebaliknya harus bergantung pada niat seseorang itu yang membuat keputusan atau melakukan tindakan.

Rozaimy Baharuddin www.geocities.com/norlionline

5

Sekiranya anda mempunyai niat yang baik terhadap orang lain, ini menunjukkan anda mempunyai moral yang patut dipuji walaupun secara tidak sengaja anda sering kali menyakiti orang lain dengan sikap anda cuai. Kelemahan universalisme: 1. Adalah suatu kaedah prinsip moral yang berguna tetapi tidak mempunyai keutamaan dan tingkat kepentingan. 2. Adalah sukar untuk melayan kehendak orang lain iaitu tidak semudah memenuhi kehendak peribadi kita. Penyelenggara stor adalah cara untuk mendapatkan barangan runcit kita Pelanggan adalah cara kita untuk mendapatkan mata pencarian kita; pekerja adalah cara untuk melengkapi kilang-kilang kita dengan kakitangan.

1.3.4

Distributive Justice Theory (Teori Adil Pembahagi) Dua klasik teori yang disebut tadi, utilitarianism atau universalism, tidak dapat mengadili sesuatu tindakan adalah berprinsip moral di dalam semua keadaan. Akibatnya, dua sistem etika yang moden telah dibangunkan yang berdasarkan konsep nilai tambah berbanding daripada konsep berprinsip (based upon values rather than principles) John Rawls: Secara eksplisit mendasarkan kepada keutamaan suatu nilai tunggal: iaitu JUSTICE (Keadilan). Keadilan (Justice) satu sifat yang baik pertama di dalam pembentukan sosial, sama seperti kebenaran adalah sifat yang baik pertama di dalam sistem pemikiran. Kelemahan? Sebarang cadangan amat bergantung kepada kerjasama sosial keseluruhannya untuk membekalkan faedah/keuntungan ekonomi dan sosial. Usaha individu diperkecilkan atau tidak merupakan hal yang penting walaupun usaha itu tidak ditolak/ diendah.

1.3.5

Personal Liberty Theory (Teori Kebebasan Peribadi) Dicadangkan oleh Robert Nozick Sistem ini berdasar keutamaan suatu nilai tunggal daripada suatu prinsip tunggal; Kebebasan (liberty). Kebebasan merupakan pertama perlu difikirkan untuk keperluan masyarakat. Pendirian/adat yang mencabuli kebebasan individu atau undang-undang harus ditolak walaupun ia boleh memberikan kebahagian dan manfaat kepada yang lain. Kebebasan peribadi dapat diperluaskan kepada suatu sistem etika untuk membuat penilaian terhadap kelakuan. Individu-individu mestilah dibenarkan membuat pilihan sepenuhnya untuk memandu ke arah kebajikan mereka sendiri. Pilihan ini akan diambil kira "adil(just)", “betul(right)" atau "wajar(proper)" selagi peluang membuat pilihan yang sama diberi kepada orang lain.

Rozaimy Baharuddin www.geocities.com/norlionline

6

Keadilan bergantung pada peluang yang sama untuk memilih dan penukaran, bukan di atas peruntukkan yang sama untuk kekayaan dan pendapatan. Kelemahan konsep kebebasan (liberty) Ia berdasarkan satu definasi kebebasan yang sempit yang menghadkan hak negatif untuk tidak mengalami gangguan daripada orang lain. Misalnya hak untuk hidup, maka sudah tentu kita mempunyai hak untuk tidak dibunuh oleh jiran kita. Tetapi ia juga boleh termasuk hak untuk meneruskan memperolehi sedikit peringkat makanan yang minimum, tempat perlindungan, pakaian dan bantuan perubatan yang mana wujud daripada daya usaha peribadi/sendiri berbanding daripada kerjasama sosial. Kelemahan lain – perokok merokok disuatu kawasan yg dibenarkan merokok (ini hak individu), tetapi ia memberi kesan kepada orang lain yang lalu lalang.

1.4 Conclusion on Normative Philosophy As the Basic for Moral Choice (Kesimpulan di atas Falsafah Normatif Sebagai Asas untuk Moral Pilihan) Terdapat 5 sistem etika. Setiap sistem hanya merangkumi sebahagian kebenaran dan ada diantara sistem tersebut bertentangan pendapat mengenai moral sesuatu tindakan atau keputusan yang dibuat. Oleh itu, kita perlu menggunakan kesemua sistem tadi dan memikirkan akan akibat dari tindakan atau keputusan yang akan dibuat.

Ringkasan: 1. Etika merujuk kepada suatu kepercayaan peribadi individu tentang hak dan kelakuan salah.

2. Suatu etika individu dibentuk oleh gabungan beberapa faktor: Keluarga dan rakan sebaya, pengalaman hidup, nilai peribadi dan prinsip moral dan faktor keadaan. 3. Suatu teori berprinsip moral membekalkan sebab dan dasar-dasar tentu samada suatu tindakan betul atau salah (RIGHT OR WRONG) dari segi akhlak (moral). Beberapa orang peneori berpendapat yang mengatakankan terdapat satu piawai berprinsip moral sejagat untuk setiap orang (lebih banyak mutlak), manakala ada peneori berpendapat piawai seperti ini tidak wujud (relativisme berprinsip moral). 4. Beberapa orang pemprinsip moral berpendapat bahawa tindakan betul atau salah ditentukan oleh diri mereka sendiri. Yang lain percaya penentuan mengenai betul dan salah tidak dapat ditentukan diri sendiri disebabkan keadaan sosial yang sering berubah di dalam menentukan sesuatu tindakan tersebut betul atau salah. 5. Keadaan kemudahan (Utilitarianism) adalah suatu keputusan atau tindakan untuk kepentingan masyarakat majoriti. Dalam konsep ini, keputusan atau tindakan tersebut Rozaimy Baharuddin www.geocities.com/norlionline

7

samada betul, patut atau baik apabila masyarakat majoriti mendapat manfaatnya dengan hanya segelintir masyarakat sahaja mendapat kesan buruknya. 6. Keadaan universalisme (Universalism) menyatakan niat/maksud yang tersirat di dalam membuat sebarang keputusan/tindakan adalah penting. Ini kerana kita tidak mungkin dapat meramalkan apa yang akan terjadi dengan tindakan atau keputusan dibuat. Prinsip universalisme menyatakan keputusan/tindakan tersebut dikira betul, tepat dan baik sekiranya kita yakin semua orang yang mengalami masalah serupa akan melakukan tindakan yang serupa seperti yang kita lakukan. 7. Pembahagian keadilan(Distributive Justice) berdasarkan kepada keutamaan suatu nilai tunggal daripada suatu prinsip tunggal. Kepercayaan di dalam keutamaan keadilan akan menjadi petunjuk/panduan untuk kita membuat keputusan dan mengambil tindakan yang dijangka memberikan faedah kepada semua anggota masyarakat terutama sekumpulan kecil yang tidak mempunyai kepentingan di dalam keputusan yang dibuat. 8. Kebebasan peribadi (Personal Liberty) juga berdasarkan kepada keutamaan suatu nilai tunggal daripada suatu prinsip tunggal. Kepercayaan di dalam keutamaan kebebasan akan memjadi petunjuk/panduan untuk kita membuat keputusan dan mengambil tindakan yang akan menyebabkan semua orang akan mendapat manfaat dan kebaikannya. 9. Undang-undang Abadi (Eternal Law) merujuk kepada piawai berprinsip moral yang didedahkan di dalam Kitab atau alam semulajadi kepada ketua agama atau ahli falsafah manusia. Kepercayaan ini menyatakan bahawa Undang-undang tidak berubah dan sah selama-lamanya.

Bab 2 Moral And Social Responsibility (Moral dan Tanggungjawab Sosial) 2.1 Conditions for Moral Accountability and Liability (Keadaan untuk Tanggungjawab Berprinsip Moral dan Tanggungan) Setelah kita mempunyai asas untuk menentukan sesuatu tindakan/perlakuan yang dilakukan adalah “salah” atau “betul” dari segi moral, maka kita perlu menahan orang tersebut di atas perlakuan/tindakan mereka. Tanggungjawab undang-undang bukan merupakan isu disini. Seorang eksekutif atau pengurus yang melakukan kesalahan dari segi etika mungkin tidak akan di dakwa oleh mahkamah. Tetapi dari segi moral ia masih lagi dipertanggungjawab keatas tindakan tidak beretika yang telah dilakukan. Ganti rugi terhadap kerosakkan mungkin perlu dilakukan. 2.1.1

Knowledge and Freedom (Pengetahuan dan Kebebasan) Seseorang secara moral boleh dipertanggungjawabkan terhadap tindak tanduk mereka.sekiranya mereka mengetahui tindakan yang dibuat adalah dengan kerelaan hati dan tanpa sebarang paksaan secara fizikal mahupun psikologi.

2.1.2

Ignorance (Kedunguan/kebodohan/ketidaktahuan)

Rozaimy Baharuddin www.geocities.com/norlionline

8

Alasan ketidaktahuan hanya boleh digunakan apabila ianya tidak bersalah. Ini berlaku apabila seseorang tidak memahami hukum alam yang terjadi atau tidak dapat menerima semua yang munasabah yang dapat dijangka akibat daripada perbuatannya. Persoalan mengenai kedunguan ini kadangkala tidak ketara di dalam situasi perniagaan. Kes: Diandaikan seorang pengurus di dalam jabatan khas di Sebuah syarikat menyerahkan selonggok baucer untuk mendapatkan semula sumbangan persendirian kepada ahli politik – sumbangan itu sepatutunya tidak sah jika dibuat melalui syarikat tersebut. Kini ketua eksekutif di dalam jabatan tersebut seperti kebiasaannya terpaksa menanggung tindakan bodohnya itu. Di dalam hal ini, bagaimanapun, terdapat beberapa peringkat supervision yang perlu dilalui di antara mereka dan ketua mereka. Mereka tidak akan menjangka untuk mengetahui perbelanjaan akaun yang dinaikkan kecuali dan jika tidak dilindungi untuk di audit dan laporan untuk masa yang lain. Tetapi jika eksekutif tersebut mendapat petunjuk di sesuatu tempat sepanjang perjalanan yang mereka tidak menjangkakan orang ramai membuat sumbangan yang keluar dari poket sendiri dan tidak mahu mengambil tahu bagaimana mereka hendak mendapatkan kembali duit mereka, Mereka sepatutnya mengambil tahu tindakan mereka sebagai akibat perkongsian di dalam moral (jika tidak sah) bertanggungjawab untuk apa yang mereka lakukan. 2.1.3 Coercion (penggunaan kekerasan / paksaan) Ianya mungkin boleh menjadi mudah untuk tekun sama ada kedunguan menjadi alasan kepada seseorang di dalam situasi yang khas/khusus dari untuk menghakimi kepada apa darjah penggunaan kekerasan/paksaan menyusutkan/ mengurangkan tanggungjawab yang bermoral. Pegawai bank yang menjaga kaunter yang mana menyerahkan sejumlah wang tunai yang ada di dalam laci kepada perompak bersenjata adalah jelas tidak bersalah dari segi moral di dalam menggelapkan/melesapkan harta bank. Apa pula situasi dimana ahli perniagaan perlu bekerjasama di dalam beberapa kegiatan yang jelas kelihatan tidak bermoral diterima sebagai ahli oleh semua? Andaikata pengurusan tertinggi di sesebuah syarikat bertanya atau mengarahkan orang bawahan ataupun kontraktor untuk membawa keluar tindakan yang mungkin membawa bencana kepada orang ramai ataupun hartabenda ataupun Secara mudah dikatakan yang tidak jujur. Seperti contoh: -

membuang sisa toksik dimana ianya akan mengakibatkan pencemaran bekalan air kepada masyarakat. Membentuk jalan keluar untuk memecat atau menjatuhkan/ menurunkan pangkat pegawai yang mana telah menyebabkan kejengkelan/kemarahan kepada pengurusan. Mengabaikan keselamatan dari bahaya yang mana terlalu mahal untuk dibaiki. Mengubahsuai penyata kewangan untuk menyembunyikan bukti kesalahan pengurusan ataupun penipuan.

Rozaimy Baharuddin www.geocities.com/norlionline

9

-

Menyembunyikan peribadi atau sikap boros/suka membazir ketua dalam mengisi baucar pengeluaran. Menyembunyikan sumbangan politik dalam akaun pengeluaran palsu. Persetujuan kepada pelanggan morally diragukan mendesak kepada menghindar kehilangan pelanggan yang bernilai.

Soalan: -

berapa banyak penggunaan kekerasan/paksaan yang termasuk di dalam contoh? Adakah pekerja yang bertanggungjawab sanggup memperkecilkan moral mereka disebabkan oleh ketua, pengurusan tertinggi ataupun pelanggan memberitahu mereka untuk melakukan apa-apa perkara? Bolehkan pekerja mendakwa ketua, syarikat ataupun pelanggan yang mana benarbenar melakukandan mereka hanya menurut arahan?

Kaji tiga kes hipotesis yang berikut untuk pertimbangan yang lanjut: 1. Kes Diskriminikasi

Andaikan sebuah syarikat multinasional Malaysia yang besar hendak mengukuhkan kedudukannya untuk mengaut keuntungan yang besar dengan syarikat luar negara yang mana secara rasmi berprasangka terhadap eksekutif jualan perempuan dan telah menjelaskan mereka tidak mahu berbincang dengan eksekutif perempuan tersebut. Pengurusan tertinggi syarikat Malaysia itu dengan sengaja mengecualikan eksekutif perempuan mereka dari menyertai perbincangan perniagaan ataupun mesyuarat sosial dengan pegawai tersebut.dengan itu bersekongkol terhadap kelakuan diskriminikasi.

Soalan:

Bolehkah pengurusan syarikat multinasional Malaysia mendakwa penggunaan kekerasan/paksaan Secara sah dan ia seperti kehilangan akaun jika mengabaikan sensitiviti kebudayaan pelanggan. 2. Kes Kawasan Nuklear

Andaikan seorang pekerja di Sebuah syarikat yang membuat senjata nuclear menjelaskan bahawa apa yang dilakukan oleh syarikat tersebut morally salah.

Soalan: Rozaimy Baharuddin www.geocities.com/norlionline

10

a) Orang tadi berhenti dari memberi kerjasama dan dia menganggap kerjanya merupakan suatu prinsip moral yang jahat dan seterusnya beliau meletak jawatan? b) Apakan jadi apabila dia tidak berupaya mencari pekerjaan yang mempunyai gaji yang tinggi? c) Sekiranya kesan dari segi kewangan amat teruk sekali adakah wajar untuk beliau bekerja di situ untuk beberapa tahun lagi?

3. Kes Insuran Seorang adjuster insuran diupah oleh beberapa syarikat auto untuk memeriksa laporan kehilangan peralatan elektronik, beliau gelisah apabila diarahkan untuk meluluskan permohonan insuran tadi tanpa melakukan sebarang pemeriksaan terhadap kenderaan yang kehilangan peralatan elektronik tadi. Selepas melakukan pemeriksaan, beliau dapati laporan yang dibuat adalah palsu, tiada kehilangan peralatan elektronik. Apabila beliau menghalang kelulusan pampasan insuran tersebut, ia mungkin akan kehilangan business (pelanggan) dan apabila sikap beliau bertindak sebagai whistle blowing diketahui umum, beliau mungkin akan disingkirkan. Soalan: Bolehkah adjuster tadi mengatakan beliau dipaksa (coercion) untuk meluluskan pampasan tersebut dan menganggap tindakan beliau bukannya suatu tindakan tidak bermoral kerana tindakan tersebut adalah atas desakan insurers (pelanggan).

2.2 The Natural Law Solution to the Cases Pihak natural law moralist berpendapat sesuatu tindakan tanpa kerelaan merupakan satu tindakan yang kurang dipertanggungjawabkan. Kekerasan aniaya dan ketakutan mungkin menyebabkan seseorang melakukan sesuatu tindakan tanpa kerelaan mereka, walau bagaimanapun di dalam ketiga-tiga kes tadi, kekerasan aniaya terhadap fizikal bukan menjadi satu isu; tetapi ketakutan kehilangan mata pencarian atau keuntungan akan diambil kira. Adakah ketakutan/kebimbangan ini mencukupi untuk membolehkan seseorang terlibat di dalam melakukan kes tersebut secara kepaksaan (tanpa kerelaan)? Jawapannya bergantung kepada sama ada kerjasama tersebut berunsur FORMAL atau MATERIAL. Kerjasama FORMAL bermaksud Seseorang menjadi rakan sekerja yang secara sukarela untuk melakukan perbuatan yang salah, dengan mengizinkan dan membenarkan kejahatan dilakukan. Formal cooperation tidak pernah dapat ditentukan walaupun dengan ketakutan yang amat sangat

Kerjasama MATERIAL membawa maksud yang bertentangan, Ia bermaksud seseorang diminta untuk melakukan suatu tindakan yang masuk akal (logik), tidak jahat pada amnya, tetapi pada akhirnya ia Rozaimy Baharuddin www.geocities.com/norlionline

11

secara tidak langsung telah membantu orang tersebut untuk melakukan sesuatu tindakan yang pada hakikatnya adalah salah.

1. The Discrimination Case (Kes Diskriminasi) • • •

Pegawai yang berkuasa di dalam syarikat tersebut telah diarah untuk mengecualikan wanita dari mengikut serta di dalam aktiviti perniagaan yang merupakan urusan mendapatkan projek/tender. Tindakan ini dikira tidak bermoral kerana telah diskriminasi seseorang berdasarkan jantina bukannya berdasarkan keupayaannya. Pada pandangan Natural Law, perbuatan pihak atasan tadi dikira sesuatu tindakan yang salah kerana menyingkirkan pekerja wanita tersebut dari urusan perniagaan. Ketakutan mengenai kehilangan pelanggan/projek bukan merupakan suatu alasan yang dibolehkan

2. The Nuclear Plant Case (Kes Kilang Nuklear) • •





Pekerja mengangap pengeluaran barangan nuklear atau senjata kimia itu sendiri adalah suatu tindakan tidak bermoral. Bagaimana kita menilai tindakan tersebut merupakan kerjasama FORMAL atau MATERIAL? Andaikan pengeluaran senjata ini secara faktanya adalah tidak bermoral kerana ia mengancam berjuta nyawa manusia sekiranya ia digunakan di dalam peperangan. Kita harus bertanya pada diri sendiri. Adakah ia merupakan seorang ahli sainstis yang membuat senjata tersebut atau sekadar seorang yang tidak penting dalam proses pembikinan senjata tersebut? Sekiranya beliau merupakan seorang yang penting dalam usaha membuat senjata tersebut, beliau dianggap sebagai kerjasama FORMAL. Perbuatan ini dikira kejahatan moral (tidak bermoral) walau pun beliau takut akan kehilangan wang saraan hidup dan menggunakan alasan (kehilangan sumber pendapatan) sebagai alasan untuk terus kekal di dalam syarikat tersebut. Tetapi sekiranya tugas beliau adalah tidak kena mengena dengan perbuatan senjata secara langsung seperti jawatan kerani, seterusnya beliau kuatir akan kehilangan mata pencarian atau wang pencen maka beliau bolehlah terus kekal bekerja disitu sehingga pencen atau sehingga berjaya mendapatkan pekerjaan lain yang sama gajinya.

3. The Insurance Case (Kes Insuran)

• •

Seorang adjuster insuran beliau dipaksa untuk berbohong dan melakukan penipuan tersebut, adalah suatu tindakan yang tidak bermoral. Sekiranya ia mengubah tafsiran, maka beliau secara formal telah melakukan kejahatan terhadap syarikat insuran. Ketakutan atas sebab kehilangan pelanggan tidak membolehkan digunakan sebagai alasan. Ia dianggap kerjasama FORMAL.

Rozaimy Baharuddin www.geocities.com/norlionline

12

2.3 The Utilitarian Solution to the Cases

1. The Discrimination Case (Kes Diskriminasi)

Pada pandangan pihak Utilitarian, keputusan pihak atasan untuk menyebelahi/menitik beratkan keuntungan mungkin dikritik teruk kerana tidak mengkaji kesan dari perbuatan tersebut. Untuk mengira kesan negatif akibat tidak memasukkan wanita di dalam perbincangan perniagaan, kita perlu bertanya beberapa soalan.

i) ii) iii) iv) v) vi) vii)

Adakah penghinaan terhadap wanita ini akan menyebabkan kerosakkan psikologi yang teruk? Apa kos yang terpaksa ditanggung untuk melatih semula penganti wanita tersebut sekiranya beliau bertindak berhenti kerja hasil dari diskriminasi jantina? Apa akan terjadi sekiran pihak awam mengetahuinya? Adakah reputasi syarikat akan terjejas dan mengakibatkan kehilangan pelanggan sedia ada dan pelanggan masa depan dan seterusnya kehilangan para pelabur? Adalah syarikat tersebut mampu memikat hati pekerja yang berkualiti? Apakah kos saman yang harus dibayar untuk saman ke atas diskriminasi? Apakah kesannya terhadap keadilan sosial, di atas usaha kenaikan pangkat?

Walaupun tindakan tersebut kelihatan seperti keputusan perniagaan. Tetapi perlu diingat, moral adalah menjadi isu disini. Pada pandangan pihak utilitarian, keputusan tersebut adalah tindakkan moral semata-mata kerana perniagaan. Tetapi ia mungkin merupakan tindakan perniagaan yang baik/wajar tetapi secara moral ia tidak semestinya bermoral walaupun pada keseluruhannya membawa banyak manfaat kepada ramai orang.

2. The Nuclear Plant Case

Dilema pekerja sama ada ingin terus bekerja atau berhenti bekerja di kilang nuklear tersebut dan seterusnya akan kehilangan gaji yang tinggi serta manfaat yang lain, yang mungkin tidak dapat diperolehi di tempat lain.

Rozaimy Baharuddin www.geocities.com/norlionline

13

Adalah menjadi satu kemestian untuk pekerja tersebut mengkaji kesan dari tindakan beliau kekal bekerja di situ. Adalah beliau terlibat sama membina senjata tersebut atau sekadar kakitangan yang tidak terlibat secara langsung membuat senjata tersebut. Pada pandangan utilitarian, tindakkan mengeluarkan senjata itu sendiri adalah tidak bermoral kerana senjata tersebut berpotensi untuk membunuh berjuta penduduk.

3. The Insurance Case

Keputusan adjuster insuran untuk membuat tuntutan palsu:

Apa akan berlaku sekiranya beliau bersetuju utk menipu •



• •

Apa akan berlaku sekiranya beliau tidak mahu menipu dab membuat laporan kepada agensi kerajaan Ini akan menyumbang kepada • Sekiranya syarikat insuran kenaikan pembayaran premiums menolak beliau sebagai ahli untuk mengimbangi jumlah (blackball), beliau tidak boleh wang yang terpaksa dibayar lagi mencari makan di syarikat akibat dari tuntutan palsu insuran. Sekiranya diketahui ramai, • Orang awam mungkin adjuster dan pegawai yang menyanjung di atas sikapnya terlibat mungkin akan dikenakan yang jujur, tetapi reputasi ditindakan disiplin, denda atau sebagai “whistle blower” akan penjara bertentangan dengan syarikat insuran Reputasi adjuster akan terjejas • Beliau juga harus menilai kesan Tuntutan palsu kemungkinan psikologi dan kerosakkan emosi boleh menyelamatkan beliau dari yang akan beliau hadapi. masalah ekonomi dan kemungkinan juga boleh menaikkan keuntungan syarikat dan pemegang saham

Kesan yang positif terhadap penolakkan dari melakukan kerja penipuan ini akan dirasai oleh pelanggan kerana tidak perlu membayar premium tambahan untuk menutup tuntutan yang salah tadi. Bahagian yang sukar di dalam membuat pertimbangan Utilitarian itu dalam hal ini jadi adalah bagaimana dengan tepat mengimbangi kehilangan ke semua pelanggan menjamin oleh dana khas jika dia enggan memfailkan tuntutan palsu tersebut jika Adjuster itu membuat keputusan untuk memfailkan tuntutan tipu bertentangan dengan kehilangannya sendiri. Sekali lagi, paksaan (coercion) dengan sendirinya tidak membawa sebarang kesan pun di dalam kiraan utilitarian.

Rozaimy Baharuddin www.geocities.com/norlionline

14

2.4 The Cultural Relativist’s Solution to the Cases (Pandangan dari pihak Cultural Relativist mengenai Kes) •

The Discrimination Case Terdapat 2 konflik culture (budaya). Budaya pada pegawai organisasi dan budaya pada wakil pelanggan. Budaya siapa harus mengatasi? Secara amnya pihak cultural relativist akan menilai aspek moral bergantung kepada dimana perniagaan dan sosial itu akan di adakan.



The Nuclear Plant Case Pihak Cultural Relativist berpendapat sekiranya pembinaan kilang nuklear adalah di atas arahan kerajaan, maka secara tidak langsung ia menunjukkan masyarakat ditempat tersebut menyokongnya. Maka para pekerja bolehlah meneruskan pekerjaan mereka tanpa rasa kesalahan berprinsip moral.



The Insurance Case Pada pihak Cultural Relativist, Adjuster insurans itu mesti menentukan situasi mana yang menguasai keadaan. Sekiranya undang-undang secara jelas telah melarang membuat laporan palsu seperti ini, maka ia harus mematuhinya. Sebaliknya, beliau mesti mengetahui apa yang budaya (culture) jangkakan pada pandangan masyarakat mengenai tindakan moral tersebut.

Ringkasan •

Untuk pihak Natural Law, alasan paksaan hanya boleh digunakan di dalam kes dimana ketakutan berlakunya kemusnahan kebebasan seseorang di dalam kerelaan melakukan tindakan tersebut.



Kerjasama Cooperation bermaksud tindakan yang dilakukan adalah bermoral pada asasnya, tetapi orang lain telah menggunakannya untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.



Kerjasama Formal bermaksud seseorang melakukan tindakan tidak bermoral, bermaksud moral yang salah dan beliau bekerjsama melakukan perbuatan jahat secara moral.



Pada pihak natural law, kerjasama material adakala boleh dijustified sebagai alasan yang baik, biasanya di dalam kepentingan diri. Tetapi kerjasama formal di dalam melakukan kejahatan tidak pernah diizinkan.

Rozaimy Baharuddin www.geocities.com/norlionline

15

2.5 Ethics in Organization Context (Konteks Etika dalam Organisasi) Etika adalah satu prinsip bermoral yang diterima sebagai kelakuan (tingkah laku) individu yang diterima umum. Seterusnya baca sendiri.

2.6. Managing Ethical Behaviour (Mengurus Kelakuan Mengikut Etika)

Unit 1: Bab 3 The Nature of Ethics in Modern Business 3.2 Ethical Problems as Managerial Problems (Masalah Etika sebagai masalah yang berhubungan dengan kepimpinan/pengelolaan) Masalah Etika adalah masalah yang berhubungan dengan kepimpinan/pengelolaan kerana ianya mewakili konflik diantara prestasi ekonomi dan prestasi sosial disesebuah organisasi. Ini kerana pihak pengurusan seringkali berhadapan dengan dilemma di dalam membuat sesuatu pilihan mahupun keputusan, iaitu sama ada tindakan tersebut adalah “betul” “sesuai” atau “adil” diantara prestasi ekonomi dan prestasi sosial. Di sini kita akan melihat faktor-faktor yang perlu diseimbangkan dan dipertimbangkan oleh pihak pengurusan di dalam mencari jalan penyelesaian. 3.2 Characteristic of Ethical Problems in Management (Kriteria untuk Masalah Etika di dalam Pengurusan/Pengelolaan) Lima kesimpulan mengenai pengelolaan/pengurusan.

kerumitan

untuk

etika

yang

berhubung

dengan



Most Ethical Decisions have extended consequences (Sebahagian besar keputusan Etika yang dibuat mempunyai akibat yang berpanjangan)



Most Ethical Decisions Have Multiple Alternatives (Sebahagian besar keputusan Etika yang dibuat mempunyai banyak pilihan)



Most Ethical Decisions have personal implications (Sebahagian besar keputusan Etika yang dibuat mempunyai implikasi peribadi)



Most Ethical Decision have uncertain consequences (Sebahagian besar keputusan Etika yang dibuat mempunyai akibat yang tidak pasti/berubah)



Most Ethical Decisions have Mixed Outcomes (Sebahagian besar keputusan Etika yang dibuat mempunyai hasil/akibat yang bercampur)

Rozaimy Baharuddin www.geocities.com/norlionline

16

3.2.1

Most Ethical Decisions have extended consequences (Sebahagian besar keputusan Etika yang dibuat mempunyai akibat yang berpanjangan) Akibat dari tindakan atau keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan bukan setakat berhenti pada tahap satu sahaja (first level). Ia juga melibatkan masyarakat keselurahannya kerana sebuah organisasi adalah sebahagian dari masyarakat. Oleh itu sebarang keputusan yang hendak dibuat perlulah diteliti kerana ia mungkin mempunyai kesan/akibat yang berada diluar kawalan mereka. Sebagai contoh: • Sogokan/menyogok boleh menukar proses/prosedur kerajaan • Pencemaran alam sekitar akan menganggu kesihatan • Produk yang tidak selamat boleh membunuh/mencederakan.

3.2.2

Most Ethical Decisions Have Multiple Alternatives (Sebahagian besar keputusan Etika yang dibuat mempunyai banyak pilihan) Biasanya isu etika hanya mempunyai keputusan “Ya” atau “tidak” dan tidak mempunyai banyak pilihan.

Dichotomous ? aku tak tahu maknanya (TOLONG!) Sebagai contoh: • • • 3.2.3

Patutkah pengurus menyogok atau tidak? Patutkah kilang mencemarkan udara atau tidak? Patutkah syarikat pengeluar mengeluarkan produk yang tidak selamat?

Most Ethical Decisions have Mixed Outcomes (Sebahagian besar keputusan Etika yang dibuat mempunyai hasil/akibat yang bercampur) Pemikiran isu etika di dalam pengurusan selalunya tidak beretika (antithetical) apabila berhubung dengan pulangan keuntungan dan kos social. Sebagai contoh: •

Bayar secara tidak langsung sogokan, tetapi mengawal jualan yang banyak barangan import melalu penghantaran tepat pada waktunya.



Mencemarkan udara dan air, tetapi elakkan kos pemasangan dan operasi peralatan kawalan pencemaran.



Membuat produk sedikit kurang selamat, tetapi mengurangkan barangan dan kos upah di dalam proses penghasilan.

Rozaimy Baharuddin www.geocities.com/norlionline

17

3.2.4

Most Ethical Decision have uncertain consequences (Sebahagian besar keputusan Etika yang dibuat mempunyai akibat yang tidak pasti/berubah) Pemikiran isu etika di dalam pengurusan selalunya bebas dari risiko dan keraguan apabila setiap pilihan diketahui akan akibatnya. Sebagai contoh:

3.2.5



Bayar rasuah/sogokan dan terima barangan import tepat pada masanya



Membeli peralatan kawalan pencemaran dan pengeluaran pencemaran akan berkurangan.



Mengeluarkan produk yang selamat tetapi akan berlaku pertambahan kos untuk setiap unit produk.

Most Ethical Decisions have personal implications (Sebahagian besar keputusan Etika yang dibuat mempunyai implikasi peribadi) Sebahagian besar keputusan etika mempunyai implikasi peribadi. Adalah menjadi satu kebiasaan isu etika di dalam pengurusan melibatkan peribadi dan memisahkan dari kehidupan dan kerja sebagai pengurus. Kebanyakkan orang berpendapat keputusan etika seperti ini akan menyebabkan syarikat mengalami pengurangan keuntungan tetapi orang yang terlibat tidak menghadapi masalah di dalam urusan kenaikan pangkat mahupun gaji mereka. Pihak pengurusan sering kali mengawal rekod keuntungan di dalam operasi syarikat tetapi tidak mengawal kualiti etika di dalam membuat keputusan tersebut. Sebagai contoh: • •

Memastikan jualan barangan import berada ditahap yang dijangkakan walaupun terpaksa meningkatkan pembelanjaan untuk membayar rasuah secara tidak langsung asalkan hasilnya nanti memberi keuntungan yang banyak. Melambat-lambatkan pemasangan peralatan kawalan pencemaran dan memperolehi keuntungan darinya

3.3 Examples of Ethical Problems in Mangement (Contoh Masalah Etika di dalam Pengurusan) Kita akan melihat contoh permasalahan etika. Perlu diingat, isi mengenai moral adalah berbeza untuk setiap individu seperti yang telah dibincanngkan pada bab 1. Antaranya adalah latar belakang keluarga, budaya/warisan, pendidikan, pengalaman, faktor keadaan, pengaruh rakan dan sebagainya.

Perbincangan ini tidak membicarakan perbezaan etika individu tetapi lebih kepada peringkat dimana kita mengetahui kesan yang merugikan terhadap masyarakat. Mereka mungkin disakiti atau mengalami kerugian kerana berada diluar kawalan mereka. Rozaimy Baharuddin www.geocities.com/norlionline

18

a) Pricing Level (Tahap Harga)

Harga sering kali ditentukan oleh pemintaan pasaran. Harga yang tinggi, akan membuatkan ada orang yang tidak mampu memilikinya. Sebagai contoh, gabungan bank yang baru dilaksanakan akan memberikan peluang kepada pihak bank membayar kadar faedah yang lebih tinggi kepada penyimpan. Ini dapat mengalakkan pengguna menyimpan wang di bank mereka. Walaubagaimana pun, kadar faedah ini berguna untuk pengguna yang mempunyai simpanan yang banyak. Keburukkannya, pihak bank perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk memberikan kadar faedah ini. Akibatnya penyimpan kecil-kecilan seperti kita akan dikenakan berbagai bayaran. Kita ambil contoh pemegang akaun Maybank, pengeluaran lebih dari empat kali sebulan melalui ATM akan dikenakan bayaran sebanyak 50 sen untuk setiap transaksi. Bayaran ini hanya dikenakan kepada penyimpan yang mempunyai simpanan kurang dari RM 5 ribu. Adakah tindakkan ini dikira beretika? Merompak simiskin untuk diberi kepada sikaya. Tepuk dada. Tanya Iman.

b) Advertising Messages (Mesej Pengiklanan)

Kebenaran di dalam pengiklanan merupakan isu yang komplek.



Iklan mengenai produk mengurangkan berat badan. Adalah jaminan 100%, apabila menggunakan produk tersebut pengguna akan dapat mengurangkan berat badan mereka. Adakah pengguna mempunyai hak untuk memulangkan barangan tersebut sekiranya hasilnya negatif. Adakah benar gadis-gadis jelita tersebut sebelum ini adalah gemuk sebelum mengunakkanya?



Iklan mengenai produk penjagaan kereta sering kali menunjukkan produk mereka telah diuji oleh pakar. Adakah pakar yang digunakan adalah pakar yang sebenar atau hanya lakonan semata-mata. Adakah pengguna yang menyatakan produk tersebut baik, benar-benar jujur atau hanya sekadar lakonan. Produk seperti Split Fire dan Motor Up telah diberi amaran oleh persatuan pengguna US kerana mengatakan perkara yang tidak pasti kebenarannya.

c) Product Promotions (Promosi Barangan)

Promosi barangan merupakan salah satu cara pengiklanan. Perkataan free gift atau potongan harga dapat menarik hati pelanggan. Syarikat penerbangan telah Rozaimy Baharuddin www.geocities.com/norlionline

19

mengeluarkan promosi untuk mengalakkan pengguna menggunakan perkhidmatan penerbangan mereka. Potongan harga dan pencutian percuma akan diberikan kepada pengguna yang sering menggunakan perkhidmatan mereka. Sudah tentu ini akan menguntungkan pengguna yang sering menggunakan perkhidmatan mereka. Tetapi pengguna yang kurang menggunakan perkhidmatan tersebut tidak akan memperolehi apa-apa kebaikkan malah mungkin terpaksa menanggung kos tambahan yang dikenakan.

Sering kali, kos untuk barangan yang diberi free gift telah dimasukkan kedalam harga barang yang hendak dibeli tanpa kita sedari. Malah ada promosi memberikan hadiah percuma berupa TV atau Radio tetapi pengguna perlu membeli peralatan yang jauh mahal dari harga pasaran untuk mendapatkan barangan percuma tersebut.

d) Working Conditions (Keadaan tempat kerja)

Keadaan tempat kerja untuk kebanyakkan pekerja bawahan masih kurang memuaskan. Suhu, kelembapan (humidity) atau tahap kebisingan terlalu tinggi, pengudaraan dan cahaya tidak mencukupi, bau dan habuk masih boleh dijumpai di setengah-setengah tempat kerja. Jumlah jam kerja yang tinggi, keselamatan ditempat kerja dan sebagainya perlu diambil kira.

e) Customer Service (Perkhidmatan Pelanggan)

Pengurangan dalam kualiti produk telah menjadi satu masalah di dalam banyak industri. Kualiti yang rendah dalam industri automobil, membuatkan kereta yang baru dibeli mempunyai banyak kecacatan yang membuatkan pelanggan tidak boleh mempercayai untuk menggunakannya.

f) Workforce Reductions (Pengurangan Pekerja)

Adalah menjadi satu kebiasaan untuk syarikat yang besar untuk mengurangkan saiz dan kos overhead apabila tekanan pasaran dan pesaingan makin meningkat. Tindakan ini sering kali akan berlakunya pemberhentian pekerja yang ramai.

g) Environmental Pollution (Pencemaran Alam Sekitar)

Rozaimy Baharuddin www.geocities.com/norlionline

20

Pembuangan sisa toksid yang tidak sempurna selalu dilakukan oleh syarikatsyarikat yang ingin menjimatkan kos dan ini merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang dan memberi kesan yanb buruk pada alam sekitar.

h) Community Relations (Hubungan/pertalian Masyarakat)

Syarikat besar di dalam komuniti tempatan mempunyai kekuatan ekonomi yang kukuh yang boleh memberi impak kepada penduduk disesuatu tempat. Syarikat tersebut boleh memindahkan para pekerja ke lokasi yang lain mengikut kehendak mereka. Dalam hal ini pihak berkuasa ditekan untuk mengurangkan cukai bagi mengelakkan berlakunya pemindahan pekerja mahupun operasi syarikat tesebut. Oleh itu tindakan menaikkan cukai individu dan pengurangan perkhidmatan mungkin berlaku sejajar untuk mengembalikan kehilangan hasil cukai tadi.

i) Supplier Relations (Hubungan/pertalian Pembekal)

Pengilang yang besar mempunyai kekuatan ekonomi di dalam sesebuah komuniti dan akan memberi tekanan kepada para pembekal kecil-kecilan. Kuasa ekonomi adalah konsep yang sukar tetapi mudah untuk dikenali.

3.4 Analysis of Ethical Problem in Management (Analisa Masalah Etika Dalam Pengutusan) Bagaimana kita menentukan sesuatu sebagai masalah etika? Keputusan etika tidak semudah memilih diantara “betul” dan “salah”. Keputusan yang dibuat adalah rumit untuk mengimbangi di antara prestasi ekonomi dan prestasi social di dalam sesebuah organisasi. Untuk mengembangi kedua-dua ini, 3 kaedah analisis diperkenalkan )a Economic Analysis (Analisis Ekonomi) Contoh-contoh yang ditunjukkan tadi merujuk kepada etika dari sudut Teori micro ekonomi iaitu bergantung sepenuhnya kepada pilihan antara ekonomi dan prestasi social. Pengurangan pekerja mahupun penutupan syarikat akan memberikan kesan yang buruk kepada para pekerja Tetapi sekiranya terdapat peluang pekerjaan, pekerja tadi boleh mendapatkan kerja lain tetapi perlu menyesuaikan diri mengikut pemintaan pasaran semasa. Pada dasarnya pasaran ekonomi mempunyai sumber yang terhad dan apabila pengguna dibekalkan dengan barangan yang berkualiti tinggi pada harga yang rendah, maka sumber telah digunakan secara cekap dan dihasilkan dengan baik.

)b Legal Analysis (Analisis Undang-Undang) Rozaimy Baharuddin www.geocities.com/norlionline

21

Ia juga munasabah melihat setiap masalah yang mempunyai suatu kandungan mengikut etika melalui kerangka Teori sah (Legal Theory), bergantung pada kuasa sosial yang tidak peribadi untuk membuat keputusan antara “betul” dan “salah”. Pengurangan pekerja dan penutupan kilang adalah tidak menyenangkan, tetapi masyarakat tidak pernah merasa tindakan tersebut merbahaya sehingga perlunya undang-undang melarang perkera tersebut dari dilakukan. Tetapi sekiranya masyarakat merasakan ianya merupakan masalah yang besar, maka suatu undang-undang perlu diluluskan untuk mengatasi masalah ini. Kepercayaan bawah bahawa suatu masyarakat demokrat dapat mengadakan aturan sendirinya di sini dan jika orang dan organisasi mengikut aturan ini, maka anggota masyarakat itu akan dilayan sewajarnya. )c Ethical Analysis (Analisis Etika) Adalah munasabah melihat setiap masalah yang mempunyai suatu kandungan berprinsip moral menggunakan struktur falsafah yang normative, dalam menentukan antara “betul” dan “salah”. Pengurangan pekerja dan penutupun kilang, memang kurang menyenangkan, tetapi kita akan dapat menghitung “the greatest good for the greatest number”

3.5 Etika di dalam Islam Di dalam usaha untuk membentangkan aspek utam di dalam pandangan etika di dalam Islam, terdapat 2 kemungkinan kaedah untuk dibentangkan: •

Dari sudut sejarah atau kaedah horizontal (ufukan) yang mana mengikut urutan waktu kejadian satu-satu peristiwa yang sebaris/sejajar dengan pembangunan



Keadah analisa (analytical) atau dalam satu bentuk gambarajah (schematic), mana mempersoalkan keutamaan etika perkara secara menegak (vertically)

yang

Untuk bab ini, kedua-dua kaedah digunakan.

3.5.1

A Universal Message (PesananUmum/Keseluruhan)

Terdapat 3 dalil utama/teras: •

The unity in God (Kesatuan dalam Tuhan)



The unity of Humankind (Kesatuan dari Kemanusian)



The unity of religion (Kesatuan dari Agama)

Oleh kerana itu, Islam adalah universal (menyeluruh) dan tiada batasan masa (timeless). Oleh itu ia dapat dipakai oleh semua orang di semua keadaan. Islam bukanlah satu agama yang baru tetapi adalah kesinambungan dari agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim sehingga kepada Nabi Muhammad S.A.W. iaitu nabi yang terakhit. Al-Quran secara tegas menyatakan Rozaimy Baharuddin www.geocities.com/norlionline

22

ianya adalah kepanjangan (continuation) dan keputusan Maha Pencipta yang diberi kepada keselurahan manusia. 3.5.2 The Syari’ah Syari’ah adalah undang-undang di dalam Islam yang merujuk kepada Al-Quran. Seorang muslim dimestikan mengikuti syari’ah yang terkandung di dalam Al-Quran setiap masa dan keadaan, ia diterjemahkan dari bahasa Arab sebagai sopan dan jalan murah hati, dan mengawal dari melakukan kesalahan. Secara keseluruhannya ia mengingatkan kepada pandangan Aristotle mengenai nasihatnya yang berbunyi: “not to harm others and to deal with others as one would wish to have others del with oneself” Golden Rule: “Do unto others as you would have them do unto you” Islam: “No one of you is believer until he desires for his brother that which he desires for himself” (Tidak beriman seseorang itu, sehinggalah ia mengasihani saudaranya sepertimana ia mengasihani dirinya sendiri) Buddha (Buddhism): “Hurt no others in ways that you yourself would find hurtful” Judaic: “What is hateful to you, do not to your fellow man. That the entire law; all the rest is commentary” Syari’ah mengatur hampir keseluruhan aspek kehidupan mengenai persahabatan, hubungan antara pencipta dan manusia dan memberitahu hubungan interpersonal. Oleh kerana Syari’ah adalah sistem undanng-undang yang komprehensif yang mengatur semua aspek sosial, memperolehi kedudukan penjelasan yang terkemuka, dan teknik aturan undang-undang yang berdasarkan perbezaan pendapat dan mahzab. Oleh terdapat perbezaan pendapat di dalam Mahzab tertentu.

3.5.3 Commerce and Business (Perdagangan dan Perniagaan) Perdagangan dan perniagaan masih merupakan subjek utama tradisi etika dalam Islam. Untuk suatu masa, Islam tersebar melalui pedang, sebaliknya juga Islam tersebar melalui cara berdakwah melalui perdagangan dan perniagaan. Ini kerana masyarakat Arab merupakan satu Rozaimy Baharuddin www.geocities.com/norlionline

23

kaum yang mahir ilmu pelayaran, membina kapal, astronomi dan peralatan sainstifik. Seterusnya bangsa Arab yang beragama Islam telah mengembangkannya keseluruh dunia.

3.5.4 Teaching About Economic Practice (Mengajar mengenai latihan ekonomi) Secara amnya, konsep ekonomi di dalam Islam adalah hampir sama dengan konsep freeenterprise dan pendekatan ekonomi private-sector meskipun ia tidak menyingkirkan/mengasingkan hak masyarakat untuk mengenakan/mengambil kesempatan untuk mendapatkan manfaat yang besar untuk masyarakat. “Sembilan dari 10 limpah kurnia (rezeki) datang dari perniagaan” Maksud Hadis. Setiap keuntungan yang diperolehi haruslah dibayar ZAKAT, dan ia merupakan penyuci harta tersebut dan seterusnya merupakan tanggungjawab terhadap masyarakat. Undang-undang Syari’ah menentukan HALAL dan HARAM, iaitu mana perbuatan yang SALAH dan BETUL. Pengharaman RIBA kerana bayaran tambahan dari harga sebenar. Di dalam ISLAM keuntungan dan kerugian harus dikongsi bersama. Perjudian adalah HARAM.

3.5.5 The Obligations of Piety (Kewajipan Kesolehan/Keimanan) Ni baca sendiri leee 3.5.6 Kesimpulan Nabi Muhammad s.a.w dalam perniagaan adalah contoh terbaik yang harus menjadi ikutan.

Ringkasan •

Kebanyakkan keputusan etika mempunyai akibat yang berpanjangan, berbagai pilihan, hasil/akibat yang banyak, akibat yang tidak menentu dan implikasi peribadi.



Terdapat 3 tingkatan analisis untuk membolehkan kita mencapai keputusan untuk mengimbangi antara prestasi ekonomi dan sosial. Tingkatan tersebut adalah Ekonomi (tidak dipengaruhi oleh tekanan pasaran), Undang-undang (tidak dipengaruhi oleh tekanan sosial) dan filosofis (berdasarkan kepada prinsip dan nilai peribadi)

Etika di dalam ISLAM dipandukan kepada Syari’ah.

Rozaimy Baharuddin www.geocities.com/norlionline

24

Related Documents

Unit1 Ethic
October 2019 25
Unit1
May 2020 14
Ethic Reader
April 2020 23
Ethic On
June 2020 17
Unit1 Disagreement
June 2020 6
Unit1-sp
May 2020 17