Unit 2

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Unit 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 4,885
  • Pages: 55
Alat-alat Tangan

UNIT 2

J1003 / 2 / 1

ALAT-ALAT TANGAN

OBJEKTIF AM

Un it

2

Memahami Kepentingan menggunakan tangan dalam kerja mengegas.

alat-alat

OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat :  Menanda/menyusun tanda(marking out/layout).  Menyatakan penakrifan menyusun tanda.  Menyatakan langkah langkah menyusun tanda termasuk penyediaan bahan kerja.  Menerangkan kebaikan mengunakan pelbagai alat/cecair menanda.  Menerangkan kegunaan alat-alat menyusun tanda saperti penggarit, penebuk pusat , tolok pembahagi, plat permukaan dan sebagainya

UNIT 2-1

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 2

 Menerangkan cara-cara menggunakan alat-alat menyusun tanda untuk mendapakan kepersegian tepat dan keratan, menggarit bulatan dan garisan lengkuk, garisan tengah dan mencari pusat sebatang bongkah bulat.  Menamakan jenis-jenis alat menguji  Menggunaakan alat-alat menguji saperti sesiku L dan bar selari  Melakar dan menamakan bahagian–bahagian gergaji besi.  Menyatakan tujuan menggunakan gergaji besi, lejang pemotong, hulu gergaji besi dan cara menggunakan gergaji besi.  Menyatakan jenis bahan gergaji besi, istilah G.S.I. (t.p.i.), jarak gigi dan kuak mata bilah gergaji besi.  Menerangkan cara-cara mengantikan bilah mata gergaji.  Menyatakan sebab-sebab mata gergaji patah  Menyatakan langkah-langkah keselamatan dan mencegah kemalangan semasa menggergaji.  Melakar dan menamakan bahagian-bahagian kikir  Mendifinasi istilah potongan(cut) gred mata tepian selamat  Menerangkan berbagai jenis dan bentuk kikir serta kegunaannya.  Menyatakan lejang memotong,cara memegang kikir, cara mengikir,mengikir lintang dan mengikir tarik serta kebaikannya.  Menyatakan istilah pinning(celah mata gergaji tersumbat)dan keburukan menggunakan kikir berpinning. Juga cara mengelak ‘pinning’pada kikir  Menyatakan langkah-langkah kesselamatan semasa mengikir

UNIT 2-2

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 3

INPUT ALAT-ALAT TANGAN 2.O

PENGENALAN: Dalam kerja mengegas pelajar mestilah faham dan mahir mengunakan peralatan tangan untuk menghasikan kerja yang bermutu dan ukuran yang tepat

2.1

MENANDA DAN MENYUSUN TANDA Dalam memilih alat-alat menanda dan mengukur ditentukan kepada ketepatan yang di kehendaki. Sekiranya ukuran-ukuran dalam lukisan tidak di beri dalam titik perpuluhan maka bolihlah dianggap bahawa penandaan tidak memerlukan alat yang gitu.

2.2

TAKRIFAN MENYUSUN TANDA Dalam bidang kejuruteraan, istilah menanda bermaksud membuat tanda di atas permukaan logam yang akan dimesin atau digegas ini termasuklah menanda garisan, bulatan lengkok, jarak dan juga pusat. Tanda yang dibuat digunakan sebagai panduan hendak memesin atau mengegas. Dengan menanda kita kita dapat mengetahui berapa banyak kerja yang perlu dibuang atau dipotong. Butir-butir dan spesifikasi tandaan biasanya didapati dan dipindakan daipada lukisan atau cetakan biru keatas permukaan bendakerja dengan menggunakan berbagai alat mengukur atau menguji.

2.2

LANGKAH MENYUSUN TANDA DAN PEYEDIAN BAHAN KERJA

UNIT 2-3

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 4

Dalam menjalankan kerja menyusun tanda dan penyedian bahan kerja, alat pengukur dan penanda hendaklah di guanakan dengan betul : 2.3.1

. PENGGARIT: i. Mata penggarit mestilah di condongkan berhampiran dengan tepi pembaris (Raj.2.1a dan2.1b) ii.

Penggarit mestilah dicondongkan mengikut arah garisan saperti yang di tunjukan oleh anak panah dalam rajah yang sama.

iii. Gariskan dengan teguh bagi mendapatkan garisan yang jelas

2.3.2

Jenis-jenis penebuk pusat i.

Penebuk pusat biasa (Raj.2.2)

ii.

Penebuk pusat automatik (Raj.2.3)

Raj.2.2. (Penebuk Pusat Biasa)

UNIT 2-4

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 5

Raj.2.4(Penebuk Pusat Automatik)

2.3.3

PENEBUK PUSAT. Membuat tanda tekan(cucuk) yang halus pada garisan tandaan(raj.2.4)supaya tandaan tidak hilang walau pun garisan yang dibuat itu terpadam. Penebuk pusat juga digunakan sebagai penanda lubang pusat gerudi. Apabila hendak membuat lubang. pusat yang di tandakan perlu di ketuk perlahan –lahan terlebih dahulu, apabila telah pasti kedudukan nya tepat bolihlah diketuk lebih kuat supaya lubang nya lebih dalam. Lihat ( Raj 2.4a)

UNIT 2-5

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 6

Raj. 2.4a

2.3.4 PENEBUK CEMAT Penebuk cemat berbeza daripada penebuk cucuk atau penebuk pusat dari segi bentuk hujungnya, iaitu ada yang berbentuk tirus dan ada yang berbentuk selari lurus.(Raj.2.5)

UNIT 2-6

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 7

Rajah 2.5 Perbezaan antara penebuk cemat dan penebuk cucuk 2. 3.5. SESIKU L Sesiku L merupakan satu tolok yang digunakan untuk memasang dan mengukur sudut 90 darjah sama ada di dalam atau di luar. Bahagian badan sesiku lebih tebal dan pendek daripada bahagian mata. Penggunaan sesiku L i. Menguji ketepatan sudut tepat iaitu 90 darjah pada sebelah luar atau dalam (Raj.2.6) ii.Membuat garisan tegak dan selari pada tepi benda kerja yang rata (Raj.27) iii Mengeset benda kerja supaya tegak untuk kerja melulas ataupun untuk mengulir benang sekeru. (Raj.2.8)

Rajah 2.6. Mengukur ketepatan Sudut.

UNIT 2-7

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 8

Rajah 2.8. Meneset benda kerja supaya tegak 2.3.6

JANGKA TOLOK Jangka tolok mempunyai dua batang penggarit keluli yang di keraskan. Hujung

matanya tajam dan pada pangkalnya pula

terdapat pegas yang disangga dengan tuas untuk membolihkan ianya dilaraskan dengan mudah Kegunaan Jangka tolok i.

membuat lengkok dan bulatan

ii.

mengukur dan menguji jarak

Jenis-jenis tolok i.

Jangka tolok bercantum pegas Jangka tolok ini lazim digunakan (Raj.2.9)

UNIT 2-8

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 9

2.3.6

. JANGKA TOLOK SUKU BULAT Jangka tolok ini lebih tegap. Digunakan

untuk

kerja-kerja

kepingan logam (Raj.2.10)

Rajah 2.10 Jangka tolok suku bulat

2.3.8

JANGKA TOLOK BERGABUNG Bentuk nya hampir sama dengan jangka tolok kecuali pada bahagian hujung kakinya terdapat cuk kecil yang membolehkan ianya dipasangkan dengan berbagai-bagai bentuk mata yang betujuan untuk mempelbagaikan lagi pengunaannya (Raj.2.11) Batu asah halus digunakan untuk menajamkan mata yang sudah tumpul (Raj. 2.12)

UNIT 2-9

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 10

Raj.2.11 (Jangka tolok Bergagung)

UNIT 2-10

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 11

Raj. 2.12( Menajamkan mata jangka tolok)

2.3.9.

JANGKARIT Terdiri dari satu batang lurus dan panjang. Dua kepala penggarit yang boleh digerakanpada batang rusuk memegang matanya. Salah satu daripada kepala dilengkapkan dengan nat halus supaya mudah dianjakan (Raj.2.13)

UNIT 2-11

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 12

Raj.2.13

Jangkarit

Kegunaan Jangkarit i. Menanda bulatan atau lengkok yang besar (Raj. 2.13) ii. Membahagi garisan dan menanda garisan selari.

2.3.10.

SESIKU BERGABUNG Sesiku bergabung merupakan kombinasi empat alat yang dipasangkan i.

pada pembaris (Raj. 2.15)

Pembaris keluli

ii. Kepala sesiku iii. Kepala jangka sudut iv. Kepala Pusat

Rajah 2..15 Seaiku Bergabung UNIT 2-12

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 13

2.3.11. PLAT SUDUT Plat sudut berbentuk L diperbuat daripada besi tuangan atau keluli yang dikeraskan (Raj 2.16) Saiznya 75mm-300mm panjang. Kegunaannya Untuk menyokong benda kerja supaya kedudukannya kukuh Semasa menanda. Benda kerja biasanya diikat atau diapit pada Plat sudut ini (Raj. 2.17) (Raj.2.18)menunjukan bagaimana plat sudut digunakan pada piring pelarik.

Rajah2.16 Plat sudut

UNIT 2-13

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 14

Raj. 218. Plat sudut digunakan

Raj.217. Plat sudut digunakan

di piring larek.

Memegang benda kerja.

2.3.12.

TOLOK PERMUKAAN Tolok permukaan digunakan bersama-sama dengan plat permukaan untuk menandakan garisan. Iaterdiri daripada tiga bahagian (Raj.2.19) a. Tapak b. Turus c. Penggarit

UNIT 2-14

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 15

Rajah 2.9 Tolok Permukaan

Kegunaan Tolok permukaan i.

Menanda garisn selari di atas plat permukaan atau meja penanda(Raj.2.20)

UNIT 2-15

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 16

i.Rajah 2.20 Membuat garisan selari

ii.

iii.

Rajah 2.22 Menguji kesejajaran atau penjajaran.

Rajah 2.23.M enguji atau melaras benda kerja bulat

UNIT 2-16

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 17

Rajah 2.23 Mencari pusat bulatan dihujung bendakerja 2.3.14.

SESIKU SERONG Dibuat daripada keluli berkarbon semua permukaan serta tepinya dicanai.,matanya boleh dikilas Kegunaan sesiku serong Untuk menanda garisan bersudut dan menguji ketepatan tepi serong (Rajah 2.24)

Rajah 2.24. Sesiku Serong 2.3.14. TOLOK JEJARI DAN TOLOK KEMBI Terdiri daripada kepingan keluli yangmempunyai jejari dan terdapat dalam berbagai-bagai saiz. Kepingan-kepingan tolok ini terdapat dalam berbagai bagai saiz (Gambar Foto 2.1)

UNIT 2-17

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 18

Gambar foto 2.1. Tolok Jejari dan tolok Kembi

Raj.2.25 menunjukan permukaan melengkong di uji dengan tolok jejari 2.3.15.

TOLOK PERENGGANG Merupakan bilah-bilah keluli nipis yang di-jambak dalam rumah(Raj.2.26) UNIT 2-18

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 19

Kegunaan Tolok Perenggang i.

mengambil ukuran yang kecil pada lurah

ii.

Untuk menetukan gegas dalam pemasangan komponenkomponen mesin

iii.

Di-dalam bengkel auto, ia digunakan untuk menentukan telusan pada injap dan pada palam pencucuh

iv.

Untuk menetukan ruang kecil diantara mata peraut dengan bendakerja

2. 3.17

BONGKAH VEE Diperbuat dari besi tuangan atau keluli yang di keraskan. Terdiri dari dua jenis: (Raj. 2.28) i. Bongkah Vee kecil ii . Bongkah Vee Besar

UNIT 2-19

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 20

Rajah 2.28 . Bongkah Vee Kegunaan Bongkah Vee dan Pengapit. Untuk memegang dan meyokong serta menanda benda kerja bulat semasa menanda atau meggerudi (Raj.2.27, Raj.2.28 dan

Rajah 2.27. da 2.28 Kegunaan bongkah Vee dengan pengapit

2.3.18.

PENGAPIT ALAT TUKANG Terdiri dari dua penganpitn yang di pegang duasekeru pelaras.Kegunaannya sama dengan pengapit.(Raj.2.30)

UNIT 2-20

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 21

Rajah 2.30. . Pengapit Alat Tukang 2.3.19

BILAH SELARI Untuk menyokong dan melapek benda kerja supaya rata kedudukannya di- atas meja atau mesin.(Raj. 2.31)

Rajah 2.31. Bilah selari

2.3.20

MEDIA PENANDA Ia-lah bahan yang disapukan diatas permukaan benda kerja sama ada

kasar atau pun licin yang telah di tandakan

UNIT 2-21

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 22

Kegunaan dan jenis Media Penanda. i. Kapor tulis - sesuai untuk di gosokkan di atas permukaan benda kerja yang kasar ii Larutan kuprik sulfik - merupakan media terbaik, ia menghasilkan satu lapisan berwarna kuning tembaga dan larutan ini tidak menjadikan permukaan logam berkarat iv. Plumbum putih dan turpentine v Kapur cair dicampur dengan air - Sprit bermetil bolih mempercepatkan larutan ini menjadi kering vi Warana-warna penanda - Bolih di dapati dengan mudah di kedai, digunakan dengan cara di sapu atau di sembur vii. Varnish - sesuai disapukan ddi atas permukaan logam kilat atau di mesin. Varnish boleh kering dengan cepat 2.3.21

MEJA PENANDA Meja penanda (Raj.2.32) diperbuat daripada besi tuang saiznya antara 300mm x 1m hingga 6mmx1m.Permukaan nya dicanai rata. Kegunaannya

i.

Untuk menguji keselarian dan jajaran komponen yang telah dimesin.

ii.

Untuk menanda bendakerja yang besar seperti kelongsong engkol. Meja mesin, turus dan barangan fabrikasi yang lain

Rajah 2.32 Meja penanda

UNIT 2-22

Alat-alat Tangan

2.3.22

J1003 / 2 / 23

PLAT PERMUKAAN Plat ini diperbuat dari besi tuang , granik atau seramik Yang bermutu tinggi Kegunaan nya untuk kerja-kerja penandaan yang gitu . Bahagian bawah plat permukaan adalah bertulang untuk mengelakan daripada meleding (Raj.2.33a & 2.33b)

Rajah 2.33a dan Rajah 2.3b. Plat permukaan 2.3.23

JANGKA SUDUT VERNIAR (Raj.2.34) Kegunaannya: i. Untuk mengukur sudut dengan tepat. Ketepatan bolih di baca sehingga

kepada 5 darjah atau ½ “

ii Untuk kerja-kerja menanda atau menguji sesuatu sudut

UNIT 2-23

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 24

Rajah 2.34. Jangka sudt Veniar

2.3.24. TOLOK DAIL Tolok dail mempunyai senggatan-senggatan tentukuran(calibration) untuk menujukkan jumlah ralat bagi sesuatu saiz atau penjajat yang di uji. Tolok dail terdapat dalam ukuran metric dan Imperial . Bacaan boleh di buat dalam dua arah. Kegunaan tolok dail i. Menguji penjajaran sesuatu komponen dengan tepat ii. Menempatkan benda kerja yang hendak dimesin dengan tepat iii. Menguji dengan pantas benda-kerja yang berukuran serba sama

UNIT 2-24

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 25

Apakah kegunaan jangka sudut venia r?

ukur sudut dengan Gunanya untuk meng a dan mengukur tepat dan untuk menand sudut Bongkah Vee Besar

Untuk menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti berikut.... Jika anda tidak berpuashati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada input yang anda rasa masih kabur. SELAMAT MENCUBA !!!

UNIT 2-25

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 26

AKTIVITI 2A 2.1

Nyatakan takrifan menyusun tanda.

2.2

Lukiskan gambarajah Sesiku bergabung dan namakan bahagianbahagiannya.

2.3 Alat Menyusun tanda/menguji

Kegunaan .i.

1. Sesiku L

ii. i.

2. Jangka tolok

ii.. i.

3. Tolok Perenggang

ii.

2.4

Namakan 2 (Dua) jenis media penanda.

2.5

Apakah jenis tolok yang biasa di gunakan dalam kerja kepingan logam.

UNIT 2-26

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 27

MAKLUMBALAS 2A

2.1

Menyusun tanda bermaksud membuat tanda di atas permukaan logam yang akan dimesin atau digegas ini termasuklah menanda garisan, bulatan. lengkok, jarak dan juga pusat .

2.2

Alat menyusun tanda/menguji 1. Sesiku L

Kegunaan i. Menguji ketepatan sudut iaitu 90 darjah pada sebelah luar atau dalam ii. Membuat garisan tegak dan selari pada

2) Jangka tolok

tepi bendakerja yang rata i. Membuat lengkong atau bulatan

3) Tolok Perenggang

ii. Mengukur dan menguji jarak i. Mengambil ukuran yang kecil pada lurah ii. Untuk menentukan ruang mata peraut dengan benda kerja

2.3

i. Kapor tulis : ii. Larutan Kuprik Asid

2.4

Tolok Suku bulat

UNIT 2-27

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 28

INPUT 2.4.0

GERGAJI BESI

Apakah kegunaan Gergaji Besi?

Gunanya untuk memotong logam.

Rajah. 2.4.0

2.4.1

Bahagian-bahagian Gergaji Besi i.

Bingkai

ii.

Hulu

iii.

Nat pelaras

iv.

Mata

Bingkai. Terdapat 2 jenis

UNIT 2-28

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 29

i. Bingkai tetap ii. Bingkai boleh laras 2.4.2

Hulu Terdapat dua jenis i. Hulu pistol ii Hulu lurus

2.4.3

Nat pelaras Nat pelaras membolehkan mata gergaji boleh ditegangkan

2.4.4

Mata gergaji Diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi,keluli tahan lasak, keluli aloy tungsten dan keluli aloi molidenum. Pemiliham mata gergaji tertakluk kepada jenis bahan yang hendak di potong dan ketebalan logam. G.S.I.ialah bilangan mata gergaji dalam seinci.Mata gergaji terkuak kiri dan kanan bertujuan supaya mata gergaji tidak tersepit semasa kerja memotong dijalankan.Rajah dibawah menunjukan jenis kuak mata gergaji(Raj. 2.3.1, 2.3.2 dan 2.3.4)

Rajah 2.3.1, .2.3.2 dan 2.3.4. Kuak mata Gergaji

UNIT 2-29

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 30

Bahan yang

Jarak gigi

Lebar

hendak

(mm)

gigi(mm)

dipotong Keluli lembut Besi tuang Tembaga paip Kepingan

1.8 1.4 1.2 0.8

13-16 13 13 13

Tebal gigi(mm)

0.63-0.80 0.63 0.63 0.63

logam Jadual 2.3.1. Kesesuaian dan jarak gigi(mata)gergaji untuk memotong bahan-bahan tertentu Pengunaan Gergaji

2.4.5

Perkara yang berikut perlu diberi perhatian semasa memotong logam dengan menggunakan gergaji besi. i.

Pasangkan mata gergaji dengan betul. Arah mata gergaji mestilah menghadap ke arah pemotongan (Raj. 2.4.1)

ii.

Pegang logam yang hendak dipotong dengan betul (Raj. 2.4.2)

iii.

Mula-mula potong dengan perlahan-lahan( Raj.2.4.3) Gunakan ibu jari sebagai panduan dan mulakan untuk memotong, apabila sudah kelihatan tanda, lakukan sorongan yang panjang dan tetap. Kelajuan memotong untuk gergaji lebih kurang 40 sorongan seminit.

iv.

Apabila pemotongan hampir selesai, sokong hujung yang tergantung dengan sebelah tangan.

v.

Semasa memotong, tekan dan tolak pada bingkai. Apabila berundur, angkat gergaji sedikit tetapi jangan ditarik ini akan menumpulkan mata gergaji.

2.4.6.

Penjagaan gergaji i. Pilih mata gergaji yang sesuai untuk logan yang tertentu UNIT 2-30

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 31

ii.logam yang hendak dipotong hendak lah di pegang dengan kuat. iii.Gunakan mata boleh lentur pada bahagian-bahagian yang rumit iv. Kelajuan memotong mestilah sesuai. Kelajuan pemotongan yang salah boleh menyebabkan gergaji patah. v. Semasa mengergaji tekanan pada benda kerja mestilah sesuai dengan bahan yang dipotong. Mata gergaji boleh patah jika tekanan terlalu kuat digunakan semasa memotong. vi. Semasa memasang mata gergaji tegangkan mata gergaji dengan betul, jangan terlalu tegang atau terlalu kendur, tegangan yang salah boleh juga menyebabkan mata gergaji patah.

Untuk menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti berikut. Jika anda tidak berpuashati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada input yang anda rasa masih kabur. SELAMAT MENCUBA !!!

UNIT 2-31

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 32

AKTIVITI 2B

2.5

Nyatakan Kegunaan gergaji besi.

2.6

Lukiskan gambarajah gegaji besi da namakan bahagian-bahabian nyai.

2.7

Nyatakan dua jenis bingkai gergaji besi

2.8

Isikan tempat kosong dengan maklumat yang betul Bahan yang

Jarak gigi(mm)

dipotong Keluli lembut Besi tuangan Tembaga 1.2 paip Kepimgam

Lebar gigi (mm)

Tebal gigi (mm)

13-16 0.63

0.8

0.63

logam 2.9

Nyatakan 2 (Dua) sebab mengapa mata gergaji boleh patah

2.10 Nyatakan 3 (Tiga) jenis kuak mata gergaji.

MAKLUMBALAS 2B

UNIT 2-32

Alat-alat Tangan

2.5

J1003 / 2 / 33

Nyatakan Kegunaan gergaji besi. Gergaji besi di gunakan untuk memotong logam kepada saiz tertentu dan juga memotong bahagian –bahagin logam yang nipis

2.6

Lukiskan gambarajah gergaji besi dan namakan

bahagian-

bahabian nya.

2.7

Nyatakan dua jenis bingkai gergaji besi i. Bingkai tetap ii.Bingkai boleh laras

2.8

Isikan tempat kosong dengan maklumat yang betul

2.9 Bahan

Jarak gigi(mm)

yang

Lebar gigi

Tebal gigi

(mm)

(mm)

dipotong Keluli

1.8

13-16

0.63-0.80

lembut Besi

1.4

13

0.63

tuangan Tembaga

1.2

13

0.63

paip Kepingam

0.8

13

0.63

logam 2.10

Nyatakan 2 (Dua) sebab mengapa mata gergaji boleh patah i.Kelajuan memotong yang salah ii.Benda kerja yang dipotong tidak di ikat dengan kuat

2.11

Nyatakan 3 (Tiga) jenis kuak mata gergaji. i.Kuak pencakar

ii. Kuak berombak

UNIT 2-33

iii.

Kuak berselang

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 34

INPUT 2.5.0

KIKIR DAN KERJA MENGIKIR

UNIT 2-34

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 35

Kikir ialah sejenis alat tangan diperbuat dari keluli bermutu tinggi ianya digunakan untuk memotong, menipiskan atau melicinkan permukaan logam

Apa agaknya KEGUNAAN KIKIR?

2.5.1.

Pengkelasan Kikir Kikir berbeza dari segi panjang. Bentuk, jenis potongan gigi dan kasar atau halus matanya Panjang kikir - diukur dari hujung hingga ke bahunya(Raj.2.4.1) Bentuk kikir - Kikir yang biasa digunakan berbentuk segiempat sama, segitiga tirus, separuh bulat dan bulat.

2.5.2

Bahagian-bahagian kikir Rajah 2.4.1

Bahagian-bahagian kikir Rajah 2.4.1 2.5.2

Jenis potongan gigi (Raj.2.4.2) i. Gigi selari ii. Gigi bersilang iii.Gigi lengkong iv.Gigi Parut i.

Kasar atau halusnya gigi bergantung pada berapa rapat gigi tersebut dipotong pada permukaan kikir. Gred kehalusan gigi kikir boleh dikelaskan paling kasar, kasar, sederhana halus dan sangat halus.

UNIT 2-35

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 36

Gred

Panjang

Kikir(mm )

2.5.3. Jenis-kikir kikir Untuk menghasilkan sesuatu kerja dengan tepat, cepat dengan permukaan yang licin pemilihan kikir mestilah dibuat dengan cermat.. Kikir yang biasa digunakan didalam bengkel kejuruteraan: i.

Kikr pipih tirus

viii. Kikir bentuk

pisau ii.

Kikir pipih kasar

iii.

Kikir belah rotan

iv.

Kikir bulat

v.

Kikir segiempat sama

vi.

Kikir segitiga

vii.

Kikir pipih nipis

2.5.4. Kikir pipih tirus (Raj. 2.4.2) Kegunaan nya untuk kerja am. Giginya terdiri dari kasar, serderhana, halus dan sangat halus. Pada satu permukaan kikir, giginya dipotong bersilang intan dan terdapat gigi lurus dikedua-dua tepi kikir Dua pertiga panjangnya dari pangkal berbentuk selari dan satu pertiga panjangnya ke hujung berbentuk tirus

UNIT 2-36

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 37

Rajah 2.4.2. Kikir pipih tirus 2.5.5. Kikir pipih kasar (Raj. 2.4.3) Digunakan untuk penyudahan rata.Salah satu daripada tepinya tidak ada gigi dan di sebut sebagai tepi selamat Tepi selamat digunakan semasa mengikir penjuru dalam. Gred gigi kikir ini terdiri dari kasar hingga tersangat halus

Rajah 2.4.3. Kikir pipih Kasar 2.5.6. Kikir belah rotan (Raj. 2.4.4.) Digunakan untuk meyudahkan bahagian-bahagian yang telah siap.. Gigi pada permukaan rata bentuk silang wajik dan gigi pada permukaan melengkong berbentuk silang. Gred gigi kikir ini terdiri dari kasar, halus dan sangat halus

Rajah 2.4.4. Kikir belah rotan

2.5.7 Kikir bulat (Raj. 2.4.5.) kikir ini juga disebut kikir ekor tikus digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk bulat dan melengkong. Gred gigi kikir ini terdiri dari kasar hingga sangat halus

UNIT 2-37

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 38

Rajah 2.4.5. Kikir Bulat 2.5.8. Kikir Segiempatsama (Raj. 2.4.6.) Digunakan untuk membesarkan lubang segiempatsama secara kasar. Kikir ini boleh mengikir lurah atau alur. Gred gigi kikir ini terdiri dari kasar dan sangat halus

Rajah 2.4.6. Kikir Segiempat sama 2.5.9 Kikir segitiga (Raj. 2.4.6.) Kikir ini digunakan untuk mengikir segitiga yang tajam. Ianya digunakan juga untuk membersihkan penpenjuru yang bersudut. Giginya bersilang dan terdapat dalam gred kasar hingg sangat halus

Rajah 2.4.6. Kikir segitiga 2.5.10 Kikir Pipih Nipis (Raj. 2.4.7.) Digunakan untuk mengikir di celah-celah yang nipis saperti untuk memotong celah alur kunci. Tirus dihujung, tebalnya sama pada keseluruhan panjangnya. Kikir ini terdapat pada panjang yang terhad iaitu 100mm, 150mm dan 200mm.

UNIT 2-38

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 39

Rajah 2.4.7. Kikir Pipih nipis 2.5.11 .Kikir bentuk pisau (Raj. 2.4.8) Kikir bentuk pisau digunakan untuk menajamkan gigi-gigi yang terdapat mata gergaji dan alat-alat pemotong. Bentuknya sama saperti pisau dengan bersudut 15 darjah. Grednya pula terdiri daripada kasar hingga sangat halus

Rajah 2.4.8. Kikir bentuk pisau 2.5.12 Kikir Jarum ( Gambar foto 2.4.1) Kikir ini terdapat dalam satu set. Satu set biasanya mengandungi antara 4 hingga 12 jenis kikir. Kikir jenis ini digunakan untuk kerjakerja penyudahan selepas sesautu benda kerja siap dimesin. Ianya juga digunakan oleh tukang pembuat jam dan tukan pembuat acuanGrednya dikelaskan daripada 00., 0, 1, 2 hingga 6. Gred no.6 ialah yang paling halus. Saiznya iaitu 100mm, 140mm dan 160mm

Gambar foto 2.4.1 Kikir Jarum

Gaya mengikir M engikir memerlukan kemahiran yang tinggi. Seseorang jurugegas bukan sahaja boleh mengikir dengan tepat tetapi boleh membuat

UNIT 2-39

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 40

pemasangan benda kerja dengan menggunakan alat tangan. Semasa mengikir , perkara berikut perlu diambil perhatian: i. Gaya mengikir yang betul adalah penting semasa mengikir. Semasa berdiri kaki mestilah renggang. Kaki kiri kehadapandan kaki kanan terletak lebih kurang 45 cm hingga 50cm kebelakang (Gambar foto 2.6.1) ii. Tinggi bendakerja mestilah sesuai supaya kerja mengikir dapat dilakukan dengan berkesan.

v.

iii. Semasa mengikir, tekan kikir pada benda kerja dari gerakkan tangan dan badan saperti dalam (gambar foto 2.4.1). Tekanan dikenakan keatas kikir semasa kikir itu disorong kehadapan. semasa kikir ditarik kebelakang tekanan tidak diperlukan. Gigi kikir dibentuk hanya untuk memotong kehadapan sahaja. Jika tekanan dikenakan semasa kikir ditarik kebelakang, mata kikir akan jadi tumpul. Gaya mengikir juga boleh disesuaikan mengikut kedudukan benda kerja serta jenis benda kerja . Gambar foto 2.4.1 adalah menunjukan cara dan gaya memegang kikir.

Gambar foto 2.4.1. Cara dan gaya memegang kikir

UNIT 2-40

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 41

Rajah kaedah-kedah mengikir

2.6.1

Mengikir Rata (Raj. 2.6.1) Semasa mengikir permukaan yang dikikir hendaklah sentiasa dilitupi kikir. Dengan cara ini bendakerja dapat dikikir dengan rata Rajah 2.6.1. Mengikir rata

Rajah 2.6.1. Mengikir rata 2.6.2

Mengikir Melintang ( Raj. 2.6.2) Mengikir melintang dilakukan sekali sekala untuk menentukan permukaan yang dikikir itu rata atau tidak.

Rajah 2.6.2. Mengikir melintang

UNIT 2-41

Alat-alat Tangan

2.6.3

J1003 / 2 / 42

Mengikir tarik (Raj. 2.6.3) Cara ini digunakan untuk menyudahkan benda kerja supaya kelihatan licin dan cantik. Cara ini juga digunakan untuk mengikir logam yang nipis. Semasa mengikir tekanan pada kedua-dua tangan hendaklah sama dan stabil.

Rajah 2.6.3. Mengikir Tarik

2.6.4

Mengikir penjuru bulat (2.6.3)

Penjuru bulat boleh dikikir berpadukan langkah-langkah yang ditujukkan dalam rajah 2.6.3. Mula-mula kikir kasar melintang dan kemudian kikir bahagian pepenjuru yang bulat pula

Rajah 2.6.3. Mengikir penjuru bulat

UNIT 2-42

Alat-alat Tangan

2.6.5.

J1003 / 2 / 43

Mengikir permukaan melengkong (Raj.2.6.4) Permukaan yang melenkong boleh dikikir dengan kikir separoh bulat

Rajah 2.6.4 Mengikir permukaan melengkong 2.7.0

Langkah Keselamatan /penjagaan kikir i. Sebelum mengikir pastikan hulu kikir dipasang dengan hulu yang sesuai ii. Kikir mestilah sentiasa dalam keadaan bersih. Kerak-kerak besi yang melekat dicelah mata kikir boleh merosakan mata kikir dan bendakerja jika dibiarkan tanpa dibersihkan iii. Selepas mengunakkan kikir, kikir hendaklah dibersihkan dan diletakkan dirak yang khas setiap satu di simpan berasingan iv. Jangan gunakan kikir selain mengikir v. Gunakan kikir yang bersesuai dengan bahan yang hendak dikikir. Kikir yang lebih halus digunakan untuk bahan yang lebih keras vi. Elakkan kikir dari terkena air atau minyak . Jika terkena air ia mudah berkarat dan jika terkena minyak ia akan mudah tergelinjir semasa mengikir vii. Gunakan berus kikir untuk membersihkan kikir viii. Gunakan kikir yang kasar terlebih dahulu dan siapkan dengan kikir yang halus

UNIT 2-43

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 44

2.7.1 “Pinning” bermaksud gigi kikir yang tersumbat oleh habuk besi jika tidak dibersihkan, bukan saja kelancaran mengikir tergangu tetapi akan mencalarkan permukaan logam yang dikikir.Untuk mengelakan gigi kikir tersumbat, sapukan kapor pada kikir itu atau turpentine tetapi kaedah ini tidak sesuai apabila hendak mengikir besi tuangan atau loyang kerana gigi kikir tidak boleh mengigit bahan kerja itu

Untuk menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti berikut...... Jika anda tidak berpuashati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada input yang anda rasa masih kabur...... SELAMAT MENCUBA !!!

UNIT 2-44

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 45

AKTIVITI 2C 2.12 Nyatakan 5 jenis kikir 2.13 Lukiskan gambarajah kikir dan namakan bahagian-bahagiannya 2.13 Lukis dan namakan(4) jenis mata kikir 2.15 Apakah kegunaan kikir pipih kasar 2.16 Apakah yang dimaksudkan dengan mengikir tarek. 2.17. Isikan ruangan yang kosong Cara dan gaya mengikir 1. Mengikir berat

Kerja yang dijalankan

2. untuk mengikir kerja-kerja dengan jitu 2. 3. Mengikir rata

UNIT 2-45

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 46

MAKLUM BALAS 2C

2.12 Nyatakan 5 jenis kikir i. Kikir pipih kasar ii. Kikirsegiempat sama iii. kikirSegitiga iv.kikir bulat v. kikir bentuk pisau 2.13

Lukiskan gambarajah kikir dan namakan bahagian-bahagiannya

2.14. Lukis dan namakan(4) jenis mata kikir Kikir Bulat

Kikir Segitiga

UNIT 2-46

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 47

Kikir mata

Kikir Segiempat

2.15 Apakah kegunaan kikir pipih kasar Kikir pipih kasar digunakan untuk kerja-kerja penyudahan rata 2.16 Apakah yang dimaksudkan dengan mengikir tarek. Mengikir tarek ialah mengikir untuk kerja penyudaahan untuk mendapatkan permukaan yang licin 2.17. Isikan ruangan yang kosong

Cara dan gaya mengikir 1. Mengikir berat

1.Untuk

2.Mengikir Jitu

banyak daripada benda kerja 2. Untuk mengikir kerja-kerja dengan jitu

4. Mengikir rata

3Untuk mengikir rata

UNIT 2-47

Kerja yang dijalankan membuang logam

yang

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 48

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAP SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.

1. Nyatakan 2 (DUA) Jenis media penada yang di gunakan dalam bengkel kejuruteraan. 2 . Apakah alat yang digunakan untuk membuat bulatan yang besar 3 . Padankan jenis alat didalam jadual ini dengan kegunaannya. Jenis Alat 1) Tolok Jejari

Kegunaan i. Mengambil ukuran yang kecil pada lurah ii.Untuk menentukan Gegas dalam

2) Sesiku Serong

pemasangan mesin Digunakan untuk menguji permukaan

3)Tolok Perenggang

melengkong Untuk menguji ketepatan tepi serong dan garisan bersudut.

4. Dengan bantuan gambarajah terangkan secara ringkas apakah alat-alat dibawah dan kegunaannya : i. Tolok permukaan ii. Plat sudut

UNIT 2-48

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 49

5. Apakah perbezaan antara penebuk pusat dan penebuk cemat 6. Terangkan 2 kegunaan sesiku L 7. Lukiskan gambarajah jangka sudut Vanier namakan bahagiannya 8. Namakan 3 bahagian tolok bergabung 9. Apakah kelebihan hulu gergaji jenis pistol jika dibandingkan dengan hulu gergaji berbentuk lurus 10. Lakar dan namakan tiga jenis bentuk dan kuak mata gergaji 11. Terangkan 3 perkara yang perlu diingat semasa mengunakan gergaji besi 12. Berikan 3 sebab mata gergaji patah. 13. Bagaimanakah kikir dikelaskan 14. Lukiskan gambarajah kikir dan namakan bahagian-bahagiannya 15. Sebutkan empat jenis gigi kikir 16. Apakah jenis kikir yang sesuai untuk mengasah mata gergaji 17. Dengan bantuan gambarajah terangakan cara untuk megikir penjuru bulat 18. Apakah kikir yang sesuai digunakan untuk mengikir permukaan yang melengkong 19. Apakah yang dimaksudkan dengan “pinning”

UNIT 2-49

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 50

20. Sebutkan lima langkah penjagaan kikir

TAHNIAH! Anda telah berjaya menyelesaikan semua soalan dalam penilaian kendiri. Sila semak jawapan anda pada maklumbalas untuk memastikan jawapan anda adalah betul.

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

UNIT 2-50

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 51

1. Nyatakan 2 (DUA) Jenis media penada yang di gunakan dalam bengkel kejuruteraan. i. Plumbum puteh dan turpentine ii. Kapor tulis 2. Apakah alat yang digunakan untuk membuat bulatan yang besar Jangkarit 3. Padankan jenis alat di dalam jadual ini dengan kegunaannya. Jenis Alat 1) Tolok Jejari

Kegunaan i. Mengambil ukuran yang kecil pada lurah ii.Untuk

menetukan

Gegas

dalam

2) Sesiku Serong

pemasangan mesin Digunakan untuk menguji

3)Tolok Perenggang

melengkong Untuk menuji ketepata tepi serong dan garisan bersudut.

4. Dengan bantuan gambarajah terangkan alat-alat dibawah dan kegunaannya : Plat permukaan Plat sudut

UNIT 2-51

permukaan

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 52

i. Plat permukaan sebuah meja yang digunakan dalam kerja-kerja pengukuran

ii.Plat sudut ialah satu alat berbentuk L yang digunakan untuk menyokong bendakerja dalam kerja-kerja pengukuran/menanda.

5. Apakah perbezaan antara penebuk pusat dan penebuk cemat Penebuk pusat ialah satu alat yang digunakan untuk membuat tanda sementara penebuk cemat untuk mengeluarkan cemat dan menaggalkan ribet 6. Terangkan 2 kegunaan sesiku L

UNIT 2-52

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 53

i. Menguji ketepatan sudut ii. Melaras benda kerja supaya tegak 7. Lukiskan gambarajah Jangka sudut venier dan namakan bahagiannya

8. Namakan 3 bahagian tolok bergabung i. Tapak. ii. Turus iii. Penggarit 9. Apakah kelebihan hulu gergaji jenis pistol jika dibandingkan dengan hulu gergaji berbentuk lurus. Hulu gergaji besi jenis pistol lebih kuat jika dibandingkan dengan hulu jenis lurus 10. Lakar dan namakan tiga jenis bentuk dan kuak mata gergaji

11. Terangkan 3 perkara yang perlu diingat semasa mengunakan gergaji besi i.Ikat mata gergaji dengan ketegangan yang sesuai ii. Logam yang hendak digergaji hendaklah diikat dengan kuat iii. Apabila pemotongan hampir selesai, sokong hujung yang tergantung sebelah tangan

UNIT 2-53

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 54

12. Berikan 3 sebab mata gergaji patah. i. Mata gergaji diikat terlalu kuat ii.Pemilihan mata gergaji yang salah iii.Mengenakan tekanan yang kuat semasa memotong 13. Bagaimanakah kikir dikelaskan Pengkelasan kikir dibuat dengan menentukan panjang, bentuk, jenis potongan gigi dan kasar atau halusnya gigi. 14. Lukiskan gambarajah kikir dan namakan bahagian-bahagian nya

15. Sebutkan empat jenis gigi kikir

16. Apakah jenis kikir yang sesuai untuk mengasah mata gergaji Kikir yang sesuai untuk mengasah mata gergaji ialah kikir bentuk pisau 17. Dengan bantuan gambarajah terangakan cara untuk megikir penjuru bulat

UNIT 2-54

Alat-alat Tangan

J1003 / 2 / 55

18. Apakah kikir yang sesuai digunakan untuk mengikir permukaan yang Melengkung. Kikir yang digunakan untuk mengikir permukaan melengkong ialah kikir separuh bulat 19. Apakah yang dimaksudkan dengan “pinning” “Pinning” ialah gigi kikir yang tersumbat disebabkan oleh habuk besi 20. Sebutkan lima langkah penjagaan kikir i.Gunakan kikir yang kasar dahulu dan habiskan dengan kikir yang halus ii. Buangkan semua serpihan logan yang terlekat pada permukaan kikir dengan menggunakan berus kikir iii. Elakkan kikir dari terjatuh kerana ini akan merosakkan gigi kikir iv. Jangan gunakan kikir sebagai pengumpel untuk membuka tin atau digunakkan sebagai pengetuk v. Bersihkan kikir sebelum dan selepas menggunakannya

Anda sudah berpuashati dengan unit ini . Kalau sudah mari kita ke Unit 3.

UNIT 2-55

Related Documents

Unit 2
May 2020 15
Unit 2
July 2020 6
Unit 2
May 2020 14
Unit 2
June 2020 6
Unit 2
October 2019 28
Unit 2
May 2020 10