Unit 8

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Unit 8 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,873
  • Pages: 26
PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

J1003 / 8 /

1

PEMASANGAN OKSIASETILINA OBJEKTIF AM Memahami tentang alat-alat kelengkapan oksi-asetilina serta kegunaannya dan cara pemasangannya.

OBJEKTIF KHUSUS

Un it

8

Di akhir unit ini anda dapat : Mendefinasikan kimpalan gas dan menerangkan perkara-perkara yang berkaitan dengannya iaitu: Pemasangan        

Prosedur pemasangan kelengkapan kimpalan oksi-asetilina. Kaedah bagi menguji kebocoran pada pemasangan. Nyalaan oksi-asetilina Jenis-jenis nyalaan oksi-asetilina dan kegunaannya. Kaedah pelarasan nyalaan. Ciri-ciri nyalaan dan suhu nyalaan. Langkah-langkah menyalakan dan memadamkan nyalaan. Sebab-sebab berlakunya letupadam dan nyalabalas serta langkahlangkah mengatasinya. Teknik mengimpal oksi-asetilina

 Teknik mengimpal bagi kimpalan oksi-asetilina.  Teknik mengimpal ke hadapan dan teknik mengimpal mengundur.  Pengawalan kelajuan, jarak nyalaan dan sudut sumpitan api serta pergerakan ketika mengimpal. Sambungan dan persediaan tepi  Jenis-jenis sambungan asas dalam kerja kimpalan.  Langkah membuat persediaan tepi.

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

8.0

J1003 / 8 /

2

Pemasangan Kelengkapan kimpalan oksi-asetilina terdiri daripada beberapa komponen yang dipasang dengan menggunakan penyambung daripada silinder gas hinggalah kepada sumpitan api. Komponen-komponen asas pemasangan adalah seperti berikut:

8.1

-

Silinder gas oksigen dan asetilina.

-

Alator gas

-

Hos gas

-

Badan sumpitan

-

Sumpitan api.

Berikut adalah langkah-langkah pemasangan kelengkapan oksiasetilina. -

Buka injap silinder sedikit dan tutup dengan segera untuk tujuan ‘ cracking the valve’ iaitu langkah ini adalah untuk menghembus habuk-habuk yang ada pada bebenang injap. Langkah ini juga dilakukan ke atas silinder asetilina.

-

Balutkan bebenang alator dengan pita cegah bocor bagi kedua-dua alator. Pasangkan alator oksigen pada silinder oksigen dan alator asetilina kepada silinder asetilina.

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

J1003 / 8 /

-

3

Pasangkan hos oksigen ( hijau atau biru) kepada alator alator oksigen dan hos asetilina (merah) kepada alator asetilina.

-

Sambungkan badan sumpitan kepada hos oksigen pada lubang benang mengikut tanda ‘O 2 ’ dan hos asetilina kepada lubang benang asetilina.

8.2

Pasangkan sumpitan api kepada badan sumpitan.

Menguji kebocoran pada pemasangan oksi-asetilina.

Setelah kesemua langkah-langkah di atas itu dilakukan, pastikan sekali lagi bahawa pemasangan adalah betul. Selepas itu lakukan pemeriksaan kebocoran ke atas semua penyambungan terutama sekali penyambungan diantara alator dan selinder asetilina dengan menggunakan air sabun. Contoh 8.1 1. Apakah yang anda faham mengenai ‘ cracking the valve’? Penyelesaian

Jawapannya sangat mudah, ye tak!

- Ia adalah satu cara membersihkan atau membuang habuk daripada injap sebelum memasang alator dengan melepaskan serta merta sebahgian gas daripada selinder dalam masa beberapa saat. 8.3

Nyalaan Oksi-asetilina.

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

J1003 / 8 /

4

Terdapat tiga jenis nyalaan yang di gunakan untuk tujuan kimpalan. Nyalaan –nyalaan itu adalah: Nyalaan Cuali ( Neutral Flame) Ciri-ciri:

– Nyalaan seimbang pada nisbah 1:1. -

Suhu lebih kurang 5589°F(3087°C)

-

Mengimpal lebur keluli lembut

-

Mengimpal tembaga

-

Besi tuang.

Kegunaan :

Nyalaan Pertengahan ( Carburising Flame) Ciri-ciri -

Nyalaan ini mempunyai lebihan pelarasan pada asetilina.

-

Mempunyai tiga lapisan iaitu kon dalam, bulu api berwarna putih dan lapisan luar yang kebiruan.

-

Suhu lebih kurang 5400°F – 5800°F

-

mengimpal dan meloyang aluminium.

-

Mengimpal keluli tahan karat.

-

Meloyang perak.

-

Mengeras permukaan.

Kegunaanya:

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

J1003 / 8 /

5

Nyalaan Pengoksidanan (Oxidising Flame) Ciri-ciri:

-

nyalaan ini mempunyai lebihan pelarasan kepada gas oksigen berbanding asetilin. Mempunyai dua lapisan iaitu kon dalam dan lapisan

-

luar yang kebiruan. Suhu kepanasan lebih kurang 5,615°F(3,102°C)

Kegunaan: -

mengimpal loyang

-

mengimpal logam manganese.

Contoh 8.2 Apakah cara terbaik dan selamat boleh dilakukan untuk menguji kebocoran pada pemasangan kelengkapan oksi-asetilina?

Penyelesaian

Jika pengujian kebocoron tidak dilakukan secara berjadual saya tidak boleh jamin keselamatan anda

Cara yang terbaik dan selamat ialah dengan menggunakan buih sabun. 8.4 Langkah-Langkah Penyalaan Dan Memadamkan Nyalaan.

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

J1003 / 8 /

6

Sebelum menyalakan sumpitan api pada sumpitan api, pelarasan pada alator hendaklah dibuat terlebih dahulu bergantung pada jenis serta ketebalan logam yang hendak dikimpal. Dari segi teori pembakaran berlaku mengikut nisbah 1:2.5 iaitu 1 bahagian asetilin dan 2.5 bahagian oksigen. Kebiasaannya pelarasan pada alator adalah mengikut nisbah 1:1. Manakala 1.5 bahagian lagi diterima dari udara persekitaran. Ini adalah amalan biasa untuk nyalaan cuali.

8.5

Berikut diterangkan satu persatu langkah-langkah pelarasan bagi nyalaan: -

Buka injap asetilina (merah) pada badan sumpitan lebih kurang ¼ pusingan.

-

Gunakan pemetik api kimpalan untuk menyalakan sumpitan api.

-

Laraskan nyalaan sehingga asap hitam berkurangan.

-

Buka injap oksigen (biru) pada badan smpitan secara perlahan-lahan sehingga kon dalam yang dempul berwarna kehijauan diperolehi.

Nota: Nyalaan yang lain dilakukan adalah berasaskan nyalaan cuali. Bermakna nyalaan cuali mesti perolehi terlebih dahulu. Kemudian dikuti dengan kaedah dibawah:

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

J1003 / 8 /

-

7

Untuk nyalaan pengoksidanan pula pelarasan gas oksigen dilebihkan sedikit sehingga kon berwarna kebiruan yang tajam diperolehi.

-

Untuk memperolehi nyalaan pertengahan (pengaban) lebihan asetilin diperlukan sehingga nyalaan menjadi tiga lapisan.

8.5.1 Langkah-Langkah Memadamkan Nyalaan: -

Tutup

injap

oksigen

pada

badan

sumpitan

sepenuhnya. Dimana bekalan oksigen akan terputus dengan ini sertamerta nyalaan bertukar kepada nyalaan asetilina. -

Tutup injap asetilina badan badan sumpitan. Dengan ini nyalaan asetilina akan terpadam.

-

Seterusnya tutup injap silinder oksigen dan asetilina.

-

Buka injap oksigen dan injap asetilina pada badan sumpitan

separuh

pusingan

atau

lebih

untuk

melepaskan gas yang masih ada didalam alator dan hos kedua-duanya dan biarkan jarum penunjuk tekanan pada alator kedua-dua silinder menurun ke angka ‘0’. -

Selepas itu tutup semula injap-injap itu.

-

Akhir sekali longgarkan injap pelarasan alator bagi kedua-dua silinder.

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

J1003 / 8 /

8

Contoh 8.3 Bagaimanakah cara anda dapat mengenali diantara kelengkapan oksigen dan asetilina. Penyelesaian Terdapat beberapa perbezaan pada kelengkapan oksigen dan asetilin. Iaitu dari segi warna, saiz silinder, arah bebenang dan juga anda lekuk berbentuk ‘V’ pada nat asetilin. 8.6 Letupadam dan Nyalabalas Letupadam dan nyalabalas adalah merupakan letupan kecil yang kadangkala berlaku ketika kerja mengimpal dijalankan. Letupadam – adalah satu letupan kecil yang kadangkala berlaku pada hujung sumpitan api ketika kerja mengimpal dijalankan. Nyalabalas – adalah satu letupan kecil yang berlaku dihujung sumpitan api dan diikuti dengan bunyi ‘hiss’ didalam badan sumpitan dan ekori pula dengan asap hitam keluar pada muncung sumpitan. Jika nyalabalas sempat berlaku hingga ke dalam hos ( biasanya hos oksigen) ia akan meninggallkan kesan karban dan kemungkinan hos akan pecah. Bahagian hos terbabit perlu dipotong dan gas oksigen perlu di lepaskan untuk menghembus saki baki karban yang tertinggal didalam hos terbabit.

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

J1003 / 8 /

9

8.6.1 Sebab-sebab berlakunya letupadam dan nyalabalas: -

Muncung sumpitan terlalu rapat atau menyentuh anduh kimpal.

-

Muncung menjadi terlalu panas kerana terlalu lama mengimpal.

-

Pelarasan

nyalaan

terlalu

lemah

atau

rendah

berbanding saiz muncung yang digunakan. -

Muncung sumpitan api tidak diikat(skru) dengan rapi pada badan sumpitan.

-

Lubang (orifice) muncung terlalu kotor.

-

‘Seat’ injap pelarasan telah rosak.

Cara-cara mengatasinya: -

Tutup serta -merta injap asetilina dan biarkan badan sumpitan dan muncung sumpitan api menjadi sejuk sebelum kerja baikpulih dapat dilakukan.

-

Jika nyalabalas sempat berlaku hingga ke dalam hos ( biasanya hos oksigen) ia akan meninggallkan kesan karban dan kemungkinan hos akan pecah. Bahagian hos terbabit perlu dipotong dan gas oksigen perlu di lepaskan untuk menghembus saki baki karban yang tertinggal didalam hos terbabit.

-

Bagi mengelakkan muncung menjadi terlalu panas, sesekali perlulah muncung itu dicelupkan ke dalam satu bekas air dan dilepaskan sedikit gas oksigen buat

beberapa

ketika

untuk

menurunkan

suhu

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

J1003 / 8 /

10

muncung sumpitan api. jika dirasakan mengimpal terlalu lama. Contoh 8.4 Apakah perlu anda lakukan untuk menurunkan suhu sumpitan api jika ianya menjadi terlalu panas kerana mengimpal terlalu lama?

Penyelesaian: Cara yang selalu diamalkan ialah dengan merendamkan muncung sumpitan ke dalam sebekas air sambil dilepaskan gas oksigen untuk beberapa saat. 8.7 Teknik Mengimpal Oksi-Asetilina. Terdapat dua teknik mengimpal yang biasa diamalkan oleh jurukimpal. Iaitu teknik ke hadapan (forehand) dan teknik mengundur (backhand). 8.8.1 Teknik Ke hadapan. Dalam

mengimpal

teknik

ke

hadapan

muncung

sumpitan

api

dicondongkan 70°-60° ke kanan lalu muncung digerakan dari kanan ke kiri. 8.8.2 Teknik Mengundur. Muncung sumpitan api di condongkan 40° - 50° ke kanan lalu ianya digerakan dari kiri ke kanan.

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

J1003 / 8 /

11

Nota: Bagi kedua-dua teknik di atas logam penambah dicondongkan 30°-40° ke kiri dan digerakan sama arah mengikut pergerakan muncung sumpitan.

Rod penambah

Sumpitan api

Kon nyalaan

Arah kimpal

60°-70° 30°-40°

3.0mm

Rajah 8.1

TEKNIK

MENGIMPAL KE HADAPAN 8.8

Teknik mengimpal ke hadapan

Teknik Mengimpal Ke hadapan adalah teknik mengimpal yang bergerak dari kanan ke kiri. Pergerakannya lebih mudah lebih mudah untuk dikawal kerana anduh kimpalnya bersaiz kecil. Sesuai untuk mengimpal paip walaupun ketebalannya melebihi 3.0 mm.

Rod penambah Sumpitan api

30°- 40°

40°-50°

Arah kimpal 3.0mm

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

Rajah 8.2 8.9

J1003 / 8 /

12

TEKNIK MENGIMPAL MENGUNDUR (KE KANAN)

Teknik mengimpal mengundur adalah teknik mengimpal yang bergerak ari kiri ke

kanan. Rod penambah bergerak mengikut arah pergerakan sumpitan api. Menghasilkan leburan yang lebih baik kerana kon nyalaan tertumpu terus ke arah anduh kimpal. Pengunaan rod penambah juga dapat dikurangkan. Ketelusan yang lebih baik dan juga kelajuan mengimpal yang lebih pantas dapat dilakukan. KELEBIHAN TEKNIK MENGUNDUR DAN TEKNIK KE HADAPAN -

TEKNIK MENGUNDUR mengimpal lebih cepat .

-kurang menggunakan rod pepenambah - logamanduh bukan feras -nyalaan tertumpu terus kearah - ketelusan yang dalam.

TEKNIK KE HADAPAN -mengimpal keluli lembut -mengimpal besi tuang (aluminium,loyang,gangsa ,tembaga). -mudah mengawal gerakan kimpal. -sesuai untuk mengimpal paip. - untuk plat yang lebih tebal

8.10

Pengawalan kelajuan,jarak dan sudut mengimpal Kelajuan, jarak dan sudut mengimpal boleh mempengaruhi mutu sesuatu kimpalan. Ia akan mempengaruhi ketelusan, penembusan dan juga mutu sambungan yang dibuat, Ketebalan plat logam serta jenis logam perlu juga diambilkira dalam menentukan kelajuan,jarak dan sudut mengimpal.

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

J1003 / 8 /

Hanya muncung sumpitan api yang mengundur kebelakang. Anda tidak perlu mengundur semasa mengimpal.

Contoh 8.5 Berikan beberapa kelebihan teknik mengundur. Penyelesaian Teknik mengundur ada beberapa kelebihannya iaitu: -

menghasilkan ketelusan yang dalam.

-

Mengimpal dapat dilakukan leih cepat.

-

Penggunaan rod dapat dijimatkan.

-

sesuai untuk mengimpal logam yang lebih tebal.

13

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

J1003 / 8 /

14

AKTIVITI 8A 8.1

Terangkan tenknik mengimpal undur serta kegunaanya.

8.2

Lukiskan tiga jenis nyalaan oksi-asetilina serta kegunaanya.

8.3

Namakan komponen-komponen asas yang terdapat pada pemasangan kelengkapan oksi-asetilina.

8.4

Berikan beberapa perbezaan antara kelengkapan yang terdapat pada pemasangan oksigen dan asetilina

8.5

Terangkan langkah demi langkah bagi mendapatkan nyalaan pengoksidanan dan kegunaannya.

Sila jawab soalan diatas, dan saya yakin anda boleh melakukannya dengan baik

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

J1003 / 8 /

15

Sila semak jawapan anda. Buat ulangkaji jika masih kabur

MAKLUM BALAS 8A 8.1 Teknik mengimpal undur adalah satu teknik yang mana pergerakan sumpitan bermula dari kiri bergerak ke kanan pada sudut 40°-50° dengan diekori oleh rod penambah pada arah yang sama. Kegunaannya: -

mengimpal ke atas plat keluli yang tebal lantara 3.0mm-5.0mm.

-

boleh mengimpal dengan kelajuan yang tinggi .

-

memperolehi ketelusan yang dalam dan anduh kimpal yang besar.

TEKNIK MENGIMPAL MENGUNDUR (KE KANAN)

Rod penambah Sumpitan api

30°- 40°

40°-50°

3.0mm Arah kimpal

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

8.2

J1003 / 8 /

16

Berikut adalah tiga jenis nyalaan oksi-asetilina.

Envelop luar Kon dalam

Suhu: 5900F

Nyalaan Cuali Kegunaannya: - untuk mengimpal lebur. - mengimpal tembaga - mengimpal besi tuang

Suhu: 5400F-5800F Nyalaan Pengaban Bulu api Kegunaannya: -mengimpal aluminium - meloyang aluminium Nyalaan -Pengoksidanan mengimpal lebur keluli tahan-karat - meloyang perak dan mengeras permukaan Kegunaannya: - mengimpal loyang - mengimpal lebur manganese

Kon berbentuk tajam

Suhu: 6300°F

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

8.3

J1003 / 8 /

17

Komponen-komponen asas yang mesti ada pada kelengkapan oksiasetilina ialah:

8.4

-

Silinder oksigen dan silinder asetilina

-

Alator oksigen dan alator asetilina

-

Hos oksigen dan hos asetilina

-

Badan sumpitan

-

Muncung sumpitan api.

Terdapat beberapa perbezaan diantara kelengkapan oksigen dan asetilina iaitu: -

warna silinder

-

warna hos

-

tanda lekuk ‘V’ pada nat skru asetilin

-

saiz silinder

-

Perangkap nyalabalas pada alator asetilin

-

Palam boleh lebur di bahagian bawah silinder asetilin

8.5 Langkah-langkah mendapatkan nyalaan pengoksidanan. -

Buka injap silinder oksigen satu pusingan atau lebih.

-

Buka injap silinder asetilin ¼ - ½ pusingan.

-

Laraskan alator oksigen kepada tekanan yang sesuai untuk kerja.

-

-

Laraskan alator asetilin kepada tekanan yang sesuai.

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

J1003 / 8 /

18

-

Buka injap asetilin pada badan sumpitan ¼ pusingan.

-

Nyalakan api dihujung muncung sumpitan dan laraskan segera hingga asap hitam berkurangan.

-

Laraskan injap oksigen pada badan sumpitan perlahan-lahan sehingga kon dalam menjadi tajam dan warna kebiruan dipelohi.

Kegunaannya:

8.11

-

mengimpal loyang

-

Mengimpal lebur manganese

SAMBUNGAN DAN PERSEDIAAN TEPI Terdapat lima sambungan asas dalam kimpalan. Gambarajah dibawah Rajah 8.3 . Gambarajah di bawah menunjukkan sambungan temu yang telah diubahsuai bergantung kepada ketebalan logam yang hendak dikimpal.

Sumber: R. L. Agarwal, Welding Engineering, Khanna Publishers 1977

Rajah 8.4 Gambarajah menunjukkan nama-nama bahagian pada satu sambungan temu’ V’ tunggal.

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

J1003 / 8 /

Sumber: R. L. Agarwal, Welding Engineering, Khanna Publishers 1977

Rajah 8.5 Bahagian-bahagian sambungan temu. Sudut kandung Muka punca

Jarak muka punca Tinggi muka punca

Bagi logam-logam yang mana ketebalannya melebihi 3.0mm –5.0mm perlulah dibuat persediaan tepi untuk menjamin kekuatan sesuatu sambungan itu. 8.12

Langkah-langkah membuat persediaan tepi.

19

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

J1003 / 8 /

20

Berikut diturunkan langkah-langkah bagi membuat persediaan tepi. -

Plat hendaklah dicanai sehingga tepinya menjadi serong hingga ke sudut yang di kehendaki. Bagi logam yang lebih tebal hingga 6.0mm ke atas hendaklah diserongkan dengan pemotongan oksiasetilina.

-

Setelah tepi logam diserongkan, hujungnya yang tajam hendaklah dicanai sehingga memperolehi satu permukaan yang rata anggaran 3.0mm lebar. Permukaan ini dinamakan muka punca.

-

Pastikan permukaannya lurus dan rata. Ini adalah untuk meastikan ketelusan dan penembusan yang samarata di sepanjang sambungan berkenaan.

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

J1003 / 8 /

AKTIVITI 8B 8.6

Berikan langkah demi langkah membuat pemasangan

kelengkapan oksi-asetilina. 8.7

Nyatakanakan beberapa sebab berlakunya letupadam dan nyalabalas.

8.8

Berikan beberapa perbezaan diantara teknik mengimpal mengundur dan teknik mengimpal ke hadapan.

8.9 8.10

Lakarkan lima sambungan asas kimpalan. Mengapakah perlunya persediaan tepi dibuat ke atas tepi logam yang hendak disambung? Saya suka lihat anda rajin belajar. Cuba jawab soalan diatas.

21

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

J1003 / 8 /

22

Sila semak jawapan anda. Tidak mengapa jika anda memberi jawapan yang salah. Tetapi sila membuat ulangkaji.

MAKLUM BALAS 8B 8.6

Langkah-langkah membuat pemasangan alat kelengkapan bagi sebuah setesyen oksi-asetilina: -

Buka sedikit injap selinder bagi kedua-dua silinder gas untuk beberapa saat bagi membuang habukhabuk yang terlekat dilam lubang injap.

-

Pasangkan alator kedua-dua silinder. Pastikan alator tidak tersalah pasang. Walau bagaimana pun alator Asetilin tidak akan dapat dipasang pada silinder oksigen kerana arah benangnya tidak sama.

-

Pasangkan hos warna hijau/biru kepada alator oksigen dan hos warna merah ke alator asetilina

-

Seterusnya pasangkan badan sumpitan kepada hos mengikut lubang yang betul.

-

Akhir sekali pasangkan muncung sumpitan api kepada badan sumpitan.

8.7

Ada beberapa sebab berlakunya letupadam. Diantaranya ialah: -

Muncung menjadi terlalu panas kerana terlalu lama mengimpal.

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

J1003 / 8 /

-

23

Jarak muncung sumpitan terlalu hampir dengan kawah/anduh kimpal.

-

Tekanan yang dilaraskan terlalu rendah berbanding saiz muncung yang digunakan

Sebab-sebab berlakunya letupadam. Diantaranya:

8.8

-

pemasangan yang longgar.

-

Lubang muncung umpitan api telah menjadi besar.

-

Tekanan oksigen yang terlalu lemah.

Terdapat beberapa perbezaan diantara teknik mengundur dan teknik ke hadapan. Iaitu: -

arah pergerakan yang berlawanan dimana teknik ke hadapan bergerak dari kanan ke kiri manakala teknik mengundur bergerak dari kiri ke kanan.

-

Sudut sumpitan api 60°-70° bagi teknik ke hadapan dan 40°-50° bagi teknik mengundur.

8.9

Lima sambungan asas kimpalan adalah seperti berikut: -

Sambungan temu

-

Sambungan lekap

-

Sambungan penjuru

-

Sambungan kembi

-

Sambungan bebibir

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

J1003 / 8 /

24

Sumber: R. L. Agarwal, Welding Engineering, Khanna Publishers 1977

8.10

Persediaan tepi bagi satu-satu sambungan perlu dibuat atau direkabentuk mengikut jenis beban yang akan ditanggung oleh sambungan tersebut. Faktor keduanya ialah apabila ketebalan logam yang hendak disambung terlalu tebal., Biasanya apabila logam yang ketebalannya melebihi daripada 3.0mm persediaan tepi perlu dibuat. Ini adalah untuk memastikan sambungan yang dibuat cukup kuat bagi menanggung beban dan tekanan.

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

J1003 / 8 /

25

PENILAIAN KENDIRI 8A 1.

Mengapakah kelengkapan bagi pemasangan oksigen dibezakan daripada kelengkapan asetilina dengan warna dan tanda-tanda yang lain?

2..

Nyatakan pada kelengkapan pemasangan yang manakah alat pencegah nyalabalas dipasang dan apakah fungsinya?

1. Apakah yang anda faham mengenai ‘cracking the valve’? 2. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan satu-satu rekabentuk persediaan tepi? 5. Lakarkan satu rekabentuk persediaan tepi yang paling sesuai ke atas plat keluli lembut yang tebalnya 10mm yang mana kegunaannya untuk menanggung beban statik yang berat.

Tahniah anda telah hampir berjaya menguasai UNIT 8 ini. Cuba jadikan 5 soalan terakhir ini sebagai alat pengukur kefahaman anda.

PEMASANGAN OKSI-ASETILINA

J1003 / 8 /

26

Anda adalah pelajar yang rajin!! Tahniah!! sila beralih kepada Unit seterusnya. Jika semua jawapan yang anda berikan tepat.

MAKLUM BALAS 1. Tujuan membezakan antara kelengkapan oksigen dengan kelengkapan asetilina ialah untuk memastikan ianya tidak tersalah pasang demi keselamatan alat dan jurukimpal 2. Alat pencegah nyalabalas dipasang pada pemasangan kedua-dua kelengkapan biasanya dipasang pada alator masing-masing untuk memerangkap api yang mungkin masuk melalui hos hingga ke alator. 3. ‘Cracking the valve’ bermaksud membuka injap selinder sebelum memasang alator untuk melepaskan sebahagian gas bagi menghembus habuk yang terdapat pada lubang injap. 4. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemillihan rekabentuk persediaan tepi adalah bergantung kepada ketebalan logam, kos rekabentuk dan juga jenis beban yang ditanggung oleh satu-satu sambungan. 5. 10mm

60 o

3.0mm

3.0mm Gambarajah di atas menunjukkan rekabentuk persediaan tepi plat keluli lembut 10mm

Related Documents

Unit 8
May 2020 16
Unit 8
October 2019 22
Unit 8
June 2020 10
Unit 8
May 2020 8
Unit 8
October 2019 21
Unit 8
May 2020 11